Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Dengki membawa kehancuran
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Dengki membawa kehancuran
Penyakit dengki adalah musuh utama yang merosakkan sistem kehidupan sesebuah masyarakat. Iblis memperlihatkan kedengkiannya kepada Adam setelah Allah buktikan kepada para malaikat kenapa Adam lebih layak dilantik sebagai khalifah. Begitu juga kisah dua orang anak Adam yang mana salah seorang daripadanya iri hati dengan kejayaan seorang yang lain yang membawa kepada berlakunya pembunuhan.
Dalam kisah Nabi Yusuf juga, diceritakan bagaimana saudara-saudaranya melakukan tindakan yang tidak waras semata-mata tidak berpuas hati dengan kelebihan yang dimiliki oleh Yusuf. Malah dalam dakwah yang Nabi Muhammad lakukan, baginda tidak sunyi daripada kedengkian yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Kitab yang ada pada waktu itu.
2:109. Kebanyakan daripada ahli Kitab ingin sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu sebagai orang-orang yang tidak percaya setelah keimanan kamu kerana kedengkian dalam jiwa mereka sesudah yang benar menjadi jelas bagi mereka. Namun begitu, kamu maafkanlah, dan ampunkanlah, sehingga Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.
4:54. Atau, adakah mereka dengki kepada manusia kerana pemberian yang Allah telah memberikan mereka? Sungguh, Kami telah memberikan keluarga Ibrahim, Kitab dan Kebijaksanaan (Hikmah), dan Kami memberikan mereka kerajaan yang besar.
Dengan tidak memiliki status "pembesar agama" di dalam masyarakatnya, sudah pasti kelebihan yang Allah kurniakan untuk memahami Al Quran dan ajaran Kitab-kitab terdahulu menjadi punca para ahli kitab tersebut merasa dengki kepada Rasulullah. Apatah lagi Al Quran yang disampaikan mengandungi peringatan keras kepada para ahli kitab yang menyembunyikan kebenaran dan mencampur-adukan antara benar dan palsu.
Begitulah juga, apabila kita mencontohi Muhammad untuk membenarkan Al Quran yang pernah membenarkan Kitab-kitab Allah yang terdahulu, kita akan jumpa watak-watak ahli kitab yang dengki. Malah kita akan jumpa watak orang kafir dan munafik yang berdalih-dalih bila diminta kemukakan ayat-ayat Al Quran untuk mengesahkan amalan ritual mereka.
Penyakit dengki menghalang keamanan, kemakmuran dan kemajuan sesebuah bangsa atau negara. Lagi kuat penyakit ini merebak di kalangan masyarakat, lagi dekat masyarakat itu akan menemui ajalnya (kehancuran).
Lihatlah apa yang terjadi pada Afghanistan dahulu. Ketika mereka dijajah Soviet, mereka boleh bersatu. Tetapi apabila Allah berikan ruang untuk mentadbir negara mereka sendiri, sesama mereka berpecah-belah kerana hidup taksub dengan puak masing-masing. Maka Allah izinkan mereka dikuasai oleh tentera asing kembali.
Apakah semua itu menjadi pelajaran kepada negara-negara Islam yang lain? Cukuplah Allah tunjukkan kepada kita apa yang berlaku di Afghanistan, Iraq dan Palestin agar umat Islam kembali merenung diri mereka sendiri. Jangan nak angkuh merasa diri mereka mulia berbanding kaum-kaum lain. Ini kerana semakin angkuh seseorang manusia, semakin kuat rasa dengkinya kepada kejayaan orang lain.
Bangsa-bangsa lain Allah izinkan berjaya kerana mereka rajin berfikir dan menyelidik. Sedangkan perangai rata-rata orang Islam hari ini hanyalah menurut membuta-tuli, suka disuap subsidi dan hidup lalai dan bermain-main sahaja. Kemudian mereka berdengki sesama sendiri berebut kuasa atas alasan menegakkan negara Islam. Mereka ingat bumi ini bapak mereka yang punya?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Similar topics» Kepiting yang dengki
» Dengki membawa kehancuran
» Hasad Dengki Peruntuh Bangsa
» meninggal dunia akibat perbuatan guna2
» Dengki membawa kehancuran
» Hasad Dengki Peruntuh Bangsa
» meninggal dunia akibat perbuatan guna2
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum