Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Orang sombong rendah ilmu

View previous topic View next topic Go down

Orang sombong rendah ilmu

Post by Juang on Sat Jan 08, 2011 8:53 pm

tolokminda wrote:Salam,

Perkataan sujud secara umumnya ditafsirkan sebagai perbuatan membongkokkan diri di atas lutut dengan muka menyentuh lantai. Kononnya ia satu manifestasi kepatuhan kepada Tuhan. Tetapi adakah perbuatan seperti itu yang Tuhan suruh kita amalkan?

Saya melihat maksud perkataan sujud mudah saja, iaitu merendah diri. Apabila Tuhan suruh para malaikat sujud kepada Adam, ia bukan bermakna mereka perlu membongkokkan-diri-di atas-lutut-dengan-muka-menyentuh-lantai kepada Adam. Ia juga tidak bermakna mereka perlu patuh kepada Adam. Apa yang berlaku, mereka sebenarnya telah merendah diri kepada Adam dan secara tidak langsung kepada Allah juga.

Ini kerana sebelum itu para malaikat telah beranggapan mereka adalah lebih baik dari Adam dan tidak nampak mengapa Allah mahu menjadikan dia khalifah di bumi. Namun selepas Tuhan membuktikan di hadapan mereka perihal kelebihan Adam, mereka sedar kesilapan mereka dan terus merendah diri apabila Tuhan menyuruh mereka berbuat demikian.

Bagaimanapun Iblis memilih untuk terus dengan kesombongannya dan tidak mahu merendah diri kepada Adam. Ini bermakna dia juga telah gagal untuk merendah diri kepada Allah. Akibatnya dia dilaknat Tuhan.

Berikut adalah apa yang diceritakan Tuhan kepada kita:

2:34 “Dan apabila Kami katakan kepada para malaikat: Rendahkanlah diri kepada Adam (lalu) mereka telah merendah diri tetap Iblis, dia menolak dan dia sombong dan dia adalah antara mereka yang tidak percaya”.

17:61 “…Dia berkata: Patutkah aku merendah diri kepadanya yang Engkau telah perbuat dari tanah?”

Saya percaya jika kita fahami intipati kisah Adam dan Iblis ini, kita akan melihat betapa pentingnya kita mengelak menjadi orang yang sombong. Kerana sifat sombong itu tidak lain adalah sifat Iblis yang tidak mahu merendah diri walaupun Tuhan telah menunjukkan bukti yang nyata.

http://tolokminda.wordpress.com/2010/02/12/sujud-bermaksud-merendah-diri/

Salam,

Kisah Adam dan iblis itu menunjukkan Allah menguji makhluk-makhluknya, siapa yang merendah diri dan siapa yang berlagak sombong. Para malaikat sendiri pun tidak terlepas daripada diuji oleh Allah. Atas kesedaran itu, maka malaikat-malaikat yang ada rasa rendah diri akan tunduk dan patuh pada Allah, sedangkan malaikat yang sombong akan engkar pada Allah. Malaikat yang engkar itulah yang dinamakan iblis.

Semakin sesuatu makhluk itu sombong, semakin pengetahuannya dicabut. Tahap pemikirannya mula jadi rendah dan cetek. Sebaliknya jika sesuatu makhluk itu semakin merendah diri, pengetahuannya semakin meningkat. Tahap pemikirannya bertambah matang, tinggi dan dalam. Kerana itu ada pepatah mengatakan;

"Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi"

Yang hairannya ramai orang Melayu hari ini tidak sedar dengan pepatah silam mereka itu walaupun pengajaran pepatah itu sama dengan mesej Al Quran. Tidak hairanlah kenapa orang Melayu kelihatan ketinggalan dalam bab ilmu berbanding bangsa-bangsa yang mereka kata kafir itu.

Melihat balasan yang Allah timpakan kepada orang Melayu itu, menjadi keinsafan saya untuk tidak menurut membuta-tuli kepercayaan tradisi yang mengajar ke arah kesombongan dengan merasakan amalan ritual mereka itu menjadikan mereka kaum yang lebih baik daripada kaum-kaum lain (sama macam apa yang iblis rasai dahulu). Lebih baik saya ikut Peringatan Tuhan dalam Al Quran itu daripada menurut membuta-tuli ajaran ulamak-ulamak agama yang kata dalam agama tidak boleh guna akal.


Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum