Log in

I forgot my password

Similar topics
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Pendustaan tanda-tanda kekafiran

View previous topic View next topic Go down

Pendustaan tanda-tanda kekafiran

Post by Juang on Sat Jan 08, 2011 11:39 am

Pendustaan adalah tanda utama untuk menunjukkan seseorang itu adalah kafir. Ketika Allah menyuruh para malaikat merendah diri kepada Adam, iblis engkar kerana merasakan dirinya lebih baik daripada Adam disebabkan dia diciptakan daripada api. Padahal Allah tidak pernah menspesifikkan kebaikan sesuatu makhlukNya berdasarkan daripada unsur apa mereka diciptakan.

Di situ kita lihat iblis sudah melakukan pendustaan terhadap Allah. Cuba kita renungkan, yang menentukan sesuatu makhluk diciptakan daripada api atau tanah adalah Kehendak Allah. Maka sepatutnya Allah sendirilah yang patut memberitahu bahawa sesiapa diciptakan daripada api lebih baik daripada tanah. Tetapi macam mana iblis pandai-pandai tetapkan hukum sendiri sedangkan bukan iblis yang mencipta dirinya dan diri Adam?

Itulah tanda-tanda kekafiran iblis iaitu suka menipu dan mengada-adakan hukum sendiri. Jadi bila kita jumpa orang hari yang suka menipu dan suka mengada-adakan hukum sendiri tanpa ayat-ayat Allah, itulah golongan iblis. Mereka kata mereka ikut Al Quran, tetapi bila dicabar buktikan ayat-ayat Al Quran mana menunjukkan Allah menurunkan hukum seperti yang mereka amalkan, mereka gagal kemukakan bukti.

Bukankah orang-orang "Islam" yang mengada-adakan sesuatu perkara yang dalam Al Quran tidak pernah ditetapkan sama perangainya dengan orang-orang Nasrani yang mengada-adakan konsep Al Masih anak Allah yang dalam Injil tidak pernah ditetapkan? Islamkah begitu jika perangai mereka saling tak tumpah macam perangai orang-orang Nasrani yang berdusta itu?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Pendustaan tanda-tanda kekafiran

Post by Zulia on Sat Jan 08, 2011 1:06 pm

Kafir ialah engkar/ enggan menerima/ menentang/ memusuhi / tidak mentaati agama Islam. Ia berlaku kerana jahil /tidak atau belum mengetahui hukum dan amalan agama islam. Samada dia tidak sampai seruan Islam iaitu agama Islam tidak tersebar kepadanya. Atau agama telah sampai kepada nya tetapi menolak/enggan menerima Islam kerana tidak percaya. Agama ialah sesuatu kepercayaan oleh itu punca utama seseorang itu kafir ialah sebab tidak percaya. Inilah punca atau asas bagi manusia menjadi kafir. Bila manusia tidak mempercayai Islam maka dengan sendiri dia akan kafir dengan tidak mengendahkan hukum dan tidak melaksanakan amalan Islam. Kekafiran akan menjadi ketara bila dia menentang Islam dengan perbuatan dan perkataannya. Dia akan menjadi kafir tegar bila hatinya memusuhi Islam. Memusuhi Islam bermakna memusuhi Allah, memusuhi Rasul, memusuhi orang Islam, di musuhi para malaikat dan tidak mendapat keredhaan Allah dunia dan akhirat. Apa jua perkataan dan perbuatan yang menafikan ajaran Islam adalah dusta yang nyata, perkataan itu merupakan dosa yang amat besar, merupakan fitnah atas agama, lebih dahsyat dari membunuh jiwa tak berdosa. Menentang agama Islam sama ertinya menentang Allah, dan kafir yang nyata. Akan mengundang laknat dari Allah dan kutukan makhluk Allah yang lain.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Pendustaan tanda-tanda kekafiran

Post by tolokminda on Sat Jan 08, 2011 1:44 pm

Salam Zulia,

Quran itu petunjuk Tuhan yang telah disampaikan oleh Nabi. Nak tau bagaimana sifatnya orang yang tidak percaya, orang yang penipu, orang yang munafik, orang yang menentang Tuhan dan rasulNya, orang yang mengada-adakan dan sebagainya, semua dijelaskan dalam Kitab itu. Begitu juga sifat-sifat orang yang percaya, yang merendah diri dan patuh kepada Tuhan dan rasul juga ada dinyatakan.

Tidak perlu kitab tulisan orang lain dalam hal ini. Sudah jelas siapa dia rasul dan kitab apa yang diwahyukan kepadanya. Baca sajalah Kitab yang disampaikan oleh rasul itu kalau kita orang yang percaya.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Pendustaan tanda-tanda kekafiran

Post by Juang on Sat Jan 08, 2011 8:19 pm

Salam,

Benar TM. Al Quran itu seumpama cahaya. Jika dengan cahaya, kita dapat membezakan warna hitam dan putih, maka dengan Al Quran kita dapat membezakan sifat-sifat orang yang percaya dengan sifat-sifat orang yang kafir yang kuat berdusta itu. Sudah pasti para pendusta amat membenci Al Quran disampaikan kerana nanti masyarakat akan sedar dan melihat pendustaan-pendustaan mereka itu dan terserlah-lah kekafiran mereka.

Hanya Allah dan pendusta-pendusta itu sahaja yang tahu apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Oleh kerana Allah Mengetahui siapa mereka, maka Dia menyediakan Al Quran bagi kita untuk mengenal perbezaan sifat di antara orang-orang kafir yang kuat berdusta itu dengan orang-orang beriman yang sudah pasti benar kata-katanya lagi mempunyai bukti-bukti yang nyata.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Pendustaan tanda-tanda kekafiran

Post by Zulia on Sat Jan 08, 2011 9:00 pm

Benar, begitu banyak kisah alQuran supaya mengikut Nabi, mengapa ada pula orang kata jangan ikut Nabi, boleh ikut akal sendiri, ini yang tidak diterima oleh orang Islam. Tidak semua yang baca alQuran akan mendapat hidayah. Bagi yang dikehendaki mendapat pentunjuk Allah, akan dibuka hatinya untuk menerima Islam. Kalau baca alQuran tetapi menolak Islam itu bukan hidayah. Tak siapapun kata jangan ikut alQuran, tak siapapun larang baca alQuran. Tetapi mengikut alQuran bukan dengan niat menentang islam atau mencari sesuatu yang lain dari Islam, beribu orang Islam yang telah mengkaji alQuran terlebih dahulu dari kita, tak ada pun mereka menolak Islam, malah orang Islam yang dekatkan dirinya dengan alQuran lebih taat mereka pada Islam. Cuba anda pergi ke sekolah tahfiz alQuran. Semua perbuatan dan akhlak mereka jaga. Sehinggakan sumber makana juga kena pastikan tidak dari jalan yang batil. Ilmu al quran tidak akan diperolehi oleh orang yang tidak memelihara amalannya. Sebab itu orang yang tidak bersih diri dan hatinya, tidak akan mendapat ilmu alQuran, berbeza dengan ilmu dunia,siapa belajar dia dapat tak kira niat atau sumber haram atau tidak nya

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Pendustaan tanda-tanda kekafiran

Post by Juang on Sat Jan 08, 2011 9:18 pm

Salam,

Sebab Nabi pun guna akalnya sendiri untuk memahami ayat-ayat Allah. Mana ada Nabi yang menurut membuta-tuli ulamak agama kaum mereka sendiri? Kalau tidak sudah pasti Nabi itu menjadi penyembah matahari, bulan, patung atau pun batu sebab yang suka mengada-adakan amalan ritual menghala pada sesuatu objek adalah kerja pembesar agama, bukannya kerja para Nabi.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Pendustaan tanda-tanda kekafiran

Post by tolokminda on Sat Jan 08, 2011 11:55 pm

Zulia wrote:Benar, begitu banyak kisah alQuran supaya mengikut Nabi, mengapa ada pula orang kata jangan ikut Nabi, boleh ikut akal sendiri, ini yang tidak diterima oleh orang Islam. Tidak semua yang baca alQuran akan mendapat hidayah. Bagi yang dikehendaki mendapat pentunjuk Allah, akan dibuka hatinya untuk menerima Islam. Kalau baca alQuran tetapi menolak Islam itu bukan hidayah. Tak siapapun kata jangan ikut alQuran, tak siapapun larang baca alQuran. Tetapi mengikut alQuran bukan dengan niat menentang islam atau mencari sesuatu yang lain dari Islam, beribu orang Islam yang telah mengkaji alQuran terlebih dahulu dari kita, tak ada pun mereka menolak Islam, malah orang Islam yang dekatkan dirinya dengan alQuran lebih taat mereka pada Islam. Cuba anda pergi ke sekolah tahfiz alQuran. Semua perbuatan dan akhlak mereka jaga. Sehinggakan sumber makana juga kena pastikan tidak dari jalan yang batil. Ilmu al quran tidak akan diperolehi oleh orang yang tidak memelihara amalannya. Sebab itu orang yang tidak bersih diri dan hatinya, tidak akan mendapat ilmu alQuran, berbeza dengan ilmu dunia,siapa belajar dia dapat tak kira niat atau sumber haram atau tidak nya


Salam Zulia,

Semua sekolah sami, sekolah paderi, sekolah rabbi pun kata mereka sangat jaga perbuatan dan akhlak mereka sehinggakan sumber makanan pun kena pastikan bukan dari jalan yang batil.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Pendustaan tanda-tanda kekafiran

Post by Zulia on Sun Jan 09, 2011 11:29 am

Semua agama mengajar orang buat baik, tetapi hanya agama Islam yang mengajar akhlak kepada umatnya, kerana akhlak ialah cara yang ditunjukkan oleh Nabi saw. Kalau perbuatan baik yang mengikut cara hidup agama lain atau kepala otak sendiri, itu bukan akhlak. Yang menentukan samada kiraan amal seseorang ialah akidahnya. Sesiapa yang bukan dalam akidah Islam, tak perlu dihisab baik buruk perbuatannya, kerana tempatnya memang di neraka. Kalau aqidah sudah berubah, ikut alQuran atau tidak,amalannya tetap tertolak. Ini terbukti mereka yang berubah akidah nya dari Islam, fahamannya tetang alQuran juga berubah, perbuatan akan menyerupai orang bukan Islam. Sama macam orang yang tak baca alQuran.
Benarlah alQuran tidak akan memberi petunjuk kepada orang diluar dari akidah Islam.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Pendustaan tanda-tanda kekafiran

Post by faried on Sun Jan 09, 2011 12:16 pm

Zulia wrote:Semua agama mengajar orang buat baik, tetapi hanya agama Islam yang mengajar akhlak kepada umatnya, kerana akhlak ialah cara yang ditunjukkan oleh Nabi saw.


Lantas kenapa ahlak dari kebanyakan umat beragama Islam demikian buruknya?

faried
Pensyarah

Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1711
Registration date: 2010-04-21

Back to top Go down

Re: Pendustaan tanda-tanda kekafiran

Post by tolokminda on Sun Jan 09, 2011 12:45 pm

Zulia wrote:Semua agama mengajar orang buat baik, tetapi hanya agama Islam yang mengajar akhlak kepada umatnya, kerana akhlak ialah cara yang ditunjukkan oleh Nabi saw. Kalau perbuatan baik yang mengikut cara hidup agama lain atau kepala otak sendiri, itu bukan akhlak. Yang menentukan samada kiraan amal seseorang ialah akidahnya. Sesiapa yang bukan dalam akidah Islam, tak perlu dihisab baik buruk perbuatannya, kerana tempatnya memang di neraka. Kalau aqidah sudah berubah, ikut alQuran atau tidak,amalannya tetap tertolak. Ini terbukti mereka yang berubah akidah nya dari Islam, fahamannya tetang alQuran juga berubah, perbuatan akan menyerupai orang bukan Islam. Sama macam orang yang tak baca alQuran.
Benarlah alQuran tidak akan memberi petunjuk kepada orang diluar dari akidah Islam.


Salam Zulia,


Perkataan akidah dengan definasi sebagaimana yang puan faham itu sebenarnya tidak terdapat di dalam Al-Quran. Ia adalah perkataan Hebrew dan digunakan di dalam bible.


tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Pendustaan tanda-tanda kekafiran

Post by Juang on Sun Jan 09, 2011 3:58 pm

faried wrote:
Zulia wrote:Semua agama mengajar orang buat baik, tetapi hanya agama Islam yang mengajar akhlak kepada umatnya, kerana akhlak ialah cara yang ditunjukkan oleh Nabi saw.


Lantas kenapa ahlak dari kebanyakan umat beragama Islam demikian buruknya?

Salam,

Sebab di antara penganut-penganut agama itu, penganut agama Islam hari inilah yang paling tinggi egonya kerana merasakan merekalah yang paling benar di antara semua agama. Sudah sunnah Allah, mana-mana makhlukNya yang paling tinggi egonya, makhluk itulah yang paling buruk perangainya dan mendapat balasan yang buruk juga.

Bukankah iblis yang bongkak merasakan dirinya lebih baik daripada Adam itu ditempatkan pada kedudukan yang buruk berbanding malaikat-malaikat yang sanggup merendah diri kepada Adam setelah sedar yang mereka kurang pengetahuan daripada Adam?

Apakah di antara yang berkata benar dengan yang kuat berdusta itu mempunyai darjat kemuliaan yang sama di sisi Allah? Sudah pastilah yang kuat berdusta itu akan merasakan dirinya lagi bagus seperti iblis pernah merasai, tetapi bukankah Allah tidak memandang perasaan bangga diri yang ada dalam diri manusia itu?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Pendustaan tanda-tanda kekafiran

Post by Zulia on Sun Jan 09, 2011 6:21 pm

Akhlak orang Islam yang buruk itu, ialah mereka yang Islam pada nama, tetapi tidak mengamalkan Islam. Mereka yang tak ikut ajaran Islam dan tidak mungkin mengetahui akhlak nabi. Tak mengamalkan perintah agama juga tidak dikira berakhlak dan tetap berdosa di sisi agama sama dengan melakukan perbuatan dosa. Islam memandang perbuatan meninggalkan kewajiban agama adalah satu kemungkaran dan maksiat kepada Allah. Hanya orang yang meninggalkan Islam memilih tidak berpegang pada agama supaya dirinya tidak terasa dibebani dengan kewajiban Tuhan. Di dunia ini boleh lah manusia ikut hawa nafsunya yang malas sembahyang. Terpulanglah kepada anda nak ikut jalan Nabi atau jalan malas sendiri.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Pendustaan tanda-tanda kekafiran

Post by Juang on Sun Jan 09, 2011 6:29 pm

Salam,

Akhlak yang buruk sudah pasti datangkan daripada sumber yang buruk (dusta). Jika makan sesuatu yang kotor akan menyebabkan kesihatan jasmani jadi buruk, maka makan ajaran yang dusta juga pasti menyebabkan kesihatan rohani jadi buruk. Maka terkeluarkan akhlak-akhlak yang buruk itu.

Meninggalkan ajaran-ajaran dusta itu samalah seperti kita menjauhi makanan-makanan yang kotor yang boleh menyebabkan tahap kesihatan jadi buruk.

Terpulanglah kepada manusia itu nak makan sesuatu yang bersih (benar) atau makan sesuatu yang kotor (dusta). Sebab yang berakhlak buruk itu tuan empunya diri.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum