Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Bukti mengenal diri

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Bukti mengenal diri

Post by penditaputra on Wed Aug 20, 2008 7:24 pm

Kalau ilmu kimia membuat emas dan perak, ianya tak terdapat dalam khazanah orang kebanyakan, bahkan hanya terdapat dalam khazanah raja-raja sahaja. Maka begitulah juga ilmu kimia membuat kebahagiaan itu tidak terdapat melainkan di dalam khazanah tuhan yang maha besar. Di langit ilmu itu didapati pada zat malaikat-malaikat dan di bumi ilmu itu didapati pada hati-hati aulia’ yang arif.

Orang yang mencari ilmu kimia membuat kebahagiaan dengan tidak menerusi saluran nabi, maka orang itu sudah tersalah jalannya. Yang mana amalan-amalannya akan sia-sia tak ubah seperti wang emas yang palsu. Dia menyangka dirinya sudah kaya raya. Sedangkan dia akan jadi orang yang papa pada hari kiamat kelak. Firman tuhan, “Bila kami bukakan hakikat diri engkau yang sebenar, maka pandangan engkau pada hari kiamat ini akan terbeliak tajam kerana terkejut.”

Setengah dari tanda rahmat Allah kepada hambanya manusia ialah dia telah mengutus kira-kira 124 000 orang nabi-nabi untuk mengajar mereka rahsia ilmu kimia membuat kebahagiaan untuk mengajar mereka cara membentuk hati mereka di dalam dapur mujahadah dan cara membersihkan hati mereka dari perangai-perangai yang buruk supaya mereka dapat bawakannya ke jalan yang bersih jernih. Firman Tuhan “Tuhanlah yang telah mengutus di dalam golongan orang yang buta huruf seorang rasul dari mereka untuk membaca kepada mereka pengajaran-pengajarannya dan mengajar mereka undang-undang Al Quran dan hikmah.” Maksud ayat ini ialah menerangkan bahawa Rasulullah itu adalah dibangkit untuk membersihkan jiwa mereka dari perangai-perangai yang buruk dan dari sifat-sifat kebinatangan dan juga untuk menjadikan sifat malaikat itu pakaian dan perhiasan mereka.

Tujuan yang tersebar dari ilmu kimia membuat kebahagiaan ini ialah membuang segala sifat yang tercela dan memakai segala sifat yang sempurna. Rahsia ilmu kimia ini ialah kembali dari dunia kepada Allah. Firman tuhan, ‘Tumpukanlah ibadat engkau kepada Allah dengan sepenuh-penuhnya.”

penditaputra
Dekan

Number of posts: 3027
Age: 37
Location: dalam gua, bertapa
State:
Reputation: 0
Credits: 1467
Registration date: 2008-06-30

Back to top Go down

Re: Bukti mengenal diri

Post by Adli on Wed Aug 20, 2008 9:49 pm

Tanya diri kita, sudahkah kita bersedia untuk mati. Inilah check and balance sama ada kita sudah kenal diri atau belum. Jika kita rasa takut dan belum bersedia untuk mati, belajarlah lagi mengenali diri, sebab belajar itu tiada hentinya sehingga masa untuk kembali kepadaNya tiba...

Pada setiap diri ada jalan untuk mengenal Tuhan, iaitu dengan mengenali diri kita sendiri. Manusia yang tidak kenal diri, dia akan sombong dan ego. Suka mencari kesalahan orang dan tidak terbuka dengan pandangan orang lain yang berbeza. Tetapi apabila kita merendah diri, rasa sayang kita terhadap orang lain akan bertambah tebal, sebab kita makin sedar hakikatnya kita semua adalah sama. Yang membezakan amalan kita masing-masing. Berlumba-lumbalah membawa amalan masing-masing untuk dihadapkan kepada Allah nanti.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Bukti mengenal diri

Post by penditaputra on Wed Aug 20, 2008 10:12 pm

sebut pasal kenal diri, byk tafsiran boleh dibuat, ada yg kata kita kenal sebetulnya kita ini, tp itu secara zahir. apa yg tuhan hendak dari kita ialah kita kembali kpdnya sebagaimana kita dtg dulu, iaitu putih bersih tanpa sebarang titik noda. ibarat kain yg suci, yg putih, tiada satupun kotoran. maka kembalilah kita mengadap tuhan ibarat kain yg tiada apa corak pun yg tertera.

penditaputra
Dekan

Number of posts: 3027
Age: 37
Location: dalam gua, bertapa
State:
Reputation: 0
Credits: 1467
Registration date: 2008-06-30

Back to top Go down

Re: Bukti mengenal diri

Post by samson on Wed Aug 20, 2008 10:20 pm

من عرف نفسه فقد عرف ربه ومن عرف ربه ققد عرف نفسه

ayat diatas saya tak pasti sama ada hadis atau kat ulamak, tapi yg bermaksud saper kenal dirinyer maka kenal kan Tuhan nya

ayat yg simple dah kalau faham mudah nya kalau kita kenal diri kita hamba mak Allah tuhan kita tap banyak maksud yg tersirat kat situ hingga memeningkan tokbatin di tranung kite tu

samson
Pensyarah

Number of posts: 627
Age: 39
Location: perth
State:
Reputation: 0
Credits: 1487
Registration date: 2008-05-18

http://www.tagged.com/fikri9

Back to top Go down

Re: Bukti mengenal diri

Post by penditaputra on Thu Aug 21, 2008 2:08 am

tok batin kita tu ntah la. jika kita construe ayat di atas secara literalnya, maka kita akan dapat pengertian yg tak tercapai maksud. maksud mengenal diri dan mengenal tuhan ialah supaya kita mendalami ilmu ketuhanan dgn mendalam sehingga segala bukti kewujudan Allah Taala dapat kita saksikan seolah2nya ia suatu bukti yg sabit lagi establish. yg tidak dapat diganggu gugat oleh apa jua pun. pernah dengar cerita aulia Allah buat masjid dengan rumput? Kalau pernah maka anda sudah dapat satu gambaran. pernah disiarkan di tko tentang kubah masjid dipindahkan hanya dengan zikir la ilaha illallah. pada saya ia tak mustahil langsung. bahkan Allah boleh adakan lebih hebat dari itu.

penditaputra
Dekan

Number of posts: 3027
Age: 37
Location: dalam gua, bertapa
State:
Reputation: 0
Credits: 1467
Registration date: 2008-06-30

Back to top Go down

Re: Bukti mengenal diri

Post by samson on Thu Aug 21, 2008 12:48 pm



ni yg pendita maksudkan tu

samson
Pensyarah

Number of posts: 627
Age: 39
Location: perth
State:
Reputation: 0
Credits: 1487
Registration date: 2008-05-18

http://www.tagged.com/fikri9

Back to top Go down

Re: Bukti mengenal diri

Post by Adli on Fri Aug 22, 2008 5:41 am

Apa-apa pun, selagi kita tidak melihatnya sendiri, jangan cepat mendengar kata-kata orang. Manusia suka menyebar-nyebarkan cerita yang dia sendiri tidak tahu apa rahsia di sebaliknya. Berlakunya fitnah-fitnah dalam masyarakat apabila budaya suka menyebarkan cerita-cerita yang dia sendiri tak pasti, tetapi ditokok tambah sehingga cerita itu menjadi sensasi.

Jika benar dengan hanya berzikir sahaja boleh melakukan segala perkara, kenapa Nabi Muhammad dengan para sabahatnya kena pergi berjihad? Bukankah lebih selamat baginda berperang secara berzikir? Allah Maha Berkuasa melakukan segala perkara. Tetapi Dia tidak mencipta sesuatu secara sia-sia. Hendak mencipta roket pun perlu mengkaji dan meneroka alam ini, bukannya sekadar duduk berzikir. Bukankah Al Quran sendiri menyuruh kita menggunakan akal?

Akibat sikap umat Islam yang suka meletak nilai karamah pada seseorang yang dianggap mulia, maka kita pun jadi lemah. Kita jadi malas mengkaji dan meneroka ilmu alam untuk mencari logik kenapa Allah mencipta sesuatu itu. Umat Islam sekarang suka melihat sesuatu yang pelik2 (yang dia tidak faham kelogikannya) untuk dibangga-banggakan. Jika kita renungkan, samalah seperti umat Mesir di zaman Firaun yang suka melihat sihir (sesuatu yang tidak masuk akal) untuk dibangga-banggakan.

Jika kita pandang secara zahir, kita tidak nampak barah umat ini. Tetapi jika kita berfikir panjang dan fahami pengajaran Al Quran sebenarnya, kita akan nampak kenapa umat Islam jadi lemah sekarang ini. Bukankah dibangkitkan para Rasul itu untuk memberikan penjelasan? Sesuatu yang jelas itu adalah sesuatu yang logik dan masuk akal.

Kita boleh kata Allah Maha Berkuasa menjadikan 1+1=3. Tetapi bukankah Allah cipta alam semesta ini bersistematik dan ada ukuran-ukurannya? Ada logik yang menentukan sesuatu itu benar atau tidak benar.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Bukti mengenal diri

Post by penditaputra on Sat Aug 23, 2008 2:50 am

memang alam semesta ini diciptakan Allah swt di atas prinsip asbab musabbab di mana setiap kejadian itu mempunyai cause and effectnya. tidak terjadi sesuatu itu secara mendadak atau tiba-tiba. tetapi maha suci Allah yang amat menyayangi hambanya telah mengutuskan para anbiya' dan salafus soleh yg disertakan dgn berbagai karamah bertujuan untuk mengembalikan mereka kepada kebenaran. ianya tidak lebih dari itu.

saya juga seperti adli, memang mustahil nak hasilkan itu dan ini dengan hanya berzikir, tetapi apa yg telah berlaku di sana dan di sini itu adalah tidak lebih dan tidak kurang hanya untuk tuhan memberi peringatan pada hambanya.
supaya mereka kembali bertaqwa. apabila membaca sesuatu tentang peristiwa yg aneh-aneh, saya tidak terfikir untuk mencari cara bagaimana untuk turut berupaya berbuat demikian, tapi saya ambil itu sebagai aayatan li ulil albab (tanda bg orang yang berfikir) tentang kebesaaran Allah.

karamah bermaksud kemuliaan bg orang yang soleh atau para nabi dan rasul. dapat kepada sesetengah golongan masyarakat hari ni dia kata magic, pastu kaitkan pula dengan perkara yang karut marut.

penditaputra
Dekan

Number of posts: 3027
Age: 37
Location: dalam gua, bertapa
State:
Reputation: 0
Credits: 1467
Registration date: 2008-06-30

Back to top Go down

Re: Bukti mengenal diri

Post by Adli on Sat Aug 23, 2008 7:17 pm

Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum, jika kaum itu tidak mengubahnya sendiri. Allah tidak memuliakan manusia itu jika manusia itu tidak memuliakan dirinya sendiri. Mulianya para anbiyaa' terdahulu kerana mereka berusaha memperbaiki diri ke arah kemuliaan. Namun sampai ke zaman kita, sebab kita tidak pernah nampak bagaimana perjuangan para Nabi dan Rasul yang menyebabkan mereka mencapai tahap mulia, kita sekadar tahu yang mereka itu mulia, tetapi kita tidak berusaha mencontohi cara perjuangan mereka agar kita menjadi seorang yang mulia juga.

Selalu kita dengar orang berkata, "ala itu Nabi, bolehlah dia buat macam tu.". Inilah kata-kata manusia yang tidak faham bahawa rahmat Allah itu luas dan sifat KeadilanNya. Allah memberikan kemuliaan kepada sesiapa jua yang menuruti sunnah yang melayakkan manusia itu mendapat kemuliaan.

Dan yang sedihnya, ada sesetengah manusia sampai tahap mendewa-dewa atau memuja insan-insan yang mendapat kemuliaan tersebut dengan harapan mendapat berkat.

Nabi Muhammad mencapai tahap kemuliaan sebab baginda mencontohi Nabi2 terdahulu. Dengan kata lain baginda membenarkan ajaran terdahulu pada diri baginda agar akhlak mulia terpancar dari diri kita. Begitu juga kita, kenalah membenarkan ajaran Nabi Muhammad dengan memancarkan akhlak mulia daripada diri kita sendiri.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Bukti mengenal diri

Post by tajuNM on Mon Aug 25, 2008 1:43 am

Ingin saya cadangkan, tulislah ringkas sikit. Kalau panjang sangat dibimbangi orang tak akan baca. Maaf kalau cadangan ini tidak menyenangkan.

tajuNM
Pro-Canselor (Member Berkualiti)

Number of posts: 2159
Location: TANAH MERAH, KEL
State:
Reputation: 1
Credits: 1485
Registration date: 2008-06-24

Back to top Go down

Re: Bukti mengenal diri

Post by Adli on Mon Aug 25, 2008 8:40 pm

Minta maaf. Bukan tidak senang dengan cadangan yang diutarakan. Tetapi sesuai dengan nama forum ini "E-minda", jadi untuk membangunkan minda, kita kena galakkan sesama kita suka menulis dan membaca.

Wahyu pertama juga bermula dengan "Bacalah...". Dan jika kita fikir, kenapa Al Quran punyai ayat2 yang panjang? Bukankah itu untuk melawan sikap malas membaca? Jika ikutkan, Rasulullah tidak perlu ulang-ulang kisah2 yang sama di dalam banyak surah. Tetapi kisah2 yang sama diulang2 dalam pelbagai bentuk agar pemikiran manusia tidak jumud dan supaya melihat pelbagai sudut.

Orang melayu terkenal dengan budaya malas membaca. Nampak tulisan panjang sikit, sudah ditolak tepi. Tetapi tidak bagi orang Barat yang mempunyai semangat ingin tahu. Mereka suka mengkaji dan meneroka. Sebab itu mereka mampu mencipta teknologi termasuklah teknologi komputer dan internet ini yang orang Islam hanya tahu beli dan pakai sahaja.

Maaf sekali lagi jika ada terkasar bahasa...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Bukti mengenal diri

Post by mekganu on Mon Aug 25, 2008 10:51 pm

samson wrote:من عرف نفسه فقد عرف ربه ومن عرف ربه ققد عرف نفسه

ayat diatas saya tak pasti sama ada hadis atau kat ulamak, tapi yg bermaksud saper kenal dirinyer maka kenal kan Tuhan nya

ayat yg simple dah kalau faham mudah nya kalau kita kenal diri kita hamba mak Allah tuhan kita tap banyak maksud yg tersirat kat situ hingga memeningkan tokbatin di tranung kite tu


ayat ni banyak dah mek terjumpa dlm buku-buku agama lama.

mekganu
Dekan

Number of posts: 3628
Reputation: 4
Credits: 1619
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

2. Mengenal Diri

Post by penditaputra on Tue Aug 26, 2008 4:04 am

2. Mengenal Diri
Anak kunci mengenal Allah ialah mengenal diri sendiri. Firman tuhan, “Kami akan memperlihatkan tanda-tanda kekuasaan Kami di seluruh ufuk yang luas dan juga di dalam kejadian diri mereka sendiri sehingga ternyata kepada mereka bahawa Allah itu benar.” Sabda Rasulullah (saw) “Siapa yang telah mengenalkan hakikat dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenalkan Tuhannya.” Tidak ada benda yang lebih hampir kepada saudara lain dari diri saudara sendiri. Sekiranya saudara tidak mengenalkan diri sendiri, maka bagaimanakah pula mungkin saudara hendak mengenalkan tuhan.

Jika saudara berkata saya memang kenal diri saya sendiri, maka akuan saudara itu bererti tidak lebih selain dari mengenalkan diri saudara dari segi anggota-anggota yang lahir sahaja. Iaitulah seperti anggota kaki, tangan, kepala dan batang tubuh. Tetapi saudara belum lagi mengenal apakah pendorong atau penggerak di dalam jiwa saudara iaitu pendorong yang menggerakkan saudara berkelahi bila diharungi marah, menggerakkan saudara berkahwin bila digoda nafsu, menggerakkan saudara mencari makanan bila terasa lapar, menggerakkan saudara mencari minuman bila haus dan dahaga. Di dalam tuntutan-tuntutan yang seperti ini, maka semua binatang adalah bersamaan dengan saudara. Oleh sebab itulah maka saudara mesti mengenalkan diri sendiri dengan sebenar-benarnya sehingga saudara mengetahui dengan jelas apakah hakikat kejadian saudara? Dari manakah saudara datang ke alam ini? Mengapakah dijadikan kita? Apakah yang akan menyebabkan kita celaka?

Di dalam diri saudara terdapat berbagai-bagai sifat. Ada sifat binatang, ada sifat singa dan malaikat.

Bahagian roh itulah hakikat diri saudara. Sedangkan bahagian-bahagian yang lain adalah semuanya dagang dan tak ubah seperti barang pinjaman yang dipertaruhkan kepada saudara. Kewajipan saudara pasti mengetahui hakikat kejadian ini dan pasti pula mengetahui bahawa tiap-tiap satu kejadian itu ada makanan dan kebahagiaannya.

Kebahagiaan binatang ialah makan minum dan bernikah kahwin. Jika saudara termasuk ke dalam golongan ini maka tumpukanlah usaha saudara kepada memenuh perut dan memuaskan nafsu. Kebahagiaan singa ialah mencakar dan membunuh. Kebahagiaan syaitan ialah tipu daya melakukan kejahatan dan fitnah pesona. Jika saudara dari golongan ini maka berusahalah seperti mereka. Kebahagiaan malaikat ialah menyaksi keindahan hadrat ketuhanan. Mereka tidak marah dan tidak bernafsu. Sekiranya saudara dari anasir malaikat maka hendaklah saudara berusaha mengetahui asal usul kejadian saudara sehingga saudara bertemu jalan yang menuju kepada hadrat tuhan dan sehingga saudara sampai kepada darjah dapat menyaksi keagungan dan keindahan ketuhanan dan sehingga saudara dapat menyelamatkan diri dari belenggu nafsu berahi dan nafsu marah dan seterusnya sehingga saudara dapat mengetahui hikmat mengapa sifat-sifat ini dijadi dan dikumpulkan di dalam diri saudara.

Sebenarnya sifat-sifat ini bukanlah dijadikan Allah supaya menewas dan menaklukkan saudara, bahkan dijadikannya supaya ditewas dan ditakluk oleh saudara. Lebih tegas supaya diperalatkan oleh saudara di dalam pelayaran saudara yang akan datang. Satu darinya saudara boleh jadikan kereta kenderaan saudara sedang yang satu lagi pula saudara boleh jadikan senjata untuk memburu kebahagiaan saudara. Bila pada satu masa kelak saudara sudah selamat tiba di pengkalan tujuan saudara maka buangkanlah alat-alat ini di bawah tapak kaki saudara. Setelah itu kembalilah kepada tempat kebahagiaan saudara yang sebenar iaitu tempat ahli-ahli yang cinta kepada hadrat ketuhanan.

Saudara pasti mengetahui hakikat ini supaya saudara dapat mengenalkan sedikit sebanyak diri saudara. Tiap-tiap orang yang tidak mengetahui hakikat ini maka mereka hanya orang yang mendapat kulit luar sahaja sedangkan isi kebenaran terlindung daripadanya.

penditaputra
Dekan

Number of posts: 3027
Age: 37
Location: dalam gua, bertapa
State:
Reputation: 0
Credits: 1467
Registration date: 2008-06-30

Back to top Go down

Re: Bukti mengenal diri

Post by Adli on Wed Sep 03, 2008 5:46 am

Kesan daripada kita mengenal diri adalah kita akan nampak keupayaan atau potensi diri yang selama ini tersembunyi. Bila kita nampak potensi diri, kita akan yakin kepada diri sendiri. Kita boleh berkata pasal Allah tanpa rasa ragu-ragu kerana mengenal diri bermakna kita mengenal Allah.

Jika kita masih anggap urusan akidah dan agama adalah urusan alim ulama, dan kita takut untuk berkata-kata pasal Pencipta kita sendiri, bermakna kita terlalu jauh daripada Allah, sehingga terpaksa bergantung kepada selainNya. Mungkin kita anggap menyekutukan Allah itu adalah dengan cara menyembah berhala sahaja. Sebenarnya bergantung atas nama orang lain juga termasuk dalam menyekutukan Allah. Menyekutukan Allah menyebabkan manusia itu jadi lemah.

Kelemahan umat Islam sehingga jadi umat yang tiada kemampuan mencipta teknologi kerana urusan akidah pun kita terpaksa bergantung atas nama orang lain, bukannya kita sendiri mengkaji dan meneroka. Bila untuk kenal Allah pun kita malas mengkaji, macam mana nak ada minat mengkaji alam semesta, sebab nak kenal Allah memerlukan kita mengkaji alam? Sebab itu kita ketinggalan dalam bidang sains dan Allah tempatkan kita sebagai umat yang hina sekarang.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Bukti mengenal diri

Post by semut api on Sun Apr 26, 2009 9:35 am

untuk apa kenal diri?

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Bukti mengenal diri

Post by slipar on Sun Apr 26, 2009 12:39 pm

untuk apa kenal diri?


supaya senang kita nak tipu diri kita sendiri

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1866
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Bukti mengenal diri

Post by Adli on Sun Apr 26, 2009 1:01 pm

Apabila manusia itu kenal dirinya adalah manusia, so dia akan hidup sebagai manusia, bukannya binatang ternak iaitu yang beragama sekadar ikut cakap orang tanpa berfikir... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Bukti mengenal diri

Post by semut api on Sun Apr 26, 2009 2:31 pm

slipar wrote:
untuk apa kenal diri?


supaya senang kita nak tipu diri kita sendiri


oooo dancing good

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Bukti mengenal diri

Post by Zahabur on Sun Apr 26, 2009 4:07 pm

good ke semut api..... Very Happy

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1672
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Bukti mengenal diri

Post by semut api on Sun Apr 26, 2009 4:38 pm

Zahabur wrote:good ke semut api..... Very Happy

boleh ke tipu diri sendiri? study Very Happy

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum