Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered usersThe newest registered user is mhdi
Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3489) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Mengenal Pasti Punca
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Mengenal Pasti Punca
Salam,
Setiap perkara yang terjadi, pasti ada sebab-musababnya. Pasti ada punca-puncanya. Mengenal pasti sesuatu punca kesilapan atau permasalahan adalah proses untuk kita mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama atau menimbulkan masalah yang sama.
Melalui Al Quran, kita dapat belajar mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan sesuatu umat terdahulu melakukan kesilapan yang sama seperti umat-umat sebelum mereka. Dengan itu, tidaklah kita sebagai umat hari ini melakukan kembali kesilapan orang-orang terdahulu.
Alangkah suatu yang menghinakan jika kita umat hari ini masih melakukan kesilapan yang sama seperti umat-umat terdahulu sedangkan kita sudah mendengar kisah-kisah berulang-ulang mereka yang melakukan kesilapan itu.
Jika umat Nabi Nuh berbuat silap, tidaklah nampak teruk sangat kerana sebelum mereka tidak berlalu banyak umat lagi. Tetapi umat selepas Nabi Muhammad ini yang telah melalui banyak kisah umat terdahulu, sudah pasti satu memalukan kita masih laku melakukan punca-punca kesilapan umat terdahulu.
Jika kita baca kisah orang-orang Yahudi dan Nasrani secara tersurat semata-mata, kita hanya nampak yang keturunan Yahudi dan Nasrani yang ada pada zaman kita ini adalah musuh. Itulah yang diajar oleh para "pencinta" Muhammad pada hari ini.
Sedangkan kisah orang-orang Yahudi dan Nasrani itu direkodkan di dalam Al Quran supaya kita mengenal pasti apakah yang menyebabkan mereka jadi musyrik walaupun mereka mempunyai Kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada Rasul-rasul mereka dan mereka mempunyai ahli-ahli kitab yang diberikan kepercayaan penuh untuk mengajar agama. Bagaimana mereka masih boleh menyekutukan Allah dengan menjadikan Uzair dan Al Masih sebagai anakNya (atau sebahagian daripadaNya)? Apakah punca-puncanya?
Di sini kita nampak punca-puncanya adalah kerana mereka menolak logik akal mereka sendiri dan meletakkan kepercayaan penuh kepada pembesar-pembesar agama mereka. Itulah punca utama sesuatu kaum itu disesatkan.
Jadi bila kita sudah kenal punca-punca yang boleh menyebabkan manusia jadi sesat, maka ambillah langkah pencegahan agar kesilapan yang sama itu tidak berulang pada diri kita.
Al Quran sudah menunjuk jalan untuk mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan tersebut dengan cara hidup menggunakan akal dan jangan mudah percaya pada sesuatu pihak. Kaji, nilai, selidik dan buat perbandingan sebanyak mungkin sebelum mempercayainya. Ambil contoh Nabi Ibrahim yang membuat penyelidikan sendiri apa yang baginda lihat dan dengar, kerana semua itu akan dipertanggungjawabkan.
Di zaman teknologi IT ini, maklumat mudah dicapai melalui hujung jari. Maka bertambah-tambah mudah untuk kita membuat penyelidikan sendiri.
Dipermudahkan lagi dengan adanya forum-forum perbincangan terbuka sebegini, mudahlah kita menilai hujah mana yang kukuh dan mantap (ada dalil aqli dan naqli), dan hujah mana yang kosong dan setakat menghukum sahaja.
39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Similar topics» Telefon bimbit bukan punca barah: Kajian
» Cara Mengenal pasti Adanya Gangguan Jin
» mari kenal mengenal
» Mengenal Prosesor Dual-Core di Perangkat Mobile
» Camna Nak Mengenal Guru / Shaktipator Terbaik?
» Cara Mengenal pasti Adanya Gangguan Jin
» mari kenal mengenal
» Mengenal Prosesor Dual-Core di Perangkat Mobile
» Camna Nak Mengenal Guru / Shaktipator Terbaik?
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum