Log in

I forgot my password

Similar topics
Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Penyampai-penyampai nasihat

View previous topic View next topic Go down

Penyampai-penyampai nasihat

Post by Juang on Tue Jun 08, 2010 3:47 pm

7:68. Aku (Nabi Hud) menyampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan aku adalah penasihat kamu yang setia.

7:79. Maka dia (Nabi Salleh) berpaling daripada mereka, dan berkata, "Wahai kaumku, aku telah menyampaikan kepada kamu Mesej Pemeliharaku, dan menasihati kamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat."

7:93. Maka dia (Nabi Syuib) berpaling daripada mereka, dan berkata, "Wahai kaumku, aku telah menyampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan menasihati kamu; bagaimanakah aku boleh berdukacita terhadap kaum yang tidak percaya?"


Dalam Al Quran ada menceritakan kisah para Nabi terdahulu yang menjadi penasihat kepada kaum mereka. Mereka mengajak kaum mereka berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Namun, Al Quran juga menceritakan syaitan juga mengaku dirinya adalah pemberi nasihat seperti dalam ayat di bawah.

7:20. Kemudian syaitan membisikkan kepada mereka, untuk menampakkan kepada mereka apa yang disembunyikan daripada mereka, bahagian-bahagian aib mereka. Berkata, "Pemelihara kamu melarang kamu daripada pokok ini hanya supaya kamu menjadi malaikat-malaikat, atau kamu menjadi makhluk-makhluk yang hidup berkekalan."

7:21. Dan ia bersumpah kepada mereka, "Sesungguhnya aku, kepada kamu, adalah penasihat."


Jadi bagaimana nak menghadapi keadaan ini agar tidak termakan nasihat syaitan? Perkara utama yang perlu kita lakukan adalah mengenal apa bezanya nasihat para Nabi dengan nasihat syaitan. Perbezaannya mudah sahaja iaitu para Nabi menasihati sesuatu yang selari dengan peraturan Allah manakala syaitan pula menasihati melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan Allah. Dengan kata lain, syaitan itu adalah anti kepada Allah.

41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.

Jadi bila Allah sudah melarang kita supaya jangan sujud kepada matahari dan bulan seperti ayat di atas, maka bila datang nasihat menyuruh kita melakukan sujud kepada mana-mana ciptaan Allah mahu pun manusia, itulah nasihat syaitan sebab ia jelas bertentangan dengan ayat di atas.

Melainkan mereka dapat menunjukkan ada ayat Al Quran berbunyi "sujudlah ke arah binaan manusia agar masuk ke dalam syurga" maka jelaslah menunjukkan Allah mengajar melakukan sedemikian.

Syurga adalah tempat aman dan damai. Jika dengan jadi Yahudi sahaja yang layak masuk syurga atau dengan sujud ke arah matahari sahaja yang layak masuk syurga, sudah pasti orang-orang ini sahajalah yang aman, damai dan bahagia. Tetapi realitinya semua manusia ada potensi kecapi kebahagiaan tanpa mengira mereka jadi Yahudi atau sujud ke arah matahari. Maka, apa tujuan mereka memecah-belahkan kehidupan manusia sedangkan semua manusia ada potensi kecapi kebahagiaan dengan cara-cara yang layak dapat kebahagiaan?

Jadi, bila datang dua jenis nasihat, yang satunya ajak hidup aman damai dan bersatu sesama manusia dan yang satu lagi mengajak hidup bermusuh-musuhan kerana perbezaan cara hidup, takkanlah manusia itu tidak tahu membezakan nasihat mana yang datang daripada Allah dan nasihat mana yang datang daripada syaitan?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Penyampai-penyampai nasihat

Post by semut api on Tue Jun 08, 2010 3:51 pm

ini nasihat aku utk syeikhumbu juang, balik jumpa mak bapak, minta ampun & maaf then minta maaf pada anak bini kerana telah memalukan mereka dgn huraian songsang kamu pada islam, then bertaubat banyak2 pada Allah

jgn lupa mandi wajib dulu, mengucap dulu, then solat taubat

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Penyampai-penyampai nasihat

Post by Juang on Tue Jun 08, 2010 4:21 pm

Salam,

Jangan sujud selain Allah, kelak hilang erti kehidupan.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Penyampai-penyampai nasihat

Post by semut api on Tue Jun 08, 2010 4:43 pm

jgn sujud pada akai kerana ia diciptakan oleh Allah,

anak bini kau amacam? mak bapak sihat? kesian mereka2 semua

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Penyampai-penyampai nasihat

Post by Juang on Tue Jun 08, 2010 4:50 pm

Salam,

Allah suruh menggunakan akal, maka gunakanlah kemudahan-kemudahan yang Allah beri. Takkan tak reti-reti.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Penyampai-penyampai nasihat

Post by semut api on Tue Jun 08, 2010 4:55 pm

yg benar menggunakan akalnya takkan tak reti mandi wajib, mengucap, solat, dll
stupid failure by those who claimed having a good common sense & follow AQ syeikhumbu

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Penyampai-penyampai nasihat

Post by Juang on Wed Jun 09, 2010 5:35 pm

Salam,

Yang benar menggunakan akal adalah orang yang tidak sujud kepada selain Allah. Kalau sujud kepada selain Allah, itu tak berakal namanya.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Penyampai-penyampai nasihat

Post by tolokminda on Wed Jun 09, 2010 5:46 pm

Salam Juang,

Sebenarnya segala apa yang Tuhan jadikan dengan tricknya tersendiri dan kita perlu berfikir lebih sedikit untuk memahami sesuatu. Misalnya, Tuhan meletakkan kita di atas sebuah globe yang besar iaitu bumi - tetapi itu tidak menjadikan manusia faham secara automatik bumi yang mereka diami itu berbentuk bulat. Hanya mereka yang sedia berfikir dan menerima pelbagai petunjuk yang Tuhan beri (misalnya bentuk objek-objek lain di angkasa) barulah sifat sebenar bumi dapat mereka fahami walaupun pada ketika orang lain semua berkeras dengan presepsi bahawa bumi ini leper.

Ayat-ayat Al-Quran juga begitu. Memang ada ayat yang straight forward tetapi kebanyakannya kita perlu pertimbangkan dengan petunjuk-petunjuk yang terdapat dalam ayat-ayat lain.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Penyampai-penyampai nasihat

Post by Juang on Wed Jun 09, 2010 6:01 pm

Salam Tolokminda,

Saya setuju dengan pandangan saudara. Apabila banyak ayat-ayat Al Quran telah diteroka, barulah kita nampak "bentuk" sebenar matlamat Al Quran. Samalah macam bumi. Bila manusia mula meneroka benua-benua, barulah mereka sedar yang bumi ini tiada pinggirnya yang memberi petunjuk ia berbentuk bulat.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Penyampai-penyampai nasihat

Post by Zulia on Wed Jun 09, 2010 10:55 pm

Tidak sujud selain Allah, bermaksud orang itu mesti sujud pada Allah.
Jadi betul lah bang yang tak melakukan sujud pada Allah memang tak berakal walaupun katanya mengikut akal. Sebab dalam dunia ada dua jenis akal, akal beriman dan akal kufur.
Jangan ikut akal kufur bang, nanti jadi kafir.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Penyampai-penyampai nasihat

Post by tolokminda on Wed Jun 09, 2010 11:09 pm

Salam Zulia,

Orang yang sujud (merendah diri) kepada Allah adalah orang yang percaya,yakin dan patuh kepada KitabNya. Orang yang ikut Kitab lain selain Kitab Allah adalah orang yang sombong kepadaNya.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Penyampai-penyampai nasihat

Post by Zulia on Wed Jun 09, 2010 11:43 pm

orang yang ikut al quran sebenar adalah orang yang patuh pada Allah. Yang ikut terjemahan orientalis itu patuh pada iblis.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Penyampai-penyampai nasihat

Post by tolokminda on Wed Jun 09, 2010 11:50 pm

Salam Zulia,

Benar. Orang yang patuh kepada Allah adalah yang mengikut hanya Al-Quran. Jika ikut kitab lain atau terjemahan yang telah dikorup dengan kepercayaan kitab lain, maka sememangnya orang itu ikut iblis.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Penyampai-penyampai nasihat

Post by Zulia on Thu Jun 10, 2010 9:29 am

jadi pastikan kita mengikut orang yang beriman dan benar-benar tahu pasal al quran.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Penyampai-penyampai nasihat

Post by Juang on Thu Jun 10, 2010 11:06 pm

Salam,

Boleh kemukakan tak ayat Al Quran mana mengatakan ikut terjemahan Al Quran adalah patuh pada iblis?

Setahu saya, yang berdusta tanpa kemukakan ayat-ayat Allah itulah pengikut iblis. Iblis dahulu meletakkan hukum bahawa dirinya lebih baik daripada Adam tanpa kemukakan ayat-ayat Allah.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Penyampai-penyampai nasihat

Post by Admin on Fri Jun 11, 2010 12:20 am

Zulia wrote:jadi pastikan kita mengikut orang yang beriman dan benar-benar tahu pasal al quran.


Salam,

Sama ada tahu atau tidak pasal al-quran, kita kena lihat bagaimana dia mengemukakan hujah-hujah beserta bukti dari ayat al-quran itu sendiri.

Jika kita hanya melihat dari segi zahirnya seolah-olah dia lah orang beriman menurut pandangan kita tapi gagal mengemukakan bukti-bukti ayat al-quran tak ada guna juga malah mengajar agama dengan meminta upah.

Dan, jika kita lihat dari segi zahir orang itu nampak seolah-olah tidak beriman tapi dia mempunyai hujah-hujah serta dapat pula membuktikan ayat-ayat al-quran yang menyokong hujah-hujahnya itu serta tidak pula meminta sebarang upah, orang itu lebih baik utk diikuti.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Penyampai-penyampai nasihat

Post by Juang on Fri Jun 11, 2010 3:11 pm

Salam,

Begitulah perbezaan di antara ahli-ahli kitab terdahulu dengan Rasulullah. Rasulullah mampu kemukakan ayat-ayat Allah untuk menyokong hujahnya, sedangkan ahli-ahli kitab terdahulu hanya perasan merekalah yang benar-benar tahu pasal kitab Allah. Tetapi bila diajak berhakimkan Kitab Allah, ramai di antara mereka berpaling lari.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Penyampai-penyampai nasihat

Post by Zulia on Sat Jun 12, 2010 11:25 pm

al quran juga menceritakan kedegilan paderi yahudi yang menafikan apa yang dibawa oleh Nabi tidak ada didalam kitab mereka. Lalu nabi meminta mereka mengatakan dengan Nama Allah tentang kebenaran mereka, tetapi mereka tak berani.
Apa salahnya katakan dia berkata benar barulah orang lain percaya. Dia sendiri tak berani nak mengaku, macamana orang nak percaya (tapi ada juga satu dua yang jadi pak turut). Macam tu kan bang. Jangan ikut orang yang tak beragama.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum