Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Makhluk Buruk dan Makhluk Baik
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Makhluk Buruk dan Makhluk Baik
98:6. Orang-orang yang tidak percaya daripada ahli Kitab, dan orang-orang yang menyekutukan berada di dalam api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya; mereka itulah seburuk-buruk makhluk.
98:7. Tetapi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, mereka itulah yang terbaik daripada makhluk-makhluk,
Ayat di atas menunjukkan di zaman Rasulullah dahulu, ramai ahli-ahli Kitab yang menyeleweng sehingga mengada-adakan amalan menyekutukan Allah. Tempat mereka adalah Jahanam dan selama-lamanya mereka tinggal di sana. Mereka dikatakan seburuk-buruk makhluk kerana mendustai atas nama Allah.
Tetapi orang-orang yang percaya kepada petunjuk Allah dan dengan petunjuk itu mereka membuat kerja-kerja kebaikan (amal soleh), maka itulah makhluk-makhluk yang terbaik di sisi Allah biarpun mereka daripada keturunan mukmin, Yahudi, Nasrani atau Sabiien.
Di zaman kita pun ramai juga ahli-ahli kitab. Mereka tahu bahasa Arab, tetapi mereka menyembunyikan peringatan2 Allah dalam Al Quran demi menjaga kepentingan hawa nafsu mereka. Mereka membuat amalan sembahan setaraf amalan kaum musyrik terdahulu. Mereka menipu manusia kononnya amalan itu daripada Nabi walhal Al Quran tidak pernah mengiktirafkan apa yang mereka ada-adakan. Itulah seburuk-buruk makhluk.
Apakah kita mahu meletakkan diri kita seperti Rasulullah yang tidak membuta-tuli percaya kepada ahli-ahli kitab dan orang-orang musyrik? Jangan kita anggap, dilahirkan atas label keturunan "Islam", kita sudah beriman seperti orang-orang beriman terdahulu. Ramai orang Yahudi dan Nasrani terdahulu pun menyangka mereka adalah benar kerana lahir daripada keturunan yang mengikut Nabi-nabi terdahulu. Namun mereka menurut membuta-tuli ajaran pembesar agama mereka sehingga jadi musyrik.
Kini Allah perlihatkan ulangan yang sama, cuma keadaan zaman yang berbeza.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Makhluk Buruk dan Makhluk Baik
zaman itu ada Nabi yang menunjukkan jalan kepada manusia dan di tunjukkan siapakah ahli kitab itu dan siapa kah yang menentang jalan yang dibawa oleh Nabi. Dan zaman sekarang pun sama kita tahu siapa yang dikatakan ahli kitab dan siapa pula yang menentang jalan yang dibawa oleh nabi. Jadi apa masalahnya?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Makhluk Buruk dan Makhluk Baik
Masalahnya, di zaman sekarang pun ada juga orang guna nama Nabi untuk membuat amalan menyekutukan Allah. Sama macam orang Nasrani guna nama Nabi Isa untuk menyekutukanNya.Bukankah dosa menyekutukan Allah itu dosa yang tidak diampunkan?
Oleh itu, apa yang disampaikan hanyalah peringatan untuk orang2 yang mahu beringat. Kalau tak mahu beringat, lantaklah. Sendiri buat sendiri tanggung.
Oleh itu, apa yang disampaikan hanyalah peringatan untuk orang2 yang mahu beringat. Kalau tak mahu beringat, lantaklah. Sendiri buat sendiri tanggung.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Makhluk Buruk dan Makhluk Baik
jadi kita ambil peringatan dari mereka yang beriman bukan peringatan dari sumber yang kita tidak tahu. Al quran juga mengingatkan orang yang beriman tentang golongan yang berpaling setelah mereka beriman. Dan golongan ini telah memilih kesesatan dengan kemahuan hatinya sendiri lalu Allah biarkan mereka terus sesat. Dan kamu tidak akan menemui jalan untuk memberi petunjuk kepada golongan yang berpaling itu.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Makhluk Buruk dan Makhluk Baik
Ya benar. Kita kena ambil peringatan daripada mereka yang beriman iaitu orang2 yang percaya kepada Al Quran. Yang tak percaya kepada Al Quran lagi dan mereka mengambil kitab2 karangan manusia seperti yang pernah dilakukan oleh orang2 Yahudi dan Nasrani terdahulu, kita tak boleh nak paksa.
Bagiku agamaku, bagimu agamamu.
Bagiku agamaku, bagimu agamamu.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Makhluk Buruk dan Makhluk Baik
siapakah yang paling arif tentang kitabullah? Kitab wahyu yang sebenar. Adakah mereka yang di kalangan kita zaman ini? logik kah kita mengambil pendapat mereka yang tidak tahu bahasa wahyu ( bahasa Arab) dan tidak tahu sejarah turunnya sesuatu ayat dan tidak ada bukti datangnya dari Nabi?
Sebagaimana ajaran nabi yang terdahulu agama semakin lama semakin terpesong dan tidak akan ada pendapat terkini yang lebih tepat melainkan ianya datang dari seorang rasul. Kalau sesuatu yang baru dan datangnya dari zaman muktahir kita tahulah ianya bukan dari ajaran yang sebenar malahan itulah buktinya pengulangan sejarah penyelewengan agama.
Sebagaimana ajaran nabi yang terdahulu agama semakin lama semakin terpesong dan tidak akan ada pendapat terkini yang lebih tepat melainkan ianya datang dari seorang rasul. Kalau sesuatu yang baru dan datangnya dari zaman muktahir kita tahulah ianya bukan dari ajaran yang sebenar malahan itulah buktinya pengulangan sejarah penyelewengan agama.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Makhluk Buruk dan Makhluk Baik
Untuk Muhammad memahami pengajaran Taurat, Injil dan Zabur, apakah ada Al Quran menetapkan bahawa Muhammad kena menurut membuta-tuli daripada ahli-ahli kitab pada waktu itu yang lebih mengetahui bahasa asal Kitab-kitab tersebut?
Jika ajaran Nabi-nabi sebelum Muhammad pun boleh dipesongkan oleh golongan yang merasakan mereka sahaja "pewaris" kepada Nabi-nabi tersebut, apakah ajaran Muhammad tidak mungkin tercemar daripada "pewaris-pewaris" tersebut?
Jika ajaran Nabi-nabi sebelum Muhammad pun boleh dipesongkan oleh golongan yang merasakan mereka sahaja "pewaris" kepada Nabi-nabi tersebut, apakah ajaran Muhammad tidak mungkin tercemar daripada "pewaris-pewaris" tersebut?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Makhluk Buruk dan Makhluk Baik
memang lah, ia sedang dicemari oleh mereka yang tak mengikut agama yang asal tu he he.
Anda tak dapat membezakan antara taraf rasul dan manusia . Anda tak sedar kitab itu diberi pada anda ke atau pada Nabi Muhammad, jadi kita ikut ajaran yang dibawa oleh rasul yang diberi kitab bukan mereka yang tak tahu baca kitab tapi nak ajar orang lain tentang kitab. Itulah pilihan orang yang berakal. Al quran juga mengajar kita supaya jangan ikut mereka yang mendustai ayat-ayat Allah. Kalau mereka yang kata arak dan babi halal pun kita ikut itu yang dikatakan membuta tuli tu. He he.
Anda tak dapat membezakan antara taraf rasul dan manusia . Anda tak sedar kitab itu diberi pada anda ke atau pada Nabi Muhammad, jadi kita ikut ajaran yang dibawa oleh rasul yang diberi kitab bukan mereka yang tak tahu baca kitab tapi nak ajar orang lain tentang kitab. Itulah pilihan orang yang berakal. Al quran juga mengajar kita supaya jangan ikut mereka yang mendustai ayat-ayat Allah. Kalau mereka yang kata arak dan babi halal pun kita ikut itu yang dikatakan membuta tuli tu. He he.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Similar topics» CERITA SERAM: Disorok Makhluk Halus
» Baik dan buruk 'play station'
» Makhluk asing tinggal di kalangan manusia?
» Boleh ka kalo nk scan kampung? tgk kalo da makhluk..
» Kata baik dan kata buruk
» Baik dan buruk 'play station'
» Makhluk asing tinggal di kalangan manusia?
» Boleh ka kalo nk scan kampung? tgk kalo da makhluk..
» Kata baik dan kata buruk
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum