Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Kenapa ada manusia suka menipu?

View previous topic View next topic Go down

Kenapa ada manusia suka menipu?

Post by Juang on Fri Jan 28, 2011 6:58 am

Kenapa ada manusia suka menipu? Berdasarkan kisah iblis dan Adam, iblis menipu mengatakan diciptakan daripada api lebih baik daripada tanah adalah kerana adanya perasaan ego dan angkuh. Ini menunjukkan apabila sesuatu makhluk itu terkena penyakit angkuh merasakan dirinya lebih baik, makhluk itu akan jadi kuat menipu.

Jika perasaan angkuh mendorong manusia kuat menipu, maka dengan hidup merendah diri akan mendorong manusia bersikap jujur. Sebab itulah Al Quran ceritakan akhlak para Nabi adalah seorang yang merendah diri. Dan oleh kerana mereka merendah diri, maka ayat-ayat Allah diamanahkan kepada mereka disebabkan potensi mereka untuk menipu adalah sifar.

Tetapi Allah tidak berikan kefahaman ayat-ayatNya kepada ramai pembesar agama atau ahli-ahli kitab kerana kebanyakan mereka suka menipu untuk berbangga diri kononnya puak mereka lebih baik daripada puak yang lain. Pembesar agama yang suruh sujud kepada matahari merasakan amalan ritual mereka itulah yang benar daripada sujud kepada bulan. Pembesar agama yang suruh sujud kepada kiub batu merasakan amalan ritual mereka itulah yang benar daripada yang sujud kepada patung batu. Walhal puak yang satu lagi itu pun merasakan mereka lebih baik daripada yang selainnya.

Maka perasaan ego itulah telah mendorong mereka menjadi seorang yang kuat menipu. Bermacam-macam tipu-daya mereka ada-adakan untuk memperbodoh-bodohkan manusia supaya membuta-tuli percaya cakap mereka. Namun janji Allah bahawa tipu-daya syaitan itu adalah lemah dan sebenarnya ia mudah dipatahkan jika kita rajin berfikir. Tidak hairanlah Al Quran menekankan sangat agar manusia berfikir, kerana itulah senjata kukuh untuk melawan penipuan golongan syaitan yang mengada-adakan itu.

Jadi bila kita jumpa orang-orang yang melarang berfikir, itulah orang yang anti-Al Quran dan melawan Allah yang turunkan Al Quran itu. Patutkah kita taat pada orang yang melawan Tuhannya sendiri? Sudah hilang akalkah mereka nak melawan Tuhan?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Kenapa ada manusia suka menipu?

Post by Admin on Fri Jan 28, 2011 10:45 am

Salam,

Jika kita telusuri ayat-ayat al-quran, sebahagian manusia yang suka menipu bertujuan hendak menipu Tuhan dan orang-orang yang percaya. Pun begitu, penipuan yang mereka lakukan sebenarnya hanyalah untuk diri mereka sendiri namun mereka langsung tidak menyedari.

2:8. Dan sebahagian manusia, ada yang berkata, "Kami percaya kepada Allah dan Hari Akhir"; tetapi mereka bukanlah orang-orang mukmin (yang mempercayai).

2:9. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang percaya, dan hanya diri-diri mereka sendiri yang mereka tipu, dan mereka tidak menyedari.


Contohnya, mereka suruh mengadap kiub batu sebagai tanda untuk menyembah Allah setiap hari. Tujuannya agar mereka dapat menipu Tuhan dan orang-orang percaya. Bagi orang-orang yang percaya, mereka mengabdikan diri mereka kepada Tuhan bukan dengan cara mengadap kiub batu tersebut tetapi mengadap peringatan Tuhan dengan cara menegakkan komitmen mereka.

Oleh itu, mereka tidak dapat menipu Tuhan dan orang-orang percaya. Mereka hanya dapat menipu diri mereka sendiri.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Kenapa ada manusia suka menipu?

Post by PenjunjungEhsan on Fri Jan 28, 2011 11:06 am

Salam,

Tepuk dada tanya iman. Sebelum ketam mengajar anaknya berjalan ke depan, ketam kena belajar berjalan ke depan dahulu.

PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts: 678
Age: 30
State:
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2010-05-12

Back to top Go down

Re: Kenapa ada manusia suka menipu?

Post by Admin on Fri Jan 28, 2011 4:30 pm

Salam,

3:23. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang diberi sebahagian al-Kitab, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya ia menghakimkan antara mereka, kemudian segolongan antara mereka berpaling, dan mereka memalingkan.

3:24. Itu adalah kerana mereka mengatakan, "Api tidak akan menyentuh kami kecuali untuk beberapa hari yang terhitung." Apa yang mereka mengada-adakan menipu mereka dalam agama mereka.


Dalam al-quran sudah jelas mereka yang mengatakan masuk neraka hanya sementara sahaja hanyalah menipu semata-mata.

Dan, kita lihat bagaimana penganut agama islam yang mudah percaya dengan pembesar agama mereka yang juga mengatakan sedemikian.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Kenapa ada manusia suka menipu?

Post by Juang on Sat Jan 29, 2011 8:33 am

Salam Admin,

Benar. Orang yang menipu, hakikatnya mereka sebenarnya menipu diri mereka sendiri. Dan kerana suka menipulah ramai manusia masuk neraka. Sebab itulah Allah bangkitkan para Rasul yang membawa kebenaran dengan bukti-bukti yang jelas. Ini kerana tipu lawannya benar.

Untuk melawan penipuan yang dilakukan oleh pembesar-pembesar agama (yang merasakan diri mereka ada kuasa nak kongkong pemikiran manusia), maka Allah bangkitkan para Rasul yang mematahkan penipuan-penipuan mereka.

Sebenarnya perjuangan para Rasul hanyalah untuk melawan penipuan-penipuan dalam masyarakat, bukannya untuk menegakkan negara Islam. Bila masyarakat hidup dalam kejujuran, secara otomatiknya sesebuah negara itu akan aman, sejahtera dan damai (Islam).

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum