Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 2 BotsNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Makhluk didahulukan, pencapaian diutamakan
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Makhluk didahulukan, pencapaian diutamakan
55:29. Apa sahaja yang di langit dan di bumi meminta kepada-Nya; setiap hari Dia di dalam sesuatu urusan.
Allah adalah Pemerintah yang paling sibuk di antara pemimpin-pemimpin. Semua makhluk-makhlukNya sentiasa meminta kepadaNya. Lihatlah dalam kehidupan manusia sahaja, semua manusia sibuk mencari rezeki.
Dalam mencari rezeki itu, Allah-lah yang mengatur supaya ada manusia mendapat rezeki banyak dan ada pula yang dapat sedikit untuk menguji siapa yang tamak dan siapa yang bersyukur. Siapa yang rajin berusaha, dapatlah bahagian sesuai dengan apa yang dikerjakan. Begitu jugalah kepada yang pemalas berusaha, dapatlah hasil sesuai dengan sifatnya itu.
Allah bukanlah Raja yang suka dipuja-puji. Allah mementingkan pencapaian hamba-hambaNya. Dalam kisah Adam dan malaikat, walaupun malaikat sering memuji Allah, tetapi pencapaian Adam memiliki ilmu yang tinggi itulah yang diutamakan.
Orang yang pemalas, dia suka membodek untuk dapat kesenangan dengan cepat. Orang yang rajin, dia akan berusaha menggunakan keupayaan diri untuk membuktikan pencapaiannya. Mendapat kejayaan daripada keupayaan dan pencapaian sendiri lebih terasa nikmatnya berbanding sekadar membodek untuk naik cepat.
Ada manusia cuba "membodek" Tuhan dengan mengada-adakan amalan ritual untuk Tuhan agar Tuhan masukkan mereka ke dalam syurga. Ada manusia pula berusaha membuktikan keupayaan diri yang Tuhan telah kurniakan agar dengan pencapaian-pencapaian mereka itu dijadikan modal untuk membuktikan kenapa mereka layak masuk syurga. Samalah seperti mana Adam membuktikan pencapaiannya yang melayakkan dia dijadikan khalifah.
Jadi terpulanglah dengan kepercayaan masing-masing. Sesiapa yang percaya dengan "membodek" Tuhan mereka boleh mudah-mudah masuk syurga, itu urusan mereka. Tetapi siapa yang percaya mereka kena berusaha membuktikan keupayaan diri dengan pencapaian-pencapaian terutama dalam bidang ilmu, itulah yang dilakukan oleh Adam sehingga dia diangkat sebagai khalifah dan dimasukkan ke dalam syurga.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Makhluk didahulukan, pencapaian diutamakan
Bab pencapaian diutamakan saya memang minat. Cuma istilah membodek Tuhan tu yang tak sedap dibaca. Macam mengatakan pembodek tu boleh jumpa dengan Tuhan. Auzubillahiminzalik.

PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts: 678
Age: 30
State:
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2010-05-12
Re: Makhluk didahulukan, pencapaian diutamakan
Salam,
Kalau kita sedar yang Tuhan berserta dengan kita semua sebab Dia lebih dekat daripada urat leher, tiada istilah "berjumpa" dengan Tuhan seperti manusia berjumpa manusia lain. Hakikatnya Allah sedang menyaksikan kita semua tetapi ramai manusia tidak sedari. Dia bersama-sama kita sehingga apa yang tersembunyi dalam hati kita pun Dia Mengetahui.
"Membodek" Tuhan itu bermaksud memuja-muji Tuhan dengan harapan dapat kejayaan secara mudah dengan malas berusaha. Jika manusia lain sanggup bersusah-payah memerah idea untuk menyumbangkan pelbagai manfaat, takkanlah di satu sudut ada manusia hidup melepak-lepak dan harap Tuhan beri nikmat yang lebih besar daripada orang yang bersusah-payah memerah idea itu?
Cuba kita bayangkan, kita bertungkus-lumus belajar untuk lulus sesuatu peperiksaan, tiba-tiba yang pemalas belajar diberi kelulusan yang cemerlang oleh lembaga peperiksaan itu. Apa perasan kita?
Tapi, apakah Allah itu bersikap tidak adil? Kerana Allah itu Maha Adil-lah kita kerana takut disebabkan usaha kita sedikit berbanding orang-orang lain yang berkorban masa dan tenaga nak sumbangkan pelbagai manfaat.

Allah ta'ala sentisa melimpahkan rahmat dan sayangnya kepada setiap makhluk di alam ini. Semoga kita tergolong dikalangan hambanya yang mendapat keredhaanNya dan dimasukkan kedalam syurga. Keadilan Allah ta'ala tidak perlu disangkalkan. Hanya golongan kafir yang sentiasa mempersoalkan tentang keadilan Allah ta'ala kerana mereka termasuk didalam golongan yang dimurkai. Sebagai menjawab persoalan tentang pengorbanan yang sedikit tetapi mendapat rahmat daripada Allah berbanding pengorbanan yang besar tetapi seolah tidak mendapat manfaat sebenarnya kita kena berbalik kepada perkara asas yang telah kita ketahui iaitu tentang kelahiran anak adam yang telah dituliskan akan rezeki, ajal dan jodohnya sebelum ia meningkat dewasa. Jadi setiap hamba Allah telah ditetapkan baginya rezeki dan sekiranya Allah ta'ala memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada seorang yang capik lagi buta huruf sekalipun, ia sebenarnya tertakluk di dalam Qadha dan Qadar Allah subhanahu wa ta'ala.

PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts: 678
Age: 30
State:
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2010-05-12
Re: Makhluk didahulukan, pencapaian diutamakan
Salam PE,
Konsep Qada dan Qadar sebagaimana yang tuan fahami tidak terdapat dalam Al-Quran.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: Makhluk didahulukan, pencapaian diutamakan
Salam,
Jika ikut Al Quran, sesiapa yang berusaha berbuat kebaikan, mereka dapat balasan sesuai dengan kerja-kerja kebaikan mereka. Sesiapa yang sengaja buat kejahatan, mereka dapat balasan hasil kerja-kerja kejahatan mereka. Maka di akhirat kelak, orang yang buat jahat tidak boleh mengatakan yang mereka buat jahat kerana tertakluk pada "Qadha dan Qadar" Allah.
Dalam kehidupan ini ada baik dan jahat kerana Allah cipta sesuatu itu berpasang-pasangan. Maka atas pilihan manusia itu sendirilah sama ada mereka buat baik atau buat jahat.
Sendiri buat sendiri tanggung. Jangan nak salah-salahkan orang lain.
Jika ikut Al Quran, sesiapa yang berusaha berbuat kebaikan, mereka dapat balasan sesuai dengan kerja-kerja kebaikan mereka. Sesiapa yang sengaja buat kejahatan, mereka dapat balasan hasil kerja-kerja kejahatan mereka. Maka di akhirat kelak, orang yang buat jahat tidak boleh mengatakan yang mereka buat jahat kerana tertakluk pada "Qadha dan Qadar" Allah.
Dalam kehidupan ini ada baik dan jahat kerana Allah cipta sesuatu itu berpasang-pasangan. Maka atas pilihan manusia itu sendirilah sama ada mereka buat baik atau buat jahat.
Sendiri buat sendiri tanggung. Jangan nak salah-salahkan orang lain.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Makhluk didahulukan, pencapaian diutamakan
istilah membodek tuhan tidak akan terkeluar sama sekali dari seorang yang benar mengetahui sifat-sifat Allah yang di tulis dalam Al quran. Istilah itu bertentangan dengan konsep ikhlas dalam amalan.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Similar topics» CERITA SERAM: Disorok Makhluk Halus
» Makhluk asing tinggal di kalangan manusia?
» Boleh ka kalo nk scan kampung? tgk kalo da makhluk..
» Mengapa perawat di serang?
» Siapa penghuni Bumi sebelum Manusia ?
» Makhluk asing tinggal di kalangan manusia?
» Boleh ka kalo nk scan kampung? tgk kalo da makhluk..
» Mengapa perawat di serang?
» Siapa penghuni Bumi sebelum Manusia ?
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum