Log in

I forgot my password

Similar topics
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57734 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4096)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3488)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


mutiara hadith

Page 2 of 3 Previous  1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: mutiara hadith

Post by slipar on Sun Jul 26, 2009 7:03 pm

kalau tau cakap le , boleh sama kongsi

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1758
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: mutiara hadith

Post by Madah on Sun Jul 26, 2009 8:11 pm

Malangnya saya tak tahu, saya nyatakan perkara tadi adalah kerana....jika tadi itu jawapan...kenapa dari segi akal saya tidak mendapat kepuasan daripada jawapan itu. sebab itu saya menganggap ia tidak menjawap pertanyaan asal saya. jadi tidak perlulah rasa kekurangan sebab itu

Madah
Siswa-Siswi

Number of posts: 40
Reputation: 0
Credits: 968
Registration date: 2009-07-26

Back to top Go down

Re: mutiara hadith

Post by slipar on Mon Jul 27, 2009 12:54 am

tak dak hal .. kalau tahu takkan tak tahu

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1758
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: mutiara hadith

Post by Madah on Mon Jul 27, 2009 10:15 am

slipar wrote:tak dak hal .. kalau tahu takkan tak tahu


kadang kala saya ada juga bertanya soalan yang saya sudah tahu tetapi bukan kerana apa...kadang kala bagus juga kita melihat pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara, boleh kita memperbaiki apa kekurangan dalam pandangan kita.

lagipun pertanyaan saya lebih saya tujukan kepada penulis post berkenaan. biasanya penulis lebih faham apa yang ditulis...jika mereka tidak faham...bagaimana hendak orang lain faham akan apa yang mereka tuliskan dan sampaikan pada orang lain..betul tak...?

Madah
Siswa-Siswi

Number of posts: 40
Reputation: 0
Credits: 968
Registration date: 2009-07-26

Back to top Go down

Re: mutiara hadith

Post by slipar on Mon Jul 27, 2009 12:09 pm

bila bab quran , aku setuju sebab tak ada penghujungnya mendalami quran ..

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1758
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: mutiara hadith

Post by sr_rahmat on Mon Jul 27, 2009 12:20 pm

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Salam buat madah.

Sebelum saya cuba menjawab soalan apakah ilmu Al-Quran, terlebih dahulu saya ingin menjelaskan tentang maksud agama.

Sesetengah orang menganggap agama adalah satu cara hidup, jika islam, maka jadinya cara hidup islam. Cara hidup disini luas konteknya, dari sekecil-kecil cara hidup (bangun tidur, nak mandi, berhadas, berjalan, nak makan, percakapan, dan sebagainya), hinggalah sebesar-besar cara hidup (kepimpinan, perkahwinan, undang-undang, hudud, dan sebagainya).

Tanggapan itu adalah benar, tetapi maksud sebenar tak dapat disampaikan dengan tanggapan yang sebegitu.

Agama, berasal dari bahasa sanskrit (a-gama). 'a' bermaksud 'tidak', 'gama' bermaksud 'kacau'. tidak kacau atau lebih tepat pada bahasa sekarang adalah sistem.

Islam pula bermaksud sejahtera, jadi, agama islam bermaksud sistem sejahtera.

persoalan disini (untuk kita sama-sama bermuhasabah diri) adakah dalam diri kita wujud kesejahteraan (aman damai, tak berlaku kekacauan) jika kita mengaku yang hidup kita ini bersistemkan sejahtera, (agama islam)....?

Al-Quran diturunkan Allah pada bulan Ramadan (Ramad = panas) untuk dijadikan petunjuk kepada manusia untuk mengambilnya (kitab Allah) sebagai pelajaran dan rahmat untuk kita hidup sebagai manusia dengan mahunya Allah (fitrah). Al-Quran juga diturunkan untuk mengembalikan kehidupan fitrah yang ditetapkan Allah.

2:185 Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.... (Seterusnya...).

3:138 (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.

30:30 (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari fitrahnya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Semua Kitab-Kitab Allah selain Al-Quran (suhuf, zabur, taurat, injil,) adalah bertujuan untuk memperingati manusia tentang kehidupan fitrah manusia dengan mahunya Allah. Fitrahnya manusia adalah beral-quran. Itulah fitrahnya manusia, tidak ada perubahan pada fitrah itu, dan jika kita hidup tanpa Al-Quran di dalam dada kita, maka.... *sila rujuk surah ke-7 ayat ke-178.

maksub fitrah; semulajadi, ketetapan.

12:111 Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.

Manusia diciptakan Allah hanya untuk menyembahnya, jadi ilmu Al-Quran adalah suatu ilmu yang mengajar kita untuk menjadi manusia dengan mahunya Allah. Jika kita menjadi manusia sebagaimana mahunya Allah, secara automatiknya, hidup kita pasti hanya untuk menyembah-Nya.

Harap terjawab persoalan anda. Persoalan saudari/saudara itu amatlah berharga.

Sekian.

sr_rahmat
Siswa-Siswi

Number of posts: 17
Reputation: 0
Credits: 968
Registration date: 2009-07-01

Back to top Go down

Re: mutiara hadith

Post by Madah on Mon Jul 27, 2009 1:43 pm

terima kasih sr_rahmat atas usaha yang dibuat...
tetapi persoalan mengenai apa itu ilmu alquran atau lebih tepat apakah al quran itu sendiri kedudukkan adalah dibuat atas kenyataan forumner kita Al-bhar melalui coretan...

Apa itu Ilmu Hadith?

"Ilmu hadith ini adalah agama, kerana itu
telitilah orang yang kamu ambil
agamamu daripada mereka"

Ibnu Sirin

maka jika ilmu hadith itu agama pada pandangan ibnu sirin dan dipakai oleh saudara Al- bhar kemukakan pada forumnner yang lain..maka saya ingin memahami apa pula peranan Alquran (ilmunya juga) dalam islam jika hadith sudah mengambil tempat kedudukkan agama..

maaf saudara sr_rahmat, jawapan saudara juga masih belum menjawap pertanyaan saya namun saya mengucap terimakasih atas usaha tersebut dan saya akan ambilnya sebagai salah satu bahan bacaan saya.

masalah jawapan saudara adalah bersifat umum mengenai Al quran dan tiada kaitannya dengan kenyataan ibnu sirin yang dikemukankan oleh forumnner kita sebelum ini.....malah terlalu banyak tulisan yang tiada kaitan dengan terutama kaitan agama....tapi at least banyak info.

saya kembali pada persoalan nya..(berdasar kenyataan ibnu siri daripada saudara Al-bhar
jika hadis itu agama...al quran itu????

Madah
Siswa-Siswi

Number of posts: 40
Reputation: 0
Credits: 968
Registration date: 2009-07-26

Back to top Go down

Re: mutiara hadith

Post by sr_rahmat on Mon Jul 27, 2009 2:37 pm

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Jika jawapan panjang lebar susah difahami. Saya ada lagi satu option dengan jawapan yang lebih pendek.

Rukun Iman 6 Perkara:
1) Percaya dan Yakin kepada Allah
2) Percaya dan Yakin kepada Malaikat
3) Percaya dan Yakin kepada Kitab (Al-Quran)
4) Percaya dan Yakin kepada Rasul
5) Percaya dan Yakin kepada hari akhirat
6) Percaya dan Yakin kepada Qoda dan Qadar.

Hadis tidak tersenarai dalam rukun Iman yang ditetapkan Allah.
Persoalan Al-Quran itu ilmu apa tak wujud lagi jika anda adalah seorang yang berpagang teguh kepada kitab (Al-Quran).

Jadi, percaya dan yakinlah (beriman) hanya kepada Al-Quran.

Sila baca post-post yang ditulis daripada sahabat-sahabat (adli, bayau, pejuang) untuk lebih memahami.

sr_rahmat
Siswa-Siswi

Number of posts: 17
Reputation: 0
Credits: 968
Registration date: 2009-07-01

Back to top Go down

Re: mutiara hadith

Post by sr_rahmat on Mon Jul 27, 2009 2:49 pm

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sebenarnya, untuk memahami/menjelaskan ilmu yang terdapat di dalam Al-Quran adalah mustahil dilakukan secara tak bersemuka.

Disini hanyalah untuk kita mengeluarkan buah pemikiran yang bertujuan untuk memuji/mengagungkan Allah diatas petunjukNya yang diberikan kepada kita (Al-Quran).

2:185 .... dan hendaklah kamu mengagungkan Allah diatas petunjuknya yang diberikan kepadamu.

Anda boleh la memasuki mana-mana kelas agama untuk mendalami ilmu agama.
Itu adalah jalan terbaik untuk anda menjawab persoalan anda.

Sekian.

sr_rahmat
Siswa-Siswi

Number of posts: 17
Reputation: 0
Credits: 968
Registration date: 2009-07-01

Back to top Go down

Re: mutiara hadith

Post by Madah on Mon Jul 27, 2009 5:03 pm

sr_rahmat wrote:Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sebenarnya, untuk memahami/menjelaskan ilmu yang terdapat di dalam Al-Quran adalah mustahil dilakukan secara tak bersemuka.

Disini hanyalah untuk kita mengeluarkan buah pemikiran yang bertujuan untuk memuji/mengagungkan Allah diatas petunjukNya yang diberikan kepada kita (Al-Quran).

2:185 .... dan hendaklah kamu mengagungkan Allah diatas petunjuknya yang diberikan kepadamu.

Anda boleh la memasuki mana-mana kelas agama untuk mendalami ilmu agama.
Itu adalah jalan terbaik untuk anda menjawab persoalan anda.

Sekian.



salam sr_rahmat.
saya rasa saudara rahmat salah faham mengenai persoalan tersebut.

saya mempersoalkan kenyataan ibnu sirin atas anggapannya bahawa ilmu hadis adalah agama,.... bagi saya Islam lah agama bukan hadis..sebab itulah dinamakan agama Islam, tak pernah pula saya dengar agama hadis. tetapi sebelum itu saya perlu memahami dari sudut pandangan tersebut.

jika saudara nak menerangkan detail tentang islam seperti saya tidak pernah mendengar apa itu agama islam..well, boleh teruskan..may be boleh juga tgk jika ader yang terlepas dahulu.

sr_rahmat....kalau nak memberi jawapan atas persoalan saya, sila kaitkan dengan kenyataan dari Ibnu Sirin sebelum ini. saya x memberatkan saudara tanggungjawap menjawap pertanyaan saya...saya tujukan soalan itu untuk saudara Al-bhar...dan jangan lupa ader lagi persoalan untuk setiap mutiara hadis yang saya kemukakan

Madah
Siswa-Siswi

Number of posts: 40
Reputation: 0
Credits: 968
Registration date: 2009-07-26

Back to top Go down

Re: mutiara hadith

Post by sr_rahmat on Mon Jul 27, 2009 5:25 pm

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Jadi anda dah ada jawapannya. saya ingat anda seorang yang mencari.

Maafkan saya. Jadi saudara setujulah jika saya katakan Al-Quran itulah kunci untuk kita beragama.

Jadi tidak lagi menjadi persoalan jika saudara percaya dan yakin yang Al-Quran lah kunci untuk beragama. bukannya hadis.

Maaf atas salah faham yang berlaku. Sebab itu saya katakan adalah mustahil untuk membincangkan hal sedemikian dalam keadaan tidak bersemuka.

sr_rahmat
Siswa-Siswi

Number of posts: 17
Reputation: 0
Credits: 968
Registration date: 2009-07-01

Back to top Go down

Re: mutiara hadith

Post by Madah on Tue Jul 28, 2009 3:40 pm

sr_rahmat wrote:Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Jadi anda dah ada jawapannya. saya ingat anda seorang yang mencari.

Maafkan saya. Jadi saudara setujulah jika saya katakan Al-Quran itulah kunci untuk kita beragama.

Jadi tidak lagi menjadi persoalan jika saudara percaya dan yakin yang Al-Quran lah kunci untuk beragama. bukannya hadis.

Maaf atas salah faham yang berlaku. Sebab itu saya katakan adalah mustahil untuk membincangkan hal sedemikian dalam keadaan tidak bersemuka.


dari segi jawapan sendiri, ya ada..tetapi dari sudut pandangan lain sehingga timbulnya kenyataan ibnu sirin..itu saya tak pasti..sebab itu saya ingin mengetahuinya.

Lagipun kalau nak dikira jawapan saya itu cuma secara lebih umum bahawa islam itulah agama. tetapi jawapan secara detail saya belum membinanya lagi...sebab..persoalan sebegini tidak pernah saya timbulkan dalam diri saya.

Bagi saya, Al quran adalah perkara utama dalam agama islam.itu tak dinafikan

Madah
Siswa-Siswi

Number of posts: 40
Reputation: 0
Credits: 968
Registration date: 2009-07-26

Back to top Go down

Re: mutiara hadith

Post by Payau Putih on Thu Jul 30, 2009 10:44 pm

Madah wrote:hm...nampaknya pertanyaan saya tidak mendapat jawapannya.


Salaam,

Mungkin sebabnya saudara si pembuka topik dan bebarapa orang lain tidak lagi mengunjungi forum ini sebab dah hampir setahun topik ini diajuhkan..... saya pun berminat ingin mengetahui jawapan dari banyak persoalan dari sdr dalam topik ini. Terima kasih....

Payau Putih
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 197
Location: Sabah bertuah
State:
Reputation: 0
Credits: 1164
Registration date: 2009-07-01

Back to top Go down

Re: mutiara hadith

Post by Madah on Fri Jul 31, 2009 12:34 pm

saudara Payau..

kalau begitu keadaannya maka saya telah terlewat satu tahun.walaubagaimanapun saya amat tertarik salah satu hadis yang dikemukankan iaitu melibatkan hadis dibawah

hadith abu daud

Dari Miqdam bin Ma'dikariba r.a. Rasulullah saw.
bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorg lelaki yang sedang
duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan org kepadanya sebuah
hadis dpd hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah
kitabullah shj. Apa yg di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa
yg ia haramkan kami haramkan”
. "Padahal apa yang diharamkan oleh
Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah
swt."
(Abu Daud)


dari yang ayat dibirukan...agak jangal kalau Rasulullah saw membahasakan dirinya sebagai rasulullah saw. melainkan pengucapnya adalah bukan Rasulullah saw sendiri...dan jika bukan Rasulullah saw maka tiada sebab untuk kita patuhinya kerana ianya bukan hadis Nabi.

walaubagaimanapun kalau kita anggap yang biru itu adalah penambahan dari orang lain (sama dilakukan oleh yahudi keatas kitab mereka) maka kita boleh hilangkan ayat tersebut dan menjadi

Dari Miqdam bin Ma'dikariba r.a. Rasulullah saw.
bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorg lelaki yang sedang
duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan org kepadanya sebuah
hadis dpd hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah
kitabullah shj. Apa yg di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa
yg ia haramkan kami haramkan”
.(Abu Daud)


walaubagaimana pun hadis ini masih menimbulkan was was maka sesuatu yang was was perlu ditinggalkan. sepanjang pengajian hadis. hadis2 dalam koleksi Abu Daud banyak memiliki percanggahan antara satu sama lain serta ada juga bercanggah dengan hadis Bhukhari dan Muslim.dan beberapa hadis yang dikire agak keterlaluan tahapnya

kalau hadis ini benar2 sahih tentu hadis ini juga terkandung dalam koleksi bukhari dan muslim juga.. so pertanyaan awal saya untuk pembuka post ialah..siapa yang mengucapkan ayat yang saya birukan dan jika itu Rasulullah saw mengapa dia membahasakan dirinya Rasulullah saw.?

Madah
Siswa-Siswi

Number of posts: 40
Reputation: 0
Credits: 968
Registration date: 2009-07-26

Back to top Go down

Re: mutiara hadith

Post by slipar on Fri Jul 31, 2009 12:41 pm

dulu pakar hadis kat sini pak abu tapi beliau telah mengundurkan diri atas sebab2 keselamatan jadi tak dapatlah kami ulas lanjut .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1758
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: mutiara hadith

Post by Al-Bahr on Fri Jul 31, 2009 6:48 pm

Salam Madah,

Saya faham melalui petikan maksud hadith itu adalah Al-Hadith ini adalah sebahagian dari agama kita, sebab Rasulullah sendiri ada berpesan jika berpegang kepada Al-Quran & Al-Hadith tidak akan sesat...ada juga disebut As-Sunnah...tapi maksudnya di sini Hadith & Sunnah dari perkataan & perbuatan baginda S.A.W. sajalah.

Laughing

Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1348
Registration date: 2009-04-16

Back to top Go down

Re: mutiara hadith

Post by slipar on Fri Jul 31, 2009 9:59 pm

ku seru pak abu .. mak we dia pulak datang

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1758
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: mutiara hadith

Post by Adli on Sat Aug 01, 2009 6:40 am

20:123. Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari surga bersama-sama, sebagian kamu menjadi musuh bagi sebagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.

Jaminan Allah agar manusia itu tidak sesat hanyalah dengan cara mengikut petunjukNya. Tidak pula Allah berkata mengikut petunjuk manusia, manusia dijamin tidak akan tersesat.

Antara Al Quran dan riwayat hadis, Al Quran adalah antara petunjuk Allah yang dipelihara oleh Allah, sedangkan riwayat hadis tiada jaminan oleh Allah. Dengan kata lain, tidak semua yang dibawa oleh riwayat hadis itu adalah petunjuk Allah. Kita kena berhati-hati sebelum mengambil sesuatu riwayat hadis.

Jadi, berpandukan ayat Al Quran di atas, adalah bahaya bagi orang yang beranggapan dengan menurut segala riwayat hadis, mereka pasti tidak akan sesat.

Apakah mereka ingin menukar jaminan Allah (Al Quran) berbanding jaminan manusia (riwayat hadis)?

Kenapa Al Quran itu dijamin oleh Allah?
1) Ayat-ayatnya tidak perlukan nama para sahabat yang mencatat atau mendengar Rasulullah mengucapkan ayat-ayat Al Quran itu (perlu diingat, Al Quran juga disampaikan oleh lisan Nabi Muhammad).
Berbanding riwayat hadis, mereka menilai kebenaran riwayat itu atas nama orang-orang yang mendengarnya. Jadi, kita perlukan satu step lagi untuk menapis riwayat tersebut dengan membandingkan dengan Al Quran sebab Al Quran itu terpelihara sedangkan riwayat hadis tidak. Jika selari dengan Al Quran, logiklah riwayat hadis itu benar, sebab takkanlah Rasulullah nak berkata sesuatu yang bercanggah dengan Al Quran yang baginda sampaikan sendiri?

2) Kebenaran Al Quran terbukti selari dengan hukum alam. Pengajaran dan pedomannya memang benar-benar mengikut Sunnah. Di sinilah kita nampak Al Quran itu petunjuk Allah yang dipelihara.

Oleh kerana berdasarkan ayat 20:123 di atas mengatakan manusia terjamin tidak akan sesat dengan mengambil petunjuk Allah, sudah pasti kita perlu beragama menurut petunjuk Allah, bukan mengikut cakap-cakap yang diada-adakan atas nama manusia.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2987
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: mutiara hadith

Post by Al-Bahr on Sat Aug 01, 2009 9:15 pm

slipar wrote:ku seru pak abu .. mak we dia pulak datang

Err mana ada Embarassed Embarassed ... saya datang sebab forumer 'Madah' mention nama saya untuk persoalan yang ditanya, jadi saya terpanggil untuk jawabnya...

Takde kena mengena dengan saudara Abu Muaz...lagipun saya bukan makwenya...saya hanya peminatnya...beliau tak minat saya pun... Laughing Laughing

Apa boleh buat... flirty flirtymalu I tau!

Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1348
Registration date: 2009-04-16

Back to top Go down

Re: mutiara hadith

Post by slipar on Sat Aug 01, 2009 9:33 pm

gurau ler .. long time no see .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1758
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Page 2 of 3 Previous  1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum