Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Kajian Logik Al Quran
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 4 of 4 • Share •
Page 4 of 4 •
1, 2, 3, 4
Re: Kajian Logik Al Quran
nabi tak pernah selindung bila dia cakap , bukankah nabi namakan bangsa yahudi . jelas tuhan namakan BANGSA YAHUDI tak ada tuhan nak sindir sindir . bukankah quran itu jelas dan quran tak larang cara berpakain seseorang , nak pakai cara yahudi ke arab ke atau mana2 jenis yg kita suka .kalau sebabkan perpecahan tu bukan puak tu jer .. faham2lah kalau tak ikut quran maka kita akan berpecah belah tak kiralah puak mana .

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1866
Registration date: 2009-04-18
Re: Kajian Logik Al Quran
Ya, baginda tidak berselindung tetapi baginda tidak sampai tahap menghukum mana-mana nama individu kaum Yahudi itu sesat. Malah ada ayat Quran yang menunjukkan baginda bukan seorang yang bias kepada kaum Yahudi atau membenci kaum Yahudi secara total;
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan Nasrani, dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan membuat kerja-kerja kebaikan, maka upah mereka adalah di sisi Tuhan mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih. (Al Baqarah: 62)
Jika baginda mengutuk keseluruhan kaum Yahudi, tidak akan keluar ayat Quran seperti di atas. Jadi kita kena fahamlah apa ciri2 Yahudi yang dikutuk dalam Quran itu, bukannya main pukul rata semua keturunan Yahudi itu dikutuk oleh Allah. Mereka pun manusia macam kita juga.
Begitulah juga dengan tulisan-tulisan Juang itu. Jika kita membaca dengan hati yang tenang dengan niat nak memahami, yang Juang kutuk itu hanyalah golongan yang menjadikan perhiasan zahir (pakaian Arab, tahu bahasa Arab, belajar dengan tok guru, ada sijil/ijazah agama) itu untuk merasa berbangga diri kononnya mereka benar, dan menidakkan kebenaran yang disampaikan oleh golongan yang tak berpakaian Arab, tak tahu bahasa Arab, tak belajar dengan mana-mana tok guru, dan tiada sijil/ijazah agama. Sebab perhiasan-perhiasan zahir itu bukanlah penentu manusia dapat kefahaman Quran.
Tetapi jika ada yang berpakaian Arab dan boleh menerima kebenaran orang lain, tidaklah termasuk dalam golongan yang berbangga diri dan terkutuk.
Mudah sahaja nak faham cara penulisan Juang itu sebenarnya. Bukannya dia menghalang orang nak berpakaian Arab itu, tetapi jangan jadikan pakaian itu sebagai tanda keislaman seseorang. Sesiapa yang nak berpakaian Arab dan dalam masa yang sama tidak merasa bangga diri sudah Islam disebabkan berpakaian sebegitu, sepatutnya tidak perlulah terasa apa-apa pun.
Kita hidup ini bukan nak menghukum orang, tetapi nak memperingati sesama manusia, sebab yang tahu dirinya ada penyakit berbangga diri hanyalah tuan empunya diri.

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14
Re: Kajian Logik Al Quran
Ya, benar kata2 Sdr Adli tu, hanya yang mereka yang makan cili sahaja yang akan terasa kepedasan cili itu.
Setiap pandangan yang diutarakan oleh setiap individu kita kenalah terima dengan berlapang dada.
Siapa kata salah kalau berserban dan berjubah bagai? Jika individu itu sudah lengkap dengan semua jati diri sunnah Rasullullah memanglah elok sangat2. Yang menjadi persoalan sekarang hanya zahirnya saja yang ke-Araban, tapi dalam hati masih penuh dengan penyakit2 hati.
Itulah maksud yang disampaikan oleh tuan punya topik thread ini (bro Juang).

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1456
Registration date: 2009-04-16
Re: Kajian Logik Al Quran
Ya, jika kita menghayati corak dakwah Rasulullah, baginda tidak pin point pun kutukan-kutukan Allah yang disampaikan melalui lisan baginda pada mana-mana individu. Inilah cara berdakwah dengan baik. Tapi jika kita tengok sekarang, ada yang kononnya pakar agama mengambil pendekatan memburuk-burukkan individu pada platform ceramah atau kuliah di masjid2. Atas alasan nak sedarkan masyarakat atas kezaliman individu tersebut. Kenapa tidak direct sampaikan nasihat kepada individu yang dikatakan zalim itu seperti mana Nabi Musa direct bertemu Firaun? Kalau berdakwah di medan umum, gunalah kata-kata yang umum.
Seperti yang saudara Al Bahr katakan itu, point kita di sini untuk menyedarkan masyarakat jangan beragama sekadar pandang pada zahir. Jangan anggap asal pakai jubah serban, kata-katanya semuanya benar dan yang tidak berjubah serban itu tidak layak bercakap pasal kebenaran. Selagi manusia itu berkata-kata berdasarkan bukti-bukti yang nyata yang dikemukakan menunjukkan dirinya benar, bolehlah kita terima biar apa jua jenis pakaian yang dipakainya.
Allah menilai manusia pada hatinya. Oleh kerana kita tidak mampu nampak hati orang lain, maka nak tahu kebersihan hati manusia itu, kita lihat kepada kebenaran kata-katanya sebab hanya yang bersih hatinya sahaja Allah bagi kebenaran dan hikmah. Sebab itu sunnah tidak menetapkan, golongan kafir mampu bawakan Kitab seperti Quran untuk membuktikan mereka benar, sebab orang-orang kafir yang kotor hatinya itu hanya berpegang pada dusta.
Kemampuan seseorang manusia membawa pendapat-pendapat yang benar itulah tanda kebersihan di dalam jiwa.
Seperti yang saudara Al Bahr katakan itu, point kita di sini untuk menyedarkan masyarakat jangan beragama sekadar pandang pada zahir. Jangan anggap asal pakai jubah serban, kata-katanya semuanya benar dan yang tidak berjubah serban itu tidak layak bercakap pasal kebenaran. Selagi manusia itu berkata-kata berdasarkan bukti-bukti yang nyata yang dikemukakan menunjukkan dirinya benar, bolehlah kita terima biar apa jua jenis pakaian yang dipakainya.
Allah menilai manusia pada hatinya. Oleh kerana kita tidak mampu nampak hati orang lain, maka nak tahu kebersihan hati manusia itu, kita lihat kepada kebenaran kata-katanya sebab hanya yang bersih hatinya sahaja Allah bagi kebenaran dan hikmah. Sebab itu sunnah tidak menetapkan, golongan kafir mampu bawakan Kitab seperti Quran untuk membuktikan mereka benar, sebab orang-orang kafir yang kotor hatinya itu hanya berpegang pada dusta.
Kemampuan seseorang manusia membawa pendapat-pendapat yang benar itulah tanda kebersihan di dalam jiwa.

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14
Re: Kajian Logik Al Quran
57:25. Sesungguhnya Kami mengutus rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti yang jelas, dan Kami menurunkan bersama mereka al-Kitab dan Timbangan, supaya manusia menegakkan keadilan. Dan Kami menurunkan besi, padanya kekuatan yang sangat, dan banyak manfaat kepada manusia, dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolongnya, dan rasul-rasul-Nya, dalam keadaan ghaib. Sesungguhnya Allah Kuat, Perkasa.
Jika kita kaji ayat-ayat al-quran, kita akan nampak ada logiknya sesuatu ayat itu diturunkan. Seperti ayat di atas yang di 'bold' kan, Allah beri besi yang mempunyai kekuatan dan banyak manfaat kepada manusia.
Besi merupakan logam paling biasa digunakan di antara semua logam, iaitu merangkumi sebanyak 95 peratus daripada semua tan logam yang dihasilkan di seluruh dunia. Gabungan harganya yang murah dengan kekuatannya menjadikan ia amat diperlukan, terutamanya dalam penggunaan seperti kereta, badan kapal bagi kapal besar, dan komponen struktur bagi bangunan. Besi waja merupakan aloi besi paling dikenali, dan sebahagian dari bentuk yang dibentuk oleh besi termasuk:
1. Besi mentah atau Pig iron yang mengandungi 4% – 5% karbon dengan sejumlah bendasing seperti belerang, silikon dan fosforus. Kepentingannya adalah ia merupakan perantaraan daripada bijih besi kepada besi tuang dan besi waja.
2. Besi tuang (Cast iron) mengandungi 2% – 3.5% karbon dan sejumlah kecil mangan. Bendasing yang terdapat di dalam besi mentah yang dapat memberikan kesan buruk kepada sifat bahan, seperti belerang dan fosforus, telah dikurangkan kepada tahap boleh diterima. Ia mempunyai takat lebur pada julat 1420–1470 K, yang lebih rendah berbanding dua komponen utamanya, dan menjadikannya hasil pertama yang melebur apabila karbon dan besi dipanaskan serentak. Sifat mekanikalnya berubah-ubah, bergantung kepada bentuk karbon yang diterap ke dalam aloi. Besi tuang 'putih' mengandungi karbon dalam bentuk cementite, atau besi karbida. Sebatian keras dan rapuh ini mendominasi sifat-sifat utama besi tuang 'putih', menyebabkannya keras, tetapi tidak tahan kejutan. Dalam besi tuang 'kelabu', karbon hadir dalam bentuk serpihan halus grafit, dan ini juga menyebabkan bahan menjadi rapuh kerana ciri-ciri grafit yang mempunyai pinggir-pinggir tajam yang merupakan kawasan tegasan tinggi. Jenis besi kelabu yang baru, yang dinamakan 'besi mulur', adalah dicampur dengan kandungan surih magnesium untuk mengubah bentuk grafit menjadi sferoid, atau nodul, lantas meningkatkan ketegaran dan kekuatan besi.
3. Besi karbon mengandungi antara 0.5% dan 1.5% karbon, dengan sejumlah kecil mangan, belerang, fosforus, dan silikon.
4. Besi tempa (Wrought iron) mengandungi kurang daripada 0.5% karbon. Ia keras, mudah lentur, dan tidak mudah dilakurkan berbanding dengan besi mentah. Ia mempunyai sejumlah kecil karbon, beberapa persepuluh peratus. Jika ditajamkan menjadi tirus, ia cepat kehilangan ketajamannya.
5. Besi aloi (Alloy steel) mengandungi kandungan karbon yang berubah-ubah dan juga logam-logam lain, seperti kromium, vanadium, molibdenum, nikel, tungsten dsb.
6. Besi oksida (III) digunakan dalam penghasilan storan magnetik dalam komputer. Ia sering dicampurkan dengan bahan lain, dan mengekalkan ciri-ciri mereka dalam larutan.
Sumber: Wikipedia
Inilah kesan pada orang-orang yang rajin berfikir dan menggunakan akal demi manfaat kepada semua manusia berbanding dengan orang-orang yang pemalas berfikir.
Segala puji bagi Allah Pemelihara semua alam.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07
Re: Kajian Logik Al Quran
Dan Allah tetapkan sifat-sfat besi itu selaras dengan hukum alam yang logik difikirkan. Tidak pula besi itu boleh dibentukkan guna sihir. Sebab itu kita tidak jumpa tukang sihir boleh cipta produk-produk berasaskan besi.
Jampilah sebanyak mana guna nama Nabi, besi tidak akan melebur dengan sendirinya kemudian boleh membentuk jet pejuang untuk mengalahkan Israel.
Solat ritual sebanyak mana pun, besi tidak akan melebur dengan sendirinya kemudian boleh membentuk kereta kebal untuk mengalahkan Israel.
Tetap manusia itu kena belajar, berfikir, mengkaji dan meneroka ilmu alam sehingga dia dikurniakan ilmu untuk mencipta. Tetapi sedikit sekali orang Islam sekarang memikirkan gara-gara ajaran nenek moyang mereka tidak bagi Al Quran difikirkan secara logik.
Jampilah sebanyak mana guna nama Nabi, besi tidak akan melebur dengan sendirinya kemudian boleh membentuk jet pejuang untuk mengalahkan Israel.
Solat ritual sebanyak mana pun, besi tidak akan melebur dengan sendirinya kemudian boleh membentuk kereta kebal untuk mengalahkan Israel.
Tetap manusia itu kena belajar, berfikir, mengkaji dan meneroka ilmu alam sehingga dia dikurniakan ilmu untuk mencipta. Tetapi sedikit sekali orang Islam sekarang memikirkan gara-gara ajaran nenek moyang mereka tidak bagi Al Quran difikirkan secara logik.

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14
Page 4 of 4 •
1, 2, 3, 4
Similar topics» Kajian Kesan Penggunaan Telefon bimbit
» Sejarah Al-Quran 1
» Quran Shareef Para # 12
» Quran Arabic Urdu Audio Translation
» Kajian Sarjana Tentang Al-Quran
» Sejarah Al-Quran 1
» Quran Shareef Para # 12
» Quran Arabic Urdu Audio Translation
» Kajian Sarjana Tentang Al-Quran
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 4 of 4
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum