Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
realiti hidup sendiri
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 2 of 3 • Share •
Page 2 of 3 •
1, 2, 3 
Re: realiti hidup sendiri
tolokminda wrote:othman wrote:faried wrote:tolokminda wrote:
Nabi tidak membawa apa-apa ajaran. Beliau hanya menyampaikan Al-Quran yang diwahyukan kepada beliau. Jika kita mahu belajar sebagaimana Nabi dulu belajar - baca sajalah Al-Quran. Kalau Nabi dulu boleh faham dan menerima Al-Quran dengan hati terbuka, kita pun boleh.
Pasti boleh, dan tidak perlu tergantung kepada Nabi, apalagi bukan Nabi.
Alquran bukanlah untuk Nabi saja, tetapi untuk seluruh manusia (2.185).
Ilmu Alquran akan diajarkan langsung oleh Allah yang Rahman (55.1-2).
Salam.
salam
nabi nak belajar dgn al quran buat apa sedangkan al quran tu datang secara ilham/wahyu . takkan nabi pun nak cari pendapat yg terbaik dulu pak . secara langsung tu madsudnya tak payah nak belajar lagi tapi sudah faham .. kita kena rakam dulu dan belajar dulu . tu pun tafsir macam2 , buku lali la ,, komitmen la dan macam2 lagi .
Salam Othman,
Tuhan kata begini kepada Nabi mengenai Al-Quran.
75:16 Jangan gerakkan lidahmu untuk mendahuluinya.
75:17 Kamilah yang mengumpulkannya menjadi Al-Quran ini.
75:18 Apabila Kami menyampaikannya (recite it), kamu harus menuruti seadanya Quran ini.
75:19 Kemudian Kamilah yang akan menjelaskannya.
salam tm
adakah tuan jugak mendapat alamat seperti ini dalam membaca al quran .

othman- Sarjana
- Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1431
Registration date: 2009-10-07
Re: realiti hidup sendiri
maka alquran harus diterima bukan dipertikaikan. Kalau diperintahkan solat maka solatlah yang tak solat tu kenapa pula? Ikut nafsu lah tu.
Kalau anda kata pergi bekerja itu solat anda, semua orang melakukannya tak kira orang islam atau orang kafir. Yang tak solat ialah pengangur atau pelajar yang belum bekerja. Jadi bagaimana solat surirumah? Apa pekerjaan anda yang anda nak bawakan sebagai solat anda didepan Allah? Anda kerja dengan siapa dan syarikat apa, syarikat orang kafir ke? anda mungkin pekerja yang mana bos anda orang kafir, jadi solat anda dibawah orang kafir lah. Dan bos anda yang tak baca al quran itu solat nya lebih baik dari anda. solat anda diberi gaji ke atau pahala. Kalau anda tak diberi gaji anda akan terus bekerjakah? Itu tafsiran solat anda setelah belajar sendiri?

Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: realiti hidup sendiri
Salam Othman,
Kita tak perlu dapat wahyu dalam bentuk Kitab sebab ia sudah pun ada di hadapan kita melalui kerasulan Nabi. Tetapi konsep jangan mendahului Al-Quran itu tetap ada dan masih sama. Maknanya sebelum kita berkata sesuatu, rujuklah dulu kepada Al-Quran. Tuhan suruh kita ikut Al-Quran seadanya (faittabiAA qur-anahu). Tuhan tak suruh kita cari kitab atau sumber lain. Ikut Quran seadanya - tabiAA qur-anahu.
Tuhanlah yang mengumpul Al-Quran dan Dialah yang menjelaskannya kepada sesiapa yang membacanya. Dalam erti kata lain, sebelum kita bercakap begitu dan begini - pastikan dulu samada ia dapat dibuktikan atau disahkan oleh Al-Quran atau tidak. Jika kita bercakap sebelum memeriksa apa kata Al-Quran, maknanya kita mendahului penjelasan Tuhan.
Buktinya banyak dalam forum ini. Ramai yang kata Tuhan suruh itu dan ini tapi bila ditanya mana bukti dari Al-Quran mereka sentiasa gagal mengemukakannya. Ini adalah satu tanda orang-orang yang suka mendahului Al-Quran. Dan sifat mereka ini tidak selaras dengan sifat yang disuruh ke atas Nabi oleh Tuhan.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: realiti hidup sendiri
solat = bekerja
Ini selaras dengan al quran ke? Sedangkan inilah perkara pokok yang membezakan anda dengan orang islam lain.
Ini selaras dengan al quran ke? Sedangkan inilah perkara pokok yang membezakan anda dengan orang islam lain.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: realiti hidup sendiri
Zulia wrote:maka alquran harus diterima bukan dipertikaikan. Kalau diperintahkan solat maka solatlah yang tak solat tu kenapa pula? Ikut nafsu lah tu.
Kalau anda kata pergi bekerja itu solat anda, semua orang melakukannya tak kira orang islam atau orang kafir. Yang tak solat ialah pengangur atau pelajar yang belum bekerja. Jadi bagaimana solat surirumah? Apa pekerjaan anda yang anda nak bawakan sebagai solat anda didepan Allah? Anda kerja dengan siapa dan syarikat apa, syarikat orang kafir ke? anda mungkin pekerja yang mana bos anda orang kafir, jadi solat anda dibawah orang kafir lah. Dan bos anda yang tak baca al quran itu solat nya lebih baik dari anda. solat anda diberi gaji ke atau pahala. Kalau anda tak diberi gaji anda akan terus bekerjakah? Itu tafsiran solat anda setelah belajar sendiri?
Salam Zulia,
Tidak ada siapa kata Tuhan tak suruh kita laksanakan solaa. Persoalannya cuma, saya faham solaa itu komitmen dan puan pula setuju dengan mereka yang kata solaa itu sembahyang - ritual dengan rukun dan kaedah tertentu.
Saya nampak secara umum Tuhan sebenarnya menyuruh kita berpegang kepada komitmen hidup kita iaitu menjadi khalifah yang baik. Dan komitmen seorang khalifah yang baik adalah untuk berbakti kepada Tuhannya dengan cara menggunakan seluruh peluang yang Tuhan kurniakan untuk kerja-kerja yang mendatangkan manfaat kepada dirinya sendiri, orang lain dan alam sekitarnya.
Definasi komitmen adalah sangat luas sehingga ia meliputi seluruh aspek kehidupan seseorang. Dan jalan yang paling baik dalam melaksanakan komitmen itu adalah dengan menuruti petunjuk Al-Quran.
Apa komitmen surirumah? Kalau puan tak tau cubalah baca Al-Quran.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: realiti hidup sendiri
Zulia wrote:solat = bekerja
Ini selaras dengan al quran ke? Sedangkan inilah perkara pokok yang membezakan anda dengan orang islam lain.
Salam Zulia,
Komitmen bukan tentang bekerja saja. Komitmen kita adalah untuk menjalani kehidupan melalui cara hidup (addeen) yang telah ditetapkan Tuhan. Maknanya kalau kita bekerja kita kena bekerja mengikut nilai atau prinsip yang telah Tuhan tetapkan. Misalnya tidak menipu, tidak rasuah, bersungguh-sungguh, sabar, tekun dan sebagainya. Semua prinsip dan nilai yang wajar kita pegang ada digariskan oleh Tuhan di dalam Al-Quran. Itulah komitmen (solaa) yang kita perlu sentiasa tegakkan biar apa pun yang kita lakukan - bekerja ke, bermasyarakat ke, belajar ke, berniaga ke, mendekatkan diri kepada Tuhan ke.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: realiti hidup sendiri
kalau anda kata komitmen semua orang ada komitmen, saya juga berkerja dan jawatan saya mungkin lebih tinggi dari anda, bermakna solat saya lebih baik dari anda? Begitukah. Saya beriman dengan solat yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Kerana saya percaya dengan ilmu yang saya pelajari. Anda tak percaya sebab anda seperti kisah kancil itu, dan tidak mahu berusaha utk mencari kebenaran sedangkan anda boleh belajar. Mengkaji sendiri dengan info terhad anda dapat lah setakat apa yang ada. Jadilah seperti kisah kancil yang cerdik itu.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: realiti hidup sendiri
Salam Zulia,
Komitmen seseorang tidak ada kena mengena dengan jawatan yang dipegangnya. Yang penting setiap komitmen itu kita murnikannya hanya untuk Tuhan kerana itulah tujuan hidup kita - untuk mengabdikan diri (berkhidmat/berbakti) kepada Tuhan.
Aqeemusolaatawaatuzakaa - Peganglah komitmen (solaa) dan murnikanlah ia. Maksudnya biar apapun komitmen yang kita pegang pastikan ia dilaksanakan dengan niat yang murni - iaitu kita melakukannya kerana Tuhan mahu kita melakukan sedemikian. Kita rajin - kerana Tuhan suruh rajin. Kita tidak rasuah - kerana Tuhan tidak benarkan kita rasuah. Kita beri mas kahwin kepada isteri kita - sebab Tuhan suruh kita beri mas kahwin. Kita tidak sekutukan Tuhan dengan apapun, sebab Tuhan larang kita sekutukan Dia dengan apapun. Dan sebagainyalah. Tuhan kata tidak ada apa yang tertinggal dalam KitabNya itu. Jadi bacalah sebagaimana ia patut dibaca kerana ia mengandungi semua perkara yang sepatutnya menjadi komitmen kita dalam hidup yang Tuhan kurniakan ini.

Apa beza sunnah Nabi Muhammad saw dengan sunnah nabi-nabi terdahulu?
Kalau pada zaman nabi-nabi terdahulu beban menyebar agama hanya terletak di bahu para-para nabi. Umat mereka hanya bertindak mengikut dan taat kepada ajaran nabi-nabi. Pendek kata umat nabi terdahulu hanyalah bertaraf ‘abid’ atau ahli ibadat, manakala nabi-nabi mereka berfungsi sebagai penyebar agama.
Tetapi, umat Nabi Muhammad saw tidak begitu. Tugas umat Nabi Muhammad sama seperti tugas Nabi Muhammad, iaitu beribadat dan pada masa yang sama bertindak sebagai penyebar agama sepertimana juga nabinya.
Itu sebab umat Nabi Muhammad sangat istimewa berbanding dengan umat nabi terdahulu. Itu sebab jugalah nabi-nabi terdahulu ramai yang memohon untuk menjadi nabi akhir zaman.
Hinggakan Nabi Musa as pun berdoa, kalau tak dapat jadi nabi akhir zaman, dapat jadi umat kepada nabi akhir zaman pun sudah memadai.
Kenapa Nabi Musa berdoa sebegitu rupa?
Sebab baginda tahu kemuliaan umat nabi akhir zaman. Kemuliaan yang dimaksudkan ialah di bahu umat nabi akhir zaman juga terpikul keistimewaan nubuwah, iaitu fungsinya sama seperti mana fungi kenabian.
Apa yang ingin digambarkan di sini ialah tentang kemuliaan umat Nabi Muhammad, doa nabi-nabi dan perbezaan doa Nabi Muhammad saw dengan doa nabi-nabi terdahulu.
Sudah tercatat di dalam Al Quran tentang kisah nabi-nabi terdahulu. Ada di antara nabi-nabi terdahulu yang mendoakan agar diturunkan bala atau musibah kepada umat-umatnya yang engkar kepada ajaran yang mereka bawa.
Nabi Noh dan Nabi Lut adalah di antara beberapa nabi yang berdoa sedemikian rupa sehingga doa mereka dimakbulkan tuhan.
Tapi Nabi Muhammad tidak pernah mendoakan umatnya sedemikian rupa, walau pun berbagai rintangan dan kesulitan yang tidak masuk akal telah dilakukan oleh umat baginda sewaktu baginda menyebar agama Allah.
Malahan, sewaktu peristiwa hijrah ke Taif, Allah swt telah mengarahkan para malaikat bersiap sedia di gunung-gunung dan bukit sekitar Taif bagi menunggu apa juga permintaan Nabi Muhammad.
Jika nabi bermohon kepada Allah supaya diterbalikkan bukit bukau dan gunung-gunung ketika itu, maka para malaikat akan lakukannya.
Walau pun Nabi Muhammad dihina, dihalau dan dibaling dengan batu-batu di sepanjang perjalanan baginda keluar dari Kota Taif, sehingga berdarah, tetapi Nabi Muhammad tetap mendoakan hidayat dan kebaikan untuk umatnya yang masih engkar.
Baginda berpendapat, jika umat baginda di Taif hari ini engkar dan menolak ajaran yang dibawa, mungkin cucu-cicit kepada mereka akan menerima ajaran baginda.
Bukankah ianya amat berbeza sama sekali?
Barang diingat, pada suatu hari Umar Al Khattab pernah dengan bangga membawa kitab-kitab nabi terdahulu untuk ditunjukkan kepada Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad saw berpaling darinya sambil berkata, “Jika mereka-mereka itu masih hidup di zaman ku, nescaya mereka juga akan beriman dengan apa yang aku bawa.

Zahabur- Pensyarah
- Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1672
Registration date: 2009-04-23
Re: realiti hidup sendiri
saya tulis bukan untuk tuan TM dan orang yang berkenaan itu pasti tahu apa yang saya tulis.
Kalau tuhan tannya anda adakah anda melaksanakan sembahyang yang diperintahkan? Anda jawab anda bersolat dgn cara bekerja dengan syarikat Mr. Nobita.
Anda rasa logik tak jawaban anda itu? Kalau anda tak siap kerja anda, anda rasa takut pada tuhan ke atau anda takut pada bos anda Mr Nobita tu? Bila anda bekerja anda risau tak dapat gaji ke atau anda risau tak dapat pahala?
Kalau anda kata ini solat anda, sembahan anda, tidakkah anda membesarkan kerjaya anda dari tuhan. Tidak ada bezanya dengan menyekutukan tuhan.
Kalau tuhan tannya anda adakah anda melaksanakan sembahyang yang diperintahkan? Anda jawab anda bersolat dgn cara bekerja dengan syarikat Mr. Nobita.
Anda rasa logik tak jawaban anda itu? Kalau anda tak siap kerja anda, anda rasa takut pada tuhan ke atau anda takut pada bos anda Mr Nobita tu? Bila anda bekerja anda risau tak dapat gaji ke atau anda risau tak dapat pahala?
Kalau anda kata ini solat anda, sembahan anda, tidakkah anda membesarkan kerjaya anda dari tuhan. Tidak ada bezanya dengan menyekutukan tuhan.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: realiti hidup sendiri
Salam Zulia,
Saya berpendapat Tuhan tidak akan tengok kita kerja dengan siapa. Yang Tuhan tengok adalah samada kita bekerja dengan jujur, ikhlas, tidak curi tulang, tidak curi harta syarikat, tidak tipu pelanggan dan seumpamanya. Solaa atau komitmen dalam kerja merujuk kepada kepatuhan kepada nilai-nilai, prinsip-prinsip, etika-etika kerja yang baik sebagaimana yang digariskan di dalam Al-Quran. Sebagai satu contoh, Tuhan suruh kita tekun dan sabar, jadi kita jadikan itu sebagai satu pegangan atau komitmen dalam bekerja.
Saya berpendapat Tuhan tidak akan tengok kita kerja dengan siapa. Yang Tuhan tengok adalah samada kita bekerja dengan jujur, ikhlas, tidak curi tulang, tidak curi harta syarikat, tidak tipu pelanggan dan seumpamanya. Solaa atau komitmen dalam kerja merujuk kepada kepatuhan kepada nilai-nilai, prinsip-prinsip, etika-etika kerja yang baik sebagaimana yang digariskan di dalam Al-Quran. Sebagai satu contoh, Tuhan suruh kita tekun dan sabar, jadi kita jadikan itu sebagai satu pegangan atau komitmen dalam bekerja.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: realiti hidup sendiri
Salam,
Katakanlah, "saya melakukan solat seperti yang Tuhan perintahkan (yang terkandung dalam Al Quran), dan saya tidak beramal seperti orang-orang musyrik beramal."
Zulia wrote:Kalau tuhan tannya anda adakah anda melaksanakan sembahyang yang diperintahkan?
Katakanlah, "saya melakukan solat seperti yang Tuhan perintahkan (yang terkandung dalam Al Quran), dan saya tidak beramal seperti orang-orang musyrik beramal."

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: realiti hidup sendiri
tapi pemahaman solat = bekerja juga dilakukan oleh bos anda mr. Nobita yang juga orang musyrik. Dia akan kata mengapa solat anda diterima sedangkan dia yang mengambil anda bekerja dan menggajikan anda, kalau tak anda akan merempat. Jadi komitmen mr.Nobita lebih besar dari komitmen anda. Jad macamana anda kata perbuatan yang sama dilakukan oleh orang musyrik itu solat bagi anda? Logik ke?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: realiti hidup sendiri
Zahabur wrote:
Itu sebab umat Nabi Muhammad sangat istimewa berbanding dengan umat nabi terdahulu. Itu sebab jugalah nabi-nabi terdahulu ramai yang memohon untuk menjadi nabi akhir zaman.
Hinggakan Nabi Musa as pun berdoa, kalau tak dapat jadi nabi akhir zaman, dapat jadi umat kepada nabi akhir zaman pun sudah memadai.
Salam,
Saya tidak mahu ikut membuta-tuli kenyataan tuan di atas melainkan tuan sendiri dapat membuktikan dengan ayat al-quran tentang doa nabi musa itu dan permohonan nabi-nabi terdahulu utk menjadi nabi akhir zaman.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07
Re: realiti hidup sendiri
tolokminda wrote:Salam Othman,
Kita tak perlu dapat wahyu dalam bentuk Kitab sebab ia sudah pun ada di hadapan kita melalui kerasulan Nabi. Tetapi konsep jangan mendahului Al-Quran itu tetap ada dan masih sama. Maknanya sebelum kita berkata sesuatu, rujuklah dulu kepada Al-Quran. Tuhan suruh kita ikut Al-Quran seadanya (faittabiAA qur-anahu). Tuhan tak suruh kita cari kitab atau sumber lain. Ikut Quran seadanya - tabiAA qur-anahu.
Tuhanlah yang mengumpul Al-Quran dan Dialah yang menjelaskannya kepada sesiapa yang membacanya. Dalam erti kata lain, sebelum kita bercakap begitu dan begini - pastikan dulu samada ia dapat dibuktikan atau disahkan oleh Al-Quran atau tidak. Jika kita bercakap sebelum memeriksa apa kata Al-Quran, maknanya kita mendahului penjelasan Tuhan.
Buktinya banyak dalam forum ini. Ramai yang kata Tuhan suruh itu dan ini tapi bila ditanya mana bukti dari Al-Quran mereka sentiasa gagal mengemukakannya. Ini adalah satu tanda orang-orang yang suka mendahului Al-Quran. Dan sifat mereka ini tidak selaras dengan sifat yang disuruh ke atas Nabi oleh Tuhan.
salam tm
kita baca quran kena fikir dulu baru dapat intisari dia .. adakah nabi jugak begitu mengambil masa utk berfikir dan memahaminya . sebab itu dalam al quran kata pribadi nabi tu adalah contoh terbaik sebab perbuatannya selari dgn al quran .

othman- Sarjana
- Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1431
Registration date: 2009-10-07
Re: realiti hidup sendiri
Salam,
Dan Al Quran tidak kata peribadi Nabi itu ada dalam kitab-kitab selain Al Quran dan kita disuruh kumpulkan riwayat-riwayat hadis.
Bukankah Nabi mengatakan Allah adalah saksi bagi dirinya?
- Al Quran mengandungi peribadi Nabi-nabi yang disaksikan oleh Allah.
- kitab-kitab riwayat pula mengandungi peribadi Nabi yang disaksikan oleh manusia.
Jadi, bila Nabi kata baginda menjadikan Allah sebagai saksinya, kenapa kita tak rujuk Kitab Allah untuk mengenali peribadi Nabi yang sebenarnya kerana Allah tak menipu?
Dan Al Quran tidak kata peribadi Nabi itu ada dalam kitab-kitab selain Al Quran dan kita disuruh kumpulkan riwayat-riwayat hadis.
Bukankah Nabi mengatakan Allah adalah saksi bagi dirinya?
- Al Quran mengandungi peribadi Nabi-nabi yang disaksikan oleh Allah.
- kitab-kitab riwayat pula mengandungi peribadi Nabi yang disaksikan oleh manusia.
Jadi, bila Nabi kata baginda menjadikan Allah sebagai saksinya, kenapa kita tak rujuk Kitab Allah untuk mengenali peribadi Nabi yang sebenarnya kerana Allah tak menipu?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: realiti hidup sendiri
Allah tidak menipu. orang kafirlah yang menipu. Kita jangan beragama seolah Nabi tidak pernah memberitahu umatnya. Sedangkan ilmu itu telah sampai kepada kita. Adakah yang keluar dari perkataan Nabi itu dusta sedangkan Nabi tidak berdusta walaupun sebelum menjadi Rasul. Setelah menjadi Nabi, baginda telah menerima berita ghaib melalui Jibril, malah jibril pernah menjelma dan datang ke rumah Nabi dan memerintahkan Nabi terus berperang dengan Bani Israel yang khianat dalam perang khandak. Walaupun Nabi belum hilang penat setelah kembali dari perang Khandak. Tetapi kedatangan Jibril tentulah dengan perintah Allah, maka Nabi terus mengarahkan orang Islam segera ke tempat perkampungan Yahudi.
Nabi pernah berkata diantara 10 orang sahabat besarnya, yang terakhir akan mati dalam api. Ketika hanya tinggal 2 orang yang masih hidup, salah seorangnya Abu Hurairah. Beliaulah yang paling banyak mendengar perkataan Nabi dan beliau selalu bertanya khabar sahabat yang seorang lagi. Rupanya Abu Hurairahlah yang meninggal dulu. Dua hari selepas itu sahabat yang terakhir itu juga jatuh sakit, dalam keadaannya yang kesejukan, ahli keluarganya mendekatkannya pada api. Akibat kelalaian keluarganya api telah menyambar pakaian sahabat itu dan dia meninggal dalam api sebagaimana Nabi telah katakan. Kalau Nabi boleh mengatakan dengan tepat sesuatu yang berlaku didunia, apakah orang islam tidak perlu mengambil apa yang nabi kata tentang agama. sedangkan apa yang nabi kata adalah dari Allah. Kalau kita boleh kata fikiran kita dalam mengkaji al quran adalah dari Allah, tentulah yang dikatakan Nabi dalam menjelaskan Al quran juga dari Allah. Sedangkan manusia tertakluk pada nafsu dan godaan syaitan. Sedangkan Nabi dipelihara dari dosa.
Nabi pernah berkata diantara 10 orang sahabat besarnya, yang terakhir akan mati dalam api. Ketika hanya tinggal 2 orang yang masih hidup, salah seorangnya Abu Hurairah. Beliaulah yang paling banyak mendengar perkataan Nabi dan beliau selalu bertanya khabar sahabat yang seorang lagi. Rupanya Abu Hurairahlah yang meninggal dulu. Dua hari selepas itu sahabat yang terakhir itu juga jatuh sakit, dalam keadaannya yang kesejukan, ahli keluarganya mendekatkannya pada api. Akibat kelalaian keluarganya api telah menyambar pakaian sahabat itu dan dia meninggal dalam api sebagaimana Nabi telah katakan. Kalau Nabi boleh mengatakan dengan tepat sesuatu yang berlaku didunia, apakah orang islam tidak perlu mengambil apa yang nabi kata tentang agama. sedangkan apa yang nabi kata adalah dari Allah. Kalau kita boleh kata fikiran kita dalam mengkaji al quran adalah dari Allah, tentulah yang dikatakan Nabi dalam menjelaskan Al quran juga dari Allah. Sedangkan manusia tertakluk pada nafsu dan godaan syaitan. Sedangkan Nabi dipelihara dari dosa.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: realiti hidup sendiri
Zulia wrote:

Sudah-sudahlah berdusta kalau tidak dapat tunjukkan bukti dengan al-quran.
Kalau kita jadikan al-quran itu satu petunjuk, kita akan tahu nabi tidak tahu perkara-perkara yg ghaib dan yg akan berlaku pd masa depan spt dalam ayat yang saya boldkan itu.
Masakan nabi tahu orang yg terakhir mati itu dalam api. Allah sendiri suruh nabi berkata spt berikut.
6:50. Katakanlah, "Aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'. Aku tidak mengetahui yang ghaib, dan aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku seorang malaikat'; aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku." Katakanlah, "Adakah orang yang buta dengan orang yang melihat sama? Tidakkah kamu memikirkan?"
Jadi, cukup-cukuplah mengada-adakan cerita atas nama Allah dan rasulNya kalau tiada sebarang bukti.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07
Re: realiti hidup sendiri
Zulia wrote:tapi pemahaman solat = bekerja juga dilakukan oleh bos anda mr. Nobita yang juga orang musyrik. Dia akan kata mengapa solat anda diterima sedangkan dia yang mengambil anda bekerja dan menggajikan anda, kalau tak anda akan merempat. Jadi komitmen mr.Nobita lebih besar dari komitmen anda. Jad macamana anda kata perbuatan yang sama dilakukan oleh orang musyrik itu solat bagi anda? Logik ke?
salam
selagi di bayar gaji kira solat lah tu . senang jer tanda dia . logik be

othman- Sarjana
- Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1431
Registration date: 2009-10-07
Re: realiti hidup sendiri
Benar en. Othman,
Nabi juga pernah berasa sedih bila dituduh dusta oleh orang kafir. Lalu turunlah ayat yang menenangkan hatinya. Orang kafir yang mendustakan agama Allah akan melihat sendiri buktinya di akhirat. Kita disini bukan berhujah utk diri kita. Sesuatu yang benar akan tetap benar. Adakah tindakan orang kafir akan merugikan kita? mereka sendirilah yang akan menerima akibat dari tindakan mereka.
Nabi juga pernah berasa sedih bila dituduh dusta oleh orang kafir. Lalu turunlah ayat yang menenangkan hatinya. Orang kafir yang mendustakan agama Allah akan melihat sendiri buktinya di akhirat. Kita disini bukan berhujah utk diri kita. Sesuatu yang benar akan tetap benar. Adakah tindakan orang kafir akan merugikan kita? mereka sendirilah yang akan menerima akibat dari tindakan mereka.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Page 2 of 3 •
1, 2, 3 
Similar topics» ebook membuat CMS sendiri
» Contoh Esei (Gaya Hidup Sihat)
» Konsultasi Komputer
» Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"
» kenangan hidup susah
» Contoh Esei (Gaya Hidup Sihat)
» Konsultasi Komputer
» Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"
» kenangan hidup susah
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 2 of 3
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum