Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Air bersih dan air kotor
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Air bersih dan air kotor
25:48. Dan Dia yang mengutus angin yang membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya; dan Kami menurunkan dari langit air yang bersih,
25:49. Supaya Kami menghidupkan tanah yang mati, dan memberi minum daripadanya, daripada apa yang Kami menciptakan, binatang ternak dan manusia yang ramai.
25:50. Sesungguhnya Kami mengulang-ulanginya di kalangan mereka supaya mereka mengingati; namun begitu, kebanyakan manusia menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.
Secara kasar, sifat-sifat air yang bersih adalah;
- jernih warnanya
- tidak mempunyai rasa dan bau
- tidak membawa penyakit
Apabila air tersebut telah berubah sifat warna, rasa dan bau malah jika di minum akan menyebabkan kita sakit perut cirit birit, maka kita anggap air itu sudah tercemar dengan teruknya.
Bagi orang yang tidak membezakan sifat2 air bersih dan sifat2 air kotor, jika ada orang yang dipercayai membuta-tuli mengatakan air kotor itulah air yang bersih, mereka akan meminumnya tanpa berfikir panjang. Biarpun sampai tahap sakit perut, tetapi kerana menurut membuta-tuli, diminum juga air itu kerana beranggapan itulah air yang bersih. Mereka tidak buat penyelidikan sendiri untuk membezakan sifat2 air tersebut.
Begitulah perumpamaan ajaran asal yang diturunkan Allah kepada seseorang hambaNya. Ia seperti air yang bersih yang berguna untuk menyucikan jiwa daripada penyakit hati. Ajaran suci itu menghidupkan jiwa yang mati iaitu menjadi sumber inspirasi kepada manusia yang mahu hidup berbuat kebaikan.
Namun apabila zaman berlalu terlalu lama, ajaran asal yang suci itu mula tercemar dengan ajaran-ajaran dusta yang mengandungi unsur-unsur syirik dan memuja-muja seseorang hamba Allah. Ajaran itu mula dicemari dengan ketetapan2 dusta yang menyempitkan kehidupan manusia dengan amalan-amalan ritual yang dilakukan atas sangkaan perbuatan orang terdahulu.
Bagi orang yang tidak buat penyelidikan sendiri, mereka akan percaya sahajalah segala ajaran yang didakwa "ini daripada Nabi" tanpa membezakan ciri2 ajaran sebenar seorang Nabi dengan ajaran2 dusta yang diada-adakan atas nama seseorang Nabi. Biarpun mereka hidup secara lemah, pemalas berfikir dan berpecah-belah sesama sendiri, mereka masih tak sedar-sedar diri lagi dan tidak mahu berubah.
Dan bertambah teruk, ajaran itu menyebabkan si "peminumnya" kena penyakit hati iaitu mereka jadi golongan yang sombong, angkuh, berbangga diri, jumud, taksub dan sempit kerana merasakan kononnya dengan jadi macam mereka, barulah Allah beri petunjuk. Mereka tiru balik perangai orang2 Yahudi dan Nasrani yang merasakan mereka sahajalah ada hak esklusif untuk memberi petunjuk.
Apakah kita mahu hidup diperbodoh-bodohkan bagaikan lembu dicucuk hidungnya?

Last edited by Juang on Wed Feb 17, 2010 12:05 am; edited 1 time in total

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Air bersih dan air kotor
Al Quran bawakan pedoman Nabi Ibrahim yang melarang manusia menyembah binaan2 manusia sendiri. Al Quran bawakan pedoman Nabi Musa yang melarang manusia menyembah patung anak sapi yang mereka ciptakan sendiri. Dan Al Quran bawakan larangan daripada bersujud ke arah matahari dan bulan seperti mana kaum Ratu Balqis melakukannya dahulu sebelum Nabi Sulaiman menegur mereka.
Telah nyata dan jelas ayat2 yang melarang segala bentuk amalan sembahan terhadap makhluk baik yang Allah ciptakan daripada KudratNya mahupun binaan daripada kudrat manusia. Begitulah suci dan bersihnya ajaran asal Nabi Muhammad (Al Quran) yang dijadikan pedoman kita agar tidak ditipu dan digembala minda kita oleh syaitan2. Jauh dari segala unsur2 menyekutukan Allah dengan sesuatu.
Alih2 ada manusia kata ajaran Nabi Muhammad memerlukan mereka sujud kepada binaan berbentuk kotak. Takkanlah mereka tidak nampak ajaran itu sudah tercemar seperti mana kaum Yahudi dan Nasrani mencemari ajaran2 Nabi2 mereka biarpun mereka ada Zabur, Taurat dan Injil?
Tidakkah mereka mempunyai otak untuk membezakan Allah dengan binaan kotak?
Telah nyata dan jelas ayat2 yang melarang segala bentuk amalan sembahan terhadap makhluk baik yang Allah ciptakan daripada KudratNya mahupun binaan daripada kudrat manusia. Begitulah suci dan bersihnya ajaran asal Nabi Muhammad (Al Quran) yang dijadikan pedoman kita agar tidak ditipu dan digembala minda kita oleh syaitan2. Jauh dari segala unsur2 menyekutukan Allah dengan sesuatu.
Alih2 ada manusia kata ajaran Nabi Muhammad memerlukan mereka sujud kepada binaan berbentuk kotak. Takkanlah mereka tidak nampak ajaran itu sudah tercemar seperti mana kaum Yahudi dan Nasrani mencemari ajaran2 Nabi2 mereka biarpun mereka ada Zabur, Taurat dan Injil?
Tidakkah mereka mempunyai otak untuk membezakan Allah dengan binaan kotak?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Air bersih dan air kotor
Orang Islam yang mempelajari ilmu-ilmu agama akan tahu apa yang mereka percaya dan apa yang mereka beriman dengannya. Walau seribu dusta yang datang, sebagaimana janji iblis kepada Allah untuk menyesatkan manusia, Allah akan menyelamatkannya selagi orang itu bepegang kepada agama Islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad (saw) bukan agama yang dibawa oleh satu laman web yang tak dikenali itu. Betul tak bang?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Air bersih dan air kotor
Namun ilmu agama yang mengajar umat islam bermazhab-mazhab dan mewujudkan golongan-golongan itukah yang mahu kita ikut sehingga setiap golongan berbangga dengan golongannya sendiri? Bukankah perasaan bangga diri itu adalah sifat syaitan? Rasul Allah tidak pernah menyuruh kita hidup bergolongan. Baginda hanya mahu kita ikut cara hidup islam yang diredhai oleh Allah. Tapi, yang ada golongan-golongan agama itu apakah bendanya? Kalau golongan2 ini sudah tidak peduli ayat-ayat Allah lagi, adakah itu ajaran islam yang dibawakan oleh nabi muhammad?
Tidakkah kita mahu menggunakan minda?
Tidakkah kita mahu menggunakan minda?

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07
Re: Air bersih dan air kotor
Orang Nasrani dahulu mudah ditipu oleh golongan yang mendakwa mereka mengajar ajaran Nabi Isa yang sebenar. Sehinggakan bila golongan itu mempelopori ajaran yang mengatakan Nabi Isa itu anak Allah pun, ada yang terbelenggu mindanya untuk mempercayai ajaran sebegitu.
Begitulah juga ada orang2 yang mengaku Islam pada hari ini mudah mempercayai sesuatu golongan yang mendakwa mereka bawakan ajaran Nabi Muhammad yang sebenar. Sampaikan amalan menyembah bangunan kotak itu pun dikatakan daripada Nabi Muhammad. Sedangkan Nabi Muhammad menyampaikan Al Quran yang mengandungi pedoman Nabi Ibrahim yang anti amalan menyembah binaan dan makhluk2 lain. Malah Al Quran mengandungi larangan sujud kepada matahari dan bulan yang terang2 hasil ciptaan Allah, bukannya binaan manusia.
Apakah manusia itu tidak mempunyai minda untuk membezakan Allah dengan sesuatu yang dibina?
Apakah manusia itu tidak boleh berfikir untuk membezakan Allah dengan sesuatu yang diukir?
Apakah manusia itu tidak mempunyai otak untuk membezakan Allah dengan bangunan berbentuk kotak?
Begitulah juga ada orang2 yang mengaku Islam pada hari ini mudah mempercayai sesuatu golongan yang mendakwa mereka bawakan ajaran Nabi Muhammad yang sebenar. Sampaikan amalan menyembah bangunan kotak itu pun dikatakan daripada Nabi Muhammad. Sedangkan Nabi Muhammad menyampaikan Al Quran yang mengandungi pedoman Nabi Ibrahim yang anti amalan menyembah binaan dan makhluk2 lain. Malah Al Quran mengandungi larangan sujud kepada matahari dan bulan yang terang2 hasil ciptaan Allah, bukannya binaan manusia.
Apakah manusia itu tidak mempunyai minda untuk membezakan Allah dengan sesuatu yang dibina?
Apakah manusia itu tidak boleh berfikir untuk membezakan Allah dengan sesuatu yang diukir?
Apakah manusia itu tidak mempunyai otak untuk membezakan Allah dengan bangunan berbentuk kotak?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Air bersih dan air kotor
6:159. Orang-orang yang membuat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, kamu (Muhammad) bukanlah daripada mereka dalam apa-apa pun. Urusan mereka hanyalah kepada Allah, kemudian Dia akan memberitahu mereka apa yang mereka telah buat.
6:160. Sesiapa yang mendatangkan satu yang baik, akan mendapati sepuluh yang serupa dengannya; dan sesiapa yang mendatangkan satu kejahatan, hanya dibalas dengan yang serupa dengannya; mereka tidak dizalimi.
Orang yang menjadikan agama sebagai pecahan sesama manusia, mereka itu bukanlah pengikut ajaran seseorang Nabi. Pada Allah, tidak bernilai sedikit habuk pun agama2 yang mereka ada-adakan itu.
Bagi Allah, siapa yang buat baik, mereka adakan dibalasi berlipat ganda dan sesiapa yang buat jahat, mereka akan dibalasi sesuai dengan kejahatan tanpa melihat akuan agama mereka. Sebab itulah kita lihat balasan Allah sama sahaja kepada semua penganut agama yang wujud pada hari ini.
Contoh mudah, sesiapa yang rajin belajar, Allah beri ilmu dan kepandaian. Sesiapa yang malas belajar, Allah masukkan mereka dalam kebodohan tidak kira agama mereka itu.
6:161. Katakanlah, "Bagiku, Pemeliharaku telah memberi aku petunjuk pada jalan lurus, cara hidup (deen) yang betul, anutan Ibrahim, seorang yang jujur (hanif); dia bukanlah orang yang menyekutukan."
Atas urusan Allah-lah memberi petunjuk kepada seseorang manusia yang mahu hidup secara jujur dan tidak menyekutukan Allah. Bukankah Dia Maha Melihat segala isi hati sama ada manusia itu jujur sifatnya atau kaki kelentong?
6:162. Katakanlah, "Sesungguhnya komitmenku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam.
6:163. Tiada sekutu bagi-Nya, dan begitulah aku diperintahkan, dan aku yang pertama muslim."
Jika kaum musyrik ada amalan sembahan ritual mereka, maka orang beriman menyembah Allah dengan komited untuk menjadi seorang manusia yang merdeka mindanya, bukannya golongan yang membiarkan minda mereka digembala laksana kerbau dicucuk dengan tali.
Orang Muslim itu mentaati perintah jangan menyekutukanNya. Mereka tidak akan menyembah atau bersujud pada sesuatu makhluk Allah atau binaan daripada tangan2 manusia sendiri.
Bukankah Nabi Ibrahim itu anti-amalan sembahan binaan2 manusia?

Kerana Islam tidak ada golongan maka ada satu golongan saja yang benar dan ini telah diberitahu oleh Nabi, bahawa umatnya akan berpecah kepada 73 golongan dan satu golongan yang benar. Terpulanglah kepada kita nak percaya yang mana satu. Tapi ada juga yang duduk di atas pagar tak tahu yang mana satu nak masuk. Kalau malas nak belajar agama maka tak mampulah nak cari mana yang benar. Nampaknya mereka ini tidak yakin pada apa yang mereka kata, mungkin tak ada bukti. Kalau tak mereka akan tampil berkata ini lah golongan yang benar dan kami tidak termasuk dalam golongan orang islam lain. Sikap tidak yakin dan berselindung inilah yang amat meragukan.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Air bersih dan air kotor
Kerana mengatakan ada satu golongan yang benar itulah puncanya menyebabkan mereka jadi bergolong-golongan. Sebab masing2 mendakwa mereka itulah satu2nya golongan yang benar itu.
Jika ciri2 kehidupan kaum musyrik menjadikan agama itu satu golongan, maka ciri2 kehidupan orang beriman tidak menjadikan agama itu satu bentuk golongan. Mana logik orang beriman disamakan dengan ciri2 orang yang musyrik?
Dalam Al Quran sudah sebut yang orang Yahudi merasakan mereka sahajalah yang benar. Orang Nasrani pun mendakwa begitu. Yealah, siapa nak mengaku mereka salah.
Jadi, kehidupan orang2 beriman jauh daripada perangai orang2 musyrik macam itu. Kehidupan orang beriman tidak menjadikan kepercayaan atau bentuk amalan untuk mereka wujudkan satu golongan yang mendakwa mereka sahaja benar. Itu sifat orang2 musyrik sahaja.
Allah menilai manusia bukannya berdasarkan golongan yang mereka sertai. Sebab itulah balasan Allah kepada semua pengikut sesuatu golongan itu sama sahaja. Siapa yang buat baik, Allah balas dengan kebaikan. Dan siapa yang buat jahat, Allah balas sesuai dengan kejahatan yang dilakukan. Allah tak tengok pun nama golongan yang mereka sertai itu. Mereka sahaja perasan kononnya golongan mereka sahaja benar. Sebijik macam iblis perasan dirinya lebih baik daripada Adam.
Takkanlah pedoman dalam Al Quran berkenaan perangai kaum musyrik terdahulu itu susah sangat nak faham?

Masa kes H1N1 dengan hot hari tu, kita lihat yang jadi mangsa semua bangsa dan agama. Itulah bukti menunjukkan Allah tidak memandang sedikit habuk pun akuan atas nama sesuatu agama.
Sesiapa yang menjaga kesihatan, maka Allah pelihara mereka daripada penyakit itu. Sesiapa yang lalai, mereka mudah diserang penyakit. Itu sahaja sifir Allah. Bukannya Dia pandang pun akuan agama atau golongan yang perasan mereka itu mulia.
Orang2 musyrik sahaja perasan merekalah golongan ekslusif di sisi Allah. Sebijik macam perasaan iblis.
Sesiapa yang menjaga kesihatan, maka Allah pelihara mereka daripada penyakit itu. Sesiapa yang lalai, mereka mudah diserang penyakit. Itu sahaja sifir Allah. Bukannya Dia pandang pun akuan agama atau golongan yang perasan mereka itu mulia.
Orang2 musyrik sahaja perasan merekalah golongan ekslusif di sisi Allah. Sebijik macam perasaan iblis.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Air bersih dan air kotor
Islam itu adalah satu agama yang diredhai Allah. Maka tidak hairanlah yang malas mengamalkan islam pun mengaku Islam. Kalau dia kata kerajaan langit maka mudahlah kita mengenal pasti. Islam dan kafir itu jelas sebab itu yang mengikut seruan Nabi dipanggil golongan muslimin dan yang engkar dipanggil golongan kafirin. Tapi ada juga golongan yang tak percaya pada golongan muslimin ini tetapi masih nak bersama golongan ini. Maksudnya mereka pun tak yakin dengan golongan mereka sendiri. Kalau mereka benar mesti ada pusat pengajaran mereka yang kita boleh lihat. Ini bersembunyi pula. Siapa yang esklusif sebenarnya?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Air bersih dan air kotor
Yang hairannya, orang2 yang tiru amalan kaum musyrik terdahulu yang sembah atau sujud pada sesuatu objek pun mengaku Islam. Sudahlah amalan tersebut tidak wujud dalam Al Quran, kemudian mereka berdusta atas nama seseorang Nabi.
Itukah orang Islam jika ciri2 mereka sama macam orang2 musyrik terdahulu yang perlukan binaan2 daripada tangan2 manusia? Bukankah mereka sudah mencemari kesucian Islam yang sebenar (yang diiktiraf oleh Al Quran)?
Itukah orang Islam jika ciri2 mereka sama macam orang2 musyrik terdahulu yang perlukan binaan2 daripada tangan2 manusia? Bukankah mereka sudah mencemari kesucian Islam yang sebenar (yang diiktiraf oleh Al Quran)?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Air bersih dan air kotor
Apabila kita kenal sifat2 air yang kotor, mudahlah kita kenal sifat2 air yang bersih kerana kotor lawannya bersih. Tidak mungkin air yang kotor disamakan dengan air yang bersih.
Begitulah ciri2 orang yang beriman sudah pasti berbeza dengan ciri2 orang yang musyrik. Dengan kita mengenal ciri2 orang musyrik, maka mudahlah kita nak jadi orang2 yang beriman sebab kita sendirilah yang mampu mencorak sifat dalam diri kita sendiri.
Antara ciri2 orang musyrik adalah;
1) Tak mahu guna akal dan suka menurut membuta-tuli.
2) Perlukan golongan agama untuk menentu hidup mereka.
3) Perlukan amalan sembahan ritual pada objek tertentu.
4) Menjadikan agama itu bentuk golongan/puak untuk mereka berbangga diri.
5) Malas mengkaji ilmu (kerana ilmu itu dikatakan duniawi) menyebabkan tahap akal mereka rendah dan lemah.
6) Menghukum orang lain yang tidak seamalan dengan mereka sebagai sesat seolah2 mereka itulah tuhan dan penentu manusia masuk syurga atau tidak.
Maka ciri2 orang beriman sudah pasti lawan kepada ciri2 orang musyrik iaitu;
1) Menggunakan akal dan menyelidik sendiri sesuatu ajaran.
2) Tidak memerlukan manusia lain sebagai perantara dengan Tuhan.
3) Tiada amalan sembahan ritual pada sesuatu objek.
4) Tidak menjadikan agama untuk berpuak2 atau bergolong2an.
5) Rajin mengkaji sesuatu ilmu untuk menyumbang kepada masyarakat.
6) Tidak menghukum orang lain yang tidak percaya sebaliknya serahkan kepada Allah sebab Allah sahaja tahu hati mana yang sengaja engkar atau tidak.
Jadi, apakah kita rasa kita beriman sedangkan perangai kita sama macam ciri2 orang musyrik yang disebutkan dalam Al Quran?
Allah bukan pandang pada akuan mulut kita, tetapi pada sifat2 kita. Kalau ikut akuan mulut, semua orang mengaku mereka benar dan beriman. Tetapi nak memperbetulkan sifat diri agar sama macam sifat2 para Nabi itulah yang sukarnya.

Bagi orang Islam, orang beriman ialah orang yang percaya kepada Allah yang esa. Percaya kepada para malaikat. Percaya kepada Kitabullah. Percaya kepada para rasul. Percaya kepada Hari Akhirat. Percaya kepada qado dan qadar. Dan mengucap 2 kalimah syahadah. Mendirikan sembahyang 5 waktu. Berpuasa di bulan Ramadan. Menunaikan zakat. Menunaikan haji di baitullah bagi yang mampu. Kalau sesiapa yang tidak mempunyai akidah dan tidak beramal seperti di atas bukanlah dari golongan Islam.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Air bersih dan air kotor
Apalah erti Islam kalau amalan menyembah atau sujud pada sesuatu objek pun dikatakan Islam. Kalau macam itu, orang yang sujud pada matahari, bulan, pokok, gunung etc senang2 nak mengaku mereka benar.
Suatu yang menarik difikirkan. Ratu Balqis dan kaumnya adalah golongan penyembah matahari. Kemudian Sulaiman menghantar mesej kepadanya supaya mereka jangan menyekutukan Allah. Selepas berfikir masak2, Ratu Balqis datang menemui Sulaiman.
Dan dalam kisah itu, tidak pula Al Quran menceritakan Sulaiman mengajar Ratu Balqis dan kaumnya bagaimana cara beritual yang baru untuk menggantikan amalan menyembah matahari. Tidak pula Sulaiman mengajar mereka sujud kepada mana2 bangunan.
Sebagai seorang yang berakal waras, jika Nabi Muhammad membawa kisah Sulaiman itu, takkanlah baginda nak ajar manusia sujud pada sesuatu objek? Hanya orang yang tidak mempunyai minda sahaja mencampur-adukkan antara benar dan bathil demi mempertahankan amalan menyembah sesuatu objek nenek moyang mereka.
Suatu yang menarik difikirkan. Ratu Balqis dan kaumnya adalah golongan penyembah matahari. Kemudian Sulaiman menghantar mesej kepadanya supaya mereka jangan menyekutukan Allah. Selepas berfikir masak2, Ratu Balqis datang menemui Sulaiman.
Dan dalam kisah itu, tidak pula Al Quran menceritakan Sulaiman mengajar Ratu Balqis dan kaumnya bagaimana cara beritual yang baru untuk menggantikan amalan menyembah matahari. Tidak pula Sulaiman mengajar mereka sujud kepada mana2 bangunan.
Sebagai seorang yang berakal waras, jika Nabi Muhammad membawa kisah Sulaiman itu, takkanlah baginda nak ajar manusia sujud pada sesuatu objek? Hanya orang yang tidak mempunyai minda sahaja mencampur-adukkan antara benar dan bathil demi mempertahankan amalan menyembah sesuatu objek nenek moyang mereka.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Air bersih dan air kotor
Apalah erti akuan Islam manusia itu jika hidupnya masih bergelumang dengan amalan kaum2 musyrik terdahulu yang menyembah atau bersujud pada sesuatu objek sedangkan telah terang dan nyata Al Quran melarang bersujud pada matahari, bulan dan apa jua binaan daripada tangan2 manusia.
Perumpamaan orang2 musyrik yang merasakan mereka itu Islam samalah seperti orang2 yang mandi air yang mereka tahu ia kotor, tetapi masih mengaku mereka mandi air yang bersih. Apakah mereka tidak mempunyai akal?
Di sisi kaum Nabi Ibrahim, amalan menyembah binaan daripada tangan mereka itu adalah amalan yang mulia. Kononnya itulah amalan bagi orang yang berakidah benar.
Tetapi takkanlah mendustai Allah begitu dikatakan orang2 yang benar? Kalau macam itu, yang sujud pada matahari, bulan etc pun akan mengatakan mereka benar juga.
Perumpamaan orang2 musyrik yang merasakan mereka itu Islam samalah seperti orang2 yang mandi air yang mereka tahu ia kotor, tetapi masih mengaku mereka mandi air yang bersih. Apakah mereka tidak mempunyai akal?
Di sisi kaum Nabi Ibrahim, amalan menyembah binaan daripada tangan mereka itu adalah amalan yang mulia. Kononnya itulah amalan bagi orang yang berakidah benar.
Tetapi takkanlah mendustai Allah begitu dikatakan orang2 yang benar? Kalau macam itu, yang sujud pada matahari, bulan etc pun akan mengatakan mereka benar juga.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Similar topics» Air bersih dan air kotor
» Hati Tak Tenang, Jiwa rasa tak Bersih
» bole tolong scan..
» bahaya daging babi secara saintifik
» nak kongsi cerita
» Hati Tak Tenang, Jiwa rasa tak Bersih
» bole tolong scan..
» bahaya daging babi secara saintifik
» nak kongsi cerita
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum