Log in

I forgot my password

Similar topics
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Hukuman Berzina

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

View previous topic View next topic Go down

Re: Hukuman Berzina

Post by tolokminda on Mon Jan 10, 2011 6:03 pm

Admin wrote:
tolokminda wrote:Salam Admin,

Saya pun tak tau. Tetapi yang jelas penzina dan pelaku sumbang telah ditetapkan set hukuman yang berbeza. Kita sama-samalah berusaha memahaminya. Sebagai permulaan mungkin bapak Faried boleh membantu kerana beliau lebih baik dalam bahasa Arab.


Salam TM,

4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki; Allah sangat mengetahui mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan berilah mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau mengambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka telah dinikahi dan jika mereka melakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang menakuti penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar. Allah Pengampun, Pengasih

Tuhan kata wanita-wanita tersebut boleh kita kahwini dengan izin keluarga mereka, dan beri upah dalam ikatan perkahwinan bukan dalam perzinaan.

Dari keseluruhan ayat di atas, Kesumbangan di situ lebih tepat jika diertikan sebagai melakukan zina. Ini kerana jika wanita yang kita kahwini itu melakukan persetubuhan dengan orang lain bukan dengan suaminya, boleh kita katakan juga melakukan kesumbangan zina.

Tuhan sudah tentukan hukuman kepada penzina lelaki dan perempuan. Jadi, ada logiknya jika hukuman itu separuh daripada hukuman 100 kali sebat ke atas wanita yang merdeka.


Salam Admin,

Saya masih belum memahami ayat 4:25 sepenuhnya. Berikut adalah yang saya faham setakat ini.

--> 4:25 Dan kepada antara kamu yang tidak mempunyai peluang untuk mengahwini perempuan mukmin yang merdeka, maka benarkan dia kahwini gadis mukmin yang berada di dalam jagaan kamu. Dan Tuhan tahu tentang kepercayaan kamu, sebahagian kamu adalah sebahagian yang lain. Kahwini mereka dengan kebenaran keluarga mereka dan berikan mas kahwin - mereka adalah perempuan yang merelakan diri mereka dalam ikatan perkahwinan, yang suci dan bukan perempuan simpanan. Dan apabila mereka telah berkahwin dan kemudian bersalah melakukan kesumbangan (bifahishatin), mereka perlu menerima separuh dari hukuman yang perlu diterima perempuan merdeka. Ini adalah untuk mereka yang takut terjebak melakukan kesalahan. Tetapi yang elok adalah jika kamu bersabar, dan Tuhan pengampun dan penyayang.

Ayat ini merupakan satu kebenaran khusus untuk sesiapa yang hendak berkahwin tetapi tidak berpeluang mendapat perempuan mukmin yang merdeka. Maka Tuhan suruh kita benarkan mereka berkahwin dengan gadis mukmin yang berada di bawah tanggungjawab kita (hamba/pekerja?). Perkara ini dapat difahami melalui bahagian akhir ayat yang menyebut, "ini adalah untuk mereka yang takut terjebak melakukan kesalahan. Tetapi yang elok adalah jika kamu bersabar". Maknanya lebih elok kalau kita bersabar dalam mencari perempuan mukmin merdeka.

Berikut pula adalah ayat yang menetapkan kaedah pembuktian dan hukuman kepada perempuan yang melakukan kesumbangan.

--> 4:15 Dan kepada mereka yang bersalah kerana kesumbangan (alfahishata) dari kalangan perempuan, panggillah saksi yang mendakwa mereka empat dari kalangan kamu; maka jika mereka mengesahkan kesaksian kurung mereka di rumah sehingga kematian mengambil mereka pergi atau Tuhan membuka jalan keluar untuk mereka.

Jelas sekali hukuman melakukan kesumbangan adalah berbeza dengan hukuman zina.

Seperti yang saya katakan, saya masih belum faham sepenuhnya ayat 4:25.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Hukuman Berzina

Post by Zulia on Mon Jan 10, 2011 7:05 pm

Tak faham, kenapa tak tanya?

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Hukuman Berzina

Post by tolokminda on Mon Jan 10, 2011 7:23 pm

Salam Zulia,

Bila saya tak faham, saya cakap tak faham. Supaya kalau ada orang faham mereka boleh kongsi apa yang mereka faham dan saya boleh memikirkannya. Kalau puan Zulia faham, puan kongsilah kefahaman puan. Saya tak perlu tanya.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Hukuman Berzina

Post by Juang on Mon Jan 10, 2011 9:02 pm

Salam,

Apa bezanya di antara "fahshaa" dengan "faahishata"?

7:28. Dan apabila mereka melakukan kesumbangan (faahishata), mereka berkata, "Kami mendapati bapa-bapa kami melakukannya, dan Allah memerintahkan kami dengannya." Katakanlah, "Allah tidak memerintahkan
kesumbangan (fahshaa'); apa, adakah kamu mengatakan mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu?"


Dalam ayat ini, perkataan "faahishata" tidak sesuai hanya dimaksudkan sebagai perbuatan "homoseksual/lesbian". Apatah lagi biasanya mana ada orang beri alasan mereka buat "homoseksual/lesbian" kerana mendapati bapa-bapa melakukan perbuatan itu?

Lihat pula ayat daripada kisah Nabi Yusuf ini;

12:24. Dan sungguh dia (perempuan) bermaksud kepadanya, dan dia (Yusuf) mengambilnya jika dia tidak melihat bukti Pemeliharanya. Demikianlah, supaya Kami memalingkan daripadanya kejahatan dan kesumbangan (fahshaa'); dia adalah antara hamba-hamba Kami yang tulus.

Nabi Yusuf digoda oleh perempuan, bukannya lelaki. Dan Nabi Yusuf dipalingkan daripada kesumbangan yang sudah pastinya bermaksud penzinaan, bukannya homoseks.

Jadi saya nampak perkataan "faahishata" itu adalah perbuatan keji yang umum. Dan jika perkataan itu merujuk pada makna yang umum, maka kesumbangan dalam ayat 4:25 boleh difahami sebagai penzinaan. Dengan itu hukuman penzina wanita yang bukan merdeka adalah separuh daripada penzina wanita yang merdeka.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Hukuman Berzina

Post by tolokminda on Mon Jan 10, 2011 10:56 pm

Salam Juang,

Boleh jadi juga. Cuma perkataan "alfahishata" dalam ayat 4:15 itu, pada pendapat saya menunjukkan ia satu perkara yang spesifik. Dan dengan kaedah pembuktian dan hukuman yang spesifik juga. Tapi memanglah mudah nak mengira separuh dari 100 dari menentukan separuh dari baki umur seseorang.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Hukuman Berzina

Post by Juang on Tue Jan 11, 2011 8:52 am

Salam TM,

Oleh kerana kesumbangan itu merujuk pada satu perbuatan keji yang umum, mungkin kita kena melihat seluruh konteks ayat. Contohnya dalam ayat 4:15 itu ada menyebut "perempuan-perempuan kamu" dan ayat kemudiannya (4:16) pula disebut "dua orang di antara kamu" merujuk pada lelaki, maka pendapat saudara bahawa ia adalah perihal kesalahan homoseks/lesbian boleh diterima. Namun perkataan kesumbangan dalam 4:25 dan kisah Nabi Yusuf lebih kuat jika dikatakan penzinaan.

Berbalik tentang topik ini, yang nyatanya Allah tidak membezakan hukuman zina berdasarkan status berkahwin atau bujang. Malah tiada ayat Al Quran suruh merujuk riwayat untuk mengada-adakan hukuman lain pada penzina yang telah berkahwin.

Yang pentingnya di sini, sekarang kita sudah dapat bezakan mana yang Allah tetapkan dan mana yang ulamak agama tetapkan. Jadi siapa yang nak taat pada perintah Allah semata-mata, itu hak mereka. Dan siapa nak taat pada ulamak agama, itu juga hak mereka dan kita berlepas diri daripada orang-orang yang menyekutukan Tuhan.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Hukuman Berzina

Post by Admin on Tue Jan 11, 2011 12:48 pm

Salam,

4:25 Dan kepada antara kamu yang tidak mempunyai peluang untuk mengahwini perempuan mukmin yang merdeka, maka benarkan dia kahwini gadis mukmin yang berada di dalam jagaan kamu. Dan Tuhan tahu tentang kepercayaan kamu, sebahagian kamu adalah sebahagian yang lain. Kahwini mereka dengan kebenaran keluarga mereka dan berikan mas kahwin - mereka adalah perempuan yang merelakan diri mereka dalam ikatan perkahwinan, yang suci dan bukan perempuan simpanan. Dan apabila mereka telah berkahwin dan kemudian bersalah melakukan kesumbangan (bifahishatin), mereka perlu menerima separuh dari hukuman yang perlu diterima perempuan merdeka. Ini adalah untuk mereka yang takut terjebak melakukan kesalahan. Tetapi yang elok adalah jika kamu bersabar, dan Tuhan pengampun dan penyayang.

Salam,

Sesuatu yang kita dapat fikirkan bila mana dalam riwayat hadis, rejam adalah hukuman bagi penzina yang sudah berkahwin.

Jika ayat di atas adalah berkaitan tentang hukuman separuh daripada penzina perempuan yang sudah berkahwin (merdeka), bagaimana cara pelaksanaan separuh daripada hukuman rejam itu? Tidakkah masuk akal di situ?

Begitulah, hukuman yang diada-adakan dalam riwayat hadis itu akan bercanggah dengan hukuman yang ditetapkan Tuhan dalam al-quran.

Kalau kita tidak memikirkan ayat al-quran, bagaimana kita nampak semua ini?

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Hukuman Berzina

Post by Juang on Tue Jan 11, 2011 1:35 pm

Salam Admin,

Allah sudah beri amaran bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan berpuas-hati dengan orang Islam, sehingga kita ikut kepercayaan mereka. Seperti yang kita telah tahu, hukuman rejam kepada penzina telah berkahwin wujud dalam bible mereka. Jadi kemungkinan orang-orang Islam tertipu dengan Yahudi dan Nasrani itu tidak mustahil wujud apatah lagi setelah 1500 tahun kewafatan Muhammad.

Bagaimana Allah hendak membezakan orang-orang hari ini yang benar-benar percaya kepadaNya dengan orang yang telah dipengaruhi tabiat Yahudi dan Nasrani itu? Maka diletakkan "kata kunci-kata kunci" seperti yang ada dalam ayat 4:25 itu yang hanya difahami oleh orang-orang yang memikirkan Al Quran sahaja. Bila Al Quran tekankan hukuman wanita hamba yang telah berkahwin adalah "separuh", itu menunjukkan ia adalah hukuman yang boleh dikira, sedangkan hukuman rejam tidak mampu dikira. Dan hukuman yang boleh dikira bagi penzina, telah disebut dalam ayat lain iaitu 100 sebatan. Maknanya, hukuman penzina bagi status berkahwin atau bujang sebenarnya sama.

Begitulah contoh bagaimana Allah melindungi ayat-ayatNya daripada penipu-penipu yang membuat tipu-daya itu? Nak menipu itu memang mudah, tetapi tak semua orang mudah-mudah ditipu.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Hukuman Berzina

Post by Zulia on Tue Jan 11, 2011 2:45 pm

Untuk mengelakkan ditipu kita kena kembali kepada ajaran Islam. Penipu lebih ramai dan lebih licik pada zaman muktahir ini. Kemungkinan manusia ditipu lebih tinggi pada zaman ini. Agama semakin lama semakin diseleweng dan agama yang paling benar ialah pada zaman nabi. Maka hendaklah kita berpegang pada agama Islam kerana ia adalah perlaksanaan alQuran. Tanpa agama, ikutan al Kitab hanya pada sangkaan sahaja. Itu yang diceritakan dalam alQuran, ahli kitab kata dia ikut kitab mereka. Yahudi mendakwa mereka mengikut taurat, Nasrani kata mereka mengikut Injil tetapi alQuran mengatakan mereka telah meninggalkan agama mereka. Dakwaan mengikut kitab tidak menjamin mereka selamat dari kekafiran, kerana itu adalah sangkaan sahaja. Allah akan menjadikan setiap kaum merasakan apa yang mereka buat itu betul. Allah telah mengiktiraf satu umat dan meredhai Islam sebagai agama mereka, iaitu orang beriman yang bersama Nabi saw. Agama dan iman kita mestilah sama dengan umat tersebut, kalau tidak kita bukanlah dari orang Islam.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Hukuman Berzina

Post by Admin on Tue Jan 11, 2011 3:28 pm

Salam,

Bagaimana pandangan Puan Zulia tentang ayat di bawah ini?

4:25. Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik lagi beriman, maka bolehlah kamu kahwini hamba-hamba wanita yang beriman milikmu. Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; Sebahagian kamu adalah dari sebahagian yang lain. Oleh itu kahwinilah mereka dengan izin walinya serta berikanlah mas kahwinnya menurut yang patut. Mereka hendaklah yang sopan bukan perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Apabila mereka telah berkahwin, lalu mereka berzina, maka mereka dikenakan separuh daripada seksaan wanita-wanita merdeka yang berkahwin. Yang demikian itu ialah bagi orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Kalau menurut hukuman dari riwayat hadis, penzina yang berkahwin kena rejam. Jadi, dalam al-quran, jika perempuan hamba yang telah berkahwin berzina, mereka kena hukuman separuh daripada perempuan merdeka. Bagaimana nak kira separuh daripada hukuman rejam itu kalau menurut riwayat hadis?

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Hukuman Berzina

Post by Admin on Tue Jan 11, 2011 3:53 pm

Salam,

17:32. Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat.


17:32 wa laa taqrabuz zinaa* in-nahuu kaana faaHishatan wa saa-a sabiylaa

Berzina juga adalah salah satu kesumbangan di samping perbuatan seperti menyukai kaum sejenis. Ayat 17:32 di atas merupakan bukti lain bahawa ayat 4:25 itu berkaitan dengan hukuman kepada penzina perempuan hamba yang telah berkahwin bukan hukuman perempuan hamba yang melakukan hubungan dengan kaum sejenisnya seperti dalam ayat 4:15.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Hukuman Berzina

Post by tolokminda on Tue Jan 11, 2011 4:47 pm

Salam Admin,

Tahniah. Tuan telah menyelesaikan persoalan ini. Terima kasih. Maknanya seorang hamba wanita yang berkahwin tetapi melakukan kesumbangan/zina hukumannya adalah 50 sebatan. Bagi kesumbangan homoseksual barulah hukum kurung dalam rumah.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Hukuman Berzina

Post by Admin on Tue Jan 11, 2011 5:29 pm

Salam TM,

Saya hanya memberi pendapat sahaja.

Sebenarnya, kalau bukan saudara Juang yang memberikan ayat 4:25 itu dan saudara TM pula yang mendorong untuk berfikir melalui ayat 4:15 itu serta hujah-hujah dari forumer yang lain, tidak mungkin Tuhan beri kita petunjuk.

75:16-18 Jangan gerakkan lidahmu dengan terburu-buru. Kamilah yang mengumpulkannya dan menyempurnakannya untuk bacaan. Maka apabila Kami membacakannya, kamu ikutilah bacaannya. Kemudian Kamilah yang akan menjelaskannya.

Kalau kita berusaha mencari, Tuhan akan menjelaskannya kepada kita.

Tuhan memang hebat!

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Hukuman Berzina

Post by silatgayung on Tue Jan 11, 2011 9:13 pm

aik... betul ke tafsiran2 saudara ni... len mcm jer....

laughing

silatgayung
Tutor

Number of posts: 443
State:
Reputation: 0
Credits: 994
Registration date: 2010-12-09

Back to top Go down

Re: Hukuman Berzina

Post by Juang on Wed Jan 12, 2011 4:54 am

Salam TM & Admin,

Bukankah janji Allah dalam ayat 39:18 itu benar? Itulah tujuan kita buat diskusi begini. Allah tunjukkan di antara kita beberapa ayat-ayatNya untuk melengkapi jawapan yang paling baik.

Tuhan tahu niat hati kita semua sama ada benar-benar ikhlas kepada KitabNya atau berpura-pura sahaja. Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Hukuman Berzina

Post by silatgayung on Fri Jan 14, 2011 10:13 am

aduhai saudara2 sekelian....


mana da ayat Al-quran tentang hukuman ke atas penzina yang sudah berkhawin....




silatgayung
Tutor

Number of posts: 443
State:
Reputation: 0
Credits: 994
Registration date: 2010-12-09

Back to top Go down

Re: Hukuman Berzina

Post by tolokminda on Fri Jan 14, 2011 11:09 am

Salam SG,

Kalau begitu kalau yang dah berkahwin berzina tak payah hukum apa-apalah. Boleh gitu? Atau tuan begitu bernafsu mahu berhukum dengan selain Al-Quran?

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Hukuman Berzina

Post by Admin on Fri Jan 14, 2011 11:34 am

silatgayung wrote:aduhai saudara2 sekelian....


mana da ayat Al-quran tentang hukuman ke atas penzina yang sudah berkhawin....





Salam,

Baiklah, kalau saudara beranggapan ayat 24:2 itu adalah hukuman ke atas penzina yang belum berkahwin, apakah bentuk hukuman ke atas penzina yang sudah berkahwin?

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum