Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Al Quran sebagai iktibar

View previous topic View next topic Go down

Al Quran sebagai iktibar

Post by Juang on Thu Feb 18, 2010 12:40 pm

Dalam Al Quran mengandungi iktibar untuk dijadikan pedoman atau panduan hidup agar kita tidak mengulangi kesilapan umat-umat terdahulu. Menjauhi Al Quran bermakna manusia itu hidup tanpa iktibar yang memungkinkan mereka kembali melakukan kesilapan silam nenek moyang mereka.

Contohnya mengenai kisah kaum Yahudi dan Nasrani yang banyak disebut dalam Al Quran. Di antara punca mereka menjadi terpesong daripada jalan yang lurus walaupun mempunyai ramai Nabi adalah kerana sikap tidak percaya kepada Kitab Allah dan taksub kepada pembesar agama mereka. Mereka lebih percaya kepada riwayat-riwayat atau cerita mitos yang dibawakan oleh pembesar agama mereka daripada bukti-bukti yang jelas dan nyata yang boleh mereka temui di langit dan di bumi yang wujud dalam Kitab Allah. Akibatnya, minda mereka dibelenggu oleh pihak tersebut yang ingin mengaut keuntungan di atas kepercayaan masyarakat kepada mereka.

Namun pada hari ini, ramai yang mengatakan mereka pengikut seseorang Nabi mengulangi kembali kesilapan nenek moyang mereka dahulu dengan hidup secara menurut ajaran yang diluar Kitab Allah atas alasan kononnya ajaran itu daripada Nabi tersebut. Malah mereka beragama secara menurut membuta-tuli dan tidak membuat penyelidikan sendiri terhadap Kitab Allah untuk membezakan benar atau dusta. Tanpa mereka sedari, mereka telah tiru balik perangai kaum-kaum terdahulu yang pernah diperingatkan oleh Tuhan.

Apabila mereka diperingatkan tentang larangan Tuhan supaya dengan sembah atau sujud pada sesuatu objek, mereka tidak boleh menerima larangan itu kerana benak mereka sudah tertutup oleh amalan tradisi mereka yang disangka itulah yang benar walaupun Kitab Allah tidak mengiktiraf amalan mereka itu.

Kenapa manusia begitu degil dan liat untuk menentang peringatan Tuhan yang ada dalam Kitab yang mereka kata mereka imani itu? Apakah Tuhan boleh didustai seperti mereka mendustai sesama manusia?

You can cheat somebody everytime, you can cheat everybody sometime, but you cannot cheat everybody, everytime.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Al Quran sebagai iktibar

Post by Jebon on Fri Feb 19, 2010 4:56 pm

Salam,

Cakap pasal al-Quran sebagai iktibar nih, mungkin perlu kombinasi hati dan fikiran kot?? Barulah dapat iktibar kot?? Diperbincangkan di blog sy...

http://doktrinisasi.blogspot.com

peace

Jebon
Siswa-Siswi

Number of posts: 6
Reputation: 0
Credits: 857
Registration date: 2010-01-26

Back to top Go down

Re: Al Quran sebagai iktibar

Post by Juang on Sat Feb 20, 2010 10:20 am

Salam,

"Sesiapa yang ingin memahami al-Quran perlu bersedia memberikan hati dan kebijaksanaannya." Malah katanya, jika mereka tidak melakukan apa-apa kerana tiada pulangan material, itu bermakna mereka tidak menyumbang untuk kemanusiaan."

Saya sudah baca artikel dalam blog saudara Jebon. Benar, dalam memahami Al Quran kita perlu serahkan jiwa dan minda kita kepadanya. Kita kena nafkahkan hidup kita untuknya.

Dan memahami Al Quran memerlukan kita mempraktikkan isi kandungannya tanpa mengharapkan balasan atau pulangan material. Ia dilakukan atas dorongan kesedaran dan keinsafan sahaja, barulah berhasil.

Kalau manusia itu belajar Al Quran kerana nak dapat kerja, kejar pangkat, nama, kemewahan, pengaruh, hakikatnya bukan Al Quran yang mereka dapat, tetapi perasaan bangga diri itulah yang mereka dapat.

Jadi perbetulkan niat kita dahulu dalam memahami Al Quran. Barulah pengajaran Al Quran dapat dijadikan iktibar dalam diri.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum