Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Siyam, Salat, Zakat, Hajj

Page 1 of 11 1, 2, 3 ... 9, 10, 11  Next

View previous topic View next topic Go down

Siyam, Salat, Zakat, Hajj

Post by Juang on Sun May 02, 2010 10:55 am

Saya berpandangan, yang menyukarkan ramai orang Islam hari ini untuk mengetahui maksud sebenar erti siyam, salat, zakat dan hajj adalah kerana mereka tidak mampu mengaitkan suruhan tersebut dengan matlamat manusia dijadikan. Mereka tidak mampu kaitan ayat-ayat Al Quran dengan tujuan sebenar mereka dihidupkan.

2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan meletakkan di bumi khalifah ." Mereka berkata, "Adakah Engkau meletakkan di dalamnya orang yang akan membuat kerosakan di dalamnya dan menumpahkan darah, sedang kami menyanjung dengan memuji-Mu dan memanggil Engkau Suci?" Dia berkata, "Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu."

35:39. Dia yang melantik kamu khalifah-khalifah di bumi. Maka sesiapa yang tidak percaya, atasnyalah ketidakpercayaannya; ketidakpercayaan mereka menambahkan orang-orang yang tidak percaya hanya dalam kebencian di sisi Pemelihara mereka; ketidakpercayaan mereka menambahkan bagi orang-orang yang tidak percaya hanya dalam kerugian.

Manusia dihidupkan dengan memikul amanah sebagai khalifah. Sebagai khalifah, sudah pasti ada perbezaan dari segi ciri-ciri yang membezakan dia dengan makhluk-makhluk lain. Jika manusia itu hidup seperti burung kakatua yang hanya tahu menyebut sesuatu lafaz tanpa memahami apa yang diucapkannya, tentulah burung kakatua juga layak menjadi khalifah.

Daripada kisah Adam bermula daripada ayat 2:30 itu, ciri-ciri yang melayakkan Adam dilantik sebagai khalifah kerana dia lebih berpengetahuan berbanding para malaikat. Adam mampu memahami banyak nama-nama setelah diajar oleh Allah.

Sifat sesuatu ilmu (pengetahuan), sebelum ia sampai ke dalam dada manusia, ia akan melalui minda manusia dalam bentuk ilham atau wahyu. Wahyu bukannya diterima oleh manusia sahaja, malah makhluk-makhluk lain pun terima wahyu.

16:68. Dan Tuhan kamu mewahyukan lebah, "Ambillah untuk kamu daripada gunung-gunung, rumah-rumah, dan daripada pokok-pokok, dan daripada apa yang mereka membangunkan.

Jadi bila manusia itu dapat ilham untuk bina kereta, kapal terbang, roket menggunakan bahan-bahan yang Allah sediakan, hakikatnya itulah wahyu daripada Allah mengajar manusia seperti mana Dia mengajar lebah tersebut. Tetapi kita telah dibiasakan bahawa wahyu hanya untuk para Nabi dan Rasul sahaja.

Di sini fahamlah kita, semua makhluk Allah boleh berhubung dengan Tuhan menggunakan ilham atau wahyu seperti mana lebah berhubung dengan Tuhan untuk tahu bagaimana cara membuat sarang mereka.

Wahyu adalah petunjuk Allah dalam keadaan ia turun daripada Tuhan. Bila petunjuk itu masuk ke dalam hati manusia, ia dipanggil ilmu.

29:49. Tidak, ia adalah ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu; dan tiada yang menyangkal ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.

Bila kita faham perkaitan wahyu dan ilmu, maka ia akan mencerahkan kita apa sebenarnya matlamat siyam, salat, zakat dan hajj. Sudah pasti ia ada kaitan dengan ilham dan ilmu. Apatah lagi sebagai makhluk yang telah diamanahkan sebagai khalifah, ketinggian ilmu itulah kunci utama.

Siyam adalah proses untuk kita memahami sesuatu ilham sehingga ia benar-benar masuk ke dalam dada. Ia memerlukan manusia itu berfikir dan fokus. Maka tahulah kita kenapa Al Quran menyuruh kita makan minum sesuatu yang berkhasiat dan kurangkan bercakap ketika melakukan puasa atau siyam itu. Seseorang itu dikatakan mencapai kefahaman sesuatu perkara apabila ia dapat menjelaskan perbezaan dan menghuraikannya menggunakan perspektif hidupnya sendiri. Sekadar petik nama-nama imam terdahulu, itu menunjukkan seseorang itu tidak yakin pada dirinya sendiri.

Salat pula adalah proses kita realisasikan wahyu yang diilhamkan itu. Maknanya ketika lebah itu bekerja membuat sarangnya dan mengumpulkan madu menggunakan apa yang Tuhan wakyukan kepada mereka, itulah salat mereka.

Zakat pula adalah proses meningkatkan kualiti kerja supaya kita tidak cepat berpuas hati dengan hasil usaha kita agar tidak hidup "asal boleh" atau "asal siap". Kena ada semangat untuk sentiasa meningkatkan mutu kerja kita kerana itulah cermin siapa diri kita yang sebenarnya. Umpamanya pokok yang mengeluarkan buah yang baik dan bermutu, sudah pasti mencerminkan pokok itu baik dan sihat. Begitulah manusia. Lagi bermutu output yang dikeluarkan baik dalam bentuk buah fikiran dan kerja yang dilaksanakan, semakin baiklah nilai diri manusia tersebut.

Hajj pula ada proses berhujah kepada orang lain agar ilham yang Allah kurniakan itu dikongsikan bersama. Ini kerana jika ilham itu hanya disimpan dalam dada seseorang manusia, bagaimana nak membentuk masyarakat berilmu dan bertamadun tinggi? Contoh proses hajj adalah bagaimana seseorang penyelidik atau saintis itu membentangkan idea-idea mereka. Ketika itu berlakunya proses soal-jawab untuk menentukan apakah idea tersebut benar-benar logik dan boleh diaplikasikan atau sekadar cakap-cakap kosong.

Itulah erti siyam, salat, zakat dan hajj yang selari dengan matlamat manusia dilantik sebagai khalifah iaitu menjadi makhluk Allah yang berilmu tinggi agar bumi Allah ini dapat dibangunkan dan dimakmurkan. Dan fahamlah kita kenapa Allah pilih bangsa Barat sebagai peneraju dunia hari ini. Bukan kerana apa-apa amalan ritual agama Kristian, tetapi kerana mereka telah melakukan proses siyam, salat, zakat dan hajj yang berlandaskan Al Quran secara fitrah. Namun semua itu tidak dapat dilihat oleh umat Islam hari ini kerana mereka tidak sanggup mengaku kelemahan mereka sendiri.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Siyam, Salat, Zakat, Hajj

Post by Admin on Sun May 02, 2010 5:43 pm

Satu pendapat dari Juang tentang maksud Siyam, Salat, Zakat, Hajj. Melalui pendapat yang diutarakan, bolehlah kita berbincang bersama-sama tentang perkaitannya dengan ayat-ayat al-quran.

terima kasih.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Siyam, Salat, Zakat, Hajj

Post by othman on Sun May 02, 2010 7:49 pm

salam juang ..

semenjak bapak faraid si sini banyak sekali perbedaan dalam terjemahan yg biasa kita rujuk .

apa kata kita mintak beliau mulakan dgn surah al fatihah kerana dalam benak fikiran saya sekarang ialah mendapatkan terjemahan yg sebenarnya . lihatlah hasil dari berbesa terjemahan , macam2 idea datang .

othman
Sarjana

Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1431
Registration date: 2009-10-07

Back to top Go down

Re: Siyam, Salat, Zakat, Hajj

Post by Juang on Sun May 02, 2010 10:27 pm

Salam,

Mengenai soalan saudara othman, saya setuju jika ada pakar-pakar bahasa Arab seperti saudara Faried dapat membuat topik khas berkenaan erti sebenar terjemahan bermula daripada surah-surah pendek. Semoga saudara Faried tidak keberatan untuk berkongsi ilmunya di sini.

Memang benar, perbezaan pemahaman Al Quran mencambah bermacam-macam idea. Kita akan nampak Islam yang lebih lapang, luas, dinamik dan progresif.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Siyam, Salat, Zakat, Hajj

Post by faried on Tue May 04, 2010 9:21 am

Juang wrote:
Mengenai soalan saudara othman, saya setuju jika ada pakar-pakar bahasa Arab seperti saudara Faried dapat membuat topik khas berkenaan erti sebenar terjemahan bermula daripada surah-surah pendek.


Memang masih banyak arti Alquran yang perlu diluruskan, terutama karena terjemahan yang ada didasarkan atas lahwal hadis, sementara jelas dan tegas dijelaskan bahwa Alquran = bahasa Araby yang menjelaskan.

Ketika bahasan didasarkan atas dasar ilmu, maka orang tidak dapat membantahnya.

Beberapa kali saya diskusi dengan sarjana ilmu Agama, mereka sangat mudah menerima suatu alasan yang didasarkan atas ilmu bahasa.

Tentang terjemahan, saya harus mengatakan bahwa terjemahan dari en Othman sudah banyak mengoreksi terjemahan yang dikeluarkan Kerajaan Saudi Arabia. Karena beliau mengerti bahasa Arab, maka sangat mudah menerima pendapat lain.

Sementara biarlah satu-satu ayat dikoreksi/diluruskan terjemahnya secara wajar sesuai dengan topik yang didiskusikan.

Juang wrote:
Semoga saudara Faried tidak keberatan untuk berkongsi ilmunya di sini.


Tanpa diminta, dengan senang hati akan berbagi ilmu. Sangat sering diperintahkan dalam Alquran:

katakanlah (qul) yang juga dapat berarti sampaikanlah.

Juang wrote:
Memang benar, perbezaan pemahaman Al Quran mencambah bermacam-macam idea. Kita akan nampak Islam yang lebih lapang, luas, dinamik dan progresif.


Benar, dan karena itu salat, siyam dan hajj perlu terus digalakklan dan dilaksanakan secara benar dan baik.

Selama ini umat jadi statis, mundur dan terkebalakang karena salat, siyam dan hajj dipahami sebagai ritual, padahal ketiganya adalah alat (tool) yang ampuh dalam melakukan penyelidikan (research).

Salam.

faried
Pensyarah

Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1711
Registration date: 2010-04-21

Back to top Go down

Re: Siyam, Salat, Zakat, Hajj

Post by Juang on Tue May 04, 2010 10:51 am

faried wrote:
Selama ini umat jadi statis, mundur dan terkebalakang karena salat, siyam dan hajj dipahami sebagai ritual, padahal ketiganya adalah alat (tool) yang ampuh dalam melakukan penyelidikan (research).

Salam.

Kefahaman saudara Faried hampir sama dengan kefahaman saudara Tolokminda dan juga hampir sama seperti apa yang saya telah nampak sebelum dipertemukan dengan tulisan kalian berdua.

Penyelidikan adalah tool yang paling penting dalam mencari dan memahami hukum yang telah Allah tetapkan di alam semesta ini.

Kita sudah sedar dan nampak perbezaan, manusia yang rajin mengkaji hukum-hukum yang Allah tetapkan itulah yang diberikan kejayaan meninggalkan kaum yang mengada-adakan hukum tak masuk akal.

Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Siyam, Salat, Zakat, Hajj

Post by Zulia on Wed May 05, 2010 1:18 pm

Bapak Faried,
Bapak-bapak di sini masih belajar. Mereka kata Nabi tidak mengajar, bagaimana mahu belajar kalau tiada yang mengajar. Begitulah fikiran bapak-bapak di sini yang masih belum pintar seperti bapak. Mereka ini mahu beragama seperti bapak dan masuk dalam golongan bapak. Apakah nama agama bapak?

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Siyam, Salat, Zakat, Hajj

Post by Juang on Wed May 05, 2010 3:24 pm

Salam,

Nabi hanya menyampaikan apa yang Allah ajar. Jika lebah pun Allah boleh ajar mereka buat sarang, takkanlah nak ajar Nabi dan manusia-manusia lain, Allah tak mampu lakukan?

Jangan melupakan Allah, Pencipta kita. Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Siyam, Salat, Zakat, Hajj

Post by Zulia on Wed May 05, 2010 4:19 pm

Allah mengajar Rasulnya agar baginda menerangkannya kepada manusia. Terpulang kepada manusia samada mahu beriman dengan agama yang dibawa oleh Rasul. Dengan itu dapatlah diketahui mana yang beriman. Kalau dah baca habis Al quran anda akan bertemu dgn ayat ini. Al quran juga menceritakan alasan yang diberikan oleh orang yang mendustakan rasul itu ialah Allah mampu untuk menjadikan kami beriman jika Dia kehendaki. Mereka berkata begitu kerana tidak mahu mengikut Nabi yang diutuskan. Semua jenis golongan yang engkar telah pun tertulis didalam Al quran, terpulang samada kita sedar atau tidak.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Siyam, Salat, Zakat, Hajj

Post by Juang on Wed May 05, 2010 5:04 pm

16:44. Dengan bukti-bukti yang jelas, dan Zabur; dan Kami menurunkan Peringatan kepada kamu supaya kamu memperjelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka; dan supaya mereka memikirkan.

Jika kita ikut ayat ini, jelas menunjukkan kita disuruh memikirkan Al Quran yang Rasulullah perjelaskan. Sebab itu jika benar manusia itu mengikut seseorang Nabi, pasti mereka akan fikirkan Al Quran.

Ini tidak. Mereka menipu mengatakan mereka ikut seseorang Nabi. Tetapi bila diminta mana ayat-ayat Al Quran suruh manusia sujud ke arah bangunan batu, mereka berpaling lari. Munafik betul pendusta itu.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Siyam, Salat, Zakat, Hajj

Post by Zulia on Wed May 05, 2010 5:20 pm

He. he. ayat itu dgn jelas meminta Nabi memperjelaskan kpd manusia dan memang ada penjelasan Nabi itu, kemudian baru manusia memikirkan setelah mendengar penjelasan Nabi. Kenapa menolak penjelasan Nabi? He he. Tak ikut al quran lah tu.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Siyam, Salat, Zakat, Hajj

Post by Juang on Wed May 05, 2010 5:44 pm

57:9. Dia yang menurunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat yang jelas, supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Sesungguhnya Allah kepada kamu, Lembut, Pengasih

Mengikut ayat di ayat, ketika Allah turunkan Al Quran kepada Nabi, ia dalam bentuk yang jelas. Al Quran itulah penjelasan Nabi kepada manusia untuk difikirkan. Yalah, sesuatu yang sudah jelas, kenapa pula Nabi nak tokok-tambah lagi kan?

Tiada pula ayat Al Quran mengatakan yang Nabi sampaikan Al Quran dalam keadaan yang tak jelas (kabur) dan perlukan kitab-kitab riwayat untuk menjelaskannya (kalau ada sila buktikan).

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Siyam, Salat, Zakat, Hajj

Post by Zulia on Wed May 05, 2010 8:32 pm

macam yang anda cuba jelaskan pada orang lain tentulah tugas rasul itu lebih besar dan setiap kata-katanya tentang agama adalah benar seperti apa yang diwahyukan. Dan al quran sendiri mengakui nabi tidak akan berkata sesuatu dari fikirannya sebaliknya adalah dari Allah. Oleh itu berhati-hati kalau kita tidak mengetahuinya. Berbohong atas nama nabi adalah dosa yang besar. samada mengatakan sesuatu yang nabi tidak kata atau menafikan apa yang nabi kata. Adalah lebih baik tidak berkata apa-apa sesuatu yang kita tidak tahu.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Siyam, Salat, Zakat, Hajj

Post by tolokminda on Wed May 05, 2010 9:30 pm

Salam Zulia,

Sumber yang puan anggap sebagai berasal dari Nabi itu sebenarnya hanyalah dakwaan orang tertentu saja. Ia langsung tidak disahkan oleh Tuhan melalui Al-Quran. Tuhan tidak pernah menyuruh atau mengiktiraf sesiapa pun untuk mengumpul "ajaran Nabi" selain dari Al-Quran. Saya berpendapat Nabi sendiri pun tak terfikir bahawa umatnya akan lebih percaya kepada kitab-kitab lain yang ditulis oleh orang-orang yang beliau tidak pernah kenali tetapi mendakwa kononnya apa yang terdapat dfalam kitab-kitab mereka itu direkodkan terus dari Nabi secara verbatim.

Tuhan telah menyatakan bahawa Al-Quranlah satu-satunya sumber yang boleh memberi petunjuk dan dijamin kesahihannya. Tetapi puan lebih berminat untuk percaya kepada kitab-kitab yang langsung tidak ada kena mengena dengan wahyu Tuhan. Jadi, siapakah yang lebih berkemungkinan berbohong mengenai Nabi, mereka yang menyandarkan sumber kepada Al-Qurankah atau mereka yang percaya kepada sumber selainnya?

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Siyam, Salat, Zakat, Hajj

Post by Zulia on Wed May 05, 2010 10:21 pm

pendapat anda mengatakan Nabi tidak mengajar adalah tidak masuk akal. Saya tak tahu apakah status rasul itu pada pendapat anda. Hadis dan al quran diwariskan kepada generasi seterusnya adalah dari golongan ulama yang sama. Kalau ulama berniat menipu sudah tentu al quran pun begitu. Kalau alquran bahasa arab itu dipelihara. Mereka boleh menipu terjemahanya yang menjadi rujukan anda itu. Jadi apa alasan anda yang menolak hadis secara total. saya percaya tidak mungkin nabi tidak menyampaikan pemahaman baginda tentang alquran kerana sifat rasul adalah menyampaikan dan tak mungkin baginda menyembunyikan sesuatu tentang agama.
Kalau anda juga cuba menyampaikan pemahaman anda tentang al quran tentulah tugas nabi lebih besar dari tugas anda kerana rasul disebut dalam al quran. Taati Allah dan taati rasul. Sedangkan nama anda tak disebut langsung dalam al quran.
Hadis adalah terlalu banyak setara dengan ilmu al quran itu sendiri. Kerana sesuatu yang diperkatakan oleh nabi dan amalannya adalah paling benar dan bertepatan dengan Al quran. Maka cara hidup Nabi adalah cara hidup al quran. Akhlak Nabi adalah akhlak al quran. Bukannya akhlak anda dan cara hidup anda. Wajiblah bagi setiap yang beriman dengan kitabullah mengimani rasul dan belajar tentang bagaimana cara Nabi mengamalkan setiap ayat Al quran. Bukan cara anda kerana Al quran bukan diwahyukan kepada anda. Kita jadikan Nabi contoh ikutan kerana dalam alquran memerintahkan kita mengikut Nabi bukan membuta tuli kerana kita tahu siapa yang kita ikut. Kalau nabi tak sembahyang seperti amalan sekarang maka tentulah umatnya pun begitu.
Terpulang pada anda utk percaya atau tidak kerana saya berkata mengikut kepercayaan orang Islam.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Siyam, Salat, Zakat, Hajj

Post by tolokminda on Wed May 05, 2010 10:35 pm

Salam Zulia,

Saya percaya Nabi menyampaikan Al-Quran tetapi tidaklah sampai beliau menambah-nambah ajaran yang tidak ditetapkan oleh Tuhan. Apatah lagi kalau ajaran itu melanggar prinsip-prinsip asas seperti mengadakan amalan-amalan yang menyekutukan Tuhan.

Sebenarnya jika puan ambil peluang untuk meneliti Al-Quran, puan akan dapati ajaran hadis-hadis sebenarnya amat bercanggah dengan apa yang diunjurkan oleh Al-Quran. Jika puan ingin tahu apa yang sebenarnya Nabi katakan, puan boleh memeriksanya di dalam Al-Quran. Jika puan memeriksanya dari sumber lain, sudah tentu ia bukan datang dari Tuhan dan rasulNya.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Siyam, Salat, Zakat, Hajj

Post by Juang on Thu May 06, 2010 5:37 am

Zulia wrote:Dan al quran sendiri mengakui nabi tidak akan berkata sesuatu dari fikirannya sebaliknya adalah dari Allah.


Jangan nak jadi penipu. Al Quran tidak pernah mengatakan Nabi tidak akan berkata sesuatu daripada fikirannya. Sila buktikan mana ayat Al Quran tersebut? (sudahlah minta bukti ayat Al Quran mana yang suruh sujud ke bangunan batu pun tak diberi-beri, nak tambah lagi penipuan atas nama Al Quran).

Tak logik, Allah turunkan wahyu (ilham) tanpa memerlukan Nabi berfikir. Kalau Nabi dapat wahyu tanpa perlu dia berfikir, buat apa Al Quran suruh manusia berfikir? Nabi itu kan contoh ikutan?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Siyam, Salat, Zakat, Hajj

Post by Juang on Thu May 06, 2010 5:42 am

Salam,

Katakan kita seorang pelajar universiti. Di antara buku yang ditulis oleh seorang profesor yang mengajar kita dengan cakap-cakap manusia yang kononnya pernah mendengar profesor itu pernah berkata itu dan ini, tentulah buku tersebut lagi tinggi nilainya berbanding cakap-cakap manusia itu. Begitulah bandingan nilai Al Quran dengan kitab-kitab riwayat mulut itu.

Macam mana ada manusia boleh percaya khabar mulut? Mungkin sebab itulah umat Islam hari ini mudah percaya khabar angin.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Siyam, Salat, Zakat, Hajj

Post by faried on Thu May 06, 2010 9:07 am

Zulia wrote:Bapak Faried,
Bapak-bapak di sini masih belajar. Mereka kata Nabi tidak mengajar, bagaimana mahu belajar kalau tiada yang mengajar.


Muhammad adalah nabi, dan nabi = pekabar atau orang yang menyampaikan kabar.
Kabar yang disampaikan oleh Muhammad adalah petunjuk Allah.

Muhammad juga adalah rasul, dan rasul = utusan.
Tugas Muhammad sebagai rasul adalah menyampaikan risalah Allah.

Saya percaya kita sependapat dengan hal di atas.

Zulia wrote:Apakah nama agama bapak?


Jika yang puan Zulia maksudkan agama adalah din, maka agama saya adalah Agama Allah (dinillah), karena dalam Alquran tidak ada Agama Islam (dinilislam).

Salam.

faried
Pensyarah

Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1711
Registration date: 2010-04-21

Back to top Go down

Re: Siyam, Salat, Zakat, Hajj

Post by Zulia on Thu May 06, 2010 9:41 am

Salam Bapak,
Bapak-bapak disini juga ingin mengikut bapak bukan beragama Islam. Bapak kan sudah lama meninggalkan ajaran orang Islam. Mereka disini masih baru saja dan belum memahaminya. Tetapi jalan yang mereka ikut memang samalah dengan Bapak. Pertanyaannya perlukah diasingkan pengikut bapak dengan orang Islam yang lain supaya mereka lebih tenteram.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Page 1 of 11 1, 2, 3 ... 9, 10, 11  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum