Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Tak guna akal itu najis

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Go down

Tak guna akal itu najis

Post by Juang on Fri Feb 26, 2010 3:42 pm

10:99. Dan sekiranya Pemelihara kamu mengkehendaki, sesiapa yang di bumi tentu percaya, kesemua mereka, kesemuanya. Adakah kamu akan memaksa manusia sehingga mereka menjadi orang-orang mukmin (yang mempercayai)?

10:100. Tiadalah bagi sesuatu jiwa untuk mempercayai, melainkan dengan izin Allah, dan Dia meletakkan najis ('rrijsa) ke atas orang-orang yang tidak menggunakan akal.


Selain orang2 yang tidak menggunakan akal diletakkan taraf sebagai najis, orang2 menyekutukan Allah (musyrik), hipokrit (munafik), berhala2 juga adalah najis.

9:28. Wahai orang-orang yang percaya, orang-orang yang menyekutukan adalah najis (najasuun); maka janganlah membenarkan mereka mendekati batasan ketetapan2 yang direstui (masjidil haram) selepas tahun mereka ini. Jika kamu takut akan kemiskinan, sungguh, Allah akan mencukupkan kamu daripada pemberian-Nya, jika Dia mengkehendaki; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:95. Mereka (orang2 Arab yang hipokrit - rujuk drp ayat 9:90 & 9:97) akan bersumpah kepada kamu dengan Allah, apabila kamu balik kepada mereka, supaya kamu berpaling daripada mereka. Maka berpalinglah daripada mereka kerana mereka adalah najis (rijsuun), dan tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan.

22:30. Demikianlah, dan sesiapa memuliakan hal-hal Allah yang suci, maka ia yang lebih baik baginya di sisi Pemeliharanya. Dan dihalalkan bagi kamu adalah binatang ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu. Dan jauhilah najis ('rrijsa) berhala-berhala, dan jauhilah ucapan dusta,


Daripada situ kita nampak, akibat hidup tidak menggunakan akal, manusia akan jadi musyrik, munafik dan penyembah2 berhala.

Jadi, bila ada manusia berkata dalam beragama tidak boleh menggunakan akal, hakikatnya mereka telah meletakkan diri mereka setaraf dengan najis, tetapi mereka tidak menyedari.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Tak guna akal itu najis

Post by Juang on Sat Feb 27, 2010 10:54 am

Kalau ikut Kehendak Allah, Dia boleh letakkan kepercayaan pada hati manusia ke semuanya sebab Dia Maha Berkuasa. Namun disebabkan manusia diberikan pilihan untuk percaya atau tidak, maka terpulanglah kepada mereka. Kelak mereka kena bertanggungjawab terhadap sesuatu yang mereka pilih.

Cara nak dapat kepercayaan (iman) adalah dengan menggunakan akal. Sesiapa yang menolak akalnya sendiri, Allah akal letakkan najis di atas mereka (menggantikan akal itu) sehingga menyebabkan mereka sukar nak berfikir lagi.

Usaha berfikir itulah cara kita nak mendapat keimanan yang sebenar. Dengan kata lain, iman tidak akan masuk ke dalam hati dengan cara warisan keturunan. Jika seseorang itu anak kepada seorang Nabi sekali pun, tetapi dia memilih hidup menolak akalnya sendiri, tetaplah dia akan jadi orang2 yang engkar dan musyrik. Contohnya anak Nabi Nuh.

Tetapi kalau seseorang itu menggunakan akal, walaupun lahir dari keturunan penyembah berhala, pasti Allah akan izinkan dia mencapai keimanan. Contohnya Nabi Ibrahim.

Namun berapa ramai manusia nak mencontohi Nabi Ibrahim yang tidak menyembah apa2 objek itu walaupun kaumnya musyrik? Sedikit sekali mereka mengambil pelajaran.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Tak guna akal itu najis

Post by Juang on Sun Feb 28, 2010 7:25 pm



26:69. Dan bacakanlah kepada mereka berita Ibrahim.

26:70. Apabila dia berkata kepada bapanya dan kaumnya, "Apakah yang kamu sembah?"

26:71. Mereka berkata, "Kami menyembah patung-patung, dan tetap bertekun padanya."

26:72. Berkata, "Adakah mereka mendengar kamu apabila kamu menyeru?

26:73. Atau mereka memanfaatkan kamu, atau memudaratkan?"

26:74. Mereka berkata, "Tidak, tetapi kami mendapati bapa-bapa kami berbuat seperti yang demikian."

Patung-patung, blok-blok batu, mahu pun busut tidak mampu memberi manfaat atau memudaratkan manusia jika manusia menyeru ke arahnya biarpun atas nama berdoa kepada Allah.

Tidak lain dan tidak bukan amalan itu dilakukan atas dasar mengikut bapa2 atau nenek moyang sahaja.

26:75. Berkata, "Dan, adakah kamu memikirkan apa yang kamu sembah,

26:76. Kamu dan bapa-bapa kamu yang terdahulu?

26:77. Mereka adalah musuh kepadaku, kecuali Pemelihara semua alam,

Yang menyebabkan mereka menurut sahaja amalan bapa2 mereka itu kerana mereka tidak memikirkan apa yang mereka sembah. Sebab itulah dikatakan orang yang tidak berfikir itu Allah letakkan najis di atas mereka. Otak mereka jadi kotor sampai tahap menyekutukan Allah dengan sesuatu objek.

26:78. Yang mencipta aku, dan Dia, Dia Sendiri memberi petunjuk kepadaku,

26:79. Dan Dia, Dia Sendiri memberi aku makan dan minum,

26:80. Dan setiap kali aku sakit, Dia menyembuhkan aku,

26:81. Yang mematikan aku, kemudian menghidupkan aku,

26:82. Dan yang aku menginginkan akan mengampuni aku atas pelanggaranku pada Hari Agama (Pengadilan).

Tuhan yang disembah oleh Nabi Ibrahim adalah Tuhan memberi petunjuk kepada dia sendiri tanpa melalui pembesar2 agama. Itulah Tuhan Maha Perkasa.

Tetapi bagi orang musyrik, "tuhan" mereka kena melalui perantara (pembesar2 agama) untuk memberi petunjuk kepada masyarakat. Betapa lemahnya "tuhan" yang mereka sembah itu.

Tuhan yang ada dalam hati orang beriman adalah Tuhan yang tiada sebarang kelemahan untuk membantu setiap manusia tanpa perantaraan.

Jika manusia itu nak ilmu, maka ikut hukum Tuhan iaitu kena berusaha untuk belajar, berfikir, mengkaji dan mempraktik, barulah ilmu itu sampai.

Jika manusia itu hendak makan dan minum, maka ikut hukum Tuhan iaitu kena rajin berusaha mencari pekerjaan yang melayakkan dapat rezeki.

Jika manusia itu hendak kesihatan, maka ikut hukum Tuhan iaitu jaga permakanan dan sentiasa memastikan peredaran darah dalam badan lancar seperti mengawal lemak, bersenam, berfikir etc. Sentiasa hidup dalam bersemangat dan ceria, kerana ia akan menstabilkan tubuh-badan.

Kalau dapat sakit pula, maka ikut hukum Tuhan iaitu mencari ubat , berehat dan punca penyakit untuk mengelak penyakit itu berulang lagi.

Itulah cara menyembah Tuhan, sebab kena manfaatnya jelas. Dan kalau tak buat, dapat mudarat.

Tetapi apakah amalan sembahan ke arah matahari, bulan, patung, bangunan atau busut itu memberi apa2 nilai jika buat atau tidak? Tidakkah mereka memikirkan?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Tak guna akal itu najis

Post by Juang on Sun May 09, 2010 1:44 am

Jika Allah telah letakkan najis kepada orang-orang yang tidak mahu menggunakan akal, sudah pasti output yang mereka keluarkan (ucapan dan perbuatan) sebagai cermin sifat-sifat mereka juga suatu yang buruk atau busuk.

Mereka akan jadi kaum yang busuk hati yang saling dengki sesama sendiri. Orang Melayu terkenal dengan penyakit hasad dengki. Mungkin kebusukan hati itu ada kaitannya dengan sikap pemalas berfikir yang sebati dengan jiwa Melayu. Di sini kita nampak logiknya mengapa Al Quran menyamakan orang yang tidak menggunakan akal itu sebagai najis kerana kesan pemalas berfikir itu menyebabkan mereka jadi kaum yang kuat berhasad dengki.

Kedengkian membawa mereka berpecah-belah. Dalam politik, mereka jadikan Islam sebagai alasan untuk berpecah-belah dan berpuak-puak. Juga dalam bab siapa yang ikut Nabi, mereka wujudkan puak Sunnah atau Syiah disebabkan berbeza imam kesukaan mereka yang meriwayatkan hikayat-hikayat Nabi. Yang Sunnahnya kata, imam-imam mereka lebih sahih mengumpulkan riwayat hadis yang kononnya bersumberkan para sahabat Nabi. Yang Syiahnya pula kata, imam-imam mereka lagi betul sebab mereka dapat riwayat hadis melaui sumber daripada keturunan Nabi.

Namun bila kita ajak mereka kembali kepada Al Quran iaitu kata-kata atau amalan Nabi yang bersumberkan wahyu Allah, kebanyakan mereka mula berpaling. Apakah bagi mereka, nilai Allah itu lebih rendah daripada sahabat Nabi atau anak-cucu Nabi? Bukankah sumber daripada Allah itulah yang benar sedangkan manusia boleh menipu atas nama sahabat Nabi atau keturunan Nabi, seperti mana orang Nasrani guna nama sahabat Nabi untuk mereka-reka riwayat hidup (gospel) Nabi Isa?

3:23. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang diberi sebahagian al-Kitab, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya ia menghakimkan antara mereka, kemudian segolongan antara mereka berpaling, dan mereka memalingkan.

Tidaklah yang menyebabkan mereka berpaling daripada Kitab Allah itu melainkan kerana mereka merasakan dengan mengaku beragama Islam, mereka tidak akan disentuh oleh api neraka, atau jika masuk neraka sekalipun, hanya untuk tempoh tertentu sehingga dosa mereka dibersihkan .

3:24. Itu adalah kerana mereka mengatakan, "Api tidak akan menyentuh kami kecuali untuk beberapa hari yang terhitung." Apa yang mereka mengada-adakan menipu mereka dalam agama mereka.

Rupa-rupanya apa yang mereka dakwa itu hanyalah sesuatu yang mereka ada-adakan dalam agama mereka. Hakikatnya, mereka menipu diri mereka sendiri.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Tak guna akal itu najis

Post by semut api on Sun May 09, 2010 12:01 pm

guna akai yg najis lagila najis pada menterjemahkan dgn sesuka hati mengikut NAFSU ayat2 Allah

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Tak guna akal itu najis

Post by Juang on Mon May 10, 2010 4:10 am

Takkanlah ayat Al Quran yang kata "orang yang tak guna akal itu najis" lebih rendahnya nilainya daripada kata-kata semut yang mendakwa "guna akal itu najis"?

Cukuplah sebelum ini saya ditipu oleh orang-orang yang tak menggunakan akal itu yang suruh sujud ke arah binaan manusia.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Tak guna akal itu najis

Post by semut api on Mon May 10, 2010 8:47 am

Juang wrote:Takkanlah ayat Al Quran yang kata "orang yang tak guna akal itu najis" lebih rendahnya nilainya daripada kata-kata semut yang mendakwa "guna akal itu najis"?

Cukuplah sebelum ini saya ditipu oleh orang-orang yang tak menggunakan akal itu yang suruh sujud ke arah binaan manusia.

perasannya si akai yg merasakan dirinya saja betul

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Tak guna akal itu najis

Post by Juang on Tue May 11, 2010 7:35 am

Setahu saya, yang suruh sujud ke arah bangunan batu itu yang perasan mereka golongan yang betul. Sebab itu mereka kata kaum-kaum lain yang sujud kepada binaan lain sebagai kafir. Kononnya ritual mereka sahaja yang benar. Masuk bakul angkat sendiri.

Tetapi sedikit sekali mereka menyedari.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Tak guna akal itu najis

Post by semut api on Wed May 12, 2010 11:15 am

sujud pada apa2 pun boleh, apa salahnya, sujud bukannya bererti menduakan Allah malah menghormati juga mengAgungkan Allah, kemahakuasaanNya Allah dlm mencipta sesuatu dgn sendiriNya,  mmg sewel akai kontot utk memahaminya

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Tak guna akal itu najis

Post by tolokminda on Wed May 12, 2010 11:37 am

Salam semut api,

Sujud bermaksud merendah diri dan rujuk bermaksud member hormat. Boleh baca pandangan saya di http://tolokminda.wordpress.com/2010/02/12/sujud-bermaksud-merendah-diri/

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2049
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Tak guna akal itu najis

Post by semut api on Wed May 12, 2010 12:07 pm

Juang wrote:Setahu saya, yang suruh sujud ke arah bangunan batu itu yang perasan mereka golongan yang betul. Sebab itu mereka kata kaum-kaum lain yang sujud kepada binaan lain sebagai kafir. Kononnya ritual mereka sahaja yang benar. Masuk bakul angkat sendiri.

Tetapi sedikit sekali mereka menyedari.

bezanya adakah mereka2 itu mengenal atau mengagungkan Allah atau mendewakan patung2 mereka?

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Tak guna akal itu najis

Post by semut api on Wed May 12, 2010 12:10 pm

tolokminda wrote:Salam semut api,

Sujud bermaksud merendah diri dan rujuk bermaksud member hormat. Boleh baca pandangan saya di http://tolokminda.wordpress.com/2010/02/12/sujud-bermaksud-merendah-diri/

maaf aku tak baca karangan manusia yg merendah2kan manusia lain dlm hatinya atau jiwanya

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Tak guna akal itu najis

Post by Admin on Wed May 12, 2010 12:13 pm

semut api wrote:sujud pada apa2 pun boleh, apa salahnya, sujud bukannya bererti menduakan Allah malah menghormati juga mengAgungkan Allah, kemahakuasaanNya Allah dlm mencipta sesuatu dgn sendiriNya,  mmg sewel akai kontot utk memahaminya


41:37. Dan daripada ayat-ayatNya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.

Ayat di atas jelas ada larangan sujud kepada matahari dan bulan. Takkanlah boleh sujud kepada yang lain pula? Apakah mereka cuba berdusta dengan mengada-adakan suruhan boleh sujud kepada apa-apa sekalipun yg kononnya menghormati dan mengagungkan Allah?

Kalau macam tu, orang yang sujud kepada patung, lembu, busut itu pun bukannya dikira menduakan Allah. Mereka juga menghormati dan mengagungkan Allah. Bukankah begitu?

Tidakkah mereka mahu menggunakan akal?

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3392
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Tak guna akal itu najis

Post by semut api on Wed May 12, 2010 12:19 pm

pokoknya adakah kamu & puak2 kamu kenal akan Allah? setakat mana kamu & the geng mengenal Allah, disitu bermulanya perbezaan yg nyata

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Tak guna akal itu najis

Post by Admin on Wed May 12, 2010 12:25 pm

semut api wrote:pokoknya adakah kamu & puak2 kamu kenal akan Allah? setakat mana kamu & the geng mengenal Allah, disitu bermulanya perbezaan yg nyata


Cuba terangkan perbezaan yang nyata itu. Saya ingin sekali mendengar pandangan en semut.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3392
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Tak guna akal itu najis

Post by semut api on Wed May 12, 2010 12:35 pm

bayau wrote:
semut api wrote:pokoknya adakah kamu & puak2 kamu kenal akan Allah? setakat mana kamu & the geng mengenal Allah, disitu bermulanya perbezaan yg nyata


Cuba terangkan perbezaan yang nyata itu. Saya ingin sekali mendengar pandangan en semut.

cuba terangkan kat aku macammana kamu kenal Allah, tengok mai cammana puak2 akai kenal Allah

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Tak guna akal itu najis

Post by Admin on Wed May 12, 2010 12:41 pm

semut api wrote:
bayau wrote:
semut api wrote:pokoknya adakah kamu & puak2 kamu kenal akan Allah? setakat mana kamu & the geng mengenal Allah, disitu bermulanya perbezaan yg nyata


Cuba terangkan perbezaan yang nyata itu. Saya ingin sekali mendengar pandangan en semut.

cuba terangkan kat aku macammana kamu kenal Allah, tengok mai cammana puak2 akai kenal Allah


Saya tanya en semut dulu. asyik tanya kita saja, saya pula bertanya kali ini. Smile

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3392
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Tak guna akal itu najis

Post by semut api on Wed May 12, 2010 12:54 pm

akal aku kata , kalau kenal setakat baca2, dengar2 tanpa bersua muka maka akal aku akan reject awai2 lagi, itu bohong yg paling besar pada diri sendiri

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Tak guna akal itu najis

Post by Admin on Wed May 12, 2010 4:37 pm

semut api wrote:akal aku kata , kalau kenal setakat baca2, dengar2 tanpa bersua muka maka akal aku akan reject awai2 lagi, itu bohong yg paling besar pada diri sendiri


Mungkin ada manusia sudah lupa bahawa sebelum mereka dilahirkan ke dunia ini, mereka sudah berjanji bahawa mereka tidak menyembah syaitan.

Ini bermakna, kita sudah kenal Allah kerana ada perjanjian kita dengan Allah. Masakan orang yang saling-tidak mengenali boleh membuat perjanjian?

36:60. Tidakkah Aku membuat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak menyembah syaitan - sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu,

Bila diperingatkan kembali, mereka membantah kononnya tidak kenal Allah sebab tidak pernah bersua. Sedangkan sebelum mereka dihidupkan, mereka sudah pun membuat perjanjian dengan Allah.

2:28. Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya kepada Allah memandangkan kamu adalah orang-orang yang mati, lalu Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu, kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan?

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3392
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Tak guna akal itu najis

Post by semut api on Wed May 12, 2010 5:02 pm

cakapla dah kenal, so macam mana rupanya & dimana dia berada sekarang, apa yg kamu telah kenal tentang Allah, tlg cerita sikit

org yg berjanji tak semestinya kenal dgn siapa dia berjanji, simple logic

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum