Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Petunjuk dari Allah

Page 1 of 5 1, 2, 3, 4, 5  Next

View previous topic View next topic Go down

Petunjuk dari Allah

Post by Zulia on Sat Apr 10, 2010 4:23 pm

Subhanallah. Allah telah menunjukkan kepada kita siapakah 'guru' yang bertopengkan terjemahan Quran itu. Bermula dengan ajaran tidak perlu mengerjakan solat secara 'berdiri' ,'rukuk' dan 'sujud' walaupun ia jelas di sebutkan dalam Al Quran. Kemudian menghilangkan perkataan solat dari kitab. Begitu juga dengan perkataan masjid. Di sini pun kita dah boleh baca niat dan tipu helahnya. Selepas menolak amalan ibadat yang menjadi tunjang agama, seperti zakat, bersuci 'guru' itu cuba mengubah akidah dgn mepersoalkan syahadah. Seterusnya menghalalkan arak dan babi pula. Ada tak orang yang solat minum arak? Sgt jarang kita dengar. Yang tak sembahyanglah yang byk minum arak. Tapi bg 'guru' ini mungkin tak mengapa krn dia tidak solat. Kini dia menghalalkan babi pula.
Allah telah menunjukkan kepada kita siapa sebenarnya 'guru' ini. Hanya mereka yang tak berakal sahaja yang terus mengikut 'guru' ini secara buta tuli.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Petunjuk dari Allah

Post by semut api on Sun Apr 11, 2010 9:07 am

aha, guru terbilang, gemilang & cemerlang la katakan

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Petunjuk dari Allah

Post by tolokminda on Sun Apr 11, 2010 10:25 am

Salam Zulia,

Puan merujuk kepada saya ke? Saya bukan guru. Saya tidak mengajar sesiapa. Saya harap puan belajarlah menghormati orang lain dan jangan cakap ikut sedap mulut saja. Semua artikel yang saya tulis di blog saya yang berkaitan dengan perkara-perkara yang puan sebut saya sandarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan puan pada bila-bila masa boleh menolak atau membuktikan apa yang saya kemukakan itu tidak betul.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Petunjuk dari Allah

Post by semut api on Sun Apr 11, 2010 10:43 am

aha, guru terbilang, cemerlang last2 tenggelam

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Petunjuk dari Allah

Post by Admin on Thu Apr 15, 2010 4:39 pm

Petunjuk Allah

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Petunjuk dari Allah

Post by Zulia on Thu Apr 15, 2010 9:30 pm

orang yang beriman akan merasa lapang dengan perintah Allah tetapi mereka yang tidak beriman memang berat nak beribadat. Logik.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Petunjuk dari Allah

Post by Admin on Thu Apr 15, 2010 9:41 pm

Islam yang mudah itu disukarkan dengan ketetapan yang direka-reka manusia. kononnya dari Tuhan. sedangkan petunjuk Allah sudah jelas dalam al-quran.

ada manusia kena cari petunjuk lain yg bukannya dari Tuhan. macam manalah Allah nak bagi petunjuk.

sebab itu Allah bagi perumpamaan kepada orang yg disempitkan dadanya spt ayat :125 seolah-olah dia mendaki ke langit.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Petunjuk dari Allah

Post by Zulia on Thu Apr 15, 2010 10:29 pm

orang beriman berkata kami dengar dan kami taat. Segala hukum Allah adalah mudah bagi mereka. Orang yang tak beriman pula akan memandang mudah agama dengan tidak mentaati hukum Allah.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Petunjuk dari Allah

Post by Juang on Fri Apr 16, 2010 3:52 am

Nak dengar dan taat pun, biarlah taat pada yang benar dan ada bukti logik. Kalau taat pada yang dusta dan tak logik, samalah perangainya macam orang-orang Yahudi dan Nasrani yang dengar dan taat pada pembesar agama mereka yang mengajar bahawa Uzair atau Al Masih itu anak Allah. Mereka pun dengar dan taat juga.

Tidakkah perkara-perkara semudah itu mereka sedari? Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Petunjuk dari Allah

Post by Zulia on Fri Apr 16, 2010 1:07 pm

orang kafir akan mengatakan agama Islam sesuatu yang tak masuk akal mereka. Kerana hati yang tertutup dari keimanan akan tertutup juga akalnya dari agama Islam. Anda tak belajar dan tidak tahu bagaimana orang kafir Mekah memperolok-olokkan agama yang dibawa oleh Nabi. Ada yang meminta padang pasir Mekah dijadikan tanah yang subur. Ada yang minta dibinakan tangga utk berjumpa Allah di langit. Sebab mereka tak percaya pada Nabi apa yang dibawa oleh Nabi, mereka persendakan samalah seperti apa yang anda lakukan sekarang. Mungkin anda lebih suka dimasukkan dalam golongan ini dan anda berbangga dengannya dan lebih memuaskan hati anda. Kalau anda tetap mahu berjuang menentang agama maka itu pilihan anda. Apa yang ada pada anda adalah sementara dan anda akan kehilangan mereka jika anda tidak kembali menyembah Allah dan menjadi hamba yang bersyukur.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Petunjuk dari Allah

Post by Admin on Fri Apr 16, 2010 3:34 pm

Yang mengada-adakan objek binaan tangan manusia sbg tempat sembahan spt berhala, busut, batu empat segi dsb itulah yang sepatutnya kita peringatkan dengan amalan mereka yang jelas menyekutukan Allah.

Dalam al-quran, Allah larang manusia bersujud kepada ciptaanNya. takkanlah ada dakwaan yg mengatakan kena menghadap atau sujud ke arah batu empat segi itu pula barulah dikatakan menyembah Allah. cubalah buka fikiran itu sikit.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Petunjuk dari Allah

Post by tolokminda on Fri Apr 16, 2010 8:31 pm

Zulia wrote:orang kafir akan mengatakan agama Islam sesuatu yang tak masuk akal mereka. Kerana hati yang tertutup dari keimanan akan tertutup juga akalnya dari agama Islam. Anda tak belajar dan tidak tahu bagaimana orang kafir Mekah memperolok-olokkan agama yang dibawa oleh Nabi. Ada yang meminta padang pasir Mekah dijadikan tanah yang subur. Ada yang minta dibinakan tangga utk berjumpa Allah di langit. Sebab mereka tak percaya pada Nabi apa yang dibawa oleh Nabi, mereka persendakan samalah seperti apa yang anda lakukan sekarang. Mungkin anda lebih suka dimasukkan dalam golongan ini dan anda berbangga dengannya dan lebih memuaskan hati anda. Kalau anda tetap mahu berjuang menentang agama maka itu pilihan anda. Apa yang ada pada anda adalah sementara dan anda akan kehilangan mereka jika anda tidak kembali menyembah Allah dan menjadi hamba yang bersyukur.


Salam,

Jika kita menurut ketetapan-ketetapan Allah yang sebenar Islam akan dapat difahami dan diterima secara universal sebagaimana manusia dapat menerima rumus-rumus matematik dan sains secara universal. Tidak ada siapa boleh menolak jika sesuatu ketetapan yang kita bawa itu adalah ketetapan Tuhan yang sebenar.

Sekarang ini orang "kafir" menolak Islam yang umatnya amalkan sebab mereka tidak melihat pun Islam kita itu sebagai satu cara hidup yang bersifat universal tetapi ia dilihat sebagai agama yang tidak ada beza pun dengan agama mereka. Puan kata mereka kafir, tapi puan ingat mereka percaya ke puan akan masuk syurga? Atau mereka percaya mereka yang akan masuk syurga?

Jadi, apa bezanya puan dengan mereka?

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Petunjuk dari Allah

Post by Zulia on Fri Apr 16, 2010 8:57 pm

Adakah kepercayaan kita pada agama disandarkan kepada penerimaan orang kafir. Jika kita belajar agama islam sepenuhnya kita akan yakin padanya. Kalau kita ikut penerimaan orang kafir maka kita akan mengarah kepada menjadi kafir. Untuk mengatakan saya masuk syurga ianya bergantung kpd rahmat Allah. Saya sedar yang mana amalan saya yang akan membawa saya ke syurga kerana ada janji Allah tentang itu, dan saya juga sedar saya melakukan dosa yang akan membawa kepada neraka. Tetapi janji Allah pada golongan kafir juga jelas dalam al quran dan agama telah menjelaskan yang mana islam dan yang mana kafir. Tidak lah adil sekiranya perkara itu tidak dijelaskan oleh Nabi yang membuatkan manusia dizalimi pula. Betul tak saudaraku yang budiman.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Petunjuk dari Allah

Post by tolokminda on Fri Apr 16, 2010 9:07 pm

Salam,

Saya membuka satu perspektif kepada puan kerana puan mengatakan "orang kafir" melihat agama Islam puan sesuatu yang tak masuk akal. Saya cuba beritahu puan bahawa puan pun sama seperti mereka iaitu memandang agama mereka tak masuk akal.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Petunjuk dari Allah

Post by Zulia on Fri Apr 16, 2010 10:42 pm

tuan TM baca balik tulisan saya sebelum ini saya tak pernah berkata begitu. Saya tidak tahu apa pandangan orang kafir pada Islam dan saya tak perlu tahu tentang itu. Tapi pandangan saya pada agama saya lah yang perlu saya yakini. Agama Islam tetap benar walaupun berjuta orang kafir yang mengatakan ia tidak benar dan tidak sesuai utk mereka. Adakah kita tak percayakan kebenaran agama kita dan kita ubah pula agar ia di terima oleh orang-orang kafir. Kalau itu lah yang kita lakukan, bukan agama islam yang berubah kerana agama Islam memang tetap tidak berubah, tetapi kita yang mengubah diri kita menjadi seperti orang kafir dan memang kita akan digolongkan bersama mereka. Sebab tuan mengambil perspektif itu lah tuan menjadi seperti mereka menganggap sembahyang itu tidak masuk akal. Betul tak wahai tuan yang budiman.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Petunjuk dari Allah

Post by Admin on Fri Apr 16, 2010 11:32 pm

Usah tiru perangai orang-orang kafir dahulu. Mereka berpaling apabila diminta bukti dari amalan-amalan mereka.

Orang hindu sujud kepada patung2 sebagai simbol kepada Tuhan mereka. Begitu juga orang2 yg sujud kepada objek2 lain sama ada yang diciptakan Allah atau tangan manusia. Takkanlah orang2 islam pun nak sujud kepada batu empat segi itu. kalau macam tu, islam itu tak ada bezanya dengan kepercayaan agama2 yg lain.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Petunjuk dari Allah

Post by Zulia on Fri Apr 16, 2010 11:50 pm

Soalan Tuan TM itulah yang patut ditujukan ke En Bayau.He he

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Petunjuk dari Allah

Post by Juang on Sat Apr 17, 2010 2:50 am

Salam,

Benar Bayau. Jika kita buatkan perbandingan sebegitu, mudah kita nampak adalah tidak logik orang Islam ada objek khusus untuk mereka sujud.

Jika kaum Ratu Balqis jadikan matahari sebagai tumpuan ritual mereka, kaum Nabi Ibrahim jadikan patung binaan tangan mereka sendiri sebagai objek khusus untuk mereka abdikan diri, kaum Nabi Musa ada yang jadikan patung anak sapi sebagai objek ritual mereka, takkanlah Nabi Muhammad ajar suruh jadikan bangunan batu sebagai tumpuan sujud?

Seolah-olah mereka nak samakan Muhammad sebagai orang musyrik seperti mana orang-orang Yahudi dan Nasrani terdahulu nak samakan Nabi Ibrahim sebagai orang-orang musyrik. Tak berakal betullah perbuatan mereka itu.

Itu yang saya tanya dahulu benarkah Allah perintah sujud ke arah bangunan batu itu. Kalau benar, mana ayat-ayat Al Quran menunjukkan perintah beritual begitu? Tetapi mereka sedar mereka tiada bukti seperti mana orang-orang kafir terdahulu tidak mampu bawakan bukti membenarkan amalan ritual mereka masing-masing.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Petunjuk dari Allah

Post by Zulia on Sat Apr 17, 2010 6:49 am

Siapa yang ajar anda menyembah objek. Anda telah diajar sembayang menyembah Allah. Nabi bila bersembahyang di masjidiharam pada awal Islam akan bersembahyang di hadapan Kaabah dan mengadap ke baitulmuqaddis sekali gus. Oleh itu baginda akan mengadap Kaabah di sebelah rukun yamani. Adakah anda menfitnah Nabi menyembah objek atau kaabah? Sebab itu adalah sangat dituntut oleh agama dan baginda supaya setiap orang Islam mempelajari agama. Apa yang menghalang anda dari belajar? Sombong, anda anggap anda sudah pandai,kerana tak mahu belajar boleh pulak membuat fitnah kepada orang beriman sedangkan anda tidak mengetahuinya dan mereka tidak berdosa pada anda dan memusuhi anda. Dalam keadaan hati yang begini anda rasa anda membuat sesuatu yang benar?

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Petunjuk dari Allah

Post by Juang on Sat Apr 17, 2010 8:14 am

Masalahnya bila masa Allah perintahkan Nabi mengadap Kaabah dalam bersolaa? Kalau kita baca Al Quran daripada ayat 2:142 sehinga 2:150, tiada satu ayat perintah Allah suruh mengadap sesuatu objek atas nama solaa.

Sudahlah cakap tak bersandarkan Al Quran, nak menipu sahaja kerjanya. Mereka tak sedar yang mereka telah memfitnah Nabi untuk buat ketetapan-ketetapan dusta itu.

Yang Allah tidak tetapkan dalam Al Quran, mereka ada-adakan atas nama Nabi. Pendusta betul.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Page 1 of 5 1, 2, 3, 4, 5  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum