Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Tanda-tanda kedatangan bencana

View previous topic View next topic Go down

Tanda-tanda kedatangan bencana

Post by Juang on Sun Mar 07, 2010 1:07 pm

28:58. Dan berapa banyaknya bandar raya yang Kami telah memusnahkan yang kehidupannya bersenang-senang dengan keangkuhan! Itulah tempat-tempat tinggal mereka, yang tidak didiami selepas mereka, kecuali sedikit sahaja; Kami Sendiri adalah pewaris-pewaris.

28:59. Namun begitu, Pemelihara kamu tidak memusnahkan bandar-bandar raya sehingga Dia membangkitkan di ibu kotanya seorang rasul untuk membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan Kami tidak memusnahkan bandar-bandar raya melainkan bahawa penduduknya zalim.

Sesuatu tempat yang mempunyai ramai penduduk (bandar) akan dimusnahkan apabila manusia di dalamnya hidup bersenang-lenang dengan keangkuhan. Al Quran tidak spesifikkan keangkuhan bagaimana. Tetapi segala jenis keangkuhan termasuk merasa angkuh kononnya dengan amalan ritual nenek moyang mereka, merekalah golongan yang benar dan amalan ritual nenek moyang kaum lain, mereka kata salah, itu tanda-tanda melayakkan mereka ditimpa azab yang keras.

Namun sebelum Allah nak turunkan azab yang memusnahkan sesuatu bandar itu, akan didatangkan pembaca ayat-ayatNya kepada mereka supaya mereka tiada alasan untuk menyalahkan Allah di atas bencana yang ditimpakan itu. Janganlah kelak selepas bencana itu terjadi, mereka katakan Allah berlaku zalim kepada mereka kerana tidak datangkan pembaca ayat-ayatNya. Walhal semasa pembaca itu datang, mereka menolak dengan bermacam-macam alasan.

Bila sudah disampaikan segala macam ayat-ayat Allah untuk mengetuk dan melembutkan hati mereka, namun mereka masih engkar dan degil (keras hati), maka nyatalah mereka adalah penduduk yang layak diazab.

Dulu tertanya-tanya juga kenapa bandar Acheh yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah itu ditimpa bencana sedemikian rupa? Sedangkan selalu kita dengar daripada para pembesar agama mengatakan kononnya selepas zaman Nabi Muhammad, tidak ada lagi manusia akan diazab sedemikian rupa. Namun Kuasa Allah lebih hebat daripada kuasa pembesar agama itu.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Tanda-tanda kedatangan bencana

Post by Juang on Sun Mar 07, 2010 1:23 pm

Kita telah nampak perkaitan kedatangan azab Allah itu dengan keangkuhan. Kenapa iblis dilaknat dahulu pun kerana angkuh. Iblis merasa angkuh kononnya penciptaannya daripada api lebih baik daripada tanah. Namun, andaikata Adam itu diciptakan daripada api sekali pun, jika iblis sudah rasa dirinya lebih baik daripada Adam (merasa angkuh), sudah pasti dia akan cari alasan lain untuk tidak mahu merendah diri kepada Adam yang lebih berilmu daripadanya.

Lihatlah bagaimana manusia sesama manusia berpecah-belah walhal sesama mereka diciptakan daripada tanah. Ada yang angkuh kononnya merekalah puak yang benar, dan yang lain dilabelkan sesat. Ada yang angkuh kononnya sujud kepada bangunan kotak adalah benar, sedangkan sujud kepada matahari, bulan, patung atau busut dikatakan salah. Mereka hanya nak hidup dalam keangkuhan sahaja dan menjadikan apa yang ada pada mereka alasan untuk menunjukkan keangkuhan.

Andaikata mereka lahir daripada keturunan yang sembah gunung, pasti mereka buat bermacam-macam alasan untuk mengatakan amalan mereka itu benar dan yang sembah bangunan kotak itu salah. Syaitan telah meniup api permusuhan sesama mereka kerana perbezaan cara amalan sembahan.

Di sinilah kita nampak logik kenapa Allah suruh para Rasul membasmi amalan sembahan pada sesuatu objek itu kerana ia adalah punca manusia bersikap angkuh. Bila sesuatu bandar itu penuh dengan manusia yang angkuh dengan amalan sembahan masing-masing, kebarangkalian kedatangan azab Allah itu semakin hampir sedangkan mereka tidak menyedari.

Memanglah pada hari ini tidak siapa yang percaya mereka akan ditimpa bencana. Kalau kita menulis sebegini sebelum tragedi tsunami di Acheh dahulu pun, tiada siapa nak percaya di sana akan ditimpa bencana.

Namun bak kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya...

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum