Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Menghargai Masa

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Go down

Menghargai Masa

Post by Juang on Sat Jun 05, 2010 10:45 am

103:1. Demi masa!

103:2. Sesungguhnya manusia dalam kerugian,

103:3. Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.

Daripada ayat ini sahaja kita boleh nampak apakah sebenarnya amalan yang patut dilakukan oleh manusia.

Al Quran tidak mengatakan manusia yang kerugian adalah manusia yang tak sujud ke arah matahari. Al Quran tidak mengatakan manusia yang kerugian adalah manusia yang tidak sujud ke arah bulan. Begitu juga Al Quran tidak mengatakan manusia yang kerugian adalah manusia yang tidak sujud ke arah patung, busut mahupun batu.

Mengikut Al Quran, orang yang rugi adalah orang yang tidak menggunakan masa hayatnya untuk membuat kerja-kerja kebaikan, tidak mahu sampaikan sesuatu yang benar dan tidak mahu sampaikan ke arah kesabaran.

Rugi lawannya untung. Untuk menjadi orang-orang yang untung, maka kita kena letakkan keutamaan dalam hidup kita untuk menggalakkan manusia membuat apa juga kebaikan dan manfaat.

Jika kita berfikiran panjang, andaikata kita galakkan manusia buat kebaikan dan sumbangkan apa jua manfaat sedaya mampu, yang akan dapat manfaat itu manusia juga. Contohnya kita galakkan manusia berkreativiti dan mengembangkan teknologi, maka kemudahan-kemudahan yang kita rasai daripada aktiviti tersebut, kita juga nikmati.

Tetapi cuba bayangkan, kita menghasut manusia berpecah-belah kerana perbezaan amalan ritual. Puak A kata puak B tak betul. Puak B pun balas balik. Akhirnya bila berlaku peperangan sesama sendiri macam di Iraq dan di Afghanistan. Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Masa yang Allah berikan sementara di atas dunia ini mereka bazirkan hanya untuk bermusuh-musuhan sesama manusia.

Bodohnya mereka kerana mereka tidak melihat lembu di keliling mereka. Sebodoh-bodoh lembu di mata manusia, tidak pernah pula lembu-lembu berperang sesama sendiri atas perbezaan arah tumpuan sembahan. Jadi sebenarnya orang-orang yang memecah-belahkan manusia di atas perbezaan amalan ritual itu sehingga berperang sesama manusia itulah golongan yang dikatakan lebih hina daripada binatang ternak sebab binatang pun tak seburuk itu perangainya.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Menghargai Masa

Post by Zulia on Sat Jun 05, 2010 1:10 pm

Amal soleh ialah amalan baik dan lawannya amalan mungkar. Amalan soleh mendapat pahala dan amalan mungkar akan mendapat dosa. Apakah amalan yang mendapat pahala? Dan apa pula amalan yang mendapat dosa?

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Menghargai Masa

Post by tolokminda on Sat Jun 05, 2010 3:27 pm

Salam Zulia,

Amalan yang paling teruk adalah apa-apa amalan yang menyekutukan Tuhan.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Menghargai Masa

Post by Juang on Sat Jun 05, 2010 3:53 pm

33:35. Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang khusyuk dan perempuan yang khusyuk, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang memelihara diri dan perempuan yang memelihara diri, dan lelaki yang mengambil peringatan Allah dengan banyak dan perempuan yang mengambil peringatan, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar.

Yang dijanjikan keampuan dan upah (pahala) yang besar.

- orang yang berserah diri hanya kepada Allah
- orang yang percaya hanya kepada Allah
- orang yang patuh hanya kepada Allah
- orang yang benar
- orang yang sabar
- orang yang fokus
- orang yang sumbangkan manfaat
- orang yang menahan percakapan daripada yang keji dan sia-sia
- orang yang memelihara diri (jaga kesihatan rohani dan jasmani)
- orang yang mengambil pedoman-pedoman yang Allah turunkan

Maka yang mendapat dosa pun adalah orang yang melakukan sebaliknya daripada perbuatan-perbuatan di atas seperti;

- orang yang menyekutukan Allah
- orang yang engkar dengan Allah
- orang yang patuh kepada selain Allah
- orang yang pendusta
- orang yang pemarah
- orang yang lalai dan bermain-main
- orang yang tidak menyumbang manfaat lagi suka membazir
- orang yang suka mengumpat keji, fitnah, mencela, mengutuk, mengadu-domba, menghasut dll.
- orang yang merosakkan dirinya sendiri
- orang yang mengulangi kesilapan yang sama yang pernah umat-umat terdahulu lakukan (tidak mengambil iktibar).

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Menghargai Masa

Post by tolokminda on Sat Jun 05, 2010 4:00 pm

Juang wrote:33:35. Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang khusyuk dan perempuan yang khusyuk, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang memelihara diri dan perempuan yang memelihara diri, dan lelaki yang mengambil peringatan Allah dengan banyak dan perempuan yang mengambil peringatan, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar.

Yang dijanjikan keampuan dan upah (pahala) yang besar.

- orang yang berserah diri hanya kepada Allah
- orang yang percaya hanya kepada Allah
- orang yang patuh hanya kepada Allah
- orang yang benar
- orang yang sabar
- orang yang fokus
- orang yang sumbangkan manfaat
- orang yang menahan percakapan daripada yang keji dan sia-sia
- orang yang memelihara diri (jaga kesihatan rohani dan jasmani)
- orang yang mengambil pedoman-pedoman yang Allah turunkan

Maka yang mendapat dosa pun adalah orang yang melakukan sebaliknya daripada perbuatan-perbuatan di atas seperti;

- orang yang menyekutukan Allah
- orang yang engkar dengan Allah
- orang yang patuh kepada selain Allah
- orang yang pendusta
- orang yang pemarah
- orang yang lalai dan bermain-main
- orang yang tidak menyumbang manfaat lagi suka membazir
- orang yang suka mengumpat keji, fitnah, mencela, mengutuk, mengadu-domba, menghasut dll.
- orang yang merosakkan dirinya sendiri
- orang yang mengulangi kesilapan yang sama yang pernah umat-umat terdahulu lakukan (tidak mengambil iktibar).


Salam Juang,

Terima kasih kerana membawakan ayat dan tafsiran yang amat baik untuk kita sama-sama renungkan.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Menghargai Masa

Post by Zulia on Sun Jun 06, 2010 8:25 am

Apakah asbabun nuzul hingga turunnya ayat ini? Ayat ini diturunkan dimana? Dan siapakah yang meletakan ayat ini ke 103 dan memasukkan ayat ini dalam nafkah Al quran?

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Menghargai Masa

Post by tolokminda on Mon Jun 07, 2010 11:23 pm

Salam Zulia,

Apa relevannya hal yang puan minta tu dengan matlamat Tuhan menurunkan ayat di atas? Adakah apabila puan mendapat surat puan akan bertanya siapa yang menyusun surat puan di pejabat pos atau bertanya siapakah posman yang menghantarnya ke rumah dan apakah nombor plat motosikal yang digunakan?

Perangai puan ni macam orang Yahudi dengan lembu yang Tuhan suruh sembelih. Tuhan suruh sembelih lembu saja, tapi banyak songeh sehingga akhirnya mereka sendiri yang susah dan apa yang dikerjakan menjadi sia-sia.

Macam puan, Tuhan cuma suruh puan baca ayat-ayatNya. Tapi puan sibuk dengan benda-benda lain yang tak berkaitan. Akhirnya, yang perlu puan tau puan tak tau, yang puan tak perlu tau pulak yang dibangga-banggakan.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Menghargai Masa

Post by Juang on Tue Jun 08, 2010 8:51 am

Salam Tolokminda,

Kalau dalam Al Quran ada sebut, "jika datang seseorang membawa ayat-ayat Al Quran, tanyalah asbabun nuzulnya", maka logiklah kita perlu bertanya sebegitu. Tetapi apakah dalam Al Quran ada mengajar sebegitu? Kenapa mereka tidak mahu mengikut Al Quran, tetapi ikut amalan tradisi mereka?

Percayalah, orang-orang musyrik tetap tidak mahu mengikut Al Quran walaupun macam mana Allah permudahkan isi kandungannya dijelaskan.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Menghargai Masa

Post by semut api on Tue Jun 08, 2010 9:39 am

pergi masuk jamban & check cermin & tilik muka, adakah sama muka hj syeikumbu dgn master cow kat padang tu??? kamu mengucap berapa kali sehari tn hj syeikumbu?

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Menghargai Masa

Post by PenjunjungEhsan on Tue Jun 08, 2010 9:57 am

Juang wrote:Al Quran tidak mengatakan manusia yang kerugian adalah manusia yang tak
sujud ke arah matahari. Al Quran tidak mengatakan manusia yang kerugian
adalah manusia yang tidak sujud ke arah bulan. Begitu juga Al Quran
tidak mengatakan manusia yang kerugian adalah manusia yang tidak sujud
ke arah patung, busut mahupun batu.


Skeptikal betul penulisan saudara

Juang wrote:Bodohnya mereka kerana mereka tidak melihat lembu di keliling mereka.
Sebodoh-bodoh lembu di mata manusia, tidak pernah pula lembu-lembu
berperang sesama sendiri atas perbezaan arah tumpuan sembahan.
Jadi
sebenarnya orang-orang yang memecah-belahkan manusia di atas perbezaan
amalan ritual itu sehingga berperang sesama manusia itulah golongan
yang dikatakan lebih hina daripada binatang ternak sebab binatang pun
tak seburuk itu perangainya.


Lembu memang tak tahu apa-apa tentang agama tetapi walaupun nampak bodoh ada juga golongan yang menyembah lembu. Apa tuan ingat golongan penyembah lembu tak melakukan kerosakan walaupun mereka menyembah lembu? Dah lah tahi lembu pun diorang jadikan dinding, umat Islam nak beribadat pun diorang kacau dan halau. Inikah perbandingan yang tuan hendak buat?

PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts: 678
Age: 30
State:
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2010-05-12

Back to top Go down

Re: Menghargai Masa

Post by Zulia on Tue Jun 08, 2010 10:06 am

Anda tak tahu cakap tak tahu, sebab saya yakin ada yang tahu jawapannya.
Apa beza dgn anda yang minta bukti itu dan ini. Sekarang saya tanya berkaitan Al Quran yang anda pegang itu anda tak boleh jawab. He he. Di sini lah tuan-tuan kena gunakan akal tuan siapa yang benar.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Menghargai Masa

Post by tolokminda on Tue Jun 08, 2010 10:15 am

Salam Zulia,

Di zaman broadband ni kalau saya nak beri jawapan kepada soalan-soalan puan tu, kalaupun saya tak tau, saya cuma perlu google saja. Itu bukan masalahnya. Masalahnya ialah pertanyaan puan itu langsung tidak berkaitan dengan tujuan Tuhan menurunkan Al-Quran. Puan cuma menjadi ejen munafik penipu yang cuba mengalihkan pandangan manusia lain dari membaca dan memahami Al-Quran dengan perkara-perkara yang diada-adakan.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Menghargai Masa

Post by Juang on Tue Jun 08, 2010 10:54 am

PenjunjungEhsan wrote:
Lembu memang tak tahu apa-apa tentang agama tetapi walaupun nampak bodoh ada juga golongan yang menyembah lembu. Apa tuan ingat golongan penyembah lembu tak melakukan kerosakan walaupun mereka menyembah lembu? Dah lah tahi lembu pun diorang jadikan dinding, umat Islam nak beribadat pun diorang kacau dan halau. Inikah perbandingan yang tuan hendak buat?

Salam,

Sesiapa yang sujud kepada selain Allah, pasti akan buat kerosakan tidak kiralah mereka sujud kepada objek apa sekali pun.

Tetapi sesiapa yang sujud kepada Allah, mereka tidak akan sengaja nak membuat kerosakan kerana mana ada Kitab Allah yang ajar manusia buat kerosakan, kekejian dan kemungkaran? Kalau ada, silalah buktikan.

Jadi, kalau kita yakin Kitab Allah tidak akan ajar buat kerosakan, kenapa tidak komited ikut Kitab Allah? Kenapa perlu ikut kitab-kitab lain? Itu yang saya persoalkan.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Menghargai Masa

Post by Zulia on Tue Jun 08, 2010 11:32 am

mengapa guna broadband? Sebab anda perlu pada maklumat. Kenapa? Sebab akal tidak boleh berfikir sesuatu tanpa maklumat. Pertanyaan saya hanyalah membuka mata semua orang walaupun bukan mata anda. Sekarang kita perlukan maklumat /ilmu jadi tanya pada orang yang tahu. Jadi orang yang tahu ini kita boleh tolak tepi.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Menghargai Masa

Post by semut api on Tue Jun 08, 2010 11:56 am

Demi masa, ya hanya masa yg menentukan , selagi masih terbuka pintu keampunan maka bersegeralah kamu menghampirinya juga memasukinya

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Menghargai Masa

Post by othman on Tue Jun 08, 2010 11:56 am

Zulia wrote:mengapa guna broadband? Sebab anda perlu pada maklumat. Kenapa? Sebab akal tidak boleh berfikir sesuatu tanpa maklumat. Pertanyaan saya hanyalah membuka mata semua orang walaupun bukan mata anda. Sekarang kita perlukan maklumat /ilmu jadi tanya pada orang yang tahu. Jadi orang yang tahu ini kita boleh tolak tepi.


yg tahu pun macam 2 jugak . asal tujuan sama kearah memperbaiki diri jadi kena seiring dgn perbuatan jangan ha nya sekadar komit di mulut jugak sujud di sejadah tapi hasilnya api jugak yg keluar . api merujuk kepada sistem yg tak eficiant , tenaga yg bocor .

othman
Sarjana

Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1431
Registration date: 2009-10-07

Back to top Go down

Re: Menghargai Masa

Post by PenjunjungEhsan on Tue Jun 08, 2010 12:14 pm

Juang wrote:Jadi, kalau kita yakin Kitab Allah tidak
akan ajar buat kerosakan, kenapa tidak komited ikut Kitab Allah? Kenapa
perlu ikut kitab-kitab lain? Itu yang saya persoalkan.


Kitab yang terdapat dalam dunia ini ada empat sahaja, taurat, zabur, injil dan alquran. Kitab mana yang saudara maksud? Kalau sahih bukhari ia digelar kitab tapi bukan merujuk kepada kitab yang diturunkan oleh Allah ta'ala. Komited itu sebenarnya keinginan untuk mempelajari isi kandungan kitab dan tidak cenderung menyalahkan orang lain. Kalau kita ikhlas mempelajarinya, apa pun dakyah yang dibawa oleh orang lain akan kita tapis dengan ilmu kita, tetapi sekiranya kita tidak mampu, kita sepatutnya berserah kepada Allah akan kedudukan sesuatu perkara. Inilah yang dinamakan sebagai bertawakkal. Kita berguru dengan seseorang, kita baca penulisan seseorang tidak semestinya kita akan tunduk bulat-bulat menerima pandangannya. Ilmu Allah itu maha luas, dan apa sekalipun ketetapan yang manusia buat, ia tetap akan diatasi oleh hukum Allah di dalam AlQuran. Cuma dalam beragama, kita tidak seharusnya berfikiran sempit sehingga tidak mahu menerima pandangan orang lain. Mempelajari hadith nabi juga adalah agama dan ia menjadikan kita lebih dekat dengan ajaran Islam sebenar.

PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts: 678
Age: 30
State:
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2010-05-12

Back to top Go down

Re: Menghargai Masa

Post by Juang on Tue Jun 08, 2010 1:17 pm

Salam PE,

Kitab Allah yang mana-mana pun, tidak mungkin menyuruh manusia buat kejahatan, kekejian dan kemungkaran.

3:23. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang diberi sebahagian al-Kitab, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya ia menghakimkan antara mereka, kemudian segolongan antara mereka berpaling, dan mereka memalingkan.

Sebab itulah dalam Al Quran sendiri (seperti ayat di atas menunjukkan Rasulullah seru pengikut-pengikut Kitab terdahulu kembali kepada Kitab Allah tanpa menspesifikkan Kitab Allah yang mana satu. Ini kerana secara logiknya, semua Kitab Allah yang pernah diturunkan kepada mana-mana Nabi tidak akan mengajak manusia buat jahat dan kerosakan sebab itulah Rasulullah suruh mereka Kitab Allah tanpa menspesifikkan sama ada Taurat ke, Injil ke, Zabur ke atau Al Quran.

Inilah yang kita lakukan. Ajak umat Islam kembali kepada Al Quran sebab mereka mengaku ikut Al Quran. Bila mereka mengaku ikut Al Quran, kita nak tahulah ayat-ayat Al Quran mana yang tetapkan kena buat amalan-amalan tertentu yang mereka lakukan itu. Kalau ada, tentu mereka dapat kemukakan no surah dan no ayatnya dengan jelas.

Malangnya bila mereka gagal kemukakan ayat-ayat Al Quran yang menyokong amalan mereka, mereka jadi marah.


48:29. Muhammad adalah rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dia, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya, pengasih sesama mereka. Kamu melihat mereka tunduk, sujud, mencari pemberian daripada Allah, dan kepuasan hati. Tanda mereka adalah pada muka-muka (wajah) mereka, bekas sujud. Itulah persamaan mereka di dalam Taurat, dan persamaan mereka di dalam Injil - seperti sebiji benih yang mengeluarkan tunasnya, dan menguatkannya, dan ia membesar dengan tegap, dan tegak di atas ganggangnya, menakjubkan penyemai-penyemai, supaya melaluinya Dia menimbulkan marah orang-orang yang tidak percaya. Allah menjanjikan orang-orang antara mereka, yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, dengan keampunan dan upah yang besar.

Sekarang ini umat Islam hari ini perasan mereka pengikut Muhammad. Malangnya mereka yang marah dengan orang-orang yang mereka katakan kafir. Patutnya jika ikut ayat di atas, orang-orang kafir yang marah dengan pengikut Muhammad.

Apakah mereka tidak ruku' (hormat) dan sujud (merendah diri) seperti yang Allah mahukan?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Menghargai Masa

Post by semut api on Tue Jun 08, 2010 3:47 pm

Juang wrote:Apakah mereka tidak ruku' (hormat) dan sujud (merendah diri) seperti yang Allah mahukan?

ya betul, lembu hanya rukuk & sujud pada rumput saja hj syeikumbu, tidakkah kamu berakai??

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Menghargai Masa

Post by Juang on Tue Jun 08, 2010 4:32 pm

Lembu pun tahu sujud kepada Allah untuk memakan rumput. Takkan itu pun tak tahu.

16:48. Tidakkah mereka merenungkan segala sesuatu yang Allah menciptakan yang menebarkan bayangnya ke kanan dan ke kiri, bersujud kepada Allah dengan merendah diri?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum