Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 2 BotsNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Mengenali Syaitan
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 2 • Share •
Page 1 of 2 • 1, 2 
Mengenali Syaitan
Selain belajar mengenal Allah, kita juga perlu belajar mengenal syaitan. Sifat-sifat syaitan ada disebut dalam Al Quran untuk kita kenali agar kita tidak tergelincir daripada landasan kebenaran.
Sifat-sifat utama syaitan
1) Menggoda untuk mencabut pakaian takwa
7:26. Wahai Bani Adam, Kami telah menurunkan kepada kamu suatu pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib kamu, dan (pakaian) perhiasan, dan pakaian takwa itu lebih baik; itulah satu daripada ayat-ayat Allah, supaya mereka mengingati.
7:27. Wahai Bani Adam, janganlah syaitan menggoda kamu sebagaimana ia mengeluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk memperlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka. Kami membuatkan syaitan-syaitan wali-wali bagi orang-orang yang tidak mempercayai.
Syaitan akan mengguna taktik menggoda atau memujuk agar manusia itu tidak takut kepada Allah lagi sebaliknya mereka takut kepada pembesar-pembesar agama mereka. Akibatnya bila pembesar agama itu suruh sujud kepada mana-mana objek (berhala), mereka akan patuhi kerana takut dihukum sesat dan sebagainya. Akibat pakaian takwa sudah terlucut, mereka sudah tidak takut untuk menipu, menghasut ke arah permusuhan sesama manusia (mengadu domba), mengebom di tempat-tempat awam gara-gara tidak mampu berdepan dengan hujah lagi.
2) Suka menyamar untuk menyebarkan dusta
26:221. Bolehkah aku memberitahu kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan turun?
26:222. Mereka turun kepada tiap-tiap penyamar yang berdosa.
26:223. Mereka mendengar, tetapi kebanyakan mereka adalah pendusta-pendusta.
26:224. Dan penyair-penyair - orang-orang yang bersalah mengikuti mereka.
Syaitan suka kepada orang munafik (hipokrit) yang suka menyamar memperlihatkan diri mereka mulia. Mereka ada mata, telinga dan akal untuk digunakan, tetapi mereka masih mahu berdusta. Bila dicabar kemukakan ayat-ayat Al Quran untuk mengesahkan amalan ritual yang diada-adakan, mereka melarikan diri. Mereka jadikan Al Quran sebagai syair atau dilagu-lagukan sehingga isi pengajarannya dilupakan.
Yang hairannya, kenapa riwayat hadis itu tidak mereka jadikan lagu untuk dipertandingkan, walhal riwayat hadis itu daripada bahasa Arab juga yang kononnya daripada Nabi? Di situ kita sudah nampak mereka cuba memesongkan manusia daripada memikirkan isi kandungan Al Quran. Bagi mereka, cukuplah Al Quran itu dibaca dan disebut tanpa perlu difahami ertinya. Kalau nak faham Al Quran, mereka suruh dengar cakap mereka supaya mereka boleh mengawal pemikiran manusia daripada melihat sesuatu yang tak kena dengan amalan ritual mereka itu. Syaitan betul mereka itu!
3) Memperlihatkan indah sesuatu amalan ritual
8:48. Dan apabila syaitan menampakkan amalan-amalan mereka indah bagi mereka, dan berkata, "Pada hari ini, tiada manusia akan menang terhadap kamu kerana aku jiran kamu." Tetapi apabila kedua-dua pasukan berlihat-lihatan, ia berundur di atas tumit-tumitnya, dengan berkata, "Aku berlepas diri daripada kamu, kerana aku melihat apa yang kamu tidak melihat. Aku takut kepada Allah; dan Allah keras dalam pembalasan sewajarnya."
Syaitan akan menampakkan sesuatu amalan ritual itu indah dan dengan amalan ritual itu, kononnya merekalah kaum yang benar dan dekat kepada Allah. Syaitan pergi ke kaum yang sujud ke matahari untuk mengatakan merekalah kaum yang benar dan kaum-kaum lain sesat. Syaitan pergi ke kaum yang sujud menghadap bulan untuk menghasut sedemikian rupa. Begitu juga syaitan pergi ke kaum yang sujud ke arah batu agar kaum itu merasakan merekalah yang benar dan melihat kaum-kaum lain sebagai musuh yang perlu diperangi. Bila kaum-kaum itu mula bertempur sesama sendiri, syaitan-syaitan itu akan meninggalkan mereka.
Cuba kita perhatikan "ulamak-ulamak" atau "ustaz-ustaz" yang mengatakan orang Isreal sana jahat dan harus diperangi. Apakah mereka itu yang duduk di barisan hadapan di Palestin sana untuk melawan tentera Israel? Tidak, mereka duduk di belakang dan menghasut pengikut mereka sahaja. Mereka hanya tahu menghasut ke arah permusuhan, tetapi bila sampai waktu pertempuran, mereka itulah yang melarikan diri. Nampak tak wujudnya syaitan yang pengecut di situ?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Mengenali Syaitan
Salam Juang,
Tepat sekali. Menghasut merupakan kemahiran syaitan yang paling nyata.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: Mengenali Syaitan
Salam Tolokminda,
Selain mahir menghasut, syaitan juga mahir menggunakan sumpah-sumpah untuk melepaskan diri mereka.
4) Suka bermain dengan sumpah
58:18. Pada hari apabila Allah membangkitkan mereka kesemuanya dan mereka bersumpah kepada-Nya, sebagaimana mereka bersumpah kepada kamu, dan menyangka bahawa mereka berada di atas sesuatu. Sesungguhnya merekalah pendusta-pendusta!
58:19. Syaitan telah menguasai mereka, dan menjadikan mereka melupakan Peringatan Allah. Mereka itu golongan syaitan; sesungguhnya golongan syaitan, merekalah orang-orang yang rugi!
Syaitan-syaitan akan menguasai golongan yang suka bermian dengan sumpah. Mereka bersumpah kononnya amalan ritual mereka itulah yang benar. Tetapi bila dicabar kemukakan ayat-ayat Al Quran mana yang suruh manusia sujud ke arah sesuatu objek, mereka melarikan diri.
Dan di dunia lagi kita sudah nampak golongan syaitan itu mengalami kerugian. Mereka ada negara tetapi sumber asli mereka dikuasai oleh bangsa asing. Mereka ada minda, tetapi tidak tahu menggunakannya. Jadilah mereka umat yang lemah walaupun kuantiti mereka antara teramai di dunia ini.
5) Suka menunjuk-nunjuk (riya')
4:38. Orang-orang yang menafkahkan harta mereka untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan mereka tidak mempercayai Allah dan Hari Akhir. Sesiapa yang mempunyai syaitan untuk teman yang dipercayai, maka ia adalah teman dipercayai yang jahat.
Syaitan akan menghasut agar manusia menunjuk-nunjukkan tentang penggunaan hartanya. Kononnya apa yang mereka keluarkan untuk amalan ritual mereka, Allah akan terima. Apa yang kaum-kaum lain sumbangkan untuk pembangunan ilmu dan tamadun manusia, mereka kata itu kerja keduniaan. Seolah-olah mereka sahajalah yang betulnya.
Secara psikologinya, manusia yang suka menunjuk-nunjuk dengan harta mudah terkena penyakit tamak dan dengki. Jika sesuatu kekayaan itu terbentang di hadapannya, mereka rakus untuk menguasainya. Tiada keinginan nak berkongsi bersama orang lain. Tetapi bila mereka lihat kejayaan atau kekayaan orang lain, mereka dengki dan iri hati.
Contohnya bila Allah kurniakan nikmat kekayaan kepada bangsa Barat kerana mereka ramai saintis yang rajin mengkaji menyumbangkan ilmu dan teknologi, maka golongan syaitan itu merasa dengki dan menghasut memusuhi Barat. Tetapi bila mereka berperang dengan tentera Barat itu, tidak pula tok guru-tok guru yang mendakwa orang Barat itu sekular atau mengejar keduniaan duduk di barisan hadapan peperangan tersebut. Di depan pengikut-pengikut mereka bukan main hebat bagi ceramah mengutuk orang lain.

Walaupun begitu tipudaya syaitan sebenarnya mudah dipatahkan jika manusia menggunakan common sense atau akalnya. Lebih mudah lagi jika mereka percaya kepada petunjuk Tuhan.
Walaupun begitu tipudaya syaitan sebenarnya mudah dipatahkan jika manusia menggunakan common sense atau akalnya. Lebih mudah lagi jika mereka percaya kepada petunjuk Tuhan.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: Mengenali Syaitan
jauhari mengenal manikam ke?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Mengenali Syaitan
Salam Tolokminda,
Benar. Tipu-daya syaitan itu memang mudah dipatahkan dengan menggunakan akal dan petunjuk Tuhan (Al Quran). Sebab itulah para Nabi dan Rasul bukannya orang yang pemalas berfikir. Malah mereka membenarkan Kitab-kita Allah yang ada pada mereka dan pada Nabi-nabi terdahulu agar mereka mudah nak patahkan tipu-daya syaitan itu.
Lihatlah baru kita tanya mana dia ayat Al Quran yang menunjukkan Allah suruh sujud ke arah bangunan batu, sampai ke hari ini syaitan-syaitan itu tidak mampu kemukakan, apatah lagi bila Allah menanyai mereka kelak.
Benar. Tipu-daya syaitan itu memang mudah dipatahkan dengan menggunakan akal dan petunjuk Tuhan (Al Quran). Sebab itulah para Nabi dan Rasul bukannya orang yang pemalas berfikir. Malah mereka membenarkan Kitab-kita Allah yang ada pada mereka dan pada Nabi-nabi terdahulu agar mereka mudah nak patahkan tipu-daya syaitan itu.
Lihatlah baru kita tanya mana dia ayat Al Quran yang menunjukkan Allah suruh sujud ke arah bangunan batu, sampai ke hari ini syaitan-syaitan itu tidak mampu kemukakan, apatah lagi bila Allah menanyai mereka kelak.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Mengenali Syaitan
syaitan adalah akai kontot yg ditunggang nafsunya, itulah sebenar2 sitton

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26
Re: Mengenali Syaitan
Syaitan memusuhi orang-orang yang menggunakan akal. Busuk hati betullah syaitan itu.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Mengenali Syaitan
Salam Juang,
Serupa saja samada kita beritahu mereka tentang Al-Quran atau tidak. Tapi kita tetap kena meneruskan perbincangan ini kerana ia adalah satu cara untuk menjana momentum dalam mempelajari dan memahami Al-Quran.
Serupa saja samada kita beritahu mereka tentang Al-Quran atau tidak. Tapi kita tetap kena meneruskan perbincangan ini kerana ia adalah satu cara untuk menjana momentum dalam mempelajari dan memahami Al-Quran.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: Mengenali Syaitan
Salam Tolokminda,
Setuju dengan kata-kata saudara itu. Syaitan-syaitan itu berharap mereka dapat melemahkan semangat orang yang percaya kepada Al Quran. Tetapi mereka lupa, sekeras mana batu, ia bermanfaat kepada pedang untuk dipertajamkan. Jadi kedengilan mereka itu bukan urusan kita, yang pentingnya adalah ketajaman minda kita agar tidak ditipu dengan amalan-amalan tak masuk akal itu lagi. Kita mudah menapis mana yang benar dan mana yang dusta.
Dengan ketajaman minda itu juga, kita mampu mematahkan tipu-daya mereka seterusnya membebaskan minda daripada belenggu ketaksuban. Kini tiada lagi yang perlu dituruti membuta-tuli, melainkan mengikut sesuatu yang ada bukti dan yang terbaik kerana Allah bukannya penipu yang tidak mampu menjelaskan sesuatu perkara.
Kalau kita fikirkan pun, jika benar sesuatu amalan itu ditetapkan oleh Allah, sudah pasti bukti-bukti kebenarannya mudah dicapai kerana Allah bukannya selemah syaitan-syaitan yang menipu itu.
Setuju dengan kata-kata saudara itu. Syaitan-syaitan itu berharap mereka dapat melemahkan semangat orang yang percaya kepada Al Quran. Tetapi mereka lupa, sekeras mana batu, ia bermanfaat kepada pedang untuk dipertajamkan. Jadi kedengilan mereka itu bukan urusan kita, yang pentingnya adalah ketajaman minda kita agar tidak ditipu dengan amalan-amalan tak masuk akal itu lagi. Kita mudah menapis mana yang benar dan mana yang dusta.
Dengan ketajaman minda itu juga, kita mampu mematahkan tipu-daya mereka seterusnya membebaskan minda daripada belenggu ketaksuban. Kini tiada lagi yang perlu dituruti membuta-tuli, melainkan mengikut sesuatu yang ada bukti dan yang terbaik kerana Allah bukannya penipu yang tidak mampu menjelaskan sesuatu perkara.
Kalau kita fikirkan pun, jika benar sesuatu amalan itu ditetapkan oleh Allah, sudah pasti bukti-bukti kebenarannya mudah dicapai kerana Allah bukannya selemah syaitan-syaitan yang menipu itu.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Mengenali Syaitan
Salam Juang,
Saya percaya sebenarnya apa yang diwahyukan sebagai Al-Kitab sebenarnya merupakan perkara-perkara yang boleh difikirkan melalui common sense saja. Sebab itulah apabila Tuhan menurunkan Adam ke dunia ini Tuhan tidak membekalkannya dengan Al-Kitab. Hanya selepas beberapa lama dan manusia mula cenderung menjadi sesat kerana menurut bisikan syaitan, barulah Tuhan melantik nabi-nabi dan mewahyukan Al-Kitab supaya mereka mendapat petunjuk ke arah jalan hidup yang benar dan lurus sebagaimana yang ditetapkan olehNya.
Saya percaya sebenarnya apa yang diwahyukan sebagai Al-Kitab sebenarnya merupakan perkara-perkara yang boleh difikirkan melalui common sense saja. Sebab itulah apabila Tuhan menurunkan Adam ke dunia ini Tuhan tidak membekalkannya dengan Al-Kitab. Hanya selepas beberapa lama dan manusia mula cenderung menjadi sesat kerana menurut bisikan syaitan, barulah Tuhan melantik nabi-nabi dan mewahyukan Al-Kitab supaya mereka mendapat petunjuk ke arah jalan hidup yang benar dan lurus sebagaimana yang ditetapkan olehNya.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: Mengenali Syaitan
Salam Tolokminda,
Saya juga sependapat begitu. Setiap insan sudah dibekalkan dengan Kitab Allah iaitu common sense atau logik yang tercapai oleh minda. Oleh kerana common sense itu dibekalkan oleh Allah, Pencipta kita, maka ketetapanNya itu pasti mdah difikirkan oleh semua manusia. Contohnya wahyu yang Allah turunkan kepada Muhammad sebenarnya mudah difikirkan. Tetapi bila ada manusia suka bermegah-megah kononnya dengan mengaku ikut Al Quran dan Nabi Muhammad, merekalah kekasih-kekasih Allah, itu yang menyebabkan perkara-perkara mudah dalam hidup ini disempit-sempitkan ikut hawa nafsu pembesar-pembesar agama itu.
Sedangkan makhluk-makhluk lain pun boleh sujud kepada Allah dengan mematuhi ketetapanNya agar sistem kehidupan ini berjalan dengan teratur tanpa diturunkan kepada mereka kitab-kitab, takkanlah manusia tak reti-reti nak sujud kepada Allah tanpa adanya kitab?
Tujuan diturunkan Kitab tersebut dan dicatatkan agar ia menjadi pedoman kepada generasi akan datang bagaimana nak menghadapi syaitan-syaitan pendusta itu. Umpamanya bila kita sampai ke keadaan kaum yang menurut membuta-tuli amalan tradisi yang merasakan sujud kepada batu itu satu amalan yang mulia, maka kita boleh contoh apa yang Nabi Ibrahim lakukan. Dengan itu kita tidak perlu takut dan gusar walaupun apa juga yang diperkatakan oleh orang-orang musyrik itu kerana kita merasai pengalaman yang dilalui oleh para Nabi terdahulu. Sudah pasti para Nabi terdahulu pun dihukum bermacam-macam oleh orang-orang musyrik di zaman mereka.
Kalau kita perhatikan, syaitan memulakan tipu-dayanya dengan melarang manusia menggunakan akal atau common sense mereka. Perumpamaan taktik syaitan itu seperti melarang manusia menggunakan mata ketika berjalan. Bayangkan jika kita berjalan dengan mata yang tertutup, sudah tentu kita sukar nak berjalan dengan sendiri. Kita berharap ada orang lain tolong bawakan. Kita mudah rasa takut sebab dalam kegelapan.
Begitulah jika kita hidup dengan minda yang tertutup, kita jadi takut nak buat pilihan sendiri. Kita berharap pembesar-pembesar agama itu tolong tunjukkan jalan dan memimpin kita yang menyebabkan kita rasa selesa menurut membuta-tuli. Walhal nasib mereka di akhirat pun belum tentu terjamin.
Renungkannya, sedangkan tahap kesihatan mereka pun belum tentu terjamin dengan membuat amalan ritual tersebut, apakah mereka dapat jaminan penuh akan selamat di akhirat?
Kita semua sebenarnya berada di platform yang sama. Masing-masing ada akal dan nafsu. Dan masing-masing belum tentu masuk syurga atau tidak. Sesiapa buat baik, Allah balas baik, dan sesiapa buat jahat, Allah balas sesuai dengan kejahatan tersebut. Jadi apahal bodoh sangat pergi menurut membuta-tuli cakap sesuatu pihak tanpa buat penilaian sendiri macamlah pihak itu sudah dijamin masuk syurga?
Buka minda, luaskan sumber maklumat, buat perbandingan dan ikutilah yang paling baik. Itulah orang-orang yang dapat petunjuk dan orang-orang yang mempunyai minda. Itulah tujuan kita berforum sebegini.

tolokminda wrote:Saya percaya sebenarnya apa yang diwahyukan sebagai Al-Kitab sebenarnya merupakan perkara-perkara yang boleh difikirkan melalui common sense saja.
Sesungguhnya Al-Kitab telah dibenam ke dalam hati semua orang.
Hal tersebut dinyatakan dan dijelaskan berulang dan banyak kali dalam Alquran, sebagai
membenarkan Kitab antara dua tangan (bayna aydihim).
Persoalannya bayna aydihim disimpangkan artinya.
Di antara dua tangan ada dada, dan dalam dada hati, dan dalam setiap hati telah dibenam Al-Kitab yang bisanya dinamakan hati nurani.
Hati nurani = Al-Kitab.
tolokminda wrote:Sebab itulah apabila Tuhan menurunkan Adam ke dunia ini Tuhan tidak membekalkannya dengan Al-Kitab.
Pertaman sekali yang diajarkan kepada ada adalah kata-kata, dan kata-kata = ilmu.
Hakikat ilmu adalah pengenalan kata-kata yang kerennya disebut istilah dan defenisi.
tolokminda wrote:Hanya selepas beberapa lama dan manusia mula cenderung menjadi sesat kerana menurut bisikan syaitan, barulah Tuhan melantik nabi-nabi dan mewahyukan Al-Kitab supaya mereka mendapat petunjuk ke arah jalan hidup yang benar dan lurus sebagaimana yang ditetapkan olehNya.
Orang yang kitab antara dua tangannya masih berfungsi baik tidak memerlukan Al-Kitab.
Al-Kitab diperlukan untuk menerangi hati yang gelap, menunjuki hati yang tersesat, dan sebagai pembeda bagi hati yang tidak dapat memisahkan yang benar dan salam.
Salam.

faried- Pensyarah
- Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1711
Registration date: 2010-04-21
Re: Mengenali Syaitan
tapi kau kata AQ tu bukannya firman Allahkan, so mana satu yg kau rujuk ni sebagai AQ? dlm biblekah atau dlm akai kamu incik faried?

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26
Re: Mengenali Syaitan
semut api wrote:tapi kau kata AQ tu bukannya firman Allahkan, so mana satu yg kau rujuk ni sebagai AQ? dlm biblekah atau dlm akai kamu incik faried?
Meskipun bukan firman Allah, Alquran adalah wahyu dari Allah, dan saya merujuknya.

faried- Pensyarah
- Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1711
Registration date: 2010-04-21
Re: Mengenali Syaitan
Salam,
Kalau kita melihat anak pokok, walaupun ia hidup secara sendirian, tetapi dia tahu hidup menggunakan common sensenya untuk mencari cahaya matahari agar fungsinya sebagai pokok dapat disempurnakan. Tak perlu "tok guru" untuk dituruti membuta-tuli. Allah sudah bekalkan Kitabnya pada jiwa pokok itu agar hidup mengikut programNya. Patut pokok itu ikut program Tuhan.
Tetapi ramai manusia tidak tahu hidup menggunakan common sensenya untuk mencari cahaya Tuhan untuk memahami erti hidup yang sebenar sebagai seorang manusia. Ramai yang memilih hidup seperti lembu yang dicucuk hidungnya dengan menurut membuta-tuli ajaran pembesara agama masyarakat mereka. Yang lahir dalam kaum yang sujud ke arah matahari, menjadikan pembesar agama mereka sebagai pelindung mereka. Yang lahir dalam kaum yang sujud ke arah patung, mereka jadikan pembesar agama mereka sebagai pembuat ketetapan. Begitulah juga yang lahir dalam kaum yang sujud ke arah batu.
Betapa syaitan-syaitan telah menipu untuk memperlihatkan amalan mereka indah-indah.

salam syaitan d jadikan dr api dan sentiasa beribadat kpd Allah dan beribu-ribu tahun syaitan sujud dan apabila syaitan meliat d luhmafus ada kalimah yang tertulis ada makluh yang akan inkar. lalu syaitan mohon kpd Allah mita inzin utk lahnak mrk. syaitan pun sujud seribu tahun sambil melahnak. sedangkan yang d lahnak itu adalah dirinya sendiri.

a wahid- Siswa-Siswi
- Number of posts: 11
State:
Reputation: 0
Credits: 751
Registration date: 2010-05-15
Re: Mengenali Syaitan
kalau pokok guna common sense manusia lebih dari itu. Manusialah yang selalu melampai batas kerana kelebihannya dari makhluk lain. Sebab itu pokok tak perlu kepada rasul dikalangannya tetapi manusia perlukan rasul utk memberinya peringatan. Syaitan tak perlu goda pokok, tetapi syaitan akan goda manusia yang mengikut nafsu utk bersamanya didalam Jahannam.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Mengenali Syaitan
itulah janji syaitan akan goda umat manusia yaumul qiyamah. atas iri hati. terhadap manusia.

a wahid- Siswa-Siswi
- Number of posts: 11
State:
Reputation: 0
Credits: 751
Registration date: 2010-05-15
Re: Mengenali Syaitan
syaitan @ sitton tak mampu menipu manusia ikhlas maka ikhlaskanlah dirimu terhadap dirimu

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26
Page 1 of 2 • 1, 2 
Similar topics» Mengenali Syaitan
» Syaitan - amalan, ucapan indah dan khayalan
» Apa itu SYAITAN? Benarkah wujud syaitan? Bagaimana dan di mana syaitan?
» Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan
» Mengenali orang-orang yang percaya dan melakukan kebaikan
» Syaitan - amalan, ucapan indah dan khayalan
» Apa itu SYAITAN? Benarkah wujud syaitan? Bagaimana dan di mana syaitan?
» Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan
» Mengenali orang-orang yang percaya dan melakukan kebaikan
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum