Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Nikmat iman
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Nikmat iman
Bila saya baca tentang tulisan kaabah itu berhala, saya berasa sungguh sedih sekiranya penulis itu seorang Islam, kalau bukan Islam saya tidak hairan kerana lebih teruk dari itu pun ada. Saya mula merasa takut kalau tuhan membalikkan hati saya menjadi kafir. Kalau boleh terjadi kepada orang lain, apalagi orang yang saya kenali, saya memohon perlindungan Allah agar mengekalkan Islam pada diri saya, keluarga dan orang-orang Islam lain. Dunia kini memang amat mencabar kerana persekitaran dan tuntutan dunia itu lebih kuat hingga kita terlalai dari tuntutan akhirat. Kita menukarkan masa yang merupakan umur kita untuk wang dan wang itu kita tukarkan utk dunia semula. Terlalu sedikit kita gunakan wang itu untuk membeli akhirat. Kerana minda kita sarat dengan dunia dan keperluannya maka ada yang berfikir agama juga untuk dunia. Maka jadilah seperti orang Yahudi. Mereka percaya bahawa api neraka tidak akan menyentuh mereka kecuali beberapa hari sahaja. Orang Nasrani pula percaya Nabi Isa turun dan terkorban di tiang salib untuk menanggung dosa-dosa mereka. Sebab itu mereka tidak kisah dengan akhirat dan mereka menumpukan usaha dunia sahaja. Sebaliknya orang islam percaya setiap baik dan buruk amalannya akan dibalas dengan adil dihadapan Allah. Kita bijak dalam matematik dan tahu mengira untung rugi di dunia. Kita pandai meramal pasaran saham untuk mendapat untung dunia. Malangnya kita tak buat pun kira-kira untung rugi akhirat sedangkan kita termasuk dalam golongan yang percayakan hari hisab. Kalau amal ibadat kita kosong atau kurang maka sedikitlah akaun akhirat kita. Begitulah logiknya. Apalagi orang yang tak tahu bagaimana nak beramal tetapi boleh kata mereka akan selamat di akhirat. Salah satu racun syaitan ialah memberi rasa yakin bahawa mereka akan selamat di sana nanti dan jangan lah berusaha utk akhirat lagi. Kini saya sedar bertapa tinggi nilai hidayah Allah, ianya tidak boleh dibeli. Kalau tidak saya akan berusaha untuk membelinya dan memberikan kepada orang yang saya kasihi. Bila turunnya wahyu supaya menyeru Islam secara terang-terangan. Nabi telah mengumpulkan kaum kerabatnya dari bani Hasyim utk menyeru mereka beriman. Kemudian baru Nabi menyeru penduduk Mekah yang lain. Apakah seruan Nabi ketika itu? Seruan dalam bentuk ancaman 'Wahai kaumku di depan kamu ada siksa neraka oleh itu berimanlah kepada Allah yang esa'. Inilah pokok agama dan tujuannya atas maksud akhirat. Namun kaumnya memandang sepi seruan itu dan bersurai. Mengapa mereka tak bertanya siapa itu Allah? Sebab nya mereka memang kenal Allah kerana agama nenek moyangnya dari agama Nabi Ibrahim. Tetapi mereka menyekutukan Allah dengan berhala lain. Nabi juga berkata baginda boleh memberi harta kepada Fatimah tetapi tidak boleh menyelamatkan mereka dari neraka kecuali mereka sendirilah yang mengikut agama yang dibawanya. Hargailah nikmat iman yang tinggalkan oleh ibubapa kita bukan harta pusakanya.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Nikmat iman
Zulia wrote: Bila saya baca tentang tulisan kaabah itu berhala, saya berasa sungguh sedih sekiranya penulis itu seorang Islam, kalau bukan Islam saya tidak hairan kerana lebih teruk dari itu pun ada. Saya mula merasa takut kalau tuhan membalikkan hati saya menjadi kafir. Kalau boleh terjadi kepada orang lain, apalagi orang yang saya kenali, saya memohon perlindungan Allah agar mengekalkan Islam pada diri saya, keluarga dan orang-orang Islam lain.
Sepatutnya cik zulia kena nafikan pernyataan kaabah itu berhala dengan mengemukakan bukti-bukti yang nyata bukan dengan kesedihan dan ketakutan.
Zulia wrote:Terlalu sedikit kita gunakan wang itu untuk membeli akhirat. Kerana minda kita sarat dengan dunia dan keperluannya maka ada yang berfikir agama juga untuk dunia. Maka jadilah seperti orang Yahudi. Mereka percaya bahawa api neraka tidak akan menyentuh mereka kecuali beberapa hari sahaja.
Macam itulah pemahaman umat islam sekarang ini yang kononnya mereka tidak akan tinggal selama-lamanya di neraka sedangkan jahanam itu adalah tempat menginap selama-lamanya.
2:39. Dan, orang-orang yang tidak percaya dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya."
2:80. Dan mereka berkata, "Api tidak akan menyentuh kami kecuali beberapa hari yang terhitung." Katakanlah, "Sudahkah kamu mengambil satu perjanjian sehingga Allah tidak akan memungkiri perjanjian-Nya, atau kamu mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu tahu?"
2:81. Ia, sesiapa yang mengusahakan kejahatan, dan diliputi pelanggarannya, mereka itulah orang-orang Api; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07
Re: Nikmat iman
Amalan Islam sekarang telah jelas dan mereka boleh merujuk di mana tempat agama ataupun jabatan agama, Jakim dan sebagainya. Tetapi menjadi tanggungjawab penulis itulah yang membawa sumbernya kerana dia yang membawa kelainan itu. Jadi keengganan mereka tampil secara terbuka atau merujuk kepada pihak yang berkaitan menampakkan sikap yang tidak benar. Pendapat yang dibelakang tabir inikah yang lebih baik? Bagi saya tidak.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Nikmat iman
Kalau saudari fikir itu pendapat yang tidak baik, itu terpulanglah pada saudari. kita tidak berhak memaksa. individu berhak menilai untuk dirinya sendiri kerana dia tahu apa jawapan yang harus dikemukakannya bila Allah tanya di akhirat kelak. Jangan pula nanti bila Allah tanya, kita jawab dengan tanpa pengetahuan "sebab ulama yang cakap begitu atau sebab bapa-bapa kami buat, jadi saya ikutlah".

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07
Re: Nikmat iman
Saya tidak ada hak memaksa sesiapa sebab itu saya tak keluarkan pendapat saya sendiri. Saya tak kenal en Bayau, tetapi saya kenal dengan abang Juang dan saya tahu apa yang berlaku di luar blog ini. Saya melihat sendiri jiwa-jiwa yang menderita kerananya, termasuk insan yang baru nak melihat dunia. Saya tak tahu apa hubungan En. Bayau dengan dia tetapi tapi kami melihat sendiri dan dapat menilainya secara langsung. Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana takdir ilahi telah menentukannya, hakikat sebuah keluarga telah musnah kerananya.
Wasalam.
Wasalam.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Nikmat iman
Hal-hal peribadi tidak perlu diwar-warkan di sini. Kita fokus kepada perbincangan sahaja. Soal siapa orang itu tidak penting. Apa yang penting adalah mesej yang disampaikan yang boleh kita fikirkan.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07
Re: Nikmat iman
Baik boss.
Saya nak beritahu tujuan saya bukan nak bermusuhan dan saya tak pernah memaki hamun forumer lain walaupun tak bersependapat.
Saya nak beritahu tujuan saya bukan nak bermusuhan dan saya tak pernah memaki hamun forumer lain walaupun tak bersependapat.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Nikmat iman
Itulah yang sebaik-baiknya. Allah larang kita untuk bermusuh-musuhan dan memaki hamun orang lain. Kita harus belajar berlapang dada yakni mendengar pendapat orang lain. Jika tidak setuju, kemukakan hujah. bukan dengan menimbulkan permusuhan dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.
Terima kasih cik zulia kerana memahami.
Teruskan perbincangan.
Terima kasih cik zulia kerana memahami.
Teruskan perbincangan.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07
Re: Nikmat iman
Tiada nikmat yang paling nikmat dalam hidup ini apabila kita berpegang pada bukti2 yang jelas dan nyata. Apabila minda kita dibebaskan daripada belenggu, dan kita mudah berfikir perkaitan2 yang Allah tetapkan di langit dan di bumi yang menjadikan kita seorang yang yakin pada diri sendiri, pasti kita dapat rasai nikmat kemerdekaan minda itu.
Alangkah ruginya hidup dibelenggu minda dan digembalakan oleh pihak2 terdahulu sehingga bila mereka suruh sembah binaan2 daripada tangan manusia pun ada yang percaya.
41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.
Sedangkan matahari dan bulan yang diciptakan oleh Kekuasaan Allah pun kita dilarang sujud dan menyembahnya, apatah lagi binaan2 manusia seperti berbentuk patung atau berbentuk kotak.
Apakah manusia itu tidak mempunyai otak?
Alangkah ruginya hidup dibelenggu minda dan digembalakan oleh pihak2 terdahulu sehingga bila mereka suruh sembah binaan2 daripada tangan manusia pun ada yang percaya.
41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.
Sedangkan matahari dan bulan yang diciptakan oleh Kekuasaan Allah pun kita dilarang sujud dan menyembahnya, apatah lagi binaan2 manusia seperti berbentuk patung atau berbentuk kotak.
Apakah manusia itu tidak mempunyai otak?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Similar topics» Lesson Three The Pillars of Iman (Faith) Introduction, and Definition
» Signs of weak Iman and how to increase it
» Duas for Low Iman, Stress, Depression etc
» Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
» Study Questions
» Signs of weak Iman and how to increase it
» Duas for Low Iman, Stress, Depression etc
» Hidup Berfikir dikurniakan Nikmat
» Study Questions
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum