Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Bertuhankan pembesar agama?

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by Zulia on Mon Apr 11, 2011 2:47 pm

Allah tidak mengatakan bahawa mereka yang boleh buat kapal terbang sebagai orang yang berjaya. Sebaliknya mereka yang berjaya ialah mereka yang beragama, iaitu agama Islam yang diredhai Nya. Allah melarang manusia menjadi sesat dari agama dan menjadi kafir. Kedudukan orang kafir adalah jelas dalam AlQuran dan tidak ada kebaikan orang kafir di sisi Allah. Sebab itu, Allah tak pandang orang itu boleh buat kapal terbang atau tidak, tetapi kalau dia tidak beriman atau kafir, maka rugilah orang itu disisi Allah. Hanya orang kafir yang menyembah dunia sahaja yang tidak dapat memahami maksud alQuran. Orang Islam akan patuh pada perintah solat, bagi mereka solat akan menyelamatkan dirinya dari azab Allah ia lebih besar dari persoalan dunia termasuk kapal terbang itu. Sempadan bagi Islam dan kafir adalah pada solat. Tidak guna harta dunia malah usia, kalau termasuk dalam golongan kafir. Kalau diberi pilihan antara dua, pandai buat kapal terbang atau kekal dalam Islam. Apakah pilihan kita? Mahu tinggalkan Islam kah?

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by Admin on Mon Apr 11, 2011 5:12 pm

Salam,

Penganut beragama islam yang tuduh orang kafir yang buat kapal terbang itu sebenarnya adalah orang yang perasan masuk syurga.

Mereka kata orang yang buat kapal terbang itu tidak berjaya. Tapi yang menghairankan kita, mereka juga naik kapal terbang yang dibuat oleh orang yang mereka anggap kafir itu.

Nabi Nuh yang ada bahtera besar itu pun bukannya beritual tunggu sebuah bahtera dari Allah tanpa adanya usaha dari mereka. Mereka juga buat bahtera dan dianggap berjaya. Kalau mereka beritual sahaja tanpa buat bahtera, sudah tentu mereka akan tenggelam dilanda banjir besar. Yang nyata, para nabi/ rasul bukannya melakukan ritual sembah Allah tapi mereka mengabdi kepada Allah.

Jadi, orang yang tunduk patuh kepada perintah Allah (termasuk guna akal buat kapal) adalah orang islam biar pun di mata penganut beragama islam mereka adalah kafir. Yang menentukan siapa kafir itu bukannya penganut beragama islam itu tapi Tuhan yang tentukan. Jadi, kita serah pada Tuhan. Jangan suka-suka kata orang itu kafir, sesat, murtad dsb.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by Zulia on Mon Apr 11, 2011 6:51 pm

Nabi Nuh dan pengikutnya adalah Islam dan membina bahtera itu atas perintah Allah. Berbeza dengan orang kafir kerana mereka menentang perintah Allah dan tidak mengaku Islam. Kalau orang itu sendiri tidak mengaku Islam dan tidak mahu tunduk pada Allah, mengapa kita mesti menyertai mereka? AQ mengatakan dengan jelas tempat orang Kafir dan fasik adalah Neraka, itu adalah ancaman Allah kepada mereka. AQ menagatakan Syurga adalah bagi mereka yang bertakwa. Syurga bukanlah khayalan kerana ia jelas dalam AQ. Mengapa kata ia adalah khayalan? Hanya orang yang tidak bertuhan sahaja yang tak percaya pada Syurga dan Neraka, sebab itu mereka tidak perlu bersolat. Mereka lupa bahawa mereka bernafas kerana izin Allah, mereka sihat kerana izin Allah, dan mereka hidup juga atas izin Allah. Mereka akan tersedar bila segala nikmat didunia ini berakhir satu persatu. Bila dunia tidak lagi mampu memberi manfaat pada dirinya, ketika itu baru nak cari tujuan hidup mereka. AQ sudah memberi peringatan, tetapi akal mereka yang tidak bersyukur ini akan menafikan.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by silatgayung on Tue Apr 12, 2011 2:15 am

Zulia wrote:Nabi Nuh dan pengikutnya adalah Islam dan membina bahtera itu atas perintah Allah. Berbeza dengan orang kafir kerana mereka menentang perintah Allah dan tidak mengaku Islam. Kalau orang itu sendiri tidak mengaku Islam dan tidak mahu tunduk pada Allah, mengapa kita mesti menyertai mereka? AQ mengatakan dengan jelas tempat orang Kafir dan fasik adalah Neraka, itu adalah ancaman Allah kepada mereka. AQ menagatakan Syurga adalah bagi mereka yang bertakwa. Syurga bukanlah khayalan kerana ia jelas dalam AQ. Mengapa kata ia adalah khayalan? Hanya orang yang tidak bertuhan sahaja yang tak percaya pada Syurga dan Neraka, sebab itu mereka tidak perlu bersolat. Mereka lupa bahawa mereka bernafas kerana izin Allah, mereka sihat kerana izin Allah, dan mereka hidup juga atas izin Allah. Mereka akan tersedar bila segala nikmat didunia ini berakhir satu persatu. Bila dunia tidak lagi mampu memberi manfaat pada dirinya, ketika itu baru nak cari tujuan hidup mereka. AQ sudah memberi peringatan, tetapi akal mereka yang tidak bersyukur ini akan menafikan.



good


smile 1 smile 1 smile 1

silatgayung
Tutor

Number of posts: 443
State:
Reputation: 0
Credits: 994
Registration date: 2010-12-09

Back to top Go down

Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by silatgayung on Tue Apr 12, 2011 2:18 am

Tingkah laku ahlulkitab zaman sekarang tiada beza dengan ahlulkitab dahulu kala, mereka suka bikin hukum kemudian dimasukkan ke dalam hukum Kitab Allah.

Mereka kata sebelum menulis shalat dahulu minimal 2 rekaat agar mendapat petunjuk, kemudian apa jaminannya kalau sudah mendapat petunjuk? apa bezanya dengan sebagian ahlulkitab zaman dahulu mereka kata membuat hukum disokong oleh Ruhul-Quddus, kemudian apa jaminannya kalau telah disokong oleh Ruhul-Quddus? Kita bisa pastikan bahawa hukum Al-Kitab telah rosak kerana ditambah-tambah dari hukum luar dari Al-Kitab. Saya kira tiada sulit melihat fakta mudah begini.



so.... manakah ayat Al-Quran lain yang menjelaskan perkataan "mereka" dalam 9:31 ini........

confused confused


angry 2

silatgayung
Tutor

Number of posts: 443
State:
Reputation: 0
Credits: 994
Registration date: 2010-12-09

Back to top Go down

Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by silatgayung on Tue Apr 12, 2011 2:22 am

Orang-orang Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah adalah orang yang GAGAL mengemukakan ayat-ayat Allah terhadap hukum-hukum yang mereka ada-adakan. Saya nampak Allah menyamakan nasib saudara seperti orang Yahudi dan Nasrani yang GAGAL mengemukakan ayat-ayat Allah terhadap kepercayaan tak masuk akal yang saudara amalkan selama ini.



sesungguhnya kita tau benar siapakah yang telah gagal membuktikan hujah akal mereka melalui dalil Al-Quran sahaja pun........


malah ada yang beranggapan hujah akal mereka lebih mantap dari dalil2 Al-Quran itu sendiri....


lol! lol! lol! lol!


yawn

silatgayung
Tutor

Number of posts: 443
State:
Reputation: 0
Credits: 994
Registration date: 2010-12-09

Back to top Go down

Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by Admin on Tue Apr 12, 2011 4:25 pm

Zulia wrote:Nabi Nuh dan pengikutnya adalah Islam dan membina bahtera itu atas perintah Allah. Berbeza dengan orang kafir kerana mereka menentang perintah Allah dan tidak mengaku Islam.


Orang yang buat kapal mungkin hanya kafir di mata puan dan belum tentu kafir di sisi Allah. Mereka banyak menyumbangkan jasa buat kapal utk kegunaan manusia termasuk membawa para penumpang beragama islam saban tahun utk beritual pada kiub batu di mekah.

Puan tak malu ke naik kapal terbang yang dibuat oleh orang-orang yang puan anggap kafir itu?

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by faried on Tue Apr 12, 2011 5:12 pm

Zulia wrote:Kalau orang itu sendiri tidak mengaku Islam dan tidak mahu tunduk pada Allah, mengapa kita mesti menyertai mereka?


Tunduk pada Allah adalah dengan mengikuti petunjukNya dalam Alquran,

bukan

mengikuti petunjuk Bukhari, Muslim dan yang lainnya.

Zulia wrote:Mereka akan tersedar bila segala nikmat didunia ini berakhir satu persatu. Bila dunia tidak lagi mampu memberi manfaat pada dirinya, ketika itu baru nak cari tujuan hidup mereka. AQ sudah memberi peringatan, tetapi akal mereka yang tidak bersyukur ini akan menafikan.


Agar mendatangkan manfaat,

maka

harus beramal saleh, berbuat karya dan kebajikan,

bukan

dengan beritual salat.

Orang yang selalu melakukan ritual salat (musallin) akan celaka jika tidak beramal saleh (AQ surah Al Maun).

faried
Pensyarah

Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1711
Registration date: 2010-04-21

Back to top Go down

Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by Juang on Tue Apr 12, 2011 10:03 pm

Zulia wrote:Allah tidak mengatakan bahawa mereka yang boleh buat kapal terbang sebagai orang yang berjaya. Sebaliknya mereka yang berjaya ialah mereka yang beragama, iaitu agama Islam yang diredhai Nya.

Salam,

Dalam kisah Nabi Nuh, Allah tunjukkan bagaimana orang yang pandai buat kapal laut berjaya berbanding para penyembah berhala di zaman itu yang gagal mengemukakan ayat-ayat Allah yang suruh manusia sembah berhala. Hari ini kita nampak ada manusia yang mencontohi sifat Nabi Nuh iaitu boleh buat kapal terbang dan ada manusia yang mencontohi penyembah berhala di zaman Nabi Nuh yang GAGAL mengemukakan ayat-ayat Allah menyuruh mereka beritual pada berhala itu. Jadi di antara 2 golongan itu, takkanlah yang senasib dengan penyembah berhala zaman Nabi Nuh itu dikatakan golongan berjaya? Bukankah lebih waras orang yang boleh buat kapal terbang itulah yang berjaya kerana mereka dapat contohi Nabi Nuh?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by Juang on Tue Apr 12, 2011 10:23 pm

Salam,

Zulia wrote:Nabi Nuh dan pengikutnya adalah Islam dan membina bahtera itu atas perintah Allah. Berbeza dengan orang kafir kerana mereka menentang perintah Allah dan tidak mengaku Islam.

Ya, orang kafir menentang perintah Allah. Di zaman Nabi Nuh, orang kafir menentang Allah dengan menyembah berhala. Hari ini mereka menentang Allah dengan menyembah kiub batu (juga sejenis berhala). Patutlah mereka tidak tahu mencipta kapal terbang seperti nasib penyembah berhala di zaman Nabi Nuh.

Itu belum lagi kita tengok persamaan mereka dengan penyembah berhala zaman Nabi Nuh yang sama-sama GAGAL mengemukakan ayat-ayat Allah memerintahkan manusia sembah berhala yang mereka ada-adakan itu.

Kalau orang itu sendiri tidak mengaku Islam dan tidak mahu tunduk pada Allah, mengapa kita mesti menyertai mereka?

Memang betul. Sebab itu saya tidak sertai mereka dalam amalan tunduk kepada batu (selain Allah). Saya nak tunduk kepada Allah semata-mata.

AQ mengatakan dengan jelas tempat orang Kafir dan fasik adalah Neraka, itu adalah ancaman Allah kepada mereka.

Memang betul. Bukan sahaja tempat mereka adalah neraka, malah mereka akan dijadikan bahan bakar bersama-sama batu sesuai dengan amalan mereka yang suka sembah batu itu.

AQ menagatakan Syurga adalah bagi mereka yang bertakwa. Syurga bukanlah khayalan kerana ia jelas dalam AQ. Mengapa kata ia adalah khayalan?

Memang betul. Sebab itulah orang yang berjaya mencipta bahtera seperti Nabi Nuh itulah yang realitinya berjaya daripada penyembah berhala di waktu itu. Jadi takkanlah kita nak kata penyembah berhala hari ini lebih berjaya daripada pencipta kapal terbang? Nanti sia-sia pedoman Nabi Nuh yang Allah bawakan kepada kita?

Hanya orang yang tidak bertuhan sahaja yang tak percaya pada Syurga dan Neraka, sebab itu mereka tidak perlu bersolat.

Tiada manusia yang tidak bertuhan, sebab realitinya Tuhan itu wujud dan manusia itu dijadikan kerana adanya Tuhan. Sesiapa mengatakan ada manusia tidak bertuhan, itu menunjukkan mereka sendiri tidak percaya adanya Tuhan.

Mereka lupa bahawa mereka bernafas kerana izin Allah, mereka sihat kerana izin Allah, dan mereka hidup juga atas izin Allah. Mereka akan tersedar bila segala nikmat didunia ini berakhir satu persatu. Bila dunia tidak lagi mampu memberi manfaat pada dirinya, ketika itu baru nak cari tujuan hidup mereka. AQ sudah memberi peringatan, tetapi akal mereka yang tidak bersyukur ini akan menafikan.

Benar. Yang izinkan mereka bernafas adalah Allah, bukannya pembesar agama. Bodohnya mereka pergi tolak ayat-ayat Allah kerana taksub pada pembesar agama. Siapa sebenar Tuhan mereka? Allah ke pembesar agama?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by Juang on Tue Apr 12, 2011 10:24 pm

Admin wrote:
Puan tak malu ke naik kapal terbang yang dibuat oleh orang-orang yang puan anggap kafir itu?

Salam Admin,

Orang-orang yang tak sedar diri dengan kelemahan yang Tuhan timpakan pada mereka mana nak rasa malu. Kalau malu, sudah lama mereka kembali berpegang pada ayat-ayat Allah berbanding ayat-ayat pembesar agama mereka.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by Juang on Tue Apr 12, 2011 10:26 pm

faried wrote:
Zulia wrote:Kalau orang itu sendiri tidak mengaku Islam dan tidak mahu tunduk pada Allah, mengapa kita mesti menyertai mereka?


Tunduk pada Allah adalah dengan mengikuti petunjukNya dalam Alquran,

bukan

mengikuti petunjuk Bukhari, Muslim dan yang lainnya.

Salam Faried,

Benar. Apatah lagi tunduk kepada kiub batu, sudah pasti itu bukannya tunduk kepada Allah. Takkanlah di antara batu dan Allah pun tak kenal?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by silatgayung on Wed Apr 13, 2011 3:55 am

yawn yawn yawn

silatgayung
Tutor

Number of posts: 443
State:
Reputation: 0
Credits: 994
Registration date: 2010-12-09

Back to top Go down

Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by Admin on Wed Apr 13, 2011 9:58 am

Juang wrote:
Admin wrote:
Puan tak malu ke naik kapal terbang yang dibuat oleh orang-orang yang puan anggap kafir itu?

Salam Admin,

Orang-orang yang tak sedar diri dengan kelemahan yang Tuhan timpakan pada mereka mana nak rasa malu. Kalau malu, sudah lama mereka kembali berpegang pada ayat-ayat Allah berbanding ayat-ayat pembesar agama mereka.


Salam,

Benar Juang.

Mereka kata, mereka ikut kitab Tuhan. Tapi, bila diminta ayat-ayat Tuhan sebagai bukti mereka kemukakan ayat-ayat pembesar agama mereka bagi menyokong dakwaan mereka. Mungkin mereka rasa pembesar agama mereka boleh menolong mereka menjawab pertanyaan Tuhan di akhirat kelak agaknya.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by Juang on Wed Apr 13, 2011 8:36 pm

Salam Admin,

Saya rasa mereka anggap pembesar agama mereka itu sekutu Tuhan. Itu yang ditimpa nasib yang sama seperti penyekutu-penyekutu Tuhan terdahulu iaitu sama-sama GAGAL mengemukakan ayat-ayat Tuhan sebagai bukti hukum-hukum yang diada-adakan atas nama Tuhan.

Siapakah yang menimpakan kepada mereka nasib yang sama seperti penyekutu-penyekutu Tuhan yang terdahulu? Semua itu adalah balasan Tuhan di atas perbuatan mereka sendiri.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum