Log in

I forgot my password

Similar topics
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Berkhatan

View previous topic View next topic Go down

Berkhatan

Post by faried on Fri Dec 31, 2010 4:01 pm

Admin wrote:
silatgayung wrote:
berkhatan telah disyariatkan kepada manusia se-awal zaman nabi Ibrahim as.


Berkhatan tidak dinyatakan dalam al-quran. Usahlah menjadi orang yang mahu menipu Allah. Kelak nanti menerima balasan di akhirat.


Kenapa mesti diubah bentuk penciptaan manusia, padahal manusia telah diciptakan dalam bentuk sebaik-baiknya (ahsani).

Laqad khalaqna alinsana fee ahsani taqweemin

# 95:4 (Malay) sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.


Laqad (sungguh benar-benar) adalah penekanan terkeras dalam Alquan, karena ayat 95.4 paling banyak dan paling umum dilanggar, malah dipahami sebagai perintah yang harus dilakukan,

hingga

diyakini sebagai pengisalaman,

dan

tanpa dikhitan, maka seseorang tidak dapat dianggap sebagai muslim,

padahal

ajaran tersebut sama sekali tidak ada petunjuknya dalam Alquran,

justru sebaliknya

ajaran khitan merupakan ajaran non-qurani yang ditiru dari Bibel.

faried
Pensyarah

Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1711
Registration date: 2010-04-21

Back to top Go down

Re: Berkhatan

Post by tolokminda on Fri Dec 31, 2010 7:20 pm

Bersunat: amalan Islam atau Kristian?

Bersunat, iaitu membuang kulit bahagian depan kemaluan lelaki dan membuang sebahagian dari klitoris di kemaluan perempuan bukan lagi dianggap pilihan dalam masyarakat Islam. Walaupun ia disebut “sunat” tetapi pengamalannya tidak ubah seperti wajib.

Sunat atau wajib – hakikatnya, adakah amalan itu satu ketetapan Tuhan? Adakah Tuhan menyuruh kita bersunat atau sekurang-kurangnya menggalakkan kita bersunat? Mari kita lihat apa yang Tuhan kata mengenai mahluk ciptaanNya yang dinamakan manusia.

Al-Quran: 40:64. “Tuhan adalah Dia yang mengamanahkan kepada kamu bumi untuk didiami dan langit sebagai bumbung dan yang mereka kamu dan menyempurnakan bentuk-bentuk kamu dan telah menyediakan kamu kurniaan dari benda-benda yang baik. Begitulah Allah, Tuhanmu. Jadi pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam”.

Tuhan kata Dia reka kita dan Dia sempurnakan sifat fizikal kita. Jadi, apa yang tidak kena dengan kulit di hujung kemaluan lelaki atau klitoris di kemaluan perempuan?

Kita selalu dengar ustaz dan ustazah ceramah kepada kita bahawa Tuhan larang kita mengubah apa-apa berkaitan dengan anggota badan atau penampilan diri. Warnakan rambut pun tak boleh kata mereka. Tapi kenapa membuang kulit atau sebahagian kemaluan yang telah dilengkapkan oleh Tuhan sejak lahir tidak pula dianggap salah malah menjadi sunat yang diwajibkan?

Adakah orang Islam lebih cenderung mengikut ajaran para penggodam Injil dari mengikut Al-Quran yang ada di depan mereka? Mari kita lihat apa kata Injil (Bible) mengenai bersunat.

Gen 17: 14. 1 3 “Mana-mana lelaki yang tidak bersunat kulit depan (kemaluan)nya mesti dipulaukan dari masyarakat kerana dia telah melanggar perjanjian. Ini adalah perjanjian tentang bersunat”.

Gen 17:24. 1 “Ibrahim telah berumur 90 tahun apabila dia bersunat kulit depan (kemaluan)nya”.

Gen 17:25. 18 “Dan Ismail anak lelakinya berumur 13 tahun apabila dia bersunat kulit depan (kemaluan)nya”.

Kita tidak akan menemui apa-apa ayat yang seperti itu di dalam Al-Quran. Fikir-fikirkanlah.

Sumber
http://tolokminda.wordpress.com/2010/02/06/bersunat-amalan-islam-atau-kristian/

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Berkhatan

Post by Juang on Fri Dec 31, 2010 7:41 pm

Salam,

Kalau kita fikir logik pun, jika Allah hendak mengajar kepada Nabi agar kulit depan lelaki perlu dikerat, sudah pasti dalam Al Quran itu diperjelaskan semua. Ini kerana bukan susah pun nak bawakan kembali kisah-kisah Nabi terdahulu dikhatankan (jika benar). Sedangkan bermacam-macam kisah Nabi terdahulu yang komplikated pun dapat disebutkan dengan jelas dalam Al Quran, takkanlah setakat nak bagitahu yang Nabi ibrahim atau ismail pernah dikhatankan boleh terlepas pula dicatatkan dalam Al Quran?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Berkhatan

Post by Admin on Mon Jan 03, 2011 5:48 pm

apakah terdapat larangan berkhatan dalam Al-quran?

dan seperti pembuataan kereta dan komputer jugak bukan bermaksud ia dilarang semata mata ia tiada dalam Al-quran


Salam,

Memanglah tiada suruhan mahupun larangan berkhatan secara nyata tapi, bila kita jumpa ayat ini, patutkah kita mewajibkan khatan kepada orang islam?

40:64. “Tuhan adalah Dia yang mengamanahkan kepada kamu bumi untuk didiami dan langit sebagai bumbung dan yang mereka kamu dan menyempurnakan bentuk-bentuk kamu dan telah menyediakan kamu kurniaan dari benda-benda yang baik. Begitulah Allah, Tuhanmu. Jadi pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam”.

Saya berpendapat, nak khatan pun khatanlah. Cuma jangan kata ia suruhan Tuhan. Lagi satu kita kena fikir, suruhan berkhatan ini ada dalam bible. Adakah kita nak ikut suruhan dari bible?

Soal buat kereta dan komputer. Memang tiada larangan mahupun suruhan. Tapi, ada tak manusia yang wajibkan setiap orang islam perlu buat kereta dan komputer? bukankah manusia itu berhak pilih sama ada nak buat atau tidak?

Bagaimana dengan berkhatan yang tiada suruhan dalam al-quran tapi diwajibkan kepada orang islam? apakah orang islam tak berhak memilih?

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Berkhatan

Post by Juang on Mon Jan 03, 2011 6:03 pm

Salam,

Tambahan lagi, berdasarkan ayat 40:64 itu, penciptaan kereta dan komputer tidak mengubah bentuk-bentuk manusia. Sebaliknya berkhatan mengubah bentuk-bentuk pada anggota manusia sama seperti bertatoo yang mereka kata suatu yang dilarang.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Berkhatan

Post by Zulia on Mon Jan 03, 2011 6:19 pm

Orang Islam tidak berhak memilih sesuatu kewajiban yang ditetapkan Allah. Kalau nak buat pilihan ialah mereka yang bukan mukhalaf.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Berkhatan

Post by tolokminda on Mon Jan 03, 2011 8:26 pm

Salam Zulia,

Boleh puan buktikan bahawa berkhatan itu satu kewajipan yang ditetapkan Tuhan?

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Berkhatan

Post by Juang on Mon Jan 03, 2011 9:24 pm

Salam,

Orang Islam berhak memilih di antara sesuatu kewajipan yang ditetapkan oleh Tuhan atau kewajipan yang ditetapkan oleh ulamak agama. Ini kerana Tuhan dan ulamak agama itu suatu yang berbeza sifat-sifatnya. Itulah cara untuk orang Islam menjauhi perbuatan menyekutukan Tuhan. Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Berkhatan

Post by Zulia on Mon Jan 03, 2011 9:47 pm

tolokminda wrote:Salam Zulia,

Boleh puan buktikan bahawa berkhatan itu satu kewajipan yang ditetapkan Tuhan?


Kerana Nabi telah mewajibkannya. Saya percaya pada Nabi yang merupakan utusan Allah.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Berkhatan

Post by tolokminda on Mon Jan 03, 2011 9:48 pm

Zulia wrote:
tolokminda wrote:Salam Zulia,

Boleh puan buktikan bahawa berkhatan itu satu kewajipan yang ditetapkan Tuhan?


Kerana Nabi telah mewajibkannya. Saya percaya pada Nabi yang merupakan utusan Allah.


Salam,

Boleh saya tahu bagaimana puan tahu Nabi benar-benar telah mewajibkannya?

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Berkhatan

Post by Admin on Mon Jan 03, 2011 11:19 pm

Salam,

Itulah yang dihairankan bagaimana mereka mewajibkan berkhatan kepada orang islam sedangkan tiada ayat al-quran yang menyuruh demikian. Bila Tuhan tidak suruh mereka buat sebagai satu ketetapan kononnya dari Tuhan.

Tapi bila Tuhan suruh guna akal, banyak sekali yang membantah.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Berkhatan

Post by Juang on Mon Jan 03, 2011 11:24 pm

Salam,

Yang jelas Allah suruh buat, mereka tidak mahu buat. Yang Allah tak suruh wajibkan, itu yang mereka beria-ia nak wajibkan.

Setakat hujung kulit anu terbuka, tetapi minda tak terbuka, tiada bezanya dengan orang-orang Yahudi yang taksub dengan kepercayaan tradisi mereka. Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Berkhatan

Post by Juang on Sat Jan 08, 2011 6:47 am

dipindahkan daripada topik Hukuman Berzina

silatgayung wrote:
jika saudara gagal membawa ayat Al-quran suruhan mau pun larangan itulah bukti kegagalan saudara berhujah yang kononnya pakai Al-quran ... dan oleh kerana tiada ayat Al-quran yang melarang maka kami bebas dengan pegangan kami terhadap sumber kedua

Salam,

Laa, bila masa saya melarang saudara nak berkhatan? Kalau saya buat larangan berkhatan atas nama Allah, logiklah saya kena kemukakan ayat-ayat Al Quran sebagai sokongan.

Saya hanya minta bukti daripada saudara, ayat Al Quran mana menunjukkan Allah mewajibkan berkhatan sebab saudara beria-ia benar nak mewajibkan berkhatan macam orang-orang Yahudi dan Nasrani buat. Jika saudara gagal kemukakan bukti, itu menunjukkan kewajipan berkhatan itu bukannya daripada Allah tetapi kerana saudara mengikut ajaran orang Yahudi dan Nasrani saja. Itu sahaja saya nak tahu. Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum