Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests :: 2 BotsNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 2 • Share •
Page 1 of 2 • 1, 2 
Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
Jika kita hayati kisah kaum-kaum terdahulu yang dirakamkan di dalam Al Quran, mereka begitu sombong kepada Rasul mereka yang suruh mereka hidup berfikir. Walhal diajak mereka berfikir itu untuk manfaat mereka juga. Tetapi bila hati itu sudah tertutup dengan kesombongan, seruan yang bermanfaat pun mereka musuhi.
Tiada suatu kaum pun akan berjaya jika mereka sombong kepada akal mereka sendiri. Dahulu kaum Nasrani pernah sombong dengan anutan mereka. Kononnya merekalah yang benar kerana menjadi pengikut Rasul yang terakhir zaman itu iaitu Nabi Isa. Sehingga sampai ke satu tahap, Nabi Isa didakwa sebagai anak Allah.
Mereka menanam kepercayaan begitu agar apa yang diucapkan oleh pembesar agama mereka atas nama Nabi Isa, perlu dipercayai tanpa berfikir panjang. Akibatnya, jadilah mereka kaum yang bodoh.
Bila Allah bangkitkan Muhammad sebagai Rasul untuk mengajak mereka berfikir tentang ajaran tradisi mereka, dibalasinya dengan kesombongan. Bila Muhammad buktikan secara logik bahawa Allah itu tidak mungkin ada banyak atau ada anak (seperti ayat 17:42 dan 23:81), mereka tidak percaya pada logik akal mereka sendiri. Kesannya mereka ditimpa kekalahan dalam siri peperangan salib dengan umat Islam pada waktu itu. Di dunia lagi mereka dapat kesan buruk kerana tidak mahu berfikir.
Selepas kurun ke-15, penganut ajaran Nabi Isa itu mula sedar tentang penipuan pihak gereja. Mereka mula melakukan revolusi minda. Ketika itu mereka mula membuka minda untuk mengkaji ilmu sains. Mereka mula sedar, kejayaan umat Islam dahulu kerana kebijaksanaan dalam bidang ilmu. Mereka mula meninggalkan ketaksuban ajaran pihak gereja dan ketaksuban pada pembesar-pembesar agama mereka.
Di waktu yang sama, muncul "ulamak-ulamak" Islam mengeluarkan fatwa melarang umat Islam mengkaji ilmu-ilmu logik kononnya ilmu itu daripada tamadun Rom dan Greek yang dianggap kafir. Pintu ijtihad pasal Al Quran ditutup dan dikawal oleh pembesar-pembesar agama sahaja. Akibat kebodohan kebanyakan umat Islam pada waktu itu yang menurut membuta-tuli, mereka mula meninggalkan ilmu sains. Walhal ilmu sains itulah ilmu Allah kerana ilmu sains amat dekat dengan prinsip-prinsip yang berlaku pada alam semesta yang diciptakan oleh Tuhan.
Di situlah titik bermula zaman di mana orang Barat diperkuatkan dan orang Islam dilemahkan. Orang Barat mula sedar pentingnya berfikir dan kaji sains, sedangkan orang Islam mula lalai dengan kegemilangan mereka yang pernah lakukan oleh saintis-saintis mereka (bukannya ritualis-ritualis), sehingga mereka hidup pemalas berfikir.
Kadang-kadang kita tidak mahu memikirkan punca-punca terjadi sesuatu perkara. Umpamanya dahulu umat Islam gemilang dalam ilmu sains. Mereka dihormati oleh bangsa-bangsa lain. Tetapi macam mana hari ini umat Islam boleh jadi lemah dan bodoh semacam sahaja dalam bidang sains? Di mana silapnya umat Islam?
Kini kita sudah sampai kepada zaman di mana orang Islam mula nampak kebenaran setelah lama ditipu dengan ajaran-ajaran tak masuk akal. Walaupun syaitan-syaitan cuba menutup tipu daya tu, namun Allah sudah berjanji bahawa tipu-daya syaitan itu adalah lemah.
Saat revolusi minda itu pasti tiba jua walaupun dibenci oleh orang-orang yang tak suka guna akal itu, seperti para pembesar agama Nasrani dahulu berharap sangat mereka boleh meneruskan tipu-daya pada kaum mereka. Namun Allah lebih kuat daripada tipu daya mereka itu dan membuka minda masyarakat Barat sehingga mereka kini dihormati. Itulah balasan Allah kepada orang-orang yang berusaha mempertingkatkan minda.
Tidak guna kita hanya tahu bermusuhan dan menyalahkan bangsa Barat di atas nikmat-nikmat Allah kurniakan kepada mereka. Semua nikmat itu berjaya mereka perolehi kerana kerja kuat generasi terdahulu mereka mengubah nasib mereka sendiri dengan hidup menggunakan akal. Kenapa tak salahkan diri sendiri di atas kelemahan, kehinaan dan kekalahan umat Islam hari ini kerana kita sendiri yang tidak mahu menggunakan akal?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
Juang wrote:Jika kita hayati kisah kaum-kaum terdahulu yang dirakamkan di dalam Al Quran, mereka begitu sombong kepada Rasul mereka yang suruh mereka hidup berfikir. Walhal diajak mereka berfikir itu untuk manfaat mereka juga. Tetapi bila hati itu sudah tertutup dengan kesombongan, seruan yang bermanfaat pun mereka musuhi.

akal ialah penghubung antara manusia dan allah . manusia dan jin yg mengikut hawa nafsu akan menyesatkan manusia .

othman- Sarjana
- Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1431
Registration date: 2009-10-07
Re: Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
Benar En Othman,
Raja dalam diri manusia ialah hati. Baik hatinya maka baiklah manusia itu. Hati akan memperngaruhi akal supaya akal berfikir sesuatu yang bermanafaat atau hanya untuk mengelamun shj. Utk perkara dunia akal mudah menentukan sesuatu yang baik atau tidak berdasarkan tunjuk ajar dan pengalamannya. sebagai contoh seorang budak jika di ajar mencuri dan tidak ada yang memberitahunya perbuatan mencuri itu tidak baik, adakah dia tidak mencuri bila dewasa nanti. Untuk perkara agama, naluri manusia memang mengakui adanya tuhan. kalau kita tanya orang ugama apapun , siapa jadikan bumi, tentu dia kata tuhan, mengikut bahasa merekalah. Orang Islam panggil Allah, begitu juga orang Katholik, Asalnya orang Nasrani menggunakkan Rab, dan Yahudi menggunakan Tuhan dalam bahasa Ibrani. Tetapi apakah agama yang lain itu di terima Allah? Kita mengaku beragama Islam tetapi macamana nak tahu agama islam yang kita amalkan adalah seperti yang diturunkan melalui Rasul? Al Quran (bahasa Arab) memang sama kerana kita yakin ia tidak berubah dari apa yang diwahyukan. Tetapi cara mengamalnya juga mesti tidak berubah dan mesti sama dengan cara pengamalan yang ditunjukkan oleh Nabi. Bagi mengelakkan ia berubah maka cara pengamalannya direkodkan dan ditulis supaya generasi sesudahnya masih dapat mempelajarinya. Mengikut kaedah fekah, hukum sesuatu amalan atau ritual itu adalah haram kecuali ada dalilnya dalam al quran. contoh nya perintah mengerjakan sembahyang memang ada dalam al quran. Tetapi bagaimana nak melakukannya? kalau tidak buat hukumnya berdosa kerana ia perintah Allah. Bolehkah kita melakukan mengikut fikiran kita? tidak ada pula ayat yang mengatakannya begitu. Kalau solat itu sesuatu yang diperintahkan, cara terbaik untuk mengetahuinya adalah melihat bagaimanakah Nabi melakukannya. Dalil kedua yang kita lihat ialah perbuatan dan perkataan baginda. Bila kita mengetahui bagaimana nabi bersolat, itulah bukti yang paling baik kita terima, kerana al quran sendiri mengatakan ' bertanyalah kepada mereka yang mempunyai pengetahuan..' Dan dalam mencari orang yang berpegetahuan (ulama) ini tentulah di kalangan mereka yang beriman, kita tahu akhlaknya, dan diakui dan berpegang pada Al quran dan sunnah. Al quran telah membenarkan kita merujuk kepada mereka yang berilmu, dan ilmu yang terbaik selepas alquran adalah ilmu yang diperolehi dari Nabi. Tidak ada seuatu pun dalam al quran dan hadis ( sahih) bercanggah . Kalau tidak bersolat, macamana kita berwuduk dan mandi hadas sedangkan ia ada dalam al quran. Di situ telah menunjukkan kita tidak mampu mengamalkan al quran tanpa bersolat.
22:3 Dan diantara manusia ada yang berbantahan tentang Allah tanpa ilmu dan hanya mengikuti para syaitan yang jahat,
22:4 (tentang syaitan) telah ditetapkan bahawa siapa yang berkawan dengan dia, maka dia akan menyesatkannya, dan membawanya ke azab neraka.
Kalau bapa kita beriman dan kita tidak mengikutnya, di hadapan Allah bapa tidak dapat menolong kita lagi. Kalau anak kita kelak beriman dan kita tidak termasuk dikalangan orang yang beriman atau yang mengajarnya dulu, di hadapan Allah kelak, anak kita tidak dapat menjadi penolong kita.
31:33 Wahai manusia! bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutlah pada hari yang seorang bapa tidak dapat menolong anaknya, dan seorang anak tidak dapat pula menolong bapa nya sedikit pun. sesungguhnya, janji Allah pasti benar, maka janganlah kamu sesekali terpedaya dengan kehidupan dunia, dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam mentaati Allah.

Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
othman wrote:akal ialah penghubung antara manusia dan allah . manusia dan jin yg mengikut hawa nafsu akan menyesatkan manusia .
Benar saudara othman. Seperti mana peranan pancaindera (mata, telinga, hidung dll) dapat menghubungkan kita dengan makhluk-makhluk Allah, begitulah peranan akal menghubungkan kita dengan Pencipta. Akal itu adalah mata hati untuk kita nampak Allah secara logik.
Dengan menggunakan akal, kita boleh membezakan yang benar dan yang palsu seperti mana dengan menggunakan mata, kita boleh membezakan yang putih dan yang hitam. Kalau kita tutup mata, ada benang putih depan mata pun kita tak nampak. Begitulah bila tolak akal, Allah yang lebih dekat daripada urat leher mereka pun mereka tidak sedar kewujudanNya sehingga sanggup menipu suruh manusia sujud ke bangunan batu. Sudahlah menipu, mereka kata Nabi yang suruh buat begitu (memfitnah Nabi). Betapa buruknya perangai syaitan-syaitan yang penipu itu.
Cuba bayangkan kita dicabutkan pancaindera itu semua, apa yang kita rasakan? Begitulah nanti bila kita mati. Kita terpisah dengan makhluk-makhluk Allah yang lain. Kita kembali kepadanya bersendirian. Ketika itu pendusta-pendusta yang menolak akalnya itu tiada tempat nak menipu lagi kerana Allah tidak mungkin boleh ditipu.
Bayangkan baru kita tanya mereka mana ayat-ayat Al Quran yang menunjukkan Allah memerintah manusia sujud kepada banguna batu pun mereka tak mampu, bagaimana kalau Allah yang tanya? Namun sedikit sekali mereka nak sedar diri dan insaf.
31:33. Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu, dan takutilah akan satu hari apabila tiada bapa akan membela anaknya, dan tiada juga anak membela bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah benar; maka janganlah kehidupan dunia menipu kamu, dan janganlah sekali-kali penipu dapat menipu kamu terhadap Allah.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
sore Bapak faried,
Akhirnya dapatlah dirumuskan bahawa jalan yang dilalui oleh bapak faried setelah lima tahun belajar sendirian.
1. Tiada agama islam
2. Tiada solat
3. Boleh makan di bulan Ramadan ( tidak puasa)
4. Tidak Haji
5. Tidak berdoa.
Bapak-bapak yang baru 3 tahun belajar sendiri pula mengatakan:-
1.Tidak syahadah- tidak perlu mengaku/mengatakan keesaan tuhan dan kerasulan Nabi.
2.tidak solat.
3. Tahun lepas masih berpuasa. Tahun ini enggak tahu.
4. Tidak zakat. (walaupun bukan ritual, tapi enggak mahu buat juga)
5. Tidak haji juga.
Mudah-mudahan bapak-bapak mendapat ganjaran dari Allah.
Tambahan :- bapak di sini tidak tahu macamana nak akad nikah. Mujur mereka ini sudah kahwin sebelum ini.
Tidak tahu nak uruskan jenazah. Atau boleh di tanamdi mana-mana pun. Semasa perang Badar, Nabi masukkan tentera-tentera musyrik yang terkorban didalam telaga buta. Mungkin cara ini juga bisa.
Akhirnya dapatlah dirumuskan bahawa jalan yang dilalui oleh bapak faried setelah lima tahun belajar sendirian.
1. Tiada agama islam
2. Tiada solat
3. Boleh makan di bulan Ramadan ( tidak puasa)
4. Tidak Haji
5. Tidak berdoa.
Bapak-bapak yang baru 3 tahun belajar sendiri pula mengatakan:-
1.Tidak syahadah- tidak perlu mengaku/mengatakan keesaan tuhan dan kerasulan Nabi.
2.tidak solat.
3. Tahun lepas masih berpuasa. Tahun ini enggak tahu.
4. Tidak zakat. (walaupun bukan ritual, tapi enggak mahu buat juga)
5. Tidak haji juga.
Mudah-mudahan bapak-bapak mendapat ganjaran dari Allah.
Tambahan :- bapak di sini tidak tahu macamana nak akad nikah. Mujur mereka ini sudah kahwin sebelum ini.
Tidak tahu nak uruskan jenazah. Atau boleh di tanamdi mana-mana pun. Semasa perang Badar, Nabi masukkan tentera-tentera musyrik yang terkorban didalam telaga buta. Mungkin cara ini juga bisa.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
muahahaha lepas kongkit tak perlu mandi hadas, membazir air , buang karen letrik, boleh bela babi & anjing dlm bilik kalu mahu, membaca komik = komitmen , banyak sewel punya ajaran baru kaum akai

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26
Re: Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
Biarlah dikatakan sewel daripada menurut membuta-tuli macam orang tiada akal. Rasulullah pun dikatakan gila oleh orang kafir terdahulu hanya semata-mata mengajak manusia berfikir. Jadi yang kata sewel itu samalah perangainya macam orang kafir terdahulu. Makin jelas persamaan mereka.
Di sini kita nampak, apabila seseorang itu mula tidak menggunakan akal, cara berkata-katanya persis macam orang kafir terdahulu.
Di sini kita nampak, apabila seseorang itu mula tidak menggunakan akal, cara berkata-katanya persis macam orang kafir terdahulu.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
Juang wrote:Biarlah dikatakan sewel daripada menurut membuta-tuli macam orang tiada akal. Rasulullah pun dikatakan gila oleh orang kafir terdahulu hanya semata-mata mengajak manusia berfikir. Jadi yang kata sewel itu samalah perangainya macam orang kafir terdahulu. Makin jelas persamaan mereka.
Di sini kita nampak, apabila seseorang itu mula tidak menggunakan akal, cara berkata-katanya persis macam orang kafir terdahulu.
alasan manusia akai yg degil mmg tak mahu dengar nasihat org lain

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26
Re: Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
Zulia wrote:
Akhirnya dapatlah dirumuskan bahawa jalan yang dilalui oleh bapak faried setelah lima tahun belajar sendirian.
1. Tiada agama islam
2. Tiada solat
3. Boleh makan di bulan Ramadan ( tidak puasa)
4. Tidak Haji
5. Tidak berdoa.
Bapak-bapak yang baru 3 tahun belajar sendiri pula mengatakan:-
1.Tidak syahadah- tidak perlu mengaku/mengatakan keesaan tuhan dan kerasulan Nabi.
2.tidak solat.
3. Tahun lepas masih berpuasa. Tahun ini enggak tahu.
4. Tidak zakat. (walaupun bukan ritual, tapi enggak mahu buat juga)
5. Tidak haji juga.
Benar, saya tidak beragama Islam dan tidak bershahadat
tetapi tetap
bersalat
bersiyam
berhajj
berdoa, dan
berzakat
berdasarkan Alquran,
dan sama sekali tidak mendasarkan pada ajaran yang lain.

faried- Pensyarah
- Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1711
Registration date: 2010-04-21
Re: Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
so bapak fareid, siapa tuhan kamu? bagaimana kamu kenal tuhan kamu?

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26
Re: Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
Dengan penjelasan Bapak , maka tidak perlulah dipertikaikan amalan pengikut bapak di sini kerana agamanya juga berbeza. Teruskan saja sampai berjaya. Di Malaysia ini, mereka yang seperti bapak ini tidak ramai, nak cari isteri mungkin bermasaalah kerana terlalu sedikit yang beragama seperti ini.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
Salam Zulia,
Orang yang percaya dan berpegang kepada Al-Quran tidak akan mengikut sesiapa, mereka membuat keputusan dari fikiran mereka sendiri. Yang benar dan yang palsu itu sentiasa berbeza dan boleh dikenalpasti sebagaimana bezanya benang putih dengan benang hitam.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
tolokminda wrote:Salam Zulia,
Orang yang percaya dan berpegang kepada Al-Quran tidak akan mengikut sesiapa, mereka membuat keputusan dari fikiran mereka sendiri. Yang benar dan yang palsu itu sentiasa berbeza dan boleh dikenalpasti sebagaimana bezanya benang putih dengan benang hitam.
siapa yg mengesahkan akal kontotmu betul & maksum?

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26
Re: Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
Maka bagaimanakah pengikut agama anda nak bermasyarakat? Anda mungkin perlukan ramai pengikut untuk mewujudkan masyarakat anda sendiri. Kalau tidak susah nak uruskan hal-hal nikah kahwin atau kalau ada kematian di kalangan anda. Tak kan anda nak bergantung kepada agama lain menguruskan bagi pihak anda. Anda perlu juga mewujudkan sistem pendidikan agama sendiri kerana belumada sekolah2 yang berteraskan agama anda. Adakah anda tidak akan menghantar anak ke sekolah bagi mengelakkan anak anda mengikut agama yang lain dari anda? Saya harap anda mengenali sesama anda supaya langkah seterusnya boleh di ambil. Selamat berjaya.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
semut api wrote:alasan manusia akai yg degil mmg tak mahu dengar nasihat org lain
Saya hanya menerima nasihat Al Quran dan nasihat orang yang mengikut Al Quran. Kalau ikut nasihat orang yang sujud kepada binaan-binaan manusia, samalah macam ikut kaum musyrik zaman Nabi Ibrahim.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
muahahaha nasihat AQ kata incik? Najis yg berlumuran ditubuh badan incik, kepercayaan yg songsang, agama yg entah darimana pegangannya, aqidah ciptaan akal incik tak akan membawa kemana pun, kita tunggu & lihat kemana perginya kedegilan incik2 akai semua,
err rumusan dari apa yg telah incik2 akai kemukakan
1> dalam AQ takada sebut pun agama islam
2> tak payah mandi junud selepas kongkek atau panjat bini atau bini2
3> tak adanya solat2 ni, puasa, zakat2, haji kat mekah buang duit aja pak
4> syahadah tu bukan nya ada pun dlm islam, AQ tak ajar eh
5> solat tu = komitmeng, romeng = membaca aja pak
.
.
.
macam2 ada , astro prima, astro movie dll
maka benarlah apa yg AQ sebutkan " barang siapa yg Aku sesatkan nescaya tiada siapapun yg akan dapat menunjukinya & barang siapa yg Aku tunjuki nescaya tiada siapapun yg dapat menyesatkannya"
AQ: milik siapakah kerajaan hari ini? MilikKU sendiriKU , Alhamdulillah, AllaHuAkhbar!
err rumusan dari apa yg telah incik2 akai kemukakan
1> dalam AQ takada sebut pun agama islam
2> tak payah mandi junud selepas kongkek atau panjat bini atau bini2
3> tak adanya solat2 ni, puasa, zakat2, haji kat mekah buang duit aja pak
4> syahadah tu bukan nya ada pun dlm islam, AQ tak ajar eh
5> solat tu = komitmeng, romeng = membaca aja pak
.
.
.
macam2 ada , astro prima, astro movie dll
maka benarlah apa yg AQ sebutkan " barang siapa yg Aku sesatkan nescaya tiada siapapun yg akan dapat menunjukinya & barang siapa yg Aku tunjuki nescaya tiada siapapun yg dapat menyesatkannya"
AQ: milik siapakah kerajaan hari ini? MilikKU sendiriKU , Alhamdulillah, AllaHuAkhbar!

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26
Re: Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
semut api wrote:
maka benarlah apa yg AQ sebutkan " barang siapa yg Aku sesatkan nescaya tiada siapapun yg akan dapat menunjukinya & barang siapa yg Aku tunjuki nescaya tiada siapapun yg dapat menyesatkannya"
Memang benar apa yang Al Quran sebut. Sebab itu bila Al Quran larang sujud pada matahari, bulan dan binaan-binaan manusia, larangan tersebut nyata kebenarannya.
Tambahan pula kita telah nampak kaum-kaum yang beritual macam itu ditimpa kehinaan dan kelemahan sejak di dunia lagi gara-gara pemalas berfikir. Tetapi semua itu tidak cukup menyedarkan mereka. Hanya Allah yang Berkuasa.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
dah sedar Allah yg berkuasa maka apa lebihnya si akai kontot eh yg menidakkan semua manusia lain selain puak2nya??????

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26
Re: Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
Yang ditidakkan hanyalah penipuan orang yang kata Nabi Muhammad suruh sujud ke arah bangunan batu. Bila kita minta ayat-ayat Allah yang mengajar Nabi buat begitu, mereka berpaling lari macam keldai liar takutkan singa. Dasar pendusta lagi tak sedar diri.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
lagi dusta puak2 yg meniadakan solat, haji, dll, cari publisiti murahan dgn akai songsang

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26
Page 1 of 2 • 1, 2 
Similar topics» Contoh Esei (Gaya Hidup Sihat)
» Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"
» Misterinya hidup dan pegalaman ku
» Islam: Agama atau Cara Hidup?
» Al Quran hanya untuk orang yang berfikir
» Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"
» Misterinya hidup dan pegalaman ku
» Islam: Agama atau Cara Hidup?
» Al Quran hanya untuk orang yang berfikir
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum