Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests None
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 11 of 11 • Share •
Page 11 of 11 •
1, 2, 3 ... 9, 10, 11
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Memang kebanyakan guru sekarang kaki kelentong. Sebab itulah setiap perkara yang diajarkan oleh guru perlu disemak oleh kita sendiri di dalam alQuran. Perlu menggunakan pendengaran, penglihatan dan hati dengan sebaik2nya. Bukan ikut membuta tuli. Guru yang buta hatinya akan melahirkan
pelajar yang juga buta hatinya
3:69 Segolongan dari Ahli Kitab ingin menyesatkan kamu, padahal mereka (sebenarnya) tidak menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak menyadarinya.
3:71 Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur adukkan yang haq dengan yang bathil, dan menyembunyikan kebenaran, padahal kamu mengetahuinya?
5:77 Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu
orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus."
5:68 Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil, dan Al Quran yang diturunkan kepadamu
dari Tuhanmu." Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu.
Wahyu2 Allah agak mudah difahami oleh orang yang sudah pun faham ‘kunci’ tentang isi alQuran yang sebenarnya. Jadi mudah
bagi mereka untuk membaca ayat2 Allah. Tetapi ia agak sukar bagi orang2 masih
belum menjumpai ‘kunci’ perjuangan alQuran itu, melainkan ada bimbingan dari orang2 yang tahu. Jadi, tidak perlu salahkan orang2 di luar yang masih tidak tahu dan masih sukar menerima bacaan alQuran yang sebenarnya.
Bagaimana nabi mudah untuk memahami ayat2 Allah?
Kerana Jibril datang untuk menyampaikan ayat2Nya selari dengan apa yang nabi fikirkan, perasaan, apa yang nabi lakukan dan situasi ketika itu. Ianya melalui bimbingan. Contohnya,
Pada waktu itu Rasulullah saw. sedang menghadapi para pembesar kaum musyrikin Quraisy, Ibnu Ummi Maktum yang butayang datang kepada Rasulullah saw. sambil berkata: "Berilah petunjuk kepadaku ya Rasulullah."
Tetapi Rasulullah berpaling daripadanya dan tetap mengahadapi pembesar-pembesar Quraisy. Ketika itu turunlah ayat2 dalam surah Abasa,
80:1 Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling…..
Ayat2 Allah diturunkan sesuai dengan situasi baginda ketika itu. Kerana itulah mudah untuk baginda memahami mesej yang
disampaikan oleh Allah. Tetapi dalam keadaan kita sekarang, alQuran sudahpun wujud dalam bentuk buku. Ayat2 Allah tidak datang menegur kita setiap kali kita melakukan kesilapan. Lebih2 lagi ayat2 itu tidak disusun mengikut turutan wahyu2 diturunkan. Jadi, agak sukar bagi kita untuk memahami mesej Allah itu. Contoh lain,
60:1 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi
teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahasia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu
sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus.
Bagi kebanyakan orang yang membaca ayat ini,
sudah tentu akan berasa pelik. Mengapakah berita2 Muhammad perlu dirahsiakan? Bukankah tugas Muhammad adalah untuk menyampaikan ayat2Nya kepada seluruh umat?
Tetapi bagi sesiapa yang mengetahui sirahnya dan mengapa sebab ayat ini diturunkan, mereka akan tahu bahawa berita2 Muhammad itu adalah rahsia ketika perang. Rahsia itu amat sulit hingga jika diketahui oleh pihak musuh, maka mudah untuk mereka mengalahkan umat Islam.
Saya bukan nak sempitkan suruhan membaca itu dalam surah tersebut berkisar dalam sejarah baginda dapat wahyu. Tetapi
ini adalah cara untuk mengelakkan kita dari mencari takwil2 sendiri. Perlu untuk kita mengkaji alQuran, tapi biarlah pada landasan yang betul. Aqidah dalam diri perlu diperbetulkan dulu, kemudian bolehlah kita jelaskan ayat2 Allah itu dalam ilmu lain. Golongan yahudi adalah contoh yang paling mudah untuk kita lihat. Mereka terkenal sebagai
golongan yang sangat bijak. Hingga sekarang, mereka menguasai sebahagian besar ekonomi di dunia. Mereka juga terkenal sebagai ahli2 kitab yang sangat bijak. Oleh kerana mereka menyalahgunakan kelebihan yang dianugerahkan kepada mereka, mereka bertindak melampaui batas dengan mencari2 takwil dalam ayat2 Allah itu sendiri dan mengubah2 ayat2 Allah itu.
2:79 Maka kecelakaan yAng besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan.
Kerana itu saya memilih untuk mengikuti wasiat Rasulullah. Nabi
adalah seorang yang bijaksana. Baginda mengetahui bahawa hanya alQuran sahaja kitab yang boleh digunapakai oleh manusia hingga kiamat. Baginda juga boleh mengagak bahawa umat Islam di akhir zaman adalah ramai, tetapi mereka bagaikan buih2 di lautan. alQuran dapat menyatukan pemikiran umat Islam, manakala sunnah dapat menyatukan amalan umat Islam.Di samping itu, perlulah kita mengembangkan
ilmu alQuran itu dalam bentuk lain, seperti apa yang dilakukan oleh Ibnu Sina, alKhawarizmi dan lain2.
Contohnya, nabi telah memberi mindset kepada kita supaya
melakukan perkara2 baik bermula dengan kanan (makan, melangkah ke masjid, etc) dan melakukan perkara2 kotor bermula dengan kiri (beristinjak, melangkah ke toilet
etc). Itulah mesej yang nabi nak sampaikan kepada umatnya supaya berfikir kanan adalah sesuatu yang baik dan kiri adalah sesuatu yang buruk kerana baginda ingin seluruh umatnya termasuk dalam golongan kanan.
90:10. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan
90:18. Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan.
90:19. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri.
Setiap amalan yang dibuat oleh nabi itu ada hikmahnya jika kita fikirkan elok2. Jadi, tak perlulah kita menolak kesemua amalan
yang telah dilakukan oleh umat Islam selama berkurun2. Pasti ada hikmah di sebalik amalan2 itu jika kita pasti ia adalah datang dari nabi. Cuma silapnya sekarang, kebanyakan manusia hanya mengikut amalan yang dilakukan oleh nenek moyang mereka secara membuta tuli. Mereka tidak tahu apa rasionalnya mereka melakukan amalan2 itu. Walau apapun, sekali lagi saya ingin tekankan, saya tidak menyalahkan golongan seperti itu. Kerana suatu masa dahulu ketika pendengaran, prnglihatan dan hati saya tidak dipergunakan dengan sebaik2nya, saya juga seperti mereka. Jadi perlu saya menyampaikan alQuran kepada mereka dengan cara hikmah.

^humaira^- Siswa-Siswi
- Number of posts: 19
Reputation: 0
Credits: 877
Registration date: 2010-01-12
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
^humaira^ wrote:

ini adalah cara untuk mengelakkan kita dari mencari takwil2 sendiri. Perlu untuk kita mengkaji alQuran, tapi biarlah pada landasan yang betul.
39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.
Al Quran telah memberikan cara untuk kita mengelak daripada mencari takwil2 sendiri iaitu dengan mendengar pendapat dan ikuti yang paling baik daripadanya. Allah memberi petunjuk kepada orang2 sebegitu sifatnya dan itulah orang2 yang mempunyai akal (golongan berfikir).
Sebab itulah saya katakan, adalah lebih selamat untuk saya belajar Al Quran dengan cara bertukar2 pendapat seperti di blog saudara Tolokminda. Sesiapa yang merasakan diri mereka benar, bawa segala bukti untuk tunjukkan kebenaran masing2. So kita mudah menilai dan membuat perbandingan.
Aqidah dalam diri perlu diperbetulkan dulu, kemudian bolehlah kita jelaskan ayat2 Allah itu dalam ilmu lain. Golongan yahudi adalah contoh yang paling mudah untuk kita lihat. Mereka terkenal sebagai
golongan yang sangat bijak. Hingga sekarang, mereka menguasai sebahagian besar ekonomi di dunia. Mereka juga terkenal sebagai ahli2 kitab yang sangat bijak. Oleh kerana mereka menyalahgunakan kelebihan yang dianugerahkan kepada mereka, mereka bertindak melampaui batas dengan mencari2 takwil dalam ayat2 Allah itu sendiri dan mengubah2 ayat2 Allah itu.
Memang tidak mustahil ada dari kalangan keturunan Yahudi yang ada pada hari ini menyeleweng. Sama juga yang keturunan Islam pada hari ini pun ramai menyeleweng.
Orang Yahudi mengadakan kitab talmud untuk menjauhi Taurat, dan kita nampak orang Islam mengadakan kitab hadis untuk menjauhi Al Quran. Bukankah sama perangainya?
Sebab itulah saya mencari pandangan2 yang meletakkan Al Quran sebagai keutamaan. Jika umat2 terdahulu pernah mengabaikan Kitab2 Allah (membuat tak acuh), takkanlah kita nak tiru perangai mereka balik?
Al Quran itu sudah lengkap dan sempurna sebagai bukti ia datang daripada Allah. Jika kita ambil kitab2 lain, itu seolah2 kita tidak yakin pada Allah yang telah menyempurnakan KitabNya dan seolah2 tugas Rasululah dahulu tidak habis.
Apabila Allah lengkapkan Al Quran sejak Rasulullah hidup, sudah pasti Allah mengambil kira keadaan umat2 selepas baginda yang tidak melihat rupa dan gerak laku baginda. Sudah pasti Al Quran itu diwasiatkan kepada kita dalam keadaan ia mudah difikirkan dengan bukti2 yang tidak memerlukan kita bersangka2 atas perbuatan yang dikhabarkan oleh orang terdahulu.
Contohnya perkataan "sujud" dalam Al Quran. Ada manusia anggap ia adalah perbuatan menonggeng. Tetapi kalau kita lihat pada ayat2 Al Quran yang sebut pasal "sujud", ia lebih sesuai diertikan "merendah diri".
Bila sujud adalah merendah diri, kita tidak perlu terkial2 mencari riwayat hadis bagaimana cara2 nak merendah diri sebab jawapannya ada dalam diri kita sendiri.
Oleh itu dalam kita memahami Al Quran, sepatutnya kita menggunakan ayat2 Al Quran sebagai penjelasan baginya, bukan kitab2 lain. Barulah kita tidak menjauhi Al Quran.
Kerana itu saya memilih untuk mengikuti wasiat Rasulullah. Nabi
adalah seorang yang bijaksana. Baginda mengetahui bahawa hanya alQuran sahaja kitab yang boleh digunapakai oleh manusia hingga kiamat. Baginda juga boleh mengagak bahawa umat Islam di akhir zaman adalah ramai, tetapi mereka bagaikan buih2 di lautan. alQuran dapat menyatukan pemikiran umat Islam, manakala sunnah dapat menyatukan amalan umat Islam.Di samping itu, perlulah kita mengembangkan
ilmu alQuran itu dalam bentuk lain, seperti apa yang dilakukan oleh Ibnu Sina, alKhawarizmi dan lain2.
Katakan kita hidup di zaman Rasulullah. Kita melihat orang2 Yahudi yang ada Taurat, tetapi mengabaikannya dengan mengambil talmud. Orang2 Nasrani yang ada Injil mengabaikan dengan mengambil gospel. Tidak mustahil akan ada orang2 yang mengabaikan Al Quran dengan mengambil kitab2 riwyat baginda.
Begitulah kita boleh menjangka keadaan yang akan berlaku di masa hadapan dengan melihat pengulangan2 tabiat manusia itu.
Oleh kerana kita sudah tahu yang orang Yahudi dan Nasrani terseleweng kerana mengambil kitab2 selain Kitab Allah, patutkah saya mengambil kitab2 lain untuk menjauhi Al Quran? Sebab itulah saya hanya mencari orang2 yang berpegang pada Al Quran semata2 demi mengelak daripada mengulangi perangai orang2 Yahudi dan Nasrani terdahulu.
Setiap amalan yang dibuat oleh nabi itu ada hikmahnya jika kita fikirkan elok2. Jadi, tak perlulah kita menolak kesemua amalan
yang telah dilakukan oleh umat Islam selama berkurun2. Pasti ada hikmah di sebalik amalan2 itu jika kita pasti ia adalah datang dari nabi.
Saya hanya percaya sesuatu yang datang daripada Nabi bila ada bukti2 yang jelas daripada Al Quran dahulu. Kalau tiada dalam Al Quran, saya lihat sejauh mana rasional dan logiknya. Kalau ke arah menyekutukan Allah, sudah pasti itu bukan ajaran Nabi walaupun berkurun2 umat Islam melakukannya.
Samalah macam dakwaan pembesar agama Nasrani mengatakan Al Masih anak Allah. Takkanlah disebabkan kepercayaan itu diterima oleh ramai orang Nasrani yang merasakan mereka puak yang betul, kita terus percaya dakwaan yang tiada logiknya itu?
Bila ada ayat Al Quran melarang kita sujud kepada matahari dan bulan, logikkah seorang Nabi suruh sujud kepada bangunan kotak?
Cuma silapnya sekarang, kebanyakan manusia hanya mengikut amalan yang dilakukan oleh nenek moyang mereka secara membuta tuli. Mereka tidak tahu apa rasionalnya mereka melakukan amalan2 itu. Walau apapun, sekali lagi saya ingin tekankan, saya tidak menyalahkan golongan seperti itu. Kerana suatu masa dahulu ketika pendengaran, prnglihatan dan hati saya tidak dipergunakan dengan sebaik2nya, saya juga seperti mereka. Jadi perlu saya menyampaikan alQuran kepada mereka dengan cara hikmah.
Pada saya, saya tidak akan mengikut sesuatu amalan yang tiada bukti2 jelas yang atas persangkaan seperti mengatakan "ada si polan bin si polan nampak Nabi pernah buat begitu" (Kononnya sunnah Nabi). Saya hanya membuat sesuatu yang ada bukti2 yang logik dan rasional.
Katakan saya tanya seseorang, "kenapa anda memegang stereng kereta". Orang itu sekadar cakap "sebab ada si polan berkata cikgu memandu dahulu pegang stereng". Adakah jawap sebegitu menunjukkan orang itu tahu apa yang dibuatnya?
Kalau saya belajar memandu dengan orang macam itu, sudah pasti saya tak tahu apa tujuan memegang stereng kereta dan membahayakan nyawa saya sendiri.
Begitulah perumpamaannya saya belajar memandu hidup berlandaskan Al Quran. Saya akan mencari hujah2 yang meyakinkan, bukannya hujah kosong dan bersangka2 atas nama "sunnah Nabi".

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Juang wrote:
Al Quran telah memberikan cara untuk kita mengelak
daripada mencari takwil2 sendiri iaitu dengan mendengar pendapat dan ikuti yang paling baik daripadanya. Allah memberi petunjuk kepada orang2 sebegitu sifatnya dan itulah orang2 yang mempunyai akal (golongan berfikir).
Sebab itulah saya katakan, adalah lebih selamat untuk saya belajar Al Quran dengan cara bertukar2 pendapat seperti di blog saudara Tolokminda. Sesiapa yang merasakan diri mereka
benar, bawa segala bukti untuk tunjukkan kebenaran masing2. So kita mudah menilai dan membuat perbandingan.
Tak salah berbincang di sini, saya ada di sini pun untuk berbincang juga. Tetapi jika orang lain sukar untuk menerima perbincangan ini, tak perlu salahkan mereka. Itulah mesej utama kenapa saya menerangkan tentang pendengaran, penglihatan, hati.
Juang wrote:
Orang Yahudi mengadakan kitab talmud untuk menjauhi
Taurat, dan kita nampak orang Islam mengadakan kitab hadis untuk menjauhi Al Quran. Bukankah sama perangainya?
Sebab itulah saya mencari pandangan2 yang meletakkan Al Quran sebagai keutamaan. Jika umat2 terdahulu pernah mengabaikan Kitab2 Allah (membuat tak acuh), takkanlah kita nak tiru perangai mereka balik?
Memang benar, perlu mengikuti hadis yang selari dengan alQuran sahaja. AlQuran perlu diutamakan dulu.
Juang wrote:
Al Quran itu sudah lengkap dan sempurna sebagai bukti ia datang daripada Allah. Jika kita ambil kitab2 lain, itu seolah2 kita tidak yakin pada Allah yang telah menyempurnakan KitabNya dan seolah2 tugas Rasululah dahulu tidak habis.
Apabila Allah lengkapkan Al Quran sejak Rasulullah hidup, sudah pasti Allah mengambil kira keadaan umat2 selepas baginda yang tidak melihat rupa dan gerak laku baginda. Sudah pasti Al Quran itu diwasiatkan kepada kita dalam keadaan ia mudah difikirkan dengan bukti2 yang tidak memerlukan kita bersangka2 atas perbuatan yang dikhabarkan oleh orang terdahulu.
2:26. Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang
kafir mengatakan: "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?." Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula)
banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik,
Juang wrote:
Contohnya perkataan "sujud" dalam Al Quran. Ada manusia anggap ia adalah perbuatan menonggeng. Tetapi kalau kita
lihat pada ayat2 Al Quran yang sebut pasal "sujud", ia lebih sesuai diertikan "merendah diri".
Bila sujud adalah merendah diri, kita tidak perlu terkial2 mencari riwayat hadis bagaimana cara2 nak merendah diri sebab jawapannya ada dalam diri kita sendiri.
Oleh itu dalam kita memahami Al Quran, sepatutnya kita menggunakan ayat2 AlQuran sebagai penjelasan baginya, bukan kitab2 lain. Barulah kita tidak menjauhi Al Quran.
Jika anda ingin menolak hadis kerana tak selari dengan alQuran,
terpulanglah. Bagi saya, saya akan mengikuti amalan yang selari dangan alQuran itu. Sejujurnya solat itu luas maksudnya.
Juang wrote:
Katakan kita hidup di zaman Rasulullah. Kita melihat orang2 Yahudi yang ada Taurat, tetapi mengabaikannya dengan
mengambil talmud. Orang2 Nasrani yang ada Injil mengabaikan dengan mengambil gospel. Tidak mustahil akan ada orang2 yang mengabaikan Al Quran dengan mengambil kitab2 riwyat baginda.
Begitulah kita boleh menjangka keadaan yang akan berlaku di masa hadapan dengan melihat pengulangan2 tabiat manusia itu.
Itulah yang berlaku sekarang
Juang wrote:
Oleh kerana kita sudah tahu yang orang Yahudi dan
Nasrani terseleweng kerana mengambil kitab2 selain Kitab Allah,
patutkah saya mengambil kitab2 lain untuk menjauhi Al Quran? Sebab itulah saya hanya mencari orang2 yang berpegang pada Al Quran semata2 demi mengelak daripada mengulangi perangai orang2 Yahudi dan Nasrani terdahulu.
Perlu ada ilmu untuk menilai adakah kita menjauhi alQuran atau tidak. Perlu ada ilmu untuk menilai samada ilmu yang ada selari dengan alQuran atau tidak. Perlu juga ada ilmu untuk menilai adakah kita tersesat dari perumpamaan atau tidak. Kesimpulannya, 'bacalah'..bacalah alQuran dan bacalah ilmu lain juga. AlQuran itu sempurna bagi orang2 yang luas ilmunya. Seperti alKhawarizmi yang mengkaji ilmu astronomi, di samping mengkaji ilmu2 angkasa melalui alQuran, beliau juga ada mengkaji kitab2 dari ahli2 astronomi lain, dari Greek dan sebagainya. Barulah boleh menilai bukti2 itu di angkasa.
Juang wrote:
Saya hanya percaya sesuatu yang datang daripada Nabi
bila ada bukti2 yang jelas daripada Al Quran dahulu. Kalau tiada dalam Al Quran, saya lihat sejauh mana rasional dan logiknya. Kalau ke arah menyekutukan Allah, sudah pasti itu bukan ajaran Nabi walaupun berkurun2 umat Islam melakukannya.
Samalah macam dakwaan pembesar agama Nasrani mengatakan Al Masih anak Allah. Takkanlah disebabkan kepercayaan itu diterima oleh ramai orang Nasrani yang
merasakan mereka puak yang betul, kita terus percaya dakwaan yang tiada logiknya itu?
Bila ada ayat Al Quran melarang kita sujud kepada matahari dan bulan, logikkah seorang Nabi suruh sujud kepada bangunan kotak?
Kaabah adalah simbolik supaya umat Islam menghala ke jalan yang satu..iaitu jalan yang haq.
2:144. Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke
langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai.
Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada,
palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan
Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa
berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah
sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.
Juang wrote:
Pada saya, saya tidak akan mengikut sesuatu amalan
yang tiada bukti2 jelas yang atas persangkaan seperti mengatakan "ada si polan bin si polan nampak Nabi pernah buat begitu" (Kononnya sunnah Nabi). Saya hanya membuat sesuatu yang ada bukti2 yang logik dan rasional.
Katakan saya tanya seseorang, "kenapa anda memegang
stereng kereta". Orang itu sekadar cakap "sebab ada si polan berkata cikgu memandu dahulu pegang stereng". Adakah jawap sebegitu menunjukkan orang itu tahu apa yang dibuatnya?
Kalau saya belajar memandu dengan orang macam itu, sudah pasti saya tak tahu apa tujuan memegang stereng kereta dan membahayakan nyawa saya sendiri.
Begitulah perumpamaannya saya belajar memandu hidup berlandaskan Al Quran. Saya akan mencari hujah2 yang meyakinkan, bukannya hujah kosong dan bersangka2 atas nama "sunnah Nabi".
Sunnah nabi adalah cara kita mengamalkan ayat2 alQuran itu. Kita boleh lihat sendiri apa logiknya setelah kita menyemak alQuran. Ramai yang salah sangka tentang maksud sunnah nabi. Di sini juga tidak saya nyatakan sunnah nabi yang tidak berdasarkan ayat alQuran itu. Jadi, tak perlu anda fikir yang saya mengikut sunnah nabi secara membuta tuli tanpa bukti dari alQuran.

^humaira^- Siswa-Siswi
- Number of posts: 19
Reputation: 0
Credits: 877
Registration date: 2010-01-12
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
^humaira^ wrote:
Tak salah berbincang di sini, saya ada di sini pun untuk berbincang juga. Tetapi jika orang lain sukar untuk menerima perbincangan ini, tak perlu salahkan mereka. Itulah mesej utama kenapa saya menerangkan tentang pendengaran, penglihatan, hati.
Tiada siapa nak salahkan mana2 individu yang tidak menerima perbincangan ini. Lagi pun mana kita nampak hati orang lain itu terima atau tidak? Yang akan menghukum manusia adalah Allah kerana Dia Melihat segala isi hati.
Kita berforum untuk membuat perbincangan dan perbandingan, bukan nak salahkan orang yang tidak menerima apa yang kita bincangkan. Urusan orang lain nak terima atau tidak, itu bukan urusan kita. Kita bukannya penjaga atau wakil mereka di hadapan Allah kelak.
Konsep saya, siapa nak join, joinlah. Siapa yang taknak, itu urusan mereka. Saya tidak bertanggungjawab atas perbuatan orang lain.
Memang benar, perlu mengikuti hadis yang selari dengan alQuran sahaja. AlQuran perlu diutamakan dulu.
Dan Al Quran itulah hadis yang disampaikan oleh Nabi yang paling layak dipercayai dahulu.
Perumpamaan kebenaran Al Quran itu seperti benarnya hukum 1+1=2. Ia berfakta, ada sokongan, jelas dan jitu.
Oleh kerana ia benar, maka kita tidak memerlukan sokongan nama orang2 tertentu. Perlukah kita sandarkan kebenaran 1+1=2 pada mana2 nama cikgu matematik?
Jika anda ingin menolak hadis kerana tak selari dengan alQuran,
terpulanglah. Bagi saya, saya akan mengikuti amalan yang selari dangan alQuran itu. Sejujurnya solat itu luas maksudnya.
Saya hanya menolak segala amalan yang berbentuk penyekutuan terhadap Allah sahaja.
Seperti mana kita menolak riwayat hadis (gospel) atas nama Nabi Isa yang kononnya baginda adalah anak Tuhan sedangkan dalam Injil mengajar mentauhidkan Allah, seperti itulah saya menolak riwayat hadis atas nama Nabi Muhammad yang kononnya baginda menyuruh buat amalan menyembah pada sesuatu objek sedangkan sudah ada ayat Al Quran melarang kita sujud kepada matahari dan bulan.
Namun jika ada orang2 nak menolak larangan Al Quran itu, saya tidak boleh buat apa-apa. Sedangkan Nabi Muhammad yang sampaikan Al Quran itu pun tidak berupaya beri petunjuk kepada orang2 yang tolak Al Quran zaman baginda, apalah daya saya.
Perlu ada ilmu untuk menilai adakah kita menjauhi alQuran atau tidak. Perlu ada ilmu untuk menilai samada ilmu yang ada selari dengan alQuran atau tidak. Perlu juga ada ilmu untuk menilai adakah kita tersesat dari perumpamaan atau tidak. Kesimpulannya, 'bacalah'..bacalah alQuran dan bacalah ilmu lain juga. AlQuran itu sempurna bagi orang2 yang luas ilmunya. Seperti alKhawarizmi yang mengkaji ilmu astronomi, di samping mengkaji ilmu2 angkasa melalui alQuran, beliau juga ada mengkaji kitab2 dari ahli2 astronomi lain, dari Greek dan sebagainya. Barulah boleh menilai bukti2 itu di angkasa.
Ya, sebab itulah kita perlu kenal dulu isi kandungan Al Quran untuk menilai hidup kita selama ini selari dengan Al Quran atau tidak? Jauh dengan Al Quran atau tidak? Tersesat daripada kebenaran Al Quran atau tidak?
Umpamanya dalam Al Quran sudah bawakan kisah Nabi Ibrahim melarang kaumnya menyembah binaan daripada tangan mereka sendiri, maka kalau kita masih nak melakukan juga amalan yang berunsur penyembahan kepada sesuatu makhluk, sudah pasti kita boleh nilai sendiri sama ada selari atau tidak cara hidup kita itu dengan Al Quran.
Tidak perlu kita nak menghukum orang, setiap tuan punya diri boleh menilainya sendiri. Kelak bila mereka kembali kepada Allah pun sendiri-sendiri. Ketika itu tiada pembesar2 agama yang akan menolong mereka.
Kaabah adalah simbolik supaya umat Islam menghala ke jalan yang satu..iaitu jalan yang haq.
2:144. Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke
langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai.
Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada,
palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan
Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa
berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah
sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.
Kalau kita fikirkan, sujud kepada matahari pun boleh dijadikan simbolik menghala ke jalan yang satu sebab ada satu sahaja matahari yang dekat dengan bumi ini. Tetapi kenapa Allah melarang kita sujud kepada matahari?
41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.
Jadi patutkah kita sujud pada objek2 lain atas alasan simbolik sebegitu? Saya tak berani nak lawan Al Quran.
Sejujurnya ayat 2:144 itu tidak sebut pun pasal bangunan Kaabah untuk dijadikan simbolik menghala ke jalan yang satu.
Ayat itu hanya suruh palingkan muka sahaja ke "masjidilharam", bukannya meletakkan dahi ke tanah atas nama sujud ke arah bangunan kotak itu.
Kalau kita bersikap jujur dengan ayat Al Quran, sudah pasti kita tidak berani nak pandai2 menokok-tambah apa yang Al Quran tidak tetapkan. Apatah lagi kita sudah jumpa ayat Al Quran yang jelas dan terang melarang sujud kepada matahari dan bulan walaupun atas alasan untuk jadikan simbolik.
Namun kalau ada sesiapa nak buat juga apa yang Al Quran larang, orang2 terdahulu yang tidak percaya kepada Al Quran pun telah melakukannya. Tugas saya hanyalah memperingatkan kembali agar kita jujur dengan Al Quran sebab Allah sentiasa melihat semua amalan kita.
Sunnah nabi adalah cara kita mengamalkan ayat2 alQuran itu. Kita boleh lihat sendiri apa logiknya setelah kita menyemak alQuran. Ramai yang salah sangka tentang maksud sunnah nabi. Di sini juga tidak saya nyatakan sunnah nabi yang tidak berdasarkan ayat alQuran itu. Jadi, tak perlu anda fikir yang saya mengikut sunnah nabi secara membuta tuli tanpa bukti dari alQuran.
Tidak cukupkah amalan2 para Nabi (sunnah) yang disebut dalam Al Quran untuk kita mencontohinya? Membaca Al Quran dan bahan2 ilmiah lain boleh dijadikan amalan yang bermanfaat besar. Berfikir juga satu amalan yang bermanfaat. Menyelidik sesuatu yang kita dengar pun boleh dijadikan amalan. Berbuat baik, merendah diri, hormat-menghormati, mendengar pelbagai pendapat dan ikut yang paling baik, menolong sesama manusia, berkasih-sayang, mengajar, bekerja etc semuanya boleh dijadikan amalan kerana itulah amalan para Nabi.
Kalau benar kita percaya kepada Al Quran, sepatutnya amalan para Nabi yang ada dalam Al Quran itulah yang kita utamakan dahulu. Malah amalan itu tidak memerlukan kita mencari2 cara para Nabi melakukannya. Umpamanya amalan membaca. Perlukah kita cari bagaimana cara Nabi membaca? Tidak perlu bukan? Amalan berfikir. Perlukah kita cari cara Nabi berfikir, bila waktu baginda berfikir, berapa kali baginda berfikir dalam sehari? Tak perlu bukan.
Nampak tak amalan2 para Nabi yang disebutkan dalam Al Quran semuanya mudah dilaksanakan. Tidak payah kita bersangka2 atas khabar orang terdahulu kononnya Nabi buat macam ini, dan kalau tak buat macam itu nanti tak sah.
Al Quran diturunkan untuk melapangkan hidup, bukannya menyusahkan hidup. Allah sudah mudahkan hidup kita dengan diturunkan Al Quran, kenapa nak tokok tambah dengan amalan yang tiada dalam Al Quran malah berunsur penyekutuan terhadap Allah? Itu yang saya duk hairankan sekarang.
Kalau kita memandu kereta, kita nak yang mudah dan lapang. Umpamanya kita nak memandu atas highway. Nak memandu kereta auto. Tetapi bila bab memandu diri, ada manusia memilih jalan hidup yang sempit, susah dan tidak sistematik. Nampak tak ada sesuatu yang tak kena pada manusia itu?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Juang wrote:
Tiada siapa nak salahkan mana2 individu yang tidak menerima perbincangan ini. Lagi pun mana kita nampak hati orang lain itu terima atau tidak? Yang akan menghukum manusia adalah Allah kerana Dia Melihat segala isi hati.
Kita berforum untuk membuat perbincangan dan perbandingan, bukan nak salahkan orang yang tidak menerima apa yang kita bincangkan. Urusan orang lain nak terima atau tidak, itu bukan urusan kita. Kita bukannya penjaga atau wakil mereka di hadapan Allah kelak.
Konsep saya, siapa nak join, joinlah. Siapa yang taknak, itu urusan mereka. Saya tidak bertanggungjawab atas perbuatan orang lain.
Baguslah jika tiada sesiapa yang menyalahkan siapa2. Cuma apabila saya membaca ayat en. juang 'adakah manusia tidak mempunyai otak' seolah2 menyalahkan manusia yang tidak dapat menyempurnakan proses akal itu. Tapi jika bukan niat anda untuk menyalahkan sesiapa, baguslah.
Juang wrote:
Dan Al Quran itulah hadis yang disampaikan oleh Nabi yang paling layak dipercayai dahulu.
Perumpamaan kebenaran Al Quran itu seperti benarnya hukum 1+1=2. Ia berfakta, ada sokongan, jelas dan jitu.
Oleh kerana ia benar, maka kita tidak memerlukan sokongan nama orang2 tertentu. Perlukah kita sandarkan kebenaran 1+1=2 pada mana2 nama cikgu matematik?
Tetapi silapnya kebanyakan manusia mendahulukan hadis baru alQuran.
Juang wrote:
Saya hanya menolak segala amalan yang berbentuk penyekutuan terhadap Allah sahaja.
Seperti mana kita menolak riwayat hadis (gospel) atas nama Nabi Isa yang kononnya baginda adalah anak Tuhan sedangkan dalam Injil mengajar mentauhidkan Allah, seperti itulah saya menolak riwayat hadis atas nama Nabi Muhammad yang kononnya baginda menyuruh buat amalan menyembah pada sesuatu objek sedangkan sudah ada ayat Al Quran melarang kita sujud kepada matahari dan bulan.
Namun jika ada orang2 nak menolak larangan Al Quran itu, saya tidak boleh buat apa-apa. Sedangkan Nabi Muhammad yang sampaikan Al Quran itu pun tidak berupaya beri petunjuk kepada orang2 yang tolak Al Quran zaman baginda, apalah daya saya.
Jika ini alasan anda untuk menolak amalan ritual solat, itu juga terpulang kepada anda. Tetapi apakah maksud ayat ini?
5:6. Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.
Juang wrote:
Ya, sebab itulah kita perlu kenal dulu isi kandungan Al Quran untuk menilai hidup kita selama ini selari dengan Al Quran atau tidak? Jauh dengan Al Quran atau tidak? Tersesat daripada kebenaran Al Quran atau tidak?
Umpamanya dalam Al Quran sudah bawakan kisah Nabi Ibrahim melarang kaumnya menyembah binaan daripada tangan mereka sendiri, maka kalau kita masih nak melakukan juga amalan yang berunsur penyembahan kepada sesuatu makhluk, sudah pasti kita boleh nilai sendiri sama ada selari atau tidak cara hidup kita itu dengan Al Quran.
Tidak perlu kita nak menghukum orang, setiap tuan punya diri boleh menilainya sendiri. Kelak bila mereka kembali kepada Allah pun sendiri-sendiri. Ketika itu tiada pembesar2 agama yang akan menolong mereka.
Kalau kita fikirkan, sujud kepada matahari pun boleh dijadikan simbolik menghala ke jalan yang satu sebab ada satu sahaja matahari yang dekat dengan bumi ini. Tetapi kenapa Allah melarang kita sujud kepada matahari?
41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.
Jadi patutkah kita sujud pada objek2 lain atas alasan simbolik sebegitu? Saya tak berani nak lawan Al Quran.
Sejujurnya ayat 2:144 itu tidak sebut pun pasal bangunan Kaabah untuk dijadikan simbolik menghala ke jalan yang satu.
Ayat itu hanya suruh palingkan muka sahaja ke "masjidilharam", bukannya meletakkan dahi ke tanah atas nama sujud ke arah bangunan kotak itu.
Kalau kita bersikap jujur dengan ayat Al Quran, sudah pasti kita tidak berani nak pandai2 menokok-tambah apa yang Al Quran tidak tetapkan. Apatah lagi kita sudah jumpa ayat Al Quran yang jelas dan terang melarang sujud kepada matahari dan bulan walaupun atas alasan untuk jadikan simbolik.
Namun kalau ada sesiapa nak buat juga apa yang Al Quran larang, orang2 terdahulu yang tidak percaya kepada Al Quran pun telah melakukannya. Tugas saya hanyalah memperingatkan kembali agar kita jujur dengan Al Quran sebab Allah sentiasa melihat semua amalan kita.
Tidak cukupkah amalan2 para Nabi (sunnah) yang disebut dalam Al Quran untuk kita mencontohinya? Membaca Al Quran dan bahan2 ilmiah lain boleh dijadikan amalan yang bermanfaat besar. Berfikir juga satu amalan yang bermanfaat. Menyelidik sesuatu yang kita dengar pun boleh dijadikan amalan. Berbuat baik, merendah diri, hormat-menghormati, mendengar pelbagai pendapat dan ikut yang paling baik, menolong sesama manusia, berkasih-sayang, mengajar, bekerja etc semuanya boleh dijadikan amalan kerana itulah amalan para Nabi.
Kalau benar kita percaya kepada Al Quran, sepatutnya amalan para Nabi yang ada dalam Al Quran itulah yang kita utamakan dahulu. Malah amalan itu tidak memerlukan kita mencari2 cara para Nabi melakukannya. Umpamanya amalan membaca. Perlukah kita cari bagaimana cara Nabi membaca? Tidak perlu bukan? Amalan berfikir. Perlukah kita cari cara Nabi berfikir, bila waktu baginda berfikir, berapa kali baginda berfikir dalam sehari? Tak perlu bukan.
Nampak tak amalan2 para Nabi yang disebutkan dalam Al Quran semuanya mudah dilaksanakan. Tidak payah kita bersangka2 atas khabar orang terdahulu kononnya Nabi buat macam ini, dan kalau tak buat macam itu nanti tak sah.
Al Quran diturunkan untuk melapangkan hidup, bukannya menyusahkan hidup. Allah sudah mudahkan hidup kita dengan diturunkan Al Quran, kenapa nak tokok tambah dengan amalan yang tiada dalam Al Quran malah berunsur penyekutuan terhadap Allah? Itu yang saya duk hairankan sekarang.
Kalau kita memandu kereta, kita nak yang mudah dan lapang. Umpamanya kita nak memandu atas highway. Nak memandu kereta auto. Tetapi bila bab memandu diri, ada manusia memilih jalan hidup yang sempit, susah dan tidak sistematik. Nampak tak ada sesuatu yang tak kena pada manusia itu?
Jika ini alasan anda tidak mahu menjadikan kaabah sebagai simbolik, itu terpulang kepada anda. Jika anda fikir umat tidak perlu berkumpul di baitullah untuk bersolat juga, terpulang kepada anda. Juga jika anda fikir kaabah bukan kiblat manusia juga, terpulanglah kepada anda. Jika anda fikir tidak perlu umat Islam seluruh dunia berkumpul di satu tempat, terpulanglah. Dan jika anda tidak mempercayai sejarah permindahan kiblat dari Baitulmaqdis ke Kaabah juga, itu terpulanglah kepada anda. Sejujurnya sujud itu luas maksudnya, bukan sekadar meletakkan dahi ke tanah. Jika anda fikir ingin mengkaji alQuran tapi ingin mengamalkan dengan cara tersendiri, itu terpulang.
Kami berpegang dengan ayat ini.
9:20. orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.
Bagaimanakah cara anda melaksanakan ayat ini? Hanya anda yang tahu.

^humaira^- Siswa-Siswi
- Number of posts: 19
Reputation: 0
Credits: 877
Registration date: 2010-01-12
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Salam Humaira.
Memang, apa sahaja amalan seseorang itu terpulang kepada dia. Tapi sebagai peringatan, biarlah amalan-amalan itu jangan sampai kita menyekutukan Allah dan berdusta atas nama Allah.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3389
Registration date: 2008-04-07
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
^humaira^ wrote:
Baguslah jika tiada sesiapa yang menyalahkan siapa2. Cuma apabila saya membaca ayat en. juang 'adakah manusia tidak mempunyai otak' seolah2 menyalahkan manusia yang tidak dapat menyempurnakan proses akal itu. Tapi jika bukan niat anda untuk menyalahkan sesiapa, baguslah.
Kalau saya kata, "si polan itu tidak mempunyai otak", logiklah ayat saya itu berbau menyalahkan manusia tersebut.
Tetapi kalau saya bertanya "tidakkah manusia itu mempunyai akal?", itu untuk memberi peringatan agar semua manusia sedar yang mereka sebenarnya ada akal. Bila kita tahu kita ada akal, hiduplah sebagai orang yang berakal. Itu matlamat saya bertanya begitu. Takde pun nak salahkan sesiapa.
Bila kita mengaku ada akal, maka fikirkanlah apa yang kita turuti selama ini. Jangan main pakai turut tanpa berfikir.
26:75. Berkata, "Dan, adakah kamu memikirkan apa yang kamu sembah,
26:76. Kamu dan bapa-bapa kamu yang terdahulu?
Tetapi silapnya kebanyakan manusia mendahulukan hadis baru alQuran.
Ya. Itulah puncanya. Bila kita sudah nampak kesilapan itu, atas tanggungjawab kita untuk menyampaikan pesanan supaya manusia lain beringat. Namun sama ada mereka nak beringat atau tidak, para Nabi terdahulu pun tak mampu nak sedarkan kaumnya yang tidak mahu mengambil peringatan. Apa lagi kita yang bukan nabi.
Jika ini alasan anda untuk menolak amalan ritual solat, itu juga terpulang kepada anda. Tetapi apakah maksud ayat ini?
5:6. Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.
Saya bawakan terjemahan lain ayat tersebut sebagai imbangan;
5:6 Wahai kamu yang percaya! Apabila kamu bangun untuk memulakan komitmen, basuhlah muka kamu dan tangan kamu sehingga ke siku, dan sapu kepala kamu dan kaki kamu sehingga ke buku lali dan jika keadaan kamu memerlukan pembersihan sepenuhnya, mandilah dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan, atau selepas kamu membuang air, atau kamu telah bersama dengan perempuan, dan kamu tidak menemui air, dapatkan tanah yang bersih dan sapukan muka dan tangan kamu dengannya. Allah tidak berhasrat untuk meletakkan kamu dalam kesulitan, tetapi Dia ingin kamu membersihkan diri dan Dia mahu melengkapkan kurnianya ke atas kamu, supaya kamu menghargainya.
Apabila kita nampak erti solat(solaa) yang lebih sesuai iaitu komitmen, maka ayat tersebut menyuruh kita membersihkan diri selepas bangun tidur sebelum melakukan sesuatu komitmen (memang rasional suruhan tersebut). Supaya kita melakukan sesuatu tugas dalam keadaan yang selesa. Bila selesa, tugas dapat disempurnakan dengan baik dan berkualiti. Logikkah kita nak pergi kerja ke pejabat dalam keadaan badan berbau yang kita sendiri tidak selesa?
Jadi ayat di atas, tidak ada kaitan pun dengan upacara ritual.
Sejak mula menyelidik Al Quran untuk memahami pengajarannya, saya lihat Islam itu melapang dan memudahkan hidup. Tiada amalan2 ritual. Allah suruh kita hidup sebagai manusia yang ada akal (tahu membezakan baik-buruk, manfaat-mudarat etc), dan tahu menggunakan segala anggota badan kita untuk berbakti kepada diri dan masyarakat. Itu sahaja.
Yang datang daripada luar Al Quran itulah baru wujud amalan2 ritual yang menyebabkan mereka terpaksa berkata "sebab kami lihat bapa-bapa kami dahulu melakukannya". Kalau kita renung kisah2 dalam Al Quran, itu skrip kaum musyrik terdahulu. Jadi, takkanlah Nabi Muhammad nak tinggalkan kepada kita amalan yang menyebabkan manusia kembali meniru perangai kaum musyrik terdahulu?
Jika ini alasan anda tidak mahu menjadikan kaabah sebagai simbolik, itu terpulang kepada anda. Jika anda fikir umat tidak perlu berkumpul di baitullah untuk bersolat juga, terpulang kepada anda. Juga jika anda fikir kaabah bukan kiblat manusia juga, terpulanglah kepada anda. Jika anda fikir tidak perlu umat Islam seluruh dunia berkumpul di satu tempat, terpulanglah. Dan jika anda tidak mempercayai sejarah permindahan kiblat dari Baitulmaqdis ke Kaabah juga, itu terpulanglah kepada anda. Sejujurnya sujud itu luas maksudnya, bukan sekadar meletakkan dahi ke tanah. Jika anda fikir ingin mengkaji alQuran tapi ingin mengamalkan dengan cara tersendiri, itu terpulang.
Pada saya sujud itu bermakna merendah diri. Kalau iblis dilaknati Allah kerana angkuh (meninggi diri), sudah pasti nak lawan iblis, kita kena jadi orang yang merendah diri. Barulah sujud itu ada kaitan dengan peringatan Allah pasal kisah iblis yang angkuh itu.
Kalau buat pergerakan meletakkan dahi ke tanah ke arah binaan manusia atas nama menyembah, saya tidak nampak perbuatan yang dikatakan sujud itu mampu melawan tipu-daya syaitan. Malah kita pun tahu kisah kaum Nabi Ibrahim menyembah binaan daripada tangan mereka sendiri akibat tertipu dengan syaitan. Jadi takkan kita nak tertipu sekali lagi oleh syaitan dengan taktik yang sama?
Dan dengan memahami sujud itu merendah diri, kita tidak perlu tahu riwayat atau cerita2 manusia terdahulu tentang macam mana Nabi merendah diri? Berapa kali sehari Nabi merendah diri? Nabi merendah diri mengadap arah mana? Sebab bila sebut sahaja merendah diri, semua manusia akan tahu macam mana nak melakukannya jika mereka benar2 nak merendah diri. Begitulah mudahnya ajaran Al Quran.
Kami berpegang dengan ayat ini.
9:20. orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.
Bagaimanakah cara anda melaksanakan ayat ini? Hanya anda yang tahu.
Saya melaksanakan ayat tersebut dengan berhijrah meninggalkan amalan2 penyembahan ke arah apa jua objek setelah Allah tunjukkan saya ayat2 Al Quran yang melarang sujud kepada matahari, bulan dan binaan2 daripada tangan manusia.
Saya berjihad untuk melawan tipu daya syaitan agar saya tidak terpengaruh dengan ajaran2 yang tidak ada bukti2 yang jelas yang bercanggah dengan Al Quran.
Dan kemenangan yang dikurniakan adalah hidup dalam jiwa yang merdeka tanpa perlu menyekutukanNya lagi. Bukankah dosa menyekutukan Allah itu tidak diampunkan? Maka jika kita berjaya melawan segala bentuk penyekutuan, bukankah itu satu kemenangan yang nyata?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
26:75. Berkata, "Dan, adakah kamu memikirkan apa yang kamu sembah,
26:76. Kamu dan bapa-bapa kamu yang terdahulu?
Petikan ayat2 Al Quran di atas diambil daripada kisah Nabi Ibrahim ketika bertanya kepada kaumnya tentang amalan sembahan ritual mereka. Cuba kita fikirkan kenapa Nabi Ibrahim menyebut "kamu dan bapa-bapa kamu"?
Kalau kita berfikir secara teliti, wujudnya amalan menyembah sesuatu objek itu bukan kerana fitrah kejadian manusia, melainkan kerana diajar secara turun-temurun. Itu menunjukkan amalan itu bukannya datang daripada Allah, sebaliknya diada-adakan atas nama orang-orang terdahulu.
Sifat sesuatu perbuatan yang ditetapkan oleh Allah adalah fitrah atau semulajadi. Umpamanya perbuatan bernafas, makan, minum, buang air, belajar dan berkahwin. Tanpa perlu disuruh-suruh pun manusia akan melakukannya kerana ia adalah keperluan hidup.
Tetapi sesuatu yang bukan keperluan hidup, maka ia perlu disuruh oleh orang-orang sebelum mereka terutama para ibubapa. Seorang anak tidak akan semulajadi nak pergi sujud kepada matahari jika ibubapanya bukan keturunan penyembah matahari. Seorang anak tidak akan semulajadi nak pergi sembah bulan, jika ibubapanya bukan penagih amalan menyembah bulan. Pendek kata, amalan-amalan ritual itu bukannya daripada Allah, sebaliknya diwaris oleh nenek moyang sahaja.
Kalau seseorang itu penyembah matahari selama ini dan berhijrah untuk meninggalkan amalan itu, tidak ada kesan mudarat pun kepadanya dalam memenuhi keperluan hidup. Malah hidupnya dilapangkan daripada beritual menyembah makhluk Allah tersebut. Begitulah juga dengan amalan-amalan ritual yang lain.
Allah sudah lapangkan hidup manusia dengan diturunkan Al Quran sebagai pedoman yang tidak ada suruhan buat amalan penyembahan malah ada kisah para Rasul menentang amalan penyembahan, kenapa ada yang sanggup meninggalkan peringatan Al Quran itu? Apakah selama mereka mengada-adakan amalan ritual atas nama seseorang Nabi itu, Allah angkat mereka jadi kaum yang berjaya dan dihormati? Tidakkah mereka mahu memikirkan?

Tujuan saya di sini bukan untuk memenangkan amalan ritual
itu, kerana solat itu sememangnya luas maksudnya. Jika bagi anda tidak mahu
melaksanakan amalan ritual kerana ia sujud kepada bangunan kotak, terpulanglah,
kerana cara solat saya juga luas maksudnya. Bukan sekadar diawali dengan
takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. Jadi fahamlah saya sekarang
bagaimana anda melaksanakan ayat 5:6 itu. Tapi di manakah ‘Masjidilharam’ en.
Juang? Jika kita tahu bahawa manusia sudah kembali ke zaman penyembahan berhala,
maka sebagai khalifah kita wajib menegakkan ayat2Nya semula. Jadi bagaimana
cara untuk jihad harta dan diri pula? Jika kemenangan
adalah hidup dalam jiwa yang merdeka tanpa perlu menyekutukanNya lagi,
bagaimana anda mengamalkan hukum2 hudud yang diwajibkan di dalam alQuran?
itu, kerana solat itu sememangnya luas maksudnya. Jika bagi anda tidak mahu
melaksanakan amalan ritual kerana ia sujud kepada bangunan kotak, terpulanglah,
kerana cara solat saya juga luas maksudnya. Bukan sekadar diawali dengan
takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. Jadi fahamlah saya sekarang
bagaimana anda melaksanakan ayat 5:6 itu. Tapi di manakah ‘Masjidilharam’ en.
Juang? Jika kita tahu bahawa manusia sudah kembali ke zaman penyembahan berhala,
maka sebagai khalifah kita wajib menegakkan ayat2Nya semula. Jadi bagaimana
cara untuk jihad harta dan diri pula? Jika kemenangan
adalah hidup dalam jiwa yang merdeka tanpa perlu menyekutukanNya lagi,
bagaimana anda mengamalkan hukum2 hudud yang diwajibkan di dalam alQuran?

^humaira^- Siswa-Siswi
- Number of posts: 19
Reputation: 0
Credits: 877
Registration date: 2010-01-12
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
^humaira^ wrote:Tujuan saya di sini bukan untuk memenangkan amalan ritual
itu, kerana solat itu sememangnya luas maksudnya. Jika bagi anda tidak mahu
melaksanakan amalan ritual kerana ia sujud kepada bangunan kotak, terpulanglah,
kerana cara solat saya juga luas maksudnya. Bukan sekadar diawali dengan
takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. Jadi fahamlah saya sekarang
bagaimana anda melaksanakan ayat 5:6 itu.
Tujuan saya di sini pun bukan untuk mengalahkan amalan ritual itu. Cuma untuk mengajak kita kembali jujur dengan Allah dan KitabNya. Untuk membezakan mana yang benar dan mana yang bathil, mana yang bermanfaat dan mana yang mudarat.
Jika Al Quran tidak ada menetapkan sesuatu, jangan kita nak membuat dusta mengatakan sebaliknya. Bukankah pendustaan itu satu yang memudaratkan?
Namun kalau ada sesiapa nak membuat dusta, itu terpulanglah sebab yang menerima akibatnya adalah tuan punya diri itu.
Tapi di manakah ‘Masjidilharam’ en. Juang?
Pada diri kita. Jika selama ini kita suka melihat keburukan orang lain dan menghukum mereka kafir dan sebagainya, maka palingkan pandangan kita itu kepada diri kita sendiri. Fikirkan sejauh mana kita sudah membataskan diri kita untuk menjauhi keburukan dan membuat kebaikan.
Kita boleh melihat keadaan orang lain untuk kita mengambil iktibar. Tetapi jangan sampai menghukum mereka sesat, kafir dan sebagainya seolah-olah kita ini sekutu bagi Tuhan pula.
Hidup ini perlu perbanyakkan masa untuk menilai apa yang kita buat, bukannya apa yang orang lain buat. Bila masa kita nak perbetulkan diri jika asyik cari keburukan orang lain untuk dikutuk, diumpat dan dikeji?
Jika kita tahu bahawa manusia sudah kembali ke zaman penyembahan berhala, maka sebagai khalifah kita wajib menegakkan ayat2Nya semula.
Benar. Seperti yang kita ingin lakukan iaitu menggalakkan perbincangan pasal isi kandungan Al Quran secara terbuka dan matang.
Mungkin buat masa ini, nak berbincang pasal Al Quran secara matang dengan bersemuka dan terbuka di alam realiti, tidak sesuai lagi. Jadi kita mulakan dahulu perbincangan di alam siber. Yang pentingnya maklumat perbincangan dapat disampaikan untuk memberi pilihan kepada manusia memikirkan dan memilih mana yang baik dan mana yang buruk.
Supaya para penyembah berhala yang degil (yang benar2 telah sampai keyakinan di hatinya bahawa dia memang menyembah berhala tetapi sengaja tidak mengakui seolah2 Allah tidak nampak apa yang tersembunyi dalam hatinya) tiada alasan untuk mengatakan bahawa Allah tidak pernah menyampaikan apa2 maklumat untuk mereka meninggalkan amalan sembahan berhala mereka itu.
Jadi bagaimana cara untuk jihad harta dan diri pula?
Gunakan harta ke arah sesuatu yang bermanfaat dan jangan membazir (melawan hawa nafsu).
Begitu juga diri (harta yang paling asas Allah berikan kepada semua manusia), gunakan diri kita untuk membuat sesuatu yang bermanfaat dan jangan membazir masa dan tenaga untuk perbuatan2 yang sia2, keji, permusuhan, etc.
Jika kemenangan adalah hidup dalam jiwa yang merdeka tanpa perlu menyekutukanNya lagi,bagaimana anda mengamalkan hukum2 hudud yang diwajibkan di dalam alQuran?
Al Quran diturunkan bukan bermatlamatkan untuk menegakkan hukum hudud.
Hukum hudud itu sebahagian daripada kehidupan kita dalam bermasyarakat untuk memastikan orang2 yang dianiaya mendapat pembelaan dan orang2 yang berbuat kesalahan dapat keinsafan.
Sebelum nak tegakkan hukum hudud, kajilah dahulu punca2 manusia buat kesalahan. Dan ambil langkah pencegahan selepas mengetahui puncanya.
Hukum hudud itu selepas sesuatu kesalahan berlaku. Tetapi apakah tindakan kita untuk mengelakkan kesalahan itu berlaku atau berulang? Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawati?
Jika kita fikirkan, manusia akan buat kerosakan apabila dalam diri ada keangkuhan. Bila dalam hati ada angkuh, ia mudah berhasad dengki dan bermusuhan sesama manusia. Itulah punca penyakit dalam sesebuah masyarakat.
Kemudian manusia mudah terdorong buat jahat bila mereka tidak tahu guna masa mereka untuk aktiviti berfaedah.
Maka untuk mengatasi masalah tersebut, kita kena suburkan sifat merendah diri sesama manusia. Tanam kasih-sayang sesama manusia. Bukannya ajar manusia benci-membenci kerana berlainan agama atau amalan tradisi. Syaitan sahaja yang suka manusia musuh bermusuhan sesama sendiri. Berapa ramai telah tertipu syaitan yang pergunakan nama sesuatu agama.
Kemudian galakkan manusia menegakkan komitmen agar mereka penuhi masa mereka dengan sesuatu yang mendorong mereka rajin berusaha dan menjauhkan mereka terhadap perkara2 yang lalai dan sia2. Bila seseorang itu sibuk melakukan kerja2 kebaikan dan bermanfaat, apakah dia mempunyai masa ke arah keburukan dan sia2?
Kita semua diberikan masa 24jam sehari. Bezanya bagaimana kita membahagikan masa itu sahaja. Sesiapa yang penuhi masa untuk sesuatu yang baik, maka hidupnya dalam kebaikan. Begitu juga sebaliknya.
Bila ramai manusia pandai menggunakan masa untuk kebaikan, perihal hukum hudud bukan perkara besar sebab kadar jenayah pasti menurun bila manusia ramai buat baik. Simple logik sahaja.
Masalah sekarang sejauh mana kita nak wujudkan masyarakat yang pakat2 buat baik dan jauhi segala elemen ke arah permusuhan dan aktiviti yang sia2. Kalau semua bersepakat ke arah tersebut, tiadalah masalah dalam masyarakat dengan kadar jenayah yang teruk.
Sebab itulah kita ajak kembali kepada Al Quran bermula dengan fokus sesuatu yang Al Quran utamakan dahulu iaitu menjauhi penyekutuan terhadap Allah. Selagi masalah akar umbi ini tidak diperbetulkan, sudah pasti masalah2 lain melibatkan jenayah akan berlaku.
Cuba kita fikirkan, apakah Nabi berdakwah dengan menyampaikan ayat2 pasal hukum hudud atau menyampaikan ayat2 pasal mentauhidkan Allah dan menjauhi segala bentuk penyekutuan? Yang mana diutamakan dahulu?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Page 11 of 11 •
1, 2, 3 ... 9, 10, 11
Similar topics» Artikel Dinamika Gerak
» Bacaan Al Fatihah Dalam Solat Jemaah
» 10 Sifat Mahmudah Yang Digariskan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Arbain Fi Usuludin
» Dasar-dasar Dalam Negara
» Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??
» Bacaan Al Fatihah Dalam Solat Jemaah
» 10 Sifat Mahmudah Yang Digariskan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Arbain Fi Usuludin
» Dasar-dasar Dalam Negara
» Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 11 of 11
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum