Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Orang-orang Yang Berdusta

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Zulia on Fri Mar 12, 2010 10:30 pm

kalau anda memilih tidak mahu bersama orang-orang Islam, terpulanglah kepada anda. Kalau anda rasa anda seorang saja yang benar dan orang lain salah anda ikutlah cara anda sendiri. Atau anda boleh bersama-sama golongan yang seumpama dengan anda yang tidak perlu sujud dan rukuk itu. Adakah anda ingat kami memusuhi anda dengan apa yang anda bawa itu? Kami hanya ingin membantu anda tetapi kalau anda tidak suka atau anda membenci kami, terpulanglah pada anda kerana anda yang menentukan sikap anda sendiri. Kami juga boleh mengambil sikap tidak memperdulikan anda kalau kami mahu.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2508
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Juang on Sat Mar 13, 2010 12:00 am

Saya memilih untuk tidak meniru atau mengikut amalan orang2 yang sembah berhala dan menyekutukan Allah sahaja.

Bukankah penyembah2 berhala itu merasakan mereka sahaja benar dan menganggap sesiapa yang tidak sembah berhala yang sama macam mereka sembah itu adalah salah? Tetapi mereka tidak sedar itu semua.

Saya perlu rukuk dan sujud dalam definasi yang tidak mengandungi unsur2 menyekutukan Allah atau mengadap apa2 objek khusus. Kalau saya nak membongkok untuk memperbetulkan urat2 pinggang saya pun, saya tidak perlu mengadap ke arah sesuatu objek.

Oleh itu definasi sujud yang selari dengan Al Quran adalah hidup merendah diri. Saya nak hidup bersama-sama orang yang merendah diri dan tidak mengada2kan amalan sembahan untuk berbangga diri kononnya merekalah yang layak masuk syurga dengan amalan sebegitu. Dengan tidak menyembah apa2 berhala, saya melihat semua manusia yang tak sembah berhala walaupun amalan hidupnya tak sama macam saya tetap ada peluang untuk masuk syurga selagi mereka berbuat baik. Kalau sebelum ini saya diajar untuk berbangga diri kononnya bila sembah berhala berbentuk itu sahaja yang benar dan mereka yang sembah berhala berbentuk matahari, bulan, busut atau patung2 dikatakan salah (walhal mereka 2x5 sahaja).

Saya juga ingin membantu menyedarkan orang2 yang selama ini tidak tahu apa yang dilakukan melainkan atas dasar mengikut ajaran tradisi. Diajak kepada Al Quran, mereka tak mahu. Jadi terpulanglah, kalau sudah Al Quran pun ditolaknya, saya berlepas diri daripada orang2 yang menyekutukan Allah.

Perumpamaan saya seperti menasihati orang2 yang menghisap rokok bahawa merokok adalah merbahaya kepada kesihatan. Setelah dinasihati, tetapi mereka masih berdegil nak melakukan amalan merokok itu, saya berlepas diri daripada perbuatan mereka itu. Sebab bila mereka sakit atau duit mereka habis kerana merokok, merekalah yang menanggungnya sendiri.

Begitulah perumpamaannya untuk orang2 yang menggunakan akal. Yang tak mahu guna akal, dibagi perumpamaan berupa seekor nyamuk pun mereka masih nak sembah berhala juga.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Juang on Sat Mar 13, 2010 12:55 am

Orang2 yang berdusta itu kena muhasabah diri. Jika mereka sendiri mendustai akal mereka sendiri (tak mahu guna akal) dan mendustai Al Quran (tak percaya pada Al Quran), janganlah nak salahkan orang lain tidak mahu mengikut apa yang mereka ada-adakan. Cerminlah diri itu sendiri terhadap apa yang telah mereka dustai itu.

Saya tidak kisah kalau manusia itu tidak percaya cakap saya kerana saya tak rugi apa2. Malah selama saya menyampaikan peringatan pun bukannya kerana diberi upah atau gaji oleh sesiapa melainkan atas dasar kasih-sayang sesama manusia terutama kaum sendiri yang lemah, ketinggalan dan hidup bercakaran sesama sendiri.

Tetapi kalau manusia itu tidak percaya pada akalnya sendiri dan tidak percaya kepada Al Quran lagi, sudah pasti manusia itu sendirilah yang rugi. Dan orang2 sebegitu (tak mahu berfikir dan tak percaya Al Quran) bukan lagi orang yang layak untuk saya percayai sebab kemungkinan mereka nak berdusta adalah tinggi.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Juang on Sat Mar 13, 2010 8:06 am

Sifat-sifat orang yang benar, dia akan terbuka untuk mendengar hujah orang lain untuk menunjukkan di mana salahnya apa yang disampaikan. Tetapi sifat-sifat orang yang berdusta, dia akan tertutup untuk mendengar hujah orang lain yang membawa bukti-bukti menunjukkan ia salah.

Orang-orang yang benar akan mengizinkan apa yang disampaikannya difikirkan oleh orang lain.

16:44. Dengan bukti-bukti yang jelas, dan Zabur; dan Kami menurunkan Peringatan kepada kamu supaya kamu memperjelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka; dan supaya mereka memikirkan.

Rasulullah tidak takut apa yang disampaikan kepada orang lain difikirkan. Baginda membuka pintu penyelidikan kepada orang lain untuk mengkaji di mana salahnya baginda jika benar baginda seorang tukang sihir. Itulah bukti kebenaran yang ada dalam diri baginda.

Tetapi orang-orang berdusta mereka akan berkata "dalam agama tidak boleh guna akal sendiri". Atau mereka berkata "nak belajar Al Quran kena melalui kami kerana kami sahaja yang benar". Di situ kita sudah nampak mereka takut nak berhujah secara terbuka. Mereka tutup pintu penyelidikan terhadap apa yang mereka sampaikan.

Jadi, bila Allah tunjukkan perbandingan sebegini, kepada orang-orang yang bersifat manakah yang layak kita belajar dengannya? Orang-orang yang benar itukah atau orang-orang yang pendusta?

Hanya orang-orang yang sudah hilang akal sahaja akan mengambil pendusta-pendusta sebagai guru mereka.

p/s: Daripada pengalaman berhujah di alam siber ini, saya nampak orang-orang pendusta akan cepat menghukum orang lain salah tanpa membawa apa2 bukti bila hujahnya dipatahkan. Dengan kata lain, orang yang berdusta mudah marah dan terbakar hatinya bila kita bersoal-jawab dengan mereka. Sebab itu saya tidak mahu belajar dengan dengan golongan pemarah2 sebegitu.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Zulia on Sat Mar 13, 2010 9:29 am

siapa yang tak mendengar cakap siapa. Kalau kita dengar cakap orang mestilah kita pergi belajar. Yang tak dengar itu dia ikutlah sukahatinya sebab dia malas dan beragamalah secara malas. Sebab telah ramai yang mengkaji alquran dari dulu dan mereka mengkaji lebih mendalam dan lebih lama. Bukan seorang malah ramai, mengapa mereka tak menjadi seperti anda. Adakah anda nak kata mereka yang tak mendapat pertunjuk. Sedangkan mereka datang dari zaman yang berbeza-beza dan ada yang lebih hampir dari zaman Nabi. Logik sikitlah kalau nak pakai akal pun.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2508
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Juang on Sat Mar 13, 2010 10:09 am

Sebelum Nabi Muhammad, telah ramai ahli-ahli kitab lebih dahulu mengkaji dan mendalami Taurat, Zabur dan Injil. Tetapi takkanlah disebabkan Nabi Muhammad dilahir kemudian, maka hujah baginda pasal pengajaran Kitab-kitab tersebut itu salah? Adakah Al Quran menceritakan Nabi Muhammad belajar dengan ahli-ahli kitab yang musyrik itu?

Jika ikut penilaian yang sempit orang-orang Yahudi dan Nasrani, ahli-ahli kitab mereka itulah lagi hampir pada zaman Rasul-rasul terdahulu. Sepatutnya ajaran yang mengangkat Uzair atau Al Masih sebagai anak Allah itu boleh diterima oleh Rasulullah yang lahir kemudian daripada ahli-ahli kitab mereka. Tetapi kenapa Rasulullah tidak terima? Sebab wujudnya kontradiksi dakwaan mereka itu dengan ajaran Nabi-nabi terdahulu seperti ajaran Nabi Ibrahim, iaitu bukan seorang yang musyrik.

Begitulah yang kita nampak pada hari ini, walaupun ada ahli-ahli kitab mendakwa menyembah sesuatu objek itu adalah ajaran Nabi kerana kononnya mereka lebih hampir kepada zaman Nabi, tetapi bila kita selidik Al Quran dan nampak kontradiksi dengan ajaran Nabi Ibrahim yang melarang menyembah binaan-binaan manusia, maka hanya orang buta hati sahaja percaya ajaran yang kontradik itu adalah ajaran Nabi.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum