Log in

I forgot my password

Similar topics
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 
Selawat

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Re: Selawat

Post by PenjunjungEhsan on Wed Jan 26, 2011 8:36 am

Tolokminda wrote:Salam,

--> Transliterasi 33:56 Inna Allaha wamalaikatahu yusalloona AAala alnnabiyyi ya ayyuha allatheena amanoo salloo AAalayhi wasallimoo tasleeman

Saya berpendapat perkataan "salloo" mempunyai akar huruf dan dasar maksud yang sama dengan perkataan solaa iaitu komitmen dan perkataan "salim" dan "aslim" mempunyai akar huruf dan dasar maksud yang sama dengan salam atau islam yang bermaksud aman atau damai, sejahtera dan seumpamanya.

--> 33:56 Sessungguhnya Tuhan dan para malaikatNya memberi komitmen kepada Nabi: Wahai kamu yang percaya, berilah komitmen kepadanya dan berdamailah dengannya dengan sepenuh kedamaian.

Untuk perkataan yusollo diatas, perkataan selawat ( Arab: الصلوات‎ ) diambil dari perkataan solat ( Arab: الصلاة‎ ), doa, pujian].
Ibnu Kasir berkata dalam tafsirnya: Telah berkata Al-Bukhariy: Telah berkata Abu `Aliyah:

Salawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para malaikat.
Dan salawat malaikat ialah doa.
Dan salawat orang mu'min ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad[1]

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]

Selawat kita umat Muhammad kepada nabi kita merupakan permohonan kita kepada Allah supaya memberikan keutamaan dan kemuliaan kepada baginda. Dengan berselawat, kita juga mengakui kerasulannya dan mengakui kebenaran ajaran yang dibawa oleh baginda. Sebenarnya Nabi Muhammad tidak memerlukan selawat-selawat daripada kita yang memohon Allah memberi keutamaan dan kemuliaan kepada baginda. Beliau sudahpun disebut sebagai manusia dan rasul yang paling utama. Tetapi dengan berselawat, kitalah yang akan mendapat manfaatnya. Kita akan mendapat pahala dan keberkatan serta dapat mendekatkan hati kita kepada baginda.

* Riwayat Ad-Dailami

"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi s.a.w. "

Begitu sekali Allah melihat kepentingan selawat. Ini ialah kerana kebanyakan kita melakukan banyak dosa dan kemungkaran setiap hari. Lebih-lebih lagi kita yang hidup jauh daripada zaman Nabi s.a.w. Begitu lemahnya iman dan amalan Islam kita sehingga iman kita diibaratkan senipis kulit bawang dan iman kita pula diibaratkan seperti iman orang yang munafik. Memang sepatutnya sekiranya Allah tidak terima permintaan daripada orang-orang yang banyak melakukan dosa seperti kita.

Tetapi, Allah itu bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia kasihankan kita, maka Dia bagi jalan keluar.

Dia suruh kita berselawat kepada Nabi s.a.w. dahulu. Apabila kita berselawat, barulah doa kita akan didengar-Nya. Barulah ada peluang untuk ia dikabulkan pula. Kalau awal-awal lagi sudah ditolak, sudah tentu tidak ada peluang untuk diterima sama sekali.

* Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "

Wallahu 'alam bissawab.

Tolokminda wrote:Transliterasi 4:102 Waitha kunta feehim faaqamta lahumu alssalata faltaqum taifatun minhum maAAaka walyakhuthoo aslihatahum faitha sajadoo falyakoonoo min waraikum waltati taifatun okhra lam yusalloo falyusalloo maAAaka walyakhuthoo hithrahum waaslihatahum wadda allatheena kafaroo law taghfuloona AAan aslihatikum waamtiAAatikum fayameeloona AAalaykum maylatan wahidatan wala junaha AAalaykum in kana bikum athan min matarin aw kuntum marda an tadaAAoo aslihatakum wakhuthoo hithrakum inna Allaha aAAadda lilkafireena AAathaban muheenan

4:102 (Malay) "Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan salat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (salat) besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang salat besertamu) sujud (telah menyempurnakan serakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum bersembahyang, lalu bersembahyanglah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap siaga dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus. Dan tidak ada dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu mendapat sesuatu kesusahan karena hujan atau karena kamu memang sakit; dan siap-siagalah kamu. Sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang menghinakan bagi orang-orang kafir itu."

Solat (bahasa Arab: صلاة‎; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.

Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.

Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.

Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.

Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.

Syarat wajib solat:

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

Syarat sah solat:

1. Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
3. Menutup aurat.
4. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
5. Yakin masuk waktu solat.

Rukun solat ada 13:

1. Berdiri bagi yang mampu.
2. Niat.
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama).
4. Membaca surah Al-fatihah.
5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru,berhenti sebentar).
6. Iktidal dengan tama'ninah.
7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
9. Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
12. Membaca salam.
13. Tertib.

Wallahu ta'ala 'alam.

PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts: 678
Age: 30
State:
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2010-05-12

Back to top Go down

Re: Selawat

Post by faried on Wed Jan 26, 2011 8:41 am

PenjunjungEhsan wrote:
* Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "

Sabda di atas sangat jelas bertentangan dengan penjelasan dalam Alquran bahwa:

Nabi/Rasul sama sekali tidak berharap apa pun dari umat, para Nabi/Rasul sepenuhnya hanya berharap imbalan/ganjaran (ajran) dari Allah saja.

faried
Pensyarah

Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1711
Registration date: 2010-04-21

Back to top Go down

Re: Selawat

Post by tolokminda on Wed Jan 26, 2011 10:32 am

Salam PE,

Tuan masih tidak menjawab persoalan saya mengapa perkataan "sollu" dalam ayat 4:102 diterjemahkan sebagai sembahyang sedangkan dalam 33:56 ia diterjemahkan sebagai selawat. Kenapa? Kerana jika "sollu" dalam 33:56 diterjemahkan sebagai sembahyang, maka ayat itu akan berbunyi:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersembahyang ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersembahyanglah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. "

Takkan Tuhan dan malaikat sembahyang ke atas Nabi, kan? Nampak sangatlah mengarut. Jadi tang ayat ini sipenipu ubahlah sikit maknanya bagi nampak logik - tukar jadi selawat. Tapi mereka lupa bahawa Tuhan lebih bijak menangkis tipudaya mereka.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Selawat

Post by Juang on Thu Jan 27, 2011 12:22 am

faried wrote:
PenjunjungEhsan wrote:
* Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "

Sabda di atas sangat jelas bertentangan dengan penjelasan dalam Alquran bahwa:

Nabi/Rasul sama sekali tidak berharap apa pun dari umat, para Nabi/Rasul sepenuhnya hanya berharap imbalan/ganjaran (ajran) dari Allah saja.

Salam,

Logik tu saudara Faried. Kalau Nabi/Rasul berharap apa-apa daripada umatnya, tentu dia akan menyampaikan ayat-ayatNya secara bergaji macam pembesar-pembesar agama hari ini suka lakukan.

Berbeza 180 darjah akhlak Nabi/Rasul dengan akhlak pembesar-pembesar agama yang biasa kita nampak hari ini. Akhlak bercanggah dengan Nabi/Rasul, tapi perasan mereka adalah pewaris Nabi. Hipokrit betul.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Selawat

Post by Juang on Thu Jan 27, 2011 12:26 am

tolokminda wrote:
Salam PE,

Tuan masih tidak menjawab persoalan saya mengapa perkataan "sollu" dalam ayat 4:102 diterjemahkan sebagai sembahyang sedangkan dalam 33:56 ia diterjemahkan sebagai selawat. Kenapa? Kerana jika "sollu" dalam 33:56 diterjemahkan sebagai sembahyang, maka ayat itu akan berbunyi:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersembahyang ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersembahyanglah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. "

Takkan Tuhan dan malaikat sembahyang ke atas Nabi, kan? Nampak sangatlah mengarut. Jadi tang ayat ini sipenipu ubahlah sikit maknanya bagi nampak logik - tukar jadi selawat. Tapi mereka lupa bahawa Tuhan lebih bijak menangkis tipudaya mereka.

Salam,

Syabas TM. Persoalan yang cukup menarik untuk mencari erti "solat" yang sebenar. Tuhan lagi bijak daripada si penipu itu. Bukankah tipu-daya syaitan itu lemah sahaja? Cuma memerlukan kita yakin pada diri untuk tidak menurut membuta-tuli kepercayaan tradisi sahaja.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Selawat

Post by PenjunjungEhsan on Thu Jan 27, 2011 9:51 am

tolokminda wrote:Salam PE,

Tuan masih tidak menjawab persoalan saya mengapa perkataan "sollu" dalam ayat 4:102 diterjemahkan sebagai sembahyang sedangkan dalam 33:56 ia diterjemahkan sebagai selawat. Kenapa? Kerana jika "sollu" dalam 33:56 diterjemahkan sebagai sembahyang, maka ayat itu akan berbunyi:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersembahyang ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersembahyanglah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. "

Takkan Tuhan dan malaikat sembahyang ke atas Nabi, kan? Nampak sangatlah mengarut. Jadi tang ayat ini sipenipu ubahlah sikit maknanya bagi nampak logik - tukar jadi selawat. Tapi mereka lupa bahawa Tuhan lebih bijak menangkis tipudaya mereka.

Salam,

1. Salawat ( Arab: الصلوات‎ ) diambil dari perkataan solat ( Arab: الصلاة‎ ), doa, pujian.

2. Solat (bahasa Arab: صلاة‎; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam

PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts: 678
Age: 30
State:
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2010-05-12

Back to top Go down

Re: Selawat

Post by tolokminda on Thu Jan 27, 2011 3:44 pm

Tuan masih belum menjawab soalan saya mengapa perkataan "sollu" dalam ayat 4:102 diterjemahkan sebagai sembahyang sedangkan dalam 33:56 ia diterjemahkan sebagai selawat?

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Selawat

Post by Juang on Fri Jan 28, 2011 5:18 am

Salam,

Satu kontradiksi yang nyata. Perkataan Arab yang sama diterjemahkan kepada maksud yang berbeza.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Selawat

Post by PenjunjungEhsan on Fri Jan 28, 2011 11:45 am

Salam,

Perkataan 'bisa' juga ada maksud yang berbeza bila berada di indonesia. Jadi perlukah kita mendalami makna solat atau selawat sedang ia sudah jelas lagi dijelaskan oleh bangsa arab yang lebih memahami bahasanya.

PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts: 678
Age: 30
State:
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2010-05-12

Back to top Go down

Re: Selawat

Post by tolokminda on Fri Jan 28, 2011 11:52 am

Salam PE,

Masalahnya perkataan sollu yang dipersoalkan sekarang adalah bahasa Arab yang terdapat dalam Kitab yang sama. Tapi kenapa ditafsirkan berbeza pula?

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum