Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Orang-orang Yang Berdusta

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Orang-orang Yang Berdusta

Post by Juang on Wed Mar 10, 2010 4:11 pm

3:94. Sesiapa yang mengada-adakan dusta terhadap Allah setelah itu, mereka itulah orang-orang yang zalim.

29:17. Kamu hanya mengabdikan selain daripada Allah, berhala-hala, dan kamu mencipta kedustaan; sesungguhnya orang-orang yang kamu abdikan selain daripada Allah, tidak berkuasa untuk memberi rezeki kepada kamu. Maka carilah rezeki kamu di sisi Allah, dan abdilah kepada-Nya, dan berterimakasihlah kepada-Nya; kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

61:7. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah apabila dia diseru kepada keamanan? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

39:32. Tetapi siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran apabila ia datang kepadanya? Tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang yang tidak percaya?

16:86. Dan apabila orang-orang yang mempersekutukan melihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah sekutu-sekutu kami, yang kami seru selain daripada Engkau." Mereka melemparkan kembali kepada mereka ucapan, "Sesungguhnya kamu sebenarnya pendusta-pendusta."

16:116. Dan janganlah mengatakan apa yang lidah kamu menyifatkan dengan dusta, "Ini halal, dan ini haram," supaya kamu mengada-adakan dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan beruntung.

11:18. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dikemukakan kepada Pemelihara mereka, dan para saksi berkata, "Mereka itulah orang-orang yang berdusta terhadap Pemelihara mereka." Ingatlah, laknat Allah adalah ke atas orang-orang yang zalim,

7:37. Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau mendustakan ayat-ayat-Nya? Mereka itu, bahagian mereka daripada Kitab akan sampai kepada mereka sehingga, apabila rasul-rasul Kami datang kepada mereka untuk mematikan mereka, mereka berkata, "Di manakah apa yang kamu seru selain daripada Allah?" Mereka berkata, "Mereka telah sesat (hilang) daripada kami", dan mereka menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang yang tidak percaya.

Banyak ayat-ayat Al Quran memberi amaran kepada orang-orang yang berdusta. Walaupun mereka membaca larangan Allah bersujud kepada ciptaan-ciptaanNya, mereka tetap membuat pelbagai alasan untuk membenarkan apa yang telah mereka amalkan selama ini.

Apakah yang mendorong mereka terus berdusta walaupun mereka boleh menyelidiki Kitab Allah yang mereka diwariskan? Semuanya kerana mahu hidup angkuh kononnya merekalah manusia yang dikasihi Allah sedangkan kaum-kaum lain dipandang hina dan kafir. Kononnya mereka adalah golongan yang esklusif di sisi Allah sedangkan kaum-kaum lain dilihat rendah daripada mereka.

Jika manusia itu ada kesedaran untuk melawan keangkuhan itu, secara semulajadinya dia akan meninggalkan sesuatu yang dusta dan diada-adakan. Tetapi kerana mereka nak pertahankan keangkuhan amalan tradisi mereka seperti mana umat-umat terdahulu mempertahankan amalan tradisi mereka walaupun sehingga didatangkan azab, maka amaran dan peringatan Allah yang mereka baca daripada KitabNya itu tidak diendahkan lagi.

Hawa nafsu untuk hidup dalam keangkuhan telah membenamkan kewarasan akal mereka. Kemegahan yang mereka cari dengan menonjolkan sesuatu amalan ritual sembahan mereka hanya menyebabkan mereka sukar diperingatkan dengan ayat-ayat Allah lagi.

Apabila kita merasai sendiri keangkuhan dengan ajaran tradisi, fahamlah kita kenapa umat-umat terdahulu sukar menerima kedatangkan seseorang pemberi peringatan. Fahamlah kita kenapa mereka lebih memilih amalan-amalan yang diada-adakan pembesar-pembesar agama mereka berbanding amalan yang jelas memberikan manfaat dalam hidup seperti membaca, berfikir, menyelidik, mengkaji apa yang ada di langit dan di bumi untuk menyumbangkan manfaat kepada keamanan dan kesejahteraan hidup.

Namun apabila mereka diseru kepada amalan yang bermanfaat, apakah mereka akan terus setia pada yang dusta? Tidakkah mereka sedar segala bentuk pendusta itu hanya membawa mudarat diri sendiri?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Zulia on Wed Mar 10, 2010 5:30 pm

Jika anda seorang yang mengetahui sila anda senaraikan amalan agama yang manakah yang dusta itu?

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2508
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Juang on Wed Mar 10, 2010 7:01 pm

Yang tidak ada dalam Al Quran, dan sekadar menggunakan hikayat khayalan semata-mata untuk dibuat satu ketetapan (bukan berlandaskan logik dan bukti2 saintifik).

Jika seseorang itu sanggup jadikan Al Quran sebagai kayu ukurnya, mudah sahaja dia menemuinya tanpa menyuruh orang lain senaraikan.

Secara logiknya, segala bentuk amalan menyekutukan Allah itu sudah pasti dusta. Walaupun sujud kepada matahari dan bulan itu dusta (sebab itu ada dilarang dalam Al Quran), tetapi sujud kepada mana2 makhluk yang dijadikan simbolik pun dikira dusta. Kalau tidak, orang yang sujud pada matahari akan kata amalannya benar. Maka sia-sia sahaja Al Quran diturunkan kalau semua manusia dakwa amalan penyekutuan itu benar.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Zulia on Wed Mar 10, 2010 7:33 pm

Jadi anda pun tidak pasti apa yang anda cakap. Hanya sekadar berkata-kata tapi anda memang tidak tahu.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2508
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Juang on Wed Mar 10, 2010 7:41 pm

1) Contoh pernyataan yang benar, "Saya berjalan menggunakan kaki".
2) Contoh pernyataan yang dusta, "Saya terbang menggunakan kaki".

Kenapa pernyataan (1) adalah benar?
Kerana ada logiknya iaitu Allah telah menetapkan peraturan sebegitu kepada manusia.

Kenapa pernyataan (2) adalah dusta?
Kerana tiada logiknya iaitu Allah tidak membuat peraturan yang membenarkan manusia terbang dengan gunakan kaki sahaja.

Jadi, apabila datang khabar mengatakan Nabi berjalan menggunakan kaki, dengan Nabi terbang menggunakan kaki, apakah kita nak percaya juga khabar yang mengatakan Nabi terbang menggunakan kaki itu semata-mata diriwayatkan oleh sahabat Nabi dan disahihkan atas nama imam-imam tertentu?

Apakah mereka percaya kepada Allah yang membuat peraturan pada semesta ini, atau pun mereka lebih percaya kepada nama-nama manusia terdahulu itu?

Tidakkah manusia itu ada akal untuk membezakan nilai sesuatu kata-kata yang didengarnya?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Juang on Wed Mar 10, 2010 7:42 pm

Zulia wrote:Jadi anda pun tidak pasti apa yang anda cakap. Hanya sekadar berkata-kata tapi anda memang tidak tahu.

Bukankah saya sudah memberi cara-cara nak membezakan mana yang benar dan mana yang dusta dengan jadikan Al Quran sebagai kayu pengukurnya?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Zulia on Wed Mar 10, 2010 8:30 pm

Anda sila nyatakan apakah amalan itu jika anda seorang yang benar.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2508
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Juang on Wed Mar 10, 2010 8:36 pm

Bukankah telah diulang2 contoh amalan yang dusta seperti menyembah matahari, bulan dan binaan2 manusia. Masih tak nampak2 lagi?

Secara umumnya, segala bentuk amalan yang tidak ada kesan logik sama ada manfaat atau mudaratnya, itulah amalan yang diada-adakan.

Apakah manusia itu tidak mampu memikirkan?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Juang on Wed Mar 10, 2010 8:46 pm

Logik lawannya adalah tidak logik. Jika kaum musyrik terdahulu mengada-adakan amalan yang tidak logik seperti menyembah matahari, bulan, berhala mahupun manusia, maka orang beriman beramal secara logik. Perlu ada bukti2 saintifik membenarkan kenapa amalan itu perlu dilakukan.

Contoh amalan orang beriman seperti yang terdapat dalam wahyu pertama Al Quran adalah "membaca". Membaca jelas memberikan kesan manfaat bila dilakukan dan memberi mudarat jika manusia itu malas membaca.

Berbuat baik juga jelas memberi kesan manfaat baik kepada jiwa sendiri malah kepada manusia lain. Lawan kepada berbuat baik adalah berbuat jahat. Maka kalau manusia itu meninggalkan amalan berbuat baik, dia akan terdorong berbuat jahat.

Menyampaikan sesuatu yang benar juga adalah amalan yang baik. Sebab itu dalam surah Al Ashr meletakkan nilai yang tinggi (keuntungan) kepada orang-orang yang menyampaikan sesuatu yang benar.

Benar lawannya dusta. Apabila amalan menyampaikan yang benar ditinggalkan, kesannya adalah manusia itu akan sampaikan kata-kata dusta. Kata-kata dusta hanya merosakkan jiwa dan minda. Otak tidak mampu berkembang jika berkata dusta. Sebab itu mana ada manusia jadi bijak dengan berdusta seumur hidupnya.

Apabila kita nampak pasangan2 nilai seperti benar-dusta, baik-buruk, lapang-sempit dan sebagainya, maka mudahlah kita nak membezakan sesuatu perkara dalam hidup kita. Bila kita mudah nak membezakan, maka mudahlah kita nak memilih yang terbaik.

Jadi di antara hidup dalam kedustaan dengan hidup bersandarkan bukti kebenaran dan logik, yang mana satu yang terbaik diikuti?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Juang on Wed Mar 10, 2010 9:19 pm

45:6. Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami membacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan mempercayai?

45:7. Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa,

45:8. Yang mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya, kemudian berterusan dalam penyombongan diri, seakan-akan dia tidak mendengarnya; maka berilah dia berita gembira dengan azab yang pedih.

45:9. Dan apabila dia mengetahui sesuatu daripada ayat-ayat Kami, dia mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi mereka, azab yang hina.

45:10. Di belakang mereka Jahanam; dan apa yang mereka telah mengusahakan tidak akan berguna bagi mereka sedikit pun, dan tidak juga yang mereka mengambil sebagai wali (pelindung), selain daripada Allah; bagi mereka, azab yang besar.

Kalau kita kaji sifat manusia yang suka berdusta, ia akan menggunakan nama-nama manusia terdahulu yang dimuliakan oleh sesuatu masyarakat untuk menyebarkan kedustaannya. Manusia itu tidak mampu berkata-kata berlandaskan logik, tetapi atas persangkaan orang-orang terdahulu mereka kerana mana orang sekarang nampak apa yang orang-orang terdahulu itu lakukan dengan jelas.

Berapa banyak kisah dalam Al Quran yang menceritakan tabiat orang-orang yang mendustakan. Kebanyakan mereka adalah pembesar-pembesar agama atau ahli-ahli kitab. Mereka pergunakan status dan perhormatan yang diberikan oleh masyarakat untuk mengada-adakan hukum-hukum atau amalan-amalan dusta.

Dan secara psikologinya, orang-orang berdusta amat tidak menyukai ayat-ayat Allah didengarkan kepada mereka. Ini kerana ayat-ayat Allah amat keras memberi peringatan kepada para pendusta yang berdosa itu. Mereka akan menunjukkan permusuhan kepada orang-orang yang mahu hidup berteraskan ayat-ayat Allah (sesuatu yang benar).

Mereka membuat alasan kononnya Al Quran tidak boleh difahami guna akal. Kena ikut cakap mereka sahaja sebab mereka ada authoriti nak beri petunjuk kepada manusia lain. Di situ sahaja mereka sudah berdusta kerana yang Berkuasa memberi petunjuk kepada mana-mana manusia adalah Allah, bukannya sesuatu pihak. Malah itu menunjukkan mereka berniat nak mengongkong pemikiran manusia agar tunduk kepada kata-kata mereka sahaja.

Bukankah dalam Al Quran ada menceritakan tentang perangai orang-orang Yahudi dan Nasrani yang merasakan dengan jadi seperti mereka sahajalah baru Allah berikan petunjuk? Apakah mereka mahu kembali kepada budaya Yahudi dan Nasrani itu?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Zulia on Wed Mar 10, 2010 9:53 pm

Soalan saya mudah saja, saya tak tanya sifat orang yang dusta, kenapa anda tak cakap amalan mana yang anda kata dusta itu.Terus terang sahaja niat anda itu. Kalau anda yakin kebenaran ajaran anda, sila nyatakan dengan jelas.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2508
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Juang on Wed Mar 10, 2010 10:57 pm

Salam,

Bukahkah saya sudah beri contoh amalan penyekutuan adalah amalan yang dusta? Kenapa semudah itu tidak mampu memikirkan?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Juang on Wed Mar 10, 2010 11:20 pm

10:59. Katakanlah, "Adakah kamu memikirkan rezeki yang Allah menurunkan untuk kamu, dan kamu membuat sebahagiannya haram, dan sebahagiannya halal?" Katakanlah, "Adakah Allah memberi izin kepada kamu, atau kamu mengada-adakan terhadap Allah?"

10:60. Apakah yang mereka menyangka, yang mengada-adakan dusta terhadap Allah pada Hari Kiamat? Sesungguhnya Allah mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak berterima kasih.

Ada manusia membuat hukum untuk mengharamkan sebahagian yang Allah rezekikan dan menghalalkan sebahagian yang lain. Mereka tidak bawakan ayat-ayat Allah malah bukti-bukti saintifik (peraturan Allah pada semesta) untuk membezakan manfaat atau mudarat, melainkan atas dasar persangkaan semata-mata.

Contohnya dalam perihal arak, tiada ayat Al Quran mengatakan arak itu haram. Cuma Al Quran itu memberitahu kesan arak adalah lebih banyak membawa mudarat daripada manfaatnya.

2:219. Mereka menanyai kamu mengenai arak dan judi. Katakanlah, "Pada keduanya mudarat yang besar, dan beberapa manfaat kepada manusia, tetapi mudaratnya adalah lebih besar daripada manfaatnya." Dan mereka menanyai kamu mengenai apa yang mereka patut menafkahkan. Katakanlah, "Yang berlebihan." Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat kepada kamu supaya kamu memikirkan.

5:90. Wahai orang-orang yang percaya, arak, dan judi, dan berhala-berhala, dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung.

5:91. Syaitan hanya menghendaki untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk menghalangi kamu daripada mengingat Allah, dan daripada komitmen (bekerja dengan tekun). Mahukah kamu berhenti?

Oleh kerana arak membawa mudarat yang besar, maka menjauhinya sudah pasti memanfaatkan diri kerana mudarat lawannya manfaat. Arak boleh dijadikan jalan kepada syaitan untuk mewujudkan permusuhan sesama manusia, menyebabkan manusia lupa pada Tuhan dan malas bekerja (akibat ketagihan dan kemabukan arak). Maka sebaik-baiknya adalah berhenti jika orang itu percaya bahawa berhenti meminum arak bawa kebaikan.

Jadi, jangan mudah-mudah nak berdusta meletakkan hukum itu haram ini haram secara membuta-tuli. Sedangkan Rasulullah bila ditanya pasal arak pun baginda tidak kata haram secara total, sebaliknya menggunakan pendekatan berhikmah (rujuk 2:219), patutkah ada manusia mengada-adakan dusta atas nama Allah mahupun nama Nabi?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Zulia on Thu Mar 11, 2010 2:54 pm

Anda tahukah apa maksud khamr? Ia hanyalah salah satu dari perahanan anggur pada waktu itu dan banyak lagi jenis arak lain. Kalau mengikut orang yang mentafsirkan dengan niat tak mahu taat dia akan kata al quran cuma melarang khamr dan bukan arak jenis lain. Dan ada hadis dari Nabi menjelaskan setiap yang memabukkan adalah khamr. Begitu juga tentang solat, orang yang mentafsirkan dengan niat tidak mahu taat, dia hanya kata tidak ada cara solat dalam al quran. Dan ada hadis nabi yang berkata solatlah sebagaimana kamu lihat aku bersolat. Jangan lah berdegil dengan mengambil mudah tanpa mahu belajar tentang ilmu agama. Al Quran menyuruh kita belajar dari mereka yang tahu. ''Dan Kami tidak mengutuskan sebelum kamu kecuali lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui, ''16:43.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2508
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Juang on Fri Mar 12, 2010 11:48 am

Saya hanya mengikut sesuatu yang ditafsir untuk tidak menyekutukan Allah. Takkanlah bila ada orang suruh sekutukan Allah, kita kena taat? Sudah hilang akalkah mereka?

Jadi pada saya, bila datang satu tafsiran yang tidak mengandungi unsur2 menyekutukan Allah dengan tafsiran yang berbau menyekutukan Allah, maka saya jauhi tafsiran yang menyekutukan Allah itu biarpun mereka kata "ini daripada Nabi". Logikkah Nabi mengajar amalan penyekutuan? Sudah hilang akalkah mereka?

Bukankah dosa menyekutukan Allah itu satu yang tidak diampunkan?

Apa yang saya sampaikan hanyalah untuk memberitahu dalam Al Quran tiada perkataan haram terhadap arak. Yang berani tokok tambah hukum yang Allah tidak tetapkan, sudah hilang akalkah mereka?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Zulia on Fri Mar 12, 2010 1:16 pm

Anda tidak bertanya kepada orang yang berpengetahuan. Anda lebih mengikut nafsu sendiri. Anda menolak apa yang anda rasa terpaksa dan bertentangan dengan keinginan anda jadi anda tidak mahu tahu atau belajar kerana anda sememangnya tidak mahu mematuhi kehendak agama. Anda tidak pasti apa sebenarnya kehendak agama kerana anda tidak mahu belajar atau sebenarnya tahu tetapi sekarang anda telah menolak dan tidak mahu beriman dengannya. Tapi anda tak berani beterus terang mungkin kerana anda takut kepada penguasa bukan kerana Allah. Atau anda memang tidak pasti dengan amalan agama yang anda amalkan. Adakah anda menganggap anda pemberi ingatan tetapi takut nak beritahu apakah yang anda mahu ingatkan.Jadi anda memang tidak pasti atau yakin dengan apa yang anda cakapkan.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2508
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Juang on Fri Mar 12, 2010 8:52 pm

Orang yang berpengetahuan, pertama dia tidak akan cakap "dalam agama tidak boleh guna akal". Itu kata-kata orang yang menolak Al Quran.

Kemudian orang yang berpengetahuan tidak akan suruh manusia menyembah berhala atau menyekutukan Allah, sebab itu adalah orang2 yang lebih hina daripada binatang ternak.

Saya hanya menolak sesuatu yang tidak logik dan dusta sahaja sebab orang2 berpengetahuan tidak mungkin mengajar ajaran2 dusta.

Jadi bila Allah sudah tunjukkan pada saya orang2 yang berdusta, buat apa saya bertanya pada pendusta-pendusta itu?

Jika awal2 lagi mereka sudah berdusta dengan mengatakan yang dalam agama tak boleh guna akal, apakah patut saya percaya pada pendusta-pendusta itu?

Adalah lebih baik saya bertukar2 pendapat seperti dalam blog TM. Jadi, sesiapa yang benar, mereka boleh bawakan bukti kebenaran mereka. Saya boleh bertanya orang2 yang berpengetahuan dalam blog terbuka sebegitu.

Yang saya pelik, kenapa manusia itu seolah2 tidak iktiraf saya bertanya orang2 dalam perbincangan blog TM itu. Apakah orang2 dalam blog itu tidak berpengetahuan?

Dahulu masa saya tidak join mana2 blog diskusi pasal Al Quran, mereka kata tidak boleh belajar Al Quran sendiri2. Bila saya join blog diskusi Al Quran untuk belajar, mereka kata saya tak bertanya dengan orang2 berpengetahuan pula. Seolah2 mereka anggap orang2 dalam blog itu tidak berpengetahun dan kononnya merekalah sahaja yang berpengetahuan. Betapa angkuhnya mereka.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Juang on Fri Mar 12, 2010 9:20 pm

Dalam mencari ilmu untuk dijadikan pegangan hidup, saya tidak akan mudah2 percaya pada seseorang manusia. Kalau saya nak bertanya pada seseorang itu, saya akan lihat sejauh mana orang itu menghargai akalnya untuk digunakan dan sejauh mana orang itu mentaati Al Quran.

Sebab apa saya memandang pada akal dahulu sebelum Al Quran? Sebab kalau orang itu ada Al Quran di hadapannya, tetapi tak menggunakan akal, dia tidak akan percaya juga pada Al Quran itu. Oleh itu, untuk saya menilai seseorang itu berpengetahuan atau tidak, saya akan melihat sejauh mana dia menggunakan akalnya dalam seluruh kehidupan.

Bila dia menggunakan akal, baru saya lihat sejauh mana dia memahami Al Quran menggunakan akalnya itu. Kemudian bolehlah saya belajar dengannya.

Tapi kalau awal-awal lagi dia sudah cakap "dalam agama tak boleh guna akal", bagi saya itu bukan seorang yang berpengetahuan, juga bukan seorang manusia, sebaliknya lagi hina daripada binatang ternak.

Tidak pernah Allah melarang berfikir, kerana itulah tool untuk membantu manusia membezakan, mengukur dan menilai sesuatu perkara itu benar atau dusta. Kalau tool itu awal2 sudah ditolak tepi, kebarangkalian manusia itu mengikut ajaran-ajaran dusta adalah tinggi.

Alangkah ruginya hidup saya jika sudah diberikan akal, tetapi tak mahu guna, kemudian main percaya ajaran penyembah-penyembah berhala.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Zulia on Fri Mar 12, 2010 10:06 pm

begitu sekali anda memudahkan perkara agama. Anda kenalkah dengan org yang memberi pendapat dalam blog sehingga anda meletakkan masa depan agama anda pada mereka semata-mata. Tidak ada siapa yg kata tidak menggunakan akal. Yang orang suruh ialah belajar dulu baru kita tahu benar tidak nya sesuatu amalan.belajar tu tak guna akal ke? Yang anda tak mahu belajar tu anda tak nampak pula. Sebabnya anda telah terlebih dahulu menerima fahaman yang mendustakan orang-orang beriman, anda menyimpan perasaan buruk terhadap orang yang mewariskan Al Quran dan menterjemahkan Al quran itu utk anda. Mereka bukan minta duit atau pangkat utk buat itu semua tetapi anda tidak melihatnya sebagai jasa baik, sebaliknya anda kata mereka dusta. Apa untungnya dia menipu anda. Kalau mereka ada niat menipu mereka tak perlu mewariskan al quran itu.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2508
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Orang-orang Yang Berdusta

Post by Juang on Fri Mar 12, 2010 10:24 pm

Pelik, kalau saya memudahkan agama, sudah pasti saya menurut membuta-tuli ajaran tradisi selama ini dan malas menyelidik Al Quran. Tidakkah manusia itu mempunyai minda?

Saya mencari kebenaran melihat apa yang disampaikan, bukannya melihat orangnya. Nabi Ibrahim yang kenal bapanya sendiri pun tak percaya dengan ajaran tradisi. Tidakkah manusia itu memikirkan?

Masalahnya bila saya bertanya orang itu, dia kata "dalam agama tak boleh guna akal", macam mana saya nak belajar dengan orang sebegitu perangainya? Sebab untuk belajar, memerlukan kita guna akal, bukannya jadi pak turut. Tidakkah manusia itu waras pertimbangannya?

Bila saya sudah belajar daripada blog yang terbuka seperti blog TM itu (yang boleh saya berpegang pada hujah2 yang logik), tetapi ada pula manusia kata saya tak mahu belajar, bukankah manusia itu buta hati namanya?

Saya hanya menolak fahaman orang2 yang mendustakan Al Quran. Sebab mana logik seorang yang beriman, tetapi bila sudah sampai ayat2 Allah melarang sujud pada matahari dan bulan malah ada kisah Nabi Ibrahim melarang kaumnya menyembah binaan manusia sendiri, dia masih meneruskan amalan menyembah berhala lagi.

Jangan nak salahkan orang lain kalau orang itu sendiri meletakkan diri mereka setaraf penyembah2 berhala terdahulu. Bukannya saya yang suruh mereka sembah berhala, mereka sendiri yang mengada-adakan sembah berhala itu.

Saya tidak menterjemahkan Al Quran. Bila masa saya jadi penterjemah Al Quran sedangkan saya tak belajar bahasa Arab? Cakap pun tak logik kemudian ada hati nak kata orang lain tidak belajar. Saya hanya menyelidik, mengkaji dan memikirkan pengajaran Al Quran yang telah diterjemahkan seperti mana saya belajar ilmu sains di sekolah dahulu guna buku2 yang telah diterjemahkan. Nampak sangat kepenipuannya mengatakan saya menterjemahkan Al Quran.

Bukan saya mengatakan manusia itu berdusta. Tetapi bila mereka sendiri mengatakan "dalam agama tak boleh guna akal", bukankah mereka sendiri yang berdusta? Malah mana ada ayat Al Quran melarang guna akal dan kena mencari guru2 di kalangan penyembah2 berhala? Sudah pasti kita tidak dapat kebenaran bila bertanya orang-orang yang menyekutukan Allah.

Memang mereka tidak ada untungnya menipu. Mereka pun tahu balasan penipu itu adalah neraka. Tetapi kenapa mereka sanggup suruh sembah berhala dan menyekutukan Allah serta melawan ayat2 Al Quran? Itu yang saya hairankan.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum