Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 1 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 BotAdmin
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered usersThe newest registered user is mhdi
Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3489) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Menyelidik Rukun Islam
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 3 • Share •
Page 1 of 3 • 1, 2, 3 
Menyelidik Rukun Islam
Kebanyakan manusia sering mengambil mudah berkenaan pegangan hidup mereka. Mereka menyandarkan pegangan hidup mereka kepada pihak-pihak yang mereka rasakan layak untuk mereka turuti membuta-tuli. Seolah-olah petunjuk Allah itu hanya dikawal oleh pihak-pihak tersebut sahaja, bukan lagi Allah Yang Mengetahui segala yang nyata dan yang tersembunyi.
Kalau kita fikirkan kisah-kisah umat terdahulu yang direkodkan di dalam Al Quran, punca-punca yang menyebabkan mereka mengadakan amalan menyembah berhala, kepercayaan mengangkat seseorang hamba Allah sebagai anak Allah atau mengadakan tuhan-tuhan lain selainNya adalah disebabkan mereka meletakkan kepercayaan penuh kepada pembesar-pembesar agama mereka. Mereka malas untuk membuat penyelidikan sendiri untuk membezakan mana yang benar dan mana yang palsu. Asalkan yang bercakap itu adalah tokoh-tokoh tertentu dalam sesebuah masyarakat, maka kata-katanya itu dipercayai tanpa usul periksa seolah-olah tokoh itu pemberi tiket masuk ke syurga.
Jadi, untuk mengelakkan kesilapan umat-umat terdahulu itu berulang kembali pada zaman kita walaupun kita sudah dibekalkan Al Quran yang cukup sempurna, maka adalah lebih baik kita mengambil langkah proaktif seperti yang lakukan oleh Nabi Ibrahim iaitu menyelidik sendiri sesuatu ajaran yang telah diajar oleh kita selama ini. Bukankah pada Nabi Ibrahim ada contoh ikutan yang baik untuk semua manusia?
Kenapa kita perlu selidik sendiri sesuatu ajaran? Kerana apabila mati nanti kita akan kembali kepada Allah sendirian. Ketika itu tiada pembesar-pembesar agama nak tolong kita. Bayangkanlah kita nak bertemu Allah (Yang Mengetahui segala rahsia) tanpa bukti-bukti yang kukuh terhadap apa yang kita amalkan selama ini, bagaimana kita nak menjawabnya?
Jika ketika di dunia pun kita sudah terkial-kial bila ditanya tentang amalan tradisi kita lakukan selama ini, apa lagi di hadapan Allah kelak. Tidakkah manusia itu mahu memikirkan?
Selama ini kita telah diajar bahawa dalam Islam ada lima rukun. Sudahkah kita mengkaji daripada mana datangnya rukun-rukun itu? Apakah Al Quran (sumber utama Islam) benar-benar mengajar seperti yang kita terima selama ini?
Berikut adalah link perbincangan bagi setiap rukun tersebut untuk kita memikirkan sejauh mana kebenaran ajaran yang kita terima selama ini;
1) Mengucap 2 kalimah syahadah
2) Mendirikan solat 5 waktu sehari
3) Berpuasa di bulan Ramadhan
4) Mengeluarkan zakat
5) Menunaikan Haji
Bukanlah saya ingin mengatakan pendapat saudara Tolokminda itu semestinya benar, namun apa yang beliau utarakan itu adalah yang terbaik untuk kita fikirkan.
Seperti yang kita tahu, semua orang akan mengaku dirinya benar dan mendapat petunjuk. Tetapi bezanya saya nampak dalam blog saudara Tolokminda, beliau terbuka menerima apa-apa hujah untuk membuktikan di mana silapnya apa yang beliau sampaikan sesuai dengan tajuk blog beliau iaitu untuk belajar (kerana dalam belajar manusia itu tidak lari daripada membuat kesilapan).
Sememangnya hidup ini kenalah sentiasa mempertingkatkan diri untuk kemantapan ilmu di dada. Jangan merasa diri itu sudah beriman atas akuan Islam selama ini. Itu hanya akuan ekspess sahaja. Rasulullah dan orang-orang Islam terdahulu dapat keimanan setelah melalui perjuangan menegakkan kebenaran dengan sukar. Jadi jiwa mereka kuat dan mantap.
Kita hari ini lahir-lahir sahaja sudah dilabelkan Islam dan kena menurut ajaran sesuatu pihak. Akibatnya kita membesar dalam keadaan jiwa yang lemah kerana kita dapat “Islam” secara ekspress bukannya secara berjuang dengan mengkaji dan berhujah. Seperti mee segera yang masak hanya dalam 2-3 minit dan mudah caranya, kualitinya tidaklah seperti masakan yang dimasak melalui tempoh yang lama dan sukar caranya.
Cuba renungkan keadaan orang-orang Islam pada hari ini. Dengan bangsa-bangsa yang dikatakan bukan Islam pun kita kalah teruk dan memalukan. Apakah itu semangat dan jati diri seorang Islam yang sebenar? Sudah pasti satu yang memalukan bila kita kembali kepada Allah dalam keadaan lemah dan tidak berkeupayaan mengubah nasib umat kita sendiri sedangkan kita ada mata, telinga, otak dan kudrat untuk mengubahnya.
39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda (ulul albab).

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Menyelidik Rukun Islam
Ibarat sebuah keretapi, walaupun penumpangnya tak tahu pandu keretapi tapi mereka cukup ilmu utk mengetahui tujuan keretapi itu kearah mana. Tapi kalau ada pemandu keretapi tetapi tak tahu arah dia nak tuju, maka dengan ilmu kita dapat mengenalinya dan kita jangan naik keretapinya. Jadi bila kita sudah tahu keretapi mana yang menuju kearah yang betul semua penumpang yang ukut akan sampai ke tujuan yang betul.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23
Re: Menyelidik Rukun Islam
Kalau Al Quran kata manusia kembali kepada Allah berderet-deret, logik jugalah perumpamaan keretapi tersebut. Tetapi apabila Al Quran kata manusia kembali kepada Allah sendiri-sendiri, maka perumpamaan yang lebih tepat adalah seperti memandu kereta sendiri ke sesuatu destinasi.
Untuk memandu kereta sendiri dengan betul, kenalah tahu segala logik2 dalam pemanduan. Kenalah belajar dengan guru memandu yang menggunakan akal dan mengikut buku peraturan jalanraya yang telah ditetapkan. Kalau guru memandu itu tak guna akal dan tak guna buku peraturan jalanraya yang ditetapkan, samalah macam belajar memandu dengan orang gila. Sudah pasti posibility untuk terbabas atau tersesat jalan adalah tinggi bila ikut ajaran orang-orang yang tidak menggunakan akal malah menolak buku peraturan jalanraya itu.
Untuk memandu kereta sendiri dengan betul, kenalah tahu segala logik2 dalam pemanduan. Kenalah belajar dengan guru memandu yang menggunakan akal dan mengikut buku peraturan jalanraya yang telah ditetapkan. Kalau guru memandu itu tak guna akal dan tak guna buku peraturan jalanraya yang ditetapkan, samalah macam belajar memandu dengan orang gila. Sudah pasti posibility untuk terbabas atau tersesat jalan adalah tinggi bila ikut ajaran orang-orang yang tidak menggunakan akal malah menolak buku peraturan jalanraya itu.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Menyelidik Rukun Islam
sebab itu ilmu penting kerana bukan sahaja pandai memandu tetapi tahu destinasinya, orang yang tak tahu destinasi itulah yang akan sesat dan tak sampai tujuannya. Akal tanpa ilmu hanya berkisar pada maklumat yang terhad tak sampai ke mana. Fikir sampai mati pun tak jadi. Orang yang kurang berilmu menggunakan akal untuk belajar dan mencari ilmu. Orang yang berilmu menggunakan akalnya utk mengajar. Bukan sebaliknya. Bukan salah menggunakan akal tapi cara menggunakannya yang tak betul. Sebab itu ramai yang mengkaji al quran tetap bertambah imannya. Tapi bila berlaku sebaliknya maka itu yang perlu dikaji semula.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23
Re: Menyelidik Rukun Islam
Ya benar. Kita kena tahu ke mana destinasinya. Kalau Al Quran ada khabarkan bahawa destinasi orang2 yang menyekutukan Allah dengan sesuatu adalah ke neraka, maka kita kena hidup mentauhidkan Allah agar tak ke neraka.
Dan bila dalam Al Quran ada perintah Allah suruh menggunakan akal untuk mengikut jejak para Nabi (sebab mana ada Nabi yang tak guna akal lagi bodoh), maka sudah pasti untuk sampai ke destinasi yang Nabi itu sampai, kita kena ikut jejak mereka iaitu menggunakan akal juga.
Yang pergi sembah matahari, bulan, patung, busut, batu atau objek2 lain, bukannya kerana mereka guna akal, tetapi sebab mereka suka menurut membuta-tuli. Sudah pasti di mata mereka, sesiapa yang menggunakan akal untuk membuktikan amalan mereka itu salah, dianggap tidak guna akal dengan betul, walhal mereka tidak menggunakan akal langsung.
Dan bila dalam Al Quran ada perintah Allah suruh menggunakan akal untuk mengikut jejak para Nabi (sebab mana ada Nabi yang tak guna akal lagi bodoh), maka sudah pasti untuk sampai ke destinasi yang Nabi itu sampai, kita kena ikut jejak mereka iaitu menggunakan akal juga.
Yang pergi sembah matahari, bulan, patung, busut, batu atau objek2 lain, bukannya kerana mereka guna akal, tetapi sebab mereka suka menurut membuta-tuli. Sudah pasti di mata mereka, sesiapa yang menggunakan akal untuk membuktikan amalan mereka itu salah, dianggap tidak guna akal dengan betul, walhal mereka tidak menggunakan akal langsung.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Menyelidik Rukun Islam
apa yg kau faham tentang syahadah incik tuan juang, cerita skit , lama tak bergurau dgn ko

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2514
Registration date: 2009-04-26
Re: Menyelidik Rukun Islam
Syahadah bererti kesaksian. Bagi orang-orang yang percaya, mereka jadikan Allah sebagai saksi terhadap apa yang mereka kerjakan. Ini kerana Allah Mengetahui apa yang benar dan apa yang dusta, apa yang nyata dan apa yang disembunyikan.
Sebaliknya orang-orang yang kafir, mereka jadikan hawa nafsu mereka sebagai saksi. Maka mereka tidak takut nak berdusta dan mengada-adakan amalan menyembah berhala-berhala, kerana hawa nafsu mereka menyaksikan bahawa mereka adalah penipu.
Sebaliknya orang-orang yang kafir, mereka jadikan hawa nafsu mereka sebagai saksi. Maka mereka tidak takut nak berdusta dan mengada-adakan amalan menyembah berhala-berhala, kerana hawa nafsu mereka menyaksikan bahawa mereka adalah penipu.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Menyelidik Rukun Islam
wahai orang-orang beriman! Tetaplah beriman kepada Allah dan RasulNya(Muhammad) dan kepada kitab (al Quran) yang diturunkan kepada Rasul Nya, serta kitab yang diturunkan sebelumnya. Barang siapa ingkar kepada Allah, malaikat-malaikat Nya, kitab-kitab Nya, rasul-rasul Nya, dan Hari Akhirat, maka sungguh, orang itu telah tersesat sangat jauh. (An-Nisa, ayat 136)
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23
Re: Menyelidik Rukun Islam
Jabatan Agama Indonesia:
3:23. Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang telah diberi bahagian yaitu Al Kitab, mereka diseru kepada kitab Allah supaya kitab itu menetapkan hukum diantara mereka; kemudian sebahagian dari mereka berpaling, dan mereka selalu membelakangi (kebenaran).
e-Bacaan:
3:23. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang diberi sebahagian al-Kitab, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya ia menghakimkan antara mereka, kemudian segolongan antara mereka berpaling, dan mereka memalingkan.
3:23
ABDLH.YUSUF ALI: Hast thou not turned Thy vision to those who have been given a portion of the Book? They are invited to the Book of Allah, to settle their dispute, but a party of them Turn back and decline (The arbitration).
MUHD M.W.PICKTHALL: Hast thou not seen how those who have received a portion of the Scripture invoke the Scripture of Allah (in their disputes) that it may judge between them; then a faction of them turn away, being opposed (to it)?
M.H.SHAKIR: Have you not considered those (Jews) who are given a portion of the Book? They are invited to the Book of Allah that it might decide between them, then a part of them turn back and they withdraw.

Dan janganlah kamu percaya melainkan kepada orang yang mengikuti agamamu.Katakanlah sesungguhnya petunjuk yang harus diikuti adalah petunjuk Allah. Dan jangan lah kamu percaya bahawa akan diberikan kepada seseorang seperti apa yang diberikan kepada kamu. Dan janganlah kamu percaya bahawa mereka akan mengalahkan hujahmu disisi tuhanmu. Dan katakanlah: sesungguhnya kurnia itu ditangan Allah, Allah akan memberikan kurnia Nya kepada sesiapa yang dikehendaki Nya. Sesungguhnya Allah maha luas kurnia Nya dan maha mengetahui. (al Imran :ayat 73)
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23
Re: Menyelidik Rukun Islam
6:94. Dan sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana kamu Kami ciptakan pada mulanya, dan kamu tinggalkan di belakangmu apa yang telah Kami kurniakan kepadamu; dan Kami tiada melihat besertamu pemberi syafa'at yang kamu anggap bahwa mereka itu sekutu-sekutu Tuhan di antara kamu. Sungguh telah terputuslah antara kamu dan telah lenyap daripada kamu apa yang dahulu kamu dakwakan.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Menyelidik Rukun Islam
Juang wrote:Syahadah bererti kesaksian. Bagi orang-orang yang percaya, mereka jadikan Allah sebagai saksi terhadap apa yang mereka kerjakan. Ini kerana Allah Mengetahui apa yang benar dan apa yang dusta, apa yang nyata dan apa yang disembunyikan.
Sebaliknya orang-orang yang kafir, mereka jadikan hawa nafsu mereka sebagai saksi. Maka mereka tidak takut nak berdusta dan mengada-adakan amalan menyembah berhala-berhala, kerana hawa nafsu mereka menyaksikan bahawa mereka adalah penipu.
Allah pun tak kenal, macammana nak suruh Allah jadi saksi ? setakat cakap buleh ler

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2514
Registration date: 2009-04-26
Re: Menyelidik Rukun Islam
semut api wrote:Allah pun tak kenal, macammana nak suruh Allah jadi saksi ? setakat cakap buleh ler
Seseorang yang kenal Allah, mereka takkan cakap macam itu. Apakah Allah itu boleh disuruh-suruh macam Allah itu kuli mereka?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Menyelidik Rukun Islam
Juang wrote:semut api wrote:Allah pun tak kenal, macammana nak suruh Allah jadi saksi ? setakat cakap buleh ler
Seseorang yang kenal Allah, mereka takkan cakap macam itu. Apakah Allah itu boleh disuruh-suruh macam Allah itu kuli mereka?
la, tu kan org yg percaya punya kerja kata kamu, mereka jadikan Allah sebagai saksinya, apa pulak Allah tu tak jadi kuli mereka eh??

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2514
Registration date: 2009-04-26
Re: Menyelidik Rukun Islam
Salam Semut Api,
Tuhan menyaksikan setiap manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit atau agama. Jangan perasan lebih kalau benda basic pun tak faham.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 1945
Registration date: 2009-10-02
Re: Menyelidik Rukun Islam
tolokminda wrote:Salam Semut Api,
Tuhan menyaksikan setiap manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit atau agama. Jangan perasan lebih kalau benda basic pun tak faham.
hai, terasa nampak, aku follow cakap akai saja, mana hang tahu tuhan menyaksikan semua manusia? macammana tuhan saksi tu, tlg cerita sikit

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2514
Registration date: 2009-04-26
Re: Menyelidik Rukun Islam
semut api wrote:
hai, terasa nampak, aku follow cakap akai saja, mana hang tahu tuhan menyaksikan semua manusia? macammana tuhan saksi tu, tlg cerita sikit
Simple logik. Takkanlah Tuhan itu buta sampai tidak mampu menyaksikan segala perbuatan manusia?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Menyelidik Rukun Islam
Juang wrote:semut api wrote:
hai, terasa nampak, aku follow cakap akai saja, mana hang tahu tuhan menyaksikan semua manusia? macammana tuhan saksi tu, tlg cerita sikit
Simple logik. Takkanlah Tuhan itu buta sampai tidak mampu menyaksikan segala perbuatan manusia?
yg ditanya tak pulak jawap, merapu saja lebih, aku tanya macammana tuhan menyaksikan tu? tlg cerita sikit

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2514
Registration date: 2009-04-26
Re: Menyelidik Rukun Islam
ada balik dah si semut nih .. dulu tobat dah

othman- Sarjana
- Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1325
Registration date: 2009-10-07
Re: Menyelidik Rukun Islam
semut api wrote:macammana tuhan menyaksikan tu? tlg cerita sikit
48:10. Orang-orang yang berjanji setia kepada kamu, sesungguhnya berjanji setia kepada Allah; tangan Allah adalah di atas tangan-tangan mereka. Kemudian, sesiapa memungkiri sumpahnya, hanyalah memungkiri terhadap dirinya sendiri; dan sesiapa menepati perjanjiannya yang dibuat dengan Allah, Allah akan memberinya upah yang besar.
Sudah pasti Tuhan menyaksikan menggunakan PenglihatanNya. Susah sangatkah untuk difikirkan?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Page 1 of 3 • 1, 2, 3 
Similar topics» Why Islam?
» Pembahagian Harta Menurut Islam
» Importance of Good Manners in Islam
» Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"
» The Deen (Religion) of Islam by Sheikh Muhammad Salih Ibn al-Uthaymeen
» Pembahagian Harta Menurut Islam
» Importance of Good Manners in Islam
» Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"
» The Deen (Religion) of Islam by Sheikh Muhammad Salih Ibn al-Uthaymeen
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 3
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum