Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57734 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4096)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3488)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Berlaku Adillah

View previous topic View next topic Go down

Berlaku Adillah

Post by Juang on Thu Feb 18, 2010 2:37 am

5:8. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan di hadapan Allah, saksi-saksi untuk keadilan. Janganlah kebencian pada kaum mendesak kamu untuk tidak berlaku adil; berlakuadillah, itu lebih dekat dengan takwa. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat.

Nak mengaku Islam atau beriman, semua orang boleh cakap sesedap mulut. Tetapi nak bersikap atau bertindak adil dalam hidup, itulah yang sukarnya.

Ada manusia, bila sesuatu kezaliman berlaku kepada kaumnya, puaknya atau golongan seagama, mereka akan marah dan mengatakan kaum2 lain tidak berlaku adil kepada mereka. Tetapi jika sesuatu kezaliman berlaku kepada kaum2 lain yang mereka benci, mereka cakap "padan muka!".

Contohnya bila berlaku penindasan di Palestin, oleh kerana mereka taksub pada bangsa Arab, dan membenci Yahudi, mereka kata itu satu kezaliman. Tetapi bila Hitler menindas kaum Yahudi dahulu, mereka kata Hitler adalah hero dan memang patut kaum Yahudi kena macam itu. Walhal apa yang Hitler buat itu samalah seperti yang berlaku di Palestin. Tetapi kenapa mereka tidak kutuk kekejaman sebegitu secara adil?

Sebab itulah dalam hidup ini, kita tidak boleh bergolongan2 atas nama bangsa atau agama. Perasaan itu akan menyebabkan kita terdorong berlaku tidak adil. Bila tidak berlaku adil, macam mana nak jadi orang yang beriman seperti ayat 5:8 di atas?

Itulah yang dikatakan, akuan mulut itu mudah sahaja dilafaz. Tetapi nilai dalam diri itulah yang susah nak dibentuk.

Sebab itulah kita nampak, setakat mengucap 2 kalimah syahadah, ia tidak membawa apa-apa erti. Jika tidak boleh berlaku adil dan perangai macam kaum2 musyrik terdahulu, apa erti ucapan 2 kalimah syahadah itu?



Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Berlaku Adillah

Post by Juang on Sat Mar 06, 2010 1:50 pm

Selalu kita dengar daripada mulut orang Islam hari ini. Apabila sesuatu kemudaratan itu Allah kenakan kepada kaum-kaum lain yang tidak sama amalan ritualnya dengan umat Islam hari ini, maka orang Islam itu pun kata "itulah balasan Allah kerana mereka kafir". Tetapi bila Allah datangkan kemudaratan kepada mereka pula, tidak pula mereka fikirkan itu adalah balasan Allah kerana kekafiran mereka.

Allah Bersifat adil kepada seluruh makhluk-makhlukNya. Dia tidak mengesklusifkan sesuatu kaum hanya kerana akuan mulutnya. Allah membalas mengikut amal perbuatan manusia itu. Orang yang beramal ke arah kemudaratan, kemudaratan itulah yang akan sampai kepada mereka tidak kira mereka mengaku agama apa sekali pun. Begitu juga sebaliknya.

Tiada perbezaan pun sesama manusia. Hanya manusia sahaja yang selalu perasan kononnya mereka "kekasih-kekasih" Allah atau "anak-anak emas" Allah bila menjadi sesuatu golongan (sifat orang2 Yahudi dan Nasrani dahulu).

Allah Bertindak bukan ikut cakap sesuatu puak. Dia Bertindak mengikut Kebijaksanaan yang manusia tidak mampu menjangkakan melainkan mereka-mereka yang mahu memikirkan jauh ke hadapan sebelum melakukan sesuatu dan mengambil iktibar daripada kisah-kisah kaum terdahulu.

Apabila kita nampak yang Allah bertindak dengan adil, patutkah kita hidup tidak berlaku adil kerana kebencian terhadap sesuatu kaum yang tidak sama amalan ritual nenek moyang? Hakikatnya manusia yang hidup saling benci-membenci itu sama sahaja perangainya walaupun akuan agama mereka berbeza.

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Berlaku Adillah

Post by Zulia on Sat Mar 06, 2010 2:52 pm

Orang yang ada kebencian didalam hatinya kita akan nampak dari cara bahasa yang digunakan. Kalau orang bercakap dengan kita kadangkala body languagenya dapat kita mengetahui dia cuba menipu atau menyembunyikan sesuatu atau dia sedang marahkan sesuatu. Siapa kata musibah yang menimpa kita bukan balasan. Bagi orang yang takutkan Allah dan sentiasa sedar dosa yang dilakukan sering menghisap diri sendiri bukan diri orang lain. Kita tidak tahu hikmah disebalik kejadian yang menimpa kita, kadang-kadang ianya nampak seperti musibah tetapi disebaliknya ada pula kebaikan. Tetapi manusia yang tak mahu menerima kelemahan diri atau mengaku kesalahan sendiri akan menyalahkan orang lain dan adakalanya menyalahkan tuhan pula. Bagi orang yang beriman dia akan sabar dengan musibah dan dalam pada itu mampu pula bersyukur kerana tidak berlaku musibah yang lebih besar. Bukan itu saja malah menilai semula perbuatannya kalau musibah itu balasan dari dosa yang sengaja mahupun tidak sengaja lalu dia akan memperbaikinya. Orang beriman akan dapat merasai keadilan tuhan pada dirinya walau apa pun nasibnya. Tapi sebaliknya orang yang tidak beriman sering meminta-minta keadilan untuk diri sendiri sahaja. Dia akan merasa semuanya tidak adil kepadanya tetapi tak pula memikirkan keadilan yang dia perlu lakukan untuk orang lain.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2402
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Berlaku Adillah

Post by Juang on Sat Mar 06, 2010 3:05 pm

Sebab itulah tidak patut manusia hidup bergolongan2 atas nama agama kononnya mereka sahajalah golongan yang betul, dan kaum2 lain dilabelkan sesat.

Setiap diri kena menilai dirinya sendiri. Dan tanggungjawab kita terhadap orang lain hanyalah menyampaikan peringatan sahaja, bukannya menghukum mereka kerana berbeza kepercayaan apatah lagi kepercayaan yang diwaris secara turun temurun.

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Berlaku Adillah

Post by Zulia on Sat Mar 06, 2010 6:24 pm

Tuntutan dan Jihad bagi orang yang kurang berilmu seperti saya adalah keluar mencari ilmu dan jihad orang yang berilmu pula keluar menyampaikan ilmu. Dunia sekarang terbalik mereka yang berilmu enggan mengajar dan yang kurang berilmu pula yang mengajar.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2402
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Berlaku Adillah

Post by Juang on Sun Mar 07, 2010 7:32 am

Bukan dalam urusan ilmu sahaja dunia sudah terbalik, dalam urusan amalan pun sudah terbalik.

Umpamanya orang-orang yang tidak menyembah mana-mana objek dikatakan sesat, sedangkan orang-orang yang sembah binaan daripada tangan manusia dikatakan benar. Walhal dalam Al Quran tidak menyebut pun para Nabi menyembah mana-mana binaan daripada tangan manusia.

Contoh lain, orang-orang yang berpegang teguh kepada Kitab Allah dikatakan dusta, tetapi orang-orang yang berpegang pada kitab-kitab lain dan meninggalkan Kitab Allah dikatakan berada di jalan yang lurus.

Ada contoh lagi orang-orang yang menumpukan masa hidupnya mengkaji ilmu-ilmu sains (ilmu yang ada bukti2 nyata) dikatakan sekular, orang-orang yang menumpukan hidupnya kepada ajaran-ajaran dusta (persangkaan atas perbuatan orang terdahulu) dan membuat perpecahan atas nama sesuatu golongan dikatakan untuk akhirat.

Berapa banyak keterbalikan dunia boleh kita senaraikan dengan mudah.

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Berlaku Adillah

Post by Zulia on Sun Mar 07, 2010 9:38 am

tidak ada pula rasanya orang Islam yang menyembah berhala termasuk kaabah. Orang islam yang tahu ilmu solat itu tahu yang dia menyembah Allah dan tahu pula cara yg diajar oleh Rasulullah. Kalau rasul menunjukkan solat ke baitul muqadis dan al quran juga berkata kiblat ke sana maka ke sana lah arahnya. Abang jangan menipu diri sendiri sebab abang sembahyang dulu terlintas ke hati abang menyembah kaabah? Jadi kenapa begitu. kalau seorang yang sembahyang ditempat lain tetapi tanpa ilmu,tidak khusyuk,sekadar ikut-ikutan, mungkin dia masih tak kata dia sembah dinding, lagi pun dia sembahyang di tempat yang berbeza. Tetapi dgn ilmu dan kualiti sembahyang yang seumpama itu dia sembahyang di depan kaabah maka itulah yang dirasakannya. Sembahyang yang seumpama itu tidak mampu membawanya ke hadapan Allah, kalau Allah menutup kebenaran maka kita tidak mampu melihatnya dari itu hendaklah ada rasa takutkan Allah dan sentiasa mengharapkan petunjuk darinya, bersangka baik dengan Allah dan bersangka baik dengan orang beriman. Sebab itu selepas sembahyang kita selalu berdoa begitu barulah saya nampak hikmahnya kenapa doa itu diajar kepada kita.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2402
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Berlaku Adillah

Post by Juang on Sun Mar 07, 2010 9:52 am

Persoalannya sekarang, tiada ayat Al Quran suruh manusia sembah kepada mana2 bangunan binaan manusia malah ada ayat Al Quran melarang sujud kepada matahari dan bulan. Kenapa nak berdusta dan mengada-adakan sesuatu yang Al Quran larang?

Semua orang boleh mengatakan mereka tidak menyembah berhala. Tanya orang yang sembah matahari, bulan, patung atau busut pun tidak mengaku mereka sembah berhala. Kaum Nabi Ibrahim yang sembah binaan daripada tangan mereka sendiri pun tidak mengaku apa yang mereka buat itu salah.

Kalau kita bersangka baik dengan Allah, sudah pastilah kita bersangka baik dengan Al Quran yang melarang sembah mana2 objek. Kalau sudah tidak percaya kepada Al Quran lagi, bersangka baik pada Allah-kah itu? Bukankah sama perangainya dengan kaum musyrik terdahulu yang tidak percaya pada Al Quran?

Kalau setakat nak berdoa, kenapa perlu ada ritual tertentu pada objek tertentu yang tiada kaitannya dengan Tuhan? Malah Tuhan tidak ajar pun nak berdoa kena buat sesuatu amalan ritual.

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Berlaku Adillah

Post by tolokminda on Sun Mar 07, 2010 11:18 am

Zulia wrote:tidak ada pula rasanya orang Islam yang menyembah berhala termasuk kaabah. Orang islam yang tahu ilmu solat itu tahu yang dia menyembah Allah dan tahu pula cara yg diajar oleh Rasulullah. Kalau rasul menunjukkan solat ke baitul muqadis dan al quran juga berkata kiblat ke sana maka ke sana lah arahnya. Abang jangan menipu diri sendiri sebab abang sembahyang dulu terlintas ke hati abang menyembah kaabah? Jadi kenapa begitu. kalau seorang yang sembahyang ditempat lain tetapi tanpa ilmu,tidak khusyuk,sekadar ikut-ikutan, mungkin dia masih tak kata dia sembah dinding, lagi pun dia sembahyang di tempat yang berbeza. Tetapi dgn ilmu dan kualiti sembahyang yang seumpama itu dia sembahyang di depan kaabah maka itulah yang dirasakannya. Sembahyang yang seumpama itu tidak mampu membawanya ke hadapan Allah, kalau Allah menutup kebenaran maka kita tidak mampu melihatnya dari itu hendaklah ada rasa takutkan Allah dan sentiasa mengharapkan petunjuk darinya, bersangka baik dengan Allah dan bersangka baik dengan orang beriman. Sebab itu selepas sembahyang kita selalu berdoa begitu barulah saya nampak hikmahnya kenapa doa itu diajar kepada kita.


Semua penyembah berhala tidak mengaku mereka menyembah berhala. Mereka kata mereka sembah Tuhan. Berhala tu sebagai simbol aje..

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 1943
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Berlaku Adillah

Post by Zulia on Sun Mar 07, 2010 3:45 pm

Betul ke mereka kata begitu? Mengapa mereka memberinya nama-nama tertentu selain nama Allah? Mengapa al quran memcabar penyembah berhala itu memohon sesuatu dari berhala itu? Mengapa al quran mengatakan berhala itu tuli dan bisu kalau ianya hanya simbol. Apa pula tujuan Nabi Ibarahim memusnahkan berhala dan baginda juga yang membina semula Kaabah bersama Nabi Ismail?

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2402
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Berlaku Adillah

Post by Juang on Sun Mar 07, 2010 3:55 pm

Boleh berikan bukti tak ayat Al Quran mana yang menunjukkan Nabi Ibrahim dan Ismail membina Kaabah?

34:44. Kami telah tidak memberikan mereka Kitab-Kitab untuk dipelajari, dan tidak juga Kami telah mengutus kepada mereka sebelum kamu seseorang pemberi amaran.

28:46. Kamu tidak berada di tepi Gunung ketika Kami memanggil; tetapi kerana satu pengasihan daripada Pemelihara kamu, supaya kamu memberi amaran kepada kaum yang kepadanya tiada pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka mengingati.


Kalau ikut ayat2 di atas, sebelum Nabi Muhammad, Allah tidak mengutus pemberi araman (Rasul) ke tempat lahir beliau itu. Jadi, kenyataan mereka yang mendakwa Nabi Ibrahim dan Ismail datang ke Mekah membina Kaabah itu telah bercanggah dengan Al Quran sendiri.

Jadi di antara kata2 yang tiada sokongan Al Quran dengan yang ada sokongan Al Quran, sudah pasti orang-orang yang percaya kepada Allah akan pilih Al Quran.

p/s: Jangan harapkan orang lain percaya kepada kata-kata kita, kalau kita sendiri tidak boleh percaya kepada ayat-ayat Allah (Al Quran).

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Berlaku Adillah

Post by Zulia on Sun Mar 07, 2010 3:56 pm

Betul ke mereka kata begitu? Mengapa mereka memberinya nama-nama tertentu selain nama Allah? Mengapa al quran memcabar penyembah berhala itu memohon sesuatu dari berhala itu? Mengapa al quran mengatakan berhala itu tuli dan bisu kalau ianya hanya simbol. Apa pula tujuan Nabi Ibarahim memusnahkan berhala dan baginda juga yang membina semula Kaabah bersama Nabi Ismail?

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2402
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Berlaku Adillah

Post by Juang on Sun Mar 07, 2010 4:38 pm

tolokminda wrote:
Semua penyembah berhala tidak mengaku mereka menyembah berhala. Mereka kata mereka sembah Tuhan. Berhala tu sebagai simbol aje..

Benar TM. Kalau mereka sedar yang mereka sembah itu adalah berhala yang tiada apa-apa erti, sudah pasti mereka tinggalkan.

Sedangkan Nabi Ibrahim pun tinggalkan amalan sembahan objek binaan manusia, apa lagi kita yang bukan Nabi.

Sedangkan Nabi Ibrahim pun takut nak menyekutukan Allah, apa lagi kita yang bukan Nabi.

Sedangkan Nabi Ibrahim pun tidak menurut amalan bapa-bapanya membuta-tuli, apa lagi kita yang bukan Nabi.

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Berlaku Adillah

Post by tolokminda on Sun Mar 07, 2010 9:42 pm

Zulia wrote:Betul ke mereka kata begitu? Mengapa mereka memberinya nama-nama tertentu selain nama Allah? Mengapa al quran memcabar penyembah berhala itu memohon sesuatu dari berhala itu? Mengapa al quran mengatakan berhala itu tuli dan bisu kalau ianya hanya simbol. Apa pula tujuan Nabi Ibarahim memusnahkan berhala dan baginda juga yang membina semula Kaabah bersama Nabi Ismail?


Salam Zulia,

Cuba puan fahamkan konsep Tuhan orang Arab yang disebut di dalam Al-Quran di mana Tuhan mempunyai rumah, mempunyai isteri dan anak-anak perempuan. Puan pernah dengar nama Al-Lat, Al-Uzza dan Al-Manat? Siapakah mereka? Adakah orang Arab tidak menyembah Tuhan hanya kerana Dia dikatakan mempunyai isteri dan anak?

Dan Yahudi, adakah mereka tidak mengakui Tuhan selain Uzair yang dianggap mereka anak Tuhan?

Dan Kristian, adakah mereka tidak mengakui Tuhan selain Isa yang dianggap mereka anak Tuhan.

Dan mungkin puan perlu lihat konsep Tuhan dalam Hindu. Sila baca http://www.koausa.org/Gods/.

Tentang Nabi Ibrahim dan Ismail membina kaabah. Saya harap puan buktikan menggunakan nas Al-Quran. Jangan jadi burung kaka tua saja.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 1943
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Berlaku Adillah

Post by Juang on Sun Mar 07, 2010 10:17 pm

Salam,

Terlanjur saudara TM bawakan link pasal konsep Tuhan dalam Hindu, saya bawakan sedikit petikan mukadimah link tersebut;

Hindus declare that there is only one Supreme Being and He is the God of all religions. There is no "other God." Thus the Biblical Commandment "Thou shalt have no other God before me," really means, "Thou shalt not deny the Ultimate Reality or worship any power other than the Ultimate Reality."


Maknanya mereka percaya ada satu Tuhan Yang Paling Berkuasa. Namun kemudian mereka pecahkan kepada simbolik tertentu sehingga kita nampak macam banyak tuhan. Sama konsepnya macam dalam Kristian. Begitu juga kepercayaan orang-orang Arab semasa Rasulullah berdakwah pada mereka.

Ini menunjukkan semua manusia hakikatnya mudah percaya ada Satu Kuasa Mutlak yang cipta dan kawal semesta ini. Namun ada yang pergi tokok-tambah kepada simbolik2 tertentu sehingga bermacam-macam konsep ketuhanan wujud. Mereka mula mengada-adakan amalan2 ritual tertentu atas nama menyembah Tuhan. Walhal mereka menyembah berhala-berhala.

Teringat saya zaman sekolah dahulu pernah bertanya seorang rakan beragama Hindu. Dia kata patung itu bukanlah Tuhan, tetapi ia hanyalah simbolik untuk menyembah Tuhan. Dia tetap percaya Tuhan itu yang Berkuasa pada semesta ini.

Itu menunjukkan, kalau kita tanya sesiapa yang buat amalan sembahan, pasti mereka ada alasan tersendiri nak membenarkan apa yang mereka lakukan itu. Jadi tidak hairanlah yang sembah binaan-binaan manusia yang lain ada alasan mereka tersendiri.

Tidak mustahil di mata yang sembah patung itu, yang sembah objek lain itu tidak sembahyang. Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Berlaku Adillah

Post by tolokminda on Sun Mar 07, 2010 10:29 pm

Salam Juang,

Di dalam Al-Quran Tuhan banyak kali menyatakan perangai manusia yang apabila ditanya siapakah yang mencipta alam atau menghidupkan mereka, mereka akan kata Tuhan. Tetapi apabila diminta patuh hanya kepada Tuhan mereka akan mengadakan pelbagai sekutu terhadapNya.

Samalah macam apabila pasangan suami isteri nak anak, mereka berdoa memohon kepada Tuhan. Tapi bila anak lahir, mereka berterima kasih kepada pihak lain. Mereka memuji-muji nabi, minta tok imam, tok penghulu bagi restu. Tapi Tuhan mereka lupa. Sedangkan masa mohon dulu dengan Tuhan. Tak pula mohon kepada nabi atau tok imam.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 1943
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Berlaku Adillah

Post by Juang on Sun Mar 07, 2010 10:44 pm

Salam TM,

Begitu juga dalam Al Quran menceritakan perangai manusia semasa mereka tengah menaiki kapal. Ketika di lambung ombak, mereka berdoa agar Tuhan selamatkan mereka. Ketika itu tidak ingat pada nabi, tok imam atau paderi. Tetapi bila sampai ke daratan, mereka mula sekutukan Allah dan melupaiNya.

Di sini kita nampak, manusia dalam keadaan takut, secara otomatik mereka teringat Tuhan. Masa itu gambaran patung, bangunan batu, matahari, bulan atau busut tidak wujud dalam ingatan mereka. Mereka tahu semua itu tidak bermanfaat bagi mereka.

Tetapi bila mereka disentuh dengan kelegaan dan keamanan, mula mereka kembali buat amalan sembahan kepada berhala-berhala mereka itu.

Tunggulah masa manusia itu nak mati nanti. Bila ketakutan mati itu sampai, tiada lagi gambaran2 simbolik yang mereka ada-adakan itu. Masa itulah mereka nak terhegeh-hegeh merayu pada Tuhan yang mereka ketepikan dalam kehidupan mereka, melainkan masa keadaan terdesak sahaja.

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Berlaku Adillah

Post by tolokminda on Sun Mar 07, 2010 10:54 pm

Ya, begitulah sifat majoriti manusia terhadap Tuhan..

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 1943
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Berlaku Adillah

Post by Juang on Sun Mar 07, 2010 11:00 pm

Kita boleh lihat lagi semasa mereka kritikal sakit jantung umpamanya (menghampiri mati). Apakah mereka berharap pada simbolik2 mereka itu untuk membantu mereka?

Dalam keadaan lemah sebegitu, mereka terpaksa bergantung kepada ilmu-ilmu yang Allah ajar pada para saintis dan para doktor untuk membantu mereka. Ketika bertarung dengan maut itu, segala jampi serapah atau mentera itu tidak lagi bernilai pada mereka. Apa yang mereka ada-adakan (berhala-berhala) semasa mereka sihat luput begitu sahaja.

Itu kesan semasa nak menghampiri mati yang kita boleh nampak. Bila telah mati nanti macam mana? Allah dan tuan punya jiwa itu sahaja yang tahu.

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum