Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Cerita Sang Isteri

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Go down

Cerita Sang Isteri

Post by Ahlulsunnah on Fri Dec 10, 2010 7:38 am

Salam kepada semua,

Saya ada satu cerita, dan ianya tentang isteri yang paling saya sayang sekali didunia ini. Siang malam saya sentiasa menyebut namanya. Bagi saya dialah perempuan yang paling cantik dan yang paling sempurna sekali dalam dunia ini. Malahan ramai juga orang-orang yang meminatinya.

Sebelum saya berkahwin saya cuba selidik tentang latar belakang isteri saya daripada kawan-kawan yang saya kenal. Kawan yang paling saya hormati sekali kata dia tahu tentang latar belakang perempuan yang saya minati itu. Dia mula cerita tentang ibu bapa dan saudara mara isteri saya dan dia berkata isteri saya dilahirkan di Mersing - Johor. Kemudian saya pun bertanya kawan saya bagaimana dia tahu cerita ini semua? Dia menjawab,

"Aku dapat cerita ini dari Nazri yang dengar cerita ini dari ustaz Hashim. Ustaz Hashim dengar cerita ini dari Osman yang dengar cerita ini dari Mazlan yang dengar cerita ini dari Nordin semasa dia makan kat restoran Nasi Beraini Batu Pahat."

Bertahun-tahun saya percaya isteri saya dilahir di Mersing tetapi selepas berkahwin saya tanya isteri saya tempat lahirnya dan dia jawab, "Kuala Kedah".

Semasa saya belajar agama saya pernah tanya Ustaz tempat lahir Nabi Muhammad dan dia menjawabnya dengan konfiden, "Mekah". Saya tanya balik, mana Ustaz tahu? Mula-mula dia marah kerana saya bertanya, tetapi kemudiannya dia buka sebuah kitab lalu membacanya kepada saya,

"Dirawayatkan oleh Ibnu Basheer yang mendengarnya dari Ibnu Hisham semasa dalam perjalan menuju ke Syam yang mendengarnya dari Ibnu Shu'ib yang mendengarnya dari Siti Hajar yang mengatakan Nabi dilahirkan di Mekah."

Selepas Ustaz habis membaca, saya pun berkata:

"Ustaz, yang Ustaz baca tu serupa dengan cerita isteri saya!"

Lepas tu apa lagi.... kena maki hamunlah. Sampai sekarang kelas agama kawasan "Out Of Bound" untuk saya, walaupun saya guna nama Ahlulsunnah.

Ahlulsunnah
Siswa-Siswi

Number of posts: 33
State:
Reputation: 0
Credits: 567
Registration date: 2010-12-09

Back to top Go down

"Aku dapat cerita ini dari si..."

Post by Zulia on Fri Dec 10, 2010 2:33 pm

kalau tidak ada siapa yang tahu nabi lahir dimana, adakah anda percaya nabi itu wujud?

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Cerita Sang Isteri

Post by Ahlulsunnah on Fri Dec 10, 2010 6:44 pm

Saya dapat tahu kebenaran sebenarnya isteri saya dilahirkan di Kuala Kedah hanya setelah bertanya terus daripadanya. Apa yang sepatutnya saya lakukan sebelum saya berkawin saya harus bertanya kepada sumber yang paling baik iaitu dari ibu bapanya sendiri. Tetapi saya sudah tersilap dan bertanya kepada orang-orang yang tak pernah jumpa atau kenal isteri saya. Saya BEBAL dan berpegang kepada satu cerita dongeng.

Hakikatnya samada isteri saya dilahirkan di Mersing atau Kuala Kedah beliau wujud dan tetap menjadi isteri saya dan nilai-nilai murni dirinya membuat kehidupan saya tenteram dan aman. Kuala Kedah atau Mersing tidak ada peranan dalam hidup saya dan ianya bukan satu ukuran bagi saya untuk menduakan isteri saya.

Ahlulsunnah
Siswa-Siswi

Number of posts: 33
State:
Reputation: 0
Credits: 567
Registration date: 2010-12-09

Back to top Go down

Re: Cerita Sang Isteri

Post by Zulia on Fri Dec 10, 2010 9:00 pm

isteri anda masih wujud. Bagaimana Nabi yang sekarang ini tidak wujud dan bagaimana anda tahu dulu wujud.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Cerita Sang Isteri

Post by nazzri on Fri Dec 10, 2010 9:25 pm

Ahlulsunnah wrote: Kuala Kedah atau Mersing tidak ada peranan dalam hidup saya dan ianya bukan satu ukuran bagi saya untuk menduakan isteri saya.


LOL. Serius lawak mendalam.

nazzri
Siswa-Siswi

Number of posts: 4
Location: BP
State:
Reputation: 0
Credits: 556
Registration date: 2010-11-19

Back to top Go down

Re: Cerita Sang Isteri

Post by Ahlulsunnah on Sat Dec 11, 2010 3:04 am

Tempat lahir isteri saya tidak penting, apa yang penting ialah apa yang dianugerahkan Allah kepadanya dan beliau berpegang teguh amanah-amanah yang diilhamkan oleh Allah dalam menjalankan cara hidupnya mengikut fitrah Allah.

Dia berpesan kepada saya supaya jangan sekali-kali saya mengabdikan diri saya kepada selain daripada Allah dan jangan sekali-kali saya adakan sebarang sekutukan Allah tidak kira ianya dari jenis manusia atau benda-benda yang menjadi lambang yang dikaitkan dengan Allah kerana perbuatan-perbuatan itu adalah amat terkutuk oleh Allah. Saya rasa itu adalah pesanan yang baik. Dan diantara pesanan-pesanan lain isteri saya:

(1) Jangan sekali-kali saya terima sebarang cerita atau maklumat tanpa sebarang pengesahan atau kepastian, sebab Allah telah memberi kita (sebagai) manusia fakulti-fakulti pendengaran, penglihatan dan hati supaya kita selidik dan periksa. Katanya kesemua fakulti yang diberi Allah akan dipersoalkan diakhirat kelak. In saya faham sebagai "jangan kita mengikut sesuatu dengan membabi buta"

(2) Hendaklah saya menghormati kedua-dua ibu-bapa saya dan jangan sekali-kali saya mengherdik mereka walaupun dengan perkataan "Ah" sekali pun! Dan hendaklah saya rendahkan diri saya kepada mereka berdua dan bersyukur kepada Allah dengan berdoa, "Wahai Tuhan ku, peliharalah kedua ibu-bapaku sepertimana mereka memeliharaku dari kecil.

(3) Hendaklah saya tolong saudara-mara sekiranya mereka perlu pertolongan dan bagitu juga kepada orang-orang susah dan orang-orang yang memerlu pertolongan tanpa melampaui batas sehingga mendatangkan kemudharatan kepada diri sendiri.

Itu adalah diantara pesanan-pesanan isteri saya dan banyak lagi pesenan beliau kalau nak dituliskan. Saya berkomited kepada pesanan-pesanannya dan memurnikan nilai-nilainya dalam cara hidup saya tanpa peduli dimana isteri saya dilahirkan. Saya percaya tempat lahir beliau tidak ada kena mengena dengan apa yang saya komit.

Ahlulsunnah
Siswa-Siswi

Number of posts: 33
State:
Reputation: 0
Credits: 567
Registration date: 2010-12-09

Back to top Go down

Re: Cerita Sang Isteri

Post by Juang on Sat Dec 11, 2010 3:08 am

Salam,

Syabas Ahlulsunnah. Cerita nampak sempoi, tetapi amat mendalam pengertian dan pengajaran bagi insan-insan yang mahu menggunakan akal.

Walaupun Nabi tidak wujud, tetapi Allah tetap wujud sebagai Pencipta Nabi. Dia lebih Mengetahui di mana tempat kelahiran-kelahiran para Nabi seperti mana Dia Mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati setiap manusia. Allah lebih dipercayai daripada si polan dan si polan itu.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Cerita Sang Isteri

Post by Zulia on Sat Dec 11, 2010 9:26 am

Ada orang yang percaya pada isteri, jangan terima maklumat dari orang lain. Isteri tu dapat maklumat dari mana? Nampak nya isteri yang lebih berilmu dari suami zaman ini. Syabas kaum hawa. Yang tak mahu terima pesanan dari isteri pun ada jugak. Itu spesies suami yang keras kepala.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Cerita Sang Isteri

Post by Ahlulsunnah on Sat Dec 11, 2010 11:34 pm

Isteri saya kata,

"Tiada siapa yang diberi ilmu kecuali dengan izin Allah" dan " Hanya Allah saja yang boleh beri petunjuk dan Hanya Dia saja yang mengetahui siapa diantara hamba-hambaNya yang dapat petunjuk."

Tapi manusia sudah kena tipu kerana mereka percaya ilmu Allah boleh dipelajari di pondok-pondok atau university. Mereka lupa orang-orang yang belajar atau mengajar agama itu sendiri memerlukan petunjuk Allah, dan tiada siapa yang boleh tahu siapa yang diberi petunjuk olehNya.

Tapi nak buat macam mana? Kalau dah bebal tu memang bebal lah....


Last edited by Ahlulsunnah on Wed Dec 15, 2010 10:04 am; edited 1 time in total

Ahlulsunnah
Siswa-Siswi

Number of posts: 33
State:
Reputation: 0
Credits: 567
Registration date: 2010-12-09

Back to top Go down

Re: Cerita Sang Isteri

Post by Admin on Sat Dec 11, 2010 11:41 pm

Zulia wrote:Ada orang yang percaya pada isteri, jangan terima maklumat dari orang lain. Isteri tu dapat maklumat dari mana? Nampak nya isteri yang lebih berilmu dari suami zaman ini. Syabas kaum hawa. Yang tak mahu terima pesanan dari isteri pun ada jugak. Itu spesies suami yang keras kepala.


Salam,

Ini bukan masalah spesis mana yang lebih berilmu atau tidak.

Apa pengajaran yang kita perolehi daripada cerita Ahlulsunnah adalah tidak menurut membuta-tuli cakap orang dan perlu diselidiki terlebih dahulu.

Nabi tidak bersama kita lagi pada zaman ini. Oleh itu, Al-quran yang diturunkan melaluinya adalah sebaik-baik sumber.

Kalau ada kitab selain al-quran kata, orang islam yang berdosa tidak akan kekal selama-lamanya di neraka. mereka akan diazab sebelum dimasukkan ke syurga. Apakah perlu kita mempercayai terus membuta-tuli tulisan kitab tersebut atau perlu menyelidikinya terlebih dahulu dalam al-quran?

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Cerita Sang Isteri

Post by Juang on Sun Dec 12, 2010 4:25 am

Salam,

Benar. Pengajaran cerita yang Ahlulsunnah bawakan adalah supaya jangan cepat percaya cerita bawaan dari mulut ke mulut manusia. Kena selidik dan verify dengan sumber-sumber yang lebih kuat.

Dalam bab agama, sumber yang paling kuat adalah Al Quran jika manusia itu mempercayai Al Quran. Jika datang kitab cerita mulut (kitab riwayat) yang tak selari dengan Al Quran, lebih baik dan selamat kita jauhi cerita-cerita macam itu.

Itulah moral daripada topik ini, bukannya pasal gender mana yang lebih baik.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Cerita Sang Isteri

Post by Ahlulsunnah on Sun Dec 12, 2010 8:33 am

Saya bertanya kepada isteri saya samada Allah membezakan diantara lelaki dan perempuan tentang tanggung-jawab mereka terhadap Allah? Dia menjawab:-

Abang.... Dalam penciptaan langgit dan bumi ini dan bersilih ganti malam dan siang, ianya ada tanda-tanda bagi mereka yang mengunakan akal, iaitu mereka mengingati Allah semasa berdiri, atau semasa mereka duduk, atau semasa mereka baring. Dan mereka memikir tentang ciptaan-ciptaan Allah dilangit dan dibumi, lalu mereka bersyukur dengan berkata.

"Ya Tuhan kami, tidaklah kamu mencipta kesemua ini dengan sia-sia, Maha Suci kamu Ya Allah, maka dengan itu jauhkan kami dari azab api neraka. Ya Tuhan kami, barangsiapa Kamu masukkan ke Neraka, sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang yang rugi, dan tiada siapa yang boleh menolong orang-orang yang zalim. Ya Tuhan kami, kami telah menyahut seruan orang-orang yang menyeru kami kepada kepercayaan dan mereka berkata, "Hendaklah kamu percaya kepada Tuhan kamu", lalu kami pun percaya. Dengan itu ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami bersama orang-orang yang membuat kebajikan. Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang Engkau telah janjikan kepada rasul-rasul Kamu dan janganlah Kau hinakan kami dihari kebangkitan. Sesungguhnya Kamu tidak akan munkir janji."

Isteri saya berkata lagi, mengikut apa yang dia tahu.....

"Maka diperkenankan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan amalan-amalan orang yang beramal diantara kamu samada lelaki atau perempuan.......

Nampak gaya cerita asal saya tentang "tempat lahir" sudah hilang.

Ahlulsunnah
Siswa-Siswi

Number of posts: 33
State:
Reputation: 0
Credits: 567
Registration date: 2010-12-09

Back to top Go down

Re: Cerita Sang Isteri

Post by Zulia on Mon Dec 13, 2010 2:25 pm

Kenapa Allah memberi ilmu pada isteri anda, kenapa tidak terus pada anda? Anda juga dengar dari mulut isteri anda. Syabas kepada kaum hawa yang lebih berakal dan mampu membuat lelaki yang tak tahu guna akal percaya.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Cerita Sang Isteri

Post by Admin on Mon Dec 13, 2010 2:44 pm

Salam Puan,

Tidak ada bezanya kepada gender mana yang dapat ilmu atau tidak. Sesiapa saja Allah beri ilmu. Yang penting kita berusaha untuk mendapatkan ilmu itu.

Saya percaya, saudara Ahlulsunnah juga berusaha mencari ilmu tak kira daripada isterinya atau sesiapa jua.

Begitu juga sebaliknya jika ada isteri yang mencari ilmu daripada suaminya atau daripada sesiapa jua.

Benar kata Ahlulsunnah, cerita asalnya sudah hilang.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Cerita Sang Isteri

Post by Ahlulsunnah on Mon Dec 13, 2010 6:22 pm

Saya bertanya kepada isteri saya, macam mana dia dapat ilmu? Dia jawab:-

Abang.... dalam hidup ini perkara utama untuk mencari ilmu samada untuk dunia atau akhirat ialah dengan membaca. Allah sendiri telah perintah kesemua kita untuk membaca sebab dengan membacalah Dia akan serapkan ilmu-ilmu itu kedalam hati kita.

"Bacalah dengan nama Tuhan kamu yang mencipta. Dialah yang mencipta manusia dari segumpul darah. Bacalah..... dan Tuhanmu amat Mulia, yang mengajar dengan kalam. Dialah yang mengajar manusia apa yang mereka tidak tahu........."

Saya percaya apa yang dicakap oleh isteri saya, sebab kalau kita rajin baca buku semasa besekolah yang menyerapkan ilmu-ilmu dari apa yang kita baca itu adalah Tuhan kita. Dia yang beri kita fakulti-fakulti pendengaran, penglihatan dan hati.


Last edited by Ahlulsunnah on Wed Dec 15, 2010 10:06 am; edited 1 time in total

Ahlulsunnah
Siswa-Siswi

Number of posts: 33
State:
Reputation: 0
Credits: 567
Registration date: 2010-12-09

Back to top Go down

Re: Cerita Sang Isteri

Post by Zulia on Mon Dec 13, 2010 9:17 pm

kalau disuruh membaca, mestilah ada tulisannya abang oii. Tulisan itu siapa yang tulis? Sebab itu saya kata perempuan lebih bijak mencari ilmu sebab mereka gunakan akal. Sudah sampai ke satu zaman dimana isteri perlu mengajar suami yang tak cukup belajar.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Cerita Sang Isteri

Post by Ahlulsunnah on Tue Dec 14, 2010 1:57 am

Saya tidak pasti, saya ke yang bodoh atau orang yang berkata "kalau disuruh membaca, mestilah ada tulisannya".

Ada ke orang membaca benda-benda tak bertulis?

Ahlulsunnah
Siswa-Siswi

Number of posts: 33
State:
Reputation: 0
Credits: 567
Registration date: 2010-12-09

Back to top Go down

Re: Cerita Sang Isteri

Post by Zulia on Tue Dec 14, 2010 9:45 am

Sudah terbukti perempuan lebih jauh pandangannya tanpa perlu menggunakan perkataan 'bodoh' itu. Seorang yang berpandangan jauh perlu melihat bukan setakat tulisan, tetapi siapa penulisnya, dari mana sumbernya? Sebab ilmu itu lebih luas dari dalam tempurung rumahtangga. Saya fikir lelaki lebih luas pandangannya dari lingkungan rumahtangganya.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Cerita Sang Isteri

Post by Admin on Tue Dec 14, 2010 9:58 am

Seorang yang berpandangan jauh perlu melihat bukan setakat tulisan, tetapi siapa penulisnya, dari mana sumbernya?


Salam,

Apa perlunya kita tahu nama penulis dan sumbernya? Apakah setelah kita mengetahui penulisnya (seorang warak, alim dan disanjung tinggi) dan sumbernya (dari susur galur si polan bin si polan) maka kita bertambah-tambah yakin dan terus mempercayai apa yang ditulis tanpa menggunakan akal untuk memikirkan sama ada kandungannya benar atau tidak?

Tidak perlu pergi jauh. Al-quran sahaja sebagai contoh. Tanpa penulis dan sumbernya, kita masih yakin akan isi kandungannya. Tak kisahlah siapa penulis dan sumbernya, apa jua peringatan di dalamnya, kita boleh terima sebab ianya tidak bertentangan dengan hukum alam.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Cerita Sang Isteri

Post by faried on Tue Dec 14, 2010 10:52 am

Zulia wrote:kalau disuruh membaca, mestilah ada tulisannya abang oii.


Ya tentu, dan yang disuruh membaca tentulah bukan orang yang buta huruf, karena orang yang buta huruf pasti tidak dapat membaca.

faried
Pensyarah

Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1711
Registration date: 2010-04-21

Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum