Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Orang-orang Yang Munafik
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 4 • Share •
Page 1 of 4 • 1, 2, 3, 4 
Orang-orang Yang Munafik
63:1. Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata, "Kami mempersaksikan bahawa kamu benar-benar rasul Allah." Dan Allah mengetahui bahawa kamu adalah benar-benar rasul-Nya, dan Allah mempersaksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar pendusta-pendusta.
63:2. Mereka mengambil sumpah-sumpah mereka sebagai selimut, kemudian mereka menghalangi daripada jalan Allah. Sesungguhnya mereka, adalah jahat apa yang mereka buat.
63:3. Itu adalah kerana mereka telah percaya, kemudian mereka tidak percaya; maka satu penutup diletakkan pada hati mereka, lalu mereka tidak memahami.
Sifat2 orang munafik yang disebutkan dalam Al Quran adalah mereka suka mewar-warkan kesaksian mereka bahawa Nabi adalah benar-benar seorang Rasul Allah. Walhal Allah lebih layak sebagai Saksi untuk mengetahui seseorang itu Rasul atau tidak. Apa perlunya kesaksian manusia itu? Mereka nak berpura-pura (hipokrit) kononnya mereka beriman?
Mereka bersaksikan yang Muhammad adalah Rasul Allah, tetapi bila diajak kepada Al Quran yang Rasulullah sampaikan, mereka menolak dengan engkar. Bila dibawakan ayat-ayat Al Quran yang melarang sembah binaan dan sujud kepada matahari dan bulan, mereka membuat seribu macam alasan. Mereka menghalangi manusia daripada jalan mentauhidkan Allah. Betapa jahat apa yang mereka lakukan.
Ini kerana mereka kata mereka percaya pada Allah, tetapi kemudian bila mereka ditunjukkan sesuatu ayat-ayat Allah (Al Quran), mereka menolaknya yang menyebabkan mereka tidak memahami lagi.
Hari ini kita boleh jumpa lagi ada orang-orang yang tiru perangai orang-orang munafik pada zaman Nabi. Mereka mengucap kononnya mereka menyaksikan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah. Sama seperti kesaksian orang-orang munafik terdahulu. Bezanya cuma orang-orang munafik terdahulu menyatakan kesaksian mereka dalam keadaan mereka berjumpa Rasulullah, tetapi orang-orang sekarang menyatakan kesaksian mereka tanpa berjumpa dengan Rasulullah. Bukankah lagi teruk perangainya berbanding orang-orang munafik terdahulu?
Rasulullah tidak memerlukan kesaksian manusia tentang kerasulannya. Cukuplah Allah sebagai saksi.
29:52. Katakanlah, "Cukuplah Allah sebagai saksi antara aku dan kamu. Dia mengetahui apa yang di langit dan bumi. Orang-orang yang percaya kepada yang palsu, dan tidak percaya kepada Allah, mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi."
Alangkah ruginya hidup mempercayai sesuatu yang palsu. Bila ada Al Quran yang benar, mereka lebih percaya kepada hikayat-hikayat palsu yang tiada logiknya itu demi memenuhi hawa nafsu mereka nak berbangga diri dan merasa angkuh kononnya dengan ajaran tradisi itu mereka lebih mulia daripada kaum-kaum lain. Betapa keji dan kotornya apa yang mereka ada-adakan itu.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26
Re: Orang-orang Yang Munafik
Orang-orang munafik pada zaman Nabi masih lagi pergi sembahyang berjemaah di masjid malah mereka menonjolkan dirinya dan bersembahyang di saf hadapan di belakang Nabi supaya orang lain nampak yang dia bersembahyang. Tetapi mereka hanya datang pada waktu zuhur dan asar sahaja. Sedangkan 3 waktu yang lain tidak nampak pun muka mereka. Mereka menghasud supaya jangan pergi berperang dan pernah Nabi menghalang mereka dari berperang kerana kehadiran mereka bukan utk membantu tentera Islam. Tapi zaman sekarang yang tak sembahyang langsung pun masih mengaku Islam. Mereka ingat cukup dengan mengatakan tuhan itu Allah, mereka sudah jadi Islam tanpa perlu mengamalkan cara hidup Islam. Mereka tak dapat bezakan antara beriman dengan melakukan kebaikan. Amal soleh adalah lebih dari sekadar perbuatan baik. Perbuatan baik boleh dilakukan oleh orang yang bukan Islam tetapi amal soleh hanya dilakukan oleh orang Islam.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2508
Registration date: 2009-12-23
Re: Orang-orang Yang Munafik
Memang logiklah orang2 munafik masih melakukan amalan menyembah berhala. Tetapi tak logik Nabi menyembah apa2 berhala.
Yang peliknya zaman sekarang, oleh kerana mereka lahir daripada golongan penyembah berhala, ada ke patut mereka kata amalan mereka itu Nabi yang ajar?
Bila diselidik Kitab Allah, tidak wujud pun suruhan menyembah berhala itu. Mereka kata suruhan menyembah berhala itu ada dalam kitab2 riwayat sebagai penjelasan Kitab Allah. Entah ayat Al Quran mana mengatakan kitab2 riwayat itu adalah penjelasan Al Quran. Dasar pendusta tegar.
Bertambah pelik, sudahlah tak mahu ikut Al Quran kemudian pergi sembah berhala, lepas itu nak mengaku Islam dan ikut Al Quran. Munafikkah mereka itu?
Dan entah ayat Al Quran mana mengatakan menyembah berhala itu lebih baik daripada perbuatan baik. Ya, perbuatan baik boleh dilakukan oleh semua orang kerana Allah Maha Penyayang kepada manusia, sedangkan perbuatan menyembah berhala hanya dilakukan oleh orang2 musyrik yang merasakan diri mereka benar.
7:28. Dan apabila mereka melakukan kekejian, mereka berkata, "Kami mendapati bapa-bapa kami melakukannya, dan Allah memerintahkan kami dengannya." Katakanlah, "Allah tidak memerintahkan kekejian; apa, adakah kamu mengatakan mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu?"
Begitulah perangai penyembah berhala. Bila mereka melakukan kekejian itu (perbuatan menyekutukan Allah), mereka kata sebab mereka nampak bapa2 mereka melakukannya dan kononnya Allah perintahkan mereka buat macam itu. Tetapi logikkah Allah suruh sembah berhala sedangkan Nabi2 terdahulu melarang kaumnya sembah berhala juga? Bila diperiksa pada Kitab Allah, tak wujud pun amalan yang mereka ada-adakan itu.
Benarlah ayat 63.1 itu bahawa orang2 munafik itu adalah penipu. Mereka cakap mereka bersaksikan Nabi adalah Rasul Allah. Alih-alih Kitab Allah yang disampaikan oleh Nabi itu mereka tidak pedulikan lagi. Sekadar dilagu2kan sahaja.
Tidakkah mereka mempunyai tahap minda sebagai seorang manusia, bukannya kerbau?

memang tak kena-kena dengan menyembah berhala pun. Anda jangan menjadi pendusta kalau anda tidak mengetahui. Apakah berhala yang disembah oleh orang Islam? Sila nyatakan kalau anda berani dan anda merasa anda benar.Jangan jadi seperti orang munafik yang membuat serangan hendap di malam hari tetapi menyamar menjadi Islam di siang hari.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2508
Registration date: 2009-12-23
Re: Orang-orang Yang Munafik
Zulia wrote:Apakah berhala yang disembah oleh orang Islam?
Seorang Islam yang mematuhi ajaran Al Quran, mereka tidak akan menyembah berhala. Yang sembah berhala itu bukan ajaran Al Quran. Jadi mereka kena fahamlah, kalau mereka sendiri sembah berhala, layakkah mereka kata mereka Islam dan mengikut Al Quran? Itu persoalannya sekarang.
Buktikan daripada Al Quran, Islam mengajar menyembah berhala (baik matahari, bulan atau apa jua binaan manusia)?
Kalau mereka kata amalan mereka itu simbolik, buktikan pula ayat Al Quran mana yang membenarkan alasan mereka itu atas dasar simbolik?
Kalau tidak mampu bawakan bukti, jangan nak salahkah orang lain beri peringatan pasal dosa menyembah apa-apa berhala.
Jangan jadi munafik dengan mendustai Al Quran. Al Quran tidak pernah mengatakan orang-orang beriman kena sembah berhala.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26
Re: Orang-orang Yang Munafik
jadi tak timbullah pasal menyembah berhala itu. Masalah yang timbul sekarang ialah pasal tak mengerjakan sembahyang, walaupun al quran suruh sembahyang mereka tak sembahyang sebab tidak tahu walaupun sebenarnya mereka tahu. Tapi mungkin kerana malas atau mengikut nafsu tak nak sembahyang maka dia pun tak sembahyang. Nabi pernah berkata yang membezakan Islam dengan bukan Islam ialah sembahyang. Jadi komitmen yang bukan islam pun buat itu bukan lah sembahyang. Anda sendiri tak boleh mendatangkan bagaimana cara sembahyang itu lalu mengubah pula solat menjadi komitmen yang lebih jauh dari maksud asalnya. Anda lihat sendiri perubahan pemikiran anda dari awal sampai sekarang, anda semakin jauh dari orang islam lain. Tapi terpulang pada anda kerana itu pilihan anda. Anda yang menjauhkan diri anda sendiri atas sebab yang kami tidak tahu. Jadi jangan salahkan masyarakat pula.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2508
Registration date: 2009-12-23
Re: Orang-orang Yang Munafik
Kalau tidak timbul pasal sembah berhala, kenapa Al Quran bawa peringatan pasal amalan menyembah berhala itu? Kenapa nak menenggelamkan peringatan Al Quran semata-mata nak membenarkan amalan tradisi? Ini yang saya hairankan sekarang.
Mereka kata mereka ikut Al Quran, tetapi mereka tak dapat bawakan bukti amalan sembahan mereka itu wujud dalam Al Quran. Macam manalah orang nak percaya dakwaan dusta mereka itu? Cakap bercanggah-canggah.
Kalau awal-awal sudah tak percaya pada Al Quran, cakaplah terus terang yang mereka bukan pengikut Al Quran. Mudah sikit kita nak membezakan. Ini mereka mengaku ikut Al Quran, tetapi bila ditanya kenapa amalan mereka itu kontradik dengan ajaran Nabi Ibrahim yang melarang sembah binaan manusia, mereka tidak dapat jawab.
Cuba isytihar awal-awal yang mereka bukan pengikut Al Quran, maka nak sembah berhala ke apa ke, lantaklah. Saya berlepas diri daripada pendusta-pendusta dan para penyembah berhala.
Mereka kata mereka ikut Al Quran, tetapi mereka tak dapat bawakan bukti amalan sembahan mereka itu wujud dalam Al Quran. Macam manalah orang nak percaya dakwaan dusta mereka itu? Cakap bercanggah-canggah.
Kalau awal-awal sudah tak percaya pada Al Quran, cakaplah terus terang yang mereka bukan pengikut Al Quran. Mudah sikit kita nak membezakan. Ini mereka mengaku ikut Al Quran, tetapi bila ditanya kenapa amalan mereka itu kontradik dengan ajaran Nabi Ibrahim yang melarang sembah binaan manusia, mereka tidak dapat jawab.
Cuba isytihar awal-awal yang mereka bukan pengikut Al Quran, maka nak sembah berhala ke apa ke, lantaklah. Saya berlepas diri daripada pendusta-pendusta dan para penyembah berhala.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26
Re: Orang-orang Yang Munafik
tak sedar diri rupanya puak2 akal yg mereka2 ini telah menyembah berhala iaitu akalnya

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26
Re: Orang-orang Yang Munafik
Juang wrote:63:1. Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata, "Kami mempersaksikan bahawa kamu benar-benar rasul Allah." Dan Allah mengetahui bahawa kamu adalah benar-benar rasul-Nya, dan Allah mempersaksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar pendusta-pendusta.
Bersaksi atau bershahadat atas rasul Allah hanya dilakukan oleh orang munafik.
Dalam Alquran tidak ada dijelaskan bahwa orang beriman bersaksi (bershahadat), karena sangat jelas ditegaskan bahwa cukup Allah sebagai saksi.
Juang wrote:
29:52. Katakanlah, "Cukuplah Allah sebagai saksi antara aku dan kamu. Dia mengetahui apa yang di langit dan bumi. Orang-orang yang percaya kepada yang palsu, dan tidak percaya kepada Allah, mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi."
Kesaksian (shahadah) terhadap Allah hanya dilakukan oleh Allah sendiri.
Semua Nabi dan Rasul adalah islam, tetapi tidak satu pun yang bersaksi/bershadah kepada Allah.
Lantas, apakah benar bahwa bershadat membuat orang menjadi islam, atau malah sebaliknya?

faried- Pensyarah
- Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1709
Registration date: 2010-04-21
Re: Orang-orang Yang Munafik
Pada zaman Al Quran diturunkan kepada Nabi, kaumnya keitika itu adalah penyembah berhala. Ketika Nabi berdakwah kepada kaumnya Nabi menyeru mereka supaya beriman kepada Allah yang satu. Kaum Arab ketika itu mempercayai Allah (bahasa arab) tuhan yang memiliki Kaabah disamping tuhan-tuhan berhala mereka yang lain seperti Lata dan Uzza. Bila ada orang yang nak mengikut agama yang dibawa oleh Nabi. Mereka akan mengisytiharkan keislaman mereka dengan mengaku bahwa Tiada tuhan melainkan Allah sebagai ikrar bahawa dia tidak akan menyembah tuhan-tuhan selain dari Allah. Dan berikrar akan mengikut ajaran yang dibawa oleh Nabi sebagai Rasul sebab dia tak mungkin tahu tentang agama melainkan dengan tunjuk ajar Nabi. Islam itu bermaksud menyerah diri iaitu menyerah diri kepada Allah dengan mentaati segala suruhan agama tanpa berbelah bahagi. Kaum Arab ketika itu menolaknya bukan kerana mereka sayangkan Lata dan Uzza, kerana mereka telah percaya kepada Allah tuhan yang memiliki Kaabah dari kepercayaan datuk mereka Nabi Ibrahim, tetapi kerana tidak mahu mengikut Nabi yang mengajak kepada amalan soleh dan meninggalkan amalan jahiliyah yang telah berakar umbi dalam masyarakat mereka. Dan antara perniagaan terbesar mereka adalah penjualan berhala.Maka kalau setakat percaya tuhan itu Allah sahaja tetapi engkar suruhannya tidak bermakna sama sekali malah jelas kita mencabar Allah kerana berani menentang Nya.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2508
Registration date: 2009-12-23
Re: Orang-orang Yang Munafik
Zulia wrote: Mereka akan mengisytiharkan keislaman mereka dengan mengaku bahwa Tiada tuhan melainkan Allah sebagai ikrar bahawa dia tidak akan menyembah tuhan-tuhan selain dari Allah. Dan berikrar akan mengikut ajaran yang dibawa oleh Nabi sebagai Rasul sebab dia tak mungkin tahu tentang agama melainkan dengan tunjuk ajar Nabi.
Salam,
Boleh cik Zulia quote ayat al-quran yang menyatakan kena isytihar keislaman? terima kasih.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3392
Registration date: 2008-04-07
Re: Orang-orang Yang Munafik
semut api wrote:tak sedar diri rupanya puak2 akal yg mereka2 ini telah menyembah berhala iaitu akalnya
Apakah Al Quran ada mengajar bahawa menggunakan akal itu bermaknya menyembah berhala?
Cakap tanpa bukti, main sebat sahaja.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26
Re: Orang-orang Yang Munafik
Salam,
Ya, harap tuan semut api bagi bukti bahawa jika guna akal adalah bermakna menyembah berhala. kemukakan ayat-ayat al-quran tentang hal ini supaya kita sama-sama fikirkan.
Jika saya buat kenyataan contohnya spt begini; "orang yang pakai komputer itu seolah-olah dia menyembah berhala".
Tapi kenyataan di atas saya tak dapat tunjukkan bukti bagaimana orang2 pakai komputer itu dikatakan menyembah berhala. Ini bermakna, saya hanya berdusta semata-mata kerana tak dapat tunjukkan bukti. jika saya berperangai macam ini, bolehlah saya disamakan dengan perangai orang-orang kafir dahulu yang hanya tahu cakap "ini sihir yang nyata" tapi bila diminta utk kemukakan bukti bahawa itu sihir nyata mereka berpaling lari.
Ya, harap tuan semut api bagi bukti bahawa jika guna akal adalah bermakna menyembah berhala. kemukakan ayat-ayat al-quran tentang hal ini supaya kita sama-sama fikirkan.
Jika saya buat kenyataan contohnya spt begini; "orang yang pakai komputer itu seolah-olah dia menyembah berhala".
Tapi kenyataan di atas saya tak dapat tunjukkan bukti bagaimana orang2 pakai komputer itu dikatakan menyembah berhala. Ini bermakna, saya hanya berdusta semata-mata kerana tak dapat tunjukkan bukti. jika saya berperangai macam ini, bolehlah saya disamakan dengan perangai orang-orang kafir dahulu yang hanya tahu cakap "ini sihir yang nyata" tapi bila diminta utk kemukakan bukti bahawa itu sihir nyata mereka berpaling lari.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3392
Registration date: 2008-04-07
Re: Orang-orang Yang Munafik
Salam,
Setuju dengan pendapat Bayau. Kalau seseorang berhujah tanpa kemukakan apa-apa bukti, tiada bezanya mereka dengan perangai orang kafir terdahulu yang tidak membawa apa-apa bukti untuk pertahankan amalan ritual mereka.
Itu yang dikatakan, nak mengaku Islam atau beriman, semua orang boleh mengatakannya. Tetapi nak berakhlak seperti Nabi dan Rasul terdahulu yang berkata-kata bersandarkan bukti-bukti yang jelas, kukuh dan nyata, tidak ramai mampu melakukannya. Kebanyakan mereka meniru perangai orang kafir terdahulu yang bercakap menurut rasa (emosi) setiap kali hujah mereka mudah dipatahkan.
Setuju dengan pendapat Bayau. Kalau seseorang berhujah tanpa kemukakan apa-apa bukti, tiada bezanya mereka dengan perangai orang kafir terdahulu yang tidak membawa apa-apa bukti untuk pertahankan amalan ritual mereka.
Itu yang dikatakan, nak mengaku Islam atau beriman, semua orang boleh mengatakannya. Tetapi nak berakhlak seperti Nabi dan Rasul terdahulu yang berkata-kata bersandarkan bukti-bukti yang jelas, kukuh dan nyata, tidak ramai mampu melakukannya. Kebanyakan mereka meniru perangai orang kafir terdahulu yang bercakap menurut rasa (emosi) setiap kali hujah mereka mudah dipatahkan.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26
Re: Orang-orang Yang Munafik
Zulia wrote:Bila ada orang yang nak mengikut agama yang dibawa oleh Nabi. Mereka akan mengisytiharkan keislaman mereka dengan mengaku bahwa Tiada tuhan melainkan Allah sebagai ikrar bahawa dia tidak akan menyembah tuhan-tuhan selain dari Allah.
Seseorang islam atau bukan islam tidak ditentukan oleh diri sendiri, tetapi ditentukan oleh orang lain, sebagaimana dilakukan oleh kaum hawarin, pengikut Nabi Isa:
"Saksikanlah/bershahadatlah (ishad) bahwa kami adalah orang-orang yang berserah/muslim".

faried- Pensyarah
- Number of posts: 915
Reputation: 0
Credits: 1709
Registration date: 2010-04-21
Re: Orang-orang Yang Munafik
Salam Faried,
Benar juga tu. Kalau ikut akuan sendiri, semua orang akan mengaku mereka benar. Macam masuk bakul angkat sendiri.
Orang yang sujud kepada patung di zaman Nabi Ibrahim itu pun takkan mengaku mereka kafir. Di mata mereka, Nabi Ibrahim itulah yang sesatnya, bukannya mereka.
Jadi biarkanlah Allah menjadi saksi apa yang kita semua kerjakan. Kelak Dia akan beritakan apa yang diperselisihkan di muka bumi ini.
Benar juga tu. Kalau ikut akuan sendiri, semua orang akan mengaku mereka benar. Macam masuk bakul angkat sendiri.
Orang yang sujud kepada patung di zaman Nabi Ibrahim itu pun takkan mengaku mereka kafir. Di mata mereka, Nabi Ibrahim itulah yang sesatnya, bukannya mereka.
Jadi biarkanlah Allah menjadi saksi apa yang kita semua kerjakan. Kelak Dia akan beritakan apa yang diperselisihkan di muka bumi ini.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26
Re: Orang-orang Yang Munafik
Juang wrote:Salam Faried,
Benar juga tu. Kalau ikut akuan sendiri, semua orang akan mengaku mereka benar. Macam masuk bakul angkat sendiri.
Orang yang sujud kepada patung di zaman Nabi Ibrahim itu pun takkan mengaku mereka kafir. Di mata mereka, Nabi Ibrahim itulah yang sesatnya, bukannya mereka.
Jadi biarkanlah Allah menjadi saksi apa yang kita semua kerjakan. Kelak Dia akan beritakan apa yang diperselisihkan di muka bumi ini.
ya , kita akan sentiasa mencari alasan utk menegakkan kebenaran kita walau hati kecik kita tahu kesalahan dan ketidak jujuran kita .

othman- Sarjana
- Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1429
Registration date: 2009-10-07
Re: Orang-orang Yang Munafik
faried wrote:Zulia wrote:Bila ada orang yang nak mengikut agama yang dibawa oleh Nabi. Mereka akan mengisytiharkan keislaman mereka dengan mengaku bahwa Tiada tuhan melainkan Allah sebagai ikrar bahawa dia tidak akan menyembah tuhan-tuhan selain dari Allah.
Seseorang islam atau bukan islam tidak ditentukan oleh diri sendiri, tetapi ditentukan oleh orang lain, sebagaimana dilakukan oleh kaum hawarin, pengikut Nabi Isa:
"Saksikanlah/bershahadatlah (ishad) bahwa kami adalah orang-orang yang berserah/muslim".
Salam tuan faried,
saya hanya nak tanya. Apakah pendapat tuan tentang hal di ini? Perlukah kita memanggil kesemua orang dan bersaksi seperti di atas?
sekadar pertanyaan.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3392
Registration date: 2008-04-07
Re: Orang-orang Yang Munafik
ya , kita akan sentiasa mencari alasan utk menegakkan kebenaran kita walau hati kecik kita tahu kesalahan dan ketidak jujuran kita .[/quote]
Sebab itu orang yang mereka-reka itu tidak berani mengatakan mereka benar dng nama Allah. Seperti yang terjadi kepada paderi Nasaro kerana hati kecilnya tahu dia sendiri tidak yakin atau dia tahu yang dia menipu. Seperti yang diceritakan di dlm Al quran. Mereka cuba menipu Allah dan orang-orang beriman tetapi mereka sebenarnya menipu diri mereka sendiri.
Sebab itu orang yang mereka-reka itu tidak berani mengatakan mereka benar dng nama Allah. Seperti yang terjadi kepada paderi Nasaro kerana hati kecilnya tahu dia sendiri tidak yakin atau dia tahu yang dia menipu. Seperti yang diceritakan di dlm Al quran. Mereka cuba menipu Allah dan orang-orang beriman tetapi mereka sebenarnya menipu diri mereka sendiri.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2508
Registration date: 2009-12-23
Re: Orang-orang Yang Munafik
Adakah orang yang hanya berpegang kepada al-quran dikatakan menipu? Atau adakah orang yang berpegang kepada kitab-kitab karangan manusia itu lagi menipu kerana mereka-reka ucapan?

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3392
Registration date: 2008-04-07
Page 1 of 4 • 1, 2, 3, 4 
Similar topics» Kepiting yang dengki
» cerpen pendek islam yang menarik !
» PROGRAM YANG DITAWARKAN SECARA ePJJ - PJJ UiTM
» Original branded perfume dengan harga yang lebih murah
» MASIH RAMAI ORANG ISLAM YANG BUTA AL-QURAAN
» cerpen pendek islam yang menarik !
» PROGRAM YANG DITAWARKAN SECARA ePJJ - PJJ UiTM
» Original branded perfume dengan harga yang lebih murah
» MASIH RAMAI ORANG ISLAM YANG BUTA AL-QURAAN
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 4
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum