Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 1 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 2 Bots

Admin

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3489)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Meningkatkan Kualiti Hidup

View previous topic View next topic Go down

Meningkatkan Kualiti Hidup

Post by Juang on Mon Mar 08, 2010 9:02 pm

Apakah definasi kualiti hidup bagi seseorang individu? Sudah pasti ia berbeza mengikut kayu ukur masing-masing. Bagi orang yang meletakkan wang dan harta-benda (perhiasan zahir) sebagai kayu pengukur kualiti hidupnya, maka dia akan nampak hidup yang berkualiti adalah dengan menjadi seorang yang kaya-raya. Namun bagi orang yang meletakkan takwa (perhiasan batin) sebagai kayu pengukur, maka dia akan nampak hidup yang berkualiti adalah hidup dengan mentauhidkan Allah, berbuat baik, tidak berdusta, menyelidik sesuatu yang didengari, tidak menurut membuta-tuli dan menjauhi segala bentuk kepuakan dan permusuhan.

Al Quran membicarakan tentang bagaimana manusia boleh meningkatkan kualiti hidup zahir dan batin. Namun ia menekankan dahulu tentang meningkatkan kualiti batin manusia dahulu. Ini kerana manusia jadi tertekan (stress) disebabkan kegagalan mengurus jiwanya sendiri walaupun mereka terdiri daripada golongan yang kaya-raya.

Kita kena belajar mengenal apakah punca-punca yang menyebabkan rasa tertekan. Antara perkara-perkara yang biasa menyebabkan manusia tertekan adalah pelajaran, pekerjaan, kesesakan lalu lintas, masalah rumah tangga, bebanan kewangan, politik.

Walaupun banyak perkara yang boleh menyebabkan jiwa tertekan, tetapi cara nak atasinya sebenarnya mudah sahaja. Jadilah orang yang merendah diri dan jangan berdusta. Itulah permulaan untuk mencapai ketenangan jiwa. Bila jiwa tenang, kita tidak mudah merasai tekanan jiwa. Walaupun diuji, kita masih mampu tersenyum gembira. Tiada apa yang perlu ditakutkan melainkan jika membuat sesuatu yang memudaratkan diri sendiri.

Jika kita renungkan, diwujudnya amalan-amalan penyekutukan terhadap Allah kerana manusia itu hendak angkuh sesama manusia dan kerana mereka berdusta. Kalau mereka tidak ada keinginan merasa angkuh dan berdusta, tidak wujud segala bentuk penyekutuan terhadap Allah. Ini kerana ketika kita dilahirkan, kita tidak kenal amalan-amalan penyekutuan dan kita tidak tahu berdusta. Namun bila dididik dengan ajaran-ajaran dusta untuk berbangga diri kononnya kita lebih mulia daripada kaum-kaum lain, mulalah hati menjadi karat dengan keangkuhan dan pendustaan.

Hati yang angkuh dan berdusta tidak akan tenteram selama-lamanya selagi manusia itu tidak belajar merendah diri dan mencari kebenaran. Sebaik sahaja hati itu mula mahu belajar merendah diri dan mencari kebenaran, dia akan merasai perubahan hidupnya semakin tenang, aman, lapang, dan bahagia. Tiada amalan-amalan dusta yang perlu dipercayai membuta-tuli. Apa yang dilakukan hanya sesuatu yang jelas dan kukuh sahaja yang dia faham apa ertinya. Bukannya main buat kerana melihat orang lain buat sedangkan dia tidak tahu apa yang dibuatnya.

Melawan keangkuhan dan pendustaan bertujuan untuk menyedarkan diri kita. Untuk meletakkan diri kita di atas bumi yang nyata. Keangkuhan menyebabkan manusia lupa diri dan terapung di awangan. Tetapi bila kita merendah diri, maka kita tahu di mana kita berada. Apabila kita tahu di mana tahap kita berada, maka mudahlah kita memulakan proses peningkatan kualiti diri. Kita akan sedar di mana kelemahan diri, dan apa yang perlu diperbaiki. Kita akan nampak di mana potensi diri, dan apa yang perlu kita lakukan untuk mengasahnya.

Jika kita konsisten berusaha meningkatkan kualiti diri, pasti suatu masa nanti tahap kita akan lebih tinggi daripada yang sebelumnya. Kita dapat rasakan hidup ini mudah dikawal sebab banyak perkara-perkara yang tersembunyi dalam diri kita telah kita ketahui. Umpamanya tahap kesihatan kita sudah semakin baik. Jika dahulu kita mudah kena demam dan selsema, namun bila kualiti diri kita semakin meningkat, kita jarang kena penyakit sebab kita sudah tahu macam mana nak kawal kesihatan.

Banyak rahsia diri yang boleh kita terokai jika kita seorang yang suka berfikir dan menyelidik sesuatu perkara tentang diri kita sendiri. Seperti kita memandu kereta. Apabila kita tahu selok-belok pemanduan, kita mudah memandu dengan yakin dan tenang berbanding semasa mula-mula belajar memandu kereta dahulu.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Meningkatkan Kualiti Hidup

Post by Juang on Tue Mar 09, 2010 8:51 am

Katakan kita hendak membeli sebuah kereta baru. Oleh kerana kita akan membayar harga yang mahal, sudah pasti kita mahukan kereta yang berkualiti, selesa, mudah dipandu dan mudah dijaga. Kita mempunyai hak untuk memilih yang terbaik ke atas apa yang kita ingin belikan daripada duit kita sendiri.

Begitulah apabila kita hendak mencari cara hidup manakah yang terbaik kita ikuti. Ada manusia mempromosikan kehidupan yang sempit dengan macam2 hukum dan amalan ritual yang tidak masuk akal. Dan ada manusia yang mempromosikan kehidupan yang lapang dan hukum-hukum yang logik difikirkan. Oleh kerana setiap jiwa akan membayar nyawanya di dunia ini untuk mengikut cara hidup mana yang terbaik, maka semua manusia berhak memilihnya.

Janganlah ada yang mendengki seperti kaum musyrik terdahulu mendengki apabila datang para Rasul mereka menawarkan cara hidup yang lapang, mudah dan bersistematik di kala mereka hidup dalam kesempitan, menyusahkan dan kacau-bilau.

Janganlah ada yang membenci seperti kaum musyrik terdahulu membenci apabila datang para Rasul mereka menawarkan cara hidup yang aman dan sejahtera di kala mereka hidup berpuak-puak berbangga diri.

Janganlah ada yang memusuhi seperti kaum musyrik terdahulu memusuhi apabila datang para Rasul mereka menawarkan cara hidup yang berkualiti di kala mereka hidup menurut membuta-tuli.

Kalau kita sendiri promosi barangan yang buruk dan tidak berkualiti, kenapa harus menyalahkan orang lain yang promosikan barangan yang baik dan berkualiti? Tidakkah mereka mempunyai akal?

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum