Log in

I forgot my password

Similar topics
Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Padah Tekanan perasaan

View previous topic View next topic Go down

Padah Tekanan perasaan

Post by Juang on Sat Mar 13, 2010 3:28 pm

Tekanan perasaan (stress) mempunyai peranan utama dalam penyakit jantung. Satu kajian telah dibuat untuk membezakan sifat-sifat manusia yang mudah menghidapi pembunuh nombor satu ini dengan yang tidak.

Secara kasarnya, manusia yang mudah menderita serangan jantung mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

- suka bersaing untuk menonjol diri (berbangga diri)
- hidup terlalu mengejar kesempurnaan (supaya dipandang mulia oleh masyarakat)
- menggunakan masa untuk mengejar perhiasan duniawi
- mementingkan keuntungan diri sendiri (tamak haloba)
- tidak sabar
- mudah marah
- kuat ragu-ragunya
- rasa permusuhan
- berdengki
- kehidupan yang rumit dan sempit
- kuat berdusta

Manakala manusia yang kurang berisiko mendapat serangan jantung mempunyai ciri-ciri seperti berikut;
- Menjauhi persaingan dan permusuhan
- hidup secara mudah, tenang dan bersahaja
- mudah memaafkan orang
- tekun melakukan aktiviti yang diminati
- tidak terikut arus perdana
- yakin pada diri
- berpegang pada bukti-bukti kukuh
- menjauhi pendustaan

Kita semua ada jantung masing-masing. Kita semua ada risiko menghadapi serangan jantung. Oleh itu, semua manusia ada hak untuk menjauhi ajaran-ajaran dusta demi memelihara kesihatan jantung masing-masing. Ini kerana jika mereka menghidapi penyakit jantung, pembesar-pembesar agama mana yang mampu tolong? Seorang ulamak terkemuka pun tidak berupaya melawan Kuasa Allah bila dia ditakdirkan mengalami serangan jantung sehingga nyawanya dicabut.

Sementara sihat ini, apa yang boleh kita lakukan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan. Kenal pasti punca-punca serangan jantung tersebut. Ia bukan setakat melibatkan cara permakanan, tetapi perilaku atau gaya hidup kita turut mempengaruhi sama.

Belajarlah memahami sistem tubuh badan sendiri. Apa kaitannya perilaku, perasaan dengan organ-organ dalam tubuh kita terutama jantung yang bekerja sepanjang masa untuk mengepam darah di kala anggota badan yang lain ada juga waktu berehat ketika kita tidur. Jantung kita hanya berehat apabila kita mati. Jadi, kasihanilah jantung kita. Jangan biarkan ia berhenti dalam keadaan yang menderita.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Padah Tekanan perasaan

Post by Juang on Sun Mar 14, 2010 1:12 am

69:44. Sekiranya dia mengada-adakan terhadap Kami sebarang ucapan,

69:45. Tentu Kami mengambilnya dengan tangan kanan,

69:46. Kemudian pasti Kami memotong urat jantungnya,

69:47. Dan tiadalah seseorang daripada kamu yang dapat menghalangi dia (daripada azab Allah).

Ayat ini memberitahu kita jika Rasulullah mengadakan dusta atas nama Allah, sudah pasti Allah akan memegangnya dengan Kekuasaan untuk memotong urat jantung baginda.

Jika seorang Nabi pun akan menerima padah kepada jantungnya kalau berdusta, apatah lagi orang-orang lain yang pergunakan nama Nabi untuk membuat amalan menyembah berhala atas alasan itu perintah Allah.

Dan jikalau Nabi diserang penyakit jantung yang menyebabkan tiada siapa yang dapat menghalangi Kuasa Allah itu, apakah orang-orang lain yang berdusta atas nama Allah dan diserang penyakit jantung dihalang daripada Kuasa Allah?.

69:48. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan).

69:49. Tetapi Kami mengetahui bahawa antara kamu ada yang mendustakan.

69:50. Sesungguhnya ia adalah satu penyesalan bagi orang-orang yang tidak percaya,

Bagi orang-orang yang bertakwa, sudah pasti amaran jangan pergunakan nama Allah untuk berdusta itu adalah peringatan baginya. Tetapi Allah Mengetahui bahawa ada di antara manusia yang mendustakan peringatan tersebut kerana mahu memperbodoh-bodohkan masyarakat untuk kepentingan hawa nafsu mereka menjadikan agama sebagai alat untuk mencari makan atau kuasa. Kelak mereka akan merasai apa yang telah diperingatkan.

69:51. Dan sesungguhnya ia adalah yang benar yang diyakini.

69:52. Maka sanjunglah nama Pemelihara kamu, Yang Agung.

Sains perubatan membuktikan sifat-sifat atau perilaku manusia yang berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung adalah orang yang tidak aman hatinya (tertekan). Maka Al Quran adalah penawar untuk menenangkan jiwa dengan cara hidup menjauhi dusta, apatah lagi mendustai menggunakan nama Allah atau pun nama seseorang Nabi.

Itulah ancaman semasa di dunia sebelum menemui ajal. Jika di dunia pun sudah menerima padah akibat mengada-adakan ajaran dusta dan menyembah berhala, apakah manusia itu merasakan mereka akan dilepaskan begitu sahaja di akhirat kelak?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Padah Tekanan perasaan

Post by Juang on Sun Mar 14, 2010 12:05 pm

Orang yang hidup mengikut emosi, mereka mudah tersentap, mudah melenting dan mudah marah. Nak tahu manusia ikut mudah marah atau tidak dengan melihat kelogikan kata-katanya. Ini kerana ketika manusia sedang marah, otak gagal berfungsi dengan waras. Kata-kata yang dihamburkan lebih kerana menurut emosi sahaja.

Sebab itulah pentingnya hidup menggunakan akal agar kita dapat mengawal emosi supaya tidak mudah tertekan. Setiap tekanan yang datang, kita serap dengan sabar. Alihkan fokus pemikiran kita daripada melayan emosi yang tidak stabil itu kepada membuat aktiviti positif seperti membaca bahan-bahan ilmiah dan berpengajaran atau membuat kerja-kerja kreatif terutama yang selari dengan minat kita.

Semakin kita pandai mengawal emosi, kita tidak mudah sensitif. Kita tidak takut orang lain nak pakai nama Allah. Kita tidak hairan orang lain nak provoke lukis karikatur Nabi. Kita tidak membenci sesuatu kaum yang dilabelkan bukan Islam atau kafir (macamlah yang melabelkan itu benar-benar Islam), dan yang utamanya kita tidak mudah terikut kata-kata sesetengah pembesar agama yang mengajar memusuhi sesama manusia.

Hati yang sensitif mudah tertekan dan marah. Sudah pasti ia tidak baik untuk kesihatan jantung kita. Jadi kita kena belajar mengentalkan jiwa. Bagi "kulit" jiwa itu keras dan tidak mudah mengikut emosi. Ajar diri hidup dalam keadaan susah, bukannya bermewah-mewah. Orang yang dibelai dengan kemewahan dan kemegahan, hatinya akan jadi lemah dan sensitif.

Berhujah menegakkan kebenaran adalah cara terbaik untuk mengentalkan hati. Ini kerana untuk menegakkan kebenaran, kita kena belajar merendah diri dahulu. Jangan berbangga diri dengan apa yang kita ada terutama berbangga dengan ajaran tradisi.

Untuk meletakkan diri kita di tengah-tengah agar adil penilaian kita, kena tinggalkan kemegahan ajaran tradisi seperti yang Nabi Ibrahim lakukan. Ini kerana kebenaran itu bukannya ikut jalur keturunan. Kebenaran itu sifatnya universal. Jangan merasai diri itu esklusif kerana dilahirkan daripada sesuatu keturunan. Hakikatnya kita semua adalah sama. Siapa berbuat baik, Allah balas dengan kebaikan. Siapa buat jahat, Allah balas dengan setimpal apa yang dikerjakan. Tiada kaitan pun dengan label-label agama. Hanya penganut sesuatu agama itu sahaja perasan mereka adalah kekasih-kekasih Allah dengan menyertai sesuatu puak itu.

Cuba kita renungkan, jika pembesar agama puak A pun kena penyakit jantung dan pembesar agama puak B pun kena penyakit jantung, bukankah itu menunjukkan Allah tidak mengesklusifkan manusia mengikut sesuatu puak? Yang perasan tak sudah itu kenapa?

Jadi, fikir-fikirkanlah kehidupan yang jauh daripada segala punca-punca tekanan perasaan. Semua kita akan mati. Ada yang mati dengan ditarik nyawanya secara lembut. Ada pula yang mati dengan ditarik nyawanya secara tersentap kerana masa hidup mudah tersentap dan marah-marah. Jadi kematian bagaimana yang hendak kita alami? Sudah pasti cara kematian manusia itu ada kaitannya dengan apa yang diamalkan semasa hidupnya dahulu.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Padah Tekanan perasaan

Post by Zulia on Sun Mar 14, 2010 2:22 pm

sebab kita berpegang pada ayat inilah kita percaya segala yang dibawa oleh nabi adalah agama dari Allah. Sangatlah penting sesuatu itu dibuktikan berasal dari Nabi walaupun melampau akal manusia kerana itulah agama ciptaan Allah bukan rekaan manusia yang rerbatas pada akalnya sahaja. Kerana takutkan siksaan Allah kita tak berani mengatakan sesuatu tentang ayat Allah kecuali kita tahu ianya dari Nabi kerana kita bimbang apa yang kita katakan mengenai ayat Allah itu bukan dari Allah dan kita akan berhadapan dengan ancaman dari ayat itu. Sebab kita beragama bukan sekadar agak-agak sahaja dan dituntut utk mempelajari dari ulama iaitu golongan yang berpegatahuan. Sebab itu saya mencabar siapa yang membawa ajaran lain mengikut fahaman nya supaya berani bersumpah ianya dari Allah dan sedia menghadapi ancaman dari ayat ini jika dia yakin dia benar.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2508
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Padah Tekanan perasaan

Post by Juang on Sun Mar 14, 2010 3:03 pm

Bila orang Nasrani kata Nabi Isa adalah anak Allah kononnya itu dibawa oleh ajaran Nabi Isa, takkanlah kita nak percaya? Sudah pasti mengatakan Nabi Isa adalah anak Allah itu juga melampaui akal.

Tetapi kenapa Rasulullah tidak percaya sebaliknya baginda bawakan ayat2 yang logik (selari dengan akal) seperti ayat 23:91 dan 17:42?

Takkanlah yang bercanggah dengan ayat-ayat Allah itu ajaran Nabi? Nabi mana yang hebat daripada Allah?

Jadi untuk mencontohi semangat Nabi yang ditunjukkan dalam Al Quran, kita kena pandai menilai apakah ciri-ciri kata2 seorang Nabi yang sebenar sebab semua manusia boleh menipu guna nama seseorang Nabi seperti yang dilakukan oleh pembesar-pembesar agama Nasrani itu.

Jika orang-orang Yahudi terdahulu pernah ditipu oleh pembesar agama mereka, orang-orang Nasrani terdahulu pernah ditipu oleh pembesar agama mereka yang pergunakan nama Nabi Isa itu, alangkah hinanya orang-orang sekarang yang ditipu oleh pihak-pihak yang pergunakan nama seseorang Nabi walaupun kita ada mata, telinga dan akal untuk memikirkan benar atau dusta.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Padah Tekanan perasaan

Post by Zulia on Sun Mar 14, 2010 4:40 pm

Sebab itulah ilmu itu penting untuk kita bezakannya. Kalau anda tidak diberikan alquran seuatu ketika dulu anda juga tidak akan mempercayainya. Siapa yang beritahu anda al quran ini dari Allah sedangkan anda tidak mengetahuinya ketika itu dan anda masih pegang sehingga ini kerana dihati anda masih mahu menerimanya kenapa anda tak kaji dari mana datangnya, asal usulnya,betulkah ia yang sebenar, anda tak mahu buat itu semuakan, kenapa? Sebab hati anda masih nak menerimanya. Cuba anda bayangkan pula tiada siapa yang ajar al quran itu dan tiada siapa kata ianya dari Allah seperti yang terjadi kpd orang bukan Islam, anda akan percayakah? Tentu tidak.Maka anda tidak perlulah menyombongkan diri dengan apa yang anda ada sekarang.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2508
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Padah Tekanan perasaan

Post by Guest on Sun Mar 14, 2010 4:44 pm

org bodoh sombong memang camtu zulia....

Guest
Guest


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum