Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3489)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Komitmen manusia daripada asalnya

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Re: Komitmen manusia daripada asalnya

Post by tolokminda on Mon Mar 08, 2010 6:27 pm

Salam Zulia,

Dari apa yang saya ketahui dan nilai sehingga hari ini, saya yakin bahawa solat bukan bermaksud sembahyang, tetapi ia bermaksud komitmen. Keyakinan saya, saya perolehi dari pemikiran dan kajian saya sendiri walaupun pada mulanya orang lain yang mengilhamkan kepada saya. Jadi saya percaya orang lain yang "mempunyai banyak persoalan yang tak dapat dijawab dalam kepala mereka" pun akan berbuat yang sama.

Saya tidak kenal Juang. Tetapi dari mula saya menemui forum ini dan forum terjah, saya lihat Juang sudah pun mempunyai perspektif yang agak sama seperti saya. Saya tak anggap dia berubah kerana baca blog saya. Blog saya tu lebih baru dari penyertaan saya di forum ini. Saya sendiri menggunakan blog saya untuk belajar. Sebelum ada blog itu saya sendiri sukar memahami misalnya konsep ketetapan yang direstui untuk perkataan masjid dan sebagainya. Selepas saya menulis dan membuat kajian sendiri, barulah saya faham dan yakin mengenainya.

Kalau puan ingat saya sudah season dengan perspektif saya terhadap Islam berdasarkan Al-Quran - puan silap. Saya sebenarnya baru belajar. Dan saya percaya Juang pun sedang belajar. Dan kebetulan kami melihat sesuatu dari perspektif yang sama. Itu saja.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 1945
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Komitmen manusia daripada asalnya

Post by Juang on Mon Mar 08, 2010 6:53 pm

Salam,

Benar apa yang saudara TM katakan itu. Sebelum saya baca perseptif TM pasal erti solat, saya sudah nampak yang solat bukannya amalan ritual berdasarkan ayat ;

24:41. Tidakkah kamu melihat bagaimana segala yang di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing - Dia mengetahui solatnya, dan sanjungannya; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat.

Kita lihat makhluk2 lain, tiada pun pergerakan berbentuk sembahan kepada objek2 tertentu.

Kemudian TM masuk sini membawa pendapat pasal solat adalah komitmen. Dan bila saya kaitkan balik dengan ayat 24:41, ada kebenarannya.

Jadi, jangan cuba nak salahkan TM kononnya seolah2 kerana dia, saya tak percaya solat itu adalah amalan ritual. Kalau saya nak jadi penurut, baik saya main percaya saya apa yang telah diterapkan selama ini. Tapi apa yang saya buat atas tanggungjawab diri saya sendiri bila Allah tunjukkan macam2 kontradiksi yang saya temui dalam ajaran tradisi saya.

Penerokaan saya dan pengkajian saya hanyalah untuk diri saya sendiri. Jika kebetulan sama dengan individu lain, semuanya kerana kami letakkan logik sebagai pegangan. Seperti kita sama2 boleh percaya bahawa 1+1=2 kerana ia suatu yang logik dan tidak boleh dicabar.

Sifat orang yang mencari kebenaran, mereka mencari jawapan yang logik, kukuh, tidak bercanggah antara satu sama lain. Barulah capai keyakinan. Saya tak nak jadi macam orang2 musyrik terdahulu yang menyandarkan perbuatan mereka kerana mereka nampak bapa-bapa mereka buat macam itu. Nampak sangat mereka tak tahu apa yang mereka buat.

Bila saya nampak kontradiksi dalam sesuatu perkara, saya akan mencari jawapan yang paling logik untuk saya pegang. Jadi kalau ada yang gagal bawakan hujah2 yang logik, tak perlulah nak salahkan TM di atas kepercayaan saya selama ini.

Saya kembali kepada Allah pun sendirian nanti, bukannya TM tolong hantarkan. Kalau dia tolong hantar pun, sampai lubang kubur sahaja (itu pun kalau Allah takdirkan kami bertemu di alam realiti).

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Komitmen manusia daripada asalnya

Post by Zulia on Mon Mar 08, 2010 7:13 pm

Salam tuan,
Bagi saya solat adalah perkara yang utama dalam agama. Kalau salah tafsiran kita tentang solat atau perlaksanaan kita tentang solat maka rosaklah agama. Tuan nampak kah bagaimana Nabi sembahyang? Tetapi tuan berani menilai dan membuat tafsiran sendiri. Siapakah rujukan tuan? atau sudahkah tuan belajar ilmu agama dari semua pandangan? Tuan kata tuan baru nak belajar, tuan belajar dengan siapa? Maksudnya tuan masih tidak pasti solat sebenar. Tetapi tuan berani menuduh pihak lain dusta. Sepatutnya tuan sudah tahu dan yakin barulah tuan boleh membuat tuduhan itu. Kalau masih tidak pasti tuan sudah menyebarkannya bermaksud tuan berniat menyampaikan kepada orang lain. Bagaimanakah di akhir kajian nanti tuan menemui jawaban yang sebaliknya. Kalau kita tersalah tafsir sendiri kesannya pada kita seorang. Tetapi kalau orang-orang lain membaca dan mengikut tafsiran kita mereka juga akan menerima kesannya.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Komitmen manusia daripada asalnya

Post by tolokminda on Mon Mar 08, 2010 10:57 pm

Salam Zulia,

Puan kata keyakinan saya bahawa perkataan solaa membawa maksud komitmen sebagai berisiko tinggi. Kalau salah, saya akan menanggung akibatnya. Tetapi adakah puan pernah terfikir sebaliknya kalau puan yang salah? Jadi dengan rendah hati saya fikir - seperti saya - puan juga tidak terlepas tanggungjawab untuk membuat pemeriksaan teliti ke atas kepercayaan puan. Jika puan takut saya salah, tidakkah puan juga harus takut mereka yang puan ikut juga salah?

Kalau puan berpendapat ramai bermakna betul - Hindu pun ramai, Kristian pun ramai, Buddha pun ramai. Tidakkah puan pernah terfikir mengenainya?

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 1945
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Komitmen manusia daripada asalnya

Post by Zulia on Tue Mar 09, 2010 12:39 am

Adakah saya kata tuan salah? Saya bukan jenis menuduh orang dan saya bukan yang suka menghina orang walaupun orang itu bersikap tidak baik kepada saya. Sebab itu saya meminta tuan bersaksi dengan nama Allah jika tuan membawa sesuatu yang benar dariNya tapi tuan yang menolak. Saya termasuk didalam orang yang bersolat dan saya yakin dengannya dan berpegang dengannya walaupun kepala saya dipenggal. Saya bersaksi dengan nama Allah, sesungguhnya solatku dan ibadatku, dan hidupku dan matiku adalah kerana Allah. Saya bukan lah yang terbaik dikalangan orang Islam dan saya pernah mengharungi zaman kegelapan dan hawanafsu dan saya tahu perbezaan antara amalan soleh dan amal mungkar dan bagaimana rasa berdosa dan bagaimana rasa keimanan. Allah telah menyempurnakan kurnia dan hajat saya melalui solat-solat saya. Dan saya yakin Allah akan membantu saya dalam apa jua masalah saya termasuk perkara tuan.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Komitmen manusia daripada asalnya

Post by tolokminda on Tue Mar 09, 2010 6:38 am

Salam Zulia,

Bagaimana saya nak bersaksi atas diri saya sendiri? Kalau masing-masing jadi saksi diri sendiri siapa nak kata dia buat salah? Orang sembah kambing pun akan kata dia betul. Saya tak perlu bersaksi atas diri saya sendiri kerana biar apa pun yang saya kata, akhirnya akan terpulang kepada Tuhan.

Cuba kita renungkan baik-baik apa Tuhan kata;

6:116
Dan jika kamu ikut majoriti mereka di bumi ini, mereka akan memimpin kamu sesat dari jalan Allah - mereka hanya menuruti khayalan dan mereka hanya berdusta.

6:153
Dan inilah jalanKu, yang benar oleh itu ikutilah ia, jangan ikuti jalan-jalan yang lain, kerana mereka akan memimpin kamu menjauhi jalanNya - inilah yang telah ditetapkan kepada kamu supaya kamu berlindung.

Kalau Zulia nak tahu apakah jalan Tuhan yang Dia suruh kita ikuti sila baca ayat 148 - 152 surah Al-An'am iaitu ayat-ayat sebelum 6:153 tu.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 1945
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Komitmen manusia daripada asalnya

Post by Zulia on Tue Mar 09, 2010 9:07 am

Tidak ada yang bertentangan ayat-ayat itu dengan apa yang saya amalkan. Sesiapa pun boleh mentafsirkan mengikut akal dan keinginannya. Kalau hatinya cenderung utk tidak beramal maka itulah yang dia akan dapat.Adakah tuan memegang agama ini sama dengan mereka yang menyembah kambing sehingga tuan tidak dapat membezakannya.Bila keyakinan kita tidak sepenuhnya kepada Islam maka kita juga tak dapat membezakan antara agama-agama yang lain.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Komitmen manusia daripada asalnya

Post by tolokminda on Tue Mar 09, 2010 1:02 pm

Salam Zulia,

Saya rasa saya telah memberi pandangan yang secukupnya, saya juga sudah beri puan contoh-contoh yang boleh puan periksa untuk penilaian sendiri. Saya tidak ada misi peribadi terhadap puan, oleh itu saya serahkan sepenuhnya kepercayaan puan kepada diri puan sendiri.

Kalau ada masa joinlah perbincangan di blog saya.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 1945
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Komitmen manusia daripada asalnya

Post by Zulia on Tue Mar 09, 2010 2:32 pm

Salam tuan,
Saya juga ada misi saya sendiri untuk mendekat diri dengan agama. Pesan saya utk tuan dan diri saya sendiri ialah agama bukan sekadar agak-agak sahaja tetapi suatu yang kita yakin dengan iman dan kita bersaksi atasnya dan ia terkandung didalam dua kalimah syahadah kita.
Saya memang ada melawati blog tuan sebagai pemerhati dan saya tahu tuan seorang yang berfikir jauh dan saya hanya cadangkan tuan kaji semula niat kita beragama, siapa kita, siapa Nabi kita, dan betulkah kita benar kenal dengan Allah yang maha agung. Semoga niat yang ikhlas utk mendekatkan diri kepada Allah akan menemui jalan kebenaran yang hakiki.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Komitmen manusia daripada asalnya

Post by Juang on Tue Mar 09, 2010 3:32 pm

Salam,

Apakah orang2 yang mengkaji, meneliti, memikirkan dan membuat pertimbangan yang mana paling baik diikuti sama dengan orang2 yang take for granted apa yang telah diterima secara tradisi? Yang mana satukah yang main agak2?

Masing2 ada otak nak memikirkan.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Komitmen manusia daripada asalnya

Post by Zulia on Tue Mar 09, 2010 5:26 pm

Juang wrote:Salam,

Apakah orang2 yang mengkaji, meneliti, memikirkan dan membuat pertimbangan yang mana paling baik diikuti sama dengan orang2 yang take for granted apa yang telah diterima secara tradisi? Yang mana satukah yang main agak2?

Masing2 ada otak nak memikirkan.

Yang agak2 tu yang tak tahu mana nak ikut lalu dia sendiri saja buat-buat tahu walaupun dia memang tak tahu dan tak mahu bertanya mereka yang tahu.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Komitmen manusia daripada asalnya

Post by Juang on Tue Mar 09, 2010 6:40 pm

Salam,

Sebab itulah bila ditanya tentang sesuatu amalan atau perbuatan, jangan main agak-agak kononnya amalan itu dibuat kerana ada orang nampak Nabi buat macam itu. Ini namanya agak-agak atau bersangka-sangka.

Bawalah jawapan yang logik sikit.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Komitmen manusia daripada asalnya

Post by Zulia on Tue Mar 09, 2010 7:41 pm

Sebenarnya kita kena belajar tentangnya bukan tanya sebarangan. Mereka yang jahil dan tidak mahu pula belajar tidak akan tahu.Itulah logik proses menuntut ilmu. Dan memang menjadi kewajiban kita utk menuntut ilmu terutamanya ilmu agama. Begitulah bila kita ikhlas beragama. Bukan menyombongkan diri dengan menuduh orang lain tidak betul. Itu bukan sikap orang nak belajar. Itu sikap orang kurang ajar. Tanyalah hati sendiri apakah kita benar-benar mencari kebenaran dengan ikhlas.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Komitmen manusia daripada asalnya

Post by Juang on Tue Mar 09, 2010 10:27 pm

Salam,

Apabila kita mencari logik, itu belajarlah namanya.

Bila ada sesuatu yang tak betul, kenalah dikatakan tak betul. Jika ditegur sesuatu yang tak betul, maka orang yang menegur itu dituduh sombong, bila masa yang tak betul nak diperbetulkan?

Bila kerajaan beri amaran, merokok membahayakan kesihatan (untuk memperbetulkan diri orang yang merokok), takkan kita nak kata kerajaan menyombong diri semata-mata kita nak pertahankan amalan merokok itu?

Sikap manusia, bila tok gurunya kata kaum yang sembah patung itu kafir, maka mereka tidak anggap tok gurunya sombong. Tetapi bila peringatan Al Quran dirasakan terkena pada dirinya, mulalah nak dikatakan orang yang bawa peringatan Al Quran itu sombong.

Sedikit sekali manusia memikirkan.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Komitmen manusia daripada asalnya

Post by Zulia on Tue Mar 09, 2010 11:05 pm

Sebab itu orang yang baca al quran dia nampak dirinya sebagai hamba dan bertambahlah kebesaran tuhan. Dan dia membacanya dengan penuh keinsafan dan ketakutan kepada Allah. Lalu dia merasa rendah diri. Mengapa ada pula yang menjadi sebaliknya? Sekurang-kurangnya saya tahu pendirian Tolokminda dan dia akui tidak membawa ajaran selain daripada dia mencari jawaban utk dirinya sendiri. Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka yang bertaubat dan berniat ikhlas kerana Allah.Ketika syaitan berjanji akan menyesatkan anak Adam, dia pasti akan menyesatkan manusia kecuali mereka yang ikhlas.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Komitmen manusia daripada asalnya

Post by Juang on Tue Mar 09, 2010 11:20 pm

Bila nampak Kebesaran Tuhan, maka teruslah bergantung kepada Tuhan. Yang pergi bergantung kepada selainNya itu buat apa?

Ini baru diseru mentauhidkanNya, dikatakannya orang2 yang menyerukan mentauhidkan Allah itu sombong. Merendah diri ke itu?

Seumpama budak yang ponteng sekolah diseru oleh cikgunya agar kembali fokus pada pelajaran, alih-alih cikgu itu dituduhnya sombong. Kalau macam itu, bila masa budak itu nak fokus pada pelajarannya?

Begitulah bila Allah bangkitkan orang2 yang seru manusia kembali fokus kepadaNya, alih-alih orang2 itu dicerca, dimusuhi dan sebagainya.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Komitmen manusia daripada asalnya

Post by Zulia on Tue Mar 09, 2010 11:29 pm

sebab kita tahu yang mana guru dan yang mana murid macam buah cempedak di tepi pagar tu..he he.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum