Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 2 BotsNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
MASIH RAMAI ORANG ISLAM YANG BUTA AL-QURAAN
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 3 • Share •
Page 1 of 3 • 1, 2, 3 
MASIH RAMAI ORANG ISLAM YANG BUTA AL-QURAAN
DI sini kita sama-sama memberi pendapat dan pandangan bagaimana kita dapat membantu golongan ini..Boleh dikatakan hampir separuh umat islam yang masih buta Al Quraan...buta beerti tidak dapat memahami maksud sebenar ayat Alquraan..ramai ummat kita selalu membacanya..tetapi adakah difahami maksud yang dikiaskannya..??
Re: MASIH RAMAI ORANG ISLAM YANG BUTA AL-QURAAN
betul tu ustaz kalam. stakat baca saja tanpa mengusuli maksud dan kehendak sebenar al quran masih belum bererti mengamalkan al quran. mitos menyatakan org yahudi telah membuat kajian terhadap al quran dan menemui pelbagai rahsia yg telah mereka praktikkan utk menguasai masyarakat dunia.

penditaputra- Dekan
- Number of posts: 3027
Age: 37
Location: dalam gua, bertapa
State:
Reputation: 0
Credits: 1467
Registration date: 2008-06-30
Re: MASIH RAMAI ORANG ISLAM YANG BUTA AL-QURAAN
penditaputra wrote:betul tu ustaz kalam. stakat baca saja tanpa mengusuli maksud dan kehendak sebenar al quran masih belum bererti mengamalkan al quran. mitos menyatakan org yahudi telah membuat kajian terhadap al quran dan menemui pelbagai rahsia yg telah mereka praktikkan utk menguasai masyarakat dunia.
laaa...ustaz lak....
betul la pendita..barang hak milik kita..tapi orang lain dapat hasil..
Re: MASIH RAMAI ORANG ISLAM YANG BUTA AL-QURAAN
Kadang-kadang benda yang hari-hari kita buat i.e: sembahyang pun, ramai antara kita tak tahu makna bacaan2 dlm sembahyang. Patutnya yg itu perlu ditegakkan dulu.
Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, dan hidupku dan matiku hanya kerana Allah Taala.

siti- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1295
Age: 35
Location: Fil Ardh
Reputation: 1
Credits: 1601
Registration date: 2008-06-14
Re: MASIH RAMAI ORANG ISLAM YANG BUTA AL-QURAAN
oo..yg dimaksudkan buta Al-Quran tuh x fhm Aq la ek..
ok..salah satu perkara yg dilakukan oleh majority umat islam melayu yg sama sekali contradict ialah membaca surah yasin secara berjemaah di malan jumaat..
sedangkan Allah berfirman..
"Dan apabila dibacakan
Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu
mendapat rahmat" Al-A'raaf-204
...pikir2 kanlah ek....

unXpectedvariables- Siswa-Siswi
- Number of posts: 8
Age: 25
Location: Depan PC
Reputation: 0
Credits: 1402
Registration date: 2008-07-23
Re: MASIH RAMAI ORANG ISLAM YANG BUTA AL-QURAAN
Dan selalu masyarakat Melayu itu anggap Al Quran itu sekadar dalam bahasa Arab. Maka dibacalah sebutan Arab biarpun intipatinya tak difaham. Adakah Al Quran mengajar manusia jadi tuli dan dungu?
Telah diturunkan Al Kitab sebelum Al Quran dalam pelbagai bahasa sesuai kepada umat yg dibangkitkan penyampainya agar setiap manusia memahami dan mendapat penjelasan sebenar. Allah tidak pernah menganak-emas atau menganak tirikan sesuatu bangsa.
Orang Yahudi dahulu pun berfikiran sempit dgn menganggap para Rasul itu hanya di kalangan keturunan mereka sahaja. Sekarang ini orang Melayu pun dan berfikiran sempit sama dgn menganggap segala yg berbudaya Arab itulah Islam. Maka berlumba-lumbalah nak tunjuk Islamik dengan memakai jubah dan serban, sedangkan sebaik-baik pakaian adalah takwa.
Apa guna memperlihatkan zahir berkearaban, sedangkan otak singkat dan tidak tahu mencipta. Bukankah wahyu pertama sendiri menekankan kita belajar mengenali Tuhan Yang Mencipta, supaya kita jadi manusia yang bermentaliti tinggi lagi tahu mencipta?
Bangsa mana yang sibuk belajar menerokai ilmu alam sehingga pandai mencipta pelbagai teknologi dan bangsa mana pula yang sibuk berpecah-belah menghukum orang itu tidak ikut Quran dan orang ini tidak ikut sunnah?

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14
Re: MASIH RAMAI ORANG ISLAM YANG BUTA AL-QURAAN
suatu pekara dan lazim kita dengarkan yg mana bila apa jua berlaku permasalahn kita akan kata rujuklah Al quraan dan sunnah
dan berapa ramai yg gunakan al quraan untuk kepentinga peribadi.
teringat saya waktu di Indonesia sewaktu kempen PEMILU (pemikihan umum PRU) oleh kerana lambang party golkar (golongan karyawan) berlabngkan pokok,mana mana kiyahi yg againtst ngan golkar keluara kan ayat"jangan kamu hampiri pokok*(ayat al quraan Allah melarang Nabi Adam untuk ke pohon Khuldi)
yng pro golkar pula"berbahgialah mereka yang berbaih dibwah pohon"(merujuk kepada ayat yg Allah merahmati mereka yg berbaih redwan
gitulah al quraan digunakna utk kepntingan,dan periuk nasi. yg tumpang galmer pun ada mulut keluar memuji Tuhan tapi hakikatnya memuji diri sendiri

Itulah sudahnya bila Al-Quran dan sisnya diambil untuk kepentingan diri sendiri. Masing-masing berebut untuk nampak hebat dan beragama dengan ada ilmu Al-Quran untuk menarik lebih ramai pengikut yang rata-rata dari kalangan yang kurang menggunakan akal.
kalau akal dijadikan pertimbangan, pasti mereka akan sedar dan faham, pokok mana yang Allah maksudkan...setiap kejadian itu ada hikmah dan sebabnya. Allah tak jadikan ciptaanNya sia-sia dan bukankah Allah sendiri tidak suka kepada sesuatu yang sia-sia.
Kita dok sibuk menarik keluar potongan ayat Al-Quran untuk kepentingan peribadi, untuk menjaga periuk nasi sendiri, untuk menghentam sesama sendiri. Tapi dalam masa sama, ada pihak lain yang sedang mendalami dan mengkaji Al-Quran yang dibenarkan oleh kita semua itu. dan mereka berjaya mengaplikasikan apa yang termaktub di dalamnya ke alam nyata ini.
Mereka berjaya membongkar segala rahsia dari bumi hingga ke langit kerana kajian Al-Quran. Ada dari kalangan mereka yang mengakui kebenararan Al-Quran yang complete segalanya. Tapi mungkin mereka masih ragu untuk masuk Islam kerana memandangkan umat Islam sendiri akhlaknya lebih kurang macam mereka, malah ada yang lebih teruk lagi. Semua itu membuatkan mereka berfikir balik....
Sepatutnya kita yang diberi Al-Quran inilah yang memperlihatkan sesuatu yang indah dari kitab itu. Agar pesonanya membuatkan pihak dari agama lain terpegun dan terpesona dengan akhlak yang dikenali dengan akhlak Al-Quran.
Kita mulakan dari diri kita. Bila semua individu membudayakan Al-Quran, masyarakat akan terbangun dengan budaya Al-Quran ini...dan dari sinilah Islam akan grmilng kembali...

utk memahami al quran, ilmu keduniaan rasanya diperlukan. sebab itu ramai ulama Islam yang mempelopori ilmu asas keduniaan. dan pula, ilmu teras keduniaan ini tidak akan diketahui manusia jika Allah tidak menganugerahkannya. diturunkan kitab suci ini dengan tujuan untuk menjadi petunjuk bagi semua insan, tidak kira siapa, dan ia memang benar, walau orang yang tidak beriman pun, jika menyelongkar segala isi kalamullah yg ibarat harta karun ini, maka lambat laun akan menemui sinar keimanan.
lihatlah kepada mereka2 yg telah berjaya, bukan semestinya yang harta bertimbun, atau pangkat berjela-jela, atau nama harum di serata dunia, tetapi mereka yang telah berjaya memberi sumbangan dalam konteks membentuk sakhsiah insan, seperti memberikan idea bernas sepanjang zaman, nasihat yang sesuai utk segenap lapisan masyarakat. mereka yg tak pasal-pasal dianghat jadi mentor oleh kebanyakan orang
lihatlah kepada mereka2 yg telah berjaya, bukan semestinya yang harta bertimbun, atau pangkat berjela-jela, atau nama harum di serata dunia, tetapi mereka yang telah berjaya memberi sumbangan dalam konteks membentuk sakhsiah insan, seperti memberikan idea bernas sepanjang zaman, nasihat yang sesuai utk segenap lapisan masyarakat. mereka yg tak pasal-pasal dianghat jadi mentor oleh kebanyakan orang

penditaputra- Dekan
- Number of posts: 3027
Age: 37
Location: dalam gua, bertapa
State:
Reputation: 0
Credits: 1467
Registration date: 2008-06-30
Re: MASIH RAMAI ORANG ISLAM YANG BUTA AL-QURAAN
penditaputra wrote:utk memahami al quran, ilmu keduniaan rasanya diperlukan. sebab itu ramai ulama Islam yang mempelopori ilmu asas keduniaan. dan pula, ilmu teras keduniaan ini tidak akan diketahui manusia jika Allah tidak menganugerahkannya. diturunkan kitab suci ini dengan tujuan untuk menjadi petunjuk bagi semua insan, tidak kira siapa, dan ia memang benar, walau orang yang tidak beriman pun, jika menyelongkar segala isi kalamullah yg ibarat harta karun ini, maka lambat laun akan menemui sinar keimanan.
lihatlah kepada mereka2 yg telah berjaya, bukan semestinya yang harta bertimbun, atau pangkat berjela-jela, atau nama harum di serata dunia, tetapi mereka yang telah berjaya memberi sumbangan dalam konteks membentuk sakhsiah insan, seperti memberikan idea bernas sepanjang zaman, nasihat yang sesuai utk segenap lapisan masyarakat. mereka yg tak pasal-pasal dianghat jadi mentor oleh kebanyakan orang
Ilmu dunia pun dari Allah jugak. Dan ilmuNya kalau ditulis jika lautan dijadikan tinta pun tak akan habis.
Kita semua adalah hambaNya. Dan Allah itu berlaku adil seperti sifatNya yang Maha Adil. Sesiapayang berusaha untuk mendapatkan sesuatu, Allah akan beri. Bukan tengok pada agama, pada pagkat atau darjat. Kalau tidak, kenapa Allah berikan kejayaan pada mereka yang menyekutukanNya. Bukan ke itu tanda sifat Maha Pemurah Dan Maha PenyayangNya...
Dalam KalamNya, bukan sekadar ada ilmu agama, malah meliputi segalanya. Sebab itu ia dikatakan syumul dan sesuai untuk sepanjang zaman. Segalanya tersurat dan tersurat di situ. Dan yang tersurat tu, memerlukan kita menggunakan daya fikir anugerahNya untuk kita memahami. Seperti langit yang terbentang luas, begitulah akal kita. Terletak di atas. Biarpun kecil, tapi itulh yang membezakan manusia dengan binatang ternak...
Al-Quran, semakin dikaji, kita akan mendapat pelbagai ilmu baru dari pelbagai sudut. Walaupun kajian dilakukan di surah yang sama dan berulang kali, tapi idea yang Allah berikan sentiasa berbeza-beza. Dan kesimpulan dari idea itu menghasilkan satu impak yang paling maksima....
Kita semua adalah hambaNya. Dan Allah itu berlaku adil seperti sifatNya yang Maha Adil. Sesiapayang berusaha untuk mendapatkan sesuatu, Allah akan beri. Bukan tengok pada agama, pada pagkat atau darjat. Kalau tidak, kenapa Allah berikan kejayaan pada mereka yang menyekutukanNya. Bukan ke itu tanda sifat Maha Pemurah Dan Maha PenyayangNya...
Dalam KalamNya, bukan sekadar ada ilmu agama, malah meliputi segalanya. Sebab itu ia dikatakan syumul dan sesuai untuk sepanjang zaman. Segalanya tersurat dan tersurat di situ. Dan yang tersurat tu, memerlukan kita menggunakan daya fikir anugerahNya untuk kita memahami. Seperti langit yang terbentang luas, begitulah akal kita. Terletak di atas. Biarpun kecil, tapi itulh yang membezakan manusia dengan binatang ternak...
Al-Quran, semakin dikaji, kita akan mendapat pelbagai ilmu baru dari pelbagai sudut. Walaupun kajian dilakukan di surah yang sama dan berulang kali, tapi idea yang Allah berikan sentiasa berbeza-beza. Dan kesimpulan dari idea itu menghasilkan satu impak yang paling maksima....

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14
Re: MASIH RAMAI ORANG ISLAM YANG BUTA AL-QURAAN
Nampak agak jelas sekarang tentang arah dan matlamat yang
sepatutnya dituju. Apabila kita bicara pasal Al Quran maka ia tidak boleh lagi
berada dalam skop yang lama. Persoalan timbul, bagaimanakjah caranya untuk
menggali dan membongkar segala rahsia pati ilmu yang tersembunyi itu? Adakah pendakwah,
ulama dan tokoh pemikir Islam mesti menjuruskan fokus mereka terhadap itu? Rasanya
mungkin ya. Kerana kalau tidak mereka siapa lagi.
sepatutnya dituju. Apabila kita bicara pasal Al Quran maka ia tidak boleh lagi
berada dalam skop yang lama. Persoalan timbul, bagaimanakjah caranya untuk
menggali dan membongkar segala rahsia pati ilmu yang tersembunyi itu? Adakah pendakwah,
ulama dan tokoh pemikir Islam mesti menjuruskan fokus mereka terhadap itu? Rasanya
mungkin ya. Kerana kalau tidak mereka siapa lagi.

penditaputra- Dekan
- Number of posts: 3027
Age: 37
Location: dalam gua, bertapa
State:
Reputation: 0
Credits: 1467
Registration date: 2008-06-30
Re: MASIH RAMAI ORANG ISLAM YANG BUTA AL-QURAAN
Satu ketika waktu saya berumur sekitar 18 thn..terlihat seorang lelaki tiba-tiba melenting kerana terpijak satu kertas bertulisan jawi Melayu yg agak menyerupai warna Al-Quran (kuning-kuning air)..
"Eh..eh..ambil..ambil Al-Quran tu..sapa lak buang kat lantai..??
Nah..apapun beliau sekurang-kurangnya tetap perihatin dan menghormati Al-Quran..cuma saya kesal..

Gelembong- Pro-Canselor (Member Berkualiti)
- Number of posts: 346
Location: Tuuuu...
Reputation: 0
Credits: 1501
Registration date: 2008-05-24
Re: MASIH RAMAI ORANG ISLAM YANG BUTA AL-QURAAN
Gelembong wrote:Satu ketika waktu saya berumur sekitar 18 thn..terlihat seorang lelaki tiba-tiba melenting kerana terpijak satu kertas bertulisan jawi Melayu yg agak menyerupai warna Al-Quran (kuning-kuning air)..
"Eh..eh..ambil..ambil Al-Quran tu..sapa lak buang kat lantai..??
Nah..apapun beliau sekurang-kurangnya tetap perihatin dan menghormati Al-Quran..cuma saya kesal..
Itulah orang kita...
Kita menyanjung AL-Quran. Kita sentiasa nak letakkan ia di tempat yang tinggi. Atas almari. sampai tak nampak kita nak tengok. Disebabkan tak nampak, dah kebiasaan kita, kalau tak nampak kita tak ingat. Bila dah tak ingat, tak baca la.
Apa salahnya kita letakkan di atas meja bersama dengan buku yang lain. Isinya tak akan bercampur dan tak akan berubah pun.
Bila mata kita pandang buku yang kat atas meja, walaupun kita dah baca buku tu dah dah tahu isinya, kekadang nak juga belek-belek kan? Begitu juga Al-Quran, yang isinya sentiasa segar untuk sepanjang zaman. Makin kita baca dan fahami, makin kita rasa kesannya. Bukan seperti novel sedih yang kita baca. Tangisan masa baca novel, hanya seketika sahaja. Tapi intipati yang kita fahami dari Al-Quran, boleh kita bawa ke dalam kehidupan kita dan diterapkan menjadi amalan hidup kita.
Apa bezanya hormat dan patuh kerana takut dan hormat dan patuh kerana faham?
Kita takutkan Allah bukan keranan takut yang membuta tuli. Bukan seperti takut kerana kita ditawan oleh penjahat yang kejam yang bila-bila masa sahaja akan seksa kita. Kita hormat dan patuh kerana kita faham. Kita faham sifat Allah. Kita faham apa yang Dia suka dan tidak suka. Kita faham kenapa dan mengapa sesuatu perbuatan itu Allah jatuhkan hukum halal dan haram. Kita faham kekuasaanNya.
Sebab itu dalam apa perkara sekalipun kita perlu kenal barulah kita faham. Selepas faham barulah kita bawa ke dalam kehidupan kita.
Seperti kita nak kenal orang. Dari nama, kalau tak tahu nama dari wajah. Selepas kita kenal dia, barulah kita faham sifat yang ada dalam diri orang itu. Begitu juga dnegan kita mengenali Allah. Kita tau namaNya, kita kenal sifatNya, Barulah kita faham.
Dan kita tak akan faham sesuatu benda itu tanpa didahului dengan kenal.
Dan dalam wahyu pertama sudah terangan Allah sebutkan "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta.

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14
Re: MASIH RAMAI ORANG ISLAM YANG BUTA AL-QURAAN
Ayat Al Quran yang pertama diturunkan juga menganjurkan kita supaya membaca, kerana dengan bacaan itu dapat membuka minda dan fikiran. Jelas, sesiapa yang banyak melakukan pembacaan mempunyai ilmu yang tinggi. Sekaligus menaikkan martabatnya di sisi Allah. Apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ialah jahil dan buta tentang Al Quran. Usahkan nak memahami, nak baca pun tak boleh. Remaja sekarang huruf jawi pun tak kenal. Mereka cukup bangga kalau boleh cakap Inggeris dengan petah, tapi tak bernafsu langsung untuk membasahi lidah dengan ayat suci. Sebab itu jiwa mereka kosong, akhlak mereka rosak, ilmu mereka cetek. Al Quran sudah la tak tau baca, macammana nk semayang, puasa dan buat lelain ibadah, natijahnya Islam semakin dipinggirkan.
Di negara Islam yang lain kanak-kanak seawal umur 7 tahun sudah mampu menghafaz Al Quran dan sudah mengerti apa itu perjuangan menegakkan agama.
Di negara Islam yang lain kanak-kanak seawal umur 7 tahun sudah mampu menghafaz Al Quran dan sudah mengerti apa itu perjuangan menegakkan agama.

penditaputra- Dekan
- Number of posts: 3027
Age: 37
Location: dalam gua, bertapa
State:
Reputation: 0
Credits: 1467
Registration date: 2008-06-30
Re: MASIH RAMAI ORANG ISLAM YANG BUTA AL-QURAAN
Tul tu pen...remaja sekarang bangga boleh cakap B.I...rasa dia dah hebat la..tapi ajak sekali baca yasin..mula la..dapat "Yasin" belek tak tentu tempat..ada yang baca dengan ejaan rumi..tergagap-gagap lak tuh.yang kuat masa awal tu."Yaaasinnnn dan akhir ""sodakho Allahulazimm"".Kalau kena musibat cam keluarga meninggal nanti mulalah ajak orang masjid tolong baca..dia duk lepak luar rumah sambil layan dunhill sebatang..hampeh sungguh la..
Re: MASIH RAMAI ORANG ISLAM YANG BUTA AL-QURAAN
satu kupasan persoalan yg baik.dalam dunia hari ini, masih lagi ramai umat islam tidak dapat memahami dan menghayati keindahan ayat suci al-quran.secara jujur,saya pun still lemah dan menjadi salah seorang darinya yang masih buta.... but sekarang ini, alhamdulillah secara perlahan=perlahan, saya sedang usaha untuk memahami dan menghayati nya.berbekalkan tafsiran al-quran, saya jadikan rujukan. membaca beberapa ayat kemudian mengetahui makna nya kemudian memahami seterusnya menghayati nya.insaallah di satu masa, saya tidak lagi di kalangan buta AL-QURAN.

farish_hakim- Siswa-Siswi
- Number of posts: 22
Age: 27
Location: kUALa LumPur
State:
Reputation: 0
Credits: 1401
Registration date: 2008-07-23
Re: MASIH RAMAI ORANG ISLAM YANG BUTA AL-QURAAN
farish_hakim wrote:satu kupasan persoalan yg baik.dalam dunia hari ini, masih lagi ramai umat islam tidak dapat memahami dan menghayati keindahan ayat suci al-quran.secara jujur,saya pun still lemah dan menjadi salah seorang darinya yang masih buta.... but sekarang ini, alhamdulillah secara perlahan=perlahan, saya sedang usaha untuk memahami dan menghayati nya.berbekalkan tafsiran al-quran, saya jadikan rujukan. membaca beberapa ayat kemudian mengetahui makna nya kemudian memahami seterusnya menghayati nya.insaallah di satu masa, saya tidak lagi di kalangan buta AL-QURAN.
Alhamdulillah...satu langkah yang bijak kearah muslim sejati...

Re: MASIH RAMAI ORANG ISLAM YANG BUTA AL-QURAAN
farish_hakim wrote:satu kupasan persoalan yg baik.dalam dunia hari ini, masih lagi ramai umat islam tidak dapat memahami dan menghayati keindahan ayat suci al-quran.secara jujur,saya pun still lemah dan menjadi salah seorang darinya yang masih buta.... but sekarang ini, alhamdulillah secara perlahan=perlahan, saya sedang usaha untuk memahami dan menghayati nya.berbekalkan tafsiran al-quran, saya jadikan rujukan. membaca beberapa ayat kemudian mengetahui makna nya kemudian memahami seterusnya menghayati nya.insaallah di satu masa, saya tidak lagi di kalangan buta AL-QURAN.
Yer, saya pun macam tu.
Berbekalkan terjemahan dan Al-Quran Digital, saya cuba untuk memahami dan mengaplikasikannya dalan kehidupan. Kita sekarang sedang dalam proses untuk kembali membudayakan Al-Quran dalam kehidupan kita.
memahami Al-Quran dapat menajamkan minda kita. Dalamnya Allah selalu dan sering menyuruh kita berfikir.
Baca terjemahan, sesiapa pun boleh. Tapi untuk memahaminya, kita perlukan hati yang tenang dan kelapangan masa agar kita tidak melakukan sesuatu sekadar melepaskan batuk di tangga. Dan yang paling penting, akal fikiran kita hendaklah seiring dengan apa yang kita baca tu. Barulah kita dapat faham dalam erti kata sebenar dan dapat mengupas isi yang tersurat dan tersirat disebalik tiap ayat-ayat Allah itu. Dan masa itu, kita kena pandai-pandai menguruskan masa kita. Demi masa, manusia sentiasa dalah merugian. Kecuali mereka yang pandai menguruskannya.
Saya mula memahami Al-Quran dengan surah-surah pendek. Apa yang saya faham itu akan saya taip, sebab saya ni suka dok depan pc. Kita iringkan memahami Al-Quran bersama dengan minat kita. nescaya kita akan rasa seronok...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14
Re: MASIH RAMAI ORANG ISLAM YANG BUTA AL-QURAAN
Dalam hal ini..hatilah yang buta..hati yang buta adalah hati yang berpaling bila mendengar ayat ayat Allah..lantas meletakkannya jauh-jauh dari kehidupan..jauh-jauh disudut hati yang akhirnya hilang dek dilegamkan oleh anasir-anasir shaithoniah..dan itulah kenyataannya.
Kehidupan hari ini langsung tidak membawa apa lagi mendorong umat mendekati Al-Quran apatah lagi mengamalkannya. Manusia sentiasa disibukkan oleh urusan duniawi yang dikira lebih menguntungkan. Maka semakin jauhlah mereka dihanyutkan ke lembah yang hina dan yang pasti akan dihinakan dihadapan Allah..
Kehidupan hari ini langsung tidak membawa apa lagi mendorong umat mendekati Al-Quran apatah lagi mengamalkannya. Manusia sentiasa disibukkan oleh urusan duniawi yang dikira lebih menguntungkan. Maka semakin jauhlah mereka dihanyutkan ke lembah yang hina dan yang pasti akan dihinakan dihadapan Allah..

Gelembong- Pro-Canselor (Member Berkualiti)
- Number of posts: 346
Location: Tuuuu...
Reputation: 0
Credits: 1501
Registration date: 2008-05-24
Re: MASIH RAMAI ORANG ISLAM YANG BUTA AL-QURAAN
Pastikanlah anak-anak sejak awal lagi belajar membaca (iqrak) Al-Qur'an, guru yang mengajarnya juga mengajar sama terjemahan Ayat-Ayat Al-Qur'an itu.
Paling best anak-anak sejak kecil lagi hendaklah belajar bahasa Arab Al-Qur'an itu sebab:
"Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Al-Qur'an yang dibaca dengan bahasa Arab* supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya." [Surah Yusuf: 2.]
*“Bahasa Arab jualah yang dapat menampung dan menghimpunkan ma’na-ma’na Al-Qur’an yang luas itu; kerana bahasa Arab ialah sepitah-pitah bahasa, sejelas-jelasnya dan seluas-luasnya berbanding dengan Bahasa-bahasa yang lain.”
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 541.].
Cuba fahamkan maksud Ayat 2 Surah Yusuf itu baik-baik, apakah implikasinya jika kita memahami Ayat Al-Qur'an menggunakan bahasa terjemahan, iaitu bukan menggunakan bahasa Arab Al-Qur'an itu sendiri
.

ZAITAHA- Siswazah
- Number of posts: 231
Reputation: 0
Credits: 1548
Registration date: 2008-04-13
Page 1 of 3 • 1, 2, 3 
Similar topics» cerpen pendek islam yang menarik !
» ada cerita apa aja selama masih sekolah..???
» Best websites about Islam
» Imagini cu trimitere la Islam
» Pembahagian Harta Menurut Islam
» ada cerita apa aja selama masih sekolah..???
» Best websites about Islam
» Imagini cu trimitere la Islam
» Pembahagian Harta Menurut Islam
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 3
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum