Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 2 BotsNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered usersThe newest registered user is mhdi
Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3489) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 9 of 11 • Share •
Page 9 of 11 •
1, 2, 3 ... 8, 9, 10, 11 
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Jika kita renung kisah para Nabi terdahulu yang ada dalam Al Quran pun, tiada seorang Nabi pun meninggalkan wasiat suruh manusia mengikut "sunnah" mereka. Jadi apakah logik Nabi Muhammad mewasiatkan sesuatu yang tiada pedoman daripada Nabi2 sebelum baginda?
Samalah kes dengan dakwaan manusia mengatakan Al Masih itu anak Allah sedangkan tiada seorang Nabi pun sebelum baginda mengajar menyekutukan Allah. Jadi, takkanlah tiba2 Nabi Isa nak mengajar ajaran yang menyekutukan Allah walaupun ulamak Nasrani mendakwa para sahabat Nabi Isa bawa kata2 kononnya baginda mengaku anak Allah?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Bila Al quran diwahyukan, Nabi akan membacakan nya kepada orang. Lalu orang akan bertanya bagaimanakah kami nak beramal dengan ayat ini ya rasulullah. Tak kan lah Nabi nak ulang ayat itu berkali-kali tanpa menjelaskan nya. Bukalah minda kita kalau kita menggunakan akal. Atau logik ke Nabi berkata, wahai manusia, ini saja ayat Allah, dan kamu fikirlah sendiri. Pendapat ini kah kita nak terima? Kalau setakat nak sampaikan ayat-ayat alquran semata-mata, Tak perlu beransur-ansur atau mengambil masa 23 tahun. 3 tahun pun boleh khatam seperti kanak-kanak khatam dalam masa 3 tahun. Adakah kita percaya Nabi tidak menjelaskan atau menerangkan maksud ayat-ayat al quran. Atau logik ke dalam ramai-ramai orang, tidak ada yang bertanya. Nampaknya ada golongan yang membuta tuli mengikut fahaman yang tak dapat menjelaskan logik di atas. Fahaman ini gagal mendatangkan amalan yang macamana yang menurut pandangan mereka. Mereka gagal mendatangkan satu sumber dari zaman nabi dan tidak ada satu contoh mana-mana sahabat yang mengamalkannya. Tak kan satu contoh pun tak ada, logik lah sikit. Sepanjang 23 tahun Nabi sering mengadakan majlis ilmu, logik nya baginda akan menerangkan agama Islam supaya manusia faham agama yang dibawa dan bagaimana nak mengamalkannya dan itulah tugas baginda sebagai nabi, kalau kita kata Nabi tak menerangkan apa2,maksudnya nabi mengadakan kelas membaca alquran seperti kanak-kanak sekarang mengaji. Pendapat itu ke yang lebih kita terima? Logik sikit lah. Kalau dari segi fakta sejarah pun kita boleh menilai pendapat mana yang benar. Bagi ahli sejarah Tahun 500 masihi bukan tahun yang lama kerana sejarah telah tercatat dari zaman Rum, sejarah Rum adalah lebih lama dari itu. Malah sejarah agama hindu lebih lama iaitu sebelum Masihi lagi. Sejarah Mekah telah tercatat lebih lama sebelum kelahiran Nabi lagi iaitu sejak datuk moyang nabi yang ke20. Kelahiran Nabi telah tercatat tarikhnya, Nabi pernah menyertai perang antara kabilah arab disebelah pihak Quraish di zaman remajanya yang dikenali sebagai perang fijar. Tak logik lah amalan nabi ketika menjadi rasul pada umur 40 tahun tidak diketahui orang. Nak terima pendapat pun lihatlah siapa orangnya adakah di kalangan orang ahli agama. Apalagi dari orang yang tak tahu latar belakangnya. Tugas nabi adalah menyampaikan agama Allah dan dibawa bersamanya risalah tuhan. Sebab yakin dan beramal dengan ayat alquran taatkan Allah dan taatkan rasul, maka segala ucapan dan penerangan Nabi merupakan ilmu dan dicatatkan sebagai pengajaran. Takkan lah selama 23 tahun tidak ada ucapan dari nabi selain ayat alquran. Logik lah sikit dan buka minda tu. Taksub sangat dengan fahaman yang tak bersumber tu kenapa? Kenapa fahaman itu tidak mampu menceritakan atau menerangkan apa yang akan berlaku selepas kematian atau akhirat? Sedangkan al quran menyeru manusia memilih akhirat yang lebih kekal dan lebih baik, itu lah tujuan agama ini. Ini pun bukti tak logiknya fahaman tak bersumber itu dan serba tak tahu. Pendapat ini kah yang dikatakan lebih baik? fahaman ini tidak dapat mengaitkan amalan yang perlu dalam usaha mengejar akhirat. Banyak sangat tak logiknya, macamana orang boleh percaya? Ikut membuta tuli lah tu. Tapi kalau mereka degil nak ikut juga, terpulanglah tapi wasiatkan kepada keluarga, siapa yang nak uruskan jenazah mereka. Sebab mereka tak percaya pada orang islam lain. Kalau mereka tak percaya kepada solat 5 waktu, sembahyang jenazah apatah lagi. Mungkin mereka nak pakai suit bukan kain kapan. Jadi lu pikir lah sendiri. Jangan sampai anak-anak bertanya mengapa ayahnya dikuburkan di tempat lain. Pergi masjid tak nak, tapi nak orang masjid pula tolong uruskan, tak malu ke? Tak logik sungguh tapi ada juga yang ikut. Ukurlah ilmu di dada sebelum mengikut fikiran sendiri.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Zulia wrote:Sebab itu pegangan ahli sunnah wal jamaah tidak berselisih dalam perkara pokok, hanya berlaku khilaf pada perkara yang tidak melibatkan akidah dan hukum-hukum Allah. Jadi siapa yang membuat membuat perbezaan dan mengadakan golongan itu ? He he
Salaam,
Saya mengemukakan terjemahan ayat tersebut bukan apa, oleh kerana dalam posting sebelum puan mengatakan "wajib ikut mazhab syafie" itu yang saya kemukakan soalan tu dan jawapan puan diatas tidak menepati soalan saya. Namun saya menghormati keengganan puan untuk menjawabnya. Apa-apun saya kemukakan terjemahan lain yang berkaitan larangan Allah bergolongan atau bermazhab dalam agama;
Q 30:32. Daripada orang-orang yang memecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa yang di sisi mereka.
AQ 6:65. Katakanlah (Muhammad), "Dia berkuasa untuk mengirimkan kepada kamu azab, dari atas kamu atau dari bawah kaki kamu, atau untuk mengelirukan kamu dalam golongan-golongan, dan untuk merasakan kepada kamu bencana satu sama lain." Perhatikanlah bagaimana Kami mengulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka memahami.
Tidakkah puan berfikir... bukankah inilah kebenarannya apa yang berlaku pada hari dimana sesama mengaku Ialam tetapi berperang antara golongan masing-masing. Bukankah ini adalah BUKTI bahwa bergolongan dalam agama tidak direhhai oleh Allah... ?
Baginda Nabi pun tidak bertanggungjawab atas golongan yang wujud pada hari ini, bermaksud baginda tidak mengaku semua golongan yang wujud sebagai umat baginda;
AQ 6:159. Orang-orang yang membuat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, kamu (Muhammad) bukanlah daripada mereka dalam apa-apa pun. Urusan mereka hanyalah kepada Allah, kemudian Dia akan memberitahu mereka apa yang mereka telah buat.
Semoga dapat direnungkan.

Payau Putih- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts: 197
Location: Sabah bertuah
State:
Reputation: 0
Credits: 1166
Registration date: 2009-07-01
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Oh..barulah saya tahu bahawa en. Bayau berpendapat bahawa wasiat nabi
yang menyuruh untuk mengikut sunnah rasul adalah bertentangan dengan
ayat Allah yang suruh kita berpegang teguh dengan tali Allah.
Bagi saya, sunnah nabi itulah yang menunjukkan cara bagaimana manusia
melaksanakan ayat2 Allah. Kedua2nya berpegang kepada tali Allah. Sama
dengan riwayat Saidatina Aisyah bahawa 'Muhammad berakhlak alquran'.
Tiada bezanya antara alQuran dan sunnah nabi itu. Cuma ramai manusia
sekarang yang yang fikir bahawa sunnah nabi itu termasuk cara hidup
baginda (cara pemakaian & sebagainya). Sedangkan
hakikat sebenarnya sunnah nabi itu adalah menunjukkan bagaimana cara
nabi itu mengamalkan ayat2 alQuran. Jika Allah melantik gunung sebagai nabi, maka susahlah untuk kita mengikuti sunnah(amalan) gunung itu. Tiada pertentangan antara quran dan
sunnah. AlQuran adalah ilmu dan Sunnah adalah amalan. Ilmu tanpa amal
samalah seperi pohon yang tidak bebuah.
Memang tiada nabi sebelum Muhammad yang suruh kita mengikut sunnah mereka..tapi bila kita renung balik sirah nabi dan alQuran, kita boleh lihat bahawa nabi Muhammad saw juga mengikut sunnah nabi sebelum baginda contohnya dari surah Yunus:87;
"Dan Kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya: 'Ambillah olehmu berdua beberapa buah rumah di Mesir untuk tempat tinggal bagi kaummu dan jadikanlah olehmu rumah-rumahmu itu tempat solat dan dirikanlah olehmu sembahyang serta gembirakanlah orang-orang yang beriman".
Bila kita lihat sejarah balik, sememangnya nabi muhammad saw juga ada menggunakan rumah Arqam bin Abi Arqam sebagai tempat solat. Saya yakin kalian juga ada mengikut sunnah nabi, sepertimana nabi Ibrahim mengkaji ayat2 Allah. Amalan itulah sunnah rasulNya, sepertimana para intelek Islam di waktu kegemilangan Islam dahulu mengkaji ayat2Nya dan diolah dalam bentuk sains, astronomi, kejuruteraan dan sebagainya.
Cuma berapa peratuskah kita melaksanakan ayat2 di dalam kitabullah itu, itulah yang menjadi persoalan dalam diri masing2.

Last edited by ^humaira^ on Sat Feb 13, 2010 8:29 am; edited 1 time in total

^humaira^- Siswa-Siswi
- Number of posts: 19
Reputation: 0
Credits: 776
Registration date: 2010-01-12
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Salam,
Asalnya Islam memang satu di zaman Rasulullah saw dan sekarang juga satu saja yang benar. Perpecahan berlaku sebaik sahaja kewafatan baginda. Contohnya di zaman Abu Bakar r.u. Ada golongan yang engkar dengan perintah zakat. Tindakan beliau selaku pemerintah ketika itu ialah memerangi mereka. Tahukah kita apa maksud perang? Sejarah juga menceritakan bagaimana kewujudan puak kawarij dan syiah di zaman Ali r.u dan berlakunya peristiwa Karbala.
Mengapa timbulnya golongan ialah timbulnya fahaman-fahaman baru tetapi masih nak mengaku Islam. Golongan yang engkar pun mengakui Islam juga. Pada mereka asal percaya Allah itu tuhan Islamlah. Macamana nak bezakan golongan yang tak sepatutnya ini dengan Islam sebenar. Kalau kata golongan ini kafir, melentinglah mereka sedangkan islam memang satu. Kata agama esklusiflah, buat kerja tuhanlah tak berlapang dadalah. Jadi tak perlu membuang masa dengan golongan ini. Untuk kebaikan umat islam yang masih berpegang kepada agama islam yang dibawa oleh Nabi, maka dipanggil dengan golongan ahli sunnah wal jamaah. Bagaimanapun bukan gelaran itu yang ditekankan tetapi perlaksanaan ajaran itu sendiri, setakat mengaku islam atau ahli sunnah saja tapi perlaksanaannya kafir maka kafirlah juga.

Dalam Al Quran banyak membawa kisah perangai kaum2 terdahulu. Mereka menetapkan hidup mereka memerlukan amalan ritual yang kononnya itulah cara menyembah Tuhan. Apabila Rasul mereka bertanya tentang amalan tersebut, mereka tiada hujah yang kukuh melainkan dengan berkata, "sebab kami lihat bapa-bapa dan nenek moyang kami buat begitu". Itulah ciri utama amalan hidup kaum musyrik.
Oleh kerana Al Quran adalah ajaran anti-musyrik, takkanlah Nabi nak tinggalkan amalan yang menyebabkan manusia hari ini terpaksa bersangka-sangka dengan perbuatan orang2 terdahulu mereka? Nanti apa bezanya ajaran Al Quran dengan ajaran musyrik itu?
Mana mungkin benar boleh disamakan dengan yang dusta? Mana mungkin sama terang dengan yang gelap?
Sebab itulah kita tidak jumpa ayat2 Al Quran menyuruh kita buat sesuatu amalan yang memerlukan kita bersangka2 tentang gerak-laku orang2 terdahulu yang menyebabkan manusia itu terpaksa bergantung kepada pembesar agama mereka seperti mana kaum musyrik terdahulu menyembah pembesar2 agama mereka.
Yang pergi tetapkan sesuatu perbuatan yang memerlukan mereka menurut gerak-laku bapa-bapa mereka, semuanya diambil daripada kitab lain yang mereka dakwa "ini hadis Nabi". Mereka terpaksa bersangka2 dan tak mampu bawa hujah yang kukuh. Mereka kembali tiru perangai kaum musyrik terdahulu.
Cuba kita lihat suruhan yang wujud dalam Al Quran seperti membaca. Apakah kita kena tiru cara Nabi membaca? Tidak, bacalah apa jua bahan bacaan yang merangsang minda sebab sudah pasti Nabi juga membaca bahan bacaan yang berilmiah. Sebab itulah para Nabi itu bijak2 orangnya.
Begitu juga Al Quran suruh sujud yang maksudnya merendah diri. Semua orang boleh tahu cara nak merendah diri tanpa perlu cari riwayat seseorang Nabi. Takkanlah sudah baligh pun tak tahu2 lagi cara nak merendah diri?
Begitu juga Al Quran suruh ruku' yang bermaksud hidup hormat-menghormati. Semua orang boleh tahu cara nak menghormati sesama manusia tanpa perlu cari riwayat seseorang Nabi. Takkanlah sudah baligh pun tak tahu2 lagi cara nak hidup hormat-menghormati?
Kita lihat kekuatan Al Quran tidak memerlukan penjelasan kitab2 lain. Dalam Al Quran itu sendiri ada penjelasan sesuatu ayat. Hanya yang pemalas mengkaji dan menyelidik Al Quran sahaja susah nak faham dan buat2 alasan kononnya perlukan riwayat hadis untuk menjelaskan Al Quran. Itulah taktik syaitan nak menjauhi manusia daripada Al Quran agar taat pada ajaran di luar Al Quran.
Tetapi sebab Allah Maha Bijaksana, maka tidak semua manusia mudah diperbodoh-bodohkan oleh syaitan yang mahu menjauhkan manusia daripada Al Quran yang pergunakan nama Nabi untuk buat ajaran yang tiada dalam Al Quran itu.
Jika sesuatu ajaran itu benar dan ada manfaat biarpun tidak disebut dalam Al Quran, tak payah guna nama Nabi pun ajaran itu benar, sebab kebenaran itu milik Allah, bukan disebabkan Nabi mengucapkannya, maka ajaran itu benar?
Nampak tak bagaimana ada segolongan manusia pergunakan nama Nabi untuk cipta ajaran2 yang menjadikan mereka kembali tiru perangai kaum musyrik terdahulu. Sesiapa yang tidak nampak taktik halus syaitan itu, pasti akan ditipu hidup2 seperti mana kaum musyrik terdahulu telah ditipu.

Yang tidak membawa bukti dari sumber dari Nabi lah yang mencipta sesuatu yang baru. Masih nak ikut fahaman itu? Jangan melampau batas. Masih nak menentang agama Allah. Saya berlindung dengan Allah dari musuh-musuh nya. Ingat jangan sampai mencabar hukum Allah. Jangan jadi seperti mereka yang dihinakan oleh Allah kerana begitu celupar mempermainkan perintah Allah. Antara balasan yang mendapat balasan di dunia ialah anak yang derhaka dan mereka yang memperolok-olokan ajaran agama Allah.
Bukanlah dari golongan Islam mereka yang menentang ajaran Islam.
Saya berasa sedih kerana ada seorang yang berjuang bagi pihak musuh Allah. Dia mungkin tidak sedar bahawa dia diperalatkan. Dia yang telah diracunkan fikiran ini dengan berani menentang Allah. Sedangkan rakan2nya bersembunyi dibelakang dan bertepuk tangan. Dia sendiri dikianati tetapi dia tidak sedar dia berkawan dengan siapa. Maka jadilah dia seperti pejuang solo yang terpinggir. Tetapi saya masih berdoa agar dia kembali kerana saya masih ada perasaan kasih sesama manusia hanya Allah yang boleh membalikkan hatinya. InsyaAllah.
Bukanlah dari golongan Islam mereka yang menentang ajaran Islam.
Saya berasa sedih kerana ada seorang yang berjuang bagi pihak musuh Allah. Dia mungkin tidak sedar bahawa dia diperalatkan. Dia yang telah diracunkan fikiran ini dengan berani menentang Allah. Sedangkan rakan2nya bersembunyi dibelakang dan bertepuk tangan. Dia sendiri dikianati tetapi dia tidak sedar dia berkawan dengan siapa. Maka jadilah dia seperti pejuang solo yang terpinggir. Tetapi saya masih berdoa agar dia kembali kerana saya masih ada perasaan kasih sesama manusia hanya Allah yang boleh membalikkan hatinya. InsyaAllah.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Juang wrote:
Kita lihat kekuatan Al Quran tidak memerlukan penjelasan kitab2 lain. Dalam Al Quran itu sendiri ada penjelasan sesuatu ayat. Hanya yang pemalas mengkaji dan menyelidik Al Quran sahaja susah nak faham dan buat2 alasan kononnya perlukan riwayat hadis untuk menjelaskan Al Quran. Itulah taktik syaitan nak menjauhi manusia daripada Al Quran agar taat pada ajaran di luar Al Quran.
Benar Juang. Al-quran tidak memerlukan kitab-kitab lain sebagai penjelasan. Jika ada kitab-kitab karangan manusia yang lain, maknanya al-quran itu tidak jelas. Sedangkan Allah sudah menyatakan bahawa al-quran itu jelas.
15:1. Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat al-Kitab, dan al-Qur'an yang jelas.
Sesiapa yang mendustai ayat Allah ini, terimalah balasannya di akhirat kelak.
2:39. Dan, orang-orang yang tidak percaya dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya."

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3288
Registration date: 2008-04-07
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Nabi Ibrahim dilihat membawa sesuatu ajaran yang baru di kala kaum musyrik itu percaya amalan menyembah binaan manusia itu adalah ajaran sebenar daripada Allah. Walhal apa yang Nabi Ibrahim sampaikan itulah ajaran yang lurus dan ikut fitrah.
Cuba lihat fitrah kejadian kita. Apakah setelah seseorang lahir ke dunia, bayi itu akan menonggeng pada binaan2 manusia? Tidak bukan, sebab itu bukan ajaran daripada Allah. Allah suruh bayi itu belajar erti kehidupan dengan tunduk pada hukum2 alam jika mahu terus hidup dengan sihat dan sejahtera. Sebab itu bila bayi itu lapar, dia akan menangis dan ibunya akan memberi susu kerana ikut hukum alam ini, manusia perlukan makanan/minuman. Bayi itu tidak melawan hukum Allah tersebut.
Yang buat ajaran baru adalah orang yang suruh membuat amalan ritual yang tiada kaitannya dengan fitrah kejadian manusia. Bila ditanya apa bukti pada fitrah kejadian manusia perlu buat amalan macam itu, mereka jawab "sebab bapa2 kami nampak Nabi buat macam itu". Ayat mereka sama macam ayat2 kaum musyrik terdahulu.
Sudahlah dalam Kitab Allah tidak wujud amalan macam itu, mereka pergi guna nama Nabi untuk mewujudkan amalan2 tersebut. Betapa besarnya dusta mereka terhadap para Nabi.
Cuba lihat fitrah kejadian kita. Apakah setelah seseorang lahir ke dunia, bayi itu akan menonggeng pada binaan2 manusia? Tidak bukan, sebab itu bukan ajaran daripada Allah. Allah suruh bayi itu belajar erti kehidupan dengan tunduk pada hukum2 alam jika mahu terus hidup dengan sihat dan sejahtera. Sebab itu bila bayi itu lapar, dia akan menangis dan ibunya akan memberi susu kerana ikut hukum alam ini, manusia perlukan makanan/minuman. Bayi itu tidak melawan hukum Allah tersebut.
Yang buat ajaran baru adalah orang yang suruh membuat amalan ritual yang tiada kaitannya dengan fitrah kejadian manusia. Bila ditanya apa bukti pada fitrah kejadian manusia perlu buat amalan macam itu, mereka jawab "sebab bapa2 kami nampak Nabi buat macam itu". Ayat mereka sama macam ayat2 kaum musyrik terdahulu.
Sudahlah dalam Kitab Allah tidak wujud amalan macam itu, mereka pergi guna nama Nabi untuk mewujudkan amalan2 tersebut. Betapa besarnya dusta mereka terhadap para Nabi.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Salam Bayau,
Jika kita fikirkan, dalam suruhan membaca yang ada dalam Al Quran, tidak ada satu riwayat hadis pun dicari untuk mengatakan Nabi membaca berapa kali sehari, dan menetapkan membaca sebagai amalan rutin. Begitu juga dalam suruhan berfikir yang banyak disebutkan dalam Al Quran, tidak ada satu riwayat hadis dicari untuk mengatakan Nabi berfikir berapa kali sehari dan menetapkan berfikir sebagai amalan rutin. Dan bila Al Quran suruh selidik sesuatu yang kita dengar, tidak pula mereka cari hadis Nabi untuk menggalakkan manusia membuat penyelidikan sesuatu ajaran tradisi.
Tetapi bila bab solat, mereka mula terkial2 mencari riwayat hadis kononnya Nabi menetapkan cara amalan ritual yang mereka dakwa itu.
Jika mereka menetapkan amalan membaca, berfikir dan menyelidik itu, sudah pasti mereka jadi umat yang terkedepan dalam bidang ilmu, bukannya umat yang lemah mindanya bagaikan lembu.

Kaum Yahudi mengada-adakan ajaran yang tiada dalam Taurat dengan membuat kitab baru bernama Talmud. Kononnya dalam Talmud itu adalah "Oral Law" (oral = ucapan = hadis) dan Taurat itu adalah "Written Law". Mereka menjauhi Taurat secara beransur2 bila ketaksuban mereka pada Talmud semakin kuat.
Kita nampak hari ini, ramai yang mengaku Islam tiru perangai Yahudi itu dengan membuat peraturan atas nama "hadis Nabi". Apakah mereka ingat semua manusia boleh diperbodohkan seperti mana orang2 Yahudi terdahulu diperbodohkan oleh golongan pembesar agama mereka?
Aku berlindung pada Allah daripada orang2 yang menyekutukanNya.
Kita nampak hari ini, ramai yang mengaku Islam tiru perangai Yahudi itu dengan membuat peraturan atas nama "hadis Nabi". Apakah mereka ingat semua manusia boleh diperbodohkan seperti mana orang2 Yahudi terdahulu diperbodohkan oleh golongan pembesar agama mereka?
Aku berlindung pada Allah daripada orang2 yang menyekutukanNya.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Yang jelasnya ada golongan yang tidak melaksanakan solat tetapi mengaku Islam. Dan golongan ini pula bukan dari mereka yang pernah mendalami agama. Wajar kah kita mengikuti fahaman ini? Mereka cara hidup mereka pun tiada beza dengan orang yang tidak mempercayai Allah. Mereka kata ikut Al quran. Jangan terpedaya kerana pihak orientalis juga pernah membuat tipudaya yang sama malah mereka mengkaji AlQuran sebenar dalam bahasa arab bukan setakat terjemahan bahasa melayu..he he. Tetapi Alhamdulillah, kerana Allah tetap memelihara agamanya yang suci.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Nabi Ibrahim dilihat tidak melakukan sembahyang ritual oleh kaumnya. Bagi golongan musyrik itu, mentaati Allah kenalah dengan cara beritual macam mereka. Wajarkah kita ikut fahaman musyrik tersebut?
Cara hidup mereka tidak ada bezanya dengan kaum musyrik2 lain yang memerlukan amalan tradisi. Jika kaum musyrik perlukan hujah seperti "sebab kami lihat bapa2 kami dahulu melakukannya begitu", takkanlah seseorang Nabi nak tinggalkan ajaran yang memerlukan manusia selepasnya guna hujah seperti kaum musyrik terdahulu? Sebab itulah ketetapan2 ritual yang mereka ada2kan itu tidak dijumpai dalam Kitab Allah. Mereka terpaksa buat kitab2 lain atas alasan sahabat Nabi nampak Nabi buat macam itu. Apakah mereka ingat semua manusia boleh diperbodoh2kan dengan hujah sebegitu?
Syukur Allah tunjukkan bukti kehidupan kaum musyrik itu sekarang dalam keadaan berpecah-belah akibat berbeza ketaksuban pada golongan pembesar mereka dan mereka hidup secara lemah sebab minda mereka tidak dikurniakan kreativiti dan innovasi. Kalau tidak, sampai ke mati kena tipu dengan golongan begitu.
Mereka boleh menipu manusia yang tidak mahu berfikir dan menurut membuta-tuli seperti mereka, tetapi tidak semua manusia membelenggu mindanya. Para Nabi2 terdahulu adalah contoh insan yang membebaskan mindanya daripada amalan ritual kaumnya sendiri.

Cara hidup mereka tidak ada bezanya dengan kaum musyrik2 lain yang memerlukan amalan tradisi. Jika kaum musyrik perlukan hujah seperti "sebab kami lihat bapa2 kami dahulu melakukannya begitu", takkanlah seseorang Nabi nak tinggalkan ajaran yang memerlukan manusia selepasnya guna hujah seperti kaum musyrik terdahulu? Sebab itulah ketetapan2 ritual yang mereka ada2kan itu tidak dijumpai dalam Kitab Allah. Mereka terpaksa buat kitab2 lain atas alasan sahabat Nabi nampak Nabi buat macam itu. Apakah mereka ingat semua manusia boleh diperbodoh2kan dengan hujah sebegitu?
Syukur Allah tunjukkan bukti kehidupan kaum musyrik itu sekarang dalam keadaan berpecah-belah akibat berbeza ketaksuban pada golongan pembesar mereka dan mereka hidup secara lemah sebab minda mereka tidak dikurniakan kreativiti dan innovasi. Kalau tidak, sampai ke mati kena tipu dengan golongan begitu.
Mereka boleh menipu manusia yang tidak mahu berfikir dan menurut membuta-tuli seperti mereka, tetapi tidak semua manusia membelenggu mindanya. Para Nabi2 terdahulu adalah contoh insan yang membebaskan mindanya daripada amalan ritual kaumnya sendiri.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
3:93. Semua makanan halal bagi Bani Israil, kecuali apa yang Israil mengharamkan dirinya sebelum Taurat diturunkan. Katakanlah, "Datangkanlah Taurat itu, dan bacalah ia, jika kamu orang yang benar."
3:94. Sesiapa yang mengada-adakan dusta terhadap Allah setelah itu, mereka itulah orang-orang yang zalim.
Al Quran mengajar kita, apabila kita nak menetapkan sesuatu hukum, bawalah Kitab Allah sebagai bukti kebenaran.
Namun ada golongan pendusta tidak mampu bawakan ayat2 Allah sebagai bukti melainkan mereka guna kitab riwayat atas nama seseorang Nabi.
Dalam ayat 3:93 di atas, apakah Allah ajar Nabi suruh bani Israil bawakan Kitab Taurat atau kitab talmud (riwayat ucapan Nabi)?
3:94. Sesiapa yang mengada-adakan dusta terhadap Allah setelah itu, mereka itulah orang-orang yang zalim.
Al Quran mengajar kita, apabila kita nak menetapkan sesuatu hukum, bawalah Kitab Allah sebagai bukti kebenaran.
Namun ada golongan pendusta tidak mampu bawakan ayat2 Allah sebagai bukti melainkan mereka guna kitab riwayat atas nama seseorang Nabi.
Dalam ayat 3:93 di atas, apakah Allah ajar Nabi suruh bani Israil bawakan Kitab Taurat atau kitab talmud (riwayat ucapan Nabi)?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Al quran bukan sahaja memerintahkan solat pada umat Nabi Muhammad, sebagai mana ibadat haji dan puasa, solat juga diperintahkan kepada umat Nabi Ibrahim. Jangan berkata sesuatu yang kita tidak tahu.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Kita tidak harus menyamakan Allah dengan makhluk-makhluk lain atau patung-patung atau binaan-binaan yang orang-orang yang tidak percaya kepadaNya untuk dijadikan sembahan. Allah tidak perlu manusia tunggang-tunggek untuk menyembahNya. Jika demikian, samalah seperti sembahan orang-orang musyrik yang lain.
Bagaimana cara menyembah Allah? Adakah seperti membuat gerakan ritual kepadaNya? Tidak. Allah suruh kita;
1. Makan apa yang dia merezekikan kepada kita yang halal dan baik serta berterima kasih atas rahmatNya.
16:114. Maka makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal, yang baik; dan berterimakasihlah atas rahmat Allah, jika Dia kamu sembah.
2. Tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.
24:55. Allah berjanji kepada orang-orang antara kamu yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, bahawa Dia akan sesungguhnya menjadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, sebagaimana Dia menjadikan orang-orang yang sebelum mereka pengganti-pengganti, dan sungguh, Dia akan meneguhkan agama mereka bagi mereka yang Dia merelai untuk mereka, dan Dia akan menukarkan untuk mereka, sesudah ketakutan mereka, dengan keamanan. "Mereka akan menyembah-Ku dengan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu." Sesiapa yang tidak percaya sesudah itu, maka mereka itu, merekalah orang-orang fasiq.
3. Menuluskan agama untukNya.
39:2. Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar; maka sembahlah Allah, dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya.
39:11. Katakanlah, "Aku diperintah supaya menyembah Allah, dengan menuluskan agamaku untuk-Nya,
39:14. Katakanlah, "Allah aku sembah, dengan menuluskan agamaku untuk-Nya.
98:5. Mereka diperintah hanya untuk menyembah Allah, dengan menuluskan agama untuk-Nya, orang-orang yang lurus, dan untuk melakukan solat, dan memberikan zakat - itulah agama yang betul.
4. Bermohon kepadaNya
40:60. Pemelihara kamu berkata, "Mohonlah kepada-Ku, dan Aku akan menyahuti kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah Aku akan masuk Jahanam dalam keadaan hina."
5. Sujud atau patuh kepadaNya
41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.
Inilah cara kita menyembah Allah yang amat jauh berbeza dengan amalan tunggang-tunggek seperti orang-orang yang menyembah patung dan binaan2 manusia itu.

Kalau ada yang membawa bukti Nabi tidak mendirikan sembahyang begitu dan apakah tafsiran Nabi tentang perintah solat itu maka kita juga percaya. Kita bukan tolak tanpa berfikir. Bawakan bukti dari fakta sejarahnya dan contohnya satu imam atau seorang ulama yang mahsyur yang mengamalkan nya. Bukan dalam bentuk penafian sahaja. Untuk menerima pendapat yang baik nak tahu juga yang beri pendapat tu. Ini perkara agama, kalau gagal dalam perkara lain, kita tak kisah sangat, tetapi gagal dalam agama sangatlah rugi bagi orang yang beriman dengan hari akhirat. Adakah kita mendakwa kita lebih faham agama dari orang lain sedangkan kita tahu tahap ilmu kita sendiri. Inilah yang merbahaya kerana ' ana khairun minhu' (saya lebih baik dari dia) adalah sifat iblis, sifat yang menjadikan iblis kafir. Dengan sifat ini juga iblis menyesatkan ramai orang. Sebab ulama besar yang masyur juga tidak menafsirkan Al quran dengan fikiran sendiri sebaliknya bersandarkan penerangan Nabi dan asbabun Nuzul (sebab turunnya ayat). Agama Islam dan al quran telah turun 14 kurun lalu dan telah sempurna. Dan agama yang sempurna inilah yang seharusnya diturunkan hingga hari kiamat. Silapnya ada yang baru jumpa al quran zaman sekarang dan membuat tafsiran sendiri dan membuat agama baru dengan tafsirannya. Dia lupa agama sudah sempurna di zaman nabi dan umat terbaik adalah pada zaman nabi. Kita tahu tak maksud sempurna tu? Ia telah lengkap 14 tahun lalu. Sepatutnya kembali semula ke zaman itu utk rujukan. Pihak orientalis pun mentafsir al quran untuk menyesatkan orang islam. Menafsirkan tanpa sumber dari nabi bukan boleh diterima secara membuta tuli. Al quran sendiri menyatakan kitab ini menjadi pedoman kepada mereka yang bertakwa, mendirikan solat, percaya pada yang ghaib dan yakin pada hari akhirat. Sebab itu kita tidak hairan orang yang tidak bersolat tapi cuba memahami Al quran, dia tidak akan nampak kebenaran agama terutama mereka yang cenderung kearah kesesatan. Sila rujuk Al Imran ayat 7
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Zulia wrote:Kalau ada yang membawa bukti Nabi tidak mendirikan sembahyang begitu dan apakah tafsiran Nabi tentang perintah solat itu maka kita juga percaya. Kita bukan tolak tanpa berfikir. Bawakan bukti dari fakta sejarahnya dan contohnya satu imam atau seorang ulama yang mahsyur yang mengamalkan nya. Bukan dalam bentuk penafian sahaja. Untuk menerima pendapat yang baik nak tahu juga yang beri pendapat tu.
Ayat-ayat al-quran disampaikan melalui nabi. Baginda patuh kepada perintah Allah dan tidak sesekali mereka-reka sesuatu ucapan. Jadi, apakah ayat-ayat al-quran itu tidak cukup untuk dijadikan sebagai bukti?
Kita perlu ingat bahawa al-quran itu disampaikan kepada manusia bukan hak eksklusif imam-imam atau ulama-ulama sahaja. Bukan pendapat dari siapa harus kita terima tapi pendapat yang paling baik dari sesiapa jua asalkan pendapat itu tidak bertentangan dengan al-quran. Itu yang penting sesuai dengan terjemahan ayat al-quran di bawah ini.
"Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda." (Az-Zumar (39): Ayat 18).

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3288
Registration date: 2008-04-07
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Saya sudah menerangkan sebelum ini, iaitu tidak logik Nabi menyampaikan ayat al quran tanpa menjelaskan ertinya. Sebab saya berpegang pada Al Kitab dan Rasul. Kalau Nabi tidak menerangkan, maksudnya Nabi mengajar membaca Al quran seperti mengajar kanak-kanak mengaji. Inikah yang kita terima? Persoalan saya ini sudah cukup menjawab semua fahaman yang tidak bersumber itu termasuk semua yang menentang hadis sekiranya mereka menggunakan otak mereka yang bijak kecuali mereka mempunyai niat untuk menentang agama Allah.
Pendapat yang baik? Tanpa mengetahui sumber dan niat seseorang? Kalau satu orang asing nak menipu kanak-kanak adakah dia berkata sesesutu yang buruk? Mestilah dia kata yang baik. Tapi akal kanak-kanak tak berupaya menilai niat di sebalik kata-kata manis tu. Sebab itu sumber dan rujukan itu penting. Kalau ilmu agama kita pada tahap ilmu kanak-kanak memang mudahlah kita tertipu. Sebab itu sentiasa bersama jemaah kerana sebarang kemusykilan dan ada pendapat baru boleh di bincangkan sesama jemaah dan dari situ kita dapati yang mana yang baik. Bukan duduk seorang diri, tidak bercampur masyarakat, mudahlah kena tipu. Inikan lebih logik dan rasional bang.
Pendapat yang baik? Tanpa mengetahui sumber dan niat seseorang? Kalau satu orang asing nak menipu kanak-kanak adakah dia berkata sesesutu yang buruk? Mestilah dia kata yang baik. Tapi akal kanak-kanak tak berupaya menilai niat di sebalik kata-kata manis tu. Sebab itu sumber dan rujukan itu penting. Kalau ilmu agama kita pada tahap ilmu kanak-kanak memang mudahlah kita tertipu. Sebab itu sentiasa bersama jemaah kerana sebarang kemusykilan dan ada pendapat baru boleh di bincangkan sesama jemaah dan dari situ kita dapati yang mana yang baik. Bukan duduk seorang diri, tidak bercampur masyarakat, mudahlah kena tipu. Inikan lebih logik dan rasional bang.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23
Re: ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Zulia wrote: Saya sudah menerangkan sebelum ini, iaitu tidak logik Nabi menyampaikan ayat al quran tanpa menjelaskan ertinya. Sebab saya berpegang pada Al Kitab dan Rasul. Kalau Nabi tidak menerangkan, maksudnya Nabi mengajar membaca Al quran seperti mengajar kanak-kanak mengaji. Inikah yang kita terima? Persoalan saya ini sudah cukup menjawab semua fahaman yang tidak bersumber itu termasuk semua yang menentang hadis sekiranya mereka menggunakan otak mereka yang bijak kecuali mereka mempunyai niat untuk menentang agama Allah.
Memang nabi menjelaskan tapi bukan mereka-reka atau menambah-nambah ucapan. Setiap penjelasan nabi tidak akan bertentangan dengan ayat al-quran. Contohnya, tiada perintah Allah dalam al-quran suruh berkhatan, tapi tiba-tiba ada riwayat hadis suruh berkhatan. Adakah ini bermakna nabi menjelaskan ayat al-quran itu atau mereka-reka ucapan? Jelas sekali ada orang yang cuba berdusta atas nama Allah dan nabi kononnya Allah dan nabi ada berkata begitu. Tidakkah kita terfikir bahawa di sekeliling nabi itu terdapat orang munafik?
Zulia wrote:Pendapat yang baik? Tanpa mengetahui sumber dan niat seseorang? Kalau satu orang asing nak menipu kanak-kanak adakah dia berkata sesesutu yang buruk? Mestilah dia kata yang baik. Tapi akal kanak-kanak tak berupaya menilai niat di sebalik kata-kata manis tu. Sebab itu sumber dan rujukan itu penting. Kalau ilmu agama kita pada tahap ilmu kanak-kanak memang mudahlah kita tertipu. Sebab itu sentiasa bersama jemaah kerana sebarang kemusykilan dan ada pendapat baru boleh di bincangkan sesama jemaah dan dari situ kita dapati yang mana yang baik. Bukan duduk seorang diri, tidak bercampur masyarakat, mudahlah kena tipu. Inikan lebih logik dan rasional bang.
Sebab itu Allah katakan dengar semua pendapat dan ikut yang terbaik. Nak dengar pendapat bukan setakat pergi bersemuka dengan sekumpulan orang dan berbincang tapi melalui forum ini pun dikira jemaah sebab kita boleh bertukar-tukar pendapat dengan bebas.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3288
Registration date: 2008-04-07
Page 9 of 11 •
1, 2, 3 ... 8, 9, 10, 11 
Similar topics» Artikel Dinamika Gerak
» Peranan swasta ditentukan dalam NKEA
» MENGGUNAKAN AIR DI DALAM BALDI UNTU MANDI
» ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
» E-BOOKS Pati Rahsia, Tajul Muluk dan Bintang 12
» Peranan swasta ditentukan dalam NKEA
» MENGGUNAKAN AIR DI DALAM BALDI UNTU MANDI
» ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
» E-BOOKS Pati Rahsia, Tajul Muluk dan Bintang 12
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 9 of 11
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum