Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3489)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

Page 2 of 11 Previous  1, 2, 3, ... 9, 10, 11  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

Post by Adli on Wed Jun 11, 2008 12:29 pm

Betul tu Felise...

masa arwah abah saya ucapkan kata-kata ni, saya masih tak faham kata-kata dia. Masa ni saya masih sekolah rendah.Then dah besar ni, barulah terangguk-angguk setuju dengan kata-kata hikmah tu.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

Post by FeLiSeWoMaN on Wed Jun 11, 2008 2:03 pm

biasala mase kanak2 dulu,buat do no jer,skrg baru nak kalut,hehehe...

FeLiSeWoMaN
Profesor

Number of posts: 2310
Age: 25
Location: PaSiR MaS,KeLaTe
State:
Reputation: 1
Credits: 1457
Registration date: 2008-06-01

http://www.friendster.com/rozirizal

Back to top Go down

Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

Post by Adli on Thu Jun 12, 2008 10:24 pm

Solat juga melatih kesabaran. Bagaimana hendak menjadi seorang yang sabar?

Bagi orang yang tidak bersabar, solat yang memakan masa lebih kurang 5 minit pun akan dirasakan seperti 50 minit. Tetapi bagi orang yang kuat kesabarannya, solatnya dirasakan bagai sepantas kilat. Baru sahaja takbiratul ihram, sedar2 sudah bagi salam.

Bagaimana keadaan ini terjadi? Semuanya bila otak kita difokuskan untuk berfikir. Bila otak laju berfikir, hati yang selalunya berat untuk bersolat akan terkunci dari berkhayal kosong.

Dengan berfikir juga, darah akan dilancarkan pergerakannya, kerana pembuluh darah terbesar menuju ke otak. Ini akan menyihatkan jantung kerana mengepam darah ke saluran yang besar. Kerana itu ada hikmahnya rukun rukuk dan sujud itu supaya merendahkan tekanan darah menuju ke otak. Bila otak cerdas, tekanan darah yang stabil menenangkan jiwa. Ketenangan jiwa akan melahirkan insan yang sabar dan boleh berfikir dengan waras. Tetapi jika jantung sentiasa tertekan, jiwa jadi tidak tenteram dan hilang kewarasan akal.

Begitulah indahnya ibadat solat yang ada kaitan dengan kesabaran dan kebenaran (sesuatu yang benar itu, bila ia waras difikirkan). Seperti yang disarankan dalam surah Al Ashr.

Lihat balik pada diri sendiri, sudahkah solat kita mampu menjadikan kita insan yang bersabar dan berfikiran waras? Jika asyik mengutuk dan mencari kesalahan orang lain atas tekanan hidup yang dirasai sendiri, sejauh mana nilai solat kita di sisi Allah?

Tidaklah seseorang itu dikatakan beriman jika tidak bersabar. Pantang harga minyak naik, mulalah nak naik minyak mengutuk dan mencaci maki orang lain. Itu bukannya akhlak orang yang beriman. Sebab yang menaikkan harga minyak itu kerana keizinan Allah. Adakah kita hendak mengutuk Allah di atas apa yang Dia takdirkan? Allah tidak menzalimi kita dengan kenaikan harga minyak itu, sebaliknya sebagai peringatan kepada kita yang mengabaikan pengkaji ilmu Allah, sehingga kita gagal menguasai ilmu-ilmu semasa. Akhirnya pasaran minyak dikuasai oleh US.

Masihkah sibuk menunding jari menyalahkan orang lain? Bila lagi kita hendak muhasabah diri masing-masing kerana lalai membangunkan pemikiran? Selagi beragama secara tidak berfikir dan menurut membuta-tuli, selagi itu kita hidup dalam kelembapan otak. Tidak mungkin bangsa yang lembab otaknya mampu menguasai khazanah alam ini, sebab pasti mereka akan melakukan kerosakan. Yang sibuk berpecah-belah atas nama agama pun orang Islam sekarang...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

Post by Kalam on Fri Jun 13, 2008 12:39 am

Semasa dalam solat juga kita umpamakan diri kita sedang berbicara dengan Allah.Sebagai permulaan solat kita hendaklah berkeadaan bersuci dan berwudhuk.Ramai yang belum memahami mengapa kita mesti bersuci sebelum mengadap Allah.Berwudhuk dengan mengikut rukun-rukun yang betul serta tertib dapat menjamin khusyuk semasa solat.

sila kupaskan..

Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts: 2631
Age: 31
Location: Brunei
State:
Reputation: 0
Credits: 1382
Registration date: 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

Post by Adli on Sat Jun 14, 2008 1:29 am

Kalam wrote:Semasa dalam solat juga kita umpamakan diri kita sedang berbicara dengan Allah.Sebagai permulaan solat kita hendaklah berkeadaan bersuci dan berwudhuk.Ramai yang belum memahami mengapa kita mesti bersuci sebelum mengadap Allah.Berwudhuk dengan mengikut rukun-rukun yang betul serta tertib dapat menjamin khusyuk semasa solat.

sila kupaskan..


Perumpamaan yang paling senang sekali, kalau kita nak keluar atau berdating, apa agaknya kriteria yang kita ambil kisah?

Kebiasaannya, kalau nak keluar tu, semua perkara kita amik kisah kan...dari segi pakaian, kebersihan, agar kelihatan sempurna dan kemas di mata orang.

begitu juga dengan keluar dating, jarang kita lihat ada yang berdating dengan baju yang dah seminggu tak berganti, seluar jeans yang dah berbau hapak...kalau ada yang mengatakan ada macam tu, berapa kerat yang buat macam tu?

kalau nak keluar tu, bau perfume...wah...harum semerbak... Smile

Begitulah juga kita dengan Pencipta kita. Umpama untuk diinterviu, macam mana kita berusaha untuk kelihatan sempurna di mata interviewer, dengan Pencipta lebih-lebih lagi.

Kenapa kita perlu suci dan dalam keadaan berwuduk?

Berwuduk dan bersolat adalah satu kelebihan untuk kita semua.

Allah mencipta sesuatu itu tiada yang sia-sia. Dan sudah tentu bersuci dan berwudhuk pun ada kelebihannya yang tersendiri.

Tiap anggota yang basah kerana berwudhuk, pemiliknya akan dibangkitkan dengan keadaan bersinar muka, tangan dan kakinya kesan daripada wudhuk yang diambilnya sewaktu di dunia.

Dengan wuduk yang sempurna pada zahirnya kita seperti membasuh segala kekotoran fizikal yang nampak, tapi secara batiniah, kesalahan-kesalahan dosa akan berguguran sama bersama air wuduk itu.

Dan satu lagi kelebihan berwudhuk, kalau kita berada dalam keadaan marah, salah satu cara untuk meredakannya adalah dengan berwudhuk. Air yang mengalir itu akan meredakan api kemarahan dan menenangkan kembali hati yang sedang gelora itu.

nanti lepas ni, forumer kita yang arif tentang air, bolehlah kongsi ilmu di sini.

Antara kelebihan berwudhuk ialah:

1. Ketika berkumur,
kita niat 'Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'

Terlajak perahu boleh diundur, tapi kalau terlajak kata, tuan punya mulut yang akan menanggung dosa. kalau dosa dengan manusia (kerana mengumpat atau sebagainya), selain dari memohon keampunan daripada Allah, sebaiknya kita dapatkan kemaafan daripada orang yang diumpat itu.

Bila menyedari kelancangan lidah, cepat-cepatlah beristighfar dan sedari kesalahan diri. Mohon keampunan daripadaNya. Kekadang kita tak perasan dan tak terasa yang kita telah berbuat dosa. Sebab pahala dan dosa adalah benda yang tak nampak. Kalau la benda tu Allah zahirkan, semua manusia akan berlumba untuk membuat kebaikan untuk mendapatkan pahala. Tapi Allah tak pandangpada zahit, hati yang menjadi ukuran.

Kita hari-hari bercakap. Tanpa disedari ada kalanya banyak benda-benda yang tak berfaedah menjadi bualan. Sedangkan ahli syurga itu, percakapannya tiada yang sia-sia.

Selain itu, kita berkumur untuk membersihkan sisa baki makanan yang melekat. Boleh jaga gigi kita sama. Gigi yang cantik, melahirkan senyuman yang indah...dan senyuman itu satu sedekah.


2. Ketika membasuh muka,
kita niat , 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.

Ahli syurga mukanya putih berseri-seri. kat dunia ni pun kita dah boleh nampak seri tu...seri yang muncul dari kesan wudhuk dan hati yang tulus suci. Bila hati suci, bukan saja muka putih berseri, malah boleh jadi awet muda. Muka yang berseri, kita pandang pun terasa seronok dan tenang jer. tak puas memandang.

Berbeza dengan wajah yang jarang dibasahi dengan air wudhuk. Kehidupan yang tidak tenang dan dengan dahi yang sentiasa berkerut membuatkan mereka kelihatan lebih tua daripada umur yang sebenar. Walaupun berbotol-botol ubat awet muda ditelan.

Segalanya bertitik tolak daripada hati. Putih bersih hati, sinar dan serinya akan terpancar pada raut wajah pemiliknya dan begitu juga sebaliknya.

Kita bergantung pada Allah untuk awet muda, bukan pada ubatan yang kita sendiri tak tahu isi kandungannya.

Dengan membasuh mula, kita akan berasa segar. Mengantuk pun jadi segar. Dan dalam masa sama, kita dapat membasuh segala minyak-minyak kat muka. Perasan tak bila muka kita biasanya berminyak?


3. Ketika membasuh tangan kanan,
kita niat, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini'.

Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan . kat dunia ni pun, kita sentiasa mengutamakan tangan kanan. Nak memberi, nak menerima, bahkan untuk makan juga. Kebanyakan benda yang kita lakukan kita mulakan dengan bahagian kanan terlebih dahulu. Malah, kalau kita nak memberi atau menerima dengan tangan kiri, dengan sopannya kita akan berkata, "minta maaf yer...tangan kiri".

Untuk mendapatkan hisab dengan tangan kanan, kita perlulah menjadi seperti bahagian kanan. Bahagian kanan sentiasa dikaitkan dengan kebaikan. Untuk memperolehi sesutu yang baik, kita juga perlu menjadi baik. Allah itu Maha Adil. Dan hidup ini adalah mudah kalau kita tau membezakan baik dan buruk. Seperti komputer yang mampu melakukan apa sahaja mengikut program yang telah ditetapkan hanya dengan membezakan 1 dan 0.

Alam ini Allah cipta berpasangan. Malam dan siang, terang dan gelap dan sebagainya. Bila kita mendapati apa yang didepan kita adalah sesuatu yang negatif, why not kita cari lawan dia yang sudah tentunya sesuatu yang positif.


4. Ketika membasuh tangan kiri,
kita niatlah 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini'.

Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri . Sudah pasti kita semua tidak pernah termimpi untuk ke sini kan...setiap orang ingin mengejar syurga. Neraka bukan tempat idaman makhluk bergelar manusia...

Bila kita tidak suka kepada neraka, jadi kenapa kita perlu melakukan sesuatu perkara yang membawa kita ke arahnya. Kita nak elakkan daripada kemalangan, tapi kenapa kita memandu laju dan tidak berhati-hati. Bukan ke itu semua akan mengundang kepada sesuatu yang kita tidak ingini.

5. Ketika membasuh kepala,
kita niat,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.

Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

Panas matahari kat dunia ni pun kita mengeluh kepanasan kalau matahari panas apatah lagi yang sejengkal dari kepala.

Kepanasan ini adalah sama juga dengan kepanasan hati. Panas hati akan membuatkan hidup kita tidak tenang. Tidak merasai kenikmatan hidup kerana hati sentiasan panas membara. Ada saja yang tak kena. Penyakit hati yang sebegini akan menyebabkan hidup kita seperti hidup di neraka.

tak perlu tunggu di neraka, kalau cara hidup kita mengundang kepada kepanasan hati, kat dunia ni pun kita dah dapat rasa panasnya neraka. tapi di sana lebih-lebih lagi. Berganda-ganda panasnya.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'

Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

Terkadang tertanya macam mana nak elakkan diri dari benda-benda ini. Memang seronok bergossip ni. Kawan pun ramai kalau bab bergosip ni. Tapi cuba fikirkan, apa pula yang kita rasa kalau kita yang digossip dan dikata seperti kita mengata orang lain? Sebelum menggosipkan orang lain, kita tilik dan nilai diri kita sendiri. Mengapa kita nampak keburukan pada orang lain. Bukan ke orang lain adalah cermin buat kita?

Siapa kita untuk menilai dan menghukum perbuatan dan tingkah laku orang lain sedangkan soal hati itu adalah milik Allah sepenuhnya.

Sebaiknya, bila melihat kekurangan seseorang, kita belek diri kita sendiri. Muhasabah diri sendiri. Mungkin apa yang kita lihat dalam diri ornag lain adalah keburukan dalam diri kita yang kita tak sedari.

7. Ketika membasuh kaki kanan,
kita niat.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'.

Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

dalam solat, berapa kali kita ucapkan Ya Allah tunjukkanlah aku jalan yang lurus? Solat wajib 5 waktu, tu tak termasuk solat sunat.

Bila kita meminta dengan hati yang ikhlas keranaNya, Allah itu penuh dengan sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang, Dia tak kan biarkan hambaNya yang meminta tanpa dipenuhi. Sama ada lambat atau cepat, siapa kita untuk mempertikaikan?

Kita adalah hamba yang hina lagi lemah, hanya bergantung padaNya. Segalanya dalam kuasaNya, tapi terkadang kita seakan terlupa bahawa kita dikuasai sepenuhnya. Kita kekadang merasakan kita bergerak adalah kerana kehendak kita. Sedangkan untuk mengelip mata pun kita tak akan mampu kalau bukan dengan izinNya.

8. Ketika membasuh kaki kiri,
kita niat'Ya, Allah, Ya Allah bawalah kakiku ke tempat yang Engkau redhai, jauhilah aku dari tempat tempat maksiat

Hidup ini adalah perjuangan dan mati adalah matlamat. kata-kata yang penuh makna ini mengejutkan saya petang tadi. Setelah seharian dalam keadaan tidak berapa sihat hari ni, kata-kata ini mengejutkan saya dan kemudian saya terus teruja.

Perjuangan, ye, perjuangan. Hidup kita adalah perjuangan. Perjuangan yang pertama adalah untuk menentang segala bisikan jahat dalam hati, kita berperang dengan syaitan. Ini adalah peperangan terbesar dalam hidup kita sebelum kita keluar berperang denagn peperangan yang lain.

berjayanya kita memerangi syaitan dalam diri sendiri menjamin kebersihan hati kita. dan itulah yang akan dinilai dan dilihat olehNya. Pernah tak kita mendapati ada ayat Al-Quran yang menyebut tentang anggota badan kita yang dinilai di sana? bahkan, hanya hatilah yang menjadi nilaian

Sekadar perkongsian dari saya...kalau ada yang nak tambah silakan. Setiap orang ada pendapat berbeza, dan tiap pendapat itu kalau dikumpulkan akan memberikan satu impak yang maksima...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

Post by Kalam on Sat Jun 14, 2008 8:31 pm

sama-sama mengamalkannya..thanks adli..

Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts: 2631
Age: 31
Location: Brunei
State:
Reputation: 0
Credits: 1382
Registration date: 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

Post by Adli on Tue Jun 17, 2008 9:55 am

Kali ini mari kita lihat solat kita dari segi pergerakan otot pulak...

cuba kita kaji pergerakan otot-oto kita dalam solat. Pergerakan solat ini banyak rahsianya dan kelebihannya.

Dari segi kesihatan, ia dah dibuktikan dari kajian sains. Dari segi ibadat, ia adalah tanda kehambaan seorang hamba kepada penciptaNYa. Pada yang layak dan yang haq untuk disembah. kerana pada Dialah kita minta pertolongan. Kita sembah dulu barulah kita minta pertolongan. Bukannya minta tolong dulu, kemudian baru kita sembah. Jika situasi ke dua yang berlaku, itu menunjukkan kita menyembahNya kerana telah berjaya mendapatkan apa yang kita hajatkan...sedangkan dalam soal ini, hatilah yang dipandang.

secara kasar mulanya kita berdiri (qiam) kemudian kita mengangkat tangan, kita bertakbir dan meletakkan tangan kita di atas pusat.kita telah membesarkan rongga dada. Paru-paru pula akan terasa luas serta kita juga meggerakkan otot di kedua belah tangan.

ketika rukuk, dengan badan yang membongkok di depan dan kedua tangan di atas kepala lutut,dan punggung mendatar,(parallel to the ground). sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung,tulang leher,tulang pinggang dan tulang sulbi. Lihatlah berapa banyak tulang yang bergerak semasa kita rukuk ini. Masa ni, segala urat yang tegang akan jadi lega...dan semestinya solat ni boleh jauhkan kita dari sakit urat.

waktu sujud pula,seluruh berat badan terpikul sepenuh di atas otot-otot kedua-dua tangan,kaki,dada,perut,punggung,leher dan otot-otot kaki.lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.

setelah itu kita bangkit dari sujud.kita duduk,kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara aoutomatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada, bahu, lengan, perut, punggung, paha, kaki bahagian bawah dan lain-lain otot.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk 1-duduk diantara dua sujud dan
2-duduk tahiyyat.

Dua jenis duduk ini menggerakkan tumit, pangkal paha, kelangkang, jari-jari kaki dan lain-lain.

Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher dan lain-lain.

Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut iaitu bagi mendapat oksigen yang istimewa dan gerakan otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.

Segala otot dan tulang yang diam dan kurang bergerak, dalam solat, semuanya bergerak.

Tidak ada satu gerakan yang melibatkan pergerakan keseluruhan otot badan dan tulang kecuali solat. Dalam masa 5 minit, kita dah dapat menggerakkan keseluruh bahagian otot dan tulang kita dari atas ke bawah. Kalau nak bersenam melibatkan semua anggota, 5 minit tak cukup kan?

p/s-kalau ada idea lain boleh la tambah...lain orang lain pendapat. Kekadang benda yang kita tak fikir, difikirkan oleh orang lain. Nikmat akal ini seluas langit tinggi...saujana memandang...aduhai saujana...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

Post by Zulia on Thu Jan 21, 2010 7:27 pm

Adli wrote:Setiap yang Allah perintahkan dan ciptakan, tiada yang sia-sia. Segalanya ada hikmah. Nyamuk yang kita lihat hanya menghisap darah manusia, juga ada hkmah di sebalik kejadiannya.

Lebih-lebih lagi dengan pergerakan dalam solat. Kita dah bincangkan tentang hikmahnya dari segi batin, sekarang mari kita lihat dari segi kesihatan diri kita pulak.

Setiap gerakan sembahyang yang dicontohkan Rasulullah s.a.w. mempunyai banyak hikmah dan bermanfaat bagi kesihatan. Syaratnya, semua pergerakan tersebut dilakukan dengan sempurna, tertib serta istiqamah (dilakukan secara berterusan).

pergerakan dalam sembahyang dapat mengendurkan urat saraf dan mengaktifkan sistem haba dalam tubuh. Selain itu juga membuka pintu oksigen ke otak, mengeluarkan arus negatif dari tubuh, membiasakan pembuluh darah halus di otak mendapatkan tekanan tinggi, serta membuka pembuluh darah di bahagian dalam tubuh (arteri jantung).

Semasa takbir kita mengangkat kedua tangannya ke atas hingga separas dengan bahu. Takbir ini dilakukan ketika hendak rukuk, dan ketika bangkit dari rukuk.Kita juga mengangkat kedua tangannya semasa sujud. Apa rahsianya?

Pada saat kita mengangkat tangan separas bahu, maka automatik kita membuka dada, memberikan aliran darah dari pembuluh yang terdapat di lengan untuk dialirkan ke bahagian otak bagi mengatur keseimbangan tubuh.

Rukuk dengan tenang (tertib).
Ketika rukuk, kita meletakkan kedua telapak tangan di atas lutut. Apa rahsianya?

Rukuk yang dilakukan dengan tenang dapat merawat kelenturan tulang belakang yang berisi sumsum tulang belakang (sebagai pusat saraf manusia). Rukuk pun dapat memelihara kelenturan tuas sistem keringat yang terdapat di belakang pinggang, paha dan betis belakang.

Demikian pula tulang leher, tengkuk dan saluran saraf memori dapat terpelihara kelenturannya apabila rukuk. Kelenturan saraf memori dapat dijaga dengan mengangkat kepala secara maksimum dengan mata mengharap ke tempat sujud.

Kemudian bangunlah hingga berdiri tegak. Apa rahsianya?

Semasa berdiri dengan mengangkat tangan, darah dari kepala akan turun ke bawah, sehingga bahagian pangkal otak yang mengatur keseimbangan berkurang tekanan darahnya. Hal ini dapat menjaga saraf keseimbangan tubuh dan berguna mencegah pengsan secara tiba-tiba.

Kemudian, sujudlah dengan tenang. Apa rahsianya?

Apabila pergerakan ini dilakukan dengan betul, sujud dapat memaksimumkan aliran darah dan oksigen ke otak atau kepala, termasuk pada mata, telinga, leher, serta hati. Cara seperti ini efektif untuk membongkar sumbatan pembuluh darah di jantung, sehingga risiko terkena jantung koroner dapat diminimumkan.

Kemudian bangunlah hingga kita duduk dengan tenang. Apa rahsianya?

Cara duduk di antara dua sujud dapat menyeimbangkan sistem arus dalam tubuh kita. Selain dapat menjaga kelenturan saraf di bahagian paha, cekung lutut, cekung betis, sehingga jari-jari kaki. Subhanallah!

Masih ada pergerakan sembahyang lainnya yang pasti memiliki hikmah dan rahsia, termasuk amalan berwuduk. Semua ini memperlihatkan bahawa sembahyang adalah anugerah terindah daripada Allah SWT pada hamba-hambaNya yang beriman.

Ada pendapat yang mengatakan solat adalah yoga. Cuba survey bila yoga mula diperkenalkan. mana dulu, solat atau yoga?

Sebenarnya solat bukanlah senaman ataupun yoga. Bagi orang-orang Islam solat adalah lebih agung dari sebarang senaman termasuk yoga. Solat ialah zikir yang paling mulia. Dalam surah Al-Ankabut ayat 45 Allah berfirman, “Dan zikrullah (iaitu solat) adalah lebih besar keutamaannya.”

Allahuakbar, begini lah penjelasan yang tepat. Di mana forumer Adli ni?

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

Post by Zulia on Thu Jan 21, 2010 9:41 pm

Rupanya sains telah membuktikan pergerakan solat itu bukan sia-sia. Comel lah avatar tu..mungkin suatu hari nanti anak itu akan menjadi pembela kepada agama Allah. Mudah-mudahan.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

Post by Juang on Thu Jan 21, 2010 10:03 pm

Pergerakan tubuh badan mana ada yang sia-sia. Sebab itulah bila kita bersenam, tidak jadi sia-sia. Yang sia2nya bila menetapkan pergerakan badan itu kena buat macam itu sahaja dan tidak boleh cara lain.

Macam berjogginglah. Ia terbukti oleh sains memberi manfaat. Tetapi bila ada manusia itu buat ketetapan kena berjogging 5 kali sehari sebanyak 17 keliling padang dan mengatakan sesiapa yang tidak buat macam itu dikira berdosa, maka itulah ketetapan dusta yang hanya dibuat untuk berbangga diri. Apakah yang berjogging seminggu sekali sebanyak 1 pusingan padang tidak dapat manfaat?

Malah kalau tiada yang berjogging, namun dia aktif dalam bersukan pun, dapat juga manfaatnya. Begitulah perumpamaannya.

Membuat ketetapan tanpa bukti itulah yang sia-sia. Mereka
mengesklusifkan pergerakan mereka kononnya itulah sahaja perbuatan yang Allah terima. Tanpa mereka sedari, mereka sudah kena penyakit berbangga diri. Sia-sia sahaja amalan mereka bila kena penyakit berbangga diri.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

Post by Zulia on Thu Jan 21, 2010 10:40 pm

Walau apa pun ia suatu yang logik utk diamalkan. Mungkin En. Adli boleh menjelaskannya atau menerangkan lebih lanjut.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

Post by Juang on Thu Jan 21, 2010 10:45 pm

Buatlah kalau nak buat. Nak membongkok ke, menonggek ke, semua itu logik dilakukan. Kalau tak logik, pasti manusia itu tak boleh nak menonggek walaupun hatinya berniat untuk menonggek.

Umpamanya, bulan tidak mampu nak menonggek kerana struktur jasadnya begitu. Matahari tidak mampu membongkok, sebab bentuknya begitu. Tiada logik yang membenarkan mereka buat perbuatan macam manusia buat.

Tetapi bila ada manusia menetapkan semua manusia kena menonggek macam mereka buat kononnya nanti masuk syurga, ketetapan itulah yang tiada logiknya. Malah Al Quran pun tak tetapkan buat macam itu sebanyak kuantiti2 yang mereka tetapkan itu.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

Post by Zulia on Thu Jan 21, 2010 10:54 pm

Apa kaitannya dengan bangga diri. Abang ni tak habis-habis lah.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

Post by Juang on Thu Jan 21, 2010 11:00 pm

Menetapkan sesuatu yang dusta itukan penyakit orang2 yang berbangga diri? Nak nasihat pasal bahaya penyakit bangga diri pun tak boleh ke? Bukankah iblis yang berbangga diri itu tidak akan habis2 menyesatkan manusia agar tiru penyakit bangga dirinya itu? So kenalah kita selalu peringatkan pasal bahaya penyakit ini.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

Post by Zulia on Thu Jan 21, 2010 11:12 pm

Siapa yang dusta belum tahu lagi.. He he.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

Post by Juang on Thu Jan 21, 2010 11:14 pm

Betullah. Sebab itulah Al Quran kata jangan ikut sesuatu yang kita tak tahu. Sebab nanti kita terikut ajaran2 dusta. Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

Post by Zulia on Thu Jan 21, 2010 11:23 pm

Bagi yang tahu dia ikutlah. Yang tak ikut tu sebab tak tahu lagi kan bang.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

Post by Juang on Thu Jan 21, 2010 11:30 pm

Yalah. Macam kita tak tahu memandu kereta, so takkan nak pandu juga semata2 tengok orang lain tahu pandu kereta? Kenalah cari logik2 macam mana nak pandu kereta itu dahulu.

Sebab itu Nabi Ibrahim bertanya dahulu kepada kaumnya, kenapa buat amalan ritual macam itu rupanya. Dan oleh kerana baginda tidak nampak apa logiknya dibuat amalan ritaul macam itu (sebab kaumnya itu tidak mampu bawakan bukti2 yang kukuh), maka baginda pun tak buat.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

Post by Zulia on Thu Jan 21, 2010 11:33 pm

Maka kita kenalah tanya mereka yang buat amalan itu, bukan tanya mereka yang mengengkari amalan itu.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG

Post by Juang on Fri Jan 22, 2010 8:30 am

Ya, macam Nabi Ibrahim tanya pembuat2 amalan itu. Tapi bila yang buat amalan itu pun tak tahu apa yang mereka buat dan sekadar bawa persangkaan "sebab orang2 dahulu buat macam itu", adalah salah Nabi Ibrahim mengengkari amalan tersebut? Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Page 2 of 11 Previous  1, 2, 3, ... 9, 10, 11  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum