Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Al Quran dan logik

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Al Quran dan logik

Post by Juang on Sat Mar 13, 2010 10:21 am

Al Quran dan logik adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan. Bagaikan aur dengan tebing. Jika manusia itu menolak logik dalam membaca Al Quran, pasti sampai kiamat pun manusia itu tidak akan mampu mendapat peringatan di dalamnya.

Memahami logik

Logik adalah hukum yang telah wujud secara azalinya. Malah Kewujudan dan Keesaan Allah itu pun boleh dibuktikan secara logik jika manusia itu mahu menggunakan akal. Dengan kata lain, akal manusia telah diciptakan untuk melihat logik-logik yang wujud di langit dan di bumi sebagai cara untuk membezakan benar atau dusta.

Dalam bahasa Melayu, logik dikaitkan dengan perkataan masuk akal. Sesuatu yang mudah diterima akal. Contohnya mengatakan manusia perlu bernafas untuk terus hidup adalah pernyataan yang masuk akal (ada logiknya). Kenapa ia masuk akal? Kerana ia mempunyai bukti-bukti yang realistik yang menunjukkan ia boleh terjadi.

Ramai yang tersalah anggap bahawa logik itu adalah perkara-perkara yang boleh dilihat oleh mata kasar sahaja. Inilah kesilapan terbesar mereka. Logik bukannya untuk perkara yang boleh nampak sahaja, perkara-perkara ghaib pun boleh dibuktikan logik. Contohnya dalam ayat 17:42 membuktikan Keesaan Allah (yang paling Ghaib di atas segala yang ghaib) secara logik.

Jadi, orang-orang yang mengatakan dalam agama tidak boleh guna logik itu hakikatnya adalah pendusta yang nyata.

Logik dan psikologi manusia

Jika manusia itu hidup mengikut logik-logik (menggunakan akal), jalan hidupnya akan lurus, jujur dan tiada percanggahan antara satu sama lain. Dengan kata lain, dia akan menjadi seseorang yang berpendirian tetap bukannya seperti lalang yang ditiup angin. Jika dia telah nampak logik yang menunjukkan hukum 1+1=2, dia tidak akan beralih kepada jawapan-jawapan yang tidak masuk akal walaupun dia dikelilingi seribu orang yang pemalas berfikir yang cakap sesedap mulut bahawa 1+1=3.

Namun apabila manusia menolak logik, akan nampaklah percanggahan demi percanggahan dalam kata-katanya. Tidak ada konsistensi. Dalam satu keadaan dia kata tidak boleh, tetapi bila sampai kepada keadaan yang memberi keuntungan pada dirinya sendiri, dia boleh.

Contohnya orang-orang yang berhukum tanpa logik mengatakan kaum-kaum yang membuat amalan ritual mengadap matahari, bulan dan patung walau atas nama simbolik apa pun dikira kafir atau sesat. Sebaliknya kerana mereka lahir daripada keturunan yang membuat ritual mengadap objek tertentu, maka mereka kata itulah yang benar dari sisi Allah. Kita nampak tiada konsistensi dalam apa yang mereka katakan itu.

Jika mengadap matahari, bulan dan patung atas alasan simbolik pun salah, maka mengadap objek-objek lain pun salah juga jika ia dikaitkan sebagai amalan menyembah Tuhan. Tidakkah mereka mahu memikirkan?

Secara psikologinya, orang-orang yang bercanggah kata-katanya itu adalah orang-orang yang berdusta. Dan orang-orang berdusta amat membenci bila ada orang-orang yang membawa kontradiksi-kontradiksi daripada apa yang mereka amalkan selama ini.

Jika seseorang itu benar, dia akan terbuka memberi peluang kepada orang lain menyelidik apa yang disampaikan untuk menunjukkan di mana salahnya sesuatu yang disampaikan. Itulah logik yang membezakan sifat orang-orang yang benar dengan sifat orang-orang yang berdusta.

Hikmah Al Quran dicatatkan

Di sini kita nampak hikmah kenapa Rasulullah mencatatkan wahyu yang baginda sampaikan. Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada orang-orang yang mengatakan baginda adalah pendusta atau tukang sihir untuk menunjukkan dengan hujah-hujah yang kukuh, di mana salahnya apa yang baginda sampaikan itu. Baginda mencabar orang-orang yang engkar supaya bawakan surah lain bagi membuktikan kebenaran mereka jika mereka orang-orang yang benar.

Dengan mencatatkan wahyu itu, maka mudahlah orang lain nak selidik sejauh mana kebenaran Rasulullah. Kalau Rasulullah hanya sampaikan wahyu dalam bentuk ceramah sahaja, maka kata-kata baginda sukar diselidik untuk mencari sejauh mana konsistensinya. Apabila tiada siapa yang dapat membuktikan wujudnya kontradiksi dalam Al Quran, itu membuktikan Al Quran adalah wahyu daripada Allah.

Kesimpulannya, sifat wahyu itu sendiri adalah logik bagi memastikan ia konsisten. Jika sesuatu itu bercanggah antara satu sama lain, itu menunjukkan ia bukan daripada Allah lagi, melainkan direka-reka oleh syaitan-syaitan yang mahu menyesatkan manusia.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Al Quran dan logik

Post by semut api on Thu Apr 22, 2010 11:05 am

abih tu tuhan yg puak akal hadap tu mana dia????? sila beri logik encik akai

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Al Quran dan logik

Post by Juang on Sun Apr 25, 2010 8:54 am

Kalau Tuhan itu perlu dihadap macam manusia mengadap sesuatu objek, apa bezanya Tuhan itu dengan objek tersebut? Takkanlah tak tahu nak bezakan Sifat Tuhan dengan sifat objek?

Al Quran mengajar kita supaya tunduk dan patuh kepada Ketetapan Tuhan, bukannya pergi "mengadap" Tuhan bagaikan Tuhan itu sama macam objek. Takkanlah tak tahu nak baca apa yang tercatat dalam Al Quran itu?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Al Quran dan logik

Post by semut api on Sun Apr 25, 2010 9:28 am

yg ditanya tak jawap, melencong aja, hempeh puak2 akai ni

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Al Quran dan logik

Post by Juang on Tue Apr 27, 2010 3:33 am

Kalau manusia itu mengatakan seseorang itu tidak jawap apa yang dia tanya, itu menunjukkan manusia itu sudah ada jawapan ikut hatinya sebelum dia bertanya. Dia berharap orang lain jawap ikut set jawapan dirinya sendiri.

Dia bertanya orang lain, tetapi tak mahu mendengar jawapan orang lain. Baik tak payah bertanya kalau macam itu. Kebudak-budakan betul.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Al Quran dan logik

Post by othman on Tue Apr 27, 2010 11:24 am

abih tu tuhan yg puak akal hadap tu mana dia????? sila beri logik encik akai


dari segi fisikal apa2 yg kita hadap tu tuhan lah sebab itu lah cermin kita .

othman
Sarjana

Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1426
Registration date: 2009-10-07

Back to top Go down

Re: Al Quran dan logik

Post by Juang on Wed Apr 28, 2010 12:01 pm

2:115. Kepunyaan Allah Timur dan Barat; ke mana sahaja kamu berpaling di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Merangkumi, Mengetahui.

Mengikut Al Quran yang ada suruhan menggunakan akal, wajah Allah ada di mana-mana. Tiada arah khusus untuk kita memandangNya seperti yang dilakukan oleh penyembah matahari, bulan atau objek-objek lain itu.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Al Quran dan logik

Post by semut api on Mon May 03, 2010 8:58 am

kwang kwang, kalu wajah Allah dimana2 maknanya banyaklah Allah tu ya? sebab dimana2 pun kamu hadap disitulah wajah Allah eh? cuba cerita sikit, yg mana satu sebenar2nya wajah Allah & diri Allah tu eh , jgn setakat cut & paste terjemahan saja, sila

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Al Quran dan logik

Post by Juang on Mon May 03, 2010 2:08 pm

semut api wrote:kwang kwang, kalu wajah Allah dimana2 maknanya banyaklah Allah tu ya? sebab dimana2 pun kamu hadap disitulah wajah Allah eh?

Kalau manusia itu samakan Allah macam makhluk, memanglah dia rasakan
jika wajah Allah ada di mana-mana, itu menunjukkan Allah ada banyak. Di
situ sahaja kita sudah nampak yang mereka masih menyamakan Tuhan dengan
keterbatasan makhluk. Mereka tak tahu nak bezakan Sifat Allah dengan sifat makhluk.

cuba cerita sikit, yg mana satu sebenar2nya wajah Allah & diri Allah tu eh

Yang Berkuasa Mencipta dan Memelihara alam semesta ini. Dia itulah Allah. Dan itulah WajahNya yang diperlihatkan kepada manusia yang mahu menggunakan akal.

Tetapi yang tak mahu guna akal, mereka akan ukir rupa tuhan menjadi patung-patung berbentuk bermacam-macam makhluk.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Al Quran dan logik

Post by Zulia on Mon May 03, 2010 2:23 pm

Bagi orang yang beriman, perintah solat dalam Al quran adalah bukti nyata utk dia bersolat. Tetapi bagi yang engkar mereka tidak menerima mana-mana ayat al quran utk dia beramal samada solat puasa dan haji.mengapa akal mereka tidak dapat memikirkannya? Jangan salahkan akal orang lain, salahkan akal sendiri.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2505
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Al Quran dan logik

Post by semut api on Mon May 03, 2010 2:35 pm

Juang wrote:
semut api wrote:kwang kwang, kalu wajah Allah dimana2 maknanya banyaklah Allah tu ya? sebab dimana2 pun kamu hadap disitulah wajah Allah eh?

Kalau manusia itu samakan Allah macam makhluk, memanglah dia rasakan
jika wajah Allah ada di mana-mana, itu menunjukkan Allah ada banyak. Di
situ sahaja kita sudah nampak yang mereka masih menyamakan Tuhan dengan
keterbatasan makhluk. Mereka tak tahu nak bezakan Sifat Allah dengan sifat makhluk.

cuba cerita sikit, yg mana satu sebenar2nya wajah Allah & diri Allah tu eh

Yang Berkuasa Mencipta dan Memelihara alam semesta ini. Dia itulah Allah. Dan itulah WajahNya yang diperlihatkan kepada manusia yang mahu menggunakan akal.

Tetapi yang tak mahu guna akal, mereka akan ukir rupa tuhan menjadi patung-patung berbentuk bermacam-macam makhluk.

skima budak tadika saja jawapannya hehe

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Al Quran dan logik

Post by Juang on Mon May 03, 2010 3:15 pm

Jangan skema jawapan orang musyrik terdahulu sudahlah. Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Al Quran dan logik

Post by semut api on Mon May 03, 2010 3:23 pm

Juang wrote:Jangan skema jawapan orang musyrik terdahulu sudahlah.

org akal mmg jadikan akal sebagai berhala dlm jiwanya

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Al Quran dan logik

Post by Juang on Mon May 03, 2010 3:25 pm

Al Quran tidak pernah mengatakan menggunakan akal itu berhala. Yang ada disebut adalah sujud kepada matahari, bulan, dan binaan-binaan manusia adalah berhala.

Pandai-pandai sahaja mereka buat ketetapan sendiri tanpa berlandaskan Al Quran.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Al Quran dan logik

Post by semut api on Tue May 04, 2010 8:05 am

Juang wrote:Al Quran tidak pernah mengatakan menggunakan akal itu berhala. Yang ada disebut adalah sujud kepada matahari, bulan, dan binaan-binaan manusia adalah berhala.

Pandai-pandai sahaja mereka buat ketetapan sendiri tanpa berlandaskan Al Quran.

kenapa tidak, akalnya diutamakan melebihi Allah sendiri

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Al Quran dan logik

Post by faried on Tue May 04, 2010 12:58 pm

Zulia wrote:Bagi orang yang beriman, perintah solat dalam Al quran adalah bukti nyata utk dia bersolat.


Dalam Alquran tidak ada perintah: Salatlah!

Perintah yang banyak adalah: Dirikan/tegakkan salat!

faried
Pensyarah

Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1706
Registration date: 2010-04-21

Back to top Go down

Re: Al Quran dan logik

Post by Juang on Tue May 04, 2010 2:01 pm

semut api wrote:kenapa tidak, akalnya diutamakan melebihi Allah sendiri

Seseorang itu mengutamakan akal kerana Allah yang perintahkan menggunakan akal. Lainlah Allah kata "jangan guna akal", logiklah manusia tidak boleh guna akal.

Dan tidak pernah dikhabarkan seseorang Rasul itu dibangkitkan untuk menyeru sesuatu kaum jangan guna akal.

Yang jelasnya dikhabarkan melalui Al Quran adalah larangan sujud kepada matahari, bulan atau binaan-binaan daripada tangan manusia, bukannya larangan guna akal.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Al Quran dan logik

Post by tolokminda on Tue May 04, 2010 2:12 pm

Salam,

Malang sekali tuan semut api tidak menggunakan peluang berforum di sini untuk menambahkan pengetahuan sebaliknya hanya sekadar mahu meneruskan kejahilannya saja.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2046
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Al Quran dan logik

Post by semut api on Tue May 04, 2010 2:29 pm

othman wrote:
abih tu tuhan yg puak akal hadap tu mana dia????? sila beri logik encik akai


dari segi fisikal apa2 yg kita hadap tu tuhan lah sebab itu lah cermin kita .

berapa banyak tuhan daa incik seman kalu berfaham gitu

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Al Quran dan logik

Post by Zulia on Tue May 04, 2010 2:48 pm

faried wrote:
Zulia wrote:Bagi orang yang beriman, perintah solat dalam Al quran adalah bukti nyata utk dia bersolat.


Dalam Alquran tidak ada perintah: Salatlah!

Perintah yang banyak adalah: Dirikan/tegakkan salat!


Tetap sama maknanya malah lebih jelas lagi bahawa 'solat' merujuk kepada sesuatu dan perlu didirikan atau dikerjakan dengan perbuatan dan bukan dgn hati sahaja. Membiarkan diri terus jahil mengenai solat adalah kesilapan yang sangat besar.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2505
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum