Log in

I forgot my password

Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Percanggahan demi percanggahan

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Go down

Percanggahan demi percanggahan

Post by Juang on Wed Jun 16, 2010 12:42 am

#1

Jika kita fikirkan, dalam Al Quran ada menceritakan dengan jelas dan terang tentang amalan yang Allah larang seperti amalan sujud kepada matahari (kisah Nabi Sulaiman dengan kaum Ratu Balqis), amalan menjadikan patung-patung untuk Tuhan-tuhan (kisah Nabi Ibrahim dengan kaumnya sendiri) atau amalan mengadap patung anak sapi (kisah Nabi Musa dengan kaumnya sendiri). Semua itu mampu disampaikan oleh Al Quran tanpa perlu kitab-kitab riwayat hadis pun. Malah perjalanan kisah tersebut diceritakan dengan panjang.

Tetapi bagaimana untuk amalan yang mereka dakwa ia adalah suruhan Allah, mereka tidak mampu tunjukkan ayat-ayat Al Quran manakah yang menyokong dakwaan mereka? Mereka terpaksa guna kitab-kitab selain Al Quran.

Pelik. Untuk amalan yang Allah larang (seperti menyekutukan Allah), terang-terang banyak dijumpai dalam Al Quran biarpun apa jua cara atau kaedah yang digunakan oleh sesuatu kaum, takkanlah amalan yang Allah suruh, mereka tidak dapat kemukakan cara-cara ditetapkan dalam Al Quran? Kenapa mereka nak mengada-adakan apa yang tidak ditetapkan melalui Al Quran?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Percanggahan demi percanggahan

Post by semut api on Wed Jun 16, 2010 12:45 am

kesian, hanya Allah saja yg dapat menolong bagi sesiapa yg disesatkan kerana Dialah yg menyesatkan juga yg menunjuki kepada sesiapa yg dikehendaki

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Percanggahan demi percanggahan

Post by tolokminda on Wed Jun 16, 2010 1:52 am

Juang wrote:
#1

Jika kita fikirkan, dalam Al Quran ada menceritakan dengan jelas dan terang tentang amalan yang Allah larang seperti amalan sujud kepada matahari (kisah Nabi Sulaiman dengan kaum Ratu Balqis), amalan menjadikan patung-patung untuk Tuhan-tuhan (kisah Nabi Ibrahim dengan kaumnya sendiri) atau amalan mengadap patung anak sapi (kisah Nabi Musa dengan kaumnya sendiri). Semua itu mampu disampaikan oleh Al Quran tanpa perlu kitab-kitab riwayat hadis pun. Malah perjalanan kisah tersebut diceritakan dengan panjang.

Tetapi bagaimana untuk amalan yang mereka dakwa ia adalah suruhan Allah, mereka tidak mampu tunjukkan ayat-ayat Al Quran manakah yang menyokong dakwaan mereka? Mereka terpaksa guna kitab-kitab selain Al Quran.

Pelik. Untuk amalan yang Allah larang (seperti menyekutukan Allah), terang-terang banyak dijumpai dalam Al Quran biarpun apa jua cara atau kaedah yang digunakan oleh sesuatu kaum, takkanlah amalan yang Allah suruh, mereka tidak dapat kemukakan cara-cara ditetapkan dalam Al Quran? Kenapa mereka nak mengada-adakan apa yang tidak ditetapkan melalui Al Quran?




Salam Juang,

Sebenarnya Tuhan sudah beri satu contoh yang jelas bagaimana ia boleh berlaku. Ia dalam kisah Adam, Hawa, syaitan dan pokok larangan.

7:19 Dan Adam tinggallah dengan pasanganmu di dalam syurga dan makanlah dari mana saja yang kamu ingini, tetapi jangan dekati pokok ini atau kamu akan menjadi mereka yang zalim.

7:20 Tetapi syaitan berbisik kepada mereka - untuk mendedahkan kepada mereka bahagian tubuh mereka yang terselindung dan dia berkata: Tuhanmu tidak melarang kamu dari pokok ini kecuali kerana kamu akan menjadi malaikat atau kamu akan hidup selama-lamanya.

7:21 Dan dia bersumpah kepada mereka: Aku memberi nasihat yang baik.

7:22 Jadi dia menyesatkan mereka dengan tipudaya dan apabila mereka merasa pokok itu maka terdedahlah tubuh mereka dan mereka segera menutup diri mereka dengan daun-daun syurga – dan Tuhan mereka memanggil mereka: Tidakkah Aku telah melarang kamu dari pokok itu dan memberitahu kamu bahawa syaitan adalah musuh yang nyata?

7:23 Mereka berkata: Wahai Tuhan kamu, kami telah melakukan kesalahan terhadap diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan tidak belas kasihan ke atas kami maka kami akan menjadi dari kalangan mereka yang rugi.


Tuhan telah pun menjelaskan apa yang dilarang malah telah memberitahu bahawa syaitan itu musuh yang nyata. Tetapi syaitan tetap dapat menipu Adam dan Hawa kononnya yang dilarang itu sebenarnya besar faedahnya sambil mendakwa dia adalah penasihat yang baik.

Kalau Adam yang berada di perkarangan Tuhan pun boleh terpengaruh, inikah pula keturunannya. Maka tidak hairanlah walaupun Tuhan dah terang-terang larang perbuatan menyekutukan Dia dengan apa-apa pun majoriti manusia di atas bumi ini tidak berfikir dua kali untuk melanggar larangan itu sambil perasan merekalah manusia yang baik di sisi Tuhan.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Percanggahan demi percanggahan

Post by Juang on Wed Jun 16, 2010 4:53 am

Salam Tolokminda,

Cara terbaik untuk menyelamatkan diri daripada tipu-daya syaitan itu adalah dengan kembali kepada Kitab Allah. Jika umat-umat terdahulu pernah berpaling daripada Kitab Allah gara-gara syaitan telah memperlihatkan amalan ritual mereka indah-indah, takkanlah kita nak tiru kembali perangai umat terdahulu itu dengan menjauhi Al Quran?

Hanya orang yang bodoh sahaja mengulangi kesilapan yang sama setelah mereka tahu perkara itu satu kesalahan.

Al Quran cukup jelas bagi manusia yang percaya kepada Penciptanya, sedangkan orang kafir akan memberi seribu satu alasan untuk tidak mahu mengikutinya. Contohnya orang kafir terdahulu sanggup menyuruh Rasul mereka tukarkan ayat-ayat Al Quran dengan ayat yang lain kerana pengajaran Al Quran tidak selari dengan nafsu mereka nak berbangga-bangga diri dengan amalan ritual mereka. Kini kita lihat skrip yang sama iaitu bila ada sesiapa yang kemukakan terjemahan Al Quran yang tidak selari dengan ajaran tradisi mereka, mereka bagi bermacam-macam alasan untuk tidak percaya kepada Al Quran.

Jika kaum yang sujud ke arah matahari gagal kemukakan bukti ayat Allah mana yang suruh perlu sujud ke arah matahari, bukankah kaum yang suruh sujud ke arah objek-objek lain yang turut gagal kemukakan bukti sama sahaja sifatnya dengan kaum yang sujud ke arah matahari itu?

Tetapi mereka tidak melihat persamaan kegagalan mereka itu kerana tenggelam dalam perasaan "akulah manusia yang baik di sisi Tuhan kerana rajin beritual mengadap objek ini".

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Percanggahan demi percanggahan

Post by Admin on Wed Jun 16, 2010 8:02 am

Salam,

Kita tidak tahu apakah mereka sedar atau buat-buat tak sedar akan percanggahan demi percanggahan yang didedahkan dalam al-quran. Meskipun peringatan demi peringatan diberikan agar tidak menyekutukan Allah tetapi mereka tetap mempertahankan amalan 'indah-indah' mereka itu.

Apakah mereka tidak takut akan azab Allah di akhirat kelak kerana menyekutukanNya?

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Percanggahan demi percanggahan

Post by faried on Wed Jun 16, 2010 8:18 am

semut api wrote:kesian, hanya Allah saja yg dapat menolong bagi sesiapa yg disesatkan kerana Dialah yg menyesatkan juga yg menunjuki kepada sesiapa yg dikehendaki


Rupanya tuhan anda suka menyesatkan, jahat sekali.

Tuhanku Maha Rahman dan Maha Rahim

faried
Pensyarah

Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1711
Registration date: 2010-04-21

Back to top Go down

Re: Percanggahan demi percanggahan

Post by faried on Wed Jun 16, 2010 8:22 am

Admin wrote:
Kita tidak tahu apakah mereka sedar atau buat-buat tak sedar akan percanggahan demi percanggahan yang didedahkan dalam al-quran. Meskipun peringatan demi peringatan diberikan agar tidak menyekutukan Allah tetapi mereka tetap mempertahankan amalan 'indah-indah' mereka itu.


Mempertahankan pemahaman itulah fakta yang ada yang tidak dapat dipungkiri.

Jadi kalau orang tetap tidak mau ikut Alquran, jangan Tuhan yang disalahkan, bahwa Dia-lah menyesatkan.

Tuhan hanya menyesatkan siapa yang memang mau sesat.

Manusia bebas memilih.

Salam.

faried
Pensyarah

Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1711
Registration date: 2010-04-21

Back to top Go down

Re: Percanggahan demi percanggahan

Post by semut api on Wed Jun 16, 2010 9:17 am

faried wrote:
semut api wrote:kesian, hanya Allah saja yg dapat menolong bagi sesiapa yg disesatkan kerana Dialah yg menyesatkan juga yg menunjuki kepada sesiapa yg dikehendaki


Rupanya tuhan anda suka menyesatkan, jahat sekali.

Tuhanku Maha Rahman dan Maha Rahim

manusia yg bodoh mmg berkata begitu, berlagak tahu tapi mengalahkan lembu yg makan rumput kering kat padang

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Percanggahan demi percanggahan

Post by Juang on Thu Jun 17, 2010 5:30 am

faried wrote:
Admin wrote:
Kita tidak tahu apakah mereka sedar atau buat-buat tak sedar akan percanggahan demi percanggahan yang didedahkan dalam al-quran. Meskipun peringatan demi peringatan diberikan agar tidak menyekutukan Allah tetapi mereka tetap mempertahankan amalan 'indah-indah' mereka itu.


Mempertahankan pemahaman itulah fakta yang ada yang tidak dapat dipungkiri.

Jadi kalau orang tetap tidak mau ikut Alquran, jangan Tuhan yang disalahkan, bahwa Dia-lah menyesatkan.

Tuhan hanya menyesatkan siapa yang memang mau sesat.

Manusia bebas memilih.

Salam.


Salam,

Benar. Jangan salahkan Tuhan diatas apa yang manusia pilih sendiri. Macam Tuhan sediakan jalan ke timur dan jalan ke barat. Jika manusia itu pilih nak sangat ke timur, maka Tuhan bagilah mereka ke timur. Begitu juga sebaliknya.

Samalah, jika manusia itu nak sangat pilih jalan yang sesat, maka Tuhan bagilah mereka kesesatan, bukannya Tuhan sengaja sesatkan mereka.

Tuhan sudah bagi kita hasanal hadis seperti Al Quran yang meninggikan martabat Tuhan, tetapi ada manusia nak sangat ambil lahwal hadis seperti kitab riwayat yang merendah-rendahkan martabat Tuhan, maka dapatlah mereka balasan sama seperti orang kafir terdahulu yang merendah-rendahkan martabat Tuhan. Mereka pilih jalan yang sama yang ditempuhi oleh orang kafir terdahulu.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Percanggahan demi percanggahan

Post by semut api on Thu Jun 17, 2010 9:24 am

maka semakin nyatalah akan kelembuan akai mereka2 sebijik macam lembu kat padang

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Percanggahan demi percanggahan

Post by PenjunjungEhsan on Thu Jun 17, 2010 9:43 am

Memang bercanggah sebab golongan sesat memang selalu bercanggah dengan golongan yang memohon petunjuk daripada Allah subhanahu wa ta'ala. Tanpa syahadah, tanpa solat, tanpa puasa, tanpa zakat, memang lebih sesat dan yang lebih jelas kafir.

PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts: 678
Age: 30
State:
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2010-05-12

Back to top Go down

Re: Percanggahan demi percanggahan

Post by tolokminda on Thu Jun 17, 2010 2:21 pm

Salam PE,

Golongan yang sesat adalah golongan yang mengamalkan ketetapan-ketetapan manusia lain tanpa berasa ingin untuk memeriksa samada ia selari dengan petunjuk yang Tuhan telah kurniakan kepada mereka.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Percanggahan demi percanggahan

Post by Zulia on Thu Jun 17, 2010 2:43 pm

Amalan Islam yang disandarkan kepada Al quran dan dijelaskan oleh Nabi, itu yang kita ikuti kalau tidak kafirlah kita kerana mengikut amalan yang kita tidak tahu. Sebab Nabi lebih faham Al quran yang diturunkan kepada baginda.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Percanggahan demi percanggahan

Post by tolokminda on Thu Jun 17, 2010 2:49 pm

Zulia wrote:Amalan Islam yang disandarkan kepada Al quran dan dijelaskan oleh Nabi, itu yang kita ikuti kalau tidak kafirlah kita kerana mengikut amalan yang kita tidak tahu. Sebab Nabi lebih faham Al quran yang diturunkan kepada baginda.


Salam Zulia,

Di dalam Al-Quran Tuhan jelaskan Nabi ikut Al-Quran. Jadi kita pun kena ikut Al-Quranlah. Kalau nak ikut Nabi, ikut Nabi sebagaimana yang diceritakan di dalam Al-Quran. Bukan ikut cerita-cerita riwayat entah siapa-siapa.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Percanggahan demi percanggahan

Post by Zulia on Thu Jun 17, 2010 3:00 pm

Oo jadi benarlah kita kena jadi golongan yang mengikut Nabi seperti kisah Nabi dalam Alquran itu. Jadi yang engkar itu adalah orang yang memusuhi nabi.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Percanggahan demi percanggahan

Post by tolokminda on Thu Jun 17, 2010 3:03 pm

Salam Zulia,

Orang-orang yang memusuhi Nabi adalah mereka yang tidak mahu percaya kepada Kitab yang disampaikan beliau, iaitu Al-Quran.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Percanggahan demi percanggahan

Post by Zulia on Thu Jun 17, 2010 3:09 pm

bukan itu sahaja tetapi mereka yang menentang agama yang dibawa oleh Baginda.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Percanggahan demi percanggahan

Post by tolokminda on Thu Jun 17, 2010 3:12 pm

Salam Zulia,

Nabi diutuskan oleh Tuhan untuk menyampaikan Al-Quran dan bukannya membawa agama. Kalau benar Tuhan mengutuskan Nabi untuk membawa agama, sila kemukakan buktinya. Jangan cakap aje macam-macam tapi minta satu bukti pun tak boleh beri. Itu pembohong namanya.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Percanggahan demi percanggahan

Post by Zulia on Thu Jun 17, 2010 3:15 pm

Anda tidak beragama kah? Kalau tidak saya tak pelu buktikan apa-apa pada anda.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Percanggahan demi percanggahan

Post by tolokminda on Thu Jun 17, 2010 3:21 pm

Salam Zulia,

Saya percaya Tuhan hanya menyuruh saya menjalani satu cara hidup yang baik selaras dengan ketetapan-ketetapan yang telah direstuiNya. Sekarang, oleh kerana puan percaya Nabi diutuskan untuk membawa agama, maka saya mohon puan kemukakan buktinya supaya puan tidak akan dianggap pandai bercakap tapi semua cuma dusta-dusta belaka.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum