Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Mengapa Pilih Al-Quran

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Go down

Mengapa Pilih Al-Quran

Post by Zulia on Mon Dec 13, 2010 6:04 pm

peringatan itu dari mana? Dari al Quran? Al Quran ini datang dari mana? Hanya bangsa Arab yang mengaku Islam yang mengatakan ia dari tuhan. Iaitu Bangsa Arab yang tinggal di Mekah. Dan bahasa al Quran itu ialah bahasa mereka sampai sekarang ini. Bangsa lain tidak percaya wujudnya al Quran itu. Dan bangsa lain juga yang mencipta roket dan kapal terbang dan mampu hidup di angkasa lepas. Orang yang percaya kepada al Quran sebenarnya mempercayai orang-orang Arab yang memberitahu tentang kelahiran Nabi akhir zaman di tengah masyarakat Arab Mekah dan membawa kitab al Quran itu. Tidak ada satu bangsa lain dan yang tinggal ditempat lain yang memberitahu al Quran itu dari bangsa mereka. Yang adapun yang mendakwa tuhan sebenarnya menurunkan kitab pada kaum mereka dan penyelamat akhir zaman juga dari bangsa mereka. Menariknya cerita hampir sama tetapi nama wataknya dan nama kitabnya yang berbeza. Dan yang lebih menarik bangsa Melayu tidak mempunyainya dan hanya menurut saja cerita dari bangsa lain.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Mengapa Pilih Al-Quran

Post by Admin on Tue Dec 14, 2010 9:49 am

Salam,

Tuhan turunkan al-quran dalam bahasa arab agar orang-orang arab faham isi kandungannya dan seterusnya disampaikan pula kepada bangsa-bangsa yang lain. sebab itulah, al-quran sampai ke tangan kita hari ini.

Kalau al-quran itu diturunkan kepada bangsa melayu, orang-orang melayu perlu menyampaikan kepada bangsa-bangsa lain.

Utk memastikan al-quran itu benar-benar peringatan dari Tuhan atau tidak, kita kena baca dan selidik isi kandungannya. Kalau ianya selari dengan hukum alam, memang benarlah ianya dari Tuhan dan kita perlu alert dengan apa jua peringatan yang disampaikan.

Begitu juga kalau nak baca kitab2 lain termasuk kitab riwayat hadis, perlu diselidiki terlebih dahulu. jika ianya melanggar hukum alam, perlukah lagi kita menanam kepercayaan kita kepada kitab2 tersebut?

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Mengapa Pilih Al-Quran

Post by Zulia on Tue Dec 14, 2010 1:17 pm

Yang mendakwa tuhan menurunkan al Quran pada mereka, siapa? Mereka sendiri. Bangsa lain juga ada membuat dakwaan yang sama. Dan bangsa yang menghasilkan ilmu teknologi termaju bukan dari bangsa yang kata al quran itu dari tuhan. Adakah tuhan menurun satu kitab agar manusia yang lemah ini membuat penilaian atas kitab itu untuk di terima atau tidak? Kalau kitab itu dari Allah ia pasti lebih utama dari hukum alam ini. Kalau manusia terpaksa menilai kitab Allah mengikut hukum alam, maka kita mengikut hukum alam bukan ikut kitab tuhan.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Mengapa Pilih Al-Quran

Post by Admin on Tue Dec 14, 2010 1:31 pm

Salam,

Siapa saja boleh mendakwa kitab itu dan ini daripada Tuhan. Namun, sejauhmana kebenaran tentang apa yang mereka dakwa itu? Untuk membuktikan kebenaran tersebut, ianya perlu dinilai berdasarkan apa yang dibawa oleh kitab tersebut. Jika ianya selari dengan hukum alam, maka benarlah apa yang dikatakan ianya dari Tuhan sebab Sunnah Tuhan tidak pernah berubah.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Mengapa Pilih Al-Quran

Post by Admin on Tue Dec 14, 2010 1:41 pm

Zulia wrote:'keyakinan' anda kepada Al Quran itu sebab ia ianya telah ditanam oleh nenek moyang yang mendapatnya dari bangsa Arab yang menulis al Quran itu. Ada juga bangsa yang nenek moyang mereka tidak pernah ajar tentang al Quran dan mereka tampil sebagai bangsa yang mengusai dunia teknologi dan ekonomi dunia kini.


Salam,

Meskipun ada bangsa yang tidak pernah diajar oleh nenek moyang mereka tentang al-quran, sekurang-kurangnya merekalah bangsa yang tidak menurut membuta tuli.

Mereka yang tidak mendapat peringatan/ mesej-mesej al-quran sekurang-kurangnya melaksanakan apa yang Tuhan suruh yakni mereka tahu menggunakan akal berbanding bangsa yang sudah didedahkan dengan al-quran sejak sekian lama.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Mengapa Pilih Al-Quran

Post by Zulia on Tue Dec 14, 2010 1:52 pm

mana yang betul ikut akal ke atau ikut nenek moyang yang ajar al Quran?

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Mengapa Pilih Al-Quran

Post by Admin on Tue Dec 14, 2010 2:11 pm

Salam,

Dalam al-quran, banyak ayat yang suruh guna akal. Jadi, orang yang menggunakan akal itu sebenarnya yang ikut al-quran.

Kalau apa yang diajar oleh nenek moyang itu membuatkan dia faham, takpelah juga. Tapi, kalau diajar cara melagukan ayat al-quran, itu yang tak patut tu.


Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Mengapa Pilih Al-Quran

Post by Zulia on Tue Dec 14, 2010 5:26 pm

Mengapa anda nak ikut kata bangsa Arab supaya ikut alQuran? Bangsa lain kata ikut akal sahaja. Jadi anda ikut bangsa apa?

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Mengapa Pilih Al-Quran

Post by Admin on Tue Dec 14, 2010 5:56 pm

Salam,

Ini bukan masalah tentang siapa ikut bangsa apa.

Tuhan turunkan al-quran dalam bahasa arab. Tidak semestinya orang yang percaya kepada al-quran itu kena ikut bangsa arab.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Mengapa Pilih Al-Quran

Post by Juang on Wed Dec 15, 2010 6:47 am

Salam,

Ambil pengajaran ayat 39:18 yang suruh kita mengikut yang paling baik sesuatu yang kita dengar itu. Ayat itu tak hadkan agar kita ikut ulamak tradisi kaum sendiri. Sesiapa jua yang bawakan yang paling baik, kita ikutlah. Itulah orang yang dapat petunjuk dan mempunyai minda sebab yang paling baik itu sudah pasti datangnya daripada Allah.

Yang paling baik akan selalu menyokong antara satu sama lain. Umpamanya Al Quran adalah kitab yang paling baik berbanding kitab-kitab kepercayaan yang ada di dunia ini. Ia mengatakan manusia boleh tembus ke langit dengan kekuatan. Kemudian saintis barat membuktikan lagi dengan kekuatan enjin roket yang mereka cipta dan kekuatan semangat mereka nak kaji tentang pembinaan roket itu, mereka pun berjaya tembusi ke langit. Ilmu buat roket adalah yang paling baik manusia temui setakat ini.

Begitulah sesuatu yang paling baik pasti akan membawa kepada penemuan ilmu-ilmu terbaik di masa akan datang.

Set hala tuju hidup kita ke arah yang paling baik, pasti di situ ada Wajah Tuhan, bukannya hanya khususkan ke arah matahari, bulan atau pun batu.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mengapa Pilih Al-Quran

Post by Zulia on Wed Dec 15, 2010 9:03 am

masalah nya quran yang anda ikut itu ditulis oleh bangsa arab. Yang mula-mula cakap al Quran itu dari Allah juga bangsa Arab, orang melayu tak tahu apa-apa. Kalau anda percaya begitu bermakna anda percaya apa yang dikatakan oleh orang Arab itu. Mengapa bangsa lain yang tak ikut kata orang Arab ini lebih berjaya? Maksudnya kalau tak baca kitab orang arab tetapi sekadar gunakan akal kita masih boleh berjaya.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Mengapa Pilih Al-Quran

Post by Admin on Wed Dec 15, 2010 9:49 am

Salam,

Percaya al-quran tanpa menyelidiki isi kandungannya barulah dikatakan percaya membabi-buta dan taksub kepada apa yang dikatakan oleh orang arab itu.

Ianya berbeza dengan percaya al-quran setelah menyelidiki isi kandungannya. dari bangsa mana pun datangnya al-quran, kita tetap percaya al-quran itu.

Sama ada sesebuah bangsa itu membaca atau tidak baca al-quran itu tetap berjaya. Ini bergantung kepada sejauhmana mereka menggunakan akal mereka. orang yang malas menggunakan akal tapi membaca al-quran tetap tidak berjaya. mungkin mereka dikatakan hanya rajin melagu-lagukan al-quran.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Mengapa Pilih Al-Quran

Post by Zulia on Wed Dec 15, 2010 11:04 am

kalau seorang itu tidak perlu mengikut kata orang Arab supaya percaya buku yang mereka tulis, soal melagukan buku itu langsung tidak timbul. Anda masih tak menggunakan akal seratus peratus. Sebab itu bangsa yang maju ialah mereka yang guna akal seratus peratus, bukan bangsa Arab atau anda yang mengikut kata orang Arab itu.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Mengapa Pilih Al-Quran

Post by Juang on Wed Dec 15, 2010 9:01 pm

Salam,

Kalau tak guna akal seratus peratus, sudah pasti seseorang itu mudah terpengaruh dengan cerita riwayat dan ajaran karut-marut tradisinya sendiri yang diimport daripada Arab. Tetapi sebab guna akal seratus peratuslah kita nampak Al Quran itu ada kebenarannya kerana selari dengan hukum alam yang Allah tetapkan sedangkan ajaran karut-marut itu tiada bukti selari dengan hukum alam.

Maknanya bila kita tidak menurut membuta-tuli, kita tidak akan mudah-mudah percaya apa yang datang daripada Arab melainkan apa yang terbukti benar tak kira daripada Arab atau pun Barat.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mengapa Pilih Al-Quran

Post by Zulia on Thu Dec 16, 2010 10:33 am

barat membuktikan tanpa rujuk alquran mereka maju dlm sains. Kenapa anda nak ikut kata bangsa Arab supaya ikut al quran. Kenapa tak guna akal saja tanpa dengar cakap orang Arab. Kenapa tak keluar dari pengaruh orang arab. Kenapa mesti bersikap macam pembesar agama yang asyik merujuk pada arab. Sedangkan ada saintis melayu yang berjaya tanpa ada pengaruh dari arab sebab dia belajar terus pada bangsa barat yang maju sekarang. Mereka tak bicara langsung tentang ajaran arab itu. Anda masih nak ikut pembesar ugama ke atau nak ikut saintis yang berjaya itu. Tak tahulah kalau anda pulak bercita-cita nak jadi pembesar agama pulak.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Mengapa Pilih Al-Quran

Post by Admin on Thu Dec 16, 2010 11:00 am

Salam,

Puan kena faham. Pilih al-quran bukan bermaksud ikut kata bangsa arab. Tapi pilih al-quran sebab isi kandungannya yang tidak bertentangan dan selari dengan hukum alam. Jangan pula puan kata kalau al-quran itu dalam bahasa jepun, ikut kata orang jepun.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Mengapa Pilih Al-Quran

Post by Zulia on Thu Dec 16, 2010 4:06 pm

pilih al quran sebab selari dengan alam? Alquran kata matahari bergerak mengikut laluannya. Tiada ayat al quran yang kata bumi yang bergerak. Al quran kata bumi terhampar. Tiada ayat al quran kata bumi bulat.
Anda masih terikut-ikut kata orang Arab yang menulis buku itu. Sebab itukah bangsa anda tak maju. Bangsa lain lebih menumpukan akalnya kepada kemajuan sebaliknya anda guna akal untuk kaji buku yang sudah ditulis pada abad ke 7. Kebanyakan hukum sains ditemui selepas pada abad ke 15. Dan saintis masih mengkaji dan lebih banyak penemuan sains terkini. Bangsa maju ini tidak sibuk dengan agama orang Arab ini. Anda pula nak jadi seperti pembesar agama yahudi yang mengacau agama orang Arab itu.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Mengapa Pilih Al-Quran

Post by Admin on Thu Dec 16, 2010 6:07 pm

Alquran kata matahari bergerak mengikut laluannya. Tiada ayat al quran yang kata bumi yang bergerak. Al quran kata bumi terhampar. Tiada ayat al quran kata bumi bulat.


Salam,

Sebab itu Tuhan suruh guna akal untuk memikirkannya. Buat apa Dia bagi akal kepada kita kalau tak mahu digunakan. Lagipun takkanlah semua nak disuapkan oleh Tuhan. Kata-kata Tuhan tidak akan habis.

31:27. Sekiranya semua pokok yang di bumi adalah pena-pena, dan laut - tujuh laut sesudah itu untuk mengisi semula - namun demikian, Kata-Kata Allah tidak akan habis. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Mengapa Pilih Al-Quran

Post by Zulia on Thu Dec 16, 2010 6:36 pm

Anda masih fanatik dengan ajaran yang ditulis oleh orang Arab. Kenapa mereka tidak maju dengan ajaran itu. Bukan kah manusia sudah ada akal dan saintis barat pun lebih berjaya dari penggubal agama seperti anda yang kononnya mengajar orang jadi maju. Anda kena fikir mereka yang ikut semua ajaran ke, separuh ajaran ke, hakikatnya orang yang maju ialah yang langsung tak mendengar cerita dari orang Arab, kisah nabi ke, kitab ke, langsung tak menjejaskan kemajuan mereka. Sebab mereka tak kaji itu semua. Tuhan memberi kesenangan dan kejayaan pada mereka bukan anda.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Mengapa Pilih Al-Quran

Post by tolokminda on Thu Dec 16, 2010 11:30 pm

Zulia (Tue Dec 14, 2010 5:26 pm) wrote:Mengapa anda nak ikut kata bangsa Arab supaya ikut alQuran? Bangsa lain kata ikut akal sahaja. Jadi anda ikut bangsa apa?


Salam Zulia,

Sebenarnya orang Arab tidak ikut Al-Quran. Buktinya kepercayaan dan amalan hidup mereka pada dasarnya tidak selaras dengan apa yang dibawa oleh Al-Quran. Orang yang percaya kepada orang Arab secara membuta tuli tidak sedar perkara ini. Mereka ingat mereka ikut Al-Quran sebab mereka ikut orang Arab. Hakikatnya mereka hanyalah pengikut orang Arab yang kebanyakannya kafir dan munafik.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum