Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 
Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri

Post by Adli on Tue Jun 17, 2008 9:18 am

Sahabat sekalian...

Jom kita bincangkan bersama, sama-sama bermuzakarah berkenaan dengan masyarakat kita sekarang...keadaan remaja kita, keadaan anak-anak kita peneraju generasi akan datang. Kita kaitkan dengan hati, nafsu dan akal bersama-sama dengan Kalamullah.

Apa peranan kita sebagai individu, dan sebagai masyarakat itu sendiri... `

Pendapat yang berbeza daripada kita semua akan melahirkan satu konklusi yang membawa kepada impak maksima...

Dan seterusnya konklusi itu kita bawa ke dalam diri kita...jadi amalan hidup kita. Insya Allah.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri

Post by Adli on Thu Jun 19, 2008 10:16 am

mari sama-sama kita perbaiki masyarakat dan ummah bersama-sama. bermula dengan diri kita sendiri....

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri

Post by samson on Thu Jun 19, 2008 5:16 pm

memang semua maklum akan hal begini,kira semua manusia menginginkan kebahagiaan,hidup aman tenteram tanpa krisis dsb...,tetapi ia tetap berlaku

kalau kita peratikan, masing2 akan kemukakan resolusi utk orang lain laksanakn,ertinya kita mengharap agar orang buat baik utk kita ,orang berkasih sayang sama kita,

macamlah ada pakar motivasi pagi yg selalu bagi nasihat,tapi dia ngan jiran nya bergaduh sampai saman di mahkamah?,ertinya sebagai contoh buat kita dulu sejauh mana kita mampu utk tolak ansur ngan orang lain dan itulah kita,berapa ramai antara kita boleh nilai orang lain tapi mampukah nilai diri kita sendiri?

samson
Pensyarah

Number of posts: 627
Age: 39
Location: perth
State:
Reputation: 0
Credits: 1487
Registration date: 2008-05-18

http://www.tagged.com/fikri9

Back to top Go down

Re: Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri

Post by Kalam on Thu Jun 19, 2008 5:17 pm

Nak start dari diri kita nie..mesti start azam nie..kuat diri dulu baru boleh tarbiah orang lain.

Kekadang kerja mentarbiah ini banyak dugaan dan halangan pada diri.Silap langkah kita sendiri yang rosak.Mat salleh cakap "no power you can die".Sebab itu dalam sistem perancangan keluarga kita perlu start mendidik dari dalam rumah kita sendiri dulu.Kalam terfikir juga,adakah semua pakar motivasi yang cemerlang dapat melahirkan masyarakat yang terbilang ??Adakah cara motivasi yang sampaikan boleh mengubah diri seseorang ?? dan terfikir juga dalam kepala otak ini ..yang pakar motivasi tu dok cakap korang,dia dan keluarga dia betul ke ?? ( jangan marah lak nyer)

Begitu hebat sekali dugaan bagi seseorang yang kerjanya mentarbiah seseorang.Pengalaman Kalam dalam menyelesaikan kes hubungan rumah tangga yang hampir porak peranda menjadi satu keyakinan baru untuk diri ini menjalani kehidupan berkeluarga..Kekadang apa yang berlaku dipersekitaran kita sebenarnya memberi peringatan untuk kita.Disamping kita saling mengingati antara satu sama lain ,kita juga boleh mengambil panduan untuk diri kita sendiri.Teguran yang membina serta keyakinan diri untuk mengubah seseorang pasti berjaya.Ingatlah wahai temanku sekelian,,runtuhnya akhlak remaja sekarang kerana keluarga lah..Binalah kelaurga yang bahagia..Jika semua mengambil peranan dan tugas masing-masing pasti masalah keruntuhan akhlak ini tidak timbul...

Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts: 2631
Age: 31
Location: Brunei
State:
Reputation: 0
Credits: 1488
Registration date: 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

Re: Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri

Post by Guest on Thu Jun 19, 2008 5:38 pm

Kalam wrote:Nak start dari diri kita nie..mesti start azam nie..kuat diri dulu baru boleh tarbiah orang lain.

pandai jugok boss lam nieeee Laughing

Guest
Guest

Back to top Go down

Re: Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri

Post by Kalam on Thu Jun 19, 2008 5:40 pm

so sorry cara baik kena layan baik..mung kena berubah la...okies.. start hari nie...bermula dengan tarbiah mat dulu..

Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts: 2631
Age: 31
Location: Brunei
State:
Reputation: 0
Credits: 1488
Registration date: 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

Re: Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri

Post by Guest on Thu Jun 19, 2008 5:44 pm

Kalam wrote:so sorry cara baik kena layan baik..mung kena berubah la...okies.. start hari nie...bermula dengan tarbiah mat dulu..

bor lam nak start dohh... scratch

Guest
Guest

Back to top Go down

Re: Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri

Post by Kalam on Thu Jun 19, 2008 5:55 pm

Adli wrote:mari sama-sama kita perbaiki masyarakat dan ummah bersama-sama. bermula dengan diri kita sendiri....

mat !!!! ko baca nie.. laughing

Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts: 2631
Age: 31
Location: Brunei
State:
Reputation: 0
Credits: 1488
Registration date: 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

Re: Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri

Post by Ziarahmenilai on Thu Jun 19, 2008 6:56 pm

Salam.

Tiga perkara asas berikut kita kena operasikan:
1.

Rasulullah s.a.w.:
" Didiklah anak kamu bersolat bila mereka berumur tujuh tahun dan rotanlah mereka jika tidak bersolat bila sudah berumur 10 tahun." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dll, sanadnya Hasan seperti dalam Misykatul Mosabih).

2.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Demi Allah yang diriku berada di tangan (dalam Kuasaan-NYA) hendaklah kamu menyuruh yang makruf dan melarang kemungkaran; jika tiada Allah akan menimpa ke atas kamu siksa-Nya, kemudian kamu berdoa kepada-Nya tetapi doa kamu tidak akan diperkenankan.” [Hadis Riwayat Abu Daud.]

3.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Seberat-berat agama ialah memelihara amanah, sesungguhnya tidak beragama seseorang yang tidak menjaga amanah, bahkan tidak diterima sholat dan zakatnya.” [Hadis Riwayat Al-Bazar].

Opersional di peringkat:
1. Keluarga sendiri dan kaum kerabat
2. Jiran tetangga
3. Rakan Sekerja (termasuk di E-Minda ini)
4. Masyarakat setempat.
.

Ziarahmenilai
Siswa-Siswi

Number of posts: 57
Reputation: 0
Credits: 1472
Registration date: 2008-05-28

Back to top Go down

Re: Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri

Post by Adli on Fri Jun 20, 2008 9:44 am

Ziarahmenilai wrote:Salam.
[size=12]

Tiga perkara asas berikut kita kena operasikan:
1.
[color=#000000]Rasulullah s.a.w.:
" Didiklah anak kamu bersolat bila mereka berumur tujuh tahun dan rotanlah mereka jika tidak bersolat bila sudah berumur 10 tahun." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dll, sanadnya Hasan seperti dalam Misykatul Mosabih).

.

Memang amat mudah untuk kita memberi motivasi dan nasihat kepada orang lain. Bercakap...memang seronok. Kekadang sampai ke tahap cakap tak serupa bikin. Kekadang masa terlalu seronok bercakap ni, kita main cakap jer. Kita memberi nasihat itu dan ini kepada orang lain, sedangkan kalau ditilik dan dibelek dalam diri sendiri, diri sendiri tak amalkan pun.

kalau kita perhatikan cara dakwah Rasulullah, sebelum baginda perbetulkan umatnya, dia perlihatkan akhlak yang indah dan mulia bermula darinya. kalau baginda menyeru supaya umatnya aperbaiki akhlak, umatnya dah tak boleh menuding jari dan mengatakan...macam ketam, perbetulkan orang, tapi diri sendiri berjalan senget. Jika situasi ini yang berlaku, mana mungkin dakwah baginda mampu berkembang seantero dunia.

Begitu juga dengan kita. Kita sibuk nak ikut sunnah Rsulullah. Sunnah yang besar sekali, yang nampaknya poligami la (uis, sensitif ni. contoh jer, jangan marah yer... Smile )

Ramai yang nak ikut sunnah yang ini. tapi sunnah yang asas kita ketepikan. Sepatutnya sebelum mengambil sunnah yang besar, kita titik beratkan sunnah yang asas dahulu. Bila basic dah kuat, barulah sunnah yang besar boleh kita laksanakan...

macam peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak, kalau ibu bapa pun tunjuk akhlak yang tidak elok, kenapa mengharapkan anak-anak jadi anak soleh? Sedangkan, apa yang dipertontonkan itu lah yang diikuti. Anak-anak adalah ibarat kanvas putih yang bersih. Tanpa calaran kotoran. Kita la nak kaler kanvaas tu dengan kaler apa...nak bagi nampak comot atau cantik...terserah pada kita sendiri. Allah dah bagi dua jalan. Dia bekalkan dengan akal dan nafsu. Pilihlah mana yang terbaik.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri

Post by Adli on Fri Jun 20, 2008 10:04 am

Kalam wrote:Nak start dari diri kita nie..mesti start azam nie..kuat diri dulu baru boleh tarbiah orang lain.

Kekadang kerja mentarbiah ini banyak dugaan dan halangan pada diri.Silap langkah kita sendiri yang rosak.Mat salleh cakap "no power you can die".Sebab itu dalam sistem perancangan keluarga kita perlu start mendidik dari dalam rumah kita sendiri dulu.Kalam terfikir juga,adakah semua pakar motivasi yang cemerlang dapat melahirkan masyarakat yang terbilang ??Adakah cara motivasi yang sampaikan boleh mengubah diri seseorang ?? dan terfikir juga dalam kepala otak ini ..yang pakar motivasi tu dok cakap korang,dia dan keluarga dia betul ke ?? ( jangan marah lak nyer)

Begitu hebat sekali dugaan bagi seseorang yang kerjanya mentarbiah seseorang.Pengalaman Kalam dalam menyelesaikan kes hubungan rumah tangga yang hampir porak peranda menjadi satu keyakinan baru untuk diri ini menjalani kehidupan berkeluarga..Kekadang apa yang berlaku dipersekitaran kita sebenarnya memberi peringatan untuk kita.Disamping kita saling mengingati antara satu sama lain ,kita juga boleh mengambil panduan untuk diri kita sendiri.Teguran yang membina serta keyakinan diri untuk mengubah seseorang pasti berjaya.Ingatlah wahai temanku sekelian,,runtuhnya akhlak remaja sekarang kerana keluarga lah..Binalah kelaurga yang bahagia..Jika semua mengambil peranan dan tugas masing-masing pasti masalah keruntuhan akhlak ini tidak timbul...

Setakat ni pakat motivasi yang paling berjaya tak lain tak bukan ialah Rasulullah kita.

Baginda bermula dengan diri sendiri, isteri, keluarga, sahabat terdekat. Bila dah mendapat kekuatan dan keyakinan, baginda mula keluar kepada masyarakat setempat.

Dalam cakap serupa bikin yang baginda amalkan itu, tak sah kalau perjuangan ke jalan Allah ini tiada tentangan. Tiada sunnah yang sebegitu...

Setiap perjuangan ke jalan Allah pasti ada tentangan...dicerca, dihina, dicaci...perkara biasa. Asam garam perjuangan fi sabilillah.

Lebih-lebih lagi bila berdepan dengan mereka yang lebih berusia dari kita. Mula lah dikatakan nak mengajar orang tua, ilmu tak seberapa. Sikap susah menerima pembaharuan (close minded) inilah yang menyempitkan perjuangan. Akal menerima tapi diri menolak kerana rasa ego dan rasa besar diri.

Sedangkan Rasululah sendiri mengamalkan sistem muzakarah. Berbincang. Semua pendapat dikutip dan diambil kira. Tak kira usia dan darjat. Malah Saidina Ali sendiri menjadi sahabat baginda dan seterusnya menjadi menantu baginda.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri

Post by Adli on Fri Jun 20, 2008 10:06 am

samson wrote:
macamlah ada pakar motivasi pagi yg selalu bagi nasihat,tapi dia ngan jiran nya bergaduh sampai saman di mahkamah?,ertinya sebagai contoh buat kita dulu sejauh mana kita mampu utk tolak ansur ngan orang lain dan itulah kita,berapa ramai antara kita boleh nilai orang lain tapi mampukah nilai diri kita sendiri?

Inilah situasi yang dikatakan kita perlukan orang lain atau objek lain untuk menegur bahawa kat mata kita yang kita dok asyik cari salah orang tu, kat mata kita sendiri ada taik mata...tapi kita tak sedar...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri

Post by Kalam on Fri Jun 20, 2008 2:54 pm

Adli wrote:

Sikap manusia yang selalu diamalkan selalu tanpa disedari..

Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts: 2631
Age: 31
Location: Brunei
State:
Reputation: 0
Credits: 1488
Registration date: 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

Re: Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri

Post by Guest on Fri Jun 20, 2008 9:56 pm

Kalam wrote:

impatient

Guest
Guest

Back to top Go down

Re: Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri

Post by Adli on Sat Jun 21, 2008 6:34 am

mamatkepok wrote:

Ha...Kalam,
Mamat dah ketuk-ketuk meja dah tu... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri

Post by Adli on Sat Jun 21, 2008 7:18 am

Di sinilah kita nampak nilai muzakarah lebih tinggi dari nilai ceramah. Sekarang ni ramai yang anggap nak sebarkan Islam, kena guna platform ceramah, tapi bila kita renungi kesannya, umat Islam jadi berpecah-belah. Yang si penceramah kadang-kadang tidak sedar dia sudah cakap tak serupa bikin, sedangkan dalam Al Quran sendiri ada mengingatkan pada perangai buruk ini.

Jika kita bandingkan cara berdakwah Rasulullah ketika di Mekkah dan di Madinah, kita nampak dua kesan yang berbeza. Ketika di Mekkah, dakwah baginda lebih kepada konsep berceramah dengan mengajak orang mendengar seruan-seruannya. Namun kesannya, masyarakat Arab ketika itu ramai yang marah sehingga baginda terpaksa berhijrah ke Madinah.

Belajar dari pengalaman tersebut, baginda mengubah method dakwah kepada konsep muzakarah. Di Madinah, baginda membina masjid sebagai pusat bermuzakarah (bukannya setakat solat berjemaah, habis salam terus balik). Dengan bermuzakarah, kita boleh belajar berlapang dada menerima pendapat orang lain, dan memberi semangat dan keyakinan diri kepada orang lain untuk memberikan pandangan masing-masing. Jadi setiap yang menyertai muzakarah ini sentiasa berfikir terhadap sesuatu isu yang dibincangkan dan berusaha memberikan pendapat yang lebih baik, bukannya setakat dengar dan menurut membuta-tuli sahaja.

Dengan bermuzakarah, akan membentuk perasaan muhibah dan berkasih-sayang. Tiada rasa berbangga diri dia lebih baik dari orang lain, tetapi saling bertolak ansur dengan pendapat masing-masing, kerana perbezaan pendapat orang-orang beriman adalah antara benar dan lebih benar sahaja. Allah akan bersama dengan kelompok manusia yang bersatu-padu atas rasa kasih sayang, sedangkan syaitan bersama-sama dengan golongan yang mengajak kepada perpecahan. Sebab itu umat Islam sekarang jadi lemah, sebab syaitan yang banyak bersama dengan kita, walaupun kita berzikir lisan sebut nama Allah sehingga jadi takut perkataan "Allah" diguna pakai oleh Bible terjemahan Melayu. Kalau kita bersatu-padu, kenapa harus takut dengan bayang-bayang?

Daripada idea-idea yang dilontarkan, Rasulullah pilih yang terbaik dan disummarizekan untuk dijadikan pedoman bersama. Itu yang dikatakan permuafakatan membawa berkat.

Mulai sekarang, ajaklah bermuzakarah bermula dari keluarga (bagi yang dah berkahwin) seterusnya para sahabat terdekat. Si suami boleh belajar membuang sifat ego terhadap isteri. Si isteri boleh belajar jadi bijak dan berani memberi pendapat, bukannya taksub membuta-tuli dengan kata-kata suami. Isteri yang bijak akan melahirkan generasi Islam yang bijak, bukan lagi yang berotak lembab macam sekarang ni.

Manusia ini walaupun dia anggap dia benar, tetapi bila terselit perasaan ego dan berbangga diri, tetaplah akan jadi tak benar. Sebab itu para Rasul terdahulu belajar membuang keegoan masing-masing. Berpoligaminya mereka bukannya untuk melepaskan keinginan syahwat semata-mata, tetapi untuk belajar semakin merendah diri kerana ego orang lelaki ini tinggi terhadap perempuan. Dan kerana itu dakwah Rasul yang dikurniakan ramai isteri lebih berjaya berbanding yang hanya ada satu isteri atau yang tidak beristeri (Nabi Isa contohnya).

Mungkin kita boleh belajar secara simulasi dalam forum-forum sebegini dengan tugas moderator adalah untuk mengkonklusikan sesuatu perbincangan yang dibuka agar tidak panjang meleret-leret tanpa penghujungnya unless jika masih tidak menemui idea-idea yang mantap. Barulah perbincangan kita nampak smart dan bermakna.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri

Post by Kalam on Sat Jun 21, 2008 11:48 am

Adli wrote:
mamatkepok wrote:
Kalam wrote:
Adli wrote:
samson wrote:
macamlah ada pakar motivasi pagi yg selalu bagi nasihat,tapi dia ngan jiran nya bergaduh sampai saman di mahkamah?,ertinya sebagai contoh buat kita dulu sejauh mana kita mampu utk tolak ansur ngan orang lain dan itulah kita,berapa ramai antara kita boleh nilai orang lain tapi mampukah nilai diri kita sendiri?

Inilah situasi yang dikatakan kita perlukan orang lain atau objek lain untuk menegur bahawa kat mata kita yang kita dok asyik cari salah orang tu, kat mata kita sendiri ada taik mata...tapi kita tak sedar...

Sikap manusia yang selalu diamalkan selalu tanpa disedari..

impatient

Ha...Kalam,
Mamat dah ketuk-ketuk meja dah tu... Smile

nantikan hujah2 terbaru la tu... laughing

Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts: 2631
Age: 31
Location: Brunei
State:
Reputation: 0
Credits: 1488
Registration date: 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

Re: Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri

Post by samson on Sat Jun 21, 2008 10:36 pm

Sebagaimana kita maklum Rasullullah sebagai contoh teladan yg baik untuk manusia, jikalau kita nak bandingkan manusia yang ada pada waktu ini dengan peribadi para sahabat Rasullulah SAW pun memang tiada.

Seolah olah kita rasakan suatu yg mustahil untuk dapatkan, dan ada pula yg lemah jiwa mengatakan kita ni akhir zaman dah zaman manusia rosak jadi tak mampu lah nak buat,seolah olah cerita sahabat rasullullah yg dibawa utk kita itu sebagaia satu pekara kita takkan dapat buat.

Sepertimana kita maklum kita inginkan suatu masyrakat atau paling tidak keluarga yg harmoni,dalam mendapatkan nya itu tidak akan datang tiba2 atau sekelip mata.Kerana jikalau sesorang itu Allah mahu kebaikan akan diberi kefahaman agamanya(maksud firman Allah) dan Allah juga mengurniakan Hidayah (petunjuk) Sebab itu hidayah itu amat mahal dan kadangkala boleh diambil semula.kita boleh lihat bagaiamna sesorang dalam hidup penuh kebaikan tapi akhir dengan maksiat dana ada orang penuh kejahata diakhiri dengan kebaikan, kenapa ianya berlaku?

samson
Pensyarah

Number of posts: 627
Age: 39
Location: perth
State:
Reputation: 0
Credits: 1487
Registration date: 2008-05-18

http://www.tagged.com/fikri9

Back to top Go down

Re: Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri

Post by Adli on Sun Jun 22, 2008 7:01 am

Benar apa yang samson katakan tu. Semua ini tidak datang dengan sekelip mata. Macam masa kita belajarlah, hendak lulus SPM pun makan berapa tahun? Apa lagi hendak lulus ujian Allah di atas dunia yang akan dibalasi syurga yang tidak ternilai nikmatnya.

Namun segala ketidakmustahilan untuk mencontohi akhlak Rasulullah di zaman materialistik ini jangan dijadikan alasan untuk malas memperbaiki diri sendiri, sehingga hanya tahu menyalahkan orang lain atau mengharapkan orang lain dulu yang memperbetulkan keadaan. Bila kita berkesedaran untuk berubah, mulakanlah dari diri kita sendiri dahulu.

Sebenarnya, setiap Rasul dahulu pun mendapat kesukaran untuk mengubah diri pada zaman mereka, yang masyarakat mereka pun beranggapan untuk berubah itu suatu yang mustahil. Namun keazaman untuk berubah itulah yang menentukan sejauh mana dakwah para rasul terdahulu tersebar luas.

Ambil contoh Nabi Muhammad mula memperbaiki diri. Sebelum mendapat hidayah, baginda sering memikirkan nasib bangsanya yang hidup berpuak-puak dan berpecah-belah. Kemudian wujudnya budaya bergantung harap atas nama ulama terdahulu sehingga diwujudkan berhala atas nama orang soleh tersebut.

Jika kita perhatikan secara halus, budaya ini sudah pun meresap dalam umat Islam sekarang di mana orang beragama dengan menggunakan atas nama imam-imam terdahulu. Walaupun belum sampai tahap membina patung berhala, tetapi bila bergantung atas nama orang terdahulu tanpa berfikir secara rasional, secara tidak langsung orang itu telah mensyirikkan Allah. Orang itu tidak yakin pada dirinya sendiri dalam beragama, sekadar menurut sahaja. Maka wujudlah golongan Islam yang lemah.

Manusia akan jadi kuat bila ia bergantung kepada keupayaan diri sendiri. Bergantung kepada diri sendiri dengan merasai dirinya milik Allah itulah pergantungan sebenar kepada Allah. Kerana itu Rasulullah pergi memencilkan diri dahulu untuk memulakan perubahan diri supaya rasa yakin pada diri sendiri. Bila kita bergantung kepada diri sendiri, kita akan beransur-ansur yakin untuk menemui mati, kerana kita sudah biasakan diri berseorangan.

Apa agaknya yang Rasulullah buat ketika memencilkan diri? Jika kita pernah bersendirian, waktu bersunyi-sunyian itulah masa yang sesuai untuk berfikir. Fikirkanlah erti hidup kita yang sebenarnya. Fikirkan nasib bangsa kita yang semakin lemah di negara sendiri. Fikirkan nasib Islam yang dipandang hina akibat kehinaan akhlak kita yang sekadar beragama secara menurut, bukannya menggunakan otak. Fikirkan nasib masa depan generasi Islam jika kelemahan umat ini tidak diubah mulai sekarang.

Setelah kita merasai kita bersalah dalam kelemahan ini sebab kita sebahagian dari umat, maka carilah jawapannya dalam diri kita sendiri. Bukannya sibuk salahkan orang itu tak buat hukum Islam, orang itu tak Islamik dan sebangainya. Perangai sebegitu hanya mewujudkan puak-puak yang ego, sedangkan ego itulah perangai iblis yang Allah benci.

Bila kita nampak jawapan dalam diri sendiri, umpamanya kita nampak perangai orang Melayu yang lemah dan suka mengharapkan subsidi ini kerana malas berfikir, maka kita tukarkanlah perangai malas itu kepada rajin berfikir bermula dari diri kita sendiri. Setelah kita rajin berfikir dan dengan berfikir itu kita rasai nikmat hidup yang lebih bererti, ajaklah isteri dan anak2 pula, kemudian para sahabat seterusnya masyarakat. Tunjukkan hasil perubahan diri itu dari akhlak yang mulia, bukannya sekadar berceramah mengutuk dan menghentam orang sahaja sehingga masyarakat berpecah-belah.

Belajarlah agama daripada yang asas dengan memikirkan kenapa Allah buat suruhan itu dan ini. Bila kita faham hikmah di sebalik sesuatu ajaran, kita akan melakukannya dengan ikhlas dan penuh bermakna. Manusia bila faham dan merasai nilai di sebalik sesuatu, dia akan melakukannya bersungguh-sungguh. Macam nilai duit itulah. Berapa ramai yang menghambakan diri dengan duit disebabkan dibesarkan dengan merasai nilai duit itu?

Tetapi nilai akhirat itu tidak diterjemahkan dalam kehidupan dunia sehingga generasi Islam tidak merasai nilai akhirat itu. Kita hanya diajar, buat ibadah nanti dapat pahala. Bagaimana rasa nilai pahala itu kita tidak tahu, maka ibadah tidak dirasai sesuatu yang bernilai. Sebenarnya nilai pahala itu sudah boleh dirasai di dunia dengan hati menjadi tenang, sabar, damai, bahagia dan berkasih-sayang. Itulah ganjaran kepada orang-orang yang membuat kebaikan.

Malang ada yang konon cakap memperjuangkan Islam, tetapi hati sentiasa panas, tahu menyalahkan orang, mencaci-maki dan hidup tertekan setiap kali harga minyak naik. Jadi benarkah ibadah kita selama ini bernilai di sisi Allah jika hidup di atas dunia dengan hati yang panas seumpama neraka?

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri

Post by Kalam on Mon Jun 23, 2008 4:12 pm

Apakah peranan anda sebagai belia dan beliawanis menanggani masalah ini..Adakah anda hanya mengeluh dan sebagai pemerhati sahaja.Apakah yang perlu anda sumbangkan..

Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts: 2631
Age: 31
Location: Brunei
State:
Reputation: 0
Credits: 1488
Registration date: 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum