Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Apabila hati berkata "mahu"
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 2 • Share •
Page 1 of 2 • 1, 2 
Apabila hati berkata "mahu"
Apabila pintu hati seseorang manusia itu terbuka mahu memahami Al Quran, mahu mengetahui isi kandungnya, mahu merenung pengajarannya, mahu mencari kebenarannya, atau mahu mengambil iktibar daripadanya maka pasti apa yang terdetik di hatinya itu akan diketahui oleh Allah.
Oleh kerana Allah Maha Pengasih, apakah Dia akan membiarkan hambanya yang tulus ingin mengetahui mesej-mesejNya itu tanpa dibantu? Sudah pasti Dia akan hulurkan bantuan agar apa yang Dia mahu manusia lakukan di dalam kehidupan di muka bumi ini dapat diketahui oleh manusia tersebut.
Maka akan dibentangkanlah jalan untuk manusia itu mencapai apa yang dicarinya itu. Bukannya manusia hari ini sahaja yang Dia bantu memahami mesej-mesejNya, berapa ramai Nabi dan Rasul serta orang-orang terdahulu yang mahu mencari kebenaran telah diberikan bantuan. Daripada beberapa orang, kemudiannya berkembang sehingga berduyun-duyun kembali mentauhidkanNya.
Pokoknya, asalkan hati itu mahu mencari kebenaran, akan sampaikan segala bantuan Allah kepada manusia itu sehingga dia berjaya membebaskan diri daripada ajaran-ajaran tradisi yang membelenggu pemikiran. Kemudian akan sampaikan gelombong tsunami yang menyedarkan masyarakat sekelilingnya.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Apabila hati berkata "mahu"
Bagaimanapun agama mempunyai musuhnya yang kita tidak nampak, dan musuh kita yang nyata. Sebab itu kajilah semula niat di hati, sebelum memulakan jalan memahami Al Quran. Hanya orang yang ikhlas sahaja yang dapat lepas dari disesatkan syaitan. Sebab itu kita dapati walaupun mereka cuba memahami Al quran, tetapi mereka menuju kearah yang bertentangan bergantung kepada niat seseorang. Ini dinyatakan sendiri dalam al quran.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Apabila hati berkata "mahu"
Musuh manusia itu adalah kehendak hatinya sendiri. Bila hati itu awal2 sudah memusuhi akalnya sendiri, samalah seperti hati itu memusuhi Allah yang suruh manusia menggunakan akal.
Gara2 tak mahu guna akal-lah yang menyebabkan ada manusia pergi sembah matahari, bulan, patung, batu, busut atau pun nama2 Nabi terdahulu.
Sekarang, tanyalah hati masing2 "apakah aku mahu hidup sentiasa menggunakan akal dan tidak mudah mempercayai membuta-tuli manusia terutama manusia yang tolak akalnya sendiri"?

Gara2 tak mahu guna akal-lah yang menyebabkan ada manusia pergi sembah matahari, bulan, patung, batu, busut atau pun nama2 Nabi terdahulu.
Sekarang, tanyalah hati masing2 "apakah aku mahu hidup sentiasa menggunakan akal dan tidak mudah mempercayai membuta-tuli manusia terutama manusia yang tolak akalnya sendiri"?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Apabila hati berkata "mahu"
Sebab itu ada manusia yang tak cukup akalnya yang tak mampu berfikir tentang persediaan menghadapi hidup selepas mati. Kerana Nabi berkata orang yang bijak ialah mereka yang selalu berfikir tentang maut dan membuat persediaan untuknya. Itulah beza orang yang pakai akal dan yang tak pakai akal.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Apabila hati berkata "mahu"
Ya, nak menghadapi apa jua perkara, kenalah buat persediaan. Itu common sense. Macam nak hadapi exam, kenalah buat persediaan. Kalau tidak, macam mana nak yakin menghadapi exam.
Oleh kerana dosa menyekutukan Allah adalah dosa yang tidak diampunkan, maka orang yang bersedia untuk menghadapi mati sudah pasti mengambil langkah meninggalkan segala amalan menyekutukanNya seperti mana Nabi Ibrahim laku meninggalkan amalan bapa-bapanya. Itulah cara orang2 yang berakal.
Oleh kerana dosa menyekutukan Allah adalah dosa yang tidak diampunkan, maka orang yang bersedia untuk menghadapi mati sudah pasti mengambil langkah meninggalkan segala amalan menyekutukanNya seperti mana Nabi Ibrahim laku meninggalkan amalan bapa-bapanya. Itulah cara orang2 yang berakal.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Apabila hati berkata "mahu"
kalau bapanya tidak beriman maka tidak perlu diikut tapi kalau bapa dan datuk moyangnya beriman tapi dia tak ikut maka neraka jahanamlah tempatnya. Sebab agama diturunkan dari nabi ke generasi seterusnya melalui golongan yang beriman hingga akhir zaman. Sebab itu kita tahu siapa yang kita nak ikut bukan individu yang tidak dikenali. Itulah common sense nya. Kalau tak 'insane' namanya.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Apabila hati berkata "mahu"
Ya benar. Kalau bapa yang tidak beriman kepada Al Quran pun tidak perlu diikut, apatah lagi orang lain yang sudah tidak percaya kepada Al Quran itu. Tambahan pula dengan jelas mereka melanggar larangan Allah supaya jangan sujud kepada matahari, bulan mahu pun binaan2 manusia kerana itu hanyalah jalan melayakkan mereka masuk ke neraka. Bukankah dosa menyekutukan Allah itu satu dosa yang tidak diampunkan?
Orang beriman bukannya ikut individu yang dikenali. Mereka ikut yang benar kerana sesuatu yang benar itu datangnya daripada Allah. Kalau ikut sesuatu yang bukan daripada Allah (sesuatu yang dusta) biarpun disampaikan oleh orang yang dikenali, itu kerja gila namanya.
Perumpamaannya seorang bapa mengajar mengawal stereng kereta guna kaki ketika memandu, tetapi datang seorang yang tidak dikenali mengajar mengawal stereng guna tangan kerana itu lebih logik untuk berada dalam keadaan selamat. Takkanlah nak ikut ajaran bapa sendiri itu biarpun berbahaya? Bukankah lebih selamat ikut orang yang suruh menggunakan tangan itu walaupun dia tidak dikenali?
Orang beriman bukannya ikut individu yang dikenali. Mereka ikut yang benar kerana sesuatu yang benar itu datangnya daripada Allah. Kalau ikut sesuatu yang bukan daripada Allah (sesuatu yang dusta) biarpun disampaikan oleh orang yang dikenali, itu kerja gila namanya.
Perumpamaannya seorang bapa mengajar mengawal stereng kereta guna kaki ketika memandu, tetapi datang seorang yang tidak dikenali mengajar mengawal stereng guna tangan kerana itu lebih logik untuk berada dalam keadaan selamat. Takkanlah nak ikut ajaran bapa sendiri itu biarpun berbahaya? Bukankah lebih selamat ikut orang yang suruh menggunakan tangan itu walaupun dia tidak dikenali?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Apabila hati berkata "mahu"
Maksudnya anda tidak tahu samada ayah anda beriman atau tidak. Jadi anda manganggap ibu bapa anda sesat kerana mengerjakan solat? Itulah anggapan anda dan bagaimanakah keadaan mereka yang berada di alam barzakh?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Apabila hati berkata "mahu"
Imankan terletak dalam hati manusia? Hati orang lain, mana kita boleh nampak walaupun ibu bapa sendiri? Bukankah lebih baik serahkan kepada Allah pasal iman orang lain kerana Dia Yang Mengetahui siapa yang beriman dan siapa yang engkar. Nabi Ibrahim (semasa baginda hidup) pun tiada kuasa nak tahu bagaimanakah keadaan bapanya sendiri selepas mati, apa lagi kita.
Apa yang boleh kita lakukan hanyalah menyampaikan perbezaan di antara benar dan salah. Sama ada orang lain nak percaya atau tidak, itu sudah diluar bidang kuasa kita.
Perumpamaan seperti kita katakan memegang stereng guna tangan lebih selamat daripada guna kaki. Tetapi kalau orang itu nak terus memegang stereng guna kaki juga, kita tidak boleh buat apa-apa. Itu kepercayaan dia. Serahkanlah kepada Allah sahaja.
Apa yang boleh kita lakukan hanyalah menyampaikan perbezaan di antara benar dan salah. Sama ada orang lain nak percaya atau tidak, itu sudah diluar bidang kuasa kita.
Perumpamaan seperti kita katakan memegang stereng guna tangan lebih selamat daripada guna kaki. Tetapi kalau orang itu nak terus memegang stereng guna kaki juga, kita tidak boleh buat apa-apa. Itu kepercayaan dia. Serahkanlah kepada Allah sahaja.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Apabila hati berkata "mahu"
Nabi Ibrahim tahu ayahnya tak beriman sebab itu dia tak ikut sebaliknya mengajak mereka beriman. Nabi Nuh pula tahu anaknya tidak beriman dan berusaha mengajaknya beriman. Anda tidak tahu ibubapa anda Islam atau tidak?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Apabila hati berkata "mahu"
Kalau Nabi Ibrahim tahu ayahnya tidak beriman, tidaklah baginda doakan keampunan untuk bapanya. Begitu juga Nabi Nuh mendoakan keampunan untuk anaknya itu. Selepas mereka berdoa, barulah Allah bagitahu yang doa mereka itu tidak diperkenankan kepada orang-orang tidak mahu beriman. Dengan kata lain, mereka dapat tahu keimanan orang lain selepas Allah beritahu, bukannya kerana mereka bersangka buruk pada orang lain.
Jadi sedangkan Nabi-nabi pun tidak bersangka buruk pasal keimanan kaum kerabatnya sendiri, takkanlah saya nak bersangka buruk pasal tahap iman ibu bapa sendiri sedangkan Allah tak pernah bagitahu saya pun? Siapalah saya nak nampak perihal iman dalam hati orang lain?
Jadi sedangkan Nabi-nabi pun tidak bersangka buruk pasal keimanan kaum kerabatnya sendiri, takkanlah saya nak bersangka buruk pasal tahap iman ibu bapa sendiri sedangkan Allah tak pernah bagitahu saya pun? Siapalah saya nak nampak perihal iman dalam hati orang lain?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Apabila hati berkata "mahu"
tapi anda bersangka buruk dengan tidak mengikut ajaran ibubapa anda. Maksudnya anda mengatakan apa yang diamalkan oleh mereka adalah salah. Kalau anda kata ianya betul mesti anda ikut kerana kalau tak berdosalah anda. Jadi kerana pada kepercayaan anda amalan mereka adalah salah dan anda mengikut pula amalan anda yang betul pada pandangan anda. Sebenarnya kita tahu seorang itu Islam dan beriman kepada Allah bila mana dia mengishtiharkan dirinya Islam ketika mengucap syahadah itu yang berlaku pada zaman Nabi. Semada ikhlas atau tidak itu hanya Allah yang tahu dan kita bersangka baik dengan menganggap mereka Islam bila mereka menerima semua ajaran Islam tanpa berbelah bahagi. Dan kita tahulah golongan mana yang islam dan mana yang bukan Islam.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Apabila hati berkata "mahu"
Kalau kita hukum perihal hati orang lain yang kita tak nampak, logiklah dikatakan bersangka buruk. Tetapi kalau kita meninggalkan perbuatan yang jelas bertentangan dengan Al Quran dan membahayakan diri, takkan nak dikatakan bersangka buruk?
Samalah kalau kita meninggalkan perbuatan merokok demi menjaga kesihatan, apakah itu bermakna kita bersangka buruk pada para perokok biarpun perokok itu bapa sendiri?
Samalah kalau kita meninggalkan perbuatan merokok demi menjaga kesihatan, apakah itu bermakna kita bersangka buruk pada para perokok biarpun perokok itu bapa sendiri?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Apabila hati berkata "mahu"
Ini bukan pasal merokok tapi hal yang amat besar iaitu agama. Agama bapa anda mengatakan anda telah meninggalkan amalan solat yang wajib dan menyebabkan dosa yang besar. Anda meninggalkannya bukan kerana anda malas tetapi anda mengatakan ianya tidak diwajibkan. Seorang yang engkar tentang kewajiban solat kerana bukan kerana malas tetapi menentangnya boleh dijatuhkan hukuman oleh pemerintah islam supaya bertaubat dan sekiranya tetap engkar boleh jatuh murtad, jika dia mati tidak perlu disembahyangkan dan tidak boleh dikebumikan bersama-sama orang Islam. Sebaliknya agama anda pula menuduh cara bapa anda bersolat adalah salah dan anda menuduhnya mengikut orang musyrik. Jadi bagaimana anda nak jelaskan perbezaan agama anda dan bapa anda dan hubungan anda dengan nya?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Apabila hati berkata "mahu"
Saya hanya bawa perumpamaan pasal amalan baik dan amalan tak baik, maka merokok itu contoh amalan tak baik. Janganlah sempitkan akal macam itu sekali.
Kalau Rasulullah bawakan perumpamaan berupa nyamuk sekali pun, bukannya baginda nak cerita pasal nyamuk, tetapi perumpamaan untuk memahami tanda-tanda Kekuasaan Allah. Bukalah minda itu sikit.
Agama yang diamalkan oleh bapa Nabi Ibrahim pun mengatakan Nabi Ibrahim meninggalkan sembahyang yang diwajibkan pada mereka. Di sisi ajaran tersebut, Nabi Ibrahim dilihat telah melakukan dosa yang besar. Tetapi di sisi Allah, sebaliknya.
Saya hanya meninggalkan amalan-amalan yang Al Quran telah larang (menyekutukan Allah dengan sesuatu). Di sisi Al Quran, orang2 yang menyekutukan Allah itulah yang berdosa besar. Tetapi di sisi orang2 yang tak percaya pada Al Quran, tidak menyembah berhala2 itulah dikira berdosa.
Jadi di antara ikut Al Quran dengan yang tak ikut Al Quran, saya memilih ikut Al Quran. Mana-mana yang bercanggah dengan Al Quran saya tolak tepi.
Kalau Rasulullah bawakan perumpamaan berupa nyamuk sekali pun, bukannya baginda nak cerita pasal nyamuk, tetapi perumpamaan untuk memahami tanda-tanda Kekuasaan Allah. Bukalah minda itu sikit.
Agama yang diamalkan oleh bapa Nabi Ibrahim pun mengatakan Nabi Ibrahim meninggalkan sembahyang yang diwajibkan pada mereka. Di sisi ajaran tersebut, Nabi Ibrahim dilihat telah melakukan dosa yang besar. Tetapi di sisi Allah, sebaliknya.
Saya hanya meninggalkan amalan-amalan yang Al Quran telah larang (menyekutukan Allah dengan sesuatu). Di sisi Al Quran, orang2 yang menyekutukan Allah itulah yang berdosa besar. Tetapi di sisi orang2 yang tak percaya pada Al Quran, tidak menyembah berhala2 itulah dikira berdosa.
Jadi di antara ikut Al Quran dengan yang tak ikut Al Quran, saya memilih ikut Al Quran. Mana-mana yang bercanggah dengan Al Quran saya tolak tepi.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Apabila hati berkata "mahu"
anda kata anda ikut al quran tetapi bagi bapa anda, anda menentang al quran kerana anda hanya mengikut kehendak anda sahaja. Dalam al quran banyak menyebut tentang orang yang mendustai ayat-ayat Allah. Saya cuma nak tahu penerimaan anda terhadap orang yang berlainan kepercayaan dgn anda. Sejauh mana anda boleh berkeluarga, dan hidup serumah. Sebagai manusia tentu kita akan merasa tidak selesa tinggal dgn orang yang berlainan kepercayaan dengan kita. Orang lain tentu tidak dapat mengagak pendirian anda, kerena apa yang berdosa bagi mereka mungkin tidak bagi anda, begitu juga sebaliknya. Tentu keselamatan juga tidak terjamin kerana anda hanya menganggap anda betul walaupun bagi orang lain adalah salah. Itulah yang terjadi dgn pemuda yang membunuh keluarganya kerana menerima arahan dari langit.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Apabila hati berkata "mahu"
ya cik zulia, manusia mmg gitu, org lain semuanya silap, kononnya akulah yg betul, yg lain tu cuma hempeh saja katanya, tu baru baca tejemahan tu, dah menilai mak bapak, org terdahulu dll sesat, kononnya tak ikut AQ, hempeh betul manusia jenis macam tu, bila ditanya tak pulak dijawap, merapu & merapu adala dijawap macam karangan mat jenin hehe ooooppppps sorry terjawap la pulak aku kat sini
oh ayah ping, ayah ping dah turun semula

oh ayah ping, ayah ping dah turun semula

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26
Re: Apabila hati berkata "mahu"
Salam,
Orang yang merapu amalannya adalah orang yang kata mereka ikut Al Quran, tetapi bila diminta mana ayat-ayat Al Quran yang suruh buat seperti amalan yang mereka lakukan, mereka tak mampu.
Kalau sudah tahu amalan mereka itu tidak wujud dalam Al Quran, janganlah nak berdusta mengatakan mereka ikut Al Quran. Mengaku sahajalah yang mereka hanya ikut amalan orang Arab. Jadi senang kita nak bezakan di antara amalan suruhan Allah dan amalan suruhan manusia.
Kita di sini hanya nak bezakan yang mana satu amalan ikut Al Quran dan yang bukan ikut Al Quran agar yang benar tidak bercampur baur dengan yang palsu. Yang mereka "hangin" sangat tu kenapa? Macam mereka terasa selama ini mereka beramal sesuatu yang palsu dan tiada dalam Al Quran tetapi mereka malu nak mengaku.
Orang yang merapu amalannya adalah orang yang kata mereka ikut Al Quran, tetapi bila diminta mana ayat-ayat Al Quran yang suruh buat seperti amalan yang mereka lakukan, mereka tak mampu.
Kalau sudah tahu amalan mereka itu tidak wujud dalam Al Quran, janganlah nak berdusta mengatakan mereka ikut Al Quran. Mengaku sahajalah yang mereka hanya ikut amalan orang Arab. Jadi senang kita nak bezakan di antara amalan suruhan Allah dan amalan suruhan manusia.
Kita di sini hanya nak bezakan yang mana satu amalan ikut Al Quran dan yang bukan ikut Al Quran agar yang benar tidak bercampur baur dengan yang palsu. Yang mereka "hangin" sangat tu kenapa? Macam mereka terasa selama ini mereka beramal sesuatu yang palsu dan tiada dalam Al Quran tetapi mereka malu nak mengaku.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Apabila hati berkata "mahu"
kononnya org lain tak mampu, tak sedar yg diri sendiri tunggang langgang terbalik, setakat terjemahan dan pemahaman akal kontotnya, apaa raa

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26
Re: Apabila hati berkata "mahu"
Zulia wrote:tapi anda bersangka buruk dengan tidak mengikut ajaran ibubapa anda. Maksudnya anda mengatakan apa yang diamalkan oleh mereka adalah salah. Kalau anda kata ianya betul mesti anda ikut kerana kalau tak berdosalah anda.
Siapa pun punya ajaran patut ditolak jika tidak sejalan dengan petunjuk Allah (Alquran).
Termasuk ajaran yang dilabel dengan ajaran ibubapa dan ajaran Nabi/Rasul.
Petunjuk Allah (Alquran) hendaknya digunakan sebagai pembeda (furqan).
Zulia wrote:
Sebenarnya kita tahu seorang itu Islam dan beriman kepada Allah bila mana dia mengishtiharkan dirinya Islam ketika mengucap syahadah itu yang berlaku pada zaman Nabi.
Tidak seorang Nabi/Rasul disebutkan dalam Alquran yang bershahadat kepada Allah.
Saya ikut para Nabi/Rasul tersebut.
Kesaksian (ber-shahadah) kepada Rasul hanya dilakukan oleh orang munafik. Tidak ada dijelaskan dalam Alquran bahwa orang beriman bersaksi (ber-shahadah) kepada Rasul.
Apalagi dijelaskan bahwa cukuplah Allah sebagai saksi terhadap kerasulan seseorang.
Jadi jelas tidak diperlukan lagi tambahan shahadah.
Orang yang ber-shahadah malah tidak islam, dan sebaliknya akan tergolong sebagai pembangkan karena tidak peduli dengan petunjuk bahwa cukup Allah menjadi saksi.

faried- Pensyarah
- Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1711
Registration date: 2010-04-21
Page 1 of 2 • 1, 2 
Similar topics» Gazeta "Repubblica": Shqiptarėt nė Itali, tė mrekullueshėm
» William: "At 50 years, Cialis was a real help"
» "Man Challenges Ban on Fortunetelling" -
» pepatah yg terpahat di hati
» "Frankendoodle" Discussion
» William: "At 50 years, Cialis was a real help"
» "Man Challenges Ban on Fortunetelling" -
» pepatah yg terpahat di hati
» "Frankendoodle" Discussion
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum