Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 
Mendustakan Ayat-ayat Allah

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Mendustakan Ayat-ayat Allah

Post by Juang on Wed Jan 19, 2011 7:44 am

Apakah ciri-ciri orang-orang yang mendustai ayat-ayat Allah?

7:146. Aku akan memalingkan daripada ayat-ayat-Ku orang-orang yang menyombongkan diri di bumi, dengan tanpa patut; dan jika mereka melihat tiap-tiap ayat, mereka tidak akan mempercayainya, dan jika mereka melihat jalan yang benar, mereka tidak akan mengambilnya sebagai jalan, dan jika mereka melihat jalan salah, mereka akan mengambilnya sebagai jalan. Itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami, dan lalai terhadapnya."

- menyombongkan diri dengan tidak patut
- tidak percaya pada tiap-tiap ayat Tuhan
- lebih suka ambil jalan yang salah daripada jalan yang benar

Siapakah yang akan mengikut orang-orang yang mendustakan?

7:175. Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang kepadanya Kami telah memberikan ayat-ayat Kami, tetapi dia mencampakkannya, dan syaitan mengikutinya, dan dia menjadi antara orang-orang yang bersalah.

- syaitan akan mengikut orang-orang yang mencampakkan ayat-ayatNya.

Bagaimana nasib orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Tuhan di akhirat?

7:147. Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan pertemuan di akhirat, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia; tidakkah mereka akan dibalas melainkan apa yang mereka buat?

- amalan-amalan mereka jadi sia-sia.

Apakah perintah Tuhan jika kita menghadapi orang-orang yang mendustakan itu?

68:8. Maka janganlah kamu mentaati orang-orang yang mendustakan.

- jangan taati orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Tuhan itu.

Oleh kerana kita diperintahkan agar tidak taat pada si pendusta, maka perlulah kita belajar mengenal sifat-sifat pendusta itu agar tidak mentaati mereka membuta-tuli.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mendustakan Ayat-ayat Allah

Post by tolokminda on Thu Jan 20, 2011 9:26 am

Salam Juang,

Satu penjelasan yang baik. Terima kasih.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Mendustakan Ayat-ayat Allah

Post by Juang on Fri Jan 21, 2011 6:44 am

Salam,

24:54. Katakanlah, "Taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul; kemudian, jika kamu berpaling, hanyalah kepadanya apa yang dibebankan kepadanya, dan kepada kamu, apa yang dibebankan kepada kamu. Jika kamu mentaati dia, kamu akan mendapat petunjuk. Adalah hanya atas rasul untuk menyampaikan yang jelas."

Kenapa kita disuruh taat kepada Allah dan Rasul?
- Sebab Allah dan Rasul bukannya pendusta.

Kenapa Allah tidak masukkan pembesar agama, ahli kitab, periwayat hadis Nabi, bapa-bapa sebagai senarai orang yang perlu ditaati?
- Sebab mereka tidak mustahil berdusta. Kita hanya boleh taati mereka jika mereka benar-benar taat pada Allah dan Rasul (dengan tidak mendustai ayat-ayat Allah yang Rasul sampaikan).

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mendustakan Ayat-ayat Allah

Post by Zulia on Sat Jan 22, 2011 2:26 pm

Jadi taatilah Allah dan Rasul, sebagaimana orang yang beriman yang mewarisi agama dari Rasul. Jangan ikut orang yang tak bergama. Alquran ajar jangan ikut orang yang menentang Rasul iaitu orang yang menentang agama yang dibawa oleh Rasul. Agama Islam selari dengan alQuran yang berlawanan dengan nafsu, sebaliknya ajaran syaitan akan selari dengan kehendak nafsu, tak payah baca Quran, tak payah solat, tak payah puasa dan haji, apa yang dibuatnya hanyalah membaca terjemahan alQuran sahaja (sebab syaitan tidak mahu mendengar ayat alquran dibacakan) , kerana menyembah nafsu , ayat Allah di fahamkan mengikut nafsu juga. Inilah pendusta sebenar.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Mendustakan Ayat-ayat Allah

Post by silatgayung on Sun Jan 23, 2011 1:52 am

Zulia wrote:Jadi taatilah Allah dan Rasul, sebagaimana orang yang beriman yang mewarisi agama dari Rasul. Jangan ikut orang yang tak bergama. Alquran ajar jangan ikut orang yang menentang Rasul iaitu orang yang menentang agama yang dibawa oleh Rasul. Agama Islam selari dengan alQuran yang berlawanan dengan nafsu, sebaliknya ajaran syaitan akan selari dengan kehendak nafsu, tak payah baca Quran, tak payah solat, tak payah puasa dan haji, apa yang dibuatnya hanyalah membaca terjemahan alQuran sahaja (sebab syaitan tidak mahu mendengar ayat alquran dibacakan) , kerana menyembah nafsu , ayat Allah di fahamkan mengikut nafsu juga. Inilah pendusta sebenar.

cantik hujah cik zulia ni....

gud...

moga2 mereka yang menentang Allah dan Rasul ini diampunkan dosa oleh Allah....

silatgayung
Tutor

Number of posts: 443
State:
Reputation: 0
Credits: 994
Registration date: 2010-12-09

Back to top Go down

Re: Mendustakan Ayat-ayat Allah

Post by Juang on Sun Jan 23, 2011 11:40 am

Zulia wrote:Jadi taatilah Allah dan Rasul, sebagaimana orang yang beriman yang mewarisi agama dari Rasul. .

Salam,

Oleh kerana Rasul itu taat kepada Allah tanpa membuta-tuli taat pada ulamak agama, macam itulah saya taat pada Allah dan Rasul tanpa membuta-tuli taat pada ulamak agama yang tidak mustahil berdusta.

Kalau Rasul itu mampu melakukannya, tentu manusia lain pun boleh jika mereka mempunyai keinginan yang kuat untuk tidak menyekutukan Allah.

68:8. Maka janganlah kamu mentaati orang-orang yang mendustakan.

Apatah lagi orang yang berdusta menokok tambah perkataan "sunnah Rasul" dalam sesuatu ayat Al Quran, lagi-lagilah tak patut kita taat manusia macam itu.

Clear cut, jangan taat orang-orang yang mendustakan. Buruk padahnya nanti.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mendustakan Ayat-ayat Allah

Post by Zulia on Sun Jan 23, 2011 12:58 pm

Benar,
Kerana disini adanya pendusta besar itu, janganlah mentaati pendusta yang memusuhi Islam. Kenapa ikut fahaman alQuran orang yang memusuhi Islam. Musuh Islam adalah musuh Allah. Mengapa tak dapat nak bezakan. Untuk mendapatkan petunjuk Allah hendaklah bersihkan hati. Kita bukan berdebat disini untuk menjadi seorang penghujah. Kebenaran agama bukan letaknya di forum seumpama ini. Alangkah lemahnya iman kita kalau kita memilih untuk menukar agama kerananya. Sedangkan petunjuk Allah ada di muka bumi yang luas, malah ia hampir dengan kita, mungkin ada di dalam rumah kita, tetapi kita enggan menerimanya.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Mendustakan Ayat-ayat Allah

Post by Zulia on Sun Jan 23, 2011 1:25 pm

Tidak menyekutukan Allah belum tentu dia menjadi Islam. Dalam dunia ini macam-macam agama pun ada. Agama berkonsepkan satu tuhan bukan agama Islam kita sahaja. Masih ada golongan Yahudi dan kristian yang berpegang pada satu tuhan. Tetapi hanya Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sahaja yang diterima. Kalau satu orang mengakui keesaan Allah tetapi menolak agama Nabi Muhammad, adakah ia Islam? Sudah tentu tidak. Mereka sama saja dengan ahli kitab yang menolak untuk mengikuti Nabi Muhammad, mereka tetap dianggap kafir. Bertaubatlah dan kembalilah semula kepada ajaran Islam. Bacalah ayat suci AlQuran agar hati menjadi lembut. Keengganan hati untuk membaca ayat suci alQuran adalah tanda hati dikuasai syaitan. Bagaimana akal kita boleh memahami alQuran kalau hati dikuasai musuh yang nyata ini. Jalan yang benar ialah jalan Nabi, selain dari itu adalah jalan syaitan. Menentang agama Allah bukan pilihan akal yang bijak.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Mendustakan Ayat-ayat Allah

Post by tolokminda on Sun Jan 23, 2011 5:37 pm

Salam Zulia,

Tuhan sudah pun menyatakan bahawa Dia tidak akan mengampunkan kesalahan yang melibatkan amalan menyekutukan Dia walau dengan apapun. Kesalahan-kesalahan lain mungkin Tuhan ampunkan. Janji Tuhan bukan hanya kepada mereka yang berlabel Islam. Tetapi janji Tuhan terbuka kepada seluruh manusia.

4:48 (Y. Ali) Allah forgiveth not that partners should be set up with Him; but He forgiveth anything else, to whom He pleaseth; to set up partners with Allah is to devise a sin Most heinous indeed.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Mendustakan Ayat-ayat Allah

Post by PenjunjungEhsan on Mon Jan 24, 2011 9:45 am

Zulia wrote:Jadi taatilah Allah dan Rasul, sebagaimana orang yang beriman yang mewarisi agama dari Rasul. Jangan ikut orang yang tak bergama. Alquran ajar jangan ikut orang yang menentang Rasul iaitu orang yang menentang agama yang dibawa oleh Rasul. Agama Islam selari dengan alQuran yang berlawanan dengan nafsu, sebaliknya ajaran syaitan akan selari dengan kehendak nafsu, tak payah baca Quran, tak payah solat, tak payah puasa dan haji, apa yang dibuatnya hanyalah membaca terjemahan alQuran sahaja (sebab syaitan tidak mahu mendengar ayat alquran dibacakan) , kerana menyembah nafsu , ayat Allah di fahamkan mengikut nafsu juga. Inilah pendusta sebenar.

Sebab tu mereka tak boleh membaca "Auzibillahi samiil alimminassyaitonirrajim". Apa yang bapak syaitan tu ajak, "kita bacalah terjemahan, kemudian buat kefahaman sendiri"...macam zombie kampung pisang menasihatkan pengikutnya agar menjaga tatasusila semasa memakan otak manusia.

PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts: 678
Age: 30
State:
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2010-05-12

Back to top Go down

Re: Mendustakan Ayat-ayat Allah

Post by Admin on Mon Jan 24, 2011 10:28 am

PenjunjungEhsan wrote:

Maksudnya, jika bapak syaitan kata baca terjemahan dan buat kefahaman sendiri, maka kita seharusnya melagu-lagukan al-quran dan ikut membuta-tuli apa yang dikatakan oleh pembesar agama.

Dengan melagu-lagukan al-quran dan menurut membuta-tuli apa yang disuapkan oleh pembesar agama itu jelas mengajak orang lain agar jauh dari petunjuk al-quran dan mendustakan ayat-ayatNya.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Mendustakan Ayat-ayat Allah

Post by tolokminda on Mon Jan 24, 2011 10:36 am

Salam Admin,

Ada orang tidak percaya dengan janji Tuhan bahawa apabila kita membaca Al-Quran (dengan tujuan untuk mendapatkan kefahaman), maka Tuhanlah yang akan beri penjelasan kepada kita. Jadi kenapa kita harus takut pada bapak setan dan sebagainya? Tuhan kata takutlah pada Dia saja.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Mendustakan Ayat-ayat Allah

Post by PenjunjungEhsan on Mon Jan 24, 2011 11:20 am

Salam,

Kita takut kepada Allah dengan melaksanakan segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA. Takut pada iblis juga berasas kerana iblis telah bersumpah untuk menyesatkan anak adam sehingga hari kiamat. Tapi rasullullah saw telah mengajarkan bahawa iblis yang pernah dilihat sebagai orang tua ganyut dizaman rasullullah saw dan para sahabat bahawa, sentiasa berlindung kepada Allah subhanahu wa ta'ala dan menyebutkan taawuz.

" Jika engkau diganggu Syaitan dengan sesuatu gangguan, hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Kerana sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui." ( Al A'raf : ayat 200 )

" Apabila engkau membaca Al Quran, maka ucapkanlah " A'uzubillahi minas Syaitonir Rajim. Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai kekuatan dapat memaksa orang-orang beriman yang bertawakkal kepada Allah" ( An Nahl : 98 - 99)

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai kekuatan dapat memaksa orang yang beriman kepada Allah untuk masuk ke dalam perangkapnya. Maka pengertian daripada ayat di atas, fahamlah kita bahawa Ta'awwuz seseorang mukmin itu adalah merupakan satu cara untuk bertawakkal kepada Allah s.w.t. Diterangkan oleh Ibnu Abbas r.a :

" Kebesaran Al Quran itu dengan A'uzubillahi minas syaitonir Rajim dan pembukaan Al Quran itu dengan Bismillahirrahmanirrahim."

PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts: 678
Age: 30
State:
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2010-05-12

Back to top Go down

Re: Mendustakan Ayat-ayat Allah

Post by Juang on Tue Jan 25, 2011 9:40 am

Salam,

Allah tidak pernah suruh Rasul melagu-lagukan Al Quran, tetapi jelas ada ayat Al Quran menyuruh kita memikirkannya (16:44). Jadi yang suruh melagu-lagukan Al Quran itu bukanlah termasuk dalam orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul, dan mereka itu tidak layak ditaati kerana mereka sendiri pun tak mahu taat kepada Allah dan Rasul.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mendustakan Ayat-ayat Allah

Post by faried on Tue Jan 25, 2011 2:25 pm

PenjunjungEhsan wrote:
Kita takut kepada Allah dengan melaksanakan segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA. Takut pada iblis juga berasas kerana iblis telah bersumpah untuk menyesatkan anak adam sehingga hari kiamat. Tapi rasullullah saw telah mengajarkan bahawa iblis yang pernah dilihat sebagai orang tua ganyut dizaman rasullullah saw dan para sahabat bahawa, sentiasa berlindung kepada Allah subhanahu wa ta'ala dan menyebutkan taawuz.

" Apabila engkau membaca Al Quran, maka ucapkanlah " A'uzubillahi minas Syaitonir Rajim. Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai kekuatan dapat memaksa orang-orang beriman yang bertawakkal kepada Allah" ( An Nahl : 98 - 99)

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai kekuatan dapat memaksa orang yang beriman kepada Allah untuk masuk ke dalam perangkapnya. Maka pengertian daripada ayat di atas, fahamlah kita bahawa Ta'awwuz seseorang mukmin itu adalah merupakan satu cara untuk bertawakkal kepada Allah s.w.t. Diterangkan oleh Ibnu Abbas r.a :

" Kebesaran Al Quran itu dengan A'uzubillahi minas syaitonir Rajim dan pembukaan Al Quran itu dengan Bismillahirrahmanirrahim."

Tidak ada kata A'uzubillahi minas syaitonir Rajim dalam 16.98-99

Faitha qarata alqurana faistaAAith biAllahi mina alshshaytani alrrajeemi

# 16:98 (Malay) Apabila kamu membaca Al Qur'an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari setan yang terkutuk.

Innahu laysa lahu sultanun AAala allatheena amanoo waAAala rabbihim yatawakkaloona

# 16:99 (Malay) Sesungguhnya setan ini tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya.

faried
Pensyarah

Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1711
Registration date: 2010-04-21

Back to top Go down

Re: Mendustakan Ayat-ayat Allah

Post by Juang on Thu Jan 27, 2011 12:12 am

Salam,

Satu yang menarik jika direnungkan pada ayat 16:99, syaitan tidak ada kekuasaan kepada orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Allah sahaja. Maknanya orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada pembesar-pembesar agama dan kepada imam periwayat hadis tidak terlepas daripada kuasa syaitan. Patutlah mereka suka menipu macam perangai syaitan.

17:64. Dan kejutlah sesiapa antara mereka yang kamu boleh dengan suara kamu, dan kumpulkanlah terhadap mereka pasukan berkuda kamu dan pasukan kamu yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka dalam harta mereka dan anak-anak mereka, dan janjikanlah mereka!" Tetapi syaitan tidak menjanjikan mereka kecuali tipuan.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mendustakan Ayat-ayat Allah

Post by antesa on Sat Feb 26, 2011 8:45 pm

Juang wrote:Salam,

24:54. Katakanlah, "Taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul; kemudian, jika kamu berpaling, hanyalah kepadanya apa yang dibebankan kepadanya, dan kepada kamu, apa yang dibebankan kepada kamu. Jika kamu mentaati dia, kamu akan mendapat petunjuk. Adalah hanya atas rasul untuk menyampaikan yang jelas."

Kenapa kita disuruh taat kepada Allah dan Rasul?
- Sebab Allah dan Rasul bukannya pendusta.

Kenapa Allah tidak masukkan pembesar agama, ahli kitab, periwayat hadis Nabi, bapa-bapa sebagai senarai orang yang perlu ditaati?
- Sebab mereka tidak mustahil berdusta. Kita hanya boleh taati mereka jika mereka benar-benar taat pada Allah dan Rasul (dengan tidak mendustai ayat-ayat Allah yang Rasul sampaikan).

Macam mana kita hendak taat kepada Rasul bila Rasul telah tiada?

antesa
Siswazah

Number of posts: 201
Reputation: 0
Credits: 657
Registration date: 2011-02-26

Back to top Go down

Re: Mendustakan Ayat-ayat Allah

Post by antesa on Sat Feb 26, 2011 8:49 pm

Kenapa kita tidak diperintah taat kepada seorang Muhammad?

antesa
Siswazah

Number of posts: 201
Reputation: 0
Credits: 657
Registration date: 2011-02-26

Back to top Go down

Re: Mendustakan Ayat-ayat Allah

Post by Juang on Sun Feb 27, 2011 3:11 am

Salam,

antesa wrote:Macam mana kita hendak taat kepada Rasul bila Rasul telah tiada?

Berkenaan ketaatan pada Allah dan Rasul dalam ayat 24:54, ia bermula daripada ayat 24:51 iaitu;

24:51. Ucapan orang-orang mukmin apabila dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya, supaya dia menghakimkan antara mereka, hanyalah bahawa mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat"; mereka itu, merekalah orang-orang yang beruntung.

Jika terdapat Rasul di kalangan manusia itu, maka Rasul itu akan menghakimkan di antara mereka.

3:23. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang diberi sebahagian al-Kitab, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya ia menghakimkan antara mereka, kemudian segolongan antara mereka berpaling, dan mereka memalingkan.

Namun jika Rasul itu tiada di kalangan manusia, maka Kitab Allah yang Rasul itu pernah sampaikan, bolehlah digunakan sebagai tanda ketaatan kita kepada Allah dan Rasul.

Bukankah Al Quran itu lengkap untuk dirujuki?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mendustakan Ayat-ayat Allah

Post by Juang on Sun Feb 27, 2011 3:13 am

Salam,
antesa wrote:Kenapa kita tidak diperintah taat kepada seorang Muhammad?

Samalah seperti kenapa kita tidak diperintahkan taat kepada seorang Al Masih Isa. Orang yang beriman tidak membeza-bezakan Rasul-rasul Allah.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum