Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Ketegasan Rasulullah

View previous topic View next topic Go down

Ketegasan Rasulullah

Post by Juang on Sat Feb 20, 2010 2:13 pm

109:1. Katakanlah, "Wahai orang-orang yang tidak percaya,

109:2. Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah,

109:3. Dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah,

109:4. Dan tidak juga aku menyembah apa yang kamu sembah,

109:5. Dan tidak juga kamu menyembah apa yang aku sembah.

109:6. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku!"


Riwayat yang biasa kita dengar berkaitan dengan surah Al Kaafiruun

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa kaum Quraisy berusaha mempengaruhi Nabi saw. dengan menawarkan kekayaan agar beliau menjadi seorang yang paling kaya di kota Makkah, dan akan dikawinkan dengan yang beliau kehendaki. Usaha ini disampaikan dengan berkata: "Inilah yang kami sediakan bagimu hai Muhammad, dengan syarat agar engkau jangan memaki-maki tuhan kami dan menjelekkannya, atau sembahlah tuhan-tuhan kami selama setahun." Nabi saw menjawab: "Aku akan menunggu wahyu dari Tuhanku." Ayat ini (S.109:1-6) turun berkenaan dengan peristiwa itu sebagai perintah untuk menolak tawaran kaum kafir. Dan turun pula Surat Az Zumar ayat 64 sebagai perintah untuk menolak ajakan orang-orang bodoh yang menyembah berhala.
(Diriwayatkan oleh at-Thabarani dan Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa kaum kafir Quraisy berkata kepada Nabi saw.: "Sekiranya engkau tidak keberatan mengikuti kami (menyembah berhala) selama setahun, kami akan mengikuti agamamu selama setahun pula." Maka turunlah Surat Al Kafirun (S.109:1-6).
(Diriwayatkan oleh Abdurrazaq yang bersumber dari Wahb dan Ibnul Mundzir yang bersumber dari Juraij.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa al-Walid bin al-Mughirah, al-'Ashi bin Wa-il, al-Aswad bin Muthalib dan Umayyah bin Khalaf bertemu dengan Rasulullah saw dan berkata: "Hai Muhammad! Mari kita bersama menyembah apa yang kami sembah dan kami akan menyembah apa yang engkau sembah dan kita bersekutu dalam segala hal dan engkaulah pemimpin kami." Maka Allah menurunkan ayat ini (S.109:1-6)
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Sa'id bin Mina.)

Sama ada benar atau tidak riwayat2 tersebut, pengajaran daripada surah Al Kaafiruun itu adalah;

Rasulullah adalah seorang yang tegas mempertahankan pendiriannya untuk tidak menyembah seperti orang2 musyrik menyembah (ada objek berhala). Biarpun ditawarkan kuasa dan perkahwinan, tiada sebab baginda nak menyekutukan Allah, kerana dosa menyekutukanNya adalah dosa yang tidak akan diampunkan.

Mungkin sebab itu ada pemuda2 zaman dahulu lebih rela hidup dalam gua demi menyelamatkan akidahnya daripada segala bentuk penyekutuan terhadap Allah. Biarlah tidak hidup seperti pemuda lain yang berkahwin, para pemuda Kahfi itu sanggup mengorbankan nikmat2 dunia itu demi menjauhi segala bentuk persekutuan terhadap Allah. Begitu besarnya pengorbanan mereka kepada Tuhan.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Ketegasan Rasulullah

Post by ^humaira^ on Thu Feb 25, 2010 9:57 pm

Hanya golongan yg berada di jalan yg lurus yg dapat memenangkan Islam di atas agama2 lain..just wait n see bila lemenangan Islam yang haq itu..InsyaAllah akan tiba masanya..semoga nyawa kita masih berada di dlm jasad ketika itu. Terpulang kepada setiap individu bagaimana cara dakwah mereka. Rasulullah telah tunjukkan masa yang paling singkat untuk menegakkan Islam semula. Jika kita ambil iktibar dari kisah nabi Ibrahim, baginda memancung kepala berhala2 kaumnya untuk membuktikan bahawa amalan kaum itu tidak benar. Akibatnya kaum baginda jadi marah. Kalau kita compare berapa lama nabi Ibrahim dapat menegakkan ayat2 Allah kat bumi, jauh lagi lama dari cara Muhammad saw menegakkan ayatNya yang hanya mengambil masa 23 tahun. Sebab itu bila kita lihat sejarah, Muhammad saw juga masuk dalam gua selama beberapa tahun. Tapi mengapa baginda keluar bertahanus dari gua Hira selepas mendapat wahyuNya? Bagi sesiapa yang berpagang kepada Quran dan Sunnah rasulNya, mereka boleh tau bahawa Muhammad saw telah menunjukkan strategi dakwah yang paling berkesan. Saya tak termasuk dalam org2 yg berpegang kapada amalan nenek moyang secara membuta tuli yang mungkin akan anggap Muhammad itu seperti 'anak tuhan'. Tapi kalau ade orang yang fikir saya dalam golongan sebegitu, terpulanglah.

^humaira^
Siswa-Siswi

Number of posts: 19
Reputation: 0
Credits: 882
Registration date: 2010-01-12

Back to top Go down

Re: Ketegasan Rasulullah

Post by Juang on Fri Feb 26, 2010 12:20 pm

Salam,

Pada pandangan saya, Islam secara asasinya telah pun tertegak sejak Allah mencipta langit dan bumi. Kalau tidak wujud Islam, sudah lama langit dan bumi ini hancur akibat tidak mematuhi sistem yang Allah tegakkan itu.

Yang tidak tertegakkan adalah Islam dalam hati sesetengah manusia sahaja. Mereka menolak sistem Allah, tetapi mencipta sistem mereka sendiri yang mengakibatkan kehidupan manusia berpecah-belah atas nama agama atau bangsa. Allah larang sujud kepada matahari dan bulan, mereka engkar nak sujud pada binaan2 daripada tangan2 mereka sendiri. Mereka berbangga diri atas apa yang mereka ada untuk merasakan diri mereka mulia dan orang lain hina.

Jadi terpulang pada tuan punya diri untuk menegakkan Islam dalam diri mereka masing2. Sejauh mana mereka boleh membuka minda untuk mematuhi kembali kepada sistem Allah dan menjauhi sistem yang diada-adakan oleh manusia, akan tercapailah masyarakat yang benar2 Islam (jauh daripada bentuk penyekutukan dan sembahan kepada mana2 objek).

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Ketegasan Rasulullah

Post by ^humaira^ on Sat Feb 27, 2010 6:55 am

Memang makhluk2 Allah yang lain mengamalkan sunnatullah. Tapi tidak manusia. Jika Islam hanya tertegak dalam hati segelintir manusia sahaja, tapi kebanyakannya tidak, manusia yang hatinya Islam juga terpaksa mengikut sistem yang diada-adakan oleh manusia itu. Sedangkan perintah Allah kepada manusia adalah untuk menegakkan agama dan melaksanakan perintahNya. Kita sepatutnya malu kepada diri kita sendiri yang mengaku ikut alQuran, tapi sampai sekarang kita masih tak dapat melaksanakan sistemNya di dalam alQuran. Terlalu banyak kisah2 nabi yang menyeru kepada Islam, tapi berapa kerat je yang ingin mengikut ajaran nabi itu. Kebanyakan mereka akan masuk Islam setelah tibanya kemenangan.

110:1-2 Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong

Itulah gunanya ilmu sejarah di dalam alQuran. Kita sepatutnya mengambil iktibar dari umat2 terdahulu.

^humaira^
Siswa-Siswi

Number of posts: 19
Reputation: 0
Credits: 882
Registration date: 2010-01-12

Back to top Go down

Re: Ketegasan Rasulullah

Post by Juang on Sat Feb 27, 2010 10:35 am

Islam bermakna aman dan tenteram (peace). Bagaimana nak mencapai hati yang aman dan tenteram? Jauhilah dusta, prasangka dan perkara yang diada-adakan. Jauhilah buat sesuatu yang kita tidak tahu manfaat atau mudaratnya. Itulah langkah pertama kita nak capai Islam dalam hati.

Kalau kita kaji hati kita, apabila kita berpegang sesuatu yang dusta, pasti kita akan rasa takut lebih2 bila datang sesuatu yang benar. Lihat perangai orang2 musyrik terdahulu. Bila Rasul mereka datang bawa kebenaran, mereka marah, panas hati dan menunjukkan kebencian disebabkan mereka tahu mereka berdusta. Allah masukkan ketakutan di hati mereka. Di dunia lagi kita sudah nampak balasan Allah kepada orang2 yang berdusta, belum lagi di akhirat.

Bagaimana nak mencapai masyarakat yang Islam (aman damai) pula? Sedarkan masyarakat untuk menjauhi kedustaan. Ajak mereka berfikir dan menyelidik sesuatu perkara. Jangan menurut membuta-tuli sahaja.

Jadi tugas kita untuk menegakkan Islam adalah jauhkan sebarang bentuk dusta dalam diri kita dahulu dan kemudian sampaikan kebenaran kepada masyarakat. Sama ada mereka nak terima atau tidak, itu bukan urusan kita. Sebab kita bukan penjaga mereka. Kita adalah penjaga diri kita sendiri. Di akhirat nanti, bukan orang lain yang tolong kita, sebaliknya kita yang tolong diri kita sendiri.

17:54. Pemelihara kamu sangat mengetahui mengenai kamu; jika Dia mengkehendaki, Dia mengasihani kamu, atau jika Dia mengkehendaki, Dia mengazab kamu. Kami tidak mengutus kamu untuk menjadi wakil kepada mereka.

Sedangkan Nabi diutuskan pun bukan sebagai wakil bagi kaumnya, apatah lagi kita yang bukan Nabi.

Islam pasti akan bersinar kembali seperti mana kedatangan cahaya matahari yang tidak boleh dihalang oleh sesiapa. Bila setiap jiwa disuluh cahaya kebenaran untuk menjauhi kedustaan, ketikalah berduyun2 manusia kembali kepada yang haq.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum