Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 2 BotsNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Erti solat yang masuk akal
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 4 of 4 • Share •
Page 4 of 4 •
1, 2, 3, 4
Re: Erti solat yang masuk akal
Zulia wrote:Sewaktu Nabi Muhammad saw bersolat di masjidilharam, Abu Jahal dan Koncu-koncunya meletakkan kotoran perut unta di belakang Nabi yang ketika itu sedang sujud. Selalunya Nabi memang sujud dalam waktu yang agak lama.
Siapakah yang buat kerja tak masuk akal? Perbuatan Nabi bersujudkah?
Atau perbuatan menganggu orang bersujud itu yang lebih berakal?
Kerja yang mengikuti petunjuk Allah adalah bahwa Rasul Allah bersujud ketika mencari karunia dan keridhaanNya (48:29),
bukan
bersujud ketika melakukan ritual salat.
Jadi sangat jelas orang yang mengikuti petunjuk Allah dan orang yang tidak mengikuti petunjuk Allah.
Zulia wrote:Tetapi alQuran mengatakan orang yang berakal ialah mereka yang mengikut Rasul.
Benar sekali, dan untuk mengikuti Rasul maka haruslah mengikuti petunjuk dalam Alquran yang dibawa oleh Rasul.

faried- Pensyarah
- Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1711
Registration date: 2010-04-21
Re: Erti solat yang masuk akal
faried wrote:Zulia wrote:Sewaktu Nabi Muhammad saw bersolat di masjidilharam, Abu Jahal dan Koncu-koncunya meletakkan kotoran perut unta di belakang Nabi yang ketika itu sedang sujud. Selalunya Nabi memang sujud dalam waktu yang agak lama.
Siapakah yang buat kerja tak masuk akal? Perbuatan Nabi bersujudkah?
Atau perbuatan menganggu orang bersujud itu yang lebih berakal?
Kerja yang mengikuti petunjuk Allah adalah bahwa Rasul Allah bersujud ketika mencari karunia dan keridhaanNya (48:29),
bukan
bersujud ketika melakukan ritual salat.
Jadi sangat jelas orang yang mengikuti petunjuk Allah dan orang yang tidak mengikuti petunjuk Allah.Zulia wrote:Tetapi alQuran mengatakan orang yang berakal ialah mereka yang mengikut Rasul.
Benar sekali, dan untuk mengikuti Rasul maka haruslah mengikuti petunjuk dalam Alquran yang dibawa oleh Rasul.
Salam,
Benar sekali. Sujud bermaksud merendah diri - maknanya Nabi sentiasa merendah diri sewaktu mencari kurnia dan keredhaan Tuhan. Sama seperti kita sekarang. Dalam usaha mencari kurnia dan keredhaan Tuhan kita perlu berurusan dengan manusia lain misalnya, jadi nilai yang baik untuk kita miliki dalam berurusan dengan orang lain - tidak kiralah samada mereka pelanggan atau pekerja, atau bos atau orang awam dan sebagainya adalah bersifat rendah diri kepada mereka.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: Erti solat yang masuk akal
Salam,
Satu yang menarik diperhatikan, jika perkataan "sujud" difahami sebagai merendah diri, ia mudah dipakaikan dalam semua ayat Al Quran yang mempunyai perkataan sujud. Namun jika sujud itu diertikan sebagai perbuatan meletakkan dahi ke tanah menuju ke sesuatu arah, kita akan jumpa percanggahan dengan banyak ayat-ayat Al Quran. Contohnya dalam kisah Nabi Yusuf di mana dia bermimpi bulan, bintang dan matahari bersujud kepadanya, itu menunjuk sujud bukannya satu posisi tubuh badan yang menyebabkan kepala di letakkan di atas tanah.
Sudah pasti ada bezanya sujud mengikut perspektif Al Quran dengan sujud mengikut pendapat ulamak agama. Yang menjadi hamba ulamak agama, mereka akan tunduk pada ulamak agama membuta-tuli. Yang menjadi hamba Allah, pastilah mereka tunduk pada Al Quran yang Allah turunkan.
Jadi hamba ulamak agama, kita tidak terjamin mendapat syurga. Tetapi menjadi hamba Allah, Dia menjanjikan kita syurga kerana syurga itu pun milik Allah, bukannya milik ulamak agama. Takkan semudah itu ramai yang tidak tahu membezakan?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Erti solat yang masuk akal
Kalau membuat makna dan sangkaan sendiri itu bukanlah mengikut atau mentaati alQuran, sedangkan solat itu telah diajarkan dan diketahui oleh orang Islam ketika hayat Nabi saw. Sengaja menolak/enggan menerima solat sama saja maksudnya tidak menerima agama Islam. Sengaja tidak mahu belajar sedangkan ia boleh mempelajari nya, adalah penolakan agama Islam. Sengaja mengambil sikap tak mahu percaya samalah ertinya tidak percaya pada agama Islam. Islam adalah agama yang perlu dipelajari dan tidak mampu manusia mengetahui tanpa belajar. Sebab Nabi mendapat agama dengan ilmu dan tunjuk ajar dari Allah melalui jibril a.s. Al quran yang diturunkan pada Nabi bersama kefahaman, lalu kefahaman agama inilah perlu diajarkan supaya orang Islam juga faham, dan diturunkan secara pengajaran ilmu satu generasi ke satu generasi sebagai satu agama yang benar dan sempurna dan diredhai Allah. Kerana ia telah pun sempurna dan lengkap, kewajiban orang yang beragama Islam iaitu mereka yang mahukan agama yang dibawakan oleh Nabi saw, dengan logik akal yang waras, hendaklah mempelajari dari orang yang beriman sebelum mereka. Tidak ada cara lain lagi. Tidak dengan cara berfikir sendiri. Agama yang benar ialah yang dibawa oleh nabi bukan yang datang dari kepala otak sendiri.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Erti solat yang masuk akal
Salam,
Perkataan sujud secara umumnya ditafsirkan sebagai perbuatan membongkokkan diri di atas lutut dengan muka menyentuh lantai. Kononnya ia satu manifestasi kepatuhan kepada Tuhan. Tetapi adakah perbuatan seperti itu yang Tuhan suruh kita amalkan?
Saya melihat maksud perkataan sujud mudah saja, iaitu merendah diri. Apabila Tuhan suruh para malaikat sujud kepada Adam, ia bukan bermakna mereka perlu membongkokkan-diri-di atas-lutut-dengan-muka-menyentuh-lantai kepada Adam. Ia juga tidak bermakna mereka perlu patuh kepada Adam. Apa yang berlaku, mereka sebenarnya telah merendah diri kepada Adam dan secara tidak langsung kepada Allah juga.
Ini kerana sebelum itu para malaikat telah beranggapan mereka adalah lebih baik dari Adam dan tidak nampak mengapa Allah mahu menjadikan dia khalifah di bumi. Namun selepas Tuhan membuktikan di hadapan mereka perihal kelebihan Adam, mereka sedar kesilapan mereka dan terus merendah diri apabila Tuhan menyuruh mereka berbuat demikian.
Bagaimanapun Iblis memilih untuk terus dengan kesombongannya dan tidak mahu merendah diri kepada Adam. Ini bermakna dia juga telah gagal untuk merendah diri kepada Allah. Akibatnya dia dilaknat Tuhan.
Berikut adalah apa yang diceritakan Tuhan kepada kita:
2:34 “Dan apabila Kami katakan kepada para malaikat: Rendahkanlah diri kepada Adam (lalu) mereka telah merendah diri tetap Iblis, dia menolak dan dia sombong dan dia adalah antara mereka yang tidak percaya”.
17:61 “…Dia berkata: Patutkah aku merendah diri kepadanya yang Engkau telah perbuat dari tanah?”
Saya percaya jika kita fahami intipati kisah Adam dan Iblis ini, kita akan melihat betapa pentingnya kita mengelak menjadi orang yang sombong. Kerana sifat sombong itu tidak lain adalah sifat Iblis yang tidak mahu merendah diri walaupun Tuhan telah menunjukkan bukti yang nyata.
http://tolokminda.wordpress.com/2010/02/12/sujud-bermaksud-merendah-diri/

Sifat iblis yang nyata ialah, ana khairun minhu, saya lebih baik dari dia/ sama maksudnya saya lebih pandai dari orang lain. Bila seseorang itu meletakkan dirinya lebih baik atau lebih tahu dari orang lain, apatah lagi dia sememangnya tidak mempelajari apa-apa, inilah yang dimahukan oleh iblis. Iblis memang tidak mahu manusia mengetahui ilmu tentang agama, dengan itu mudahlaah baginya mengenakan tipu daya kepada manusia. Kalau seseorang yang tidak mempelajari agama, menghalang orang lain dari agama atau lebih mudahnya menghalang manusia dari jalan Nabi, samalah pekerjaannya dengan iblis. Logik nya Nabi bersolat, kalau nak tahu macamana Nabi solat, adakah mengikut kepala otak kita. Kalau ditakdirkan ada satu manusia saja yang tahu bagaimana Nabi bersolat, setiap orang yang mengakui Islam wajib mencari dan belajar melalui orang itu. Kita tidak boleh assume solat ini begitu begini dengan akal sendiri atau akal segelintir orang yang juga tidak tahu macam kita. Orang yahudi juga membaca kitab dengan pengertian yang mereka agak-agak sahaja. Kerana ulama nya yang tidak mahu menegakkan hukum sebaliknya ikut orang yang jahil dikalangan mereka.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Erti solat yang masuk akal
Salam Zulia,
Kalau puan baca Al-Quran puan akan dapati bahawa semua nabi melaksanakan solat. Bukan Nabi Muhamad saja yang melaksanakannya. Kalau benarlah solat Nabi itu satu bentuk ritual yang puan amalkan sekarang, puan sebenarnya tak perlukan riwayat sipolan sebagai rujukan bagaimana ia harus dilakukan. Tentulah umat nabi-nabi terdahulu juga sudah mewar-warkannya. Lagi pun tidakkah puan nampak betapa mengarutnya jika benar Nabi solat sebagaimana ritual puan itu dan saban hari menjadi imam kepada kaumnnya tapi tiba-tiba cara perlaksanaan ritual tersebut hanya diperbincangkan ratusan tahun selepas Nabi wafat. Itu pun sekadar dari riwayat sipolan dan sipolan yang kononnya nampak Nabi melakukan begitu begini. Dan itupun mereka belum berhenti bertelagah tentang kesahihannya sehingga hari ini.
Kalau puan baca Al-Quran puan akan dapati bahawa semua nabi melaksanakan solat. Bukan Nabi Muhamad saja yang melaksanakannya. Kalau benarlah solat Nabi itu satu bentuk ritual yang puan amalkan sekarang, puan sebenarnya tak perlukan riwayat sipolan sebagai rujukan bagaimana ia harus dilakukan. Tentulah umat nabi-nabi terdahulu juga sudah mewar-warkannya. Lagi pun tidakkah puan nampak betapa mengarutnya jika benar Nabi solat sebagaimana ritual puan itu dan saban hari menjadi imam kepada kaumnnya tapi tiba-tiba cara perlaksanaan ritual tersebut hanya diperbincangkan ratusan tahun selepas Nabi wafat. Itu pun sekadar dari riwayat sipolan dan sipolan yang kononnya nampak Nabi melakukan begitu begini. Dan itupun mereka belum berhenti bertelagah tentang kesahihannya sehingga hari ini.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: Erti solat yang masuk akal
Salam TM,
Melalui kisah Adam dan iblis itu pun kita boleh nampak apakah erti solat yang masuk akal. Dalam kisah itu, Adam dan isteri dimasukkan ke syurga setelah Adam berjaya membuktikan kenapa manusia lebih layak menjadi khalifah berbanding malaikat, iaitu kerana berpengetahuan tinggi. Bayangkan jika ketika Allah ingin mengajar Adam, tetapi Adam engkar dan pemalas berfikir sehingga berpengetahuan rendah, apakah Allah gembira terhadap Adam dan memasukkannya ke syurga? Sudah pasti tidak. Malah sudah tentu Adam menjadi bahan ejekan sinis malaikat yang mulanya telah memandang rendah terhadap keupayaan manusia pada waktu itu.
Oleh kerana Allah memasukkan Adam ke syurga kerana berpengetahuan tinggi, dan pengetahuan tinggi itu hanya akan diperolehi jika rajin mengadap ilmu, maka apa kejadahnya kita bersolat mengadap batu? Bukanlah lebih logik solat kita dipenuhi dengan aktiviti meningkatkan ilmu seperti yang Allah tunjukkan daripada pedoman kisah Adam itu?

Zulia wrote:Kita tidak boleh assume solat ini begitu begini dengan akal sendiri atau akal segelintir orang yang juga tidak tahu macam kita.
Benar sekali dan sangat sependapat.
Pemahaman tentang apa yang dimaksud dengan salat adalah sangat salah jika didasarkan atas asumsi,
atau
pendapat/pemahaman ulama.
Pemahaman tentang apa yang dimaksud dengan salat haruslah didasarkan atas petunjuk Allah dalam Alquran, karena perintah menegakkan salat adalah perintah Allah,
bukan
perintah ulama.

faried- Pensyarah
- Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1711
Registration date: 2010-04-21
Re: Erti solat yang masuk akal
Salam Faried,
Ramai orang lebih takut perintah pembesar agama dari perintah Tuhan...
Ramai orang lebih takut perintah pembesar agama dari perintah Tuhan...

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: Erti solat yang masuk akal
Salam,
Sebab mereka tidak menggunakan akal untuk melihat perbezaan kata-kata Allah dengan kata-kata ulamak agama. Mereka merasakan apa yang ulamak agama kata, itu semestinya kata-kata Allah.
Bukankah suatu yang benar dengan suatu yang dusta mempunyai perbezaan seperti perbezaan terang dan gelap?
Sebab mereka tidak menggunakan akal untuk melihat perbezaan kata-kata Allah dengan kata-kata ulamak agama. Mereka merasakan apa yang ulamak agama kata, itu semestinya kata-kata Allah.
Bukankah suatu yang benar dengan suatu yang dusta mempunyai perbezaan seperti perbezaan terang dan gelap?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Erti solat yang masuk akal
Salam,
diterjemahkan
Terjemahan di atas sangat tidak jelas ujung pangkalnya, selain sangat banyak kata dalam tanda kurung,
padahal terjemahannya sangat sederhana:
faitha = maka apabila
sajadoo = mereka telah sujud
falyakoonoo = maka mereka telah ada
min = di
waraikum = belakang kamu.
Jadi mereka (hum) yang belum berquran, jika telah didirikan salat oleh engkau (ta),
lalu mereka telah sujud,
maka mereka telah berada di belakang kamu (kum), atau dengan kata lain mereka telah ikut atau telah menjadi segolongan dengan kamu.
Kamu (kum) adalah golongan yang telah berquran.
Sama sekali tidak ada ritual salat berjamaah,
karena
mereka berada di belakang kamu setelah mereka bersujud. Mereka tidak berada di belakang kamu sejak mulai salat, tetapi mereka dan kamu salat sendiri-sendiri.
Apalagi kamu adalah berarti lebih dari satu orang dan tidak mungkin imam lebih dari satu orang.
4:102 ... faitha sajadoo falyakoonoo min waraikum ...
diterjemahkan
... kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah
mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), ...
Terjemahan di atas sangat tidak jelas ujung pangkalnya, selain sangat banyak kata dalam tanda kurung,
padahal terjemahannya sangat sederhana:
faitha = maka apabila
sajadoo = mereka telah sujud
falyakoonoo = maka mereka telah ada
min = di
waraikum = belakang kamu.
Jadi mereka (hum) yang belum berquran, jika telah didirikan salat oleh engkau (ta),
lalu mereka telah sujud,
maka mereka telah berada di belakang kamu (kum), atau dengan kata lain mereka telah ikut atau telah menjadi segolongan dengan kamu.
Kamu (kum) adalah golongan yang telah berquran.
Sama sekali tidak ada ritual salat berjamaah,
karena
mereka berada di belakang kamu setelah mereka bersujud. Mereka tidak berada di belakang kamu sejak mulai salat, tetapi mereka dan kamu salat sendiri-sendiri.
Apalagi kamu adalah berarti lebih dari satu orang dan tidak mungkin imam lebih dari satu orang.

faried- Pensyarah
- Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1711
Registration date: 2010-04-21
Re: Erti solat yang masuk akal
Zulia wrote:Sifat iblis yang nyata ialah, ana khairun minhu, saya lebih baik dari dia/ sama maksudnya saya lebih pandai dari orang lain. Bila seseorang itu meletakkan dirinya lebih baik atau lebih tahu dari orang lain, apatah lagi dia sememangnya tidak mempelajari apa-apa, inilah yang dimahukan oleh iblis. Iblis memang tidak mahu manusia mengetahui ilmu tentang agama, dengan itu mudahlaah baginya mengenakan tipu daya kepada manusia. Kalau seseorang yang tidak mempelajari agama, menghalang orang lain dari agama atau lebih mudahnya menghalang manusia dari jalan Nabi, samalah pekerjaannya dengan iblis. Logik nya Nabi bersolat, kalau nak tahu macamana Nabi solat, adakah mengikut kepala otak kita. Kalau ditakdirkan ada satu manusia saja yang tahu bagaimana Nabi bersolat, setiap orang yang mengakui Islam wajib mencari dan belajar melalui orang itu. Kita tidak boleh assume solat ini begitu begini dengan akal sendiri atau akal segelintir orang yang juga tidak tahu macam kita. Orang yahudi juga membaca kitab dengan pengertian yang mereka agak-agak sahaja. Kerana ulama nya yang tidak mahu menegakkan hukum sebaliknya ikut orang yang jahil dikalangan mereka.
Tertegaknya agama dengan mendirikan solat. Kalau dah tak nak mengaku solat yang didirikan oleh rasullullah saw dan seperti apa yang dikerjakan para sahabat baginda berdasarkan tunjuk-ajar baginda maka orang yang menolak kebenaran cara solat adalah golongan yang sesat. Kalau tradisi turun-temurun yang mereka tentang dan menyamatarafkannya dengan 'tradisi' solat sepertimana yang diajarkan oleh para cendikiawan Islam ataupun ulamak, maka mereka menafikan diri mereka sendiri yang sebenarnya adalah hasil kegiatan nenek-moyang mereka turun-temurun yang mamasukkan air mani ke rahim isteri mereka lalu terbentuklah mereka dan dengan izin Allah mereka dilahirkan kedunia. Setiap kita mewarisi genetik nenek-moyang kita jadi jika secara saintifik pun mereka menafikan tradisi turun-temurun walaupun ianya merupakan hukum Allah maka mereka mungkin sanggup mencipta DNA untuk melahirkan zuriat mereka sendiri tanpa berpandukan wahyu yang mengajarkan manusia bagaimana untuk melahirkan zuriat. Mungkin zuriat yang terhasil daripada nenek-moyang yang bertopengkan agama untuk merosakkan Islam daripada dalam mengalir dalam diri mereka seperti tokoh liberal indonesia Nurcholis Majid yang rupa-rupanya keturunan yahudi.

PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts: 678
Age: 30
State:
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2010-05-12
Re: Erti solat yang masuk akal
PenjunjungEhsan wrote:Zulia wrote:Sifat iblis yang nyata ialah, ana khairun minhu, saya lebih baik dari dia/ sama maksudnya saya lebih pandai dari orang lain. Bila seseorang itu meletakkan dirinya lebih baik atau lebih tahu dari orang lain, apatah lagi dia sememangnya tidak mempelajari apa-apa, inilah yang dimahukan oleh iblis. Iblis memang tidak mahu manusia mengetahui ilmu tentang agama, dengan itu mudahlaah baginya mengenakan tipu daya kepada manusia. Kalau seseorang yang tidak mempelajari agama, menghalang orang lain dari agama atau lebih mudahnya menghalang manusia dari jalan Nabi, samalah pekerjaannya dengan iblis. Logik nya Nabi bersolat, kalau nak tahu macamana Nabi solat, adakah mengikut kepala otak kita. Kalau ditakdirkan ada satu manusia saja yang tahu bagaimana Nabi bersolat, setiap orang yang mengakui Islam wajib mencari dan belajar melalui orang itu. Kita tidak boleh assume solat ini begitu begini dengan akal sendiri atau akal segelintir orang yang juga tidak tahu macam kita. Orang yahudi juga membaca kitab dengan pengertian yang mereka agak-agak sahaja. Kerana ulama nya yang tidak mahu menegakkan hukum sebaliknya ikut orang yang jahil dikalangan mereka.
Tertegaknya agama dengan mendirikan solat. Kalau dah tak nak mengaku solat yang didirikan oleh rasullullah saw dan seperti apa yang dikerjakan para sahabat baginda berdasarkan tunjuk-ajar baginda maka orang yang menolak kebenaran cara solat adalah golongan yang sesat.
Salat yang saya dirikan adalah salat versi petunjuk Allah dalam Alquran,
bukan
salat versi non-Alquran.
Apakah jika berpandukan Alquran, orang akan menjadi sesat?

faried- Pensyarah
- Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1711
Registration date: 2010-04-21
Re: Erti solat yang masuk akal
Adakah rasullullah sallallahu alaihi wa sallam menyediakan dua vesi solat iaitu versi AlQuran dan versi sunnah nabi? Hanya tokoh penciplak sahaja yang akan mengatakan solat terdapat beberapa versi. Islam sentiasa satu dalam melaksanakan hukumnya.

PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts: 678
Age: 30
State:
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2010-05-12
Re: Erti solat yang masuk akal
PenjunjungEhsan wrote:Adakah rasullullah sallallahu alaihi wa sallam menyediakan dua vesi solat iaitu versi AlQuran dan versi sunnah nabi? Hanya tokoh penciplak sahaja yang akan mengatakan solat terdapat beberapa versi. Islam sentiasa satu dalam melaksanakan hukumnya.
Sependapat bahwa:
Islam senantiasa satu dalam melaksanakan hukumnya.
dan karenanya
saya meyakini bahwa hanya satu versi salat yang dibawa oleh Rasul, yaitu yang dijelaskan dalam Alquran.
Last edited by faried on Fri Jan 14, 2011 8:32 am; edited 2 times in total

faried- Pensyarah
- Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1711
Registration date: 2010-04-21
Re: Erti solat yang masuk akal
Salam,
10:15. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, "Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia." Katakanlah, "Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak mengikuti apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku mengingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."
Kalau kita ambil solat versi selain Al Quran, apa bezanya kita dengan orang-orang terdahulu yang tidak mengharap pertemuan dengan Tuhan? Bukankah mereka mahu selain Al Quran? Maknanya amalan ritual mereka sudah pasti sesuatu yang tidak ditetapkan dalam Al Quran.
Oleh kerana solat mengadap batu tidak ditetapkan dalam Al Quran, jelas itu membuktikan ia suatu yang diada-adakan oleh orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Tuhan.
10:15. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, "Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia." Katakanlah, "Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak mengikuti apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku mengingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."
Kalau kita ambil solat versi selain Al Quran, apa bezanya kita dengan orang-orang terdahulu yang tidak mengharap pertemuan dengan Tuhan? Bukankah mereka mahu selain Al Quran? Maknanya amalan ritual mereka sudah pasti sesuatu yang tidak ditetapkan dalam Al Quran.
Oleh kerana solat mengadap batu tidak ditetapkan dalam Al Quran, jelas itu membuktikan ia suatu yang diada-adakan oleh orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Tuhan.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Page 4 of 4 •
1, 2, 3, 4
Similar topics» masuk facebook pake proxy gratis telkomsel
» bagi yang bingung!! Ask Mod..
» cerpen pendek islam yang menarik !
» Menikahi Dia? Tapi Bagaimana Dengan Gadis Yang Disana?
» 10 Sifat Mahmudah Yang Digariskan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Arbain Fi Usuludin
» bagi yang bingung!! Ask Mod..
» cerpen pendek islam yang menarik !
» Menikahi Dia? Tapi Bagaimana Dengan Gadis Yang Disana?
» 10 Sifat Mahmudah Yang Digariskan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Arbain Fi Usuludin
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 4 of 4
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum