Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Ghaib di mata, nampak di hati

View previous topic View next topic Go down

Ghaib di mata, nampak di hati

Post by Juang on Tue Jul 13, 2010 8:33 am

Walaupun Allah itu ghaib di mata, tetapi di hati orang-orang yang percaya, Allah itu wujud. Mereka melihat Allah menggunakan mata hati.

Akal mereka membuktikan Allah itu Wujud dan Allah itu Esa. Ini kerana kalau Allah tidak wujud, siapa pula yang mengatur sistem alam semesta ini sehingga begitu teliti dan sistematik? Mana mungkin sesuatu sistem boleh dikawal dan diatur dengan baik tanpa pengaturnya?

Jika tuhan ada ramai, bagaimanakah sistem alam semesta ini dapat dikawal dengan teratur jika setiap tuhan itu mahu buat ketetapan masing-masing? Lihatlah bila ada dua orang manusia nak jadi pemimpin (agar perintah mereka boleh dikuatkuasakan) pun masyarakat sudah berpecah-belah, apatah lagi jika ada ramai tuhan untuk memimpin alam semesta ini, pasti alam semesta ini akan hancur.

Hukum-hukum yang termaktub di sekeliling kita itulah menjadi petunjuk untuk kita nampak konsep Ketuhanan yang masuk akal. Hukum-hukum itulah yang menjadi bukti untuk mematahkan hujah orang-orang kafir yang mengada-adakan sesuatu yang Allah tidak pernah tetapkan.

Hukum-hukum tersebut menjadi Wajah untuk kita mengenali Allah. Oleh kerana hukum-hukum itu merangkumi kehidupan kita, maka di mana kita memandang, di situ kita boleh nampak Wajah Allah.

Hukum-hukum Allah itu bukannya wujud di arah timur sahaja. Hukum-hukum itu bukannya wujud di arah barat sahaja. Di semua arah wujudnya hukum Allah itu. Pada arah mana yang tak wujud hukum Allah?

Apakah hukum Allah yang menetapkan "sesiapa yang malas berfikir akan jadi bodoh" hanya berlaku di negeri A sahaja dan tak akan berlaku di negeri B? Tidak. Tak kira di mana arah manusia itu berada, asalkan mereka malas berfikir sahaja, pasti mereka jadi kaum yang bodoh.

Begitulah tanda-tanda mengenali (Wajah) Allah boleh kita nampak di serata arah kerana di semua arah wujudnya ketetapan-ketetapan yang Allah telah sempurnakan sebelum kejadian yang pertama lagi. Jadi, apakah masuk akal kita buat sesuatu amalan kononnya mengadap Tuhan dengan sempitkan pada sesuatu arah sedangkan Wajah Allah itu boleh dilihat pada semua arah?

Melihat hukum-hukum Allah yang wujud di sekeliling kita lebih mendatangkan keinsafan berbanding kita jadikan sesuatu objek untuk mengadap kepadaNya. Berapa banyak umat-umat terdahulu yang telah jadikan sesuatu objek seperti matahari, bulan dan binaan-binaan sebagai arah mengadap kepada Tuhan. Tetapi amalan mereka semuanya tidak diterima oleh Allah walaupun syaitan telah menampakkan amalan itu adalah indah.

Orang yang masuk bakul angkat sendiri memanglah merasakan amalan mereka sahaja yang indah dan amalan kaum-kaum lain semuanya salah. Tetapi jika kita seorang yang jujur dan adil mengatakan kebenaran, amalan kaum sendiri yang tak masuk akal pun kita akan kata ia tidak benar seperti mana Nabi Ibrahim lakukan kepada amalan kaumnya sendiri yang tak masuk akal itu.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum