Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 2 BotsNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Penurunan Al Quran
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 7 of 7 • Share •
Page 7 of 7 •
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7
Re: Penurunan Al Quran
Salam Juang,
Tuhan kata Dialah yang akan menjelaskan Al-Quran kepada sesiapa yang membacanya - bukan ustaz atau guru ngaji. Oleh itu langkah pertama yang patut dilakukan oleh sesiapa saja yang ingin memahami Al-Quran kenalah mulakan dengan membacanya dalam bahasa yang difahami. Bandingkan antara terjemahan yang ada atau wujudkan kelompok perbincangan supaya sebarang pendapat boleh dikongsi. Bukankah Tuhan suruh dengar semua pendapat dan pilih yang terbaik?

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: Penurunan Al Quran
Salam TM,
Di antara hikmah bila kita wujudkan perbincangan untuk memilih pendapat yang terbaik supaya tiada mana-mana pihak memonopoli agama untuk mendapat pengaruh, nama, pangkat atau wang ringgit. Bukankah Rasulullah menyampaikan Al Quran yang diturunkan itu tanpa mengharapkan upah.
Hari ini kita lihat ramai golongan agamawan menjadikan agama untuk kepentingan hawa nafsu mereka. Bayangkanlah jika mereka mengajar sesuatu ajaran yang dusta untuk mendapat duit, bukankah itu duit yang kotor hasil menipu orang ramai? Bukankah sama sahaja mereka dengan pemakan-pemakan duit skim cepat kaya?
Agama Allah perlu disampaikan dengan ikhlas, jujur dan telus. Barulah kebenaran itu akan terserlah.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Penurunan Al Quran
10:37. Al-Qur'an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, tetapi ia adalah satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan satu penjelasan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, daripada Pemelihara semua alam.
Al Quran tidak mungkin diada-adakan selain daripada Allah. Tetapi tiada ayat Al Quran mengatakan riwayat hadis tidak mungkin diada-adakan selain daripada Allah.
Di antara 2 makanan, satu tidak mungkin tercemar dengan kekotoran dan satu lagi ada kemungkinan tercemar dengan kekotoran, patutkah kita makan sesuatu yang ada kemungkinan tercemar sedangkan kita sudah disediakan dengan makanan yang terjamin kebersihannya?
Begitulah di antara Al Quran yang diturunkan oleh Allah dengan riwayat hadis yang disampaikan atas nama si anu bin si anu itu. Salah satunya terjamin bersih daripada pendustaan (Al Quran) dan satu lagi tidak terjamin daripada penipuan (riwayat hadis). Patutkah kita ambil yang bercampur-aduk dengan pendustaan dan menurutinya membuta-tuli?
Selain itu, ayat 10:37 mengatakan Al Quran hanya mengesahkan sesuatu yang ada sebelum Al Quran, sedangkan riwayat hadis wujud selepas Al Quran. Bermakna Al Quran tidak pernah mengesahkan riwayat hadis itu adalah benar-benar daripada Nabi. Apatah lagi kegagalan pelopor riwayat hadis untuk menunjukkan ayat Al Quran manakah yang suruh rujuk riwayat hadis, ia menguatkan lagi bukti bahawa riwayat hadis bukannya satu keperluan selain Al Quran.

Tidak ada paksaan bagi orang yang sudah memisahkan hatinya dari Islam. Bagi orang Islam, kita telah beriman dengan agama yang didatangkan melalui Pemberi peringatan yang telah diutuskan sebagai rahmat sekelian alam. Di akhirat nanti penghuni neraka akan ditanya tentang ini, dan mereka menjawab, ia memang telah datang kepada kami tapi kami telah mendustakannya. Mereka yang menolak agama dan hidup dengan cara sendiri, tidak ada bezanya dengan orang-orang yang menentang rasul. Berulang-ulang ayat alQuran mengingatkan kita supaya jangan mendustai Rasul, jangan menjadi orang yang menentang para Nabi, tetapi masih juga mereka melakukan. Agama ialah jalan yang lurus yang Nabi tunjukkan. Selain dari jalan itu adalah taghut, walaupun cuba fahami alQuran tetapi tanpa ilmu lalu bertentangan dengan Jalan Nabi, ia juga taghut. Sia-sia saja fahaman yang dianggap betul tapi sebenarnya tidak kerana mendustai Jalan Nabi.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Penurunan Al Quran
Salam,
Tiada paksaan bagi orang yang sudah memisahkan hatinya daripada Al Quran dan menolak akalnya sendiri walaupun Al Quran itu tidak mungkin diada-adakan oleh Allah dan Al Quran suruh kita berfikir.
Apakah orang yang jelas menolak Al Quran yang terang-terang daripada Allah itu layak dinamakan muslim lagi? Sia-sia sahaja orang yang setakat mengaku Islam tetapi tidak tunduk pada Al Quran yang Allah turunkan.
Bukankah pelajar yang mengaku pandai tetapi pemalas memikirkan mata pelajaran yang diambil pasti akan gagal di dalam peperiksaan juga? Begitulah dengan nasib orang yang mengaku ikut Al Quran, tetapi dalam hati mereka ada kekafiran.
Tiada paksaan bagi orang yang sudah memisahkan hatinya daripada Al Quran dan menolak akalnya sendiri walaupun Al Quran itu tidak mungkin diada-adakan oleh Allah dan Al Quran suruh kita berfikir.
Apakah orang yang jelas menolak Al Quran yang terang-terang daripada Allah itu layak dinamakan muslim lagi? Sia-sia sahaja orang yang setakat mengaku Islam tetapi tidak tunduk pada Al Quran yang Allah turunkan.
Bukankah pelajar yang mengaku pandai tetapi pemalas memikirkan mata pelajaran yang diambil pasti akan gagal di dalam peperiksaan juga? Begitulah dengan nasib orang yang mengaku ikut Al Quran, tetapi dalam hati mereka ada kekafiran.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Penurunan Al Quran
57:25. Sesungguhnya Kami mengutus rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti yang jelas, dan Kami menurunkan bersama mereka al-Kitab dan Timbangan (rasional), supaya manusia menegakkan keadilan. Dan Kami menurunkan besi, padanya kekuatan yang sangat, dan banyak manfaat kepada manusia, dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong-Nya, dan rasul-rasul-Nya, dalam keadaan ghaib. Sesungguhnya Allah Kuat, Perkasa.
Ketika para Rasul menyampaikan dakwah, Allah turunkan kepada mereka Kitab dan Timbangan atau yang dimaksudkan sebagai rasional. Dengan berfikiran rasional barulah manusia boleh tegakkan keadilan. Mereka tidak akan bias kepercayaan tradisi. Sebab itulah semua Rasul meninggalkan amalan atau kepercayaan tradisi masing-masing sebelum diutuskan sebagai rasul-rasul Allah.
Mana ada dalam Al Quran kisah seseorang Rasul mempertahankan kepercayaan tradisi kaumnya sendiri? Hanya orang-orang musyrik sahaja berbuat begitu.
Penciptaan teknologi berasaskan besi bukan sahaja dapat memberi banyak manfaat kepada manusia seperti dalam pengakutan, pertahanan dan pembinaan, malah ia juga menjadi bukti bagi Allah, siapakah golongan yang menolong-Nya dan rasul-rasul-Nya. Tidak hairanlah kenapa Allah berikan kekuatan kepada bangsa Barat hari ini, kerana mereka bijak menggunakan teknologi pembuatan berasaskan besi.
Lihatlah bagaimana kaum yang beritual mengelilingi sebongkah batu itu pun terpaksa melutut menggunakan teknologi kenderaan berasaskan besi yang Allah ilhamkan kepada saintis Barat itu. Kenapa kaum itu tidak suruh pembesar agama mereka menjampi agar mereka terus terbang ke tanah berkiub batu itu dengan harga yang lebih murah? Bukankah mereka meletakkan pembesar agama mereka setara dengan Tuhan?
Kenapa mereka bagaikan menjilat ludah mereka sendiri setelah menghukum orang Barat sebagai bukan Islam atau kafir, tetapi mereka tanpa segan-silu menggunakan teknologi pembuatan daripada Barat itu? Apakah mereka malu nak mengaku gara-gara pemalas berfikir selama ini, Allah tidak memilih mereka sebagai orang yang pandai dalam pembuatan berasaskan besi?

57:26. Dan Kami telah mengutus Nuh, dan Ibrahim, dan Kami membuatkan Kenabian dan al-Kitab untuk menjadi di kalangan keturunan mereka; dan sebahagian antara mereka mendapat petunjuk, dan kebanyakan antara mereka orang-orang fasiq.
57:27. Kemudian Kami mengutus, menyusuli jejak-jejak mereka, rasul-rasul Kami; dan Kami mengutus, untuk menyusuli mereka, Isa putera Mariam, dan Kami memberikannya Injil. Dan Kami membuatkan di dalam hati orang-orang yang mengikutinya kelembutan, dan pengasihan. Dan rahbaniyah (sistem berahib) yang mereka reka - Kami tidak menuliskan (menetapkan) untuk mereka - hanya untuk menginginkan kepuasan hati Allah; tetapi mereka tidak mengawasinya sebagaimana ia patut diawasi. Maka Kami memberi orang-orang antara mereka yang percaya upah mereka; dan kebanyakan antara mereka adalah orang-orang fasiq.
Seperti yang diturunkan kepada Nuh dan Ibrahim, iaitu Kitab Allah, begitu jugalah yang Allah turunkan kepada Isa putera Mariam, iaitu Kitab Allah yang dinamakan Injil. Tidak pula Allah iktiraf riwayat hidup Isa yang dinamakan gospel itu sebagai tambahan kepada Injil. Jadi bagaimana pada Muhammad, ada orang menambah riwayat hadis sebagai penjelasan Al Quran? Bukankah itu menunjukkan persamaan perangai mereka dengan pengikut-pengikut gospel iaitu menolak Kitab Allah untuk menurut membuta-tuli "hearsay" yang diterapkan oleh pembesar-pembesar agama mereka?
Taktik orang-orang nak menolak Kitab Allah ini mudah sahaja dikesan kerana perangai mereka Allah letakkan sama seperti perangai orang-orang kafir terdahulu. Mereka tidak komited dengan Kitab Allah, tetapi mengagung-agungkan kitab riwayat si anu dan si anu mereka.

Bagi orang islam, akidah hendaklah tepat seperti yang ditarbiahkan oleh Nabi. Sebab yang logik, agama lebih difahami oleh Nabi. Kitab dan hikmah juga diturunkan pada Nabi. Hikmah itu ialah cara atau pertimbangan yang paling berakhlak yang ditunjukkan oleh Nabi. Tanpa mempelajari ajaran Nabi, manusia tidak mampu menggunakan rasional yang sama sebagaimana nabi telah tunjukkan melalui akhlak nya yang paling tinggi. Di sinilah penggunaan akal utk menerima ajaran Nabi itu. Di sini juga, akidah tetap memainkan peranannya. Rasional manusia mengikut akidahnya. Kalau akidah berubah dari Islam, rasional nya akan juga berubah dan sia-sia lah hidupnya.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Penurunan Al Quran
Salam,
Oleh kerana Nabi pun suruh ikut Al Quran yang dia sampaikan, maka sesiapa yang tolak Al Quran, samalah seperti tidak mahu ditarbiah oleh Nabi. Lainlah Allah pernah ajar Nabi supaya membaca riwayat hadis oleh si anu bin si anu itu, logiklah kita pun berbuat apa yang Allah pernah ajar pada Nabi.
Ini tidak, yang jelas apa yang Allah suruh Nabi buat (memikirkan Al Quran), mereka tak mahu buat. Yang ulamak agama mereka suruh buat (menjadikan riwayat hadis sebagai penjelas Al Quran) itu pula yang mereka buat. Nampak sangat mereka lebih taat kepada ulamak agama daripada taat kepada Allah.
Mereka berpura-pura mengaku ikut Al Quran, hakikatnya mereka lebih percayakan ulamak agama seperti mana orang Nasrani terdahulu mengaku ikut Nabi Isa tetapi hakikatnya mereka lebih percaya pada paderi-paderi mereka yang menjadikan gospel (riwayat hidup Nabi Isa) lebih utama daripada Injil. Jelas Allah tunjukkan persamaan perangai mereka.
Bukankah yang jujur dengan yang berpura-pura itu ada bezanya?

Seorang isteri yang mencintai suaminya pasti akan gembira dan senang hati untuk memakai baju yang dihadiahkan oleh suaminya. Tetapi jika isteri itu hanya cakap manis di bibir kononnya menyukai baju itu tetapi lebih suka memakai baju yang dihadiahkan oleh lelaki-lelaki lain, itu menunjukkan si isteri berpura-pura di hadapan suaminya sahaja.
Begitulah jika seorang manusia yang mencintai Tuhannya, pasti dia akan gembira dan senang hati untuk menggunakan Al Quran yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Tetapi jika manusia itu hanya cakap manis di bibir kononnya mengikut Al Quran tetapi lebih suka menggunakan kitab-kitab riwayat yang diada-adakan oleh syaitan, itu menunjukkan manusia itu berpura-pura di hadapan Tuhannya.
Bukankah yang benar-benar mencintai itu berbeza dengan yang hipokrit

3:3. Dia menurunkan kepada kamu al-Kitab dengan yang benar, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan Dia menurunkan Taurat dan Injil,
3:4. Sebelumnya, sebagai petunjuk bagi manusia, dan Dia menurunkan Pembeza. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, bagi mereka, azab yang keras; dan Allah Perkasa, Pendendam.
Al Quran diturunkan untuk mengesahkan apa yang Allah turunkan sebelumnya.Di dalam Al Quran ada Pembeza. Maka mudah kita mengenal mana yang benar-benar diturunkan kepada Nabi dan mana yang diada-adakan atas nama seseorang Nabi. Oleh kerana Al Quran membawakan akhlak para Nabi dan perangai orang-orang kafir terdahulu, maka mudah kita mengesan jika ada orang sekarang nak berdusta atas nama Nabi.
3:4. Sebelumnya, sebagai petunjuk bagi manusia, dan Dia menurunkan Pembeza. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, bagi mereka, azab yang keras; dan Allah Perkasa, Pendendam.
Al Quran diturunkan untuk mengesahkan apa yang Allah turunkan sebelumnya.Di dalam Al Quran ada Pembeza. Maka mudah kita mengenal mana yang benar-benar diturunkan kepada Nabi dan mana yang diada-adakan atas nama seseorang Nabi. Oleh kerana Al Quran membawakan akhlak para Nabi dan perangai orang-orang kafir terdahulu, maka mudah kita mengesan jika ada orang sekarang nak berdusta atas nama Nabi.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Penurunan Al Quran
Sebab itu akhlak Nabi saw ialah segala perbuatannya yang mulia dan perkataannya yang mulia, harus diikuti, macam tu ya bang. Solat yang berakhlak juga adalah solat Nabi saw. Jangan tinggal solat tau. Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang, tiada gunanya. Cuba tanya isteri abang, cuba ingat janji sebelum kahwin dulu.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Penurunan Al Quran
Salam,
Setuju bahawa akhlak para Nabi memang mulia. Kalau tidak mulia, tidaklah mereka diangkat sebagai Nabi. Bila berakhlak mulia, baginda tidak akan berdusta dan mengada-adakan apa yang Allah tak ajar. Kalau Allah suruh fikirkan Al Quran, Nabi tak mungkin suruh manusia jangan fikir Al Quran dan menurut membuta-tuli. Itu bukannya akhlak mulia.
Dan seorang Nabi tidak akan menjadikan matahari, bulan atau batu sebagai hala untuk mengadap Allah. Bukankah Allah sudah ajar Nabi bahawa di mana jua manusia itu mengadap, di situ ada Wajah Allah? Nabi seorang yang memahami ayat-ayat Allah, bukannya orang yang susah nak faham ayat-ayat Allah macam orang kafir itu.
Atas sebab Nabi mudah faham ayat-ayat Allah, logiklah Allah turunkan ayat-ayatNya kepada Nabi, bukan kepada orang-orang kafir yang susah nak faham ayat-ayat Allah yang mudah-mudah itu.

Agama Islam ialah pemahaman keseluruhan alQuran. Siapa yang tak faham alQuran ialah orang yang tak faham agama Islam. Ingat kembalilah pada Islam, mengapa mau keluar dari agama?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Penurunan Al Quran
Salam,
Benar. Kalau orang yang tak faham buku Fizik tidak layak dipanggil ahli Fizik, macam itulah dengan orang yang tak faham dengan Al Quran tidak layak dipanggil ahli Al Quran. Apatah lagi bila mereka menipu mengatakan mereka ikut Al Quran, tetapi sebenarnya mereka ikut kitab yang Al Quran tak pernah suruh baca. Islam apa kebendanya kalau menipu macam itu kan?
Benar. Kalau orang yang tak faham buku Fizik tidak layak dipanggil ahli Fizik, macam itulah dengan orang yang tak faham dengan Al Quran tidak layak dipanggil ahli Al Quran. Apatah lagi bila mereka menipu mengatakan mereka ikut Al Quran, tetapi sebenarnya mereka ikut kitab yang Al Quran tak pernah suruh baca. Islam apa kebendanya kalau menipu macam itu kan?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Penurunan Al Quran
Salam Juang,
Sudah tentu menipu bukanlah akhlak Islam.
Sudah tentu menipu bukanlah akhlak Islam.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: Penurunan Al Quran
Salam TM,
Tidak logik Al Quran diturunkan semata-mata untuk ajar manusia menipu. Jadi yang kuat menipu itu tidak layak dipanggil Islam pun.
Dengan penurunan Al Quran itu, jelaskan perbezaan di antara orang-orang yang jujur dengan orang-orang yang penipu.
Orang-orang yang jujur, kalau dia mengaku ikut Al Quran, maka sudah pastilah dia akan bawakan ayat-ayat Al Quran sahaja sebagai penguat hujah. Tetapi orang-orang yang penipu, mereka akan campur-adukkan Al Quran itu dengan ajaran riwayat.
Bukankah jelas perbezaan di antara jujur dengan penipu itu?
Tidak logik Al Quran diturunkan semata-mata untuk ajar manusia menipu. Jadi yang kuat menipu itu tidak layak dipanggil Islam pun.
Dengan penurunan Al Quran itu, jelaskan perbezaan di antara orang-orang yang jujur dengan orang-orang yang penipu.
Orang-orang yang jujur, kalau dia mengaku ikut Al Quran, maka sudah pastilah dia akan bawakan ayat-ayat Al Quran sahaja sebagai penguat hujah. Tetapi orang-orang yang penipu, mereka akan campur-adukkan Al Quran itu dengan ajaran riwayat.
Bukankah jelas perbezaan di antara jujur dengan penipu itu?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Page 7 of 7 •
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7
Similar topics» Sejarah Al-Quran 1
» Quran Shareef Para # 12
» Quran Arabic Urdu Audio Translation
» Maksud Sujud Dalam Al-Quran
» Al-Quran: Nyanyian atau Peringatan?
» Quran Shareef Para # 12
» Quran Arabic Urdu Audio Translation
» Maksud Sujud Dalam Al-Quran
» Al-Quran: Nyanyian atau Peringatan?
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 7 of 7
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum