Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
BICARA AL-QURAN
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 2 of 10 • Share •
Page 2 of 10 •
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 
Re: BICARA AL-QURAN
Adli wrote:penditaputra wrote:maksud ayat quran ni mmg sepatutnya dikaji drop pointnya. apa tujuan turun, apa maksud sebenar, apa signal yg dia nak bagi dan bla bla bla. alangkah untungnya kita klau satu hari nnti ada ulama yg expert pasal nie.
Kenapa kita perlu tunggu hadirnya seorang ulamak untuk tujuan ini. Bukan ke akal yang Allah kurniakan untuk kita tiada batasnya?
Kita pun berupaya kalau kita nak. Cuma usaha dan kesungguhan sahaja. Orang terdahulu pun bermula dnegan tak tahu. malah mereka perlu belajar, mengkaji dan berfikir untuk mencapai apa yang mereka capai sekarang.
kita sekarang lagi senang. Ilmu di hujung jari. tinggal klik dan fikirkan sahaja. Ilmu tertulis dan tersusun indah di dalam kitab dan buku-buku, cuma baca dan fikirkan sahaja.
Tapi kita sering meletakkan hal-hal berkaitan dengan agama ni khusus atau spesifik kepada alim ulamak sahaja, sampaikan sesuatu permasalahan yang sepatutnya kita dapat fikirkan kan sendiri dan jawapannya dalam Al-Quran pun kita tak yakin. Sebabnya, kita belum dapat kepastian dari alim ulamak. dalam situasi ini, nampak kita bergantung pada siapa?
Macam kisah orang kafir zaman dahulu, sebelum kedatangan rasul, mereka tertunggu-tunggu. Bagi mereka jika datang rasul, barulah mereka hendak beriman. Tetapi setelah Allah bangkitkan rasul dari kalangan mereka sendiri, mereka engkari sebab rasul itu tidak memenuhi ciri yang mereka inginkan. Mereka anggap rasul itu umpama malaikat, sebab sudah mengistimewakan jawatan rasul itu. Kita pun dah jadi macam orang kafir zaman dulu yang tertunggu-tunggu.
kenapa mesti terus bergantung dgn akal sendiri, bukankah elok untuk mendapatkan pedoman dari mereka yang lebih arif, kalau begitu semua guru sekolah dan pensyarah universiti boleh berhenti dan cari kerja lain sekarang kerana pelajar2 sepatutnya guna akal sendiri untuk jawab periksa. tak perlu masuk kelas itu ini

penditaputra- Dekan
- Number of posts: 3027
Age: 37
Location: dalam gua, bertapa
State:
Reputation: 0
Credits: 1467
Registration date: 2008-06-30
Re: BICARA AL-QURAN
penditaputra wrote:Adli wrote:penditaputra wrote:maksud ayat quran ni mmg sepatutnya dikaji drop pointnya. apa tujuan turun, apa maksud sebenar, apa signal yg dia nak bagi dan bla bla bla. alangkah untungnya kita klau satu hari nnti ada ulama yg expert pasal nie.
Kenapa kita perlu tunggu hadirnya seorang ulamak untuk tujuan ini. Bukan ke akal yang Allah kurniakan untuk kita tiada batasnya?
Kita pun berupaya kalau kita nak. Cuma usaha dan kesungguhan sahaja. Orang terdahulu pun bermula dnegan tak tahu. malah mereka perlu belajar, mengkaji dan berfikir untuk mencapai apa yang mereka capai sekarang.
kita sekarang lagi senang. Ilmu di hujung jari. tinggal klik dan fikirkan sahaja. Ilmu tertulis dan tersusun indah di dalam kitab dan buku-buku, cuma baca dan fikirkan sahaja.
Tapi kita sering meletakkan hal-hal berkaitan dengan agama ni khusus atau spesifik kepada alim ulamak sahaja, sampaikan sesuatu permasalahan yang sepatutnya kita dapat fikirkan kan sendiri dan jawapannya dalam Al-Quran pun kita tak yakin. Sebabnya, kita belum dapat kepastian dari alim ulamak. dalam situasi ini, nampak kita bergantung pada siapa?
Macam kisah orang kafir zaman dahulu, sebelum kedatangan rasul, mereka tertunggu-tunggu. Bagi mereka jika datang rasul, barulah mereka hendak beriman. Tetapi setelah Allah bangkitkan rasul dari kalangan mereka sendiri, mereka engkari sebab rasul itu tidak memenuhi ciri yang mereka inginkan. Mereka anggap rasul itu umpama malaikat, sebab sudah mengistimewakan jawatan rasul itu. Kita pun dah jadi macam orang kafir zaman dulu yang tertunggu-tunggu.
kenapa mesti terus bergantung dgn akal sendiri, bukankah elok untuk mendapatkan pedoman dari mereka yang lebih arif, kalau begitu semua guru sekolah dan pensyarah universiti boleh berhenti dan cari kerja lain sekarang kerana pelajar2 sepatutnya guna akal sendiri untuk jawab periksa. tak perlu masuk kelas itu ini
Kenapa pula urusan dalam diri sendiri pun hendak bergantung pada orang lain? Hanya kita yang kenal dan arif tentang diri kita sendiri. Hanya kita yang nampak penyakit-penyakit hati sendiri. Hanya kita yang nampak keraguan, ketakutan, dengki dan dendam kesumat dalam hati sendiri. Nak jaga hati sendiri pun nak kena rujuk orang lain? Takkan nak gajikan pensyarah dan guru untuk kawal hati kita sendiri?
Kalau urusan hati sendiri pun nak diletakkan pada orang lain, bukankah lemah sungguh manusia itu? No wonder umat Islam sekarang jadi lemah. Hilang keyakinan diri, sampai terpaksa bergantung atas nama orang lain yang tak nampak dalam hati kita, seolah-olah mereka itu tuhan selain Allah.

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14
Re: BICARA AL-QURAN
diutuskan para anbia' dan rasul untuk membimbing umat. dilahirkan para ulama' untuk menjadi pewaris nabi, diangkat para aulia' untuk menjaga 4 penjuru alam ini, adakah mereka ini tak perlu dirujuk walaupun untuk menyelesaikan masalah peribadi sendiri?? apa guna mereka diutuskan? adakah untuk sekadar menjadi perhiasan dalam kitab2 sirah atau filosofi islam. apakah seorang jurutera yg mahir dalam bidangnya tak perlu jumpa doktor kalau sakit demam, sebab dia kononnya pandai cari ubat sendiri. kalau betul seseorang itu sudah mampu mengawal diri dan hati mengapa perasaan amarah masih lagi menguasainya? dan cepat melenting jika ada sesuatu yang tidak kena, hati orang yang soleh mampu mengawal amarah. dan akan berhikmah dalam urusannya. tidak semata-mata guna akal lahiriah yg dipandu oleh mata lendir, mata yg sering menipu kerana hidup bertongkatkan nafsu. mungkin ada orang yg hendak jadi macam Ameena Wadud yang guna akal semata untuk amal agama. nak samakan taraf lelaki dan wanita. sampai wanita pun boleh jadi imam sedangkan ada orang lelaki dibelakangnya. ataupun hendak ikut cara islam liberal yg macam islam hadhari, pakai logik akal, hendakkan supaya lelaki pun ada iddah kalau bercerai, dan juga kata quran itu karangan nabi semata, bukan wahyu, sebelum melencong sampai begitu baiklah kembali ke asal, asal yg telah tetap dalam ahlis sunnah wal jamaah, bukan ahlil sesat wal punah ranah
ada orang kata nabi guna akal semata untuk jalankan misinya, jadi kita pun sama boleh guna akal juga, disebabkan guna akallah maka banyak keluar pendapat2 yang mengelirukan seperti yang terdapat dalam post yang panjang berjela-jela di atas tu.
ada orang kata nabi guna akal semata untuk jalankan misinya, jadi kita pun sama boleh guna akal juga, disebabkan guna akallah maka banyak keluar pendapat2 yang mengelirukan seperti yang terdapat dalam post yang panjang berjela-jela di atas tu.

penditaputra- Dekan
- Number of posts: 3027
Age: 37
Location: dalam gua, bertapa
State:
Reputation: 0
Credits: 1467
Registration date: 2008-06-30
Re: BICARA AL-QURAN
Adli,
Kalau tidak menjadi keberatan anda, boleh anda nyatakan kelulusan akademik dan ikhtisas anda. Nak tahu jugalah anda ni lulusan dari Mesir ke, Jordan ke, Madinah ke...

tajuNM- Pro-Canselor (Member Berkualiti)
- Number of posts: 2159
Location: TANAH MERAH, KEL
State:
Reputation: 1
Credits: 1485
Registration date: 2008-06-24
Re: BICARA AL-QURAN
Tazkirah hari ini:
"Dan orang2 kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang ternak makan minum, sedangkan nerakalah menjadi tempat tinggal mereka"
Muhammad, 12.
Kadang2 terfikir juga kenapa orang2 kafir mendapat nikmat yang amat banyak di dunia ini, sedangkan ramai dalam kalangan orang Islam yang miskin dan menderita...
"Kami beriman kepada Allah semata2 dan kami ingkar kepada benda2 yang dengan sebabnya kami menjadi musyrik"
Ghafir, 84
Kalaulah kesenangan itu menyebabkan kita menjadi kufur, maka lebih baik kita miskin tetapi beriman...
"Selamat tinggal kamu, kami tidak ingin berdamping dengan orang2 yang jahil"
Al-Qasas, 55.

penditaputra wrote:diutuskan para anbia' dan rasul untuk membimbing umat. dilahirkan para ulama' untuk menjadi pewaris nabi, diangkat para aulia' untuk menjaga 4 penjuru alam ini, adakah mereka ini tak perlu dirujuk walaupun untuk menyelesaikan masalah peribadi sendiri?? apa guna mereka diutuskan? adakah untuk sekadar menjadi perhiasan dalam kitab2 sirah atau filosofi islam. apakah seorang jurutera yg mahir dalam bidangnya tak perlu jumpa doktor kalau sakit demam, sebab dia kononnya pandai cari ubat sendiri. kalau betul seseorang itu sudah mampu mengawal diri dan hati mengapa perasaan amarah masih lagi menguasainya? dan cepat melenting jika ada sesuatu yang tidak kena, hati orang yang soleh mampu mengawal amarah. dan akan berhikmah dalam urusannya. tidak semata-mata guna akal lahiriah yg dipandu oleh mata lendir, mata yg sering menipu kerana hidup bertongkatkan nafsu. mungkin ada orang yg hendak jadi macam Ameena Wadud yang guna akal semata untuk amal agama. nak samakan taraf lelaki dan wanita. sampai wanita pun boleh jadi imam sedangkan ada orang lelaki dibelakangnya. ataupun hendak ikut cara islam liberal yg macam islam hadhari, pakai logik akal, hendakkan supaya lelaki pun ada iddah kalau bercerai, dan juga kata quran itu karangan nabi semata, bukan wahyu, sebelum melencong sampai begitu baiklah kembali ke asal, asal yg telah tetap dalam ahlis sunnah wal jamaah, bukan ahlil sesat wal punah ranah
ada orang kata nabi guna akal semata untuk jalankan misinya, jadi kita pun sama boleh guna akal juga, disebabkan guna akallah maka banyak keluar pendapat2 yang mengelirukan seperti yang terdapat dalam post yang panjang berjela-jela di atas tu.
Bagaimana ulama terdahulu yang sudah tiada itu boleh dijadikan sandaran untuk kita kenali diri sendiri? Sedangkan mereka sudah tidak bersama kita? Jika mereka ada pun, nampakkah mereka apa yang tersembunyi dalam hati kita ini? Adakah kita hendak samakan mereka dengan Allah Yang Maha Melihat hati kita ini?
Kerana itu kita kena guna akal untuk bergantung pada Allah. Sebab akal ini berada dalam diri kita,. Adakah kita hendak bergantung kepada Allah guna nafsu? Selain akal dan nafsu, apa lagi yang Allah beri dalam diri kita untuk untuk kita kawal hati sendiri? Tolak akal bermakna manusia itu guna nafsulah. Sebab itu umat Islam sekarang jadi berpuak-puak dan berpecah-belah, sebab selama ini beragama guna nafsu. Taksub pada tok guru membuta-tuli. Bila berbeza pendapat, mulalah nak berkabilah. Buka mata luas2 tengok perangai umat Islam sekarang!
Nafsu telah memalaskan manusia itu berfikir, sehingga beragama secara menurut membuta tuli. Tidak terbuka menerima kebenaran atas alasan tok guru mereka tak pernah sebut pun macam tu. Bukankah pernah terjadi, umat terdahulu tolak apa yang rasul mereka sampaikan kerana mereka tidak pernah mendengar nasihat rasul itu dari agama nenek moyang mereka? Sekarang sejarah telah berulang, biarpun kebenaran disampaikan secara logik, orang kafir itu membuat alasan supaya tidak guna akal. Bila tak guna akal, mereka menurut nafsu. Bila tolak akal, otak jadi lembab, sebab itu orang kafir disamakan atau lebih hina tarafnya dari binatang ternak. Ada otak untuk berfikir, tapi tak guna.
Lihat umat Islam yang diperkuli dan ditindas di bumi sendiri. Semuanya sebab apa? Sebab beragama tak guna otaklah, dan suka bergantung pada orang lain, seolah2 orang itu tuhan selain Allah. Urusan hati sendiri yang orang lain tak nampak pun nak disandarkan kepada orang lain. Lainlah kalau belajar cipta kapal terbang, sebab kapal terbang itu kita nampak, bolehlah nak berguru pun. Ini urusan dalam hati sendiri yang hanya kita dan Allah sahaja nampak, itu pun nak bergantung pada orang lain. Betapa manusia itu telah menyekutukan Tuhannya sendiri yang terlalu dekat berbanding ulama yang didewa-dewakan itu.
Tidak pernah dalam sejarah para nabi itu yang disebut dalam Quran belajar melalui guru. Mereka belajar mengenali Allah semuanya dengan cara berfikir dan bereksperimen sendiri. Mereka yakin guna akal sendiri. Sebab berfikirlah mereka mencapai tahap bijak dan berhikmah. Mana ada orang tak guna akal boleh jadi bijak? Fikirlah secara logik sikit, bukannya berfikiran pendek.
Ahli sesat dan punah ranah itulah yang kerjanya menghukum orang lain dan mengajak berkabilah. Sebab beragama secara taksub dan tak guna akal. Sedangkan Al Quran sendiri suruh guna akal. Macam mana mereka boleh dipesongkan sebegitu sekali, sampai tak guna akal? Jika nabi Muhammad pun guna akal (adakah kita hendak kata baginda guna nafsu, sebab tolak beragama guna akal?), kenapa kita tidak boleh guna akal? Bukankah nabi itu untuk dicontohi? Mana ada para nabi belajar dengan guru, sebab urusan hati hanya tuan punya diri sahaja yang tahu. Nak mengurus hati sendiri pun kena bergantung pada orang lain? Lemah sungguh manusia itu!
Cuba fikir kisah Nabi Musa hendak berguru dengan Nabi Khidir yang disebut dalam Quran. Lihatlah kesannya, menyebabkan Nabi Musa tidak sabar dan menghukum tindakan Nabi Khidir itu. Sebab itu orang yang belajar agama secara berguru ini kerjanya hendak menghukum orang sahaja. Berpuak-puak berbangga diri menyalahkan orang dan mencari keburukan orang. Ini realiti berlaku depan mata. Jadi jika Al Quran pun sudah sebut nasib orang yang taksub berguru untuk kenali diri, pasti akan jadi tuli dan lemah, apakah patut kita pilih jadi yang sedemikian rupa?
Lihatlah nasib umat Islam yang berpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri. Semuanya kerana taksub dengan imam2 yang dituruti. Jika benar kita selama ini beragama secara betul dengan berguru, sudah pasti ktia jadi umat yang kuat dan bersatu padu. Jika Nabi Muhammad belajar sendiri dengan Allah (guna akal, takkan baginda belajar dengan Allah guna nafsu kot) sehingga boleh menyatupadukan umat Arab, macam tulah sepatutnya kita buat. Sebab itu dinamakan sunnah. Jalan yang pernah nabi-nabi terdahulu buat.
Mana ada nabi-nabi pilih jalan berpuak-puak untuk berebut kuasa sesama sendiri? Kononnya ahli sunnah wal jamaah, tapi mengajak manusia berpecah-belah. Cakap memang murah, tetapi hasil tak pun macam yang diwar-warkan. Sebab itu perlu guna akal untuk menilai cara beragama kita selama ini. Pandang nasib umat dengan membuat perbandingan dengan bangsa lain. Sebab itu Allah tidak cipta manusia satu umat. Allah cipta macam2 umat, supaya kita guna otak untuk membuat perbandingan. Ini beragama tak guna otak, sampai mata tak nampak nasib umat yang lemah akibat beragama tak guna otak.
Kenapa Allah letak otak kita kat atas, bukan kat perut atau kepala lutut? Itu menunjukkan taraf otak itu tinggi untuk membezakan manusia dan binatang ternak. Adakah kita orang yang berfikir atau ikut emosi semata-mata?
Manusia jadi keliru sebab tidak guna otak untuk berfikir. Macam pelajar yang keliru matematik, sebab dia malas belajar (tak guna otak), jadi disalahkan ilmu matematik itu susah dan mengelirukan, padahal dia sendiri yang tak berfikir. Kenapa bangsa Melayu lemah dalam pelajaran berbanding bangsa Cina? Sebab agamanya suruh jangan guna otak.
Kesian orang Melayu...layu di bumi sendiri...hidup mengharapkan subsidi...tak dapat subsidi, pemerintah dicaci-maki. Inilah realiti akibat beragama secara menurut.
Last edited by Adli on Thu Sep 18, 2008 6:40 am; edited 1 time in total

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14
Re: BICARA AL-QURAN
tajuNM wrote:Adli,
Kalau tidak menjadi keberatan anda, boleh anda nyatakan kelulusan akademik dan ikhtisas anda. Nak tahu jugalah anda ni lulusan dari Mesir ke, Jordan ke, Madinah ke...
Untuk belajar ilmu sains (sebab sains & teknologi itu sesuatu yang semua orang nampak), saya menuntut di universiti awam tempatan. Tetapi untuk kenal diri dan kenal Allah, saya memohon kepada Allah dengan yakin guna akal sendiri, sebab itu jalan yang Nabi Muhammad lakukan. Saya cuba guna cara Nabi Muhammad sebab saya yakin cara baginda benar. Malah baginda sendiri menurut cara para nabi terdahulu untuk bereksperimen sendiri terhadap diri sendiri, bukannya bergantung pada orang lain sehingga otak jadi tuli. Hanya kita sendiri yang nampak apa yang tersembunyi dalam hati kita sendiri.

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14
Re: BICARA AL-QURAN
Manusia akan jadi rendah mentaliti apabila hidupnya tidak berfikir. Manusia yang dikurniakan akal yang seimbang, tetapi tidak digunakan untuk berfikir, termasuklah dalam golongan yang kufur nikmat Allah.
Apabila kita fahami pengajaran Quran, kita akan nampak ajarannya menjurus kepada pembangunan minda, bukan menyempit mentaliti.Tetapi realiti orang Islam hari ini ramai yang rendah mentaliti apabila dibandingkan bangsa-bangsa yang rajin berfikir sehingga maju pemikiran mereka.
Sdr Adli akan lihat sendiri ada manusia yang menolak akalnya akibat telah lama beragama secara ikut-ikutan. Pengulangan sejarah ini pasti berlaku, bila sesuatu kaum itu mula lalai membangunkan pemikiran, kaum itu akan jadi sesat dan lemah. Sehingga sanggup menyekutukan Allah dengan bergantung selainNya untuk menguruskan perihal hati sendiri yang manusia lain tidak nampak.
Urusan jasmani bolehlah kita merujuk pada doktor jika sakit, tetapi urusan rohani yang hanya kita yang lihat apa yang ada dalam hati kita, apakah ada doktor selain Allah mampu mengubat penyakit-penyakit hati itu?
Apa yang sdr Adli alami itu telah pun dialami oleh rasul-rasul terdahulu. Akan ada manusia berbantah-bantah dengan fikiran yang sempit perihal urusan hati masing-masing (yang manusia lain tidak nampak), kerana mereka sudah dibiasakan tidak berfikir dalam hidup. Teruskan memberi peringatan.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: BICARA AL-QURAN
Apakah petunjuk Allah daripada kisah Ameena Wadud? Seorang perempuan yang cuba memperlihatkan keindahan Islam mengikut perspektif hidupnya. Mungkin kerana sudah tiada orang lelaki Islam yang bergantung kepada kekuatan akal (kerana ramai yang beragama secara ikut-ikutan), Allah munculkan Ameena Wadud untuk menghina orang lelaki yang tidak berfikir dan rendah mentalitinya itu.
Orang perempuan yang selalu dikatakan rendah mentalitinya, tetapi Allah tunjukkan bahawa ramai orang perempuan yang berfikir, sedangkan yang lelakinya sibuk memecah-belahkan ummah dengan berpolitik. Golongan Hawa inilah yang ramai nampak nasib umat yang sudah ketinggalan jauh dari segi pemikiran.
Ada persamaan dengan kisah Nabi Saleh dengan kaum Tsamud. Ketika umat baginda sudah tidak menggunakan akal sehingga beragama secara ikut-ikutan, Allah uji mereka dengan kehadiran unta betina. Umat itu terpaksa bergilir-gilir minum air dengan unta tersebut.
Allah hendak hinakan umat yang tidak berfikir itu sehingga terpaksa minum dengan binatang secara bergilir-gilir. Jika umat itu bijak berfikir, sudah pasti mereka mampu mencipta teknologi perpaipan dan pengairan untuk menyalurkan air ke rumah-rumah. Tetapi sebab agama mereka menghadkan pembangunan mentaliti, maka akhirnya manusia itu sampai taraf binatang ternak.
Pengulangan sejarah ini pasti berlaku bila sesuatu umat itu mula mengabaikan perbangunan minda. Kerana sunnatullah itu tidak berubah.
Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu. [48: 23]

Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, (Al 'Alaq: 3)
Membaca adalah proses pembelajaran. Membaca tidak semestinya kita membaca buku (tulisan). Nabi Muhammad adalah seorang yang tidak tahu membaca tulisan tetapi baginda boleh jadi bijak dan berhikmah. Kerana baginda seorang yang menggunakan akal untuk melihat alam ini yang mempunyai "tulisan" petunjuk Allah, yang hanya difahami oleh orang yang berfikir. Adakah orang yang tolak akal boleh jadi bijak lagi berhikmah?
Mengguna mata untuk melihat alam sekeliling, mengguna telinga untuk mendengar dan menggunakan hati untuk memahami petunjuk-petunjuk Allah adalah cara kita membaca untuk belajar erti hidup kita sebagai insan.
Manusia yang ada mata, tetapi tidak digunakan untuk membuat perbandingan nasib umat Islam dengan bangsa yang maju fikirannya, pasti tidak sedar nasib umat Islam yang lemah dan ditindas di negara sendiri. Mereka mendengar khabar umat Islam yang berperang saudara telah di azab dengan tsunami. Tetapi hati mereka tidak memahami pengajaran yang Allah beri. Maka mereka masih sibuk lagi berpolitik berebut kuasa. Piliharaya sudah lama habis, tetapi si gila kuasa tetap meneruskan kerjanya. Bangsa lain sibuk belajar dan membangunkan mentaliti, orang Melayu yang kononnya Islam (Islam ikut-ikutan) sibuk bercakaran. Maka kelemahan orang Melayu sebab kebodohannya sendiri. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu sendiri tidak mengubahnya. Dan janji Allah itu adalah benar.
Hati akan memahami bila akal digunakan. Sebab itu masa kita sekolah, nak belajar 1+1=2 pun, kita guna otak untuk berfikir, sehingga kita nampak kenapa hukum itu benar dan masuk akal. Mana ada kita belajar hukum-hukum yang tak masuk akal. Hanya manusia yang tolak akal itu sahaja yang suka berpegang pada sesuatu yang tak masuk akal. Jika otak manusia itu tidak waras, mampukah mereka faham 1+1=2? Sebab itu kita tidak jumpa orang gila belajar di sekolah. Bukankah orang yang tolak akal dalam beragama itu menyamai orang gila?
Bila kita berfikir, pasti Allah bagitahu jawapannya. Sebab Allah itu Maha Pemurah. IlmuNya luas dan Dia tidak kedekut memberitahu ilmuNya kepada kita. Kerana itu orang yang berfikir hendak buat roket sekali pun, Allah tetap bagi idea-idea yang merealisasikan ciptaan roket itu. Malangnya roket dicipta oleh bangsa yang dikatakan sekular itu. Sedangkan umat Islam sekarang sibuk bertelagah sesama sendiri, menuduh puak selainnya sekular, dan puak dia sahaja Islamik. Sudah tua-tua pun fikiran tak matang sebab berbalah-balah sesama sendiri mempertahankan ego masing-masing.
Cuba kita renung kejadian kita sebagai manusia bermula dari segumpal darah itu. Setelah otak kita disempurnakan, kita melalui proses pembelajaran. Nak tahu berjalan umpamanya, kita mula belajar meniarap, merangkak, bertatih seterusnya mampu berlari. Ketika bertatih itu, kita terjatuh dan bangkit kembali. Siapa yang membangkitkan kita setelah terjatuh? Bukankah Allah yang membantu kita? Seperti itulah Allah akan bantu dan tegur kita dalam proses pembelajaran mengenaliNya.
Urusan nak kenal Allah itu terletak dalam hati, jadi bagaimana ulamak yang didewa-dewakan itu boleh melihat hati kita? Kenapa ada yang tidak yakin Allah akan tegur kita bila kita guna akal hendak belajar mengenaliNya? Bukankah Allah lebih tahu siapa DiriNya daripada ulamak yang didewa-dewakan itu (sampai ada manusia beragama secara menurut membuta-tuli atas nama orang lain)?
Akibat beragama secara tidak berfikir, mereka jadi taksub dengan tok guru mereka. Tok guru mereka wujudkan kabilah, mereka pun ikut sama. Tok guru mereka ajak berbalah, mereka seronok mencaci-maki dan mewujudkan suasana panas hati. Kelak di akhirat, sama-sama mereka masuk nereka yang panas itu. Di sana nanti mereka pun saling salah-menyalahkan di antara satu sama lain. Yang menurut membuta-tuli itu menyalahkan pemimpinnya dan begitu juga sebaliknya. sama perangai ketika di dunia suka menyalahkan orang lain.
Kononnya ahli sunnah wal jammah. Tetapi tak pun ikut sunnah nabi belajar mengenali Allah guna akal (takkan kita nak kata nabi guna nafsu nak kenal Allah?). Ada pula yang kata, "jangan samakan kita dengan nabi". Sudah tentu setiap manusia itu hati lain-lain dan tak sama. Tetapi dari segi cara dan jalan hidup, kita boleh ikut contoh. Bukankah nabi itu contoh ikutan? Jika baginda dapat kenal Allah guna akal, kenapa kita tidak?
Kenapa perlu beragama secara menurut dan taksub pada nama orang alim yang diagung-agungkan itu? Kita harus hormati orang yang berilmu daripada kita, tetapi bukannya dengan cara menurut membuta tuli kata-kata atas nama orang berilmu itu. Sebab suka menurut dengan tak berfikir inilah wujudnya hadis-hadis palsu. Bila datang sahaja sesuatu hadis atas nama nabi, si menurut membuta tuli pakai sebat sahaja. Maka bertambah-tambah ketulian mereka.
Kemudian yang perasan ahli sunnah wal jammah itu lebih suka hidup berkabilah, bukannya hendak wujudkan kesatuan manusia. Berbangga diri dengan ketayap serban dan jubah sahaja (kononnya ikut sunnah), tetapi fikiran tak matang sebab suka berpecah-belah. Sepatutnya semakin meningkat usia, semakin matanglah, tetapi sebab sudah beragama secara menurut membuta-tuli, maka makin lemah daya fikiran sampai tidak tahu lagi menilai.
Begitulah sunnah yang terjadi sejak zaman dahulu. Tidak berubah pun sunnah ini. Yang menurut membuta-tuli pasti diperkulikan di bumi sendiri.

Maka apakah orang yang berpegang pada keterangan yang datang dari Rabbnya sama dengan orang yang (shaitan) menjadikan dia memandang baik perbuatannya yang buruk itu dan mengikuti hawa nafsunya? [47:14]
Apakah orang yang menggunakan akal sama dengan orang yang menurut nafsu?
Apakah orang yang yakin pada diri sendiri untuk kenal Allah yang terlalu dekat dalam diri, sama dengan orang yang penakut dan terpaksa bergantung pada nama orang terdahulu?
Apakah orang yang mampu menulis kebenaran (yang logik dan masuk akal) sepanjang yang diizin Allah, sama dengan orang tidak mampu menulis, akibat dadanya terhimpit dan otaknya sempit?
Apakah orang yang banyak idea berkata mengenai Allah seperti mengalirnya sungai-sungai, sama dengan orang yang berdusta sehingga berpaling daripada peringatan Quran?
Apakah orang yang membangunkan minda kerana suka berfikir mengkaji alam untuk mengenal tanda-tanda Kekuasaan Allah, sama dengan orang yang tertutup mata hati sehingga menjadi tuli dan tidak sedar umat sudah jadi kuli di bumi sendiri?
Apakah orang yang bergantung terus kepada Allah untuk menegurnya dalam belajar mengenaliNya, sama dengan orang yang bergantung kepada selainNya seolah-olah orang yang dijadikan sandaran itu tahu perkara-perkara ghaib?
Berani kerana benar, takut kerana berdusta.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui siapa yang benar dan siapa yang sesat. Kerana orang yang sesat itu pasti takut untuk berkata benar. Mereka tidak akan mampu mengkaji Quran dan mengembangkan pemahaman mengikut keadaan semasa, kerana mereka sudah dibiasakan beragama secara ikut-ikutan sehingga otak sudah tidak berfungsi lagi.

Tazkirah hari ini,
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyengutukan-Nya dengan sesuatu pun. Berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat anak2 yatim orang miskin, jiran yang dekat dan jauh, sahabat2, musafir yang terlantar dan hamba2 yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada mereka yang sombong dan berbangga diri"
An-Nisa', 36
Ada beberapa suruhan Allah dalam ayat ini. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang2 yang tunduk dan patuh kepada segala suruhan-Nya.
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyengutukan-Nya dengan sesuatu pun. Berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat anak2 yatim orang miskin, jiran yang dekat dan jauh, sahabat2, musafir yang terlantar dan hamba2 yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada mereka yang sombong dan berbangga diri"
An-Nisa', 36
Ada beberapa suruhan Allah dalam ayat ini. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang2 yang tunduk dan patuh kepada segala suruhan-Nya.

tajuNM- Pro-Canselor (Member Berkualiti)
- Number of posts: 2159
Location: TANAH MERAH, KEL
State:
Reputation: 1
Credits: 1485
Registration date: 2008-06-24
Re: BICARA AL-QURAN
Ye. Sembahlah Allah dan jangan sekali-kali kita menyekutukannya.
Dalam surah Al-Fatihah 'Engkaulah yang kami sembah dan pada engkaulah tempat kami memohon pertolongan'.
Kita sembah dulu baru kita minta tolong. Bukan minta tolong dulu kemudian baru sembah. Adakah sembahan selepas minta tolong tu sekadar untuk berterima kasih atau untuk apa? Kalau kita sembah dulu, kemudian kita bermohon sesuatu darinya, bermakna kita bergantung harap hanya padaNya. Hanya Dia tempat kita meminta.
Menyekutukan Allah bukan hanya dilihat dari zahir sahaja. Ia juga dilihat dari hati kita, dari kepercayaan kita. Kalau sembah sesuatu selain Allah, dah terang lagi bersuluh menyekutukannya, tapi apa halnya dengan kes yang menjadikan seseorang sebagai perantaraan kepada Allah. Apa halnya dengan kes yang kena ikut cakap ulamak ini, imam ini, baru Islam. Kalau tak ikut tak Islam. Kalau tak ikut tak sah solat. Sampai terjadinya pertelingkahan kalau ada percanggahan pendapat antara imam atau guru yang berlainan. Bukankah sah atau tidaknya solat itu adalah penilaian dari Allah. Terserah padanya untuk menempatkan di mana darjat kita. Yang penting kita lakukan yang terbaik.
Bagaimana pula dengan yang terpaksa merujuk kepada rujukan imam yang terdahulu atau alim ulamak yang terdahulu untuk sesuatu permasalahan yang dapat diimbangi dengan akal sendiri? Sedangkan akal sendiri ada untuk berfikir. Allah dah kurniakan kita semua akal. Kenapa kita nak simpan sahaja sebahagain fungsinya. Adakah ia hanya diguna untuk memikirkan kehidupan duniawi semata? Sedangkan kehidupan kita perlukan imabangan, dunia dan akhirat.

Tazkirah hari ini;
"Lelaki yang tidak tergoda oleh perdagangan atau jual beli dari mengingati Allah, mendirikan solat dan membayar zakat, mereka takut akan datangnya hari yang tergoncang hati dan pengihatan"
An-Nur, 37.
Sempena Ramadhan ini, marilah kita sama2 membanyakkan zikirullah dan menunaikan solat sunat, selain solat fardhu yang wajib. Tambahan pula, pahalanya berganda2 daripada hari2 biasa.
"Lelaki yang tidak tergoda oleh perdagangan atau jual beli dari mengingati Allah, mendirikan solat dan membayar zakat, mereka takut akan datangnya hari yang tergoncang hati dan pengihatan"
An-Nur, 37.
Sempena Ramadhan ini, marilah kita sama2 membanyakkan zikirullah dan menunaikan solat sunat, selain solat fardhu yang wajib. Tambahan pula, pahalanya berganda2 daripada hari2 biasa.

tajuNM- Pro-Canselor (Member Berkualiti)
- Number of posts: 2159
Location: TANAH MERAH, KEL
State:
Reputation: 1
Credits: 1485
Registration date: 2008-06-24
Re: BICARA AL-QURAN
Maksud firman Allah: Dan apabila dikatakan kepada mereka:"Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak) tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". (Apakah mereka akan mengikuti juga,) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk. (Al Baqarah:170)
Kebenaran itu datangnya daripada Allah. Sesuatu kebenaran itu adalah apabila ia mencapai logik atau masuk akal. Selagi tidak masuk akal, selagi itu ia tidak terbukti benar.
Umpamanya bila ada manusia mengatakan 1+1=3 tanpa membawa sebarang bukti, kita tidak harus ikuti sekali pun mereka menyandarkan kata-kata mereka itu atas nama imam-imam terdahulu atau atas nama Nabi. Jika berfikir secara logik, tidak mungkin rasul itu mengatakan sesuatu yang tak masuk akal dan tidak benar.
Namun, jika ada manusia yang mengatakan 1+1=2 dan dibuktikan dengan membilang menggunakan jari umpamanya, maka barulah kita boleh mengikuti apa yang disampaikan biarpun dia bukan datang dari bangsa Arab atau lepasan mana-mana universiti. Maknanya, apabila akal kita mengakui kebenarannya setelah kita nampak logik dari kata-kata manusia itu, sebenarnya kita telah tunduk kepada kebenaran yang disampaikan melalui akal. Tetapi jika kita menentang kebenaran (walaupun akal kita mengakuinya) kerana terdapat perasaan sombong dalam hati, jadilah manusia itu orang yang engkar dan pendusta.
Sudah menjadi ulangan sejarah, apabila sesuatu umat itu mula beragama secara menurut, maka pasti mereka akan jadi tertutup minda. Mereka tidak boleh menerima kebenaran, biarpun selogik mana sekalipun kebenaran itu disampaikan. Mereka sudah biasa menurut agama nenek moyang, biarpun nenek moyang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dan tidak mendapat petunjuk.
Inilah punca penyebab kita umat Islam sekarang jadi lemah, iaitu akibat beragama secara ikut-ikutan. Ada akal tidak mahu guna, tetapi terpaksa bersandar atas nama ulamak. Walhal ulamak yang dijadikan sandaran itu tidak pun tahu apa yang akan berlaku dan tidak nampak apa yang tersembunyi dalam hati kita.
Perasaan sombong, dengki, iri hati, dendam dan khianat itu semua hanya mampu dilihat oleh tuan punya diri dan Allah sahaja. Hendak kawal penyakit ini, tuan punya dirilah kena bijak mengawalnya. Untuk mencapai tahap bijak, sudah pasti kita kena guna akal, sebab tiada sunnah menunjukkan yang guna nafsu akan jadi bijak. Orang yang tolak akal dan menurut nafsu, pasti akan tertipu dengan kesombongannya sendiri seperti iblis yang merasa sombong kerana merasakan dirinya mulia kerana dia adalah ahli ibadah yang taat. Kerana itu jika manusia anggap hidup ini membuat ibadat ritual tanpa mahu membangunkan mentaliti, jadilah manusia itu berperangai iblis. Bila perangai seperti iblis, kerjanya hanya mengajak kepada berpecah-belah dan suka menghukum orang lain (sebab perasan dirinya mulia).
Untuk sentiasa berpegang kepada kebenaran, kita perlu melatih diri berani memberi pendapat. Jika hanya bersandar atas nama orang lain, kita jadi penakut. Bak kata pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah. Sebab itu orang yang takut untuk mendalami Quran sehingga terpaksa bergantung pada nama orang lain, menunjukkan dalam dirinya ada keraguan. Dia tidak mampu berkata benar, sebab tidak melatih diri untuk berfikir secara logik. Padahal petunjuk Allah ada di sekeliling kita untuk membantu kita berfikir secara logik seterusnya mampu berkata benar.
Sebab itu kita dengar sejarah menceritakan Rasulullah suka bermuzakarah dengan para sahabat baginda. Ini untuk melatih diri supaya berani memberikan pendapat dan berlapang dada menerima pendapat orang lain. Jika kita bergantung kepada logik akal, kita jadi mudah menyampaikan pendapat. Tetapi jika otak kita lembab seperti gajah, pasti kata-kata kita jadi lemah dan mudah dibuktikan salah.
Jika manusia itu tidak berlapang dada, dia tidak dapat menerima pendapat lain yang kuat daripadanya. Tetapi jika dia belajar mengawal hatinya, dia akan tenang menerima pendapat orang lain. Jadi kita boleh nampak kelebihan bermuzakarah iaitu membina keyakinan diri berkata benar, mampu mengawal diri dari perasaan dengki seterusnya menjauhi daripada budaya menurut membuta-tuli dalam beragama.

tajuNM wrote:Tazkirah hari ini;
"Lelaki yang tidak tergoda oleh perdagangan atau jual beli dari mengingati Allah, mendirikan solat dan membayar zakat, mereka takut akan datangnya hari yang tergoncang hati dan pengihatan"
An-Nur, 37.
Sempena Ramadhan ini, marilah kita sama2 membanyakkan zikirullah dan menunaikan solat sunat, selain solat fardhu yang wajib. Tambahan pula, pahalanya berganda2 daripada hari2 biasa.
Bila hidup dan mati hanya kerana Allah, perhiasan dunia bukan perkara utama lagi. Cukuplah sekadar keperluan yang penting. Hidup besederhana dan penuh ketenangan tanpa rasa keluh kesah kerana sentiasa memikirkan perhiasan duniawi.
Seseorang yang beriman itu, mereka takut apabila Allah datangkan sesuatu nikmat padanya. Mereka bersyukur tetapi mereka tetap berhati-hati. Bimbang nikmat itu akan membuatnya kufur dan mereka berhati-hati andai disebalik nikmat itu terselindung satu ujian yang besar.
Lelaki yang besederhana, menginfakkan hidupnya untuk Allah, mereka mengamalkan hidup yang penuh kesederhanaan dalam segenap hal. Dan dia juga berupaya mendidik anak dan isterinya dengan cara hidup yang sederhana itu.
lelaki adalam pemimpin kepada wanita dan anak-anaknya. Umpama seorang nakhoda. Jika nakhoda sesebuah kapal menghala ke jalan yang betul, maka sampailah ke destinasi yang dituju.
Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (An-Nisaa', 34)

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14
Re: BICARA AL-QURAN
Guna akal sendiri semata-mata untuk mengenal Allah?? Maaf la encik Adli, saya tak larat nak hujah panjang-panjang. Tapi jika ini sahaja yg mahu dijadikan sandaran maka akan sesat lah manusia.
Kita perlukan ulama untuk memandu akal kita ke jalan yang benar, dan bukan jalan yg sesat lagi menyesatkan.
Mat rempit perlukan ulama untuk dia kembali kepada fitrah. Apa kes kita nak serahkan mat rempit tu supaya berfikir menggunakan akalnya sendiri untuk membezakan hak dan batil? Boleh ke? Makin rosak anak dara orang ada la....
Setiap ilmu tu ada disiplinnya. saya tinggalkan kata-kata confucious di sini:

Belajar tanpa berfikir adalah sia-sia
Berfikir tanpa belajar adalah merbahaya!

belasungkawa- Siswa-Siswi
- Number of posts: 25
Reputation: 0
Credits: 1413
Registration date: 2008-07-11
Re: BICARA AL-QURAN
belasungkawa wrote:Guna akal sendiri semata-mata untuk mengenal Allah?? Maaf la encik Adli, saya tak larat nak hujah panjang-panjang. Tapi jika ini sahaja yg mahu dijadikan sandaran maka akan sesat lah manusia.
Kita perlukan ulama untuk memandu akal kita ke jalan yang benar, dan bukan jalan yg sesat lagi menyesatkan.
Mat rempit perlukan ulama untuk dia kembali kepada fitrah. Apa kes kita nak serahkan mat rempit tu supaya berfikir menggunakan akalnya sendiri untuk membezakan hak dan batil? Boleh ke? Makin rosak anak dara orang ada la....
Setiap ilmu tu ada disiplinnya. saya tinggalkan kata-kata confucious di sini:Belajar tanpa berfikir adalah sia-sia
Berfikir tanpa belajar adalah merbahaya!
Bukankah yang menurut membuta-tuli itu yang selama ini sesat? Sedangkan Nabi-nabi terdahulu pun guna akal sendiri hendak kenal Allah, kenapa kita tidak mengikut sunnah mereka? Tidakkah anda mengkaji kisah Nabi Ibrahim mengenal Allah?
Jika anda hendak tolak akal sendiri, silakanlah. Apa yang disampaikan ini bukan paksaan. Saya mengatakan yang benar mengikut pemerhatian dan perbandingan nasib umat Islam yang lemah dan suka berpecah-belah sekarang.
Manusia akan jadi hilang keyakinan diri apabila beragama menurut atas nama orang lain. Sebab urusan hati kita, hanya kita yang tahu. Jika tidak guna akal sendiri yang mampu menilai apa yang ada dalam hati kita, adakah anda hendak guna nafsu?
Ulamak yang dijadikan sandaran itu tidak tahu anda ada penyakit hati, dengki dan dendam kesumat. Hanya akal anda yang boleh menilai sama ada patutkah anda hidup dalam kedengkian atau tidak. Takkan nak belajar kawal hati sendiri pun nak bergantung dan berguru dengan orang yang tak nampak apa yang ada dalam hati anda? Betapa lemah dan pemalasnya manusia itu. Beragama pun nak subsidi dan disuapkan, bukannya hendak cari sendiri.
Berfikir logik lah. Jangan beragama secara tak masuk akal. Betullah kata-kata confucious itu, belajar tanpa berfikir itu sia-sia. Samalah dengan sia-sia amalan orang yang tolak akalnya sendiri. Bila tolak akal macam mana dia hendak berfikir?
Berfikir tanpa belajar bermakna berfikir kosong tanpa logik. Macam orang yang fikir 1+1=3, tapi tiada bukti yang nyata. Bermakna orang itu tak belajar. Otaknya tak berkembang. Tetapi bila orang itu berfikir secara logik bahawa 1+1=2, sebab ada bukti, maka dari 1+1=2, boleh dikembangkan jadi 1+2=3 dan seterusnya. Itulah perbezaan berfikir secara logik dan tak guna logik akal. Jadi masih ada lagi manusia yang tak guna logik akal? Sebab yang tak guna logik akal hanya binatang ternak, sebab itu mereka tidak tahu mencipta macam sifat umat Islam sekarang yang lemah daya logiknya.

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14
Re: BICARA AL-QURAN
Yo brader, saya bukan suruh tolak akal. akal itu paksinya adalah ilmu dan iman. orang yang sesat pun ada akal, tapi dia takde iman. seorang profesor pun boleh jadi sesat malah menyesatkan orang lain. dia berakal dan ada ilmu tapi tiada iman. ORang yg ada iman tapi tiada ilmu juga boleh menyesatkan, misalnya seorang ustaz pakar hadith mengajar orang lain tentang piawaian kejuruteraan salur perpaipan minyak& gas (dgn andaian ustaz ni bukan engineer), kan gila namanya?
faham maksud saya?
kalau saudara kaji sejarah nabi Ibrahim tu, adakah baginda menggunakan akal nya semata-mata? tanpa iman dan ilmu kah?
Nabi Muhammad tu guna akal semata-mata kah? Bukankah baginda di ajar oleh Malaikat Jibril? Siapa yang mengajar Nabi Muhammad tentang permulaan waktu solat? Siapa pula mengajar Nabi Muhammad tentang penghujung waktu solat? Guna akal semata-mata kah? Bukankah Jibril yang mengajar? Nabi Muhammad pun memerlukan 'guru' iaitu Jibril, sebagai pengantara wahyu yang diturunkan oleh Allah.
Belajar guna akal SEMATA_MATA bukannya sunnah, tapi belajar dengan melalui guru yang fasih ilmunya, itulah sunnah!
Saya bukannya tolak guna akal, yang saya tolak adalah fahaman bahawa akal itu tunggal semata-mata, tanpa didasari, tanpa dipasak dengan ilmu dan iman.
saya pelik kenapa begitu mudah encik adli meletakkan kesimpulan bahawa saya menolak akal. kalau macam tu, boleh kah saya katakan encik adli ni menolak ulama?
Sahabat-sahabat Nabi adalah ulama salaf. Hah, ulama juga tu, ohh..adakah mereka sesat ?? kan kurang waras namanya tu...
faham maksud saya?
kalau saudara kaji sejarah nabi Ibrahim tu, adakah baginda menggunakan akal nya semata-mata? tanpa iman dan ilmu kah?
Nabi Muhammad tu guna akal semata-mata kah? Bukankah baginda di ajar oleh Malaikat Jibril? Siapa yang mengajar Nabi Muhammad tentang permulaan waktu solat? Siapa pula mengajar Nabi Muhammad tentang penghujung waktu solat? Guna akal semata-mata kah? Bukankah Jibril yang mengajar? Nabi Muhammad pun memerlukan 'guru' iaitu Jibril, sebagai pengantara wahyu yang diturunkan oleh Allah.
Belajar guna akal SEMATA_MATA bukannya sunnah, tapi belajar dengan melalui guru yang fasih ilmunya, itulah sunnah!
Saya bukannya tolak guna akal, yang saya tolak adalah fahaman bahawa akal itu tunggal semata-mata, tanpa didasari, tanpa dipasak dengan ilmu dan iman.
saya pelik kenapa begitu mudah encik adli meletakkan kesimpulan bahawa saya menolak akal. kalau macam tu, boleh kah saya katakan encik adli ni menolak ulama?
Sahabat-sahabat Nabi adalah ulama salaf. Hah, ulama juga tu, ohh..adakah mereka sesat ?? kan kurang waras namanya tu...

belasungkawa- Siswa-Siswi
- Number of posts: 25
Reputation: 0
Credits: 1413
Registration date: 2008-07-11
Re: BICARA AL-QURAN
"Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Al-Qur'an yang dibaca dengan bahasa Arab* supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya." [Surah Yusuf: 2.]
*“Bahasa Arab jualah yang dapat menampung dan menghimpunkan ma’na-ma’na Al-Qur’an yang luas itu; kerana bahasa Arab ialah sepitah-pitah bahasa, sejelas-jelasnya dan seluas-luasnya berbanding dengan Bahasa-bahasa yang lain.”
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 541.].

ZAITAHA- Siswazah
- Number of posts: 231
Reputation: 0
Credits: 1548
Registration date: 2008-04-13
Page 2 of 10 •
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 
Similar topics» Ahlus Sunnah Tidak Menyukai Banyak Bicara dan Debat Kusir..
» -= 10 Duas from the Quran =-
» QURAN MAJEED (FULL)
» BICARA AL-QURAN
» Maksud Sujud Dalam Al-Quran
» -= 10 Duas from the Quran =-
» QURAN MAJEED (FULL)
» BICARA AL-QURAN
» Maksud Sujud Dalam Al-Quran
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 2 of 10
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum